The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ismail ahmad udin, 2020-04-08 21:18:32

KP TOPIK 2 - KAWAD STATIK

KP TOPIK 2 - KAWAD STATIK

INSTITUSI LATIHAN KEMAHIRAN BELIA DAN SUKAN
KERTAS PENERANGAN
UKK 110: KAWAD 1

TAHAP / LEVEL SEMESTER SATU (1)

NO DAN TOPIK / 2. KAWAD STATIK
TOPIC AND NO.

NO. DAN SUB 2.1 Berdiri Statik
TOPIK/ SUB 2.2 Membentuk dan Menggerakkan Skuad
TOPIC AND NO. 2.3 Membetulkan Barisan dan Nombor
2.4 Buka dan Tutup Barisan
2.5 Berpusing
2.6 Paraskan Skuad
2.7 Bersurai dan Keluar Barisan

OBJEKTIF 2.1.1 Mengetahui Kata Perintah, menyampaikan hukuman dan
PENCAPAIAN 2.1.2 membuat pergerakan dengan betul, cergas dan sempurna
Memahami kesalahan-kesalahan yang sering dilakukan ketika
PIAWAIAN/ berkawad dalam keadaan statik
TERMINAL
PERFORMANCE
OBJECTIVE

TUJUAN/ 2.1.3 Kertas penerangan ini menerangkan :
PURPOSE A. Objektif Peraturan Tatatertib Pelajar IKBN/IKTBN
B. Prinsip-Prinsip Kawad
C. Berdiri Statik
D. Membentuk dan Menggerakkan Skuad
E. Membetulkan Barisan dan Nombor
F. Buka dan Tutup Barisan
G. Berpusing
H. Paraskan Skuad
I. Bersurai dan Keluar Barisan

2.1 BERDIRI STATIK

2.1.1 SEDIA

i. KATA PERINTAH;
“Skuad ... Skuad ....... Sdia.”

ii. BENTUK PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentak disebelah kaki kanan.

b) Jatuhkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi sahaja dengan
kiraan “Satu”.

iii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Kedudukan kedua-dua tumit rapat dan sebaris, hujung kaki terbuka
30 darjah.

b) Kedua-dua lutut lurus dan badan tegak.
c) Timbang keberatan badan antara tapak kaki dengan tumit.
d) Kedua-dua bahu tarik ke bawah dan ke belakang (supaya dada

terbuka tanpa dikeraskan) sama rata.
e) Kedua-dua siku rapat ke badan dan tangan lurus, jari-jari

gengam dan belakang jari rapat ke paha.
f) Ibu jari lurus menghala ke hadapan dan rapat kepada jari telunjuk

serta dibelakang sedikit penjahitan seluar.
g) Angkat kepala pandang terus ke hadapan dan buka mata.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Kedudukan yang berlebihan keras dan menyebabkan payah
bernafas.

b) Berdiri tiada tetap serta mata bergerak.

c) Kaki dan badan tiada lurus ke hadapan serta tumit tidak rapat.
2

d) Tangan bengkok dan terjulur ke hadapan.
e) Belakang tangan menghala ke hadapan atau pergelangan tangan

merekot.
f) Badan senget ke kiri ke kanan dan bahu tidak sama rata
g) Jatuh tumit atau hujung kaki.
h) Terdapat dua bunyi.

2.1.2 SENANG DIRI

i. KATA PERINTAH
“Senang ....... Dri”

ii. ARAHAH PERGERAKAN;

a) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
bawa ke sebelah kiri sejauh 12 inci.

b) Hentakkan tapak kaki supaya terdengar satu bunyi dengan kiraan
“Satu” bunyi masa itu juga bawa kedua-dua tangan kebelakang dan
letakkan belakang tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri
dan ibu jari bersilang.

c) Kedudukan jari adalah empat jari bersusun lurus menuju ke bumi.
d) Siku lurus dan keberatan badan di atas kedua-dua kaki.
e) Masa angkat kaki kiri, kaki kanan mesti tegap dan tidak bergerak.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Siku bengkok.
b) Lutut tidak tegap dan tiada bertahan.
c) Tidak bawa kaki kiri ke kiri cukup jarak 12 inci.
d) Menggerakkan kaki kanan menyebabkan rosak lurus barisan.
e) Pinggang bengkok masa angkat kaki kiri.
f) Jatuh tumit atau hujung kaki dahulu.

3

2.1.3 REHATKAN DIRI

i. KATA PERINTAH
“Rehatkan ....... Dri”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Lemahkan semua badan dan kepala.
b) Tangan dinaikkan di atas punggung serentak dengan kiraan “Satu“.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Kedudukan senang diri dalam keadaan relaks.
b) Kedua-dua siku dibengkokkan sedikit dan kedudukan jari dan tapak

tangan tidak berubah.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Kedua-dua tapak kaki bergerak menyebabkan bergerak
menyebabkan hilang lurus barisan.

b) Menggeliat dan bercakap-cakap.

