The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 515-1-shahmee, 2022-05-19 04:22:45

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE-47

BUKU PROGRAM MAT PIBG KALI KE-47

SEKOLAH KEBANGSAAN KELIBANG

Jalan Padang Matsirat, kuah
07000 Langkawi, kedah

http://www.skkelibang.com/utama

Mesyuarat

AGUNG PIBG

KALI KE - 47

TAHUN 2022

Dirasmikan Oleh :
YB Dato’ Haji Juhari Bin Bulat
Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah Darul Aman

21 MEI 2022 / Sabtu
8.30 Pagi

KANTIN
SK KELIBANG

Isi Kandungan

KANDUNGAN MUKA SURAT
NOTIS MESYUARAT AGUNG 1
PENGENALAN LOGO BAHARU PIBG 2
ATURCARA MAJLIS DAN AGENDA MESYUARAT 3
AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022 4
JAWATANKUASA KERJA PIBG KE-47 5
MINIT MESYUARAT AGUNG KE-46 6-11
LAPORAN SETIAUSAHA AKTIVITI PIBG TAHUN 2021 DAN 2022 12
USUL-USUL MESYUARAT AGUNG 13
PENYATA KEWANGAN 14
PENGHARGAAN 15

Notis Mesyuarat Agung

NOTIS MESYUARAT AGUNG

Tuan/Puan,
NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN KELIBANG KALI KE-47

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Agung PIBG SK Kelibang akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 21 Mei 2022

Hari : Sabtu

Masa : 8.30 pagi

Tempat : Kantin SK. Kelibang

Pakaian : Sopan dan Menutup aurat

*1 keluarga hanya seorang wakil sahaja

3. Sehubungan dengan itu, Tuan/Puan ahli PIBG SK Kelibang dijemput hadir. Semoga dengan kehadiran Tuan/ Puan
dapat memberikan cetusan idea yang bernas bagi meningkatkan prestasi anak-anak kita bersama.

4. Jika tuan / puan tidak dapat hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke 47 perlulah membayar RM 10.00 melalui guru
kelas anak / waris masing-masing beserta borang kehadiran dan Usul ini.

Sekian, terima kasih.

Yang menjalankan tugas,

En. Mohammad Amran Bin Ramly
YDP PIBG,
Sekolah Kebangsaan Kelibang

BORANG USUL MESYUARAT AGUNG PIBG SK KELIBANG KALI KE-47

Nama Ibu / Bapa / Penjaga :_________________________________________________________

Nama Murid :_________________________________________________________

Alamat :_________________________________________________________

KEHADIRAN : ( Hadir / Tidak hadir )

USUL MESYUARAT AGUNG:

_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________________
_________________________________________________________

Semua usul hendaklah dikembalikan semula pada 12 Mei 2022 (Khamis) untuk diteliti dalam mesyuarat AJK sebelum
mesyuarat agung.Borang hendaklah dikembalikan kepada guru kelas.

Semua pengusul perlu hadir ke Mesyuarat Agung PIBG ke 47 bagi memastikan usul boleh disokong dan
diterima untuk tindakan seterusnya.

Usul adalah perkara yang waris atau penjaga cadangkan untuk bantu pihak sekolah contohnya, membantu
mengajar kelas tambahan bersama guru.

1

Pengenalan Logo Baharu PIBG

2

Atucara Majlis dan Agenda

Mesyuarat

21 MEI 2022 / Sabtu

8.00 pagi : Ketibaan waris dan pendaftaran
8.30 pagi : Ketibaan Perasmi
Nyanyian Negaraku
Bacaan doa
Persembahan Pembukaan

Ucapan Yang Dipertua PIBG Sekolah Kebangsaan Kelibang,
En. Mohammad Amran Bin Ramly

Ucapan Tuan Guru Besar ( Penasihat PIBG )
Tn. Ahmad Sufian Bin Abdul Rahman

Ucapan Perasmian
YB Dato’ Haji Juhari Bin Bulat, Speaker Undangan Negeri Kedah Darul Aman.

