The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by melvinaugustineluni, 2023-04-29 04:32:57

RONALDO 9

Profil Pelajar Biodata Saya Nama Pelajar : Melvin Augustine No Kad Pengenalan : 060303-13-0553 Tingkatan : 5 Bestari


PENGHARGAAN Saya ingin berterima kasih kepada Cikgu Hossen kerana telah memberikan tugas ini kepada saya.Selain itu,saya juga ingin berterima kasih kepada rakan-rakan yang membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada ibu bapa yang sentiasa membimbing dan memberi idea kepada saya.


Maklumat Peribadi Nama Penuh : Ronaldo Luis Nazario de Lima Tarikh Lahir : 18 September 1976 Tempat Lahir : Rio de Janeiro,Brazil Ketinggian : 1.83m (6 ka 0 in) Posisi Permainan : Penyerang Kerjaya Senior Tahun Pasukan Gol 1993-1994 Cruzeiro 12 1994-1996 SLG 42 1996-1997 Barcelona 34 1997-2002 Inter Milan 59 2002-2007 Real Madrid 104 2007-2008 Milan 9 2009-2011 Corinthians 18 Pasukan Kebangsaan 1993 Brazil B17 5 1996 Brazil 23 6 1994-2011 Brazil 62


Ronaldo memulakan kariernya di Cruzeiro dan berpindah ke PSV pada tahun 1994. Beliau menyertai Barcelona pada tahun 1996 dengan bayaran pindahan rekod dunia pada ketika itu. Pada usia 20 tahun, beliau dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia FIFA 1996 dan sekaligus menjadikannya penerima termuda penghargaan. Pada tahun 1997, Inter Milan memecahkan yuran rekod dunia untuk menandatangani Ronaldo dengan menjadikannya pemain kedua termahal, setelah Diego Maradona memecahkan rekod perpindahan dunia sebanyak dua kali. Pada usia 21 tahun, beliau menerima anugerah Ballon d'Or 1997 dan tetap menjadi penerima termuda bagi anugerah tersebut. Pada usia 23 tahun, Ronaldo telah menjaringkan lebih dari 200 jaringan gol untuk kelab dan negara. Namun, setelah beberapa kali mengalami kecederaan lutut dan pemulihan, beliau tidak aktif selama hampir tiga tahun. Ronaldo menyertai Real Madrid pada tahun 2002 dan memenangi gelaran kempen La Liga musim 2002–03. Ronaldo juga pernah bermain di A.C. Milan dan Corinthians sebelum bersara pada tahun 2011 kerana mengalami kecederaan lebih lanjut. Ronaldo bermain untuk pasukan kebangsaan Brazil sebanyak 98 perlawanan dan secara keseluruhan menjaringkan 62 gol. Beliau merupakan pencetak gol kedua tertinggi untuk pasukan kebangsaan Brazil dengan Pelé berada di kedudukan pertama sebagai penjaring terbanyak. Pada usia 17 tahun, beliau adalah anggota termuda skuad Brazil yang memenangi kejohanan Piala Dunia FIFA 1994. Pada Piala Dunia FIFA 1998, Ronaldo menerima anugerah Bola Emas sebagai pemain kejohanan tersebut dengan membantu Brazil mara ke perlawanan akhir, di mana beliau mengalami kejang beberapa jam sebelum memulakan perlawanan. Ronaldo telah memenangi Piala Dunia FIFA 2002 dengan membintangi tiga barisan depan bersama Ronaldinho dan Rivaldo. Ronaldo menjaringkan dua gol di perlawanan akhir dan sekaligus menerima anugerah Kasut Emas sebagai penjaring gol terbanyak kejohanan. Pada Piala Dunia FIFA 2006, Ronaldo menjaringkan gol ke-15 dalam kejohanan Piala Dunia FIFA sebagai rekod kejohanan pada ketika itu. Beliau juga menjulang piala Copa América 1997, di mana beliau menjadi pemain terbaik kejohanan, serta menjuarai piala Copa América 1999 sebagai pencetak gol terbanyak.


