INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
UKK 110: KAWAD 1
TAHAP / LEVEL SEMESTER SATU (1)
NO DAN TOPIK / 1. PENGENALAN DAN PERATURAN TATATERTIB PELAJAR
TOPIC AND NO.
NO. DAN SUB 1.1 Objektif
TOPIK/ SUB 1.2 Prinsip-Prinsip Kawad
TOPIC AND NO. 1.3 Tafsiran
1.4 Perkara Am
1.5 Peraturan Am
1.6 Penamatan Latihan, Tuntutan Ganti Rugi dan hal-Hal lain
OBJEKTIF 1.1.1 Memahami kepentingan dan tujuan berkawad dalam
PENCAPAIAN 1.1.2 membentuk disiplin diri
Memahami peraturan-peraturan am dan jawatankuasa yang
PIAWAIAN/ 1.1.3 dibentuk di peringkat ILKBS serta peranan Majlis Perwakilan
TERMINAL 1.1.4 Pelajar (MPP).
PERFORMANCE 1.1.5 Memahami carta alir/prosedur berkenaan jawatankuasa
OBJECTIVE tatatertib, jawatankuasa lembaga disiplin
Memahami bab-bab serta bentuk hukuman yang terdapat di
dalam Peraturan Tatatertib ILKBS
Memahami prosedur/tatacara mengenai penamatan latihan,
tuntutan gantirugi dan hal-hal lain.
TUJUAN/ 1.1.2 Kertas penerangan ini menerangkan :
PURPOSE A. Objektif Peraturan Tatatertib Pelajar IKBN/IKTBN
B. Prinsip-Prinsip Kawad
C. Tafsiran
D. Perkara Am
E. Peraturan Am
F. Penamatan Latihan, Tuntutan Ganti Rugi dan Hal-Hal Lain.
1.1 OBJEKTIF
1.1.1 Disiplin
Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, Disiplin bermaksud latihan pemikiran
dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri dan patuh kepada tatatertib. Di
samping itu juga, ia membawa maksud peraturan yang ditetapkan untuk melatih
seseorang supaya berkelakuan baik. Tanpa ada disiplin diri, seseorang itu akan
berkelakuan bertentangan dengan norma kehidupan yang baik. Jika ini berlaku,
seseorang individu itu akan terjerat dengan tingkahlaku yang tidak selaras dengan
persekitaran ataupun komuniti dan undang-undang. Oleh itu, kawalan disiplin diri
individu sangat penting dalam memacu kehidupan yang selesa dan selamat
(kondusif).
1.1.2 Kawad
Menurut kamus yang sama, Kawad adalah berbaris atau berjalan dengan rentak
yang sama oleh anggota pasukan seragam. Dengan kata lain pergerakan yang
melibatkan kaki, tangan dan badan secara serentak.
Bagi setiap IKBN/ IKTBN seluruh Malaysia kawad memainkan peranan yang penting
kerana ia berfungsi untuk memberi penekanan berkaitan mutu disiplin pelajar.
Dalam merangka dan melaksanakan modul latihan kawad, beberapa faktor telah
diambilkira agar semua kurikulum yang disediakan dapat mencapai matlamat.
1.1.3 Objektif
Latihan Kawad adalah bertujuan untuk mendisiplin dan melahirkan keyakinan diri
kepada pelajar serta mewujudkan sikap kerjasama dikalangan pelajar dan patuh
terhadap segala arahan yang diberikan disamping memberikan ketahanan mental
dan fizikal.
1.1.4 Objektif Pembelajaran
i. Mewujudkan disiplin diri di kalangan pelajar;
ii. Melahirkan semangat kerjasama berpasukan di antara pelajar;
iii. Meningkatkan kepekaan terhadap hukuman dan arahan;
iv. Menerapkan sikap patuh dan hormat- menghormati di antara satu dengan
yang lain;
v. Untuk meningkatkan daya kecergasan dan kekemasan pergerakan di dalam
kumpulan;
2
vi. Mengamalkan budaya mementingkan kebersihan dan kekemasan di dalam
kehidupan seharian;
vii. Menguji ketahanan mental dan fizikal.
3
1.2 PRINSIP-PRINSIP KAWAD
1.2.1 Tujuan berkawad
i. Jurulatih perlu memberi penerangan tentang tujuan atau sebab-sebab
pentingnya berkawad bagi seseorang pelajar yang inginkan disiplin diri yang
tinggi. Tunjuk ajar yang baik dan jelas boleh menimbulkan minat dan
semangat kepada pelajar semasa menjalani latihan kawad. Selain itu,
berkawad bukanlah bermaksud untuk menghukum atau mendera tetapi
berkawad boleh membina jati diri seseorang.
ii. Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan disiplin, cergas dan
taat setia (menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut).
iii. Membentuk sikap berkerjasama dalam satu kumpulan.
iv. Menampakkan diri segak, kemas dan bersih.
v. Melahirkan dan memantapkan lagi sifat kepimpinan di kalangan pelajar.
vi. Mengeratkan hubungan silaturrahim antara pelajar.
vii. Menguji ketahanan diri melalui latihan yang dijalankan.
viii. Memberi motivasi kepada pelajar untuk berjaya dalam pelajaran disamping
bersifat aktif.
ix. Memantapkan kemahiran kawad kaki dan meningkatkan kualiti diri.
1.2.2 Metodologi Latihan
Pendekatan yang dipraktikkan adalah meliputi latihan kawad kaki. Pelajar-pelajar
hendaklah berkawad iaitu berbaris dan bergerak secara berkumpulan setiap masa
terutama semasa menghadiri perhimpunan pagi, menghadiri kelas/bengkel pada
waktu belajar dan pulang ke asrama setelah tamat waktu kelas/bengkel. Latihan
kawad diajar dan dipraktikkan mengikut kesesuaian dengan pelajaran seperti kelas
kemahiran, keusahawanan, kepimpinan dan pengetahuan agama islam. KebiasaaN
latihan kawad dijalankan pada sesi pagi.
4
1.3 TAFSIRAN PERATURAN TATATERTIB PELAJAR ILKBS
1.3.1 Peraturan ini dinamakan ‘Peraturan Tatatertib Pelajar’ bagi semua Institut
Kemahiran di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Malaysia.
1.3.2 Dalam peraturan ini, melainkan jika kandungan 2 ayatnya mengkehendaki makna
yang lain:
“Bahagian Pembangunan Kemahiran”bagi maksud Peraturan ini adalah di bawah
Kementerian Belia dan Sukan yang beralamat di Aras 3, Menara KBS, No. 27
Persiaran Perdana Lot 4G4, Presint 4, 62570 Putrajaya.
“Institut” ertinya sesuatu institusi latihan di bawah Kementerian Belia dan Sukan,
yang memberi pelajaran, pengajaran dan latihan kepada seseorang atau
sekumpulan orang;
“Pihak Berkuasa Institut” ertinya sekumpulan orang yang diberi kuasa oleh KBS
untuk mentadbir dan mengurus sesebuah institut;
“Pengarah” ertinya ketua kepada pegawai dan kakitangan di sesebuah institut;
“Pegawai” ertinya seseorang yang menyandang sesuatu jawatan dalam institut atau
yang bertugas di institut;
“Kakitangan” termasuklah mana- mana pekerja institut;
“Kawasan Institut”ertinya semua kawasan yang meliputi segala bangunan atau
lain- lain struktur di atasnya yang dipunyai atau dibawah kawalan pentadbiran pihak
berkuasa institut.