2.2 MEMBENTUK DAN MENGGERAKKAN SKUAD

2.2.1 MEMBENTUK SKUAD (Jadikan tiga barisan)

i. KATA PERINTAH
“Tiga barisan hadapan saya ....... Grak”

ii. ARAHAN PERGERAKAN
Pelajar dengan pantas berlari beratur jadikan tiga barisan kira-kira 6
langkah dihadapan jurulatih.

iii. PENERANGAN TELITI

4

Peringatan:

a) Apabila dapat perintah “Skuad“ dengan serta merta balik
kedudukan senang diri .

b) Tiap-tiap pelajar hendaklah mengambil tempatnya, barisan
hadapan, barisan tengah dan barisan belakang.

c) Jarak diantara satu barisan dengan yang lain ialah 30 inci.
d) Jarak di dalam barisan diantara seorang dengan yang lain ialah

sepanjang depaan sebelah tangan bergenggam dalam kedudukan
sedia.
e) Kemudian beri arahan senang diri.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Mengambil tempat tanpa berlari.
b) Waktu sampai tidak membuat pergerakan dengan betul.
c) Bercakap-cakap dan bergerak.
d) Kedudukan barisan terlalu rapat atau terlalu jauh daripada

jurulatih.

2.2.2 LANGKAH GERAK: LANGKAH KE HADAPAN

i. KATA PERINTAH
“Langkah ke hadapan ....... Grak”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30 inci
ke hadapan dengan kiraan “Satu”.

b) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat
ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua“ balik ke kedudukan sedia.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa melangkah kaki kiri kehadapan lutut kaki hendaklah lurus
dan pacak tumit.

5

b) Kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan, pandangan ke atas
sedikit dengan menuju satu tanda 200 meter di dihadapan.

c) Jika lebih dari satu langkah awal pula kaki kanan ke hadapan
sejauh 30 inci berganti-ganti seperti berjalan biasa dan berhenti
apabila cukup bilangan langkahnya.
Peringatan:

d) Bilangan langkah ke hadapan hanya boleh diberi sehingga empat
langkah dengan kiraan “ Lima “ (Kaki kiri hentak di sebelah kaki
kanan balik ke kedudukan sedia).

e) Selebih dari itu beri perintah ”Cepat Jalan“ dan “Berhenti”.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Tergopoh-gopoh dan langkah tidak sama panjang.
b) Lutut bengkok masa melangkah ke hadapan dan melompat dengan

kedua-dua kaki.
c) Pinggang bengkok dan tangan goyang.

2.2.3 LANGKAH GERAK: LANGKAH KE BELAKANG

i. KATA PERINTAH

“Langkah ke belakang ....... Grak”.

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
tolak ke belakang sejauh 30 inci.

6

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa mengundurkan kaki kiri kebelakang, kaki hendaklah lurus
dan jatuhkan hujung kaki.

b) Kedua-dua tangan lurus dan rapat ke badan, pandangan ke atas
sedikit.

c) Jika lebih dari satu langkah bawa pula kaki kanan ke belakang
sejauh 30 inci berganti-ganti dan berhenti apabila cukup bilangan
langkahnya.

Peringatan:
d) Bilangan langkah ke belakang boleh diberi sehingga empat

langkah sahaja dengan kiraan “Lima“ (kaki kiri hentak di sebelah
kaki kanan balik ke kedudukan sedia)

e) Selebihnya dari itu beri perintah “Belakang Pusing“...... “Cepat
Jalan“ dan “Berhenti”.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Tergopoh-gopoh dan langkah tidak sama panjang.
b) Lutut bengkok masa melangkah ke hadapan dan melompat dengan

kedua-dua kaki.
c) Pinggang bengkok dan tangan goyang.

2.2.4 LANGKAH GERAK: LANGKAH KE KANAN

i. KATA PERINTAH

“Langkah ke kanan ....... Grak”

ii. ARAHAH PERGERAKAN

7

a) Dengan pantas angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi
dan bawa ke sebelah kanan sejauh 12 inci.

b) Letakkan hujung kaki kanan ke bumi dengan kira “Satu“.

c) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat di
sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua“ balik kedudukan sedia.

iii. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Semasa mengangkat kaki kanan kaki kiri mestilah lurus, kedua-dua
tangan hendaklah lurus dan rapat ke badan, padang ke hadapan.
Begitu juga, apabila mengangkat kaki kiri, kaki kanan mestilah
lurus.

Peringatan:
b) Jumlah langkah menggunakan bilangan boleh diberi hingga empat

langkah sahaja. Lebih dari empat langkah hingga lapan langkah
berikan perintah “Langkah ke kanan............grak”.

c) Setiap kali melangkah jatuhkan hujung kaki kanan dan kiri.
Apabila dapat perintah “ Berhenti “ hentak kaki kiri rapat disebelah
kaki kanan. Lebih dari lapan langkah beri perintah “Pusing
Kanan“... “Cepat Jalan“ dan “Berhenti”.

iv. KESALAHAN

a) Langkah tidak sama.
b) Tumit tidak rapat pada tiap-tiap langkah.
c) Bergerak seakan-akan melompat dan tiada dibawa kaki kanan/ kiri

dengan pantas apabila kaki kiri/ kanan terjejak ke bumi.

