The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sjkccww, 2022-02-09 22:36:34

Patuhi Arahan Papan Tanda

Patuhi Arahan Papan Tanda

Peringatan di Jalan Raya

PatiuAraham

PapanTana

STOP

ABG 4591 (

WLT 352

Badrul Hisham

Pada pagi Ahad itu,
Haikal bangun awal.
Ayah dan ibunya berjanji
untuk membawa dia dan

adiknya, Adilla berkelah

di Port Dickson. Sudah
lama mereka sekeluarga
tidak berkelah
bersama-sama.

Ibu Haikal menyediakan pelbagai jenis

makanan sebagai bekalan. Antaranya, nasi

lemak, ayam goreng dan buah-buahan.

Tepat jam 7.30

pagi, mereka

bertolak ke Port

Dickson dengan

kereta. Ayah Haikal
memandu kereta
dengan berhati-hati.

2

Perjalanan ke Port Dickson mengambil
masa hampir dua jam. Pada mulanya,
perjalanan mereka lancar. Apabila sampai di

Sungai Besi, pergerakan menjadi perlahan.

Berlaku kesesakan teruk di situ.

PERPUSTAKAAN
SEREMBAN

SUK (C) CHANWA,

3

"Kenapa jalan sesak, ayah?" tanya

Haikal.

"Entahlah, Haikal. Mungkin berlaku

kemalangan," jawab ayah.

Betul sangkaan ayah Haikal. Suatu
kemalangan telah berlaku antara sebuah
kereta dengan sebuah lori

rosak di bahu jalan.

Bahagian hadapan kereta itu rosak

teruk. Ayah hanya menggelengkan kepala

melihat kemalangan itu.
"Kita mestilah sentiasa berhati-hati

apabila berada di jalan raya. Kita perlu

mematuhi segala peraturan di jalan raya"

pesan ayah.

5

"Patuhilah had laju yang ditetapkan

dan sentiasa mematuhi arahan pada papan
tanda yang terdapat di jalan raya" ujar
ayah sebelum kenderaan bergerak.

"Papan tanda?" tanya adiknya,
Adilla yang baru berusia enam tahun.
Haikal pula berumur lapan tahun.

"Ya, contohnya seperti itu," kata ibu

Haikal sambil menunjuk ke arah papan

tanda di hadapan.
Haikal membaca tulisan pada papan

tanda itu dengan suara yang kuat. "AWAS!
Kerja-kerja pembinaan di hadapan."

AWAS

KERJA-KERJA PEMBINAAN
DI HADAPAN

BHS 1001

7

"Ayah, apakah tujuan papan tanda

diletakkan di tepi jalan raya?" tanya Adila
ingin tahu.

"Tujuan papan tanda diletakkan adalah
untuk memberikan peringatan dan amaran
kepada pengguna jalan raya agar lebih
berhati-hati apabila melalui jalan ini," jawab

ayah.

8

"Seperti kemalangan yang kamu lihat
tadi, pemandu lori kontena itu sepatutnya

meletakkan tanda amaran bahawa lorinya

rosak. Tetapi, dia tidak berbuat demikian.

Akibatnya, berlaku kemalangan. Bukankah

ini akan membahayakan pengguna jalan

raya yang lain?" kata ayah.
Haikal dan Adilla mengangguk tanda

faham.

BP6782

Apabila mereka masuk ke Lebuh
Raya Kuala Lumpur-Seremban, terdapat
banyak papan tanda. Antaranya ialah

amaran had laju yang dibenarkan, iaitu
I10 kilometersejam dan arahan supaya

kenderaan yang hendak memotong

menggunakan lorong di sebelah kanan.

110

km/j

PERINGATAN

BHS 1001

tr 10

Ada juga papan tanda elektronik yang

melaporkan kesesakan yang berlaku di tol

masuk ke Nilai.

"Ayah, kenapa begitu banyak kon

merah diletakkan di sepanjang lebuh

aya ini?" tanya Haikal ingin tahu.

"Kon merah ini diletakkan kerana ada
orang yang bekerja di hadapan. Kamu
tahukan, jalan raya ini sedang dibesarkan

menjadi tiga lorong? Jadi, tujuan kon-kon
merah ini diletakkan adalah supaya
pemandu memperlahankan kenderaan

mereka dan berhati-hati ketika melalui

jalan ini," kata ayah.

12

"Adakah kamu nampak banyak

kenderaan berat seperti jentolak

digunakan di tepi jalan ini? Adakah kamu
nampak orang yang sedang mengibarkan

bendera merah itu?" tanya ayah sambil

menunjuk ke suatu arah.