“Pelajar” ertinya orang yang menerima pelajaran, pengajaran dan latihan di sesuatu
institut;
“Asrama” ertinya apa- apa perumahan atau kemudahan tempat tinggal yang
disediakan dan dibawah kawalan pentadbiran pihak berkuasa institut untuk
kediaman pelajar;
5
“Penyelia Asrama” ertinya pegawai yang menyelia sesuatu asrama;
“Lembaga Tatatertib Pelajar” ertinya Jawatankuasa Tatatertib Pelajar sesuatu
institut yang mengadili kesalahan tatatertib pelajar intitut;
“Lembaga Rayuan Tatatertib Pelajar” ertinya Jawatankuasa Rayuan Tatatertib
Pelajar di peringkat kementerian yang menimbangkan rayuan hukuman tatatertib
yang telah dijatuhkan oleh Lembaga Tatatertib Pelajar;
“Majlis Perwakilan Pelajar” ertinya kumpulan pelajar yang dipilih dan dilantik bagi
mewakili semua pelajar- pelajar di institut berkenaan;
“Kesalahan Tatatertib” ertinya suatu pelanggaran peraturan;
“Perbicaraan Tatatertib” ertinya perbicaraan kesalahan tatatertib;
“Dadah” ertinya apa- apa jenis bahan atau benda yang dinyatakan dalam Ordinan
Dadah Berbahaya, 1952;
“Judi”ertinya bermain sesuatu permainan nasib atau permainan kepandaian atau
permainan nasib campur kepandaian, untuk mendapatkan wang atau sesuatu yang
boleh dinilaikan dengan wang dan termasuk pertaruhan atau apa- apa loteri;
“Arak” ertinya apa- apa jenis minuman yang memabukkan;
“Keluarga” ertinya ibubapa/ penjaga dan adik- beradik;
“Saudara mara” ertinya datuk/ nenek, bapa saudara/ ibu saudara dan sepupu;
“Kumpulan” ertinya bilangan pelajar yang melebihi tiga (3) orang;
“Ketua Kumpulan” ertinya pelajar yang dipilih atau dilantik oleh institut;
“Pakaian Seragam” ertinya pakaian yang berbentuk uniform yang dibekalkan oleh
institut;
“Akujanji” ertinya menurunkan persetujuan antara pelajar dan waris dengan pihak
pengurusan IKBN/IKTBN/KKBN;
6
“Gantirugi” ertinya sejumlah wang yang perlu dibayar oleh ibubapa/ penjaga
kepada kerajaan di atas kegagalan pelajar mematuhi Surat perjanjian yang telah
dimeterai;
“Pegawai Disiplin” ertinya pegawai yang dilantik dan diberi kuasa bagi
melaksanakan dan menguatkuasakan Peraturan Tatatertib;
“Diberhentikan” ertinya ditamatkan latihan dari institut, hilang segala hak dan
kemudahan serta perlu membayar gantirugi;
“Digantung Semester” ertinya ditangguhkan mengikuti latihan pada satu tempoh
merangkumi satu sesi latihan;
“Amaran Terakhir” ertinya surat peringatan bertulis kepada pelajar yang melakukan
kesalahan tatatertib supaya tidak lagi melakukan apa- apa jua kesalahan
kemudiannya. Sekiranya melakukan kasalahan tatatertib terkemudiannya maka
pelajar itu boleh diberhentikan.
“Amaran Lisan” ertinya teguran yang diberikan atas kesalahan tetatertib;
“Surat amaran” ertinya surat perakuan bertulis pelajar yang telah melanggar
Peraturan Tatatertib;
“Amaram Keras” ertinya surat peringatan bertulis kepada pelajar yang melakukan
kesalahan tatatertib supaya tidak melakukan apa- apa kesalahan kemudiannya.
Sekiranya mengulangi apa- apa kesalahan kemudiannya maka pelajar itu boleh
digantung latihan atau diberhentikan;
“Tahanan Institut”ertinya tidak dibenarkan keluar dari kawasan institut.
“Potong Elaun” ertinya dilucutkan hak bantuan wang saku;
“Kawad Tambahan” ertinya kawad denda bagi satu tempoh waktu bekerja;
“Kerja Berat” ertinya tugasan khidmat masyarakat yang bermanfaat merangkumi
membersih kawasan, mengutip sampah, mengecat bangunan, mencuci tandas, bilik
7
air dan longkang yang diberikan kepada pelajar yang melakukan kesalahan bagi
tujuan menghukum;
“Denda Spontan” ertinya hukuman serta merta yang bermanfaat yang diberikan
oleh mana- mana pegawai institut kepada pelajar yang melanggar atau melakukan
kesalahan tatatertib; DAN
“Show Parade” ertinya seseorang tahanan perlu melapor diri secara berkala ke
pihak berkuasa institut dalam tempoh masa menjalani hukuman disiplin.
8
1.4 PERKARA AM (BAHAGIAN II)
1.4.1 Peraturan ini dinamakan Peraturan Tatatertib Pelajar dan digubal untuk dijadikan
garis panduan kepada semua pelajar yang mengikuti kursus latihan kemahiran di
semua Institut Kemahiran Belia Negara/ Institut Kemahiran Tinggi Negara. Setiap
perkara yang disenaraikan di dalam Peraturan Tetap ini adalah wajib dipatuhi oleh
semua pelajar tanpa pengecualian. Tujuan Peraturan Tetap ini digubal untuk
mengawal kelicinan serta keberkesanan perjalanan kursus latihan dan memupuk
sikap tanggungjawab di kalangan pelajar.
1.4.2 Peraturan- peraturan yang terkandung di dalam dokumen ini dikenakan ke atas
setiap orang pelajar Institut.
1.4.3 Pelajar hendaklah pada setiap masa menumpu sepenuh perhatian kepada latihan.
Kepentingan pelajaran hendaklah diutamakan berbanding dengan kepentingan
persendirian.
1.4.4 Pelajar yang bersetuju menjalani pelajaran atau latihan di Institut ini adalah di kira
bersetuju mamatuhi dan akur setiap peraturan yang terkandung di dalam dokumen
ini dan juga mana- mana peraturan yang dikeluarkan oleh pihak Institut dari semasa
ke semasa serta arahan yang dikeluarkan Kementerian Belia dan Sukan atau mana-
mana pihak yang berwajib yang ada kaitan dengan atau hubungan dengan Institut.
1.4.5 Pelajar atau sekumpulan pelajar yang didapati melanggar atau ingkar mematuhi
mana- mana peraturan ini akan dikenakan tindakan tatatertib dan hukuman.
1.4.6 Institut ini mempunyai Jawatankuasa Disiplin Pelajar dan Lembaga Tatatertib Pelajar
(LTP) yang membicarakan kes- kes pelanggaran peraturan yang membawa kepada
hukuman disingkir dari Institut.