8

2.2.5 LANGKAH GERAK: LANGKAH KE KIRI

i. KATA PERINTAH

“Langkah ke kiri ....... Grak”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
bawa ke sebelah kiri sejauh 12 inci.

b) Letakkan hujung kaki kiri ke bumi dengan kiraan “Satu“.

c) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat
di sebelah kaki kiri dengan kiraan “dua“ balik kedudukan sedia.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa mengangkat kaki kiri kaki kanan mestilah lurus, kedua-dua
tangan hendaklah lurus dan rapat ke badan, pandang ke hadapan.

b) Begitu juga apabila mengangkat kaki kanan, kaki kiri mestilah
lurus.

Peringatan:
c) Jumlah langkah menggunakan bilangan boleh diberi hingga empat

langkah sahaja. Lebih dari empat langkah hingga lapan langkah
beri perintah “Langkah ke kiri........Grak”.

d) Setiap kali melangkah jatuhkan hujung kaki kiri dan kanan. Apabila
dapat perintah “Berhenti“ hentak kaki kanan rapat di sebelah kaki
kiri. Lebih dari lapan langkah beri perintah “Pusing Kiri”... “Cepat
Jalan “ dan “Berhenti“.

e) Semasa mengangkat kaki kiri kaki kanan mestilah lurus, kedua-dua
tangan hendaklah lurus dan rapat ke badan, padang ke hadapan.
Begitu juga apabila mengangkat kaki kanan, kaki kiri mestilah lurus.
9

Peringatan:
f) Jumlah langkah menggunakan bilangan boleh diberi hingga empat

langkah sahaja. Lebih dari empat langkah hingga lapan langkah
beri perintah “Langkah ke kiri .....Grak”.

g) Setiap kali melangkah jatuhkan hujung kaki kiri dan kanan.

h) Apabila dapat perintah “Berhenti“ hentak kaki kanan rapat di
sebelah kaki kiri. Lebih dari lapan langkah beri perintah “Pusing
Kiri“... “Cepat Jalan“ dan “ Berhenti”.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Langkah tidak sama.
b) Tumit tidak rapat pada tiap-tiap langkah.
c) Bergerak seakan-akan melompat dan tiada dibawa kaki kanan/ kiri

dengan pantas apabila kaki kiri/ kanan terjejak ke bumi.

2.3 MEMBETULKAN BARISAN DAN NOMBOR

2.3.1 MEMBETULKAN BARISAN: KEKANAN LURUS

i. KATA PERINTAH
“Ke Kanan ....... Lurus”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Pelajar nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.
Pelajar lain dengan pantas sorongkan kaki kiri ke hadapan sejauh
15 inci dan hentakkan tapak ke bumi dengan kiraaan “ Satu”.

b) Kemudian angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua“.

10

c) Pada masa yang sama palingkan muka memandang ke kanan
kecuali pelajar nombor satu di dalam setiap barisan dan pelajar di
dalam barisan hadapan angkat tangan kanan paras bahu melalui
belakang pelajar dikanannya kecuali penanda kanan.

d) Setelah itu angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentakkan disebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga“ dan terus
hentak kaki kanan/ kiri berturut-turut mengambil lurus.

e) Setelah mendapat kedudukan lurus semua pelajar perintah
”Pandang Depan”

Peringatan:
f) Jika kawad dengan senjata (tangan kanan memegang senjata)

pelajar dalam barisan hadapan mengangkat tangan kiri ke sebelah
kiri serta pandang kanan.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa menyurong kaki kiri, kaki kiri hendaklah lurus dan
keberatan badan dia atas kaki kanan yang juga dalam keadaan
lurus. Kedua-dua tangan rapat dibadan.

b) Semasa mengangkat tangan kanan, jari dalam kedudukan
gengam, belakang tangan menghala ke atas dan buku lima
dihujung bahu pelajar disebelah kanan.

c) Semasa hentak kaki berturut-turut mengambil lurus, tiap-tiap
pelajar pastikan ianya dapat melihat hujung dagu pelajar kedua
daripadanya.

d) Pelajar nombor satu barisan tengah dan belakang hendaklah
mengambil jarak 30 inci dari barisan dihadapannya. Tiap-tiap
pelajar di dalam barisan tengah dan belakang mestilah berdiri
sederet dengan pelajar dihadapan dan caranya ialah dengan
menjelingkan mata ke hadapan

11

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa.
b) Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke

depan semasa mengambil lurus.

c) Pinggang lemah semasa kaki bergerak
d) Jarak dan deretan tidak lurus.
e) Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus.

