MRM SMART RESOURCES (No. 00202433-X)
No. 222-1, Jalan Persiaran Coral, Taman Bukit Coral,
70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Phone: +6014 7218622 / +6012 3172062
E-mail: [email protected]
FB: Mrm Smart Resources
3 Januari 2019
MRM/SE/01/2019
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak,
47000 Sungai Buloh,
Selangor Darul Ehsan
YBhg Tuan,
CADANGAN UNTUK MENGADAKAN PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU SEMPAK, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR
1. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat sejahtera kepada YBhg Tuan serta
keluarga. Saya mendoakan agar YBhg Tuan serta keluarga sentiasa diberkati dan dirahmati-Nya.
2. Berhubung dengan perkara di atas, syarikat kami berbesar hati untuk mengadakan
Program Kepimpinan Pengawas Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, Sungai Buloh, Selangor
Darul Ehsan (SKMS).
3. Bersandarkan kepada pengalaman dan pengetahuan saya sebagai penceramah dalam
bidang motivasi pelajar dan pekerja, saya terpanggil untuk berkongsi perkara tersebut bersama
generasi muda masa kini di SKMS. Ini merupakan tanggungjawab sosial syarikat kami dalam
usaha mendidik dan membangunkan genarasi muda selain dapat berkongsi pengalaman bersama
pendidik dan pelajar di SKMS.
4. Manakala Program seperti ini pula dapat memotivasikan pelajar agar sentiasa bermotivasi
tinggi untuk berjaya dalam peperiksaan UPSR 2019. Program ini bertujuan untuk memantapkan
lagi kesungguhan dan keyakinan diri sebagai persediaan untuk menghadapi cabaran besar dalam
kehidupan mereka sebagai pelajar yang akan pelbagai peperiksaan.
5. Sehubungan dengan itu, saya memohon jasa baik pihak YBhg Tuan dapat
mempertimbangkan cadangan pihak kami. Sekian terima kasih.
MOHDAN BIN AMRAN AMN. BAT. PJM.
Pengarah
MRM Smart Resources
PROGRAM KEPIMPINAN PENGAWAS
SEKOLAH KEBANGSAAN MERBAU SEMPAK, 47000 SUNGAI BULOH, SELANGOR
1. PENDAHULUAN
Program kepimpinan pengawas sekolah. Aktiviti-aktiviti yang akan dilaksanakan bagi
menanam ciri-ciri positif diri peserta yang terdiri daripada murid-murid sekolah yang telah
dipilih sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber dalam aspek kepimpinan,
ketrampilan, keyakinan diri, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran sosial.
2. PENGENALAN
Kepimpinan ialah perkataan terbitan daripada “pimpin”. Pimpin bererti bimbing, pandu
atau tunjuk. Memimpin diberi erti sebagai memegang tangan dan membawa berjalan menuju ke
sesuatu tempat. Kepimpinan membawa erti “keupayaaan memimpin” dan kepemimpinan pula
“keupayaan sebagai pemimpin, daya seseorang pemimpin” (Kamus Dewan, 2007). Koontz
(1984) pula telah mendefinisikan kepimpinan sebagai pengaruh atau proses mempengaruhi
manusia yang lain supaya mereka dapat berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat
bersama. Kepimpinan juga boleh didefinisikan kemahiran untuk mempengaruhi,
memotivasikan, mengubah sikap dan tingkah laku subordinat iaitu murid-murid lain bagai
mencapai matlamat sekolah (Yahya Don, 2005).
Setiap sekolah pasti mempunyai pengawas yang mereka telah kenal pasti dalam kalangan
murid-murid di sekolah mereka yang berpotensi. Pemilihan pengawas ini bukanlah suatu tugas
yang mudah sebab jawatan kuasa pemilihan perlu teliti dan melihat daripada pelbagai sudut
sebelum membuat keputusan bersetuju memilih atau tidak seseorang murid untuk dilantik
sebagai pengawas sekolah atau pun pengawas pusat sumber atau pengawas dalam bidang lain.
Pengawas sekolah merupakan murid yang telah terpilih berdasarkan kriteria tertentu
untuk diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal
meningkatkan pencapaian disiplin murid ke tahap yang lebih baik. Biasanya pengawas ini
dianggap sebagai mata dan telinga pihak sekolah.
Pengawas ini merupakan murid yang dikategorikan sebagai kanak-kanak, oleh itu mereka
amat memerlukan keyakinan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketerampilan
dalam menguatkuasakan peraturan sekolah serta membantu mengawal disiplin murid lain yang
juga merupakan rakan sebaya mereka, atau rakan yang lebih berumur atau lebih muda daripada
mereka. Bagi merealisasikan tujuan ini, pengawas ini perlu diberikan bimbingan, panduan, dan
motivasi.
