The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by normasitabtelias, 2022-03-24 22:18:51

BUKU PRG MESY PIBG 2022

BUKU PRG MESY PIBG 2022

SK LABU BESAR
09010 KULIM,
KEDAH

MESYUARAT
AGUNG PIBG
KALI KE - 43
TAHUN 2022

26 MAC 2022
8.30 MALAM

MELALUI PAUTAN GOOGLE MEET

DI RASMIKAN OLEH :
MOHD ALI BIN ABDUL RAHMAN
PEGAWAI KHAS TIM MENTERI

KOMUNIKASI & MULTIMEDIA

1

ISI
KANDUNGAN

~ KATA-KATA ALUAN
* GURU BESAR
* YANG DI PERTUA PIBG

~ ATURCARA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 43
~ AHLI JAWATANKUASA PIBG SK LABU BESAR
~ JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-43
~ AJK PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KE 43
~ NOTIS DAN JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG

PIBG KALI KE -43
~ AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE -43
~ MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-42
~ LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN PIBG 2021
~ PENYATA KEWANGAN PIBG
~ PENGHARGAAN

2

KATA – KATA ALUAN

GURU BESAR
SK LABU BESAR

Assalamualaikum w.b.t dan Salam TS 25

Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T dengan segala nikmat yang diberi dapat
saya mengambil kesempatan ini menzahirkan kesyukuran dan mengucapkan jutaan terima kasih
kepada ibu bapa dan guru-guru yang dapat hadir dalam Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan
Guru SK Labu besar kali ke 43 ini.

Terima kasih diucapkan kepada barisan ahli jawatankuasa PIBG yang sentiasa menyokong
dan memberi komitmen yang tinggi dalam semua program yang dirancang. Adalah menjadi
harapan saya agar hubungan baik yang sedia terjalin antara ibu bapa dan warga pendidik di sekolah
ini akan bertambah akrab. Mesyuarat Agung ini merupakan satu peluang terbaik untuk
mengakrabkan hubungan dan merupakan kesempatan untuk para ibu bapa mengetahui
perkembangan dan keperluan sekolah. Kami merasa bangga kerana mempunyai barisan AJK yang
sentiasa memahami dan bersama-sama dengan kami terutama pihak pengurusan sekolah.

Saya percaya, kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar Sekolah Kebangsaan Labu
Besar, adalah atas usaha gigih pelajar, ibu bapa dan guru-guru secara bersama dan istiqomah.
Kejayaan tidak dapat digapai jika tiada kerjasama dari semua pihak. Sebagai ahli dalam Persatuan
Ibu Bapa dan Guru, peranan setiap ahli amat penting kerana ia akan memberi kesan kepada setiap
keputusan yang dipersetujui terutama dalam aspek kewangan. Sumbangan kewangan, tenaga dan
idea-idea yang diberikan amat dialu-alukan demi kelansungan pendidikan anak-anak dalam
menjana kecemerlangan pembangunan modal insan.

Penglibatan semua ahli di samping kepimpinan pengurusan PIBG yang mantap dan cergas
akan menjadikan Sekolah Kebangsaan Labu Besar sebagai wacana pendidikan yang bergerak
lancar seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Ini demi
memastikan Agenda Pendidikan Negara berjalan lancar. Permuafakatan, sikap saling membantu
dan bekerjasama antara ibu bapa dan warga pendidik merupakan salah satu kunci kepada kejayaan
tersebut.

Akhir kalam saya mendoakan semuanya sentiasa dilindungi Allah dan mendapat rahmat dari
Nya.

Sekian, Assalamualaikum w.b.t.

( FAUZIAH BINTI YUSOF )
GURU BESAR
SK LABU BESAR.