2.3.2 MEMBETULKAN BARISAN: PANDANG DEPAN

i. KATA PERINTAH
“Pandang ....... Depan”

ii. ARAHAN PERGERAKAN;

a) Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke
hadapan dan turunkan tangan kanan ke sebelah rusuk kembali ke
kedudukan sedia.

iii. PENERANGAN TELITI;
a) Semasa menurunkan tangan kanan, siku mestilah lurus.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN;
a) Turun tangan lambat dan siku bengkok

2.3.3 MEMBETULKAN BARISAN: KE KIRI LURUS

i. KATA PERINTAH

12

“Ke Kiri ....... Lurus”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Pelajar nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.
Pelajar lain dengan pantas sorongkan kaki kiri ke hadapan sejauh
15 inci dan hentakkan tapak ke bumi dengan kiraaan “ Satu”.

b) Kemudian angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua“.

c) Pada masa yang sama palingkan muka memandang ke kanan
kecuali pelajar nombor satu di dalam setiap barisan dan pelajar di
dalam barisan hadapan angkat tangan kanan paras bahu melalui
belakang pelajar dikanannya kecuali penanda kanan.

d) Setelah itu angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan
hentakkan disebelah kaki kanan dengan kiraan “Tiga“ dan terus
hentak kaki kanan/ kiri berturut-turut mengambil lurus.

e) Setelah mendapat kedudukan lurus semua pelajar perintah
”Pandang Depan”

f) Penanda disebelah kiri hendaklah diam dan pelajar nombor satu
dalam barisan tengah dan hadapan hendaklah menentukan jarak.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Pergerakan ini dilakukan semasa skuad menghadap ke belakang
dan penanda berada disebelah kiri.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa.
13

b) Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke
depan semasa mengambil lurus.

c) Pinggang lemah semasa kaki bergerak.

d) Jarak dan deretan tidak lurus.
e) Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus.

2.3.4 LURUSKAN BARISAN

i. KATA PERINTAH

“Luruskan ....... Barisan”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Penanda diam.
b) Pelajar lain dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras

bumi dan hentak disebelah kaki kanan.

c) Pada masa yang sama palingkan muka ke kanan serentak angkat
tangan kanan paras bahu melalui sebelah belakang pelajar
dikanannya.

d) Kemudian hentak kaki kanan dan kiri berturut-turut bergerak dan
ambil lurus.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Kedudukan kaki, tangan dan jarak adalah sama seperti “Ke Kanan
Lurus“.

b) Apabila mendapat lurus, pelajar nombor dua dibariskan hadapan
dengan pantas turunkan tangan kanan dan kepala paling
memandang ke hadapan.

14

c) Begitulah pergerakan seterusnya sehingga pelajar yang
penghabisan dibarisan hadapan.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Melompat dengan kedua-dua kaki dalam satu masa.
b) Kaki dan bahu tidak sama rata ke hadapan dan badan condong ke
depan semasa mengambil lurus.

c) Pinggang lemah semasa kaki bergerak.
d)
e) Jarak dan deretan tidak lurus.

f) Badan dan kepala tidak tegak semasa mengambil lurus.

2.3.5 NOMBOR

i. KATA PERINTAH

“ Skuad ....... Nombor ”

ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Anggota barisan hadapan sahaja menyembut bilangan nombor
(membilang) dari kanan ke kiri.

iii. PENERANGAN TELITI
b) Pelajar yang sebelah kanan sekali menyebut nombor “Satu” yang
lain mengikut dengan “Dua” dan seterusnya mengikut urutan
sehingga anggota terakhir dalam barisan hadapan sahaja.
c) Semasa membilang, semua pelajar memandang terus kehadapan
dan kepala tegak.
15

Peringatan
d) Apabila seseorang telah salah membilang, kata perintah “Semula”

hendaklah diberi.

e) Bilangan mesti diulang balik daripada pelajar yang tersalah atau
ulang balik dari pelajar yang pertama atau beri kata perintah
”Semula, Skuad....... Nombor”

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Tidak bilang nombor dengan cepat.
b) Bilang nombor dengan suara yang perlahan.
c) Pelajar lupa nombor masing-masing.

2.4 BUKA DAN TUTUP BARISAN

2.4.1 BUKA BARISAN

i. KATA PERINTAH
“Buka Barisan ....... Grak”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas semua pelajar barisan hadapan ambil satu langkah
kaki kehadapan sejauh kaki kiri dengan kiraan “Satu”.

b) Kemudian ambil satu langkah kaki kanan pula ke hadapan sejauh
30 inci dengan kiraan “Dua” kemudian angkat kaki kiri setinggi 6
inci dari paras bumi dan hentak kaki kiri disebelah kaki kanan
dengan kiraan “Tiga” balik kedudukan sedia.

c) Bagi pelajar di barisan belakang adalah secara mengundur dua
langkah ke belakang dimulakan dengan kaki kiri mengikut jarak
dan kiraan yang sama dengan barisan hadapan.