Pelancaran Logo PIBG Baharu

9.30pagi: Mesyuarat bermula

AGENDA MESYUARAT AGUNG 2022

Aluan pengerusi
Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat agung kali ke-46
Perkara berbangkit
Membentang dan menerima penyata kewangan
Penetapan Sumbangan PIBG
Membahaskan usul
Hal-hal lain
Ucapan penangguhan

3

Jawatankuasa PIBG 2021-2022

Penasihat
En. Ahmad Sufian Bin Abdul Rahman

Yang DiPertua
En. Mohammad Amran Bin Ramly

Naib Yang DiPertua
En. Azizan Bin Ramli

Setiausaha
Pn. Zaleha Binti Hasan

Bendahari
En. Mohd Shahmee Bin Abu Saman

AJK GURU
En. Musmuliadi Bin Mat
Cik Mahani Binti Mahmud
En. Mohd Azmi Bin Shapie
Pn. Nor Shamila Binti Kasa

AJK IBUBAPA
Pn. Hamishah Othman
Pn. Siti Sarah Binti Abd Razak
Pn. Normi Binti Hashim
Pn. Mahani Binti Abdullah
Pn. Ighfaniza Binti Ahmad

4

Jawatankuasa Kerja

JK Sambutan JK Buku Program JK Fotografi
Semua Pentadbir Zaleha Hasan Muhammad Faiz Bin
Mohd Shahmee Abu Saman Iberahim
JK Juruacara Mohd Nawawi Wahid
Rusmah Muhd Kasim JK Pencatat Minit
Mesyuarat JK Makanan VVIP
JK Pendaftaran Waris & Husna Abdul Wahab Suzeta Mat
Guru & Semak Status Saidatun Nisak Bt Aris Nur Najihah Md Zahat
Mysejahtera Nuraini Mohammad Salleh Nor Hashimah Hashim
Faizah Harun Nur Syafiqa Tajuddin Rozita Hassan
Nadiah Yusof Solehah Shuib
Siti Munirah Suhaimi JK Persediaan Kantin (VIP
Alia Armiza Razif & IBUBAPA) JK Makanan Waris
Nor Shariza Abd Rahman Baharuddin Che Rus Haslina Abd Hamid
Norisyah Ramlee Zulkri Zakaria Mahanim Mat Ani
Mahpuzah Jamaludin Zukilfli Mohamad Noor Ismaliza Ismail
Azurahanin Jaafar Sayed Mohd Nuzaihan Zubaidah Harun
Jamshari Mansor Rosidah Binti Mahmud
JK Siaraya Muhammad Aizat Amir Nurul Izzati Mahdi
Musmuliadi Mat Mohd Azmi Shapie Nur Shawina Mohd Yusof
Muhammad Naim Sabri
JK Teks Ucapan JK Hadiah,Cenderamata &
JK Persiapan Pentas & Nor Shamila Kasa Cabutan Bertuah
Banner Haslindah Jaafar
Zaquan Naim Ahmad JK Sumbangan & Sponsor Nur Ismaniza Idris
Mohd Khairul Nizam Nur Fauziana Omar Nur Illiana Mohd Azzimi
Saadiah Mohamed Azhar Farah Aida Mohd Zaidi Maznah Ramli
Suhaila Sukarno Ku Sa’lehah Ku Md Salleh
Azifah Adzif JK Gimik Logo PIBG Husny Bayzura Abdul Ghani
Mahani Mahmud Ummu Syifak Abdul Hadi Nurul Ain Mohd Sabry
Mazni Mahmud Arnie Fahiza Mohd Jamil Nurzaireen Hanaany Ahmad
Nor Hashimah Hashim Zany
JK Persembahan Azanarul Azean Abdul Ghani
JK Pembaca Doa Pembukaan
Wan Muhammad Mujahid Mohd Shahmee Abu Saman
Asy-syahid Haslina Abd Hamid

JK Dokumentasi
Mohd Azmi Shapie
Mahani Mahmud

5

Minit Mesyuarat
Agung

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

SEKOLAH KEBANGSAAN KELIBANG

KALI KE 46 TAHUN 2021

___________________________________________________________________

Tarikh : 10 April 2021

Masa : 8.00 pagi

Tempat : Dewan Angkatan Pertahanan Malaysia, Langkawi.

