The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

KP TOPIK 3 - KAWAD BERJALAN DAN KAWALAN KEHORMAT

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismail ahmad udin, 2020-04-08 21:20:03

KP TOPIK 3 - KAWAD BERJALAN DAN KAWALAN KEHORMAT

KP TOPIK 3 - KAWAD BERJALAN DAN KAWALAN KEHORMAT

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
UKK 110: KAWAD 1

TAHAP / LEVEL SEMESTER SATU (1)

NO DAN TOPIK / 3. KAWAD BERJALAN DAN KAWALAN KEHORMAT
TOPIC AND NO.

NO. DAN SUB 3.1 Langkah Berjalan dan Berhenti
TOPIK/ SUB 3.2 Hormat
TOPIC AND NO. 3.3 Belok Kiri/ Kanan
3.4 Pusing
3.5 Hentak Kaki
3.6 Tukar Langkah
3.7 Kawalan Kehormat

OBJEKTIF 3.1.1 Mengetahui Kata Perintah, menyampaikan hukuman dan
PENCAPAIAN 3.1.2 membuat pergerakan semasa berjalan dengan betul, cergas
dan sempurna
PIAWAIAN/ Mengetahui jenis-jenis kawalan kehormatan serta memahami
TERMINAL turutan perjalanan kawalan kehormat
PERFORMANCE
OBJECTIVE

TUJUAN/ 3.1.3 Kertas penerangan ini menerangkan :
PURPOSE A. Langkah Berjalan dan Berhenti
B. Hormat
C. Belok Kiri/ Kanan
D. Pusing
E. Hentak Kaki
F. Tukar Langkah
G. Kawalan Kehormat

3.1 LANGKAH BERJALAN DAN BERHENTI

3.1.1 SEDIA

i. KATA PERINTAH
“Skuad ... Skuad ....... Sdia”

ii. BENTUK PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentak disebelah kaki kanan.

b) Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja dengan
kiraan “Satu”.

iii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kedudukan kedua-dua tumit rapat dan sebaris, hujung kaki terbuka
30 darjah.

b) Kedua-dua lutut lurus dan badan tegak.

c) Timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit.

d) Kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada
terbuka tanpa dikeraskan ) sama rata.

e) Kedua-dua siku rapat ke badan dan tangan lurus, jari-jari gengam
dan belakang jari rapat ke paha.

f) Ibu jari lurus menghala ke hadapan dan rapat kepada jari telunjuk
serta dibelakang sedikit penjahitan seluar.

g) Angkat kepala pandang terus ke hadapan dan buka mata.

2

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Kedudukan yang berlebihan keras dan menyebabkan payah
bernafas.
b) Berdiri tiada tetap serta mata bergerak.
c) Kaki dan badan tiada lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
d) Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
e) Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan tangan
merekot.
f) Badan senget ke kiri atau ke kanan dan bahu tidak sama rata.
g) Jatuh tumit atau hujung kaki akan terdapat dua bunyi.

3.1.2 BERJALAN
i. KATA PERINTAH
“Dari Kanan/ kiri ... Cepat ... Jalan”
ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Langkah kehadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) mulakan dengan
kiri kanan dengan memacakkan tumit ke bumi dan hujung kaki
menuju ke hadapan.
b) Lutut lurus serta lenggangkan tangan kiri ke hadapan dan tangan
kanan ke belakang.

3

iii. PENERANGAN TELITI

a) Lenggangkan tangan kiri ke hadapan separas bahu, tangan kanan
ke belakang seberapa jauh yang boleh. Jari genggam ibu jari
menghala ke atas dan kedua-dua lengan lurus.

b) Berjalan dengan tegak buka dada, bahu sama rata serta
pandangan ke atas sedikit dengan menuju satu tanda 200 meter di
hadapan.
Peringatan:

c) Yang dimaksudkan lenggang tangan itu ialah daripada pangkal
bahu hingga ke hujung tangan.

d) Langkah itu ialah dari pangkal paha ke hujung kaki.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Jalan Mengenjut

b) Lutut Kendur

c) Lenggang tangan tidak lurus dan tidak sama tinggi ke hadapan dan
ke belakang.

d) Hujung kaki menghala keluar semasa menghala keluar semasa
mamacak tumit langkah pertama.

e) Pinggang lemah, pandang ke bawah dan dagu tertinjau (terjenguk)
serta masa berjalan mengheret tumit.

f) Masa berjalan dalam tiga barisan, jarak diantara tiga barisan dan
deretan tidak sama dan turun/ naik tangan juga tidak sama.

4

3.1.3 BERHENTI

i. KATA PERINTAH
“Skuad ... Skuad ....... Ti”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Perbuatan diatas kata perintah “Ti” semasa kaki kiri mencecah
bumi. Menapak kaki kanan kehadapan dengan sebutan “Chek”.

b) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan “Satu”.

c) Kemudian diikuti dengan pantas angkat kaki kanan pada
ketinggian yang sama dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan
“Dua” balik ke kedudukan sedia.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa “Check’ (kaki kanan menapak ke bumi) tangan kiri masih
dalam keadaan lenggang separas bahu ke hadapan dan tangan
kanan tarik seberapa jauh yang boleh ke belakang.Kedua-dua
tangan kanan dan kiri lurus.

b) Semasa mengangkat kaki kiri, tangan kanan dihayun separas
bahu ke hadapan dan tangan kiri di tarik seberapa jauh yang boleh
ke belakang.

c) Semasa kaki kiri dihentakkan sebelah kaki kanan hendaklah
dilakukan serentak dengan turun kedua-dua tangan disisi badan
balik ke kedudukan sedia.

d) Semasa mengangkat dan menghentak kaki kanan kedua-dua
tangan lurus dan rapat ke badan.

5

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Bergoyang selepas berhenti

b) Badan tidak cukup tegap dan tetap selepas berhenti.

c) Lurus, jarak, bersetentang tiada betul selepas berhenti.

d) Turun tangan terlalu lambat.

3.1.4 BERHENTI (Semasa berjalan perlahan)

i. KATA PERINTAH
“Skuad ... Skuad ....... Ti”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah berhenti diberi ketika kaki kiri melalui kaki kanan.

b) Dengan pantas tarik dan angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras
bumi dan hentak rapat ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Satu”.

c) Angkat kaki kanan separas yang sama dan hentak rapat ke tumit
kaki kiri dengan kiraan “Dua” balik kedudukan sedia.

3.1.5 PANJANGKAN LANGKAH

iii. KATA PERINTAH
“Panjangkan ....... Langkah”

iv. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah diberi di atas kaki kiri “Check” dengan kaki kanan
kemudian buka langkah kaki kiri dengan memanjangkan langkah
sehingga 33 inci dengan tanpa menukar masa.
6

3.1.6 PENDEKKAN LANGKAH
i. KATA PERINTAH
“Pendekkan ....... Langkah”
ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi di atas kaki kiri “Check” dengan kaki kanan
kemudian pendekkan langkah kaki kiri kepada 21 inci dengan tanpa
menukar masa.
iii. PENERANGAN TELITI
a) Tujuan pergerakan ini dilakukan adalah untuk memperlahankan
pergerakan tanpa munukarkan masa bagi menjarakkan platun.
b) Bagi kedua-dua pergerakan ini apabila dapat hukuman “Cepat
Jalan” dikehendaki berjalan kepada langkah biasa (30 inci).