1 | M u k a s u r a t
Untuk memperolehi tahap keyakinan diri yang tinggi dan kemampuan melaksanakan
tugas dengan cemerlang, pengawas-pengawas yang dilantik ini perlukan bantuan pihak guru atau
pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. Percambahan minda juga
merupakan salah satu cara yang berupaya memantapkan keyakinan terhadap tugas yang
diamanahkan kepada mereka.
Berdasarkan perbincangan di atas mengenai pentingnya untuk menyemai kemahiran
kepimpinan yang baik, ketrampilan diri yang boleh dicontohi oleh murid yang lain, kemahiran
menyelesaikan masalah, dan kemahiran bersosial, maka Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak
untuk mengadakan program sehari ini. Program ini juga telah diadakan di dalam kawasan
sekolah.
3. OBJEKTIF PROGRAM
Program ini akan dilaksanakan dengan objektif untuk membantu melahirkan murid
pengawas yang mempunyai kebolehan untuk memimpin, bertanggungjawab dan mempunyai
nilai-nilai diri yang positif serta mampu menghadapi cabaran dari semasa ke semasa dan juga
untuk menerapkan kemahiran kepimpinan diperingkat remaja dan dalam membentuk individu
lebih memberi perhatian serta perihatin terhadap tugas dan tanggungjawab mereka terhadap
kumpulan yang diteraju.
4. PENGISIAN PROGRAM
Mengenali diri sendiri sebagai seorang pengawas dan tanggungjawab sebagai seorang pengawas.
i. Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan, ketrampilkan
diri, dan kemahiran kepimpinan.
ii. Berupaya mengendalikan perbincangan secara efektif.
iii. Mewujudkan semangat kerja berpasukan tanpa mempunyai sikap pentingkan diri
sendiri.
iv. Membina keyakinan diri untuk berucap di hadapan rakan-rakan dan orang ramai.
v. Berupaya melaksanakan tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak.
vi. Menyedari kepentingan tugas mereka di sekolah.
vii. Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.
viii. Membina individu yang berkeyakinan dan berketrampilan.
ix. Mempunyai sahsiah yang tingggi serta berguna pada agama, bangsa dan negara.
x. Membina dan meningkatkan kemahiran memimpin yang berkualiti dan berkesan.
xi. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi berkesan.
xii. Menanam sikap yang bertanggungjawab dan suka terhadap persekitaran dan dapat
melaksanakan tugas dengan jujur dan dedikasi.
xiii. Melahirkan pemimpim yang dapat menjadi “Role Model” kepada muridmurid yang
lain.
2 | M u k a s u r a t
xiv. Memahami dan mengetahui bidang tugas, peranan dan fungsi serta tanggungjawab
sebagai pengawas.
5. PENGISIAN PROGRAM
PELAKSANAAN & MODUL
Modul 1: “Kenapa Anda di Sini”
Modul “Kenapa Anda di Sini” ini telah dilaksanakan dengan tujuan untuk memberi
semangat, motivasi, dan kesedaran awal kepada para peserta mengenai kenapa mereka berada di
dalam program ini. Slot ini telah melibatkan aktiviti ceramah kesedaran, motivasi diri serta
„brain storming‟ mengenai kenapa mereka telah terpilih untuk sebagai pengawas berbanding
rakan-rakan mereka yang lain. Para peserta telah diminta berkongsi pandangan mereka mengenai
kelebihan diri masing-masing yang mereka rasakan telah menyebabkan mereka telah terpilih
untuk mengikuti program ini, sama ada sebagai pengawas sekolah atau pun pengawas pusat
sumber.
Modul “Kenapa Anda di Sini” juga telah dilaksanakan untuk memberi kesedaran kepada
para peserta bahawa mereka harus bersyukur sebab mereka telah terpilih untuk menjadi
pengawas sekolah atau pun pengawas pusat sumber berbanding rakan-rakan mereka yang lain
yang juga telah mahu menjadi pengawas tetapi tidak berjaya terpilih.
Modul 2: “Siapa Saya”
Modul “Siapa Saya” memerlukan keberanian peserta untuk berada di tengah-tengah
kumpulan semua peserta dan berkongsi cerita mengenai diri sendiri. Peserta diberi kebebasan
untuk berkongsi sebarang cerita mengenai diri sendiri dengan peserta yang lain. Peserta yang
secara sukarela untuk berkongsi cerita mengenai diri sendiri perlu pergi ke tengah-tengah
kumpulan besar pelajar lain. Walaupun setiap peserta perlu bercerita megenai diri sendiri, namun
tidak ditetapkan atau dipanggil nama pelajar berkenaan, sebaliknya mereka bebas untuk keluar
bercerita apabila mereka telah bersedia.