___________________________________________________________________

I. ALUAN PENGERUSI
1. Encik Ahmad Sufian Abdul Rahman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan
Kelibang mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada semua AJK PIBG
SK Kelibang dan para ibu bapa kerana sudi hadir ke Mesyuarat Agung PIBG kali ke
46 bagi Tahun 2021.
2. Tujuan mesyuarat ini adalah untuk memastikan kejayaan anak-
anak/cucu dengan melangsungkan program-program disekolah dan ianya akan
lebih berkesan sekiranya dijayakan bersama dengan waris. Ibu bapa boleh
meneruskan bimbingan di rumah. Selain daripada itu, beliau menyatakan kejayaan
itu bukan hanya mementingkan dari segi akademik, bahkan kemenjadian murid
sekarang meliputi keseluruhannya (holistic) iaitu akademik, kokurikulum dan
pembentangan watak serta akhlak.
3. Ibu bapa perlu memastikan anak-anak hadir ke sekolah. Laporan
kehadiran murid menunjukkan pola penurunan sehingga bulan April. Guru besar
menyatakan kebimbangannya tentang perkara ini dan meminta ibu bapa
mengambil perhatian yang serius tentang perkara ini. Ibu bapa juga disarankan
bekerjasama dengan guru-guru dan memberikan galakan serta sokongan kepada
anak-anak untuk menyertai sebarang pertandingan yang dianjurkan oleh pihak
sekolah.
Tindakan : Makluman

6

Minit Mesyuarat
Agung

MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 44
4. En. Sayed Nuzaihan bin Mohd Noor selaku Setiausaha PIBG SK Kelibang sesi
2019/2020 membentangkan minit mesyuarat kali ke 45.
5. Pn. Zainab binti Ahmad mencadangkan supaya minit mesyuarat ini disahkan.
6. Disokong oleh Pn. Ku Haryati binti Ku Chik.
III PERKARA BERBANGKIT
7. 9. Kelas Tambahan UPSR
Pada tahun 2020, UPSR telah dimansuhkan. Pada tahun 2021, UPSR belum tentu
dijalankan ataupun tidak. Sekiranya ada UPSR, pihak sekolah akan mengambil
inisiatif untuk mengadakan kelas tambahan.

IV MEMBENTANG DAN MENERIMA PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2020
8. En. Ikhwan bin Rabaen selaku Pemangku Bendahari PIBG sesi 2019/2020

telah membentangkan penyata kewangan berakhir pada 31 Disember 2020.
9. Jumlah sumbangan adalah sebanyak RM5350. Tiada perbelanjaan
memandangkan tiada sebarang program yang dilaksanakan berikutan dengan
penularan Covid 19.
10. En. Mohd Taib bin Abdul Rahman mencadangkan supaya penyata kewangan
disahkan.
11. Disokong oleh Pn. Surina bt Nayan.

7

Minit Mesyuarat
Agung

MEMBAHASKAN USUL.
12. Mengadakan loker buku bagi setiap kelas kerana beg murid-murid terlalu

berat.
12.1. Telah diusulkan oleh : Murida bti Mat Alin
12.2 Pihak sekolah boleh mempertimbangkan cadangan tersebut sekiranya
mempunyai kawasan yang sesuai. Selain itu, murid-murid juga perlu diajar cara
untuk menjaga loker-loker tersebut.
Tindakan:Pihak sekolah

13. Memohon pihak sekolah membaiki pintu tandas.
13.1 Telah diusulkan oleh : En.Akmal bin Abdul Rani
13.2 Guru besar memaklumkan bahawa pintu tandas telahpun dipasang. Pihak

sekolah juga telah memohon peruntukan kerajaan untuk projek naik taraf tandas
sekolah,
Tindakan : Makluman