3.2 HORMAT
3.2.1 HORMAT KE HADAPAN KETIKA BERJALAN
i. KATA PERINTAH
“Hormat ke hadapan ....… Hormat”
ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kiri mencecah ke bumi.
b) Maju satu langkah kaki kanan ke hadapan dan membuat
pergerakan berhenti tanpa kiraan.

7

c) Kemudian dengan pantas angkat tangan kanan mengikut rusuk
kanan dan bengkokkan siku hingga hujung jari telunjuk kanan
terkena pada tepi topi (Peakcap) bersetentangan dengan ekor mata
kanan dengan kiraan “Satu”.

d) Setelah itu dengan pantas turunkan tangan kanan ke rusuk kanan
ikut jalan yang dekat sekali dengan menjatuhkan siku arah ke
hadapan dan jari bergenggam, balik ke kedudukan sedia dengan
kiraan “Dua”.

e) Buat pergerakan hormat kali kedua sepertimana diatas dengan
kiraan “Tiga” dan turun tangan balik ke kedudukan sedia
sepertimana diatas dengan kiraan “Empat”.

f) Kemudian dengan pantas berpusing ke belakang 180 darjah
dengan kiraan “Lima” dan angkat kaki kiri separas stokin atau
‘anklet’ serta hentakkan di sebelah kaki kanan balik ke kedudukan
sedia dengan kiraan “Enam”.

g) Setelah itu mula melangkah dengan kaki kiri kehadapan sejauh 30
inci dengan sebutan “Kiri” dan terus berjalan cepat.

h) Nota: Sekira memakai beret atau songkok hujung jari telunjuk
kanan lebih kurang sampai satu inci di atas mata kanan

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa mengangkat tangan kanan untuk pergerakan hormat,
tangan hendaklah lurus selari dengan bumi, tapak tangan terbuka
menghala ke hadapan, jari-jari lurus dan rapat.

b) Dengan tidak menggerakkan pangkal lengan, bengkokkan siku
hingga hujung jari telunjuk kanan terkena pada tepi topi, apabila
menurunkan tangan dengan pantas genggam jari, jatuhkan siku
arah ke hadapan melalui jalan yang dekat sekali ke rusuk kanan
balik ke kedudukan sedia.

8

c) Semasa berpusing ke belakang gunakan tumit kaki kanan dan
hujung kaki kiri melalui sebelah kanan.

d) Apabila melangkah kaki kiri atau langkah kehadapan hayun tangan
kanan separas bahu ke hadapan dan tangan kiri seberapa jauh
yang boleh ke belakang dan terus berjalan cepat.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Badan condong.
b) Siku ke hadapan hujung tangan, pergelangan tangan bengkok.
c) Tangan terlampau tinggi atau terlampau jauh keatas sehingga
tengah dahi
d) Badan dan kepala bergerak semasa mengangkat tangan.
e) Menjatuhkan tapak tangan dahulu daripada siku.
f) Menggoyangkan tangan kiri ketika hormat dan turun tangan.

3.2.2 HORMAT KEKANAN MASA BERJALAN

i. KATA PERINTAH
“Hormat kekanan ....… Hormat”

ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kiri mencecah ke bumi.
b) Maju satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan
sebutan “Check” kemudian maju satu langkah kaki kiri ke hadapan
9

sejauh 30 inci serentak dengan memandang kekanan dan naikkan
tangan kanan membuat pergerakan hormat dengan kiraan “Satu”.

c) Selepas itu maju satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30
inci dengan kiraan “Dua”.

d) Maju satu langkah lagi kaki kiri ke hadapan sejauh sejauh 30 inci
dengan kiraan “Tiga”.

e) Maju kaki kanan satu langkah ke hadapan sejauh 30 inci serentak
dengan turun tangan dan kepala memandang ke hadapan dengan
sebutan “Turun”.

f) Setelah itu maju satu langkah kaki kiri sejauh 30 inci ke hadapan
dengan sebutan “Up” dan terus berjalan cepat.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa “Check” hayun tangan kiri ke hadapan separas bahu dan
tangan kiri seberapa jauh yang boleh ke belakang.

b) Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan tarik kedua-dua tangan
rapat ke badan dan tangan kanan terus membuat pergerakan
hormat serta kepala memandang kekanan dengan mengangkat
dagu sedikit ke atas.

c) Semasa maju melangkah dengan kiraan “Dua” dan “Tiga” tangan
kanan kekal dalam kedudukan hormat tanpa menggerakkan bahu
dan tangan kanan.

d) Apabila maju kaki kanan dengan sebutan “Turun” dengan pantas
turun tangan melalui hadapan rapat ke rusuk serentak dengan
kepala memandang ke hadapan.

10

e) Semasa maju dengan sebutan “Up” hayun tangan kanan ke
hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh
yang boleh dan terus berjalan.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Badan condong ke hadapan.
b) Mata tiada memandang muka pegawai yang dihormat itu tepat.
c) Bahu kiri dibiarkan bergerak ke hadapan.
d) Siku kanan dibiarkan ke hadapan ataupun ke belakang.
e) Tiada memandang tepat ke rusuk.
f) Pergelangan tangan bengkok.

3.2.3 HORMAT KEKIRI MASA BERJALAN
i. KATA PERINTAH
“Hormat kekiri ....… Hormat”

ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kiri mencecah ke bumi.
b) Maju satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dengan
sebutan “Check” kemudian maju satu langkah kaki kiri ke hadapan
sejauh 30 inci serentak dengan memandang kekanan dan naikkan
tangan kanan membuat pergerakan hormat dengan kiraan “Satu”.

11

c) Selepas itu maju satu langkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30
inci dengan kiraan “Dua”.

d) Maju satu langkah lagi kaki kiri ke hadapan sejauh sejauh 30 inci
dengan kiraan “Tiga”.

e) Maju kaki kanan satu langkah ke hadapan sejauh 30 inci serentak
dengan turun tangan dan kepala memandang ke hadapan dengan
sebutan “Turun”.

f) Setelah itu maju satu langkah kaki kiri sejauh 30 inci ke hadapan
dengan sebutan “Up” dan terus berjalan cepat.

g) Perbezaannya hanya pada pergerakan bilangan “Satu” muka di
kehendaki memandang kekiri.

3.2.4 HORMAT, SELAKU TERIMA SIJIL

i. KATA PERINTAH
“Selaku terima Sijil ... Hormat ke hadapan ....… Hormat”

ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kiri mencecah ke bumi.
b) Maju kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan membuat
pergerakan berhenti tanpa kiraan.
c) Hormat dengan kiraan “Satu”. Turun tangan balik ke kedudukan
sedia dengan kiraan “Dua”.