1.4.7 Tertakluk kepada perjawatan yang diwujudkan di IKBN/IKTBN/KKBN berkenaan,
Jawatankuasa Disiplin Pelajar ditetapkan seperti berikut:
9
Set A:
Pengerusi : Ketua Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Pelajar atau Ketua
Bahagian Pengurusan Latihan
Setiausaha : Ketua Unit Bina Insan
Ketua Kesatria
Penolong Setiausaha : 1. Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar
2. Ketua-ketua Sekolah
Ahli-ahli : 3. Ketua Unit Asrama
4. Pembantu Kesatria
5. Lain-lain yang difikirkan perlu
Set B:
Pengerusi : Penolong Pengarah Cawangan Pengurusan Pelajar
Ketua Unit Bina Insan
Setiausaha : Ketua Kesatria
Penolong Setiausaha :
Ahli-ahli : 1. Ketua-ketua sekolah
2. Ketua Unit Asrama
3. Pembantu Kesatria
4. Lain-lain yang difikirkan perlu
1.4.8 Lembaga Tatatertib Pelajar (LTP) adalah dipengerusikan oleh Pengarah, Setiausaha
ialah Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar / PSU / Ketua Unit Bina Insan dan ahli-
ahli terdiri daripada Ketua Bahagian Pengurusan Hal Ehwal Pelajar, Ketua Bahagian
Pengurusan Latihan, Ketua Sekolah yang berkaitan, Ketua Pegawai Disiplin /
Pembantu Kesatria dan dua(2) orang ahli yang dilantik oleh pengerusi mengikut
kesesuaian kes.
1.4.9 Lembaga Rayuan Tatatertib Pelajar (LRTP) yang dipengerusikan oleh Pengarah
Bahagian Pembangunan Kemahiran, KBS dan ahli-ahli terdiri daripada tiga (3) orang
pengarah IKBN/IKTBN kecuali pengarah IKBN/IKTBN di mana pelajarnya terlibat.
10
MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR
1.4.10 Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) ditubuhkan untuk memberikan pendedahan dan
pengalaman kepada pelajar menjadi pemimpin di masa hadapan. Selain membantu
pihak Pengurusan Institut menangani masalah disiplin pelajar, MPP juga berfungsi
sebagai saluran bagi para pelajar mengemukakan masalah-masalah mereka kepada
pihak Institut. MPP hendaklah diwujudkan bagi memenuhi tanggungjawab itu.
1.4.11 MPP akan diketuai oleh seorang Presiden, seorang Naib Presiden (lelaki), seorang
Naib Presiden (perempuan - jika ada), seorang Setiausaha dan seorang Bendahari.
AJK adalah mengikut keperluan di Institut masing-masing mengikut jumlah
kesesuaian.
1.4.12 Pelajar yang dilantik sebagai MPP boleh dilucutkan jawatan dan diambil tindakan
tatatertib jika melakukan kesalahan / pelanggaran Peraturan Tetap IKBN/IKTBN.
11
CARTA ALIR PROSEDUR TINDAKAN TATATERTIB PELAJAR IKBN
PERINGKAT 1: JAWATANKUASA DISIPLIN PELAJAR
MULA
Laporan aduan kesalahan disiplin pelajar diterima
atau
Kes dikembalikan oleh Lembaga Tatatertib Pelajar
Siasatan Kes berat dan perlu keputusan
berdasarkan segera pengurusan IKBN
laporan aduan
Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Pelajar :
Kes Dibentangkan
Keputusan Kes dibawa ke
Jawatankuasa Lembaga Tatatertib
Disiplin Pelajar
Pelajar
Surat Keputusan mesyuarat dikeluarkan kepada pelajar
dan kes direkodkan
Tindakan diambil mengikut keputusan Jawatankuasa
Disiplin Pelajar
TAMAT
12
PERINGKAT 2 : LEMBAGA TATERTIB IKBN
MULA
Kes disiplin diterima daripada Jawatankuasa Disiplin
Pelajar
Mesyuarat Jawatankuasa Disiplin Pelajar :
Kes Dibentangkan
Kes yang dibentang lengkap Tidak Lengkap
(Surat pertuduhan & Surat
Pengakuan bela diri) dan Kes dikembalikan
kepada Jawatankuasa
dengan bukti/saksi
Disiplin Pelajar
Lengkap
Lembaga membuat keputusan merujuk kepada
Peraturan Tatatertib Pelajar IKBN sebagai panduan
Surat keputusan mesyuarat dikeluarkan kepada
pelajar, salinan kepada penjaga dan penjamin.
Kes direkodkan
TAMAT
13
1.5 PERATURAN AM
1.5.1 BAB 1 – Disiplin Kumpulan
1. Setiap pelajar hendaklah bergerak secara berkumpulan semasa bergerak
masuk dan keluar kelas sahaja.
2. Ketua kumpulan adalah dikehendaki menguruskan semua ahli jurusan supaya
bergerak sama.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1 – Amaran Lisan
Kesalahan 2 – Denda kerja berat / kawad tambahan 3 hari
Kesalahan 3 – Amaran bertulis dan denda
1.5.2 BAB 2 – Masa
3. Pelajar – pelajar dikehendaki menepati masa yang telah ditetapkan pada setiap
aktiviti.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1 – Amaran Lisan
Kesalahan 2 – Kerja berat
Kesalahan 3 – Amaran bertulis dan Kerja berat 7 hari.
1.5.3 BAB 3 – Peraturan Asrama
4. Pelajar adalah diwajibkan menjaga kebersihan asrama supaya sentiasa berada
dalam keadaan bersih, selesa dan teratur terutama kebersihan di bilik air /
tandas koridor, tangga, longkang, bilik tetamu, bilik rehat, dan kawasan
persekitaran asrama. Pelajar dikehendaki bertugas mengikut giliran bagi
membersihkan kawasan asrama.
5. Pelajar dilarang bertukar tempat atau bilik yang telah ditetapkan kepadanya
tanpa kelulusan Penyelia Asrama.
6. Tempat tidur mestilah sentiasa bersih dan kemas. Cadar dan sarung bantal
hendaklah berwarna putih.Dilarang meletakkan tilam atau bantal diatas lantai
atau melipatkan tilam diatas katil.Kasut-kasut hendaklah diletakkan di tempat
yangsesuai.Pakaian yang tidak dipakai hendaklah disidai di tempat sidaian
yang disediakan dan ditegah menyangkut pakaian di dinding, katil, tingkap atau
membuat sidaian dalam bilik asrama.
7. Adalah menjadi tanggungjawab pelajar menjaga almari dan kunci masing-
masing. Almari hendaklah dikunci sepanjang masa.
14
8. Pelajar dilarang memaku, melekat, menulis, melukis, atau menconteng di
dinding, katil, almari, bantal, tilam dan lain-lain kemudahan yang disediakan.
Pelajar juga dilarang mengubahsuai, menukar kunci-kunci yang terdapat pada
pintu, almari dan laci asrama.
9. Pelajar dilarang mamasang, mengubahsuai atau membetulkan lampu dan
kipas, membuat sambungan eletrik untuk radio, tv atau mengubahsuai
pemasangan eletrik di bilik asrama.
10. Pelajar dilarang memasak makanan atau minuman di dalam bilik asrama.
11. Pelajar dilarang merendam pakaian dan kasut didalam bilik asrama atau di
dalam sinki bilik air / tandas.
12. Pelajar yang tinggal di asrama tidak dibenarkan membawa / menunggang /
memandu sebarang kenderaan bermotor didalam kawasan Institut.