Aktiviti ini memerlukan keberanian diri dan keyakinan diri untuk keluar dan berada di
tengah-tengah kumpulan kawan-kawan. Aktiviti ini juga berupaya membina keyakinan diri
dalam diri peserta kerana mudah mudah untuk seseorang berada di tengah-tengah kumpulan
peserta yang lain dan bercakap tanpa menggunakan teks. Akhirnya, aktiviti ini akan mencapai
matlamatnya di mana semua peserta telah bercerita mengenai diri masing-masing.
3 | M u k a s u r a t
Modul 3: Menyelesaikan Masalah
Dalam Modul 3 ini, peserta diberi beberapa kenyataan yang berupaya masalah iaitu
situasi yang berlaku di sekolah. Kesemua pernyataan masalah yang diberikan memerlukan
peserta bertindak sebagai seorang pengawas, sama ada pengawas sekolah atau pun pengawas
pusat sumber sekolah. Peserta perlu berbincang dalam kumpulan masingmasing dan
mencadangkan penyelesaian yang mereka rasakan terbaik dan berkesan untuk diambil bagi
menyelesaikan masalah yang diberikan itu.
Setiap kumpulan perlu menghantar seorang wakil ahli kumpulan ke hadapan untuk
menjelaskan mengenai hasil perbincangan mereka. Hasil perbincangan mampu menampakkan
potensi-potensi kepimpinan, kemahiran menyelesaikan masalah, dan kreativi dalam
menyelesaikan masalah yang di miliki oleh peserta. Kreativiti dalam menyelesaikan masalah ini
akan membantu membina kemahiran menyelesaikan masalah dalam kalangan murid-murid
pengawas ini apabila mereka berhadapan dengan masalah kelak.
Modul 4: Kreativiti Milik Anda.
Modul 4 ini diberi nama “Kreativiti Milik Anda” memerlukan kerjasama dan kreativiti
dalam merancang strategi bagi memperagakan pakaian dengan hanya menggunakan bahan-bahan
yang disediakan. Aktiviti ini amat menuntut kerjasama semua ahli dalam kumpulan kerana
mereka perlu menghasilkan kreativiti mereka dalam tempoh masa yang terhad yang telah
diberikan oleh fasilitator. Percanggahan pendapat ataupun kurang kerjasama daripada ahli
kumpulan akan memberi impak negatif kepada hasil produk.
Hasil aktiviti akan menampakkan kreativiti serta sikap kepimpinan dalam diri sesetengah
peserta yang mana menurut guru, murid ini biasanya kurang menyerlah ketika berada di sekolah.
Modul 5 “Apa Sudah Jadi”
Modul ini merupakan slot terakhir dalam Program Kepimpinan Pengawas ini, di mana
peserta perlu menunjukkan barang yang diamanahkan untuk mereka menjaganya sepanjang
tempoh program ini berjalan. Menerusi aktiviti ini, kreativiti seseorang peserta dalam mamatuhi
arahan dapat dilihat.
Di awal program ini, setiap peserta telah diberikan sesuatu barang untuk mereka
menjaganya. Barang tersebut tidak boleh dihilangan atau dirosakkan. Peserta telah diberi
kebebasan untuk menjaga barang tersebut mengikut pemikiran masing-masing.
Di akhir program, hanya tujuh orang peserta telah gagal untuk menjaga barang yang telah
diamanahkan kepada mereka. Semua peserta tersebut perlu ke hadapan dan menjelaskan kepada
rakan-rakan yang lain apakah faktor yang menyebabkan mereka gagal menjaga barang yang
telah diamanahkan kepada mereka. Aktiviti ini menuntut kejujuran diri untuk berkongsi
4 | M u k a s u r a t
kelemahan diri dan mencadangkan apakah tindakan yang sepatutnya mereka lakukan untuk tidak
gagal menjaga barang yang telah diamanah kepada mereka untuk menjaganya.
6. ANJURAN
Program ini dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, 47000 Sungai Buloh,
Selangor dengan kerjasama MRM Smart Resources.
7. PENCERAMAH
Penceramah ialah: Mentor Mohdan Amran ( Biography disertakan) dan dibantu oleh 2 orang
fasilitator.
8. TARIKH
Ceramah ini akan diadakan pada: Akan ditetapkan oleh pihak Sekolah
9.
9. TEMPAT
Ceramah ini akan diadakan di Dewan SK Merbau Sempak.
10. SASARAN
Ceramah ini mensasarkan ibu bapa dan pelajar yang akan memduduki Peperiksaan PT3 dan SPM
2017 di SMK Shah Alam, Selangor.
11. ANGGARAN PERBELANJAAN
Kos Program ini akan diuruskan oleh pihak sekolah. (Sebut harga disertakan).