12

d) Maju kaki kiri 15 inci ke hadapan dengan menjatuh tapak kaki
dengan kiraan “Tiga”.

e) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak
disebelah kaki kiri dengan kiraan “Empat”.

f) Setelah itu hulurkan kedua-dua tangan ke hadapan, belakang
tangan kanan di atas tapak tangan kiri dengan kiraan “Lima”.

g) Pusingkan tangan kanan, tapak tangan kanan bertemu dengan
tapak tangan kiri dengan kiraan “Enam”.

h) Tarik kedua-dua tangan ke rusuk balik ke kedudukan sedia dengan
kiraan “Tujuh”.

i) Undur kaki kiri 15 inci ke belakang dengan menjatuhkan hujung
kaki dahulu dengan kiraan “Lapan”.

j) Dengan pantas angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi
hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Sembilan”.

k) Hormat ke hadapan dengan kiraan “Sepuluh”.

l) Turun tangan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan “Sebelas”.

m) Pusingkan badan ke belakang 180 darjah melalui sebelah kanan
dengan kiraan “Dua belas”.

n) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga belas”.

o) Kemudian melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan
sebutan “Kiri” dan terus berjalan cepat.

13

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa membuat pergerakan hormat dan turun tangan adalah
sama seperti pergerakan hormat.

b) Sewaktu menghulurkan kedua tangan ke hadapan pastikan siku
rapat ke badan dan tapak tangan separas kepala tali pinggang.

c) Semasa berpusing ke belakang kedua-dua lutut hendaklah tegang
begitu juga ketika melangkah sejauh 15 inci ke hadapan dan ke
belakang.

d) Apabila melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci hayun
tangan kanan separas bahu dan tangan kiri seberapa jauh yang
boleh ke belakang dan terus berjalan cepat.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan condong.

b) Siku ke hadapan hujung tangan, pergelangan tangan dan jari-jari
tiada lurus serta tidak rapat semasa pergerakan hormat.

c) Tangan terlalu tinggi.

d) Pergelangan tangan bengkok.

e) Masa berpusing lutut kendur dan pinggang lemah

3.3 BELOK KIRI/KANAN

3.3.1 BELOK

i. KATA PERINTAH
“Kanan ....... Belok”

14

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Ke kanan Belok

iii. PERGERAKAN

a) Pelajar nombor satu barisan kanan membelok ke sebelah kanan
sedikit hingga satu pusingan 90 darjah.

b) Pelajar nombor satu barisan tengah sederhanakan langkah
membelok kekanan dan pelajar barisan sebelah kiri memanjangkan
langkah membelok kekanan.

c) Setelah deretan bersetentangan terus maju dengan langkah biasa
(30 inci) dan diikuti oleh deretan yang lain

Peringatan:
d) Kepantasan membelok itu adalah bergantung kepada kebolehan

pelajar yang disebelah luar (kiri).

e) Pelajar bahagian dalam (kanan) hendaklah mengerling keluar (kiri)
dengan ekor matanya dan memendekkan langkahnya mengikut
sepatutnya.

f) Deret-deret yang dibelakang hendaklah berjalan terus kehadapan
mengikut jalan yang diikut oleh deret-deret yang dihadapan.

g) Jika skuad ini diberhentikan atau diperintah hentak kaki ketika
hanya sebahagian daripada pelajar-pelajar itu telah membelok ke
arah yang baru, maka pelajar yang belum membelok hendaklah
bersetetangan dengan pelajar yang telah membelok dengan
bergerak ke tempat-tempat mereka mengikut jalan yang dekat
sekali.

15

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Deret-deret di sebelah belakang terbawa-bawa lalu terpesong
keluar daripada pusat belok itu.

b) Pelajar-pelajar di sebelah dalam tiada membawa keliling tiap-tiap
deretan.

c) Jarak jadi rosak disebabkan oleh pelajar-pelajar disebelah luar
tiada melangkah keluar mengikut deretan.

3.4 PUSING

3.4.1 BERPUSING KE BELAKANG

i. KATA PERINTAH
“Bergerak kekanan/ Kiri ... Belakang ....... Sing”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang ke belakang

b) Kata perintah berpusing di beri ketika kaki kanan melalui kaki kiri.
Sorong kaki kanan sejauh 15 inci ke hadapan dan letakkan tapak
ke bumi dengan sebutan “Kanan“.

c) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
letakkan perut kaki kiri di hujung kaki kanan serentak dengan
badan berpusing ke arah yang dari 60 darjah kekanan dengan
sebutan “Kiri”.

d) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan letakkan
perut kaki kanan di belakang tumit kaki kiri serentak dengan badan
berpsuing ke arah yang baru 60 darjah kekanan dengan sebutan
“Kanan”.

16

e) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat ke
tumit kaki kanan serentak dengan badan berpusing ke arah baru
60 darjah, di dalam kedudukan sedia dengan sebutan “Kiri”.

f) Tendang kaki kanan sejauh 15 inci ke hadapan dan terus berjalan
perlahan.

3.4.2 MENGHADAP KEBELAKANG

i. KATA PERINTAH
“Menghadap kebelakang ... Belakang ....... Sing”

ii. ARAHAH PERGERAKAN

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang, menghadap ke
hadapan.

b) Kata perintah berpusing di beri ketika kaki kanan melalui kaki kiri.
Sorong kaki kanan sejauh 15 inci ke hadapan dan letakkan tapak
ke bumi dengan sebutan “Kanan“.

c) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
letakkan perut kaki kiri di hujung kaki kanan serentak dengan
badan berpusing ke arah 60 darjah kekanan dengan sebutan
“Kiri”.

d) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan letakkan
perut kaki kanan di belakang tumit kaki kiri serentak dengan badan
berpusing ke arah yang baru 60 darjah kekanan dengan sebutan
“Kanan”.

e) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat ke
tumit kaki kanan serentak dengan badan berpusing ke arah baru
60 darjah,di dalam kedudukan sedia dengan sebutan “Kiri”.

17

f) Tendang kaki kanan sejauh 15 inci ke hadapan dan terus berjalan
perlahan.

3.4.3 MENGHADAP KEHADAPAN BELAKANG

i. KATA PERINTAH
“Menghadap kehadapan ... Belakang ....... Sing”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang, menghadap ke
belakang

b) Kata perintah berpusing di beri ketika kaki kanan melalui kaki kiri.
Sorong kaki kanan sejauh 15 inci ke hadapan dan letakkan tapak
ke bumi dengan sebutan “Kanan“.

c) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
letakkan perut kaki kiri di hujung kaki kanan serentak dengan
badan berpusing ke arah 60 darjah kekanan dengan sebutan
“Kiri”.

d) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan letakkan
perut kaki kanan di belakang tumit kaki kiri serentak dengan badan
berpusing ke arah yang baru 60 darjah kekanan dengan sebutan
“Kanan”.

e) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat ke
tumit kaki kanan serentak dengan badan berpusing ke arah baru
60 darjah,di dalam kedudukan sedia dengan sebutan “Kiri”.

f) Tendang kaki kanan sejauh 15 inci ke hadapan dan terus berjalan
perlahan.

