Pada suatu hari ada seekor kerbau jantan hendak minum air.
Kerbau itu berjalan melalui satu lorong menuju ke sungai. Sungai itu
agak luas. Airnya cetek aja, jenih dan sejuk. Kerbau itu
mengharung air. Air itu hanya setakat lutut sahaja. Kerbau itu
menuju ke tengah-tengah sungai kerana air di bahagian tengah
sungai lagi jernih. Ketika menghirup air, kerbau terdengar sesuatu
di tepi sungai. Kerbau merenung ke arah uara itu. Kerbau
ternampak air terhambur naik di tebing sungai.
"Tolong! Tolong! Tolong aku, kerbau!" tiba-tiba terdengar suara dari
tepi sungai dekat rimbunan buluh. Kerbau cuba memerhati dan
meneliti suara itu. Kerbau ternampak sesuatu berbalam-balam dari
jauh seperti batang kelapa ditindih sebatang kayu. Suara meminta
tolong terus bergema. Merayu-rayu bunyinya. Kerbau mendekati
suara itu. Rupa-rupanya ada seekor buaya ditindih oleh pokok
kayu, betul-betul di tengah belakangnya.Oh, buaya! Kenapa ini?"
tanya kerbau. "Tolong aku, kerbau! Aku ditimpa oleh pokok yang
tumbang. Aku tidak boleh bergerak. Berat sungguh batang kayu
ini," jawab buaya. Kerbau kasihan melihat buaya. Kerbau cuba
mengangkat kayu itu dengan tanduknya. Apabila batang kayu
terangkat, buaya cepat-cepat melepaskan dirinya. Sebaik-baik
sahaja kerbau menghumban kayu itu ke bawah, buaya segera
menangkapnya.
"Eh, buaya! Kenapa ini?" tanya kerbau apabila dirasai kakinya
digigit buaya. "Aku hendak makan kau. Hari ini kau menjadi rezeki
aku," jelas buaya sambil menggigit lebih kuat lagi. "Kaulah
binatang yang amat jahat dalam dunia ini. Tidak tahu membalas
budi. Orang berbuat baik, kau balas jahat," kata kerbau.
"Sepatutnya buat baik dibalas baik. Buat jahat dibalas jahat,"
sambung kerbau lagi. "Aku tidak peduli," jawab buaya. Kerbau
cuba menanduk buaya tetapi buaya menguatkan lagi gigitannya.
Kerbau tidak mampu melepaskan diri kerana berada dalam air.
Kalau buaya menariknya ke bawah tentulah ia akan lemas.
Kerbau merayu supaya buaya tidak membunuhnya. "Janganlah
bunuh aku, buaya! Aku pun mahu hidup. Kau makanlah benda
lain," kerbau merayu. Tetapi buaya tetap tidak peduli. "Aku boleh
melepaskan kau tetapi dengan satu syarat," kata buaya. "Apakah
syaratnya?" tanya kerbau. "Kita cuba dapatkan jawapan, betul
atau tidak bahawa berbuat baik dibalas baik? Kita tanya apa-apa
yang lalu di sini," ujar buaya. "Kalau jawapannya sama sebanyak
tiga kali, aku akan bebaskan kau," ujar buaya lagi.
Kerbau bersetuju dengan syarat yang dicadangkan oleh buaya.
Mereka bersama-sama menunggu sesiapa sahaja yang lalu atau
yang hanyut di dalam sungai itu. Tiba-tiba mereka ternampak
sebuah saji yang buruk hanyut. Buaya pun bertanya pada saji.
"Saji, betulkah berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya. "Tidak
betul. Berbuat baik dibalas jahat," jawab saji. Saji menceritakan
kisah hidupnya. "Di rumah, aku digunakan untuk menutup
makanan. Nasi, lauk, kuih, dan apa-apa sahaja aku lindungi," jelas
saji. "Pendek kata, aku banyak menolong dan berbakti kepada
tuan aku. Kucing dan tikus tidak boleh mencuri lauk. Aku lindungi,"
cerita saji. "Tetapi aku amat sedih, apabila aku buruk dan koyak,
tidak berdaya lagi menutup makanan, aku dibuang ke sungai,"
ujar saji. "Itulah sebabnya aku berkata berbuat baik dibalas jahat,"
saji menamatkan ceritanya dan terus hanyut."Macam mana
kerbau? Betul atau tidak apa yang aku kata?" tanya buaya.