PERPUSTAKAAN

SJK (C) CHAN WA SEREMBAN

R

(13

Kebetulan kereta mereka baru sahaja
melintasi orang yang memegang bendera

merah itu

"Nampak, ayah," jawab Haikal.

"Itu bermaksud kita perlulah berhati-
hati apabila melalui lorong ini. Banyak

orang sedang bekerja menggunakan
kenderaan berat," kata ayah.

14

"Oh, begitu!" kata Haikal.

"Kalau kita ke Melaka dan melalui
Lebuh Raya Air Keroh, kita akan melihat

sebuah papan tanda yang menarik
arahannya," celah ibu.

"Papan tanda apa, ibu?" tanya Adilla

tidak sabar.

15

"Awas, angin lintang di hadapan.

Perlahankan kenderaan anda," jawab ibu

"Angin lintang? Apakah maksud angin

lintang, ibu?" tanya Adilla ingin tahu

"Angin lintang ialah angin kencang
yang bertiup melintangi arah laluan

kenderaan," jelas ibu.

16

"Angin ini berbahaya kepada kereta

yang dipandu dengan laju. Oleh itu, apabila

kita melalui tempat yang ada papan tanda
sebegitu, kita harus memperlahankan
kenderaan kita," jelas ibu.

"Kalau kita pulang ke kampung opah,
apa pula papan tanda yang biasa kita

jumpa? uji ayah pula.

17

"Alah, Haikal tahu! Papan tanda haiwan
melintas. Di kampung opah ada banyak
lembu." jawab Haikal.

"Kalau di hadapan sekolah kamu pula?"
tanya ibu.

"Kalau di hadapan sekolah Haikal, ada
dua papan tanda,"
jawab Haikal.

18

"Satu, papan tanda murid-murid
melintas. Satu lagi., papan tanda
menunjukkan ada bonggol di hadapan.
Betul tak, ayah?" tanya Haikal.

"Pandai pun anak ayah. Jadi,
sebagai pengguna jalan raya, kita perlu

mengikuti arahan pada papan tanda."

09

"Ingat, Haikal dan Adilla, keselamatan

di jalan raya adalah tanggungjawab

bersama," kata ayah.
"Hah, itu pun papan tanda yang

menunjukkan Port Dickson hanya dua

kilometer lagi, ayah!" jerit Haikal dengan

girang.

"Papan tanda ini menunjukkan jarak

dan tempat," ujar ayah.

Port Dickson

2 kilometer

20

"Penting atau tidak kamu mengetahui

semua ini, Haikal?" tanya ayah.

"Penting, ayah. Mulai sekarang, Haikal
akan mengingati semua arahan pada papan
tanda yang ada," jawab Haikal.

2

Mak, saya sudah nampak laut!"

jerit Adilla.
"Nampaknya kita semakin hampir.

Kamu tolong tengokkan papan tanda ke

Batu Lapan, Teluk Kemang, Haikal. Kita

akan berkelah di situ," kata ayah.

Haikal hanya mengangguk. Dia

asyik membaca arahan pada papan

tanda di sepanjang jalan itu.

22

Patuhi Arahan Papan Tanda

Papan tanda yang terdapat di jalan raya perlulah dipatuhi

oleh pengguna jalan raya. Arahan papan tanda penting untuk

memberikan peringatan dan amaran kepada pengguna jalan raya.

Kemal angan mungkin berlaku sekiranya pemandu kenderaan yang

rosak tidak meletakkan tanda amaran pada kenderaan mereka.

Selain itu, pemandu juga hendaklah mematuhi arahan pengawal

yang memegang bendera merah di lebuh raya. Mengapakah

kita harus mematuhi arahan papan tanda di

kawasan tertentu semasa di Raya peip
lebuh raya? Adakah papan
tanda membantu kita semasa di Jalan

Ci jalan raya? Ikutilah Peringatan
cerita ini seterusnya
P a t u nf i l A r a h a n
Papaintanaa

untuk mengetahui kisah

yang selanjutnya.

Peringatan di lalan Raya pep BadrlHisham Peringatan di Jalan Raya

Fahaai Peringatan di Jalan Raya pepp Peranam

aMpuisy Pemanaha opiikeleda

Berheman

ISBN 978-967-458-601-0 Badr tlsha

"789674586010 baded

PEP PUBLICATIONS SDN BHD

(811705-T)


Click to View FlipBook Version