18

3.4.4 BERPUSING DALAM CEPAT MASA
BERPUSING KEKANAN

i. KATA PERINTAH
“Bergerak kekanan ... Kanan ....... Sing”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah berpusing di beri ketika tumit kaki kiri mencecah di
bumi.

b) Maju satu langkah kaki kanan 30 inci ke hadapan dengan
sebuatan “Kanan“.

c) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak kaki kiri
(perut kaki kiri) dihujung kaki kanan 45 darjah dengan sebutan”kiri”.

d) Pusingkan badan kekanan 90 darjah serentak dengan melangkah
kaki kanan ke hadapan (pacak tumit) sejauh 30 inci dengan
sebutan “kanan ”dan terus berjalan.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa melangkah kaki kanan kehadapan, hayun tangan kiri
kehadapan paras bahu dan tangan kanan ke belakang seberapa
jauh yang boleh.

b) Semasa mengangkat kaki kiri kedua-dua tangan ditarik rapat ke
badan dan keberatan badan diatas kaki kanan.

c) Apabila menghentak kaki kiri pastikan badan masih menghadap ke
hadapan (arah yang lama).

d) Apabila memusingkan badan kekanan dan melangkah kaki kanan
hayun tangan kiri paras bahu ke hadapan dan tangan kanan
seberapa jauh yang boleh ke belakang.

19

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Semasa berpusing lutut bengkok

b) Tiada berpusing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki.

c) Masa hentak kaki berpusing kaki tidak selari kedudukan dibawah
lutut.

d) Hilang rentak berjalan semasa berpusing.

e) Pandang ke bawah dan badan bengkok.

3.4.5 BERPUSING KEKIRI

i. KATA PERINTAH
“Bergerak kekiri ... Kiri ....... Sing”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah berpusing di beri ketika tumit kaki kanan mencecah
di bumi.

b) Maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dengan sebutan
“Kiri”

c) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak kaki
kanan (perut kaki kanan) dihujung kaki kiri 45 darjah dengan
sebutan “Kanan“.

d) Pusingkan badan kekiri 90 darjah serentak dengan melangkah kaki
kiri ke hadapan (pacak tumit) sejauh 30 inci dengan sebutan “Kiri “
dan terus berjalan.

20

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa melangkah kaki kiri kehadapan, hayun tangan kanan
kehadapan paras bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh
yang boleh.

b) Semasa mengangkat kaki kanan kedua-dua tangan ditarik rapat ke
badan dan keberatan badan diatas kaki kiri.

c) Apabila menghentak kaki kanan pastikan badan masih menghadap
ke hadapan (arah yang lama) Apabila memusingkan badan kekiri
dan melangkah kaki kiri hayun dan tangan dan melangkah kaki kiri
hayun tangan kanan paras bahu ke hadapan dan tangan kiri
seberapa jauh yang boleh ke belakang.

3.4.6 BERPUSING SEPARUH KANAN.

i. KATA PERINTAH
“Bergerak kekanan ... Separuh ....... Kanan”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah berpusing di beri ketika tumit kaki kiri mencecah di
bumi. Maju satu langkah kaki kanan 30 inci ke hadapan dengan
sebutan “Kanan”.

b) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak (perut
kaki kiri) dihujung kaki kanan 25 darjah dengan sebutan “Kiri”.

c) Pusingkan badan kekanan 45 darjah serentak dengan melangkah
kaki kanan ke hadapan (pacak tumit) sejauh 30 inci dengan
sebutan “Kanan” dan terus berjalan.

21

3.4.7 BERPUSING SEPARUH KIRI

i. KATA PERINTAH
“Bergerak kekiri ... Separuh ....... Kiri”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah berpusing di beri ketika tumit kaki kanan mencecah di
bumi. Maju satu langkah kaki kiri 30 inci ke hadapan dengan
sebutan “Kiri”.

b) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak
(perut kaki kanan) dihujung kaki kiri 25 darjah dengan sebutan
“Kanan”.

c) Pusingkan badan kekiri 45 darjah serentak dengan melangkah kaki
kiri ke hadapan (pacak tumit) sejauh 30 inci dengan sebutan “Kiri “
dan terus berjalan.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa melangkah kaki kiri kehadapan, hayun tangan kanan
kehadapan paras bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh
yang boleh.

b) Semasa mengangkat kaki kanan kedua-dua tangan ditarik rapat ke
badan dan keberatan badan diatas kaki kiri.

c) Apabila menghentak kaki kanan pastikan badan masih menghadap
ke hadapan (arah yang lama).

d) Apabila memusingkan badan kekiri hayun tangan kanan paras
bahu ke hadapan dan tangan kiri seberapa jauh yang boleh ke
belakang.

22

3.4.8 BERPUSING KE BELAKANG

i. KATA PERINTAH
“Bergerak kekanan/ kiri ... Belakang ....... Sing”

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang ke belakang

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kanan mencecah di bumi.

b) Maju kaki kiri satu langkah ke hadapan dengan sebutan ”Check”.

c) Bawa kaki kanan rapat ke kaki kiri (perut kaki kanan dibelakang
tumit kaki kiri) dengan sebutan “In “.

d) Angkat kaki kiri separas stokin atau ‘anklet’ dengan sebutan “Up”.

e) Kemudian letakkan perut kiri dihujung kaki kanan serentak dengan
badan berpusing ke arah yang baru semasa 60 darjah kekanan
dengan sebutan “Kanan”.

f) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat ke
tumit kaki kanan serentak dengan badan berpsusing ke arah yang
baru 60 darjah kekanan dalam kedudukan sedia dengan sebuatan
“Kiri”.

g) Melangkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan terus
berjalan.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa “Check” tangan kanan hayun paras bahu ke hadapan dan
tangan kiri seberapa jauh yang boleh ke belakang.

23

b) Semasa “In” tarik kedua-dua tangan rapat ke badan dan keberatan
badan diatas kaki kiri.Apabila berpusing badan hendaklah tegak
dan kepada pandang terus kehadapan.

c) Apabila melangkah kaki kanan kehadapan hayun tangan kiri paras
bahu ke hadapan dan tangan kanan seberapa jauh yang boleh ke
belakang.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Semasa berpusing lutut bengkok.

b) Tidak berpsuing tepat dengan kepala, badan, bahu dan kaki ke
arah yang baru.

c) Badan bongkok dan memadang ke bawah.

d) Hilang rentak berjalan semasa berpusing.