Ronaldo merupakan salah satu ahli sukan yang paling laris di dunia semasa kariernya bermain dengan merasmikan kasut Nike Mercurial pertamanya - R9 - pada tahun 1998. Beliau dinamakan dalam senarai FIFA 100 sebagai pemain hidup terhebat yang disusun pada tahun 2004 oleh Pelé. Beliau dimasukkan ke dalam Dewan Terkenal Muzium Bola Sepak Brazil, Dewan Terkenal Bola Sepak Itali, Dewan Terkenal Inter Milan dan Dewan Terkenal Real Madrid. Selepas bersara, Ronaldo telah meneruskan kerjanya sebagai Duta Muhibah Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu jawatan yang dilantiknya pada tahun 2000. Beliau juga berkhidmat sebagai duta untuk Piala Dunia FIFA 2014. Kini, Ronaldo menjadi pemilik majoriti Real Valladolid pada September 2018 setelah membeli 51% saham kelab tersebut. Pada 14 Februari 2011, Ronaldo mengumumkan persaraan dari arena bola sepak dengan aksi terakhirnya bersama skuad kebangsaan Brazil menentang Malaysia pada aksi persahabatan di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil. Kehidupan Peribadi Seperti kebanyakan pemain bola sepak Brazil, Ronaldo juga berasal dari keluarga yang miskin. Dia dibesarkan di Bento Ribeiro dan hanya bermain bola sepak di jalanan sekitar rumahnya saja. Dia juga tidak mampu untuk membeli but bola supaya boleh berlatih di kelab kesayangannya Flamengo. Namun bakat yang ada pada dirinya tercium oleh lagenda Brazil Jairzinho yang membawanya untuk menyertai kelab Cruzeiro yang bermain diliga Serie A Itali. Skuad Kebangsaan Brazil Piala Dunia 1994 Pada tahun 1994, Ronaldo yang berusia 18 tahun telah dipanggil masuk ke skuad kebangsaan Brazil untuk menghadapi Piala Dunia 1994 yang berlangsung di Amerika Syarikat. Debut perlawanan pertamanya dalam skuad kebangsaan Brazil ialah menentang Argentina di Recife. Bagaimanapun Ronaldo tidak sekali pun diturunkan dalam sebarang perlawanan piala dunia yang mana dimenangi oleh Brazil menerusi gandingan Penyerang Romário dan Bebeto. Perlawanan rasminya bersama Seleção adalah pada Sukan Olimpik 1996 di Atlanta. Ketika itu dia bermain dengan menggunakan nama Ronaldinho kerana ada juga rakan dalam skuadnya yang juga bernama Ronaldo Guiaro. Brazil mendapat tempat ketiga di acara bola sepak di Sukan Olimpik Atlanta 1996.


Piala Dunia 1998 Karier Ronaldo yang terus Berjaya bersama Barcelona dan Inter Milan membuat dirinya untuk meraih gelaran Piala Dunia yang pertamanya sebagai pemain utama. Tambahan pula, selepas dia mendapat anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA dalam dua tahun berturut-turut membuatnya berasa bahawa Seleção akan meraih gelaran juara di Piala Dunia 1998 yang berlangsung di Perancis. Sepanjang perlawanan piala dunia, Ronaldo menunjukkan corak permainan yang impresif dengan meledak 4 gol dan 3 bantuan. Bergandingan dengan Bebeto di barisan hadapan, Ronaldo berjaya membawa Brazil ke final Piala Dunia menentang Perancis selaku tuan rumah yang berlangsung di stadium Saint Denis. Namun 72 minit sebelum kick-off nama Ronaldo ditarik dari pendaftar startline menentang Perancis yang mana dikatakan Ronaldo diserang penyakit sawan. Walau bagaimanpun, Ronaldo tetap tampil di final itu dan tidak boleh berbuat apa dalam pertandingan sehingga Perancis memenangi trofi Piala Dunia untuk kali yang pertama dengan keputusan perlawanan 3-0. Piala Dunia 2002 Selepas sembuh dari kecerderaan selama dua tahun. Skuad Seleção kembali semula memanggil Ronaldo kerana prestasinya yang semakin baik bersama Inter Milan. Jurulatih Brazil, Luiz Felipe Scolari meletakkan Ronaldo sebagai trio Penyerang Seleção bersama dengan Rivaldo dan Ronaldinho. Penampilan terbaik trio yang mendapat jolokan 3R itu berjaya membawa Brazil sekali lagi di pentas final Piala Dunia 2002. Kali ini menentang Jerman yang mempunyai seorang Penjaga gol yang hebat iaitu Oliver Kahn. Seleção kali ini meraih kejayaan bermakna dengan mengalahkan Jerman 2-0 hasil kedua-dua gol dijaringkan oleh Ronaldo. Ronaldo juga mendapat anugerah sebagai penjaring terbanyak Piala Dunia 2002 dengan 8 gol dan berjaya menyamai rekod lagenda Brazil, Pele yang telah menjaringkan 12 gol sepanjang penampilan di Piala Dunia.


Piala Dunia 2006 Penampilan Ronaldo di Piala Dunia 2006 dipenuhi kontroversi mengenai berat badannya yang nampak melebihi berat ideal. Dia dikritik kerana tubuh badannya yang dikatakan kurang fit dan penampilannya yang buruk. Walau bagaimanapun, pada perlawanan ketiga separuh masa pertama menentang Jepun, Dia menjaringkan 2 gol yang membawanya sejajar dengan Gerd Muller sebagai penjaring terbanyak di Piala Dunia sepanjang sejarah dengan 14 gol. Satu gol yang dijaringkannya ketika menentang Ghana pada 27 Jun telah menjadikannya penjaring gol terbanyak sepanjang sejarah Piala Dunia dengan rekod 15 gol. Skuad eleção pun gagal mempertahankan gelaran juara Piala Dunia setelah kalah dengan Perancis 1-0 pada aksi separuh akhir. Itu adalah penampilan terakhir Ronaldo bersama Skuad Kebangsaan Brazil dan dia telah menjaringkan 62 gol dan penampilan sebanyak 92 kali dalam skuad kebangsaan Brazil. 14 Februari 2011: Persaraan Selepas tamat aksi persahabatan di antara Skuad Brazil dengan Romania di stadium Pacaembu Sao Paulo, Brazil. Ronaldo telah mengumumkan persaraannya dari arena bola sepak.


PENUTUP Saya ingin berterima kasih kepada Cikgu Hossen kerana telah memberikan tugasan ini dan tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini.Saya berasa sangat gembira setelah dapat menyiapkan tugasan ini.


Click to View FlipBook Version