TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
PENDAHULUAN
Kerjaya dalam bidang perniagaan dan keusahawanan sememangnya penuh
cabaran tetapi menjanjikan pulangan yang lumayan bagi mereka yang bersabar dan
bekerja keras. Namun begitu, peluang perniagaan tidak mudah dikenal pasti dan hanya
individu yang mempunyai sifat dan ciri-ciri keusahawanan sebenar dapat menghidu
peluang tersebut.
Pada masa yang sama mereka berupaya memberi penumpuan dan menjana daya
pemikiran berterusan dalam bidang yang diceburi. Mereka sentiasa mengkaji senario dan
masalah-masalah semasa, kehendak pengguna, kemahiran individu dan kumpulan,
produk atau servis dari pesaing, keperluan pasaran dan sebagainya. Sehubungan dengan
itu, mereka akan bertambah yakin , lebih kompetitif, bersemangat dan merangka strategi
yang sesuai untuk merebut peluang-peluang yang ditawarkan.
MAKLUMAT SYARIKAT
Nama Syarikat : Trio Mewangi Sendirian Berhad (TMSB)
Alamat : No. 222-1, Persiaran Bukit Coral,
Taman Bukit Coral, 70400 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
No Pendaftaran : 1252661-D
Tarikh Diperbadankan : 24 Oktober 2017
Status Syarikat : 100% Bumiputra
Bentuk Perniagaan : Syarikat Sendirian Berhad.
No. Telefon : 018 4000204
Email : [email protected]
Website :
Bank :
=== Memahami Keperluan Anda ===
TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
Profil Syarikat
Trio Mewangi Sdn. Bhd. (TMSB) (No. Pendaftaran: 1252661-D) komited
beretika, berkredibiliti dan berintegriti dalam usaha menyediakan medium terbaik bagi
membantu masyarakat ke arah kehidupan yang sejahtera. TMSB secara aktif terlibat
dalam aktiviti menjana kegiatan ekonomi melalui pelbagai cabang dan peluang
perniagaan bagi membantu negara ke arah mewujudkan masyarakat yang bermentaliti
optimis dalam bidang perniagaan dan keusahawanan.
Ditubuhkan oleh sekumpulan profesional yang berpengalaman dan pakar dalam
pelbagai bidang ICT, pendidikan, kejuruteraan dan aplikasi perniagaan. Kakitangan
pengurusan telah dilatih melalui kursus dan seminar diperingkat nasional dan
antarabangsa agar mampu mengharungi senario pemasaran dan perniagaan tempatan dan
luar negara.
TMSB adalah 100% syarikat Bumiputera yang ditubuhkan sejak 2015. TMSB
juga telah didaftarkan dengan Kementerian Kewangan sejak awalnya ditubuhkan. Pejabat
berdaftar TMSB terletak di No. 222-1, Persiaran Bukit Coral, Taman Bukit Coral, 70400
Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus. Nombor telefon: 018 4000204, 03-6275 1181
atau 03-6277 4309 dan faksimili adalah 03-6275 0515.
Visi Kami
Wawasan syarikat ialah:
"Memberikan Lebih Daripada Kepuasan”
Misi Kami
Misi syarikat ialah:
Memberikan peluang dan ruang menjana ekonomi bagi membantu negara ke arah
mewujudkan masyarakat bermentaliti optimis dalam bidang perniagaan dan
keusahawanan.
Dengan kakitangan berpengalaman yang mempunyai disiplin dan kualiti kerja yang
tinggi serta latar belakang pendidikan tinggi, TMSB dapat memastikan kekuatan dan
kualiti dalam menyediakan perkhidmatan dan produk yang diperlukan oleh pelanggan.
=== Memahami Keperluan Anda ===
TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
Falsafah Syarikat
Masyarakat merupakan aset terbesar kami. Oleh itu, kami sentiasa memastikan
hanya perkhidmatan dan produk dengan nilai yang terbaik sahaja dihidangkan kepada
mereka.
Strategi Syarikat
Kami memberi tumpuan kepada apa-apa yang kami arif dan yang terbaik. Dengan
menelusuri ancaman penyakit sosial yang sedang dihadapi negara kita, kami percaya
bahawa terdapat keperluan mendesak untuk menangani masalah ini bermula pada
peringkat akar umbi. Kami memberikan penekanan untuk memupuk nilai-nilai dan etika
semasa peringkat awal pembangunan kehidupan dalam masyarakat serta organisasi.
