SuriTeladan pep
Pencuri
Jam Tangan
Dekad Salmiah Jusoh
Membaca
Kebangsaan
Wai Leng berasa sangat sedih. Jam
tangannya baru sahaja hilang. Sebelum keluar
ke padang untuk aktiviti Pendidikan Jasmani,
dia telah menyimpan jam itu di dalam laci
mejanya.
Sudahkah kamu mencarinya di dalam
beg sekolah kamu?" tanya Puan Clara.
"Sudah, cikgu. Saya juga telah pergi
ke padang untuk mencarinya tapi tak
jumpa," jawab Wai Leng.
Puan Clara berasa kasihan akan Wai
Leng
1)
Saya"Jangan risau," kata Puan Clara. "Saya
akan buat sesuatu." Selepas itu, Puan
Clara keluar dari bilik darjah itu. Kira-
kira sepuluh minit kemudian, dia kembali
sambil membawa sekotak pemadam.
"Murid-murid, esok Hari Kanak-kanak"
kata Puan Clara.
"Yeee.." jerit murid-murid di dalam
kelas itu dengan gembira. Mereka tahu
hari itu nanti pasti menyeronokkan.
Soooooood
ooo
2
I
"Sebelum itu, saya ingin bertanya,"
kata Puan Clara. "Ada sesiapa yang telah
mengambil jam tangan Wai Leng?"
"Tiada," jawab mereka.
"Betul ni?" tanya Puan Clara lagi.
"Betul!" jawab murid-murid itu.
"Adakah kamu mahu membantu Wai Leng
mencari jam tangannya?"
"Ya!" jawab murid-murid itu dengan kuat.
Puan Clara mengeluarkan pisau lipat lalu
memotong pemadam-pemadam itu-heyaa
dua. PERPUSTAKAAN
ICSK CHAN WA, SEREMBA
3
2
"Ini pemadam ajaib," kata Puan Clara
lalu membahagi-bahagikan pemadam itu
kepada murid-murid. Setiap seorang
mendapat dua ketul pemadam yang sudah
dikerat
"Simpan pemadam itu di dalam beg
kamu dan bawa pemadam itu ke kelas esok.
Mari kita buat suatu permintaan agar pada
Hari Kanak-kanak ini, kita akan tahu siapa
pencuri jam tangan itu," kata Puan Clara.
4
-
Tapi, bagaimana cikgu nak tahu
siapa pencuri itu?" tanya Azman kepada
Puan Clara.
"Seperti yang saya beritahu tadi, pemadam
itu pemadam ajaib. Kalau kamu jujur, pemadam
itu akan bercantum semula esok. Kalau kamu
pencuri itu, .." Puan Clara berhenti di situ.
5
"Apa yang akan berlaku, cikgu?" tanya
seorang budak lelaki yang berambut
keriting. Hanya dia budak lelaki yang
berambut keriting di dalam Kelas 3 Melati
itu.
"Datang sahajalah esok dan tunjukkan
pemadam itu kepada cikgu. Tapi ingat,
jangan tunjukkan pemadam itu kepada
kawan-kawan kamu," pesan Puan Clara.
6
Pada malam itu, James Chan tidak
dapat tidur. Walaupun angin bertiup
masuk dari tingkap biliknya, dia masih
berasa panas.
Apa kata kalau pemadam itu tidak
bercantum semula esok?" fikirnya.
Tiba-tiba, angin bertiup kencang yang
menyebabkan tingkap biliknya itu tertutup
dengan kuat. James Chan terperanjat lalu
bangun.
6
Dia turun dari katil lalu membuka
laci meja yang terletak di sisi katil. Dia
mengeluarkan pemadam itu. Pemadam itu
masih belum bercantum.
Kemudian, dia melihat nombor yang
terdapat pada jam tangan di dalam laci
itu. Jarum panjang jam itu menunjuk ke
angka dua belas. Jarum pendeknya pula
menunjuk ke angka tiga.
R
OPT
oP
8
James Chan sudah terbayang wajah Puan
Clara apabila beliau melihat pemadamnya
itu tidak bercantum laqi. Kemudian,
dia terbayang kawan-kawan sekelasnya
menunjuk ke arahnya.