16

iii. PERGERAKAN TELITI
a) Pergerakan ini dilakukan oleh pelajar barisan hadapan dan
belakang sahaja.
b) Pelajar di barisan tengah diam.
c) Kedudukan kedua-dua tangan sama ada membuat pergerakan ini
mestilah rapat ke badan dan kepala diangkat memandang terus ke
hadapan.
d) Nota: Biasanya selepas membuat pergerakan ini, kata perintah
“Ke kanan Lurus” atau “Luruskan barisan“ diberikan untuk
mendapatkan kelurusan baris dalam skuad.

iv. KESALAHAN YANG SERING DILAKUKAN
a) Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan.
b) Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang.
c) Tangan dan bahu bergerak.
d) Mata pandang ke bawah.
e) Badan tidak tegak.

2.4.2 TUTUP BARISAN
i. KATA PERINTAH
“Tutup Barisan ....... Grak”
ii. ARAHAN PERGERAKAN

17

a) Pelajar barisan hadapan membuat pergerakan sepertimana
pelajar barisan belakang semasa “Buka Barisan” (Mengundur).

b) Bagi pelajar barisan belakang pula membuat pergerakan
sepertimana pelajar barisan hadapan semasa pergerakan “Buka
Barisan“ (Buka langkah kehadapan).

iii. PENERANGAN TELITI

a) Kedudukan tangan, jarak kiraan dan pandangan adalah sama
seperti pergerakan “Buka Barisan”.

b) Nota; Biasanya selepas membuat pergerakan ini, kata perintah “Ke
Kanan Lurus” atau “Luruskan Barisan” diberikan untuk
mendapatkan kelurusan baris dalam skuad.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Kedua-dua tangan tidak rapat ke badan.
b) Tidak mengambil langkah cukup ke hadapan dan ke belakang.
c) Tangan dan bahu bergerak.
d) Mata pandang ke bawah.
e) Badan tidak tegak.

2.5 BERPUSING

2.5.1 BERPUSING KE KANAN

i. KATA PERINTAH
“Bergerak Ke Kanan ... Kanan ....... Sing”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan menentapkan kedua-dua lutut lurus, pusingkan badan 90
darjah ke kanan dengan kiraan “Satu”.

18

b) Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras
bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua.”

iii. PENERANGAN TELITI

a) Perbuatan berpusing diatas kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.

b) Apabila sampai ke arah yang baru tapak kaki kanan terletak ke
kanan dan tumit kaki kiri terangkat sedikit.

c) Kedua-dua lutut lurus dan badan tegak seperti kedudukan sedia.
Keberatan badan diatas kaki kanan.

d) Semasa berpusing kedudukan kedua-dua tangan rapat ke badan.

e) Semasa mengangkat kaki kiri pula lutut kaki kanan hendaklah
lurus dan hentak kaki kiri kedudukan sedia.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan melonjak semasa berpusing.

b) Tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing.
c)
d) Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing dan masa rapat.

e) Kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki.

f) Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul semasa berpusing.

g) Keberatan badan diatas kaki yang belakang.

h) Menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang belakang.

i) Membongkokkan badan masa merapatkan kaki yang dibelakang.
19

j) Tidak berpusing dengan betul menghala ke hala yang dikehendaki.

2.5.2 BERPUSING KE KIRI

i. KATA PERINTAH
“Bergerak Ke Kiri ... Kiri ....... Sing”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, pusingkan badan 90
darjah ke kiri dengan kiraaan “Satu”.

b) Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari
paras bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “ Dua”.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Perbuatan berpusing diatas kaki kiri dan hjung kaki kanan dengan
mengangkat hujung kaki kiri dan tumit kaki kanan.

b) Apabila sampai ke arah yang baru tapak kaki kiri terletak atas
bumi menyerong ke kiri dan tumit kaki kanan terangkat sedikit.

c) Kedua-dua lutut lurus dan badan tegak seperti kedudukan sedia.
Keberatan badan diatas kaki kiri.

d) Semasa berpusing kedudukan kedua-dua tangan rapat ke badan.

e) Semasa mengangkat kaki kanan pula lutut kaki kiri hendaklah lurus
dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri balik kedudukan sedia.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan melonjak semasa berpusing.

20

b) Tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing.

c) Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing dan masa rapat.

d) Kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki.

e) Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul semasa berpusing.

f) Keberatan badan diatas kaki yang belakang.

g) Menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang belakang.

h) Membongkokkan badan masa merapatkan kaki yang dibelakang.

i) Tidak berpusing dengan betul menghala ke hala yang dikehendaki.

