SOALAN 8 : NOVEL PANTAI KASIH DAN BIMA SAKTI MENARI
PRAKTIS 1
I. Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Deru angin pada musim kemarau panjang yang berpusar-pusar kencang
di luar pusat rawatan itu, kini dirasakan seperti turut berpusar-pusar liar
di dalam ruang farmasi itu. Badai itu langsung menghentam
semangatnya. Menayangkan kembali peristiwa silam yang telah
menghitamkan sejarah hidupnya. Sejak kecil lagi dia sering diingatkan
oleh jiran tetangganya yang terdiri daripada golongan masyarakat kelas
menengah bawah itu tentang kelahiran dirinya yang tidak ketahuan siapa
bapa kandungnya. Disebabkan kelahiran yang sedemikian rupa, dia
sering dijadikan sebagai bahan persendaan oleh budak-budak di
kampungnya dahulu. Tentang ibunya yang dahulunya terkenal sebagai
seorang wanita yang bebas sewaktu masih remaja itu, namun telah
menjadi seorang yang ulet setelah ditinggalkan oleh kekasihnya itu, yang
juga merupakan bapa kandung Felicia.
Nyatakan peristiwa hitam yang dilalui oleh Felicia Landosi sepanjang
hidupnya. ( 4 markah )
II. Berdasarkan novel Pantai Kasih yang telah anda pelajari, huraikan
peristiwa yang boleh dijadikan panduan hidup oleh pembaca.
( 6 markah )
SOALAN 8 : NOVEL PANTAI KASIH DAN BIMA SAKTI MENARI
PRAKTIS 1
I. Baca petikan novel di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
"Jadi, tindakan kau menyoal aku dengan perkara yang bukan-bukan
wajarlah ya?" tingkah Doktor Uwang. "Tidakkah kau sedar, perbuatan
kau sekarang sama sahaja macam mempertikaikan kewibawaan aku
sebagai seorang doktor pakar bedah?"
Kini, Raiha hanya mampu mengeluh resah di ruang kondominium
mewahnya itu. Agak lama dia terseret dalam menunggunya. Dia
memikirkan kepentingan para pesakit yang dating dengan harapan tinggi
menggunung di pusat rawatan itu. Tentang sikap Doktor Uwang daripada
seorang yang mesra telah berubah dingin kepadanya. Tentang layanan
kasar Felicia terhadap ibu tua Unong Siron tempoh hari. Kemudian
tentang beberapa aduan atau rungutan yang diterima daripada ahli
keluarga para pesakit Doktor Uwang. Ahli keluarga segelintir pesakit
yang terdiri daripada golongan masyarakat kelas menengah bawah itu.
Aduan dan rungutan yang kerap menusuk jiwanya belakangan ini.
(Dipetik daripada Novel Pantai Kasih, karya Azmah Nordin)
Nyatakan perkara-perkara yang difikirkan oleh Raiha. ( 4 markah )
II. Berdasarkan novel Bimasakti Menari yang telah anda pelajari, huraikan
keistimewaan watak utama dalam novel tersebut.
( 6 markah )