3.4.9 MENGHADAP KEBELAKANG
SKUAD MENGHADAP KEHADAPAN

i. KATA PERINTAH
“Menghadap ke belakang ... Belakang ....... Sing”

e) Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang, menghadap ke
hadapan

ii. ARAHAN PERGERAKAN

f) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kanan mencecah di bumi.

g) Maju kaki kiri satu langkah ke hadapan dengan sebutan”Check”.

24

h) Bawa kaki kanan rapat ke kaki kiri (perut kaki kanan dibelakang
tumit kaki kiri) dengan sebutan “In“.

i) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dengan sebutan
“Up”.

j) Kemudian letakkan perut kiri dihujung kaki kanan serentak dengan
badan berpusing ke arah yang baru semasa 60 darjah kekanan
dengan sebutan “Kanan”.

k) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat ke
tumit kaki kanan serentak dengan badan berpsusing ke arah yang
baru 60 darjah kekanan dalam kedudukan sedia dengan sebuatan
“Kiri”.

l) Melangkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan terus
berjalan.

3.4.10 MENGHADAP KEBELAKANG
SKUAD MENGHADAP KEHADAPAN

i. KATA PERINTAH
“Menghadap ke hadapan ... Belakang ....... Sing”

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang, menghadap ke
belakang

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kanan mencecah di bumi.

b) Maju kaki kiri satu langkah ke hadapan dengan sebutan ”Check”.

c) Bawa kaki kanan rapat ke kaki kiri (perut kaki kanan dibelakang
tumit kaki kiri) dengan sebutan “In “.

25

d) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dengan sebutan
“Up”.

e) Kemudian letakkan perut kaki kiri dihujung kaki kanan serentak
dengan badan berpusing ke arah yang baru semasa 60 darjah
kekanan dengan sebutan “Kanan”.

f) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat ke
tumit kaki kanan serentak dengan badan berpusing ke arah yang
baru 60 darjah kekanan dalam kedudukan sedia dengan sebuatan
“Kiri”.

g) Melangkah kaki kanan ke hadapan sejauh 30 inci dan terus
berjalan.

3.5 HENTAK KAKI

3.5.1 HENTAK KAKI MAJU DAN BERHENTI DALAM PERLAHAN MASA.
HENTAK KAKI (STATIK)

i. KATA PERINTAH
“Hentak kaki ... Perlahan”.

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi
dan berhenti sejenak di atas.

b) Setelah itu dengan pantas jatuhkan hujung kaki kanan ke bumi
disebelah kaki kiri dan dengan pantas angkat kaki kiri separas
stokin atau ‘anklet’ dan henti sejenak di atas.

c) Setelah itu dengan pantas jatuhkan hujung kaki kiri ke bumi,
begitulah seterusnya sehingga mendapat perintah berhenti.

26

iii. PENERANGAN TELITI
a) Semasa mengangkat kaki kiri lutut kaki kanan hendaklah lurus
begitu juga sebaliknya. Kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan
dengan jari-jari bergenggam. Badan tegak dan keapda memandang
terus ke hadapan.
b) Semasa mengangkat kaki kiri lutut kaki kanan hendaklah lurus
begitu juga sebaliknya. Kedua-dua tanga lurus dan rapat ke badan
dengan jari-jari bergenggam.
c) Badan tegak dan kepala memandang terus ke hadapan.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Tangan, badan dan bahu bergerak semasa hentak kaki
b) Tidak menghentak kaki pada satu tempat.
c) Pinggang lemah dan bongkok.
d) Tidak pandang terus ke hadapan.
e) Lebih pantas dari berjalan.

3.5.2 MAJU DARI HENTAK KAKI
i. KATA PERINTAH
“Skuad ....... Maju”

ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika hujung kaki kiri mencecah ke bumi.

27

b) Dengan pantas hentak kaki kanan rapat ke tumit kaki kiri balik ke
kedudukan sedia.

c) Setelah itu dengan pantas tendang kaki kiri 15 inci ke hadapan
untuk berjalan perlahan.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Pinggang lemah dan badan bongkok.

b) Tidak pandang terus ke hadapan.

3.5.3 BERHENTI DARI HENTAK KAKI

i. KATA PERINTAH
“Skuad ....... Ti”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah berhenti di beri ketika hujung kaki kiri mencecah ke
bumi.

b)
c) Dengan pantas hentak kaki kanan rapat ke tumit kiri balik ke

kedudukan sedia.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Pinggang lemah dan bongkok.

b) Tidak pandang terus ke hadapan.

28

3.5.4 HENTAK KAKI MAJU DAN BERHENTI DALAM CEPAT MASA HENTAK KAKI
(STATIK)

i. KATA PERINTAH
“Hentak kaki ... Cepat”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan
kaki.

b) Setelah itu dengan pantas juga jatuhkan hujung kaki kanan ke bumi
disebelah kaki kiri.

c) Angkat kaki kiri dengan pantas setinggi 6 inci dari paras bumi
jatuhkan hujung kaki kiri ke bumi di sebelah kaki kanan.

d) Begitulah seterusnya sehingga mendapat kata perintah berhenti.

e) Semasa mengangkat kaki kanan, lutut kaki kiri hendaklah lurus
begitu juga sebaliknya.

f) Kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan dengan jari-jari
bergenggam.

g) Badan hendaklah tegak dan kepala memandang terus kehadapan.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Tangan, badan dan bahu bergerak masa hentak kaki.

b) Tidak menghentak kaki pada satu tempat.

c) Pinggang lemah dan bongkok.

29

d) Tidak pandang terus ke hadapan.

e) Lebih pantas dari berjalan.

3.5.5 HENTAK KAKI SEMASA BERJALAN

i. KATA PERINTAH
“Hentak ....... Kaki”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kanan mencecah ke bumi.

b) Maju satu langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan
sebutan “check”.

c) Bawa kaki kanan rapat kekiri (perut kaki kanan) di belakang tumit
kaki kiri” dengan sebutan “In”.

d) Dengan pantas angkat kaki kiri separas stokin atau ‘anklet’ dengan
sebutan “Up”.

e) Setelah itu dengan pantas jatuhkan hujung kaki kiri di sebelah kaki
kanan.

f) Begitulah seterusnya hingga mendapat kata perintah berhenti/maju.

g) Semasa melangkah kaki kiri, tangan kanan hayun ke hadapan
separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh yang
boleh dan semasa “In” tarik kedua-dua tangan ke bawah dan jari-
jari genggam.

h) Apabila mengangkat kaki kiri, lutut kaki kanan hendaklah lurus
begitu jugalah sebaliknya.

30

i) Semasa menghentak kaki, tangan lurus dan rapat ke badan serta
badan tegak dan kepala memandang terus ke hadapan.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Tangan, badan dan bahu bergerak masa hentak kaki.
b) Tidak menghentak kaki pada satu tempat.
c) Pinggang lemah dan bongkok.
d) Tidak pandang terus ke hadapan.
e) Lebih pantas dari berjalan.