3

KATA – KATA ALUAN

YANG DIPERTUA PIBG
SK LABU BESAR

Assalammualaikum w.b.t

Segala puji bagi Allah yang menciptakan sekalian alam serta syukur di atas limpah dan rahmatnya
kita dapat berjumpa lagi di mesyuarat Agung kali ke-43 ini.
Alhamdulillah dengan ketenangan dan suasana yang aman tenteram ini, saya amat mengharapkan
mesyuarat kita ini akan dapat membuahkan sesuatu yang amat bermakna, berfaedah serta
memberi manfaat kepda semua warga sekolah ini serta pihak-pihak yang berkaitan.
Untuk maklumat semua organisasi PIBG kita telah mencapai 43 tahun. Dalam kematangan ini, kita
seharusnya dapat melakukan sesuatu supaya SK Labu besar menjadi cemerlang di peringkat
Daerah Kulim mahupun di peringkat Negeri Kedah.
Namun yang demikian, semua harapan ini tidak akan terhasil tanpa adanya sokongan dan
kerjasama daripada para waris semua. Oleh itu, marilah bersama-sama kita berganding bahu demi
kebaikan anak-anak mahupun jagaan kita.
Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua waris dan seluruh
warga kerja AJK PIBG serta guru-guru di atas bantuan yang diberikan bagi menjayakan semua
program yang dirancangkan sehingga berjaya dilaksanakan. Ucapan sekalung terima kasih juga
kepada semua yang memberikan kerjasama yang baik sepanjang saya menjalankan tugas sebagai
Yang Di Pertua PIBG sekolah ini.

Sekiana, terima kasih dan selamat bersidang

Salam hormat,

………………………………

(EN. NABAWI BIN ISHAK)
Yang di Pertua PIBG
SK Labu Besar

4

ATURCARA
MESYUARAT AGUNG PIBG

KE - 43
SK LABU BESAR

8.30 malam : Pendaftaran Ibu Bapa dan Guru
9.00 malam : Ucapan Alu-aluan Pengerusi Majlis
: Nyanyian lagu ‘Negaraku’
10.30 malam : Bacaan Doa
: Ucapan YDP PIBG

Encik Mohd Nabawi bin Ishak
: Ucapan Guru Besar SKLB

Puan Fauziah binti Yusof
: Ucapan Perasmi dan Perasmian

Encik Mohd Ali bin Abdul Rahman
: Mesyuarat Agung PIBG ke-43
: Ucapan Penangguhan
: Bersurai

5

AHLI JAWATANKUASA PIBG
SK LABU BESAR

Penasihat : Pn Fauziah Binti Yusof

Yang Di Pertua : En Mohd Nabawi Bin Ishak

Naib Yang Di Pertua : Pn Sarah Binti Wahab

Setiausaha : En Faizal Bin Hashim

Bendahari : Pn Siti Zaleha Binti Ahmad

AJK (Guru) 1. Puan Mariana Binti Hashim
AJK (Ibu Bapa) 2. En. Abu Bakar Bin Sahari
3. En. Mohamad Zaidi Bin Abu Hasan
4. Puan Noor Aizah Binti Ilias

1. Pn. Nordalila Binti Mazlan
2. Pn. Maria Binti Mat saman
3. En. Mohd Rashidi Bin Hassan
4. Pn. Hayati Binti Awang
5. Pn. Noorma Binti Sahat

Juru Audit (Guru) : Puan Azura Binti Mohamad

Juru Audit (Ibu Bapa) : En. Habib Ahmad Muhaiyuddin bin
Habib Danial

6

SENARAI JAWATANKUASA
MESYUARAT AGUNG PIBG
KALI KE-43
SK LABU BESAR, 09010 KULIM,
KEDAH DARUL AMAN

PENASIHAT
Puan Fauziah Binti Yusof

YDP
En Mohd Nabawi Bin Ishak

NYDP
Pn Sarah Binti Wahab

SETIAUSAHA
En Faizal Bin Hashim

BENDAHARI
Pn Siti Zaleha Binti Ahmad

PENYELARAS MAJLIS
En Faizal Bin Hashim

Puan Noor Aizah Binti Ilias
Puan Siti Zaleha Binti Ahmad

7

AJK PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE 42
SK LABU BESAR

PENGURUS MAJLIS
En Faizal Bin Hashim

JEMPUTAN
En Aziz Bin Hassan
En Zaidi Bin Abu Hasan

PENGACARA
En Mohd Asri Bin Ismail
Puan Azlinawati Binti Yaakob

DOA
En Abdul Ghani Bin Abdul Karim

HADIAH
En Azizul Rahim Bin Ismail
En Marzuki Bin Abu bakar

En Mohd Noor Safwan
Haji Mohd Suyuty Bin Ismail
Puan Hamidah Binti Zainol
Puan Zarina Binti Mohamad
Puan Chithrra a/p Damodharan
Cik Faizamastura Binti Hamzah
Puan Norul Fazlin Bt Zainal Karib
Puan Noor Hasliza Bt Ghazali
Puan Mariana Binti Hashim
Puan Hafizani Binti Hamid
Puan Farahim Binti Ghazali