2.5.3 BERPUSING SEPARUH KANAN

i. KATA PERINTAH
“Bergerak ke kanan ... Separuh ....... Kanan”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, pusingkan badan 45
darjah ke Separuh Kanan dengan kiraan “Satu”.

b) Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras
bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Perbuatan berpusing diatas kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.

b) Apabila sampai ke arah yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi menyerong ke separuh kanan dan tumit kaki kiri.
21

c) Apabila sampai ke arah yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi menyerong ke separuh kanan dan tumit kaki kiri terangkat
sedikit.

d) Kedua-dua lutut lurus dan badan tegak seperti kedudukan sedia.
Keberatan badan diatas kaki kanan.

e) Semasa berpusing kedudukan kedua-dua tangan rapat ke badan.

f) Semasa mengangkat kaki kiri pula lutut kaki kanan hendaklah
lurus dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan balik kedudukan
sedia.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan melonjak semasa berpusing.
b) Tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing.
c) Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing dan masa rapat.
d) Kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki.
e) Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul semasa berpusing.
f) Keberatan badan diatas kaki yang belakang.
g) Menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang belakang.
h) Membongkokkan badan masa merapatkan kaki yang dibelakang.
i) Tidak berpusing dengan betul menghala ke hala yang dikehendaki.

2.5.4 BERPUSING SEPARUH KIRI

i. KATA PERINTAH
“Bergerak ke kiri ... Separuh ....... Kiri”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, pusingkan badan 45
darjah ke separuh kiri dengan kiraan “Satu“.

22

b) Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari
paras bumi dan hentak di sebelah kaki kiri dengan kiraan “Dua”.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Perbuatan berpusing di atas kaki kanan dan hujung kaki kiri
dengan mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.

b) Apabila sampai ke arah yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi dan tumit kaki kiri terangkat sedikit. Kedua-dua lutut lurus dan
badan tegak seperti kedudukan sedia.

c) Keberatan badan diatas kaki kanan. Semasa berpusing kedudukan
kedua-dua tangan rapat ke badan.

d) Semsa mengangkat kaki kiri pula lutut kaki kanan hendaklah lurus
dan hentak kanan balik ke kedudukan sedia.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan melonjak semasa berpusing.
b) Tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing.
c) Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing dan masa rapat.
d) Kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki.
e) Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul semasa berpusing.
f) Keberatan badan diatas kaki yang belakang.
g) Menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki yang belakang.
h) Membongkokkan badan masa merapatkan kaki dibelakang.
i) Tidak berpusing dengan betul menghala ke arah yang

dikehendaki.

2.5.5 BERPUSING KE BELAKANG (Kekiri)

i. KATA PERINTAH
“Bergerak ke kiri ... Belakang ....... Sing”

23

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan
hadapan (Penanda) berada di sebelah kiri.

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, pusingkan badan 180
darjah ke belakang melalui sebelah kanan dengan kiraan “Satu”.

b) Kemudian angkat dengan pantas kaki kiri setinggi 6 inci dari paras
bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Perbuatan berpusing di atas kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.

b) Apabila sampai ke arah yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi dan tumit kaki kiri terangkat sedikit. Kedua-dua lutut lurus dan
badan tegak seperti kedudukan sedia.

c) Keberakatan badan diatas kaki kanan.

d) Semasa berpusing kedudukan kedua-dua tangan rapat ke badan.

e) Semasa mengangkat kaki kiri pula lutut kaki kanan hendaklah lurus
dan hentak kaki kiri ke kedudukan sedia.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan melonjak semasa berpusing.

b) Tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing.

c) Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing dan masa rapat.

d) Kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki.
24

e) Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul semasa berpusing.

f) Keberatan badan diatas kaki belakang.

g) Menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki belakang.

h) Membongkokkan badan masa merapatkan kaki dibelakang.

i) Tidak berpusing dengan betul menghala ke arah yang
dikehendaki.

2.5.6 BERPUSING KE BELAKANG (Kekanan)

i. KATA PERINTAH
“Bergerak ke Kanan ... Belakang ....... Sing”

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan
hadapan (Penanda) berada di sebelah kanan.

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, pusingkan badan 180
darjah ke belakang melalui sebelah kanan dengan kiraan “Satu”.

b) Kemudian angkat dengan pantas kaki kiri setinggi 6 inci dari paras
bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Perbuatan berpusing di atas kaki kanan dan hujung kaki kiri dengan
mengangkat hujung kaki kanan dan tumit kaki kiri.

b) Apabila sampai ke arah yang baru tapak kaki kanan terletak atas
bumi dan tumit kaki kiri terangkat sedikit. Kedua-dua lutut lurus dan
badan tegak seperti kedudukan sedia.
25

c) Keberatan badan diatas kaki kanan.
d) Semasa berpusing kedudukan kedua-dua tangan rapat ke badan.
e) Semasa mengangkat kaki kiri pula lutut kaki kanan hendaklah

lurus dan hentak kaki kiri ke kedudukan sedia.
iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan melonjak semasa berpusing.
b) Tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing.
c) Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing dan masa rapat.
d) Kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki.
e) Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul semasa berpusing.
f) Keberatan badan diatas kaki yang belakang.
g) Menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki belakang.
h) Membongkokkan badan masa merapatkan kaki dibelakang.
i) Tidak berpusing dengan betul menghala ke arah yang dikehendaki.