13. Palajar hanya dibenarkan bertemu kawan, tetamu luar atau keluarga di bilik
tetamu atau tempat menunggu sahaja.
14. Pelajar lelaki tidak dibenarkan berada dia srama pelajar wanita dan juga
sebaliknya. Pelajar berlainan jantina dilarang berada dalam keadaan berdua-
duaan di tempat yang mencurigakan dalam sebarang masa.
Kesalahan dan Hukuman ( Bab 3 Perkara 3 hingga 14):
Kesalahan 1 – Hukuman Spontan
Kesalahan 2 – Surat Amaran & Kerja Berat 7 Hari
Kesalahan 3 – Amaran Keras & Potong Elaun
15. Pelajar yang menjalani latihan loji tidak dibenarkan sama sekali masuk
kemana-mana bilik asrama ataupun meletakkan kenderaan dikawasan
asrama.
16. Semua lampu di asrama hendaklah dipadamkan tepat jam 11.00 malam.
Pelajar yang ingin belajar lebih dari masa itu bolehlah menggunakan bilik
kuliah yang telah dikhaskan dengan memohon kebenaran khas daripada
pihak pengurusan. Penggunaan lilin didalam bilik asrama adalah dilarang
sama sekali. Pelajar dilarang meninggalkan tempat tidur, berkumpul di luar
asrama dan mengganggu pelajar lain yang sedang tidur selepas lampu
dipadamkan.
17. Pelajar terakhir yang meninggalkan bilik asrama hendaklah mematikan
semua suis.
18. Pelajar adalah dilarang membawa TV, pemain video dan pemanas air ke
dalam bilik asrama. Radio berkuasa bateri sahaja yang dibenarkan
15
penggunaannya. Pelajar ditegah melakukan perkara-perkara yang boleh
mengganggu ketenteraman penghuni asrama lain atau pun awam seperti
memasang radio terlalu kuat, menjerit, membakar mercun dan sebagainya
kecuali alat-alat bantu belajar dengan mandapat kelulusan khas.
19. Sekiranya berlaku kecemasan, kemalangan atau kematian atau lain-lain
perkara yang dianggap serius hendaklah segera dilaporkan kepada Penyelia
Asrama atau pihak berkuasa Institut.
20. Pelajar dilarang berada atau balik ke asrama semasa latihan sedang berjalan
kecuali pada waktu makan tengahari.
21. Pelajar lelaki dan wanita yang beragama islam di wajibkan bersembahyang
berjemaah di surau / masjid pada waktu sembahyang fardhu. Semua pelajar
diwajibkan hadir keceramah umum anjuran Institut.
22. Pelajar dilarang membawa keluar, mengubahsuai susunatur semua inventori
dalam bilik asrama seperti yang sedia ada.
23. Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang peralatan kelas atau bengkel
(hak Institut) ke dalam bilik asrama kecuali dengan mendapat kebenaran
pengajar berkenaan.
24. Pelajar dilarang membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam bilik
asrama kecuali makanan ringan sahaja. Pemeriksan akan dibuat dari masa
ke semasa untuk memastikan peraturan ini dipatuhi.
Kesalahan dan Hukuman(Bab 3 Perkara 1 hingga 24):
Kesalahan 1 – Amaran Keras dan Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir dan Berdenda
Kesalahan 3 – Gantung / Diberhentikan
25. Pelajar adalah dinasihatkan supaya tidak menyimpan atau memakai barang-
barang berharga atau wang berlebihan di dalam asrama. Pihak Institut tidak
akan bertanggungjawab di atas kehilangan harta benda persendirian. Mencuri
harta benda orang lain adalah satu kesalahan berat.
26. Sebelum meninggalkan asrama semasa tamat kursus, semua pelajar
dikehendaki memulangkan semula peralatan asrama seperti kunci almari,
bantal, tilam, dan lain-lain peralatan Kerajaan yang dipinjamkan selewat-
lewatnya satu (1) hari sebelum tamat hari terakhir kursus. Asrama hendaklah
ditinggalkan dalam keadaan bersih, baik dan sempurna.
16
Kesalahan dan Hukuman (Bab 3 Perkara 25 dan 26):
Kesalahan Berat – Gantung Latihan / Diberhentikan
1.5.4 BAB 4 – Peraturan Penggunaan Masjid
27. Pelajar dikehendaki berpakaian sopan, bersih, kemas, dan bersesuaian
semasa berada di masjid / surau.
28. Semua pelajar lelaki dan wanita yang beragama Islam diwajibkan
sembahyang berjemaah di masjid / surau pada setiap waktu sembahyang.
29. Semua pelajar diwajibkan hadir ke ceramah umum anjuran Institut dan
dilarang meninggalkan masjid / surau semasa aktiviti agama dijalankan.
Pelajar juga dilarang menjemput penceramah luar tanpa pengetahuan pihak
pengurusan.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 4 Perkara 27 hingga 29):
Kesalahan 1 – Hukuman Spontan
Kesalahan 2 – Surat Amaran & Kerja Berat 7 hari
Kesalahan 3 – Amaran Keras & Berdenda
30. Kebersihan dan keselamatan peralatan masjid / surau adalah tanggungjawab
pelajar.
31. Dilarang menggunakan masjid / surau sebagai tempat tidur, berehat dan
aktiviti-aktiviti yang tidak berbentuk keagamaan.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 4 Perkara 30 hingga 31):
Kesalahan 1 – Amaran Keras & Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Berdenda
Kesalahan 3 – Gantung / Diberhentikan
1.5.5 BAB 5 –Peraturan Bilik Kuliah
32. Pelajar mestilah memakai pakaian seragam dengan kemas seperti yang
ditetapkan oleh Institut semasa menghadiri kuliah ataupun latihan amali di
bengkel. Memakai selipar atau seumpamanya semasa menghadiri kuliah
mahupun latihan amali bengkel tidak dibenarkan sama sekali. Pemakaian
barang kemas atau aksesori dilarang sama sekali semasa menjalani latihan.
17
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1 – Amaran Lisan Berekod
Kesalahan 2 – Kerja Berat Tujuh Hari
Kesalahan 3 – Amaran Keras & Denda
33. Pakaian dan peralatan keselamatan hendaklah dipakai semasa latihan di
bengkel.
34. Sesuatu Peraturan Keselamatan akan dipamerkan di Papan Kenyataan.
Peraturan-peraturan ini hendaklah dipatuhi bagi mengelakkan perkara-
perkara yang tidak diingini daripada berlaku.
35. Peralatan keselamatan hendaklah digunakan hanya pada masa kecemasan
di bengkel atau di bilik kuliah dan disenggarakan dengan sempurna.
36. Jika berlaku kecemasan pelajar hendaklah mengambil tindakan awal seperti
membunyikan siren dan melaporkan kepada pihak berkuasa Institut.
37. Pelajar dikehendaki bekerjasama menjaga keselamatan mesin dan peralatan
latihan. Semua peralatan dan mesin akan dijadualkan penyelenggaraannya
supaya sentiasa berada di dalam keadaan baik dan selamat digunakan.
38. Pelajar adalah dilarang menggunakan apa juga alat latihan tanpa arahan dan
bimbingan pengajar. Alat-alat perkakas yang telah digunakan hendaklah
dibersihkan dan disimpan dengan sempurna. Perkakas yang dipinjamkan dari
stor hendaklah dipulangkan sebelum meninggalkan bengkel.