3.5.6 MAJU DARI HENTAK KAKI
i. KATA PERINTAH
“Skuad ....... Maju”
ii. PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika hujung kaki kiri mencecah ke bumi.
b) Dengan pantas hentak kaki kanan rapat ke tumit kaki kiri dengan
sebutan “Kanan”.
c) Setelah itu melangkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan
sebutan “Kiri” terus berjalan cepat.
d) Semasa melangkah kaki kiri ke hadapan hayun tangan kanan ke
hadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa jauh
yang boleh.

31

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Pinggang lemah dan bongkok.
b) Tidak pandang terus depan.
c) Berhenti Dari Hentak Kaki.

3.5.7 BERHENTI DARI HENTAK KAKI
i. KATA PERINTAH
“Skuad .......Ti”
ii. PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika hujung kaki kanan mencecah ke bumi.
b) Dengan pantas hentak kaki kiri rapat ke tumit kaki kanan dengan
kiraan “Satu”.
c) Setelah itu dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat
pergelangan kaki dan hentak rapat ke kedudukan sedia dengan
kiraan “Dua”.
iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Pinggang lemah dan bongkok.
b) Tidak pandang terus depan.
c) Berhenti Dari Hentak Kaki.

32

3.5.8 BERJALAN, HENTAK KAKI, BERHENTI DALAM MASA BERLARI
HENTAK KAKI (STATIK)

i. KATA PERINTAH
“Hentak kaki ... Lari”

ii. PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi
jatuhkan hujung kaki kanan di sebelah kaki kiri serentak dengan
mengangkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki.

b) Kemudian jatuhkan hujung kaki kiri di sebelah kaki kanan dan
begitulah seterusnya hingga dapat kata perintah “Berhenti”.

c) Semasa mengangkat kaki, badan hendaklah tegak dan kepala
memandang terus kehadapan.

d) Ketika itu juga kedua-dua tangan dibengkokkan seperti keadaan
semasa berlari. Kaki diangkat kehadapan dan hujung kaki
menjunam ke bawah.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Tidak hentak kaki pada satu tempat.

b) Bahu berbuai dan badan membongkok memandang ke bawah.

3.5.9 BERLARI

i. KATA PERINTAH
“Skuad dari kiri/ kanan ... Lari”

33

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat kaki kanan dan mulai melangkah dan berlari
dengan langkah 40 inci serta kelajuannya 180 langkah dalam 1
minit.

b) Semasa berlari hendaklah jatuhkan hujung kaki dahulu. Kaki
hendaklah diangkat pada setiap langkah.

c) Kepala tegak, badan dibawa kehadapan sedikit dengan henjutan
dari kaki yang dibelakang.

d) Tumit jangan diangkat arah ke punggung.

e) Semasa melangkah tangan dihayun tetapi bengkokkan hujung
lengan 135 darjah dari pangkal lengan.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Menghayun bahu.

b) Memandang ke bawah.

c) Berlari atas tumit.

d) Jarak dan kelajuannya tidak sama.

3.5.10 BERHENTI DARIPADA BERLARI

i. KATA PERINTAH
“Skuad ....... Ti”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah berhenti diberi ketika kaki kiri mencecah ke bumi.

34

b) Maju tiga langkah lagi kehadapan di atas kaki kanan, kiri dan
kanan.

c) Apabila mencecah kaki kanan angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari
paras bumi dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan “Satu”.

d) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak
disebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua” balik ke kedudukan sedia.

3.5.11 HENTAK KAKI DARIPADA BERLARI

i. KATA PERINTAH
“Hentak ... Kaki”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah “Hentak kaki” diberi ketika hujung kaki kiri mencecah
ke bumi.

b) Maju satu langkah kaki kanan dengan sebutan “Check”.

c) Setelah itu angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
jatuhkan hujung kaki kanan di sebelah kaki kiri begitulah
seterusnya hingga mendapat kata perintah berhenti/maju.

d) Semasa mengangkat kaki, badan hendaklah tegak dan kepala
memandang terus ke hadapan.

e) Ketika itu kedua-dua tangan dibengkokkan seperti keadaan
semasa berlari. Kaki diangkat ke hadapan dan hujung kaki
menjunam ke bawah.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Menghayun bahu.

35

b) Mengangkat kaki ke punggung.

c) Memandang ke bawah.

d) Tidak hentak kaki pada satu tempat.

3.5.12 BERHENTI DARI HENTAK KAKI BERLARI

i. KATA PERINTAH
“Skuad ...... Ti”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kata perintah “Berhenti” diberi ketika hujung kaki kanan mencecah
ke bumi.

b) Dengan pantas hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan dengan
kiraan “Satu”.

c) Setelah itu angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki
dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.

d) Dalam masa yang sama turunkan kedua-dua tangan ke bawah dan
rapat ke badan dalam kedudukan sedia. Semasa menghentak kaki
kiri di sebelah kaki kanan, tangan masih bengkok seperti keadaan
semasa berlari.

e) Semasa berlari, sewaktu menghentak kaki kanan turunkan kedua-
dua tangan serentak.

f) Kepala memandang terus ke hadapan.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan lemah dan bongkok.
36

b) Turun tangan tidak serentak dengan kaki kanan.
c) Memandang ke bawah.

3.5.13 MAJU DARI HENTAK KAKI BERLARI
i. KATA PERINTAH
“Skuad ...... Maju”
ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah “Maju” diberi ketika kaki kiri akan mencecah ke bumi.
b) Dengan pantas hentak kaki kanan dengan sebutan “Kanan”.
c) Kemudian mulakan melangkah dengan kaki kiri.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Memandang ke bawah semasa hentak kaki.
b) Lambat mengeluarkan langkah pertama.

3.6 TUKAR LANGKAH
3.6.1 TUKAR LANGKAH DALAM MASA CEPAT JALAN
i. KATA PERINTAH
“Tukar langkah masa berjalan ... Tukar ... Langkah”
ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah “Tukar” diberi ketika tumit kaki kiri mencecah ke bumi
dan “Langkah” ketika tumit kaki kanan mencecah ke bumi.
37

b) Maju satu langkah kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci dengan
sebutan “Kiri”.

c) Setelah itu dengan pantas angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari
paras bumi dan hentak di sebelah tumit kaki kiri (perut kaki kanan
menyerong sedikit di tumit kaki kiri) dengan sebutan “Kanan”
kemudian melangkah dengan kaki kiri ke hadapan sejauh 30 inci
dengan sebutan “Kiri” dan terus berjalan dengan cepat masa.

d) Semasa maju kaki kiri satu langkah ke hadapan, tangan kanan
hayun separas bahu ke hadapan dan tangan kiri kejauh yang
boleh.

e) Semasa mengangkat kaki kanan tarik kedua-dua tangan rapat ke
badan, jari-jemari genggam, badan tegak dan kepala memandang
terus kehadapan.

f) Apabila melangkah kehadapan dengan kaki kiri hayun tangan
kanan kehadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang
seberapa jauh yang boleh.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Tidak membengkokkan lutut.

b) Tidak melangkah penuh 30 inci bagi pergerakan ketiga.

c) Badan seolah-olah Menggeliat.

d) Pergerakan terlalu cepat.