Objektif Syarikat
Penubuhan TMSB mempunyai matlamat untuk menjadi penyedia perkhidmatan
dan pengeluar produk yang terbaik dan cemerlang. Perkhidmatan dan produk yang
disediakan adalah menepati kehendak pengguna semasa sesuai untuk semua lapisan
masyarakat. Bagi memenuhi maksud tersebut, TMSB menterjemahkannya dalam idea
dan metodologi ke arah:
1. Membangunkan dan menyampaikan idea-idea yang berkualiti dan inovatif
serta memenuhi keperluan para pelanggan.
2. Menetapkan perhubungan yang saling memberi penghargaan dengan
pelanggan dan rakan niaga secara jangka panjang.
3. Selain daripada perkara di atas, kami juga memastikan:
a. Nilai-nilai kemanusiaan yang lebih baik dalam hubungan
pelanggan kami.
b. Sikap dan moral yang lebih baik.
c. Membantu memahami asas-asas keusahawanan dan perniagaan.
d. Untuk meningkatkan pemahaman tentang qualiti dan kuantiti
keperluan kehidupan disetiap premis kediaman dan organisasi.
e. Untuk mewujudkan hubungan yang rapat antara pengurusan dan
pekerja dalam organisasi.
f. Untuk membina kerja berpasukan.
g. Meningkatkan kualiti kepimpinan dan pengurusan kepada setiap
individual dalam syarikat.
=== Memahami Keperluan Anda ===
TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
Perihalan Produk
Halalan Thoyyiban menjadi keutamaan kami. Produk dan perkhidmatan kami
direka dengan mengambil kira keperluan dalam kesesuaian segenap lapasian masyarakat.
Produk dan perkhidmatan kami menegaskan aspek rutin dan praktikal kehidupan harian.
Dengan cara itu, walaupun anda memerlukan pelbagai produk dan perkhidmatan dalam
kehidupan harian namun produk yang kami tawarkan ini menjadi satu keperluan bagi
pelengkap bagi memacu kehidupan ke arah yang lebih baik. Dengan cara itu, nilai-nilai
yang dikehendaki diusahakan semasa penyelidikan dan pembangunan produk dan
perkhidmatan kami. `Hi-Tech & Hi-Touch” diaplikasikan dalam setiap pengeluaran
produk dan perkhidmatan kami. Dalam merialisasikan matlamat dan memberikan
pulangan yang terbaik kepada pelanggan kami. Metodologi kami terletak pada perkara-
perkara berikut:
Bermula dengan isu /idea kecil.
Bermula dengan diri sendiri.
Bermula dari hari ini untuk hari esok.
Penghantaran Produk
Sebagai sebuah syarikat 100% Bumiputra, kami bangga dapat memberikan
perkhidmatan dan produk yang berkualiti dengan kos yang sangat munasabah. Produk
dan perkhidmatan kami disampaikan dan disalurkan kepada pelanggan dapat memenuhi
kehendak serta keperluan pelanggan. Kakitangan dan jurujual kami dipilih dengan teliti
supaya mereka mempunyai pengetahuan, kemahiran praktikal dan kelayakan yang
relevan untuk menyampaikan prihal produk dan perkhidmatan kepada pelanggan kami.
Pasaran
Pemasaran syarikat kami meliputi bidang berikut:
Sektor Kediaman
• Kawasan perumahan
• Bandar
• Sekolah Swasta dan awam
• Kolej swasta
Sektor Kerajaan
• Kementerian dan semua agensi kerajaan.
• Pelajar, guru-guru dan kumpulan pentadbiran sekolah dan universiti.
=== Memahami Keperluan Anda ===
TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
Sektor Korporat
• Syarikat persendirian
• Kawasan pasaran pekerjaan lain.
Piagam Pelanggan
Piagam Pelanggan ini menetapkan komitmen kami dalam penyampaian khidmat
pelanggan yang bermutu tinggi. Piagam pelanggan syarikat kami juga menjelaskan cara
kami memberikan perkhidmatan yang labih baik kepada anda. Kami akan terus berusaha
meningkatkan mutu perkhidmatan serta hubungan kami dengan anda berpandukan
prinsip utama yang berikut:
Kami mencipta dan mengekalkan tumpuan pelanggan.
Kami berkomunikasi secara berkesan dengan pelanggan.
Kami mengekalkan tahap perkhidmatan yang kami janjikan kepada anda.
NILAI TERAS
T - Tanggungjawab. Tanggungjawab adalah amanah. Melaksanakan amanah
dengan sebaiknya kepada syarikat dan juga pelangan.
M - Mesra. Berhemah tinggi, adil, cekap dan mengutamakan pelanggan serta
berdamping rapat dengan masyarakat setempat.
S - Setia. Setia berbakti kepada syarikat, pucuk pimpinan dan masyarakat.