39. Perkakas elektrik dan mesin hendaklah sentiasa berada dalam keadaan yang
selamat digunakan. Pelajar dilarang menggunakan mesin yang rosak dan
tidak selamat untuk digunakan.
40. Pelajar hendaklah melaporkan sebarang kerosakan peralatan dan mesin di
bengkel kepada pihak Institut.
41. Pelajar adalah dilarang sama sekali membawa keluar bahan dan peralatan
bengkel tanpa kebenaran pengajar.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 5 Perkara 32 hingga 41):
Kesalahan 1 – Amaran Keras Bertulis & Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Berdenda
Kesalahan 3 – Gantung Satu Semester
42. Kelewatan menghadiri latihan dan tidak menghadiri latihan tanpa kebenaran
adalah dianggap sebagai kesalahan tatatertib. Pelajar tidak mencapai
18
sekurang-kurangnya 90% jumlah kehadiran sebenar dari keseluruhan tempoh
kursus boleh dikenakan tindakan tatatertib.
Kesalahan dan Hukuman(Bab 5 Perkara 42):
Kesalahan 1 – Amaran Keras Bertulis & Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Berdenda
Kesalahan 3 – Gantung Satu Semester
43. Pelajar tidak dibenarkan keluar semasa latihan tanpa kebenaran bertulis
daripada pengajar berkenaan.
Kesalahan dan Hukuman(Bab 5 Perkara 43):
Kesalahan 1 – Hukuman Spontan
Kesalahan 2 – Kerja Berat Tujuh Hari
Kesalahan 3 – Amaran Keras Bertulis & Berdenda
1.5.6 BAB 6 – Peraturan Ke Pajabat Pentadbiran
44. Pelajar dibenarkan memasuki kawasan pejabat dan menggunakan peralatan
pejabat dengan kebenaran.
45. Pelajar yang dibenarkan memasuki pejabat hendaklah memakai pakaian
seragam yang lengkap dan kemas.
Kesalahan dan Hukuman(Bab 6 Perkara 44 dan 45):
Kesalahan 1 – amaran Lisan dan surat akuan
Kesalahan 2 – Kerja Berat Tiga Hari
Kesalahan 3 – Amaran Bertulis & Kerja Berat Tujuh Hari
1.5.7 BAB 7 - Perturan Pakaian Sahsiah Diri
46. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang kemas dan bersesuaian pada
masa dan tempat seperti yang ditetapkan.
a) Pakaian seragam yang ditetapkan oleh Institut (hari dan waktu bekerja
/berlatih dan lawatan rasmi diluar Institut.).
b) Pakaian Sukan ( Aktiviti Sukan )
19
c) Pakaian Kebangsaan lengkap ( sembahyang Jumaat ke masjid – lelaki
sahaja)
47. Pelajar tidak dibenarkan mengubah bentuk pakaian yang dibekalkan kecuali
dalam keadaan tertentu.
48. Semua pelajar dimestikan menutup aurat, tidak dibenarkan memakai pakaian
jeans yang koyak, bertampal, berambu, menjolok mata dan baju atau seluar
yang ditulis atau dilukis dengan perkara yang tidak sesuai dengan
keperibadian IKBN dan masyarakat Timur.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 7 Perkara 46 hingga 48):
Kesalahan 1 – Hukuman Spontan
Kesalahan 2 – Surat Amaran & Kerja Berat 7 Hari
Kesalahan 3 – Amaran Keras & Berdenda
49. a) Semua pelajar lelaki adalah dilarang memakai peralatan / perhiasan diri.
b) Pelajar wanita tidak digalakkan memakai barang kemas.
50. Pelajar lelaki dikehendaki berambut pendek, kemas dan bersesuaian setiap
masa dan dilarang menyimpan jambang dan janggut.
51. Pemakaian tanda nama hendaklah dipatuhi, dipakai pada waktu latihan
kecuali waktu sembahyang dan bersukan.
52. Pelajar dilarang memakai selipar, baju tidak berlengan, seluar pendek, atau
kain sarung sewaktu berada di kantin dan dewan makan.
53. Pelajar dilarang menyimpan kuku panjang.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 7 Perkara 49 hingga 53):
Kesalahan 1 – Amaran Keras & Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Berdenda
Kesalahan 3 – Gantung / Diberhentikan
1.5.8 BAB 8 – Aktiviti-Aktiviti
54. Pelajar diwajibkan mengikut semua aktiviti-aktiviti yang ditetapkan.
55. Sepanjang tempoh mengikuti kursus di Institut ini, pelajar tidak dibenarkan
mengikuti sebarang aktiviti yang dianjurkan oleh mana-mana badan kecuali
dengan kebenaran.
20
56. Pelajar dilarang menubuhkan persatuan (Persatuan Anak Negeri dan Daerah)
melaikan dengan persetujuan penulis Pengarah.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 8 Perkara 54 hingga 56):
Kesalahan 1 – Hukuman Spontan
Kesalahan 2 – Kerja Berat Tujuh Hari
Kesalahan 3 – Amaran Keras Bertulis & Bendenda
57. Pelajar dilarang melibatkan diri dalam sebarang tunjuk perasaan, mogok,
perhimpunan haram dan tidak dibenarkan membuat bantahan terbuka serta
melulu atau lain-lain tindakan yang bertentangan dengan peraturan Institut.
Kesalahan berat: Tindakan Diberhentikan
1.5.9 BAB 9 – Hormat
58. Pelajar diwajibkan memberi hormat kepada semua pegawai, kakitangan IKBN
/IKTBN, pelawat-pelawat rasmi dan sesama pelajar dengan cara yang
sewajarnya (ucapan salam bagi yang beragama Islam).
59. Pelajar mestilah berdiri sedia apabila lagu “Negaraku” atau lagu Kebangsaan
Negeri Kedengaran.
60. Pelajar dikehendaki menjawab “SAYA ENCIK” atau “SAYA TUAN” (mengikut
kesesuaian) apabila dipanggil oleh pegawai, pengajar atau kakitangan IKBN /
IKTBN.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 9 Perkara 58 hingga 60):
Kesalahan 1 – Hukuman Spontan
Kesalahan 2 – Kerja Berat Tujuh Hari
Kesalahan 3 – Amaran Keras Bertulis & Berdenda
1.5.10 BAB 10 – Bilik Rehat / TV / Rekreasi
61. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan bilik Rehat / TV / Bacaan /
Rekreasi (BRTV). Segala kelengkapan di bilik ini hendaklah dijaga dengan
kemas, bersih dan sempurna.
62. Penggunaan BRTV ini hanya dibenarkan sehingga jam 11.00 malam sahaja
dan hendaklah tidak mengganggu penghuni lain.
21
63. Sebarang kerosakan peralatan di BRTV hendaklah dilaporkan kepada
Penyelia Asrama secepat mungkin. Pelajar tidak dibenarkan membaikpulih
peralatan dan kelengkapan yang rosak tanpa kebenaran Penyelia Asrama
atau pihak berkuasa Institut.
64. Pelajar hendaklah memakai pakaian yang sesuai semasa menggunakan
BRTV. Tidak berbaju, berseluar pendek, bersinglet atau bersarong adalah
dilarang.