3.6.2 TUKAR LANGKAH BERLARI (DARI CEPAT JALAN)

i. KATA PERINTAH

“Tukar langkah berlari ... Lari”
38

ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah “lari” diberi ketika tumit kaki kiri mencecah ke bumi.
b) Maju kaki kanan satu langkah ke hadapan dengan sebutan
“Check”.
c) Setelah itu mulai melangkah kaki kiri dan terus berlari.

iii. PENERANGAN
a) Semasa “Check” tangan kiri dihayun kehadapan separas bahu dan
tangan kanan seberapa jauh yang boleh ke belakang.
b) Apabila melangkah kaki kiri untuk berlari kedua-dua tangan
berlenggang dengan membengkokkan hujung lengan 135 darjah
dari pangkal lengan.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Memandang ke bawah Berlari atas tumit menghayun tangan

3.6.3 TUKAR LANGKAH CEPAT JALAN (DARI BERLARI)
i. KATA PERINTAH
“Tukar langkah cepat ... Cepat … Jalan”
ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah “cepat” diberi ketika kaki kanan mencecah ke bumi.
b) Maju kaki kiri dengan sebutan “Check” dan ambil lagi tiga langkah
kaki kanan, kiri dan kanan.

39

c) Setelah itu melangkah kaki kiri memacak tumit sejauh 30 inci ke
hadapan dan terus berjalan cepat.

iii. PENERANGAN
a) Semasa “Check” dan maju tiga langkah lagi kehadapan, kedua-dua
tangan masih lagi bengkok seperti berlari.
b) Apabila melangkah kaki kiri kehadapan hayun tangan kanan
kehadapan separas bahu dan tangan kiri ke belakang seberapa
jauh yang boleh.

iv. KESALAHAN YANG BIASA DILAKUKAN
a) Tidak memacak tumit pada langkah pertama
b) Lutut kendur
c) Lenggang tangan tidak lurus

3.6.4 BUKA DAN TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN
BUKA BARISAN KETIKA BERJALAN CEPAT
i. KATA PERINTAH
“Buka barisan masa berjalan ... Buka ... Barisan”

ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kanan mencecah ke bumi.
b) Pelajar barisan hadapan berjalan terus.
40

c) Pelajar barisan tengah hentak kaki 2 kali dan pelajar barisan
belakang hentak kaki 4 kali.

d) Perbuatan hentak kaki adalah sama seperti perbuatan hentak kaki
(semasa berjalan). Setelah hentak kaki hendaklah maju bersama
barisan hadapan.

iii. PENERANGAN TELITI
a) Semasa barisan tengah dan belakang membuat pergerakan
hentak kaki hendaklah mengikut rentak berjalan barisaan hadapan.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Hentak kaki tidak sama dengan langkah barisan hadapan.
b) Tiada menjaga rentak, jarak dan lurus

3.6.5 TUTUP BARISAN KETIKA BERJALAN CEPAT
i. KATA PERINTAH
“Tutup barisan masa berjalan ... Tutup ... Barisan”
ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kata perintah diberi ketika tumit kaki kanan mencecah ke bumi.
b) Pelajar barisan belakang berjalan terus.
c) Pelajar barisan tengah hentak kaki 2 kali dan pelajar barisan
hadapan hentak kaki 4 kali.

41

d) Perbuatan hentak kaki bahagian kedua (Hentak kaki semasa
berjalan) setelah hentak kaki hendaklah maju, berjalan cepat
bersama-sama dengan barisan belakang.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa barisan tengah dan hadapan membuat pergerakan hentak
kaki hendaklah sama dengan barisan belakang berjalan cepat.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Hentak kaki tidak sama dengan langkah barisan belakang.

b) Tiada menjaga rentak, jarak dan lurus.

3.7 KAWALAN KEHORMAT

3.7.1 PENGAWAL KELUAR (TURN OUT)
i. PENGENALAN

a) “Pengawal Keluar” (Guard Turn-Out) biasanya dilakukan di mana
terdapatnya Balai Pengawal.

ii. MASA

a) Di Balai Pengawal.

b) Lawatan rasmi bagi Pembesar-Pembesar Negara dan Pembesar
Negeri yang patut diberi penghormatan.

c) Lawatan rasmi Pegawai-pegawai Atasan yang memerlukan
Kawalan kehormatan dan yang patut diberi penghormatan.

iii. KEANGGOTAAN

a) Ketua Kawalan

42

b) Pelajar
iv. PAKAIAN

a) Pakaian bagi pelajar yang mengambil bahagian adalah berpakaian
lengkap dengan segala aksesori yang bersesuaian.

b) Pakaian lengkap Istiadat Nombor 1
c) Pakaian lengkap seragam kawad.
v. CARA PERLAKSANAAN

KATA PERINTAH DIBERI OLEH PERGERAKAN

“Pengawal, pengawal … Ketua Kawalan Kawalan Pelajar
Sedia”

“Rusuk .…… Ta” Ketua Kawalan Kawalan sedia Pelajar.

“Hormat Diraja/ Presiden/ Ketua Kawalan Kawalan kehadapan hormat.

Gabenor/ Menteri/

Panglima ... Hormat ..…..

Ta”

vi. MELANGKAH KELUAR DAN BERSURAI

a) Ketua Kawalan melangkah keluar mulai dengan kaki kanan dan
berhenti di hadapan pentas hormat dan berpusing ke belakang
menghadap kepada pelajar dan beri kata perintah berikut;
43

KATA PERINTAH DIBERI OLEH PERGERAKAN

“Bergerak ke kanan ... Ketua Kawalan Semua pelajar pusing kanan.
Kanan ..….. sing”
(Perintah diberi mengikut
keadaan dan kesusaian
tempat)

“Dalam satu barisan ... Ketua Kawalan Semua pelajar berjalan menuju
Cepat ..….. Jalan” ketempat untuk bersurai.

3.7.2 KAWALAN KEHORMATAN (SUKU)

i. Pengenalan
a) Tujuan Kawalan Suku ini diadakan bagi tujuan menyambut
ketibaan Pembesar-pembesar Negeri dan Persekutuan.

ii. Tempat
a) Mesti diadakan di pintu masuk (Balai Pengawal)

iii. Keanggotaan
a) Terdiri daripada 7 orang anggota dan 2 orang peniup Tetuang

iv. Pakaian
a) Bagi pelajar yang mengambil bahagian adalah berpakaian lengkap
dengan segala aksesori yang bersesuaian.
b) Pakaian lengkap Istiadat Nombor 1
c) Pakaian lengkap seragam kawad.

44

v. Cara Perlaksanaan

a) Bagi pelajar yang mengambil bahagian adalah berpakaian lengkap
dengan segala aksesori yang bersesuaian.

b) Pakaian lengkap Istiadat Nombor 1
c) Pakaian lengkap seragam kawad.