5 | M u k a s u r a t
12. PENUTUP
Program Kepimpinan Pengawas selama sehari ini akan berjaya mencapai objektif
perancangannya iaitu bagi membina ciri-ciri positif dalam diri para peserta program ini iaitu
murid-murid yang telah terpilih sebagai pengawas sekolah dan pengawas pusat sumber sekolah.
Program ini juga memastikan kelestarian berkongsi ilmu dan kemahiran ini dapat memberi
manfaat kepada masyarakat amnya, dan murid-murid sekolah khasnya.
Disediakan oleh
...........................................
MOHDAN BIN AMRAN AMN. BAT. PJM.
Penceramah/Pengarah
MRM Smart Resources
6 | M u k a s u r a t
BIOGRAPHY
MOHDAN BIN AMRAN AMN, BAT, PJM, PPA, PPA
Ahli Lembaga Pengarah Trio Mewangi Sdn. Bhd.
Pengarah Pemasaran di Trio Mewangi Sdn. Bhd.
Pengarah MRM Smart Resources
Setiausaha II Persatuan Veteran TUDM (PVTUDM)
YDP PIBG SMK Shah Alam
Telah dilahirkan di Johor pada tahun 1966. Beliau mendapat
pendidikan awal di Sekolah Menengah Tengku Putra, Batu
Pahat, Johor. Seterusnya memiliki Diploma Keusahawanan
& Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaya, Kuala
Lumpur. Bachelor of Business dari University of Ballarat,
Australia.
Bersara dari Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) pada
tahun 2017 setelah berkhidmat selama 30 tahun.
Merekodkan lebih 4000 jam penerbangan dengan pelbagai
jenis pesawat TUDM serta berpengalaman bertugas dalam
kumpulan pengurusan tertinggi di pelbagai organisasi.
Aktiviti & Pencapaian:
Beliau aktif dalam bidang syarahan dan ceramah berkaitan pengurusan, kepimpinan,
motivasi, keusahawanan dan pembangunan kerjaya anjuran pusat-pusat latihan TUDM dan
ATM. Selain itu beliau juga sering menerima jemputan sebagai pensyarah dan penceramah
dalam pelbagai kursus dan seminar anjuran sekolah, IPTA/IPTS, sektor awam serta swasta.
Beliau juga aktif dalam pelbagai seminar diperingkat kebangsaan dan antarabangsa
serta dalam aktiviti-aktiviti sosial dan kemasyarakatan disamping menjadi jurucakap produk
dan ahli panel dalam beberpa program TV dan radio tempatan.
Diperingkat antarabangsa, beliau telah mempengerusikan 2008 Asia Pacific Air
Power Symposium (SEL Program) di Kuala Lumpur yang melibatkan 22 buah negara di
rantau Asia Pasifik. Beliau juga mengikuti Senior Enlisted Orientation Program di Honolulu,
Hawaii, Amarika Syarikat pada tahun 2009 dan mewakali negara ke 2010 Senior Enlisted
Leaders Summit (2010 SEL Summit) di Air University, Alabama, Amerika Syarikat.
Beliau merupakan YDP PIBG SMK Shah Alam, Selangor dan Pengerusi Kelab
Bekas Pelajar SMK Tunku Putra, Batu Pahat. Johor.
Beliau telah menerima beberapa Darjah dan Pingat-pingat Kebesaran Negara sijil-sijil
penghargaan seperti Sijil Khidmat Terpuji, Anugerah Perkhidmatan Cermerlang dari pelbagai
kementerian dan agensi.
Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan Puan Rosnani binti Harun dan telah
dikurnikan dengan 5 cahayamata.
MRM SMART RESOURCES (00202433-X)
No. 222-1, Jalan Persiaran Coral, Taman Bukit Coral,
70400 Seremban, Negeri Sembilan.
Phone: +6014 7218622 / +6012 3172062
E-mail: [email protected]
FB: Mrm Smart Resources
QUOTATION
To,
Guru Besar NO : 001/01/2019
Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, DATE : 3 January 2019
P
47000 Sungai Buloh, A
Selangor Darul Ehsan G
E
UNIT PRISE PRICE :
BIL DESCRIPTIONS QUANTITY
(RM) (RM)
0
01 Program Kepimpinan Pengawas 120 Pax 10.00/Pax 1,200.00 1
Sekolah Kebangsaan Merbau Sempak, /
47000 Sungai Buloh, Selangor. 01 Day 0
1
TOTAL 1200.00
QUOUTATION VALID UNTIL: 30 MARCH 2019.
If you have any questions concerning this quotation, do not hesitate to contact us.
PREPARED BY:
……………………………
For MRM Smart Resources
Thank you for requesting a quotation from us.
INVOICE