14. Harga makanan dan minuman di kantin semakin mahal.

14.1 Telah diusulkan oleh : Pn.Nur Rohana Azira binti Azizan
14.2 Guru besar memaklumkan untuk tempoh PKP, harga-harga makanan telah
dipamerkan pada borang pesanan Google form. Harga makanan juga telah
dikawal oleh pihak sekolah dan akan dipantau dari masa ke semasa. Murid-murid
perlu makan di dalam kelas sepanjang PKP berlangsung.
Tindakan : Pihak sekolah

14.3 Guru besar juga memaklumkan bahawa tender kantin sekolah akan berakhir
pada tahun ini dan akan digantikan dengan tender syarikat yang baharu pada
tahun hadapan.
Tindakan : Makluman

8

Minit Mesyuarat
Agung

15. Mengadakan gotong-royong melibatkan ibu bapa membersihkan kawasan
sekolah terutamanya di kawasan tandas.

15.1 Telah diusulkan oleh : Pn.Nurin Nabilah binti Nor Amiro
15.2 Pihak sekolah akan mengadakan program ini sekiranya tiada sebarang
kekangan dan perlu dijalankan mengikut SOP Covid-19. Selain itu, pihak sekolah
juga boleh mewujudkan tabung sumbangan khas untuk projek keceriaan sekolah.
Tindakan : Pihak sekolah

VI HAL-HAL LAIN
16. En. Abdullah bin Mat Isa waris kepada murid Tahun 4 bertanyakan mengenai
usul bonggol di hadapan sekolah. Tuan GB memaklumkan permohonan untuk
membina bonggol tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa.
Tindakan : Makluman

17. Guru besar meminta ibu bapa untuk menyediakan jadual bagi anak-anak untuk
mereka mempunyai satu aturan aktiviti seharian yang tetap. Hal ini juga adalah
supaya anak-anak ada disiplin dan mempunyai kemahiran pengurusan masa yang
baik.
Tindakan : Waris PIBG

18. En. Ikhwan mengucapkan terima kasih kepada penyumbang yang memberikan
sumbangan kepada projek naik taraf surau sekolah (Surau Muaz bin Jabbar). Gerak
kerja terhenti seketika kerana pihak sekolah sedang menunggu sumbangan karpet.
Perabot-perabot baharu akan dimasukkan ke dalam surau selepas hal tersebut
selesai. Banyak aktiviti-aktiviti akan dijalankan oleh pihak sekolah di surau tersebut.
Tindakan : Makluman

9

Minit Mesyuarat
Agung

19. Pn. Norhidayah bt Abdul Manaf mencadangkan agar program 1 murid 10 buku
perlu diwar-warkan di dalam group kelas masing-masing. Beliau juga
mencadangkan agar dikeluarkan sijil kehadiran bagi murid yang hadir penuh atau
90% kehadiran atau saguhati dalam bentuk wang.
Tindakan : Pihak sekolah

20. Maklum balas daripada pihak sekolah
Guru besar memaklumkan pelancaran 1 murid 10 buku (5 buah BM, 5 buah BI) pada
hari Rabu 14/04/2021 dan program ini diwar-warkan serta akan diajar kepada waris
cara untuk mengisi dalam sistem. Waris digalakkan untuk melihat aktiviti membaca
anak-anak dengan menyertai mereka. Ini satu inisiatif yang boleh dilakukan untuk
mengelakkan anak-anak dari bermain telefon bimbit dengan lama.Guru besar
menyahut baik akan cadangan ini dan akan dilaksanakan di peringkat sekolah.
Tindakan : Makluman

VII PEMBUBARAN AJK PIBG SK KELIBANG

20. Mantan YDP mengucapkan terima kasih kepada para guru serta waris yang
telah memberikan kerjasama sepanjang tiga penggal beliau memegang
jawatan tersebut. Beliau berharap bahawa YDP yang seterusnya dapat
bekerjasama dan memberikan sepenuh komitmen pada pihak sekolah.

