Peringatan di Jalan Raya
Peranan
a rTopikele
A
Badrul Hisham
Nazri sedang
membaca buku
cerita. Buku
cerita itu bertajuk
"Dendam Si Naim".
Walaupun Nazri
baru masuk tahun
dua, Nazri sudah
lancar membaca.
Membaca ialah
hobinya pada
masa lapang.
Dendam
S iN a l m
Nazri anak ketiga daripada empat
beradik. Abang sulung, Nazman kini berada
dalam tingkatan lima. Kakaknya, Nazimah
pula berada dalam tingkatan tiga.
Adik bongsunya, Najmi
berusia lima tahun
Pada tengah hari Sabtu itu, Nazri
duduk di ruang tamu sambil membaca
buku.
Tiba-tiba, abangnya, Nazman masuk
ke rumah dalam keadaan cemas. Baju
abangnya basah dek peluh. Abangnya
terus duduk di atas sofa. Nazri berasa
hairan melihat keadaan abangnya itu.
UKHPAENRPAUSTvAoAN VBAN
"Kenapa ni, bang?" tanya Nazri.
"Abang nak ke rumah kawan abang,
Azeem. Sebaik-baik sahaja sampai di
simpang masuk ke rumahnya, abang lihat
ada banyak orang berkumpul di situ. Abang
pun pergilah ke sana. Rupa-rupanya ada
kemalangan," kata Nazman.
4
"Kemalangan?" tanya Nazri dengan
wajah terperanjat.
"Kemalangan itu berlaku antara
sebuah kereta dengan sebuah motosikal.
Kereta itu tidak mengalami kerosakan
teruk tetapi penunggang motosikal itu
dan pemboncengnya cedera parah,"
kata Nazman lagi,
5
"Bagaimanakah kemalangan itu boleh
berlaku, bang?" tanya Nazri ingin tahu.
"Motosikal yang ditunggang oleh lelaki
itu bergesel dengan kereta. Ini menyebabkan
motosikalnya hilang kawalan dan mereka
terjatuh. Anaknya yang membonceng tanpa
memakai topi keledar cedera kerana
kepalanya terhempas di atas
jalan raya," cerita
Nazman
6
"Oh, begitu!l" jawab Nazri. Nazman
memandang ke arah adiknya.
"Nazri, kamu kena ingat. Apabila kita
membonceng motosikal, kita juga mesti
memakai topi keledar," kata Nazman.
Oo
"Topi keledar membantu
mengurangkan risiko
kecederaan,
terutama di bahagian
kepala kalau terjadi
kemalangan seperti
tadi," nasihat Nazman
kepada adik
kesayangannya itu.
Nazri mengangguk
tanda faham.
3
Tapi bang, Nazri lihat banyak ibu bapa
yang menghantar anak-anak mereka ke
sekolah tanpa memakaikan topi keledar
kepada anak-anak mereka. Bahaya tak,
bang?" tanya Nazri ingin tahu.
"Bahaya, Nazri. Topi keledar
wajib dipakai oleh setiap orang
yang menunggang atau
membonceng motosikal," jelas
abang Nazri dengan tegas.
W B E2 0 3 0
"Kalau menunggang motosikal
pada waktu malam pula, pastikan topi
keledar itu mempunyai pelekat yang
dapat memantulkan cahaya. Keadaan
ini akan memudahkan pemandu
kenderaan lain melihat penunggang
motosikal itu. Selain itu, jangan sesekali
memakai topi keledar tanpa mengikat
talinya," pesan Nazman.
WKD
6001
"Kita perlu mengikat tali topi keledar
dengan kemas untuk menjamin
keselamatan kita. Tahukah kamu bahawa
penunggang motosikal ialah pengguna
jalan raya yang paling banyak terdedah
kepada kemalangan?" tanya Nazman
Sambil memandang
ke arah Nazri.
MM
a
W K L1 0 0 4
"Tak tahu, bang," jawab Nazri dengan jujur.
"Sekarang ada banyak topi keledar yang
dijual dengan pelbagai bentuk yang menarik.
Tetapi, kita haruslah memilih topi keledar
yang mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang
baik," tegas
Nazman.