65. Pelajar dilarang membawa makanan dan minuman ke BRTV.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 7 Perkara 61 hingga 65):
Kesalahan 1 – Hukuman Spontan
Kesalahan 2 – Surat amaran & Kerja Berat 7 Hari
Kesalahan 3 – Amaran Keras & Berdenda
1.5.11 BAB 11 – Peraturan Dewan makan dan Bilik Masak
66. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke Dewan Makan denagn pakaian kotor,
berseluar pendek, bersinglet dan bersarong (lelaki). Pelajar hendaklah
berpakaian bersih, kemas dan bersopan.Semua alas kaki seperti kasut,
selipar, sandal dan sebagainya tidak dibenarkan dipakai di dalam Dewan
Makan seperti yang ditetapkan oleh Institut.
67. Pelajar hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Dewan Makan dan kantin.
Sisa makanan hendaklah dibuang ditempat yang disediakan dan tray disusun
di tempat yang dikhaskan.
68. Pelajar dikehendaki beratur semasa menagmbil makanan dan makanlah
denagn bertertib dan beradab serta tidak bising semasa di Dewan Makan.
69. Makanan hanya dibekalakan pada waktu yang ditetapkan sahaja. Pelajar
hendaklah mengikut jadual makan yang ditetapkan oleh Penyelia Asrama
atau pihak berkuasa Institut.Jadual makan sentiasa dipaparkan di Dewan
Makan.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 11 Perkara 66 hingga 69):
Kesalahan 1 – Hukuman Spontan
Kesalahan 2 – Surat Amaran & Kerja Berat 7 Hari
Kesalahan 3 – Amaran Berdenda
22
70. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan Dewan Makan.
71. Pelajar dilarang masuk ke setor barang-barang / perkakas dan kawasan
dapur Dewan Makan pada bila-bila masa.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 11 Perkara 70 hingga 71):
Kesalahan 1 – Hukuman Keras & Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Berdenda
Kesalahan 3 – Gantung / Diberhentikan
1.5.12 BAB 12 – Keselamatan
72. Keselamatan harta benda Institut yang diamanahkan adalah tanggungjawab
semua pelajar.
73. Pelajar adalah bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan harta benda
diamanahkan.
74. Pelajar ditegah dari merosakkan, mengubahsuai atau mengurangkan nilai
semua harta benda Kerajaan.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 12 Perkara 72 hingga 74):
Kesalahan Berat : Diberhentikan dan Bayar gantirugi
75. Pelajar ditegah membuat sambungan eletrik secara haram pada semua
tempat.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 12 Perkara 75):
Kesalahan 1 – Amaran Akhir & berdenda
Kesalahan 2 – Gantung Satu Semester
Kesalahan 3 – Diberhentikan
76. Pelajar akan dikenakan bayaran balik jika berlaku kerosakan atau kehilangan
harta kerajaan atas perbuatan atau kesilapan sendiri.
1.5.13 BAB 13 – Pergaulan
77. Pelajar adalah digalakkan bergaul secara sihat dengan tidak melanggar
tatasusila.
23
78. Dalam keadaan mencurigakan dan menimbulkan syak pelajar lelaki dan
perempuan adalah dilarang sama sekali berduan-duaan disepanjang tempoh
latihan.
79. Pelajar adalah dilarang berpasangan diantara lelaki dan perempuan yang
mana boleh menimbulkan perasaan syakwasangka pada orang lain atau
pegawai, kakitangan Institut atau sebagainya perbuatan seumpama ini boleh
ditakrifkan telah melakukan khalwat dan didakwa melakukan kesalahan berat.
80. Pelajar adalah dilarang bersekedudukan antara lelaki dengan lelaki,
perempuan dengan perempuan atau dengan lain perkataan melakukan aktiviti
luar tabi’e yang juga ditakrifkan telah melakukan satun kesalahan berat.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 13 Perkara 79 hingga 80):
Kesalahan Berat: Diberhentikan
1.5.14 BAB 14 – Pelawat
81. Pelajar hanya dibenarkan menerima pelawat dari keluarga dan saudara mara
terdekat sahaja.
82. Perjumpaan dengan pelawat hanya dibenarkan pada cuti umum am dan
hujung minggu sahaja.
1.5.15 BAB 15 – Cuti
83. Tidak ada peruntukan dan kemudahan cuti rehat untuk semua pelajar
semasa menjalani latihan.
84. Pelajar diberikan kelulusan cuti kecemasan hanya dalam keadaan yang
mendesak sahaja atas kelulusan Pengarah. Permohonan cuti kecemasan
hendaklah menggunakan borang yang disediakan.
85. Pelajar yang memohon cuti kecemasan hendaklah menghubungi
pengajarnya denagn segera dan membawa dokumen pengesahan berkaitan
seperti sijil kematian apabila kembali berkursus.
86. Pelajar yang sakit dikehendaki mendapatkan cuti sakit dari klinik / Hospital
Kerajaan. Cuti sakit dari klinik swasta adalah dihadkan selama (2) hari sahaja
pada satu-satu masa dan tidak boleh melebihi lima (5) hari dalam satu
semester. Jika melebihi had ini, ia akan dirujuk kepada pakar perubatan
Hospital Kerajaan untuk pemeriksaan bagi menentukan keupayaannya
24
meneruskan latihan selanjutnya. Sijil cuti sakit hendaklah diserahkan kepada
pengajar masing-masing apabila kembali berkursus.
Sila rujuk jadual berikut :
KESALAHAN HUKUMAN
Pertama (tidak lebih 2 hari)
Pertama (Lebih 2 hingga 7 hari) Show Parade dan Surat Amaran
Pertama (Lebih 7 hari berturut-turut) Potong Elaun dan Surat Amaran
Gantung Latihan selama Satu
Kedua ( Tidak lebih 2 hari) Semester
Kedua (2 hingga 7 hari) Potong Elaun dan Surat Amaran)
Kedua (Lebih 7 hari berturut-turut) Gantung Latihan Selama Satu
Ketiga (Kurang 2 hari) Semester
Ketiga (Lebih 2 hari) Diberhentikan Selama Satu
Gantung latihan
Semester
Diberhentikan
1.5.16 BAB 16 – Peraturan latihan Industri
87. Pelajar hendaklah menumpukan sepenuh perhatian kepada latihan dan
sentiasa tertakluk kepada Peraturan Tatatertib Pelajar di sepanjang tempoh
Latihan Industri.
88. Latihan Industri bertujuan memberi pendedahan kepada suasana sebenar
bekerja di industry berkaitan bidang latihan yang diikuti. Disamping itu pelatih
juga berpeluang mempelajari teknik-teknik bekerja sebagai pengalaman dan
tambahan kepada apa yang dipelajari.
89. Pelajar Pendawaian Eletrik dan Penjaga Jentera Eletrik adalah diwajibkan
menjalani Latihan Industri yang merupakan sebahagian dari syarat latihan.
90. Latihan Industri bagi pelajar jurusan lain selain Pendawaian Eletrik dan
Penjaga Jentera Eletrik akan ditentukan oleh pihak institute masing-masing.
91. Pelajar mestilah melapor diri di tempat latihan berkenaan pada tarikh dan
masa yang telah ditetapkan.
92. Kehadiran adalah wajib dan pelajar mestilah mengikuti latihan tersebut setiap
hari bekerja dan setiap masa sebagaimana yang telah ditetapkan oleh
majikan berkenaan. Tidak hadir tanpa kebenaran majikan boleh ditakrifkan
sebagai melakukan kesalahan tatatertib.