2.5.7 MENGADAP KEBELAKANG DARI HADAPAN
i. KATA PERINTAH
“Menghadap Ke Belakang ... Belakang ........ Sing”

26

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan (Melintang) menghadap ke
hadapan

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, pusingkan badan 180
darjah ke belakang melalui sebelah kanan dengan kiraan “Satu”.

b) Kemudian angkat dengan pantas kaki kiri setinggi 6 inci dari paras
bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

2.5.8 MENGADAP KEHADAPAN DARI BELAKANG

i. KATA PERINTAH

“Menghadap ke Hadapan ... Belakang ........ Sing”

a) Kedudukan skuad dalam tiga barisan (Melintang) menghadap
kebelakang.

ii. ARAHAN PERGERAKAN;

a) Dengan menetapkan kedua-dua lutut lurus, pusingkan badan 180
darjah ke belakang melalui sebelah kanan dengan kiraan “Satu”.

b) Kemudian angkat dengan pantas kaki kiri setinggi 6 inci dari paras
bumi dan hentak di sebelah kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

2.6 PARASKAN SKUAD
2.6.1 PARAS ( Pergerakan 1)

i. KATA PERINTAH 1

“Tinggi ke kanan ... Rendah ke kiri ... Dalam satu barisan ........
Paras”.

27

ii. ARAHAN PERGERAKAN:
a) Dengan pantas pusingan badan 90 darjah ke kanan dengan
kiraan ”Satu”.
b) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak disebelah
kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan ”Dua”.
c) Kemudian melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 inci dengan
kiraan ”Satu” terus kehadapan tiga langkah dengan dengan kiraan
“Dua” Tiga” dan terus beratur dalam satu barisan.

iii. PENERANGAN TELITI
a) Semua pelajar membuat pergerakan keluar baris kemudian beratur
mengikut tinggi masing-masing dan berdiri menunggu perintah
seterusnya.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN
a) Lambat mengambil tempat untuk beratur.
b) Bercakap-cakap dan bergerak tidak mengikut arahan.

2.6.2 PARAS (Pergerakan 2)
i. KATA PERINTAH
“Dari Kanan ........ Nombor”
ii. ARAHAN PERGERAKAN
a) Pelajar menyebut bilangan nombor (membilang) dari kanan ke kiri.

28

iii. PENERANGAN TELITI

a) Pelajar yang sebelah kanan sekali menyebut nombor “Satu“ yang
lain mengikut dengan “Dua” dan seterusnya mengikut urutan
sehingga pelajar terakhir dalam barisan tersebut.

b) Semasa membilang semua pelajar memandang terus kehadapan
dan kepala tegak.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Tidak bilang nombor dengan cepat.
b) Bilang nombor dengan suara yang perlahan.

2.6.3 PARAS (Pergerakan 3)

i. KATA PERINTAH

“Ganjil satu langkah ke hadapan ... Genap satu langkah ke belakang
........ Grak”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30 inci ke
hadapan dengan kiraan “Satu”.

b) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat
ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik kedudukan sedia.

c) Bagi pelajar yang mengundur ke belakang mulakan dengan kiri
mengikut jarak dan kiraan yang sama.

2.6.4 PARAS (Pergerakan 4)

i. KATA PERINTAH
“Pelajar yang disebelah kanan diam ... Ganjil ke kanan ... Genap ke
kiri ... Barisan kanan dan kiri ........ Sing”
29

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas ambil satu langkah kaki kiri sejauh 30 inci ke
hadapan dengan kiraan “Satu”.

b) Angkat kaki kanan setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak rapat
ke tumit kaki kanan dengan kiraan “Dua” balik kedudukan sedia.

c) Bagi pelajar yang mengundur ke belakang mulakan dengan kiri
mengikut jarak dan kiraan yang sama.

d) Pelajar barisan nombor ganjil pantas pusingkan badan 90 darjah
ke kanan dengan kiraan “Satu”.

e) Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kiri (anklet) dan
hentak disebelah kaki kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan
“Dua”.

f) Bagi pelajar barisan nombor genap berpusing ke kiri dengan kiraan
yang sama.

iii. PENERANGAN TELITI

g) Semasa berpusing ke kanan/ kiri pergerakan adalah sama seperti
pergerakan “ke Kanan/ Kiri Pusing”.

h) Kedudukan tangan dan badan juga sama.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Badan melonjak semasa berpusing.
b) Tangan bergoyang dan pinggang lemah semasa berpusing.
c) Tumit bergerak dari tempatnya masa berpusing dan masa rapat.
d) Kedua-dua siku tidak lurus semasa merapatkan kaki.