PENDAFTARAN
En Roslan Bin Mohd Yusoff

En Abu Bakar Bin Sahari
Puan Faridah Binti Muda
Puan Nor Azian Binti Ismail

8

AJK PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE 42
SK LABU BESAR

BUKU PROGRAM
Puan Normasita Bt Elias
En Mohd Izwan Bin Abd Rahim

TEKS UCAPAN
Puan Sukinah Bt Hashim
Puan Basirah Bt Bacharuddin

FOTOGRAFI
Puan Noor Azlin binti Teh
Puan Mazura Binti Abdul Aziz

DOKUMENTASI / PENILAIAN PROGRAM
Puan Noor Azlin binti Teh

Puan Mazura Binti Abdul Aziz

TEKNIKAL
En Muhd Niza Bin Abdullah
En Shamsul Azrul Bin Saari
En Mohd Syamsuri Bin Yusop

Puan Suria Binti Ismail
Puan Azura Binti Mohamad
Puan Noor Azlinda Binti Abdullah

PENCATAT
Puan Fadzilah Binti Jahaya

Puan Husnita Bt Hassan
Puan Masita Bt Ismail

Puan Zuraini Binti Hassan

9

_______________________________________________________________________________________________

Ruj.Kami : MA2022/01/22
Tarikh : 21 FEBRUARI 2022

Pengarah,
Jabatan Pendidikan Negeri Kedah
Kompleks Pendidikan, Jalan Stadium
05604 Alor Setar
Kedah Darul Aman.
(u.p: Encik Mohd Syawalfitri bin Aziz)

Tuan,

PERMOHONAN MELAKSANAKAN MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (MAT) PERSATUAN IBU BAPA-GURU
(PIBG) SECARA DALAM TALIAN TAHUN 2022.

NAMA SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN LABU BESAR, KULIM KEDAH
KOD SEKOLAH : KBA5009 PPD: KULIM BANDAR BAHARU

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah memanjangkan permohonan PIBG sekolah ini untuk mengadakan
Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) Persatuan Ibu Bapa-Guru (PIBG) secara dalam talian seperti ketetapan berikut:

Tarikh/Hari : 26 MAC 2022
Masa : 8.30 MALAM
Tempat : Lokasi masing-masing

3. Pihak PIBG mengaku akan mematuhi Garis Panduan Pelaksanaan MAT PIBG Secara Dalam Talian yang diberi
oleh pihak Kementerian Pendidikan Malaysia serta mengikut arahan terkini dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebagai langkah bersama menangani penularan wabak COVID-19.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

FAUZIAH BINTI YUSOF
GURU BESAR

SK LABU BESAR

10

Bil Kami : PIBG 2021/2022
Tarikh: 10 MAC 2022

Kepada;

Semua Waris

Tuan/Puan,

NOTIS DAN JEMPUTAN KE MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -43

Merujuk kepada perkara di atas, sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG ke-43 akan diadakan
seperti berikut:

Tarikh : 26 Mac 2022 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat. : Kediaman masing masing
Platform : Google Meet

3. Sehubungan dengan itu, pihak PIBG amat berbesar hati menjemput tuan/puan ke majlis tersebut.
Semoga kehadiran tuan/puan akan dapat menyumbangkan buah fikiran yang membina demi kepentingan
bersama.

4. Kerjasama daripada pihak tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Saya yang menjalankan amanah,
“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

......................................................
MOHD NABAWI BIN ISHAK
YDP PIBG
Sekolah Kebangsaan Labu Besar
Kulim, Kedah Darul Aman