25
93. Pelajar dikendaki menghubungi majikan jika tidak dapat menghadiri latihan
atas sebab-sebab kecemasan. Bagaimana kemudahan cuti tersebut
bergantung kepada budibicara majikan berkenaan.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 16 Perkara 92 hingga 93):
Kesalahan 1 – Amaran Keras & Potong Elaun
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Potong Elaun
Kesalahan 3 – Diberhentikan Latihan Industri dan Tahan Sijil.
94. Pembayaran elaun semasa menjalani latihan Industri adalah berasaskan
kepada kehadiran pelajar di tempat latihan. Pelajar yang tidak menghadiri
latihan tanpa kebenaran akan dipotong elaun mengikut jumlah hari tidak
hadir.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1 – Amaran Keras & Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Berdenda
Kesalahan 3 – Gantung Satu Semester
95. Semua tempat Latihan Industri mempunyai peraturan sendiri dan pelajar
dikehendaki mematuhi setiap peraturan yang ditetapkan itu. Pelanggaran
peraturan itu adalah merupakan pelanggaran tatatertib.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1 – Amaran Keras & Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Berdenda
Kesalahan 3 – Diberhentikan Latihan Industri dan Tahan Sijil
96. Pelajar adalah dilarang berkelakuan yang boleh menjatuhkan imej Institut.
Mereka yang melakukan kesalahan seperti mencuri, bergaduh, minum
minuman beralkohol, memiliki dan menyalahkan apa juga jenis dadah,
berpakaian tidak senonoh dan melakukan perkara lain yang bertentanagn
denagn Peraturan Tatatertib Pelajar akan ditamatkan Latihan Industri dan
dikenakan tindakan tatatertib.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan Berat : Diberhentikan
26
97. Pelajar tidak dibenarkan bertukar tempat latihan / Majikan melainkan atas
sesuatu sebab yang munasabah dan tertakluk kepada budibicara dan
kelulusan pihak berkuasa Institut.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1 – Potong Elaun
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Potong Elaun
Kesalahan 3 – Diberhentikan Latihan Industri dan Tahan Sijil
98. Setiap pelajar akan dibekalkan sebuah buku log dan pelajar dikehendaki
mencatatkan segala aktiviti latihan harian yang dibuat sepanjang tempoh
latihan. Pelajar-pelajar yang didapati membuat laporan palsu boleh diambil
tindakan tatatertib.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1 – Amaran Keras & Berdenda
Kesalahan 2 – Amaran Akhir & Berdenda
Kesalahan 3 – Diberhentikan
1.5.17 BAB 17 – LARANGAN AM
99. Penyalahgunaan Dadah
a) Memiliki, menyimpan ,mengedar, membekal, membawa, memproses,
menjual atau menyalahgunakan apa juga jenis dadah yang diharamkan
dengan apa jua cara sekalipun, adalah ditafsirkan telah melakukan satu
kesalahan berat dan dilaporkan kepada pihak berkuasa yang berkaitan.
b) Memiliki sebarang alat dalam apa jua bentuk dan rupa sekalipun, yang
mungkin digunakan untuk mengambil, menghisap, menyuntik dan
sebagainya yang melibatkan penyalahgunaan apa juga jenis najis dadah
dengan cara apa sekalipun, di dalam kawasan Institut adalah ditafsirkan
sebagai telah melakukan satu kesalahan berat dan jenayah yang serius.
c) Sesiapa yang didapati sengaja bersama atau berhampiran dengan orang
atau sekumpulan orang menyalahgunakan najis dadah semasa
tangkapan dibuat, adalah dianggap sebagai bersubahat dan boleh
disabitkan telah melakukan satu kesalahan berat.
27
100.Memiliki Senjata/ Peralatan/ Bahan berbahaya
Memiliki, menyimpan, membawa, membuat, mengguna atau mempamer
apa jua jenis dan bentuk senjata, peralatan atau bahan yang boleh
mendatangkan kecederaan kepada orang lain dalam apa jua keadaan adalah
ditafsirkan telah melakukan satu kesalahan berat dan jenayah yang serius.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 17 perkara 99 dan 100):
Kesalahan 1- Diberhentikan dan dilaporkan ke Pihak Berkuasa.
101. Mencuri
Perbuatan mencuri atau terlibat dengan pakatan mencuri atau memiliki alatan
dengan niat untuk mencuri harta benda kerajaan atau perseorangan atau
memiliki, menyimpan, menyembunyikan harta curian adalah ditafsirkan telah
melakukan satu kesalahan berat dan jenayah yang serius.
102.Bergaduh/ Mengugut/ Menghasut/ Memulau/ Mengfitnah/
Mengancam/Demonstrasi.
a) Bergaduh, memukul, bertumbuk di antara pelajar dengan pelajar atau
pelajar dengan kakitangan Institut atau orang luar, mengakibatkan
sebarang kecederaan atau pun tidak, adalah ditafsirkan telah melakukan
satu kesalahan berat.
b) Perbuatan mengugut atau mengancam, menghasut atau berdemonstrasi
bagi maksud mendatangkan rasa takut kepada orang lain melalui apa
juga cara adalah ditafsirkan telah melakukan satu kesalahan berat.
c) Menulis atau melaporkan perkara- perkara negatif kepada media massa
atau mana- mana pihak tentang institut atau pegawai/ kakitangannya
adalah ditafsirkan sebagai satu ancaman dan akan disabitkan telah
melakukan satu kesalahan berat.
d) Pelajar yang didapati mempunyai hubungan atau ahli kumpulan haram
atau dengan orang luar yang mempunyai niat jahat adalah juga
ditafsirkan telah melakukan kesalahan berat.
e) Pelajar yang di dapati menyertai perhimpunan haram adalah juga
ditafsirkan telah melakukan satu kesalahan berat.
f) Pelajar yang didapati memulau sesuatu aktiviti Institut adalah ditafsirkan
telah melakukan kesalahan berat.
28
103.Bahan Lucah dan Gangguan Seksual
a) Memiliki, menyimpan, menjual, mengedar, menonton, mempamer,
membaca sebarang bahan lucah, adalah ditafsirkan telah melakukan
satu kesalahan berat.
b) Perbuatan seperti beraksi, mendorong, merayu, membisik, mengeluarkan
kata-kata atau cerita- cerita atau isyarat lucah adalah juga ditafsirkan
telah melakukan satu kesalahan berat.
104. Berjudi
a) Berjudi atau bertaruh dalam apa juga bentuk sekalipun adalah dilarang
keras. Perbuatan ini adalah ditafsirkan telah melakukan satu kesalahan
berat.
b) Pelajar yang membekal, mencipta, memiliki, menyimpan apa-apa juga
jenis alat perjudian atau dipertanggungjawab menganjurkan sebarang
jenis permainan perjudian adalah ditafsirkan telah melakukan satu
kesalahan berat.
105.MinumanKeras/ Arak/ Alkohol/ Bahan memabukkan
Memiliki, memproses, meminum, menyimpan, menjual, mengedar, membawa
atau meminum sebarang minuman yang memabukkan adalah ditafsirkan
telah melakukan kesalahan berat.