21. Guru besar mengisytiharkan pembubaran AJK PIBG 2020. Ahli mesyuarat
bersetuju dengan Pelantikan AJK PIBG 2021 menggantikan AJK yang lama.
Sehubungan itu, Yang Dipertua PIBG, SK Kelibang memohon untuk membuat
pertukaran tandatangan cek Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) selaras dengan
keputusan Ahli Jawatankuasa Tertinggi pada Mesyuarat Agung 2021 seperti berikut
:

1)Yang Dipertua PIBG : Mohammad Amran bin Ramly ( NO. KP : 780227-02-5633 )
2)Setiausaha : Zaleha binti Hasan ( NO. KP : 880501-26-5428)
3)Bendahari : Mohd Shahmee bin Abu Saman ( NO. KP : 931107-02-6477)

10

Minit Mesyuarat
Agung

4) Nama Bank : Maybank
PIBG SK KELIBANG

5) No. Akaun Bank : 002072112573

22. Berikut merupakan senarai AJK PIBG 2021 yang baru dilantik.

YDP PIBG
En. Mohammad Amran bin Ramly
TIMBALAN YDP
En. Azizan bin Ramli
AJK (IBUBAPA)
1.Pn. Hamishah binti Othman
2.Pn. Siti Sarah binti Abd Razak
3.Pn. Normi binti Hashim
4.Pn. Mahani binti Abdullah
5.Pn. Ighfaniza binti Ahmad

AJK (GURU)
1.Pn. Azizah Binti Azmi
2.Pn. Khazami Binti Muhamad
3.Cik Mahani Binti Mahmud
4.En. Mohd Azmi Bin Shapie
5.En. Muhammad Qawiem Akmal Bin Mohd Yusof

VIII UCAPAN PENANGGUHAN

23. Guru besar berhasrat dapat melihat perubahan murid dan membentuk insan
adalah merupakan tanggungjawab bersama.
24. Beliau sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada semua waris kerana sudi
hadir ke mesyuarat dan berharap dapat mengharungi cabaran bersama dalam
mendidik anak serta cabaran menghadapi COVID 19

11

Laporan Aktiviti
PIBGMesyuarat AJK PIBG telah dilaksanakan seperti berikut :

1. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-45 & 46 Sk Kelibang (10 April 2021)

2. Mesyuarat AJK Peringkat Sekolah (15 Januari 2022)

3. Mesyuarat Persediaan MAT PIBG Ke-47 SK Kelibang (9 Mei 2022)

4. Mesyuarat Persediaan MAT PIBG Ke -47 (kali ke 2) (18 Mei 2022)

5. Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-47 Sk Kelibang (21 Mei 2021)

A. AKTIVITI SEKOLAH YANG MELIBATKAN IBUBAPA (PIBG)

1. Bantuan beg dan pakaina seragam sekolah (1&2 Februari 2021)
2. Bantuan Awal Persekolahan (18 Mac 2021)
3. Program Bantuan Makanan 2021 Siri 1 ( 5 Mei 2021)
4. Pembayaran Bantuan Awal Persekolahan (12-15 Julai 2021)
5. Program Bantuan Makanan Siri 2 ( Baucar) (16-18 Julai 2021)
6. Program Bantuan KWAPM 2021 (27 Julai 2021)
7. Majlis Agihan Bantuan Komputer Riba untuk Muris-murid B40 (25 Ogos 2021)
8. Bantuan Pakaian dan Beg sekolah untuk murid-murid B40 (okt-nov 2021)
9. Penyerahan Sumbangan Program Back To School 2021 (11 Nov. 2021)
10. Penyerahan Bantuan Basikal ( 15 Nov. 2021)
11. Program Bantuan Makanan Siri 3 ( 7 Dis. 2021)
12. Bantuan Pek Kembali ke sekolah MCD dan RHMC (11 Jan. 2022)
13. Sumbangan Pakaian Seragam sekolah (15 Jan. 2022)
14. Bantuan Awal Persekolahan sesi 2022/2023 (25 Januari 2022)
15. Program Bantuan Helmet kepada murid sekolah rendah (8 Feb. 2022)
16. Bnatuan Persekolahan kepada murid miskin 2021 (19 Feb. 2022)
17. Agihan Uniform Sekolah rendah pelajar miskin (22 feb 2022)
18. Penyerahan Baucar Bantuan persekolahan CIMB Foundation
19. Baucar Bantuan Persekolahan daripada Bank Pembangunan kepada murid B40 (23 Mac