11

BORANG PERNYATAAN USUL
GOOGLE FORM

12

NOTIS JEMPUTAN
MESYUARAT AGUNG PIBG

SECARA MAYA

13

AGENDA
MESYUARAT

1. Perutusan Pengerusi
2. Perutusan Guru Besar
3. Pembentangan dan Mengesahkan Minit

Mesyuarat
4. Pembentangan dan Mengesahkan Penyata

Kewangan
5. Pembentangan Usul
6. Laporan Aktiviti Sepanjang

Tahun 2021
7. Ucapan Penangguhan
8. Penutup

14

Minit Mesyuarat Agung PIBG SK Labu Besar

Kali-42

Tarikh : 16 Oktober 2021

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 malam

Tempat : Atas talian aplikasi Google Meet

KEHADIRAN

1. Puan Fauziah Binti Yusof (Penasihat PIBG)
2. En.Mohd Nabawi bin Ishak (YDP PIBG)
3. En.Mazlan Bin Yusof (NYDP PIBG)
4. En.Faizal Bin Hashim (S/U PIBG)
5. Pn. Siti Zaleha Binti Ahmad (Bendahari)
6. Pn. Chithrra a/p Damodharan (AJK)
7. Pn. Faridah Binti Muda (AJK)
8. Pn. Azlina Binti Halim (AJK)
9. Pn. Sarah Binti Wahab (AJK)
10. Pn. Maria Binti Mat Saman (AJK)
11. En. Mazlan Bin Abd Azizi (AJK)
12. Pn. Hayati Binti Awang (AJK)
13. Puan Noor Azlin Binti Teh (PEMERIKSA KIRA-KIRA)
14. En. Jamaludin Bin Saad (PEMERIKSA KIRA-KIRA)
15. Senarai kehadiran Ibu Bapa

AGENDA MESYUARAT :

1. Perutusan Pengerusi
2. Perutusan Guru Besar dan Perasmian
3. Perlantikan Pengerusi Sementara Mesyuarat
4. Pembentangan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
5. Pembentangan dan Mengesahkan Penyata Kewangan
6. Pembentangan Usul
7. Laporan Aktiviti Sepanjang Tahun 2019-2020
8. Pembubaran Jawatankuasa sesi 2019-2020
9. Perlantikan Jawatankuasa sesi 2021-2022

 Pengerusi
 Naib pengerusi
 AJK
10. Ucapan Penangguhan
11. Penutup

15

PERBINCANGAN MESYUARAT

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1. KATA ALUAN YANG DI PERTUA PIBG

1.1.1 Encik Mohd Nabawi Bin Ishak selaku yang Dipertua PIBG SK Labu Besar mengalu-aluan
kedatangan ibu bapa dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana sokongan ibu bapa dan
semua guru terhadap Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 secara atas talian dalam suasana
yang terbatas akibat wabak covid-19.
Makluman

2. Beliau mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak sekolah, Guru Besar, guru-
guru dan AJK PIBG yang terus menyumbang bukan hanya dari segi wang ringgit dalam memastikan
kehadiran anak anak dalam PdPR yang dijalankan secara maya serta program-program yang
dijalankan oleh pihak sekolah.

Makluman

2.0 PERUTUSAN GURU BESAR DAN PERASMI

2.1.KATA ALUAN GURU BESAR DAN PERASMI

2.1.1 Bersyukur kita ke hadrat Illahi dengan limpah kurnianya dapat kita semua berkumpul
bersama-sama secara maya dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-42 2021.Sesungguhnya
jauh sudut hati beliau, beliau mengimpikan mesyuarat in dilakukan secara bersemuka,
namun apakan daya pandemik covid 19 menjadi kekangan bukan sahaja kepada kita
bahkan kepada masyarakat seluruh dunia.

2.1.2 Dan seperti mana yang telah dimaklumkan oelh pihak Majlis Keselamatan Negara pada 18
Oktober 2021 iaitu pada hari Isnin hadapan, InsyaAllah kita akan masuk ke fasa 3. Jadi bila
kita masuk fasa 3, 2 minggu dari tarikh yang diumumkan pra sekolah akan mula
bersekolah. Ini adalah makluman awal untuk para ibubapa dan waris.