Kesalahan dan hukuman (Bab 17 Perkara 101 hingga 105):
Kesalahan 1- Gantung latihan
Kesalahan 2- Diberhentikan
106.Kes Polis atau Mahkamah\
Pelajar yang disabitkan dengan apa jua kes jenayah yang melibatkan Polis
atau mahkamah adalah telah melakukan satu kesalahan berat.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1- Gantung sehingga kes selesai,
Diberhentikan jika didapati bersalah oleh Mahkamah.
29
107.Memalsukan Dokumen Rasmi/ Menipu
Pelajar yang didapati memalsukan atau meminda bagi maksud menipu, apa-
apa juga dokumen dan surat- surat rasmi atau mengemukan dokumen palsu
atau memberikan maklumat palsu begitu jua menipu atau meniru atau
memalsukan tandatangan pegawai- pegawai adalah ditafsirkan telah
melakukan satu kesalahan berat.
Kesalahan dan hukuman:
Kesalahan 1- Kawad Seminggu & Kerja Berat 7 Hari
Kesalahan 2- Gantung Satu Semester
Kesalahan 3- Diberhentikan
108.“Ragging” / Mendera
Perbuatan “ragging” atau mendera di kalangan pelajar adalah ditafsirkan telah
melakukan satu kesalahan berat.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1- Gantung Latihan
Kesalahan 2- Diberhentikan
109. Merokok
a) Memiliki, menyimpan, membawa, mengedar atau menjual rokok adalah
telah ditafsirkan telah melakukan satu kesalahan berat.
Kesalahan dan hukuman:
Kesalahan 1- Gantung Latihan
Kesalahan 2- Diberhentikan
b) Menghisap rokok adalah ditafsirkan telah melakukan kesalahan tatatertib.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1- Kawad Seminggu
Kesalahan 2- Kerja Berat
Kesalahan 3- Gantung Latihan
30
110.Lain- lain Kesalahan
a) Pelajar yang di dapati melakukan kesalahan tatatertib berulang kali
melebihi tiga kali adalah ditafsirkan telah melakukan satu kesalahan
berat.
b) Perbuatan menceroboh bagi mana-mana premis institut adalah
ditakrifkan sebagai kesalahan berat.
c) Keluar dari kawasan IKBN/ IKTBN/ KKBN tanpa mendapat kebenaran
Pegawai Disiplin atau Pegawai yang berkenaan adalah ditakrifkan telah
melakukan satu kesalahan berat.
Kesalahan dan Hukuman:
Kesalahan 1- Kawad Seminggu & Kerja Berat 7 Hari
Kesalahan 2- Gantung Latihan
Kesalahan 3- Diberhentikan
1.5.18 BAB 18- Penggunaan Dan Penjagaan Harta Institut
111.Dilarang meminda apa jua harta institut daripada tempat asal kemana-mana
tempat lain di dalam Institut
112.Merosak atau mengkhianati apa- apa harta Institut dengan tujuan
menghalang atau boleh mendatangkan kesusahan, kerugian, kerosakan atau
kehilangan adalah satu kesalahan tatatertib.
113.Dilarang membakar apa jua barang atau bahan di dalam premis Institut.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 18 Perkara 111 hingga 113):
Kesalahan 1- Kerja Berat 3 Hari
Kesalahan 2- Kawad 7 Hari & Amaran Bertulis
Kesalahan 3- Gantung Satu Semester
114.Semua perbuatan merosakkan harta Institut seperti memecah pagar,
kemudahan asrama, peralatan bengkel dan sebagainya ditafsirkan telah
melakukan satu kesalahan berat.
115.Perbuatan menceroboh bangunan Institut adalah ditafsirkan telah melakukan
satu kesalahan berat.
Kesalahan dan Hukuman (Bab 18 Perkara 114 dan 115):
Potong Elaun
31
1.5.19 BAB 19- Ingkar Perintah
116.Ingkar perintah atau berkelakuan dengan apa cara yang boleh ditafsirkan
sebagai ingkar perintah.
Kesalahan 1- Amaran Lisan & Denda
Kesalahan 2- Amaran Keras
Kesalahan 3- Amaran Terakhir dan Denda.
32
1.6 PENAMATAN LATIHAN, TUNTUTAN GANTI RUGI DAN HAL-HAL LAIN
(BAHAGIAN IV)
1.6.1 Penamatan Latihan
Pihak berkuasa Institut boleh menamatkan latihan seseorang palajar dari mengikuti
latihan di Institut atau pun latihan Industri tertakluk kepada keadaan berikut :
a) Didapati bersalah oleh Lembaga Tatatertib Pelajar atas kesalahan berat dan
Dijatuhi hukuman diberhentikan dari Institut.
b) Berulangkali atau telah tiga (3) kali diberi amaran dan denda, amaran akhir dan
hukuman yang lain tetapi masih lagi melanggar Peraturan tatatertib Pelajar.
c) Atas sebab-sebab kesihatan dan pengesahan Doktor mana-mana Hospital
Kerajaan, pelajar dibenarkan menamatkan latihan dari Institut atau latihan
Industri.
d) Pihak berkuasa Institut boleh menamatkan latihan seseorang pelajar yang malas
dan tidak menunjukkan minat dan kemajuan dalam latihannya.
1.6.2 Tuntutan Ganti Rugi
Pelajar dalam keadaan berikut adalah dikehendaki membayar gantirugi mengikut
jumlah wang yang telah dibelanjakan ke atasnya :
a) Palajar yang diberhentikan akibat dari tindakan tatatertib.
b) Pelajar yang berhenti sebelum menamatkan latihan tanpa kebenaran pihak
berkuasa Institut.
c) Pelajar yang meninggalkan kursus kerana mengikuti kursus lain atau menerima
tawaran pekerjaan tanpa kebenaran pihak berkuasa Institut.
d) Pelajar yang telah merosakkan atau menghilangkan harta benda awam dan
Institut.
1.6.3 Hal- Hal Lain
a) Institut berhak meminda, mengubahsuai atau menambah mana-mana perkara
dalam PeraturanTatatertib ini dari semasa ke semasa tanpa memaklumkan
terlebih dahulu kepada pelajar.
33
b) Sebarang pindaan keatas mana-mana perkara yang dikuatkuasakan akan diedar
kemudiannya sebagai pekeliling untuk makluman semua pihak di Institut dan
satu salinan akan dipamerkan di papan kenyataan Institut.
c) Semua pegawai di Institut, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian
Belia dan Sukan dan Kerajaan Malaysia tidak boleh disabitkan dan dikenakan
apa- apa tindakan atau tuntutan melalui apa jua bentuk prosedur berkaitan
hukuman yang dikenakan keata pelajar di bawah Peraturan Tatatertib Pelajar ini
oleh pelajar terlibat , ibu bapa atau penjaga, waris atau penjamin- penjaminnya.
d) Pihak berkuasa Institut mempunyai kuasa muktamad untuk mentafsir segala
perkara di dalam Peraturan Tatatertib Pelajar ini.
Rujukan
1. Kesatria IKBN Se Malaysia. 2009,
2. Buku Rujukan Latihan Kawad. Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia,
3. Buku Kawad untuk semua pasukan, Tentera Darat Malaysia,
4. Buku Kawad PDRM. Pusat Latihan Polis (PULAPOL).
5. Buku Peraturan Tatatertib IKBN/IKTBN SeMalaysia.
34