Kerbau berdiam diri kerana berasa cemas dan sedih. Kerbau
berdoa di dalam hati supaya Tuhan menolongnya. "Tuhan tentu
akan menolong orang yang baik," kata kerbau dalam hatinya.
Tidak lama kemudian, kelihatan sepasang kasut buruk pula hanyut
di situ. Sebelah daripada kasut itu tenggelam kerana tapaknya
tembus. Tetapi kasut itu bergantung kepada pasangannya
dengan tali. Kedua-dua belah kasut itu bersama-sama hanyut.
"Hah, itu satu lagi benda hanyut! Kita cuba tanya," kata buaya.
"Kasut, betul atau tidak berbuat baik dibalas baik?" tanya buaya.
Kerbau berdebar-debar menunggu jawapan kasut. Kalau kasut
bersetuju dengan kenyataan itu bererti ia akan selamat. Kalau
kasut berkata tidak betul, habislah riwayatnya. "Tidak betul kerana
berbuat baik dibalas jahat," jawab kasut. Hancurlah harapan
kerbau untuk hidup apabila mendengar kasut memberi jawapan
itu. Kasut lalu bercerita.Pada suatu masa lalu, kasut amat disayangi
oleh tuannya. Setiap hari kasut dibersihkan dan dikilatkan. Apabila
malam, kasut itu disimpan di tempat selamat. Kasut itu juga hanya
dipakai oleh tuannya apabila pergi ke bandar sahaja. Kalau
tuannya pergi ke tempat berpasir atau berlumpur, kasut itu tidak
dipakainya. Tetapi apabila sudah buruk, kasut itu tidak disayangi
lagi. Badannya tidak dikilatkan lagi. Kasut itu dibaling ke tepi
tangga selepas digunakan. Apabila malam, kasut itu ditinggalkan
di halaman rumah. Kasut itu dibiarkan berembun dan berhujan.
Ketika itu juga, kasut itu menjadi tempat persembunyian katak
puru untuk menangkap nyamuk. Apabila sudah terlalu buruk dan
koyak, kasut itu dibuangkan ke dalam sungai. "Itulah sebabnya
aku hanyut ke sini," kasut menamatkan ceritanya lalu pergi
bersama-sama arus air. "Sudah dua jawapan.
Engkau kalah. Tetapi aku bagi satu peluang lagi," kata buaya.
"Kalau datang yang ketiga, sama jawapannya, engkau akan
menjadi habuanku," jelas buaya kepada kerbau.Ketika kerbau
dan buaya menanti kedatangan benda yang ketiga, tiba-tiba
datang seekor kancil hendak minum air. Kancil itu pergi ke tebing
tempat buaya dan kerbau. Kancil terkejut apabila melihat buaya
menggigit kaki kerbau. Kancil melihat air mata kerbau berlinang.
Manakala buaya pula kelihatan bengis. "Ada apa kerbau?
Kenapa buaya gigit kaki engkau?" tanya kancil. "Mujurlah engkau
datang, kancil! Kami sedang menunggu hakim yang ketiga untuk
mengadili kami," kata buaya. "Mengapa?" tanya kancil. "Kami
bertengkar, berbuat baik adalah dibalas jahat," kata buaya.