B - Berdisplin. Mempunyai disiplin serta jatidiri yang unggul dan mengamalkan
budaya kerja yang cemerlang dan berpasukan.
=== Memahami Keperluan Anda ===
TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
CARTA ORGANISASI
PENASIHAT/PENAUNG
PENGARAH
PENGURUS PENGURUS PEMBANGUNAN
SUMBER MANUSIA PERNIAGAAN & R&D
PENGURUS PENGURUS TADBIR PENGURUS
OPERASI & KEWANGAN PEMASARAN
KAKITANGAN KAKITANGAN PEGAWAI
OPERASI, LOGISTIK PENTADBIRAN & PENGURUSAN
& BANTUAN TEKNIKAL KEWANGAN PRODUK & JUALAN
BIODATA PENGURUSAN TERTINGGI TMSB
TMSB ditadbir oleh Lembaga Pengarah yang berpengalaman dalam kepelbagaian
latarbelakang profesional dan berkepakaran dalam sektor korporat dan kerajaan serta
latarbelakang pendidikan yang tinggi. Lembaga Pengarah bertanggungjawab terhadap
keseluruhan tadbir urus dan prestasi TMSB.
MUMTAZ KHAN BIN SHAFIK
- Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif
- Pengarah Urusan
Berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.
Mendapat pendidikan awal di Sek. Keb. Seri Kelana dan
seterusnya hingga ke Sek. Men. Vokasional Kuala
Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan. Beliau merupakan
lepasan Diploma Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari
Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan.
Beliau memulakan kerjaya sebagai Pengurus
Projek di sebuah syarikat elektrik iaitu MZK Electrical
pada tahun 2002. Tiga (3) tahun kemudian beliau mula
berkhidmat dengan kerajaan sebagai Penolong Jurutera di
dua (2) buah kementerian iaitu di Kementerian Kerja Raya
=== Memahami Keperluan Anda ===
TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
dan juga Kementerian Tenaga Teknologi Hijau & Air sehingga tahun 2017 sebelum
mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan.
Kini, selain daripada memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Trio Mewangi
Sdn. Bhd (TMSB), beliau juga merupakan salah seorang Pengarah Projek di Syarikat
REMT Utama Sdn. Bhd yang beroperasi di Sabah. Selain itu, beliau juga merupakan
Penasihat kepada sebuah syarikat perunding iaitu Syarikat Advance Power Solution
(Borneo) Sdn. Bhd.
Sebagai Pengarah Urusan TMSB, beliau bertanggungjawab ke atas semua urusan
syarikat dan sangat komited dalam memastikan pengurusan syarikat berjalan dengan
lancar dan telus.
AKBAR BIN AMRAN
- Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif
- Pengarah Penyelidikan & Pembangunan
Berasal dari Batu Pahat Johor. Bermula menerima
pendidikan awal di Sekolah Rendah Seri Binjai, Tongkang
Pechah, SMK Tunku Putra dan SMK Dato Bentara Luar
Batu Pahat. Seterusnya mengikuti kursus Diploma
Perguruan di Institut Pendidikan Guru Kampus Ilmu Khas
(IPGKIK), Cheras. Beliau juga berkelulusan Ijazah Sarjana
Muda dari Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Ijazah
Sarjana dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Sebagai seorang ahli akademik, beliau berpengalaman luas
dalam bidang pendidikan. Pernah mengajar di sekolah
rendah dan sekolah menengah serta dilantik dalam badan
pengurusan sekolah menengah beberapa tahun sebelum
berkhidmat sebagai Pengetua Pusat Tuisyen Aspirasi Idaman dan pensyarah di Jabatan
Sains Sosial di Institut Perguruan Kampus Raja Melewar (IPGKRM) sehingga kini.
Selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan (R&D) beliau beliau telah
menunjukkan komitmen dan dan budaya kerja yang terperinci serta cemerlang dalam
mencetuskan idea pengoperasian, merangka strategi baharu bagi kepuasan pelanggan
dan bertindak agresif, bersemangat dan proaktif untuk mencapai segala matlamat yang
telah ditetapkan.