2.1.3 Oleh kerana kekangan covid 19 ini, pihak sekolah termasuk kita semua perlu akur kepada
Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan demi memastikan kita kembali ke dalam
norma yang biasa.Atas sokongan ibubapa/waris, pihak sekolah telah menambahkan
prasarana di sekolah ini untuk kemudahan pelajaran murid-murid di SK Labu Besar
terutamanya dalam situasi pandemik ini. Antara prasarana yang telah ditambah baik ialah
seperti meja di kelas yang telah dijarakkan dan dilabelkan mengikut nama murid, dan
seterusnya ada sistem penggiliran bagi murid-murid hadir ke sekolah. Pihak sekolah juga
telah menyiapkan tempat membasuh tangan yang telah dibuat oleh guru-guru untuk
memastikan murid-murid membasuh tangan sekerap yang mungkin bagi mengelakkan
penularan covid 19 ini. Kita menggunakan duit sumbangan yang telah disumbangkan oleh
PIBG dan daripada sumbangan luar yang diperolehi daripada individu-individu yang telah
menyumbang kepada pihak sekolah. Untuk makluman ibu bapa/waris juga, pihak sekolah
telah mengadakan PA sistem bagi memastikan kelancaran waktu pulang, waktu makan dan
waktu hadir murid-murid. Disamping itu juga, bagi memastikan murid-murid dapat belajar
dengan baik selepas ini, pihak sekolah memastikan kipas, lampu semua berfungsi, pintu

16

dan tingkap yang sempurna supaya pengudaraan dan pencahayaan yang terbaik kepada
murid-murid supaya mereka terhindar daripada wabak covid-19 dan dapat belajar dalam
suasana yang selamat. Begitu juga dengan bilik guru, pihak sekolah akan pastikan
keselesaan kepada guru dan murid-murid di SK Labu Bear. Keselamatan murid-murid dan
guru-guru di sekolah sentiasa menjadi keutamaan.

2.1.4. Keselamatan murid-murid dan guru-guru di sekolah sentiasa menjadi keutamaan pihak
sekolah dengan memastikan SOP yang ditetapkan oleh KPM dipatuhi. Pihak sekolah yakin
dengan kerjasama ibu bapa, guru-guru dan murid-murid dapat mematuhi SOP yang telah
ditetapkan MKN. Pihak sekolah berharap ibubapa/waris dapat memastikan bahawa anak-
anak yang sihat sahaja dihantar ke sekolah. Pihak sekolah akan mengadakan taklimat
pembukaan sekolah pada 23 Oktober 2021 secara Google Meet.

2.1.5 Alhamdulilah buat pengetahuan semua ibubapa/waris banyak kecemerlangan dan kejayaan
yang telah pihak sekolah capai sama ada dalam bidang akademik mahupun dalam bidang
kokurikulum. Kejayaan dan kecemerlangan in menggambarkan usaha guru-guru,
ibubapa/waris dan PIBG yang tidak pernah puts asa mendidik murid-murid. Kejayaan ini
juga menggambarkan usaha dan kerjasama terjalin kukuh antara guru dan ibu bapa
selama ini diberkati oleh Allah.Pihak sekolah juga mengucapkan berbanyak-banyak terima
kasih kepada semua yang menyumbang.

2.1.6 Pihak sekolah juga mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua waris
yang hadir pada malam in atas segala kerjasama yang telah dihulurkan bagi memastikan
kelancaran anak-anak mengikuti PdPR selama tempoh anak-anak tidak dapat hadir ke
sekolah. Banyak waris yang bertungkus lumus memastikan anak-anak dapat mengikuti
PdPR. Namun begitu ada juga murid-murid yang tidak dapat ikuti PdPR, mungkin terdapat
kekangan.

2.1.7 Dalam usaha kita untuk menjana kecemerlangan ini, pihak PIBG sentiasa menyokong
pihak sekolah mengadakan pelbagai aktiviti. Pihak PIBG juga banyak memberikan
sumbangan dalam bentuk kewangan untuk pelbagai aktiviti sekolah.Sumbangan yang
PIBG yang telah diberikan adalah hasil daripada sumbangan ibu bapa kepada tabung
PIBG. Oleh itu, beliau menyeru agar semua ibu bapa terus menyumbang kepada tabung
PIBG. Untuk makluman semua kutipan tabung PIBG belum lagi dapat dilaksanakan kerana
kita belum mengadakan Mesyuarat Agung PIBG. Dan, jika ada waris ingin memberikan
sumbangan kepada Tabun PIBG sangat dialu-alukan.