"Tetapi kenapa kamu gigit kaki kerbau?" tanya kancil. Buaya lalu
bercerita mengenai dirinya yang ditindih batang kayu. Kerbau
datang menolong. Tetapi buaya tidak mahu membalas perbuatan
baik kerbau. Buaya menganggap kerbau itu patut menjadi
rezekinya. "Tetapi sebelum aku memberikan keputusan, aku mahu
tengok kejadian asalnya," kata kancil. "Mula-mula aku kena tindih
batang pokok patah. Batang pokok itu jatuh menimpa belakang
aku," jawab buaya. "Boleh aku tengok macam mana pokok itu
berada di atas belakang kau?" tanya Kancil. "Macam mana aku
hendak tunjukkan, kerbau sudah alihkan batang kayu itu," jawab
buaya. "Baiklah! Sekarang engkau pergi duduk tempat asal,
tempat engkau kena tindih," ujar kancil. Buaya mengikut sahaja
arahan kancil. Buaya melepaskan kaki kerbau lalu duduk dekat
batang pokok. "Kerbau! Cuba engkau tunjukkan, bagaimanakah
kayu itu berada di atas belakang buaya?
Tunjukkan padaku, bagaimanakah caranya engkau mengangkat
batang kayu itu?" kancil mengarah seperti hakim. Kerbau
melakukan apa yang disuruh oleh kancil. "Cuba engkau bergerak,
buaya! Bolehkah kayu itu diangkat?" kancil mengarah buaya.
Buaya cuba bergerak dan mengangkat batang pokok itu tetapi
tidak berdaya. "Cuba lagi, seperti engkau mula-mula kena tindih,"
kata kancil. "Up! Up!" bunyi suara buaya cuba mengalih batang
pokok. "Kuat lagi! Kuat lagi!" seru kancil.Buaya terus mencuba
tetapi tidak berupaya melepaskan diri. Buaya cuba mengumpul
kekuatan untuk mengangkat batang kayu itu, tetapi gagal.
Ekornya sahaja membedal air tetapi batang kayu tetap itu tidak
bergerak. Buaya sudah penat. Kerbau pula menunggu arahan
kancil. "Selepas itu apakah yang terjadi?" tanya kancil. "Selepas itu
aku datang menolong. Aku mengangkat batang pokok itu.
Apabila buaya terlepas, ia gigit kaki aku," jawab kerbau.
"Bagaimanakah cara kamu mengangkatnya?" tanya kancil.
Kerbau segera mendekati batang pokok itu.
Kerbau menundukkan kepala hendak mengangkat batang kayu
itu. "Sudah! Setakat itu dulu. Aku sudah faham. Jangan angkat
kayu itu," kata kancil. "Habis itu macam mana pula dengan
buaya? Tentu buaya akan mati," jawab kerbau. "Engkau ini sangat
lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil. "Biarlah buaya ini mati.
Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati. Buaya yang jahat ini
patut menerima balasannya kerana tidak tahu membalas budi
baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas tebing sungai. Buaya
bertempik apabila mendengar kata-kata kancil. Buaya tahu ia
sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya dengan sekuat-kuat
hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau segera melompat lalu
berlari naik ke atas tebing mengikut kancil. "Jaga, kancil! Kautipu
aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau," pekik buaya. Namun,
kancil dan kerbau tidak mempedulikan buaya lagi. Kerbau
mengucapkan terima kasih kepada kancil. Kedatangan kancil ke
tebing sungai itu telah menyelamatkan nyawanya. Buaya sudah
menerima balasan yang setimpal dengan perbuatan jahatnya itu.
"Engkau ini sangat lurus dan jujur, wahai kerbau!" kata kancil.
"Biarlah buaya ini mati. Kalau buaya ini hidup, engkau tentu mati.
Buaya yang jahat ini patut menerima balasannya kerana tidak
tahu membalas budi baik," kata kancil lalu berlari naik ke atas
tebing sungai. Buaya bertempik apabila mendengar kata-kata
kancil. Buaya tahu ia sudah kena tipu. Buaya membedal ekornya
dengan sekuat-kuat hatinya. Air sungai melambung naik. Kerbau
segera melompat lalu berlari naik ke atas tebing mengikut kancil.
"Jaga, kancil! Kautipu aku. Ingat, kancil! Aku akan makan kau,"
pekik buaya. Namun, kancil dan kerbau tidak mempedulikan
buaya lagi. Kerbau mengucapkan terima kasih kepada kancil.
Kedatangan kancil ke tebing sungai itu telah menyelamatkan
nyawanya. Buaya sudah menerima balasan yang setimpal
dengan perbuatan jahatnya itu