=== Memahami Keperluan Anda ===
TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
MOHD SHAHRUNIZAM BIN HARON
- Ahli Lembaga Pengarah Eksekutif
- Pengarah Operasi
Berasal dari Jitra, Kedah. Mendapat pendidikan
awal dari sekolah Kebangsaan Seri Banai dan
seterusnya ke Sekolah Menengah Jitra, Kedah. Beliau
merupakan Graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan
Sumber Manusia dari Universiti Utara Malaysia, Sintok
Kedah. Telah memulakan perkhidmatan dengan
Kerajaan selama 17 tahun, beliau mahir dalam bidang
Pengurusan Sumber Manusia, Undang-undang
Perburuhan serta Perhubungan Industri. Beliau banyak
menjalankan program-program berkaitan undang-
undang perburuhan dan perhubungan industri dengan
syarikat-syarikat swasta. Seringkali terlibat dengan
aktiviti-aktiviti kemasyarakatan seperti penganjuran
Karnival Pekerjaan di peringkat Negeri dan juga
Daerah, program-program bersama OKU, Home working dan juga ceramah-ceramah
kerjaya dan juga motivasi untuk pelajar sekolah dan juga Institut Pengajian Tinggi
Kerajaan dan juga Swasta. Beliau juga pernah terlibat dalam Program Community
Employment Support Services (CESS) di Jepun dalam melihat keperluan dan
kebolehpekerjaan penduduk dalam pasaran pekerjaan di Malaysia.
Selaku Pengarah Operasi Syarikat, beliau bertanggungjawab dalam menyelaras
aktiviti-aktiviti operasi selaras dengan dasar-dasar, matlamat dan objektif organisasi.
Menjalankan tugas-tugas dalam pembangunan dasar dan matlamat yang meliputi operasi,
kakitangan, prestasi kewangan, pertumbuhan dan kemajuan syarikat.
MOHDAN AMRAN AMN, PJM, BAT.
- Ahli Lembaga Pengarah Bukan Eksekutif
- Pengurus Kawalan Produk & Pemasaran.
Mendapat pendidikan awal di SMK Tunku Putra,
Batu Pahat, Johor. Beliau seterusnya melanjutkan pelajaran
ke peringkat Diploma Keusahawanan & Pengurusan
Perniagaan di Universiti Malaya, Kuala Lumpur dan
kemudian ke peringkat Bachelor of Business di University
of Ballarat, Australia. Merupakan pesara Tentera Udara
DiRaja Malaysia (TUDM). Beliau berpengalaman dalam
pelbagi bidang pengurusan, pembangunan perniagaan dan
pentadbiran serta pembangunan sumber manusia di sektor
awam dan swasta.
=== Memahami Keperluan Anda ===
TRIO MEWANGI SDN BHD Profil Syarikat
Sebagai Pengurus Kawalan Produk & Pemasaran, beliau bertanggungjawab
memberikan maklumat tentang syarikat dan perniagaan dengan cepat dan cekap sehingga
dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan yang memenuhi keperluan pelanggan. Selain
itu, beliau juga memastikan dalam mengembangkan produk dan perkhidmatan baharu
untuk meningkatkan sumber pendapatan syarikat. Mengenalpasti kehendak pelanggan
dan menjangka tingkah laku pelanggan melalui kajian pasaran. Beliau juga
membangunkan konsep-konsep produk baharu dengan kerjasama jabatan lain dalam
syarikat serta berkerjasama dengan Seksyen Komunikasi Korporat untuk memasarkan
produk dan perkhidmatan.
Syarikat Berkaitan TMSB (TMSB Link Companies)
Pembangunan melibatkan pelbagai pendekatan dan mekanisme. Sehubungan itu,
penglibatan syarikat lain dalam TMSB merupakan sebahagian usaha memenuhi matlamat
pembangunan negara dan rakyat. Selain beberapa syarikat terdahulu turut berkerjasama
dalam memberi impak terhadap pembangunan dan perkembangan syarikat. Bermula
2010, usaha reformasi prestasi syarikat berkaitan TMSB dilakukan bagi memperbaiki
prestasi TMSB. Kepentingan kerjasama ini ialah dari segi menjustifikasi saranan
perlunya inisiatif penambahbaikan prestasi TMSB seperti syarikat yang telah lama
ditubuhkan. Penelitian ini mendapati entiti TMSB masih relevan dalam konteks
pembangunan semasa Malaysia. Namun begitu, pemerkasaan prestasi TMSB perlu
dimulai dengan mengiktiraf kewujudan syarikat terdahulu yang memberi sokongan
hingga tertubuhnya TMSB yang teguh dengan identiti yang tersendiri.
Berikut adalah syarikat berkaitan dalam TMSB:
1. Trio Mewangi Enterprise - Perkhidmatan Dobi.
2. Pusat Tuisyen Aspirasi Idaman - Pusat Tuisyen & pembanguan modal
insan.
3. MKS Skylift - Perkhidmatan Skylift.
4. MRM Smart Resources - Penganjur Seminar & Kursus, pengendali latihan
pembangunan modal insan.
=== Memahami Keperluan Anda ===