2.1.8 Kecemerlangan sesebuah sekolah bukannya bergantung kepada hebatnya guru mengajar.
Malah perlu seiring dengan komitmen ibu-bapa yang bersama-sama mebimbing anak-anak
agar sentiasa menjaga akhlak, tingkahlaku dan menjaga harta benda sekolah.Oleh itu,
dalam situasi pandemik ini,pihak sekolah amat berharap prasarana yang sekolah telah
siapkan, kita bersama-sama menjaga prasarana tersebut. Dan mengikut segala arahan,
ketetapan dan displin yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

2.1.9 Sempena dengan Mesyuarat Agung PIBG ini, marilah kita menggunakan pendekatan
muasyawarah. Sekiranya timbul sebarang masalah atau salah faham sesama kita, masalah
displin murid-murid kita tangani bersama-sama. Beliau juga merakamkan ucapan terima
kasih kepada semua ibu-bapa yang hadir dalam majlis ini. Jutaan terima kasih juga kepada
barisan kepimpinan PIBG tahun 2020-2021 dan juga barisan guru-guru, AKP dan semua
waris yang terlibat dalam dalam segala program yang telah diaturkan oleh pihak sekolah.
Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim beliau merasmikan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-
42 SKLB untuk tahun 2021.

17

3.0 PERLANTIKAN PENGERUSI SEMENTARA MESYUARAT

3.1. En Nabawi bin Ishak di lantik sebagai pengerusi sementara mesyuarat.
Cadangan : En Mazlan Bin Yusof
Sokongan : En Mohammad Rafez

3.2. Aluan Pengerusi

Terima kasih atas kepercayaaan yang diberikan untuk melantik sebagai
Pengerusi sementara Mesyuarat PIBG Kali Ke-42. InsyaAllah beliau cuba
melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan sebaik mungkin. Beliau
berharap perjalanan mesyuarat ini akan berjalan dengan lancar
walaupun dalam norma baharu. Beliau juga berharap, jika ibubapa/waris ada
cadangan atau masalah/isu yang ingin dicadangkan bolehlah kita bersama-
sama berbincang secara musyawarah. Semuanya atas tujuan dan kepentingan
pendidikan anak-anak kita semua.

4.0 MEMBENTANG/MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-41

2.1 Encik Faizal Bin Hashim Setiausaha PIBG 2020-2021 membentangkan minit mesyuarat
Agung PIBG kali ke-41.

2.2 Minit mesyuarat agung PIBG kali ke-41 telah disahkan oleh :

Dicadang sahkan oleh : En Mazlan bin Yusof Disokong
oleh : Puan Nurhazira

5.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN PENYATA KEWANGAN 2020-2021

3.1 Puan Siti Zaleha Binti Ahmad selaku Bendahari PIBG sesi 2019-2020 telah membentangkan
penyata kewangan yang berakhir 31 Disember 2020.

3.2 Laporan kewangan tersebut telah dicadangkan untuk diterima oleh

Dicadang terima oleh : Puan Nurhazira
Disokong oleh : En Mazlan Bin Yusof

6.0 MEMBENTANG, MEMBAHAS DAN MERIMA USUL
6.1 Tiada sebarang usul yang dibahaskan.

7.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN LAPORAN AKTIVITI PIBG 2019-2020

7.1 Encik Faizal Bin Hashim Setiausaha PIBG telah membentangkan laporan aktiviti PIBG pada
tahun 2019-2020.

7.2 Laporan aktiviti PIBG kali ke 41 telah disahkan oleh :

Dicadang sahkan oleh : Puan Normasita Binti Elias
Disokong Oleh : Puan Fadzilah Binti Jahaya

18

8.0 PEMBUBARAN JAWATANKUASA SESI 2019-2020

8.1 Encik Nabawi Bin Ishak selaku Yang Dipertua Agung PIBG dengan rasminya
membubarkan Ahli Jawatan Kuasa PIBG sesi 2019-2020 SK Labu Besar.

9.0 PERLANTIKAN JAWATANKUASA SESI 2021-2022

9.1 Berikut adalah merupakan Ahli Jawatan Kuasa PIBG 2021-2022 yang telah dilantik. AJK dari
kalangan guru telah dilantik oleh Penasihat PIBG SK Labu Besar.