12
"Cuba kamu jawab
soalan abang ni. Kalau
kita terjatuh dari motosikal,
bahagian badan yang
manakah akan mengalami
kecederaan paling teruk?"
tanya Nazman yang
mencuba menguji adiknya.
Nazri berfikir seketika
ERPUSTAKAAN
SJK( HAN WA. SEREMBAN
R iA#
13
"Tentulah bahagian kepala, bang,"
jawab Nazri dengan yakin.
"Betul, Nazri. Bahagian kepala kita
mempunyai organ yang paling penting,
iaitu otak. Sebab itulah kita harus
memakai topi keledar
apabila menunggang
motosikal," jawab
Nazman.
14
"Memakai topi keledar bukanlah
menyusahkan kita tetapi sebagai suatu
cara untuk menjamin keselamatan nyawa
kita. Kamu faham, kan?" tanya Nazman.
Tapi bang, mengapa pula orang yang
menunggang basikal tidak diwajibkan
memakai topi keledar?" tanya Nazri.
Nazman ketawa kecil.
.(
15
"Cuba Nazri fikir, antara motosikal
dengan basikal, yang mana paling banyak
berada di atas jalan rayo?" fanya Nazman
"Tentulah motosikal, bang.
Hanya budak-budak yang suka
menunggang basikal," jawab
Nazri
"Hah, pandai pun! Sebab itulah
semua penunggang motosikal diwajibkan
memakai topi keledar. Mereka yang
lebih banyak berada di atas jalan raya
berbanding penunggang basikal,"
jelas Nazman kepada
adiknya itu.
W L VS O 4 2
Julnla
17
"Oh ya, bang! Bagaimanakah
keadaan budak yang dilanggar tadi?
Adakah dia selamat?" tanya Nazri.
"Entahlah. Abang pun tak tahu
bagaimana keadaannya sekarang. Kita
doakan semoga dia selamat," jawab
Nazman.
18
"Ingat, Nazri! Kita hendaklah berhati-
hati semasa berada di jalan raya. Memakai
topi keledar adalah suatu kewajipan apabila
Kita menunggang atau membonceng
motosikal," pesan Nazman.
M
-n
w M U5 1 0 5
19
"Kamu tentu pernah mendengar
kata-kata ini. 'Berhati-hati di jalan
raya, sayangilah nyawa anda dan
ketatkan tali topi keledar, anda mampu
mengubahnya'. Slogan ini bertujuan
untuk mengingatkan kita sebagai
pengguna jalan raya," kata Nazman.
lull
20
"Kalau kamu melihat kawan-kawan
kamu tidak memakai topi keledar semasa
membonceng motosikal ayah mereka,
kamu tegurlah mereka secara baik.
Terangkan tentang kebaikan apabila kita
memakai topi keledar," nasihat Nazman.
u
AMIR
2
"Baiklah, bang. Nazri faham nasihat
abang tadi. Sekarang, boleh kita makan
tengah hari? Nazri dah lapar ni. Tentu
mak dah siapkan hidangan," kata Nazri
lalu tersenyum.
Nazman menganggukkan kepalanya.
Mereka berdua
menuju ke
ruang makan.
22
Peranan Topi Keledar
Topi keledar perlu dipakai oleh penunggang motosikal
dengan betul semasa menunggang motosikal. Begitu juga
dengan anak-anak yang membonceng motosikal bapa mereka
semasa pergi dan balik dari sekolah haruslah memakai topi
keledar. Sekiranya menunggang motosikal pada waktu malam,
penunggang perlulah memakai topi keledar yang mempunyai
pelekat pantul cahaya pada topi keledar. Apakah
kepentingan topi keledar kepada penunggang dan
pembonceng motosikal? Adakah
pemakaian topi keledar di lalan Raya pep
mampu menyelamatkan Peringatan
nyawa penunggang Perana
motosikal? Bacalah
TTOOpPeieklleeeddaarn
cerita ini seterusnya
untuk mengetahui
jawapannya.
Peringatan di Jalan Raya Peringatan di lalan Raya pEp Peringatan di Jalan Raya pap
hanP a t r i h i A Pemandua Fahaai
apanian
STOP Berhema ampusyara
ISBN 978-967-458-600-3 PEP PUBLICATIONS SDN BHD
9789674586003 (811705-T)