2022)
20. CSR Sinaran Kasih Langkawi Port Sdn. Bhd ( 19 April 2022)
21. Bantuan Back to School Petronas Sesi 2022/2023 (21 April 2022)
22. Jamuan Hari Raya (17 Mei 2022)

12

Usul-usul Mesyuarat Agung

USUL 1 : Encik Muhd Zarul Nazmi Bin Ramli ( Lily Nur Zahra – 3 CR)-Hadir
NAMA PENCADANG
CADANGAN USUL 1: Mencadangkan agar kelas KAFA disambung selepas tamat sesi
KEPUTUSAN
persekolahan
USUL 2 :
NAMA PENCADANG
CADANGAN : Encik Fazly Bin Shamsudin ( Aydin Zafran-1CT)-Hadir
KEPUTUSAN : Mengenai Koperasi sekolah menjual barangan yang tiada kaitan
dengan pembelajaran
USUL 3 :
NAMA PENCADANG
CADANGAN : Puan Normala Bt. Abd Talib ( Alif Ramadan-4CT)-Hadir
KEPUTUSAN : Memastikan buku latihan yang perlu dibeli diberitahu awal dan
mencukupi agar tidak berkali pergi ke kedai buku.
USUL 4 :
NAMA PENCADANG
CADANGAN : Puan Nurain Binti Johari ( NurAtilya- 6CR)-Hadir
KEPUTUSAN : Memohon pihak sekolah lebih cakna mengenai RMT agar makanan
tidak pedas dan menaiktaraf kualiti makanan.
USUL 5 :
NAMA PENCADANG
CADANGAN : Puan Suri Faizah Othman ( Luqman Hazim-4 CM)-Hadir
KEPUTUSAN : Membina jejantas untuk murid melintas memandangkan ada
pengguna jalan raya yang tidak mematuhi lapu isyarat.
USUL 6 :
NAMA PENCADANG
CADANGAN : Puan Fadilah Binti Murtadza ( Qaisarah- 1 CM)-Hadir
KEPUTUSAN : Diharap pihak sekolah dapat menganjurkan lawatan sambil ,belajar
untuk murid.
:

Y.BHG DATO’ HAJI ARMISHAH SIRAJ

13

Penyata Kewangan

14

Penghargaan

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan
Terima kasih yang tidak terhingga di atas

kesudian hadir khasnya
Tuan Perasmi

YB. Dato’ Haji Juhari Bin Bulat,
Pegawai Pendidikan Daerah, PPD Langkawi,

Guru Besar, SK. Kelibang
YDP PIBG, SK. Kelibang
AJK PIBG SK. Kelibang
Guru-guru SK. Kelibang
Para Ibu Dan Bapa serta penjaga
Tahniah dan terima kasih diucapkan
kerana hadir untuk menjayakan
Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-47

Ini dengan jayanya.

15

Cucur badak di kedai nenek,
Murahnya harga dapat berjimat;
Ajar budak akhlak yang baik,
Dunia dibangga, akhirat selamat

Pulang pemburu dengan riangnya,
Dapat menghambat si anak rusa;
Berjuang guru dengan ilmunya,
Menobat martabat si anak bangsa.

Ayu semarak di sisi bonda,
Kekal berseri jambangan gelora;
Guru pencorak generasi muda,
Bakal mengisi kepimpinan negara.


Click to View FlipBook Version