1. Puan Fauziah Binti Yusof (Penasihat PIBG)

2. En.Mohd Nabawi bin Ishak (YDP PIBG)

Cadangan: Puan Norazlina

Disokong: Puan Noradila

3. Puan Siti Sarah Binti Wahab (NYDP PIBG)

Cadangan: Puan Noradila

Disokong: Encik Mazlan

4. En.Faizal Bin Hashim (S/U PIBG)

5. Puan Siti Zaleha Binti Ahmad (Bendahari)

6. Puan Mariana Binti Hashim (AJK GURU)

7. En. Abu Bakar Bin Sahari (AJK GURU)

8. En. Mohamad Zaidi Bin Abu Hasan (AJK GURU)

9. Puan Noor Aizah Binti Ilias (AJK GURU)

10. Pn. Nordalila Binti Mazlan (AJK IBU BAPA)

Cadangan: Encik Mazlan

Disokong: Sebulat suara

11. Pn. Maria Binti Mat saman (AJK IBU BAPA)

Cadangan: Encik Nabawi

Disokong: Sebulat suara

12. En. Mohd Rashidi Bin Hassan (AJK IBU BAPA)

Cadangan: Encik Nabawi

Disokong: Sebulat suara

13. Pn. Noorma Binti Sahat (AJK IBU BAPA)

Cadangan: Encik Nabawi

Disokong: Sebulat suara

14. Pn. Hayati Binti Awang (AJK IBU BAPA)

Cadangan: Encik Nabawi

Disokong: Sebulat suara

15. Puan Azura Binti Mohamad (PEMERIKSA KIRA-KIRA)

16. En. Habib Ahmad Muhaiyuddin (PEMERIKSA KIRA-KIRA)

Cadangan: Encik Nabawi

Disokong: Sebulat suara

19

10.0 UCAPAN PENANGGUHAN
10.1 Dalam sesi penangguhan Mesyuarat Agung SK Labu Besar kali ke-42, tiada sebarang

respons dan cadangan daripada ahli.
11.0 Penutup

1. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-41 ditangguhkan pada jam 11.00 malam.
Disediakan oleh :

………………………………………………
Faizal Bin Hashim
SETIAUSAHA PIBG,
SK Labu Besar

.................................................
Mohd Nabawi Bin Ishak
YANG DIPERTUA PIBG,
SK Labu Besar

.................................................
Siti Zaleha Binti Ahmad
BENDAHARI PIBG,
SK Labu Besar

20

LAPORAN AKTIVITI TAHUNAN 2021

BIL AKTIVITI TARIKH
24 MAC 2021
1 Program Pemugaran Emosi Murid 7 MAC 2021
Fasa 1

2 Ziarah Cakna Bersama PIBG

3 Ziarah Cakna Bersama PIBG 8 APRIL 2021

4 Sumbangan Bakul Makanan Bersama 15 APRIL 2021
PIBG

5 Sumbangan Pakaian Raya Bersama 3 MEI 2021
PIBG

6 Program Minda Sihat 18 JULAI 2021

7 Program Bantuan Sara Hidup 24 JULAI 2021

8 Program Sumbangan Peralatan PdPR 3 SEPTEMBER
2021

9 Ziarah Cakna Bersama PIBG 1 OKTOBER 2021

10 Taklimat Pembukaan Sekolah 23 OKTOBER
Bersama Waris 2021
25 NOVEMBER
11 Program Pemugaran Emosi Murid 2021
Fasa 2 Sepanjang Tahun
2021
12 Program Bacaan Yassin Muafakat
PIBG

21

PENYATA KEWANGAN PIBG
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN
1 JANUARI 2021 HINGGA 31 DISEMBER 2021

22

PENGHARGAAN

Pihak sekolah SK Labu Besar amat berbesar hati
di atas kesudian En Mohd Ali Bin Abdul Rahman

kerana sudi hadir dan seterusnya menjadi
perasmi bagi Mesyuarat PIBG SK Labu Besar yang

ke 43, ucapan terima kasih juga buat semua
waris kerana menghadiri dan menjayakan

Mesyuarat Agung PIBG ke 43 yang di adakan
secara maya pada tahun ini.

Ucapan terima kasih juga buat semua barisan
pentadbir, warga Sk Labu Besar serta AJK PIBG

yang telah bersama-sama dalam menjayakan
Mesyuarat Agung PIBG SKLB ke 43 ini.

SELESAI SUDAH MAJLIS ACARA,
PERKARA BAIK JADI PEDOMAN,
ANDAI ADA TERLANJUR BICARA,
SALAH SILAP HARAP DIMAAFKAN.

23


Click to View FlipBook Version