"Saya akan pulangkan jam tangan itu
esok," kata James Chan.
James Chan memandang jam tangan
itu buat kali terakhir sebelum menutup laci
meja itu.
9
Apabila dia pergi ke meja Puan Clara
pada pagi esoknya, dia berasa sungguh
bimbang. Di atas meja Puan Clara terdapat
sekotak pemadam. Semua pemadam itu
berada dalam keadaan baik. Tiada satu pun
yang terpotong. Pada ketika itu, dia tahu
bahawa dia harus bercakap benar.
"Puan Clara, pemadam saya tidak
bercantum," kata James Chan kepada Puan
Clara. "Nah, ini jam tangan Wai Leng!"
katanya lagi lalu menundukkan kepalanya.
10
"Mengapa kamu ambil jam tanganitu?
tanya Puan Clara.
"Mula-mula, saya cuma nakmelihatnya.
Tetapi jam tangan ini sungquh cantik. Jadi,
saya bercadang untuk menyimpannya lebih
lama. Malangnya, saya terlupa hendak
memulangkannya" kata James Chan
memberi alasan.
"Mengapa kamu tidak memulangkannya
apabila saya bertanya semalam?"
11
Saya bimbang, cikqu. Kawan-kawan
pasti akan ketawakan saya," kata James
Chan sambil menundukkan kepalanya.
"Cikgu nak bercakap dengan kamu
sekejap. Tapi sebelum itu, kamu harus
memulangkan jam tangan ini kepada Wai
Leng semula," kata Puan Clara.
"Baiklah, cikgu," jawab James Chan.
Mari ikut saya," ajak Puan Clara.
12
Ketika mereka baru sahaja hendak
keluar, Puan Mimi dari kelas Tahun 3
Melur masuk.
Clara, mana pemadam untuk kelas
saya yang awak pinjam tadi?" tanya
Puan Mimi kepada Puan Clara.
"Ada di atas meja saya tu. Kotak
pemadam yang berwarna merah itu
untuk kelas awak," jawab Puan Clara.
kTAKASKÍ
SK(C) CHAN WA, SEREMN
13
James Chan segera memandang ke
arah kotak yang berisi pemadam itu semula.
Pada kotak itu tertulis perkataan Tahun 3
Melur'
"Mana pemadam untuk kelas Tahunn3
Melati?" tanya James Chan kepada Puan
Clara.
Oh, sebenarnya, kamulah orang yang
pertama memulangkan pemadam itu kepada
cikgu!" kata Puan Clara sambil tersenyum.
TAHUN
3 MELUR
14
Buku cerita ini
mengisahkan Wai Leng yang
kehilangan jam tangannya.
Sebelum ke padang, dia telah
menyimpan jam fangan itu ke
dalam laci mejanya.Wai Leng sudah
mencari jam tangannya tetapi fidak
jumpa. Puan Clara berasa kasihan. Puan Clara
membantu Wai Leng mencari jam tanggannya yan9
hilangitu Puan Claramenggunakan pemadam ajaib untuk
mencari jam tangan itu. Adakah jam tangan itu dapat dijumpai?
Siapakah yang mencuri jam tangan itu Lkutilah ceplita yang menarik ini
untukmengetahui kisah selanjutnya.
Judul-judul dalam siri ini
Jalal dan Puteri dan Pak Dolah
Penunggu
Budak Biskut yang Tamak
Tempayan
Pencuri Hadiah
Lanun dan Hari Jadi lbu
Harta Karun Jam Tangan
Kelip-kelip
Ayam
Di Tebing Sungai
Kesayangan Amy
E
OEpEPUBLICATIONS SDN BHD
(811705-T) ISBN 978-967-24.
Lot 1 & 2, Jalan BS 7/1A, Taman Bukit Serdang, Seksyen 7, 97896/.
Selangor Darul Ehsan.
43300 Seri Kembangan,
Bhg. Penjualan: 03 - 8959 2001/ 3001/ 4
Bhg. 0 03 Faks: 0 3 -8957 3611
Editorial: 03 - 6150 3009 Faks: 03 - 61 1007
E-mel: 5 0
[email protected]
Laman Web: www.pep-publications.com