30

e) Badan dan bahu tidak berpusing dengan betul semasa berpusing.
f) Keberatan badan diatas kaki belakang.
g) Menggerakkan tangan semasa merapatkan kaki belakang.
h) Membongkokkan badan masa merapatkan kaki dibelakang.
i) Tidak berpusing dengan betul menghala ke arah yang dikehendaki.

2.6.5 PARAS (Pergerakan 5)

i. KATA PERINTAH

“Jadikan tiga barisan ... Cepat ... Jalan

ii. ”ARAHAN PERGERAKAN

a) Langkah ke hadapan sejauh 30 inci (tumit ke tumit) mulakan
dengan kaki kanan dengan memacakkan tumit ke bumi.

b) Pelajar nombor genap ikut belakang pelajar nombor ganjil.

c) Pelajar nombor satu tetap barisan hadapan.

d) Nombor tiga jadi nombor satu barisan tengah.

e) Nombor lima jadi nombor satu barisan belakang.

f) Nombor tujuh jadi nombor dua barisan hadapan dan seterusnya
hingga pelajar yang penghabisan.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa berjalan lenggangkan tangan kiri ke hadapan separas
bahu,tangan kanan ke belakang seberapa jauh yang boleh.jari
genggam.

b) Jari genggam, ibu jari menghala ke atas dan kedua-dua tangan
lurus.
31

c) Apabila sampai ditempat yang ditetapkan pelajar dikehendaki belok
ke kiri dan mengambil jarak dan lurus dengan betul serta berhenti
di tempat masing-masing dalam kedudukan sedia.

Peringatan:
d) Jika berkehendakan skuad itu tinggi di sebelah kanan dan rendah

disebelah kiri, hukumannya: “Pelajar yang di sebelah kanan
diam, yang lain ke kanan ....... Sing” “Jadikan tiga barisan .......
Cepat jalan”

e) Jika mahukan skuad itu rendah di sebelah kanan, hukumannya
“Rendah ke kanan, tinggi ke kiri dalam satu barisan .......
Paras”. “Jadikan tiga barisan ....... Cepat jalan”.

iv. KESALAHAN BIASA DILAKUKAN

a) Jalan mengenjut
b) Lutut kendur
c) Lenggang tangan tidak lurus dan sama tinggi ke hadapan dan ke

belakang.
d) Tidak membuat pergerakan berhenti dengan betul

2.7 BERSURAI DAN KELUAR BARIS

2.7.1 KELUAR BARIS

i. KATA PERINTAH
“Keluar ..... Baris”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

e) Dengan pantas pusingkan badan 90 darjah ke kanan dengan
kiraan “Satu”.

32

f) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak disebelah
kaki kanan dengan kiraan “Dua”.

g) Kemudian melangkah keluar mulai dengan kiraan “Satu” terus
kehadapan tiga langkah dengan kiraan “Dua” “Tiga” dan bersurai.

2.7.2 BERSURAI

i. KATA PERINTAH

“Pegawai di padang/ dalam baris, Ber ........ surai”

ii. ARAHAN PERGERAKAN

a) Dengan pantas pusingan badan 90 darjah ke kanan dengan kiraan
“Satu“.

b) Angkat kaki kiri setinggi 6 inci dari paras bumi dan hentak di
sebelah kaki kanan balik ke kedudukan sedia dengan kiraan ”Dua”.

c) Setelah itu membuat pergerakan hormat dengan kiraan “Satu”.
Turun tangan balik kedudukan sedia dengan kiraan “Dua”.

d)
e) Kemudian melangkah keluar mulai kaki kiri sejauh 30 inci dengan

kiraan “Satu” terus ke hadapan tiga langkah dengan kiraan “Dua”,
“Tiga” dan bersurai.

iii. PENERANGAN TELITI

a) Semasa berpusing ke kanan pergerakan adalah sama seperti
pergerakan “Ke Kanan Pusing”. Kedudukan tangan dan badan
adalah juga sama.

b) Peringatan: Hukuman keluar baris boleh digunakan bermacam-
macam perintah, umpamanya:

c) Semua pelajar masuk ke dalam kelas.
33

d) Memberi penerangan dahulu misalnya; Senjata ke tepi
padang.....Grak (Semua pelajar berlari ketepi padang dan letakkan
senjata di tempat yang sesuai dan beratur semula).

e) Nota: Berbeza dengan bersurai, ianya belum tamat, malah bersurai
sementara sahaja dan hormat tidak dikehendaki. Mereka tidak
boleh beredar dari kawasan tempat latihan.

Rujukan
1. Kesatria IKBN Se Malaysia. 2009,
2. Buku Rujukan Latihan Kawad, Bahagian Pembangunan Kemahiran, Kementerian
Belia dan Sukan Malaysia,
3. Buku Kawad untuk semua pasukan, Tentera Darat Malaysia,
4. Buku Kawad PDRM. Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

34


Click to View FlipBook Version