Sajak Nasihat
Kata-kata ibu hendaklah diikuti,
Kata-kata ayah jangan didustai,
Mudah-mudahan hidup diberkati.
Hidup jangan sesekali menderharkai,
Orang tua harus disayangi,
Kalau tidak hidup akan disesali.
Berkawan biarlah menjadi sahabat sejati,
Janji jangan sesekali dimungkiri,
Kelak hidup akan dihormati.
Perintah Tuhan haruslah ditaati,
Kerana itu kewajipan sendiri,
Jika dipatuhi hidup akan diredai.