3.7.3 ARAHAN JURULATIH

i. KATA PERINTAH 1
“Kawalan ... Kawalan ..... Sedia”

ii. BENTUK PERGERAKAN
a) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentak disebelah kaki kanan.
b) Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja dengan
kiraan “Satu”.

iii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Kedudukan kedua-dua tumit rapat dan sebaris, hujung kaki terbuka
30 darjah.
b) Kedua-dua lutut lurus dan badan tegak.
c) Timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit.
d) Kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada
terbuka tanpa dikeraskan) sama rata.
e) Kedua-dua siku rapat ke badan dan tangan lurus, jari-jari
gengam dan belakang jari rapat ke paha.
f) Ibu jari lurus menghala ke hadapan dan rapat kepada jari telunjuk
serta dibelakang sedikit penjahitan seluar.
g) Angkat kepala pandang terus ke hadapan dan buka mata.

45

KATA PERINTAH DIBERI OLEH PERGERAKAN

Ketua Kawalan Kawalan Sedia
Rujuk Per.1 hingga 1.4.7

Kawalan Hormat kehadapan

Ketua Kawalan

Salam, Kawalan Ketua kawalan suku melapor
kepada tetamu
Kehoramatan terdiri dari Ketua Kawalan

7 orang pelajar siap

untuk diperiksa.

Ketua kawalan mengiringi tetamu
Kehormat memeriksa kawalan
suku.

Ketua Kawalan Hormat Individu,mohon izin
menjalankan tugas lain. Hormat
individu dan mengambil tempat
semula.

“Hormat ... kehadapan.....

hormat.” Ketua Kawalan Kawalan Hormat kehadapan

Kawalan menunggu Tetamu
Kehormat beredar dan selepas itu
kawalan berjalan keluar.

‘Keluar.......baris. Ketua Kawalan Kawalan keluar baris

46

3.7.4 KAWALAN KEHORMATAN (SEPARUH/PENUH)

i. Pengenalan

a) Tujuan Kawalan separuh/penuh ini diadakan bagi tujuan
menyambut ketibaan Pembesar-pembesar Negeri dan
Persekutuan.

ii. Tempat

b) 77.2.1 Mesti diadakan Padang kawad atau kawasan lapang

yang sesuai.

iii. Keanggotaan

c) Kawalan Separuh
- 1 Pegawai Pemerintah
- 1 Penolong Pegawai Pemerintah
- 1 S.M Baris
- 2 Penanda (kiri dan kanan)
- 48 Anggota

d) Kawalan Penuh

- 1 Pegawai Pemerintah
- 1 Penolong Pegawai Pemerintah
- 1 S.I (sub inspektor)
- 2 Penanda (kiri dan kanan)
- 96 Anggota

iv. Pakaian

e) Bagi pelajar yang mengambil bahagian adalah berpakaian lengkap
dengan segala aksesori yang bersesuaian.

47

f) Pakaian lengkap Istiadat Nombor 1
g) Pakaian lengkap seragam kawad
v. Cara Perlaksanaan

KATA PERINTAH DIBERI OLEH PERGERAKAN

“Kawalan kehormatan, Kawalan Sedia
S.M baris mara kehadapan dan
kawalan … Sedia” S.M Baris melapurkan keanggotaan kawalan
kehormatan kepada pegawai
pemerintah dan mengambil tempat
dibelakang baris dengan jarak 3
langkah

“Pegawai .....ambil Pegawai Penolong Pegawai pemerintah
...tempat pemerintah mengambil tempat

“Bergerak kekanan Pegawai Anggota kawalan kehormatan
kanan sing”. ... pemerintah berpusing ke kanan

“Dari kiri ...cepat jalan” Pegawai Anggota kawalan kehormatan
pemerintah berjalan cepat, masuk ke medan
perbarisan menuju ke penanda
kanan dan berhenti.

“Menghadap Pegawai Anggota kawalan kehormatan
kehadapan...kiri sing” pemerintah berpusing ke kiri menghadap
kegadapan.

“Jadikan...dua barisan Pegawai Anggota barisan tengah bergerak
pemerintah membuat pergerakan(jadikan dua
barisan)
48

KATA PERINTAH DIBERI OLEH PERGERAKAN

“Buka...barisan ...gerak” Pegawai Anggota barisan belakang
pemerintah membuat pergerakan buka
barisan.

“Kekanan.....lurus” Anggota kawalan kehormatan
membuat pergerakan kekanan
Pegawai lurus serentak dengan PP baris
pemerintah dan Penolong PP baris berpusing
kebelakang menghadap ke
anggota kawalan kehormatan
(penanda kanan pusing ke kanan
dan berjalan 4 langkah dan
berhenti. Pusing ke belakang dan
ambil lurus barisan depan dan
belakang)

“pandang...depan” Pegawai Anggota kawalan kehormatan
pemerintah pandang depan(penanda kanan
balik ketempat asal) PP baris dan
“Senang...diri” Pegawai penolong PP baris berpusing ke
pemerintah belakang menghadap ke hadapan.
Anggota kawalan membuat
“Kawalan kehormatan, Pegawai pergerakan senang diri.
kawalan … Sedia” pemerintah Ketibaan tetamu kehormat
Anggota kawalan kehormatan
membuat pergerakan sedia

“Hormat ... kehadapan..... Pegawai Anggota Kawalan kehormatan
membuat pergerakan hormat
hormat.” pemerintah kehadapan

49

KATA PERINTAH DIBERI OLEH PERGERAKAN

“kawalan kehormatan Pegawai PP baris melapur keanggotaan
terdiri daripada 48 pemerintah kawalan kehormatan kepada
anggota 2 penolong tetamu kehormat dan pusing
pegawai pemerintah dan separuh kanan dan tunggu
1 pegawai pemerintah Tetamu kehormat turun dari
siap sedia untuk pentas hormat untuk membuat
diperiksa...Tuan. pemeriksaan.

“Hormat... Pegawai PP baris melapor semula bagi
hormat. pemerintah menjalankan tugasan lain
kehadapan Anggota kawalan kehormatan
Pegawai membuat pergerakan hormat
pemerintah kehadapan.

“ Tutup barisan.....gerak. Pegawai Kawalan menunggu Tetamu
“Jadikan....tiga barisan”. pemerintah Kehormat beredar dan selepas itu
“Kekanan....lurus” kawalan berjalan keluar.
Pegawai
pemerintah Anggota kawalan kehormatan
barisan belakang membuat
Pegawai pergerakan tutup barisan
pemerintah Anggota kawalan kehormatan
bergerak mengambil tempat asal
“Bergerak kekiri...kiri Pegawai
sing” pemerintah Anggota kawalan kehormatan
membuat pergerakan kekanan
lurus

Anggota kawalan kehormatan
berpusing kekiri.

50


Click to View FlipBook Version