GARIS PANDUAN DAN SYARAT PENYERTAAN MELUKIS DOODLE ANTIDADAH 1. SYARAT PENYERTAAN 1.1 Penyertaan terbukan kepada semua murid Tahap 2 (Tahun 4-6) 1.2 Setiap peserta hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja. 2. FORMAT PENYERTAAN 2.1 Peserta perlu menghasilkan lukisan doodle pada kertas lukisan bersaiz A3. 2.2 Medium/bahan yang digunakan untuk melukis doodle adalah bebas dan berfokus kepada tema. 2.3 Peserta akan melukis doodle bertemakan Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara: Lebih Baik Cegah. 2.4 Karya hendaklah berteraskan elemen Pendidikan pencegahan dadah. (Dadah, Alkohol, Rokok, Vape, Inhalan, HIV AIDS) 2.5 Peralatan yang digunakan adalah bebas sama ada pensel warna, pen, warna air ataupun krayon. 2.6 Hanya peserta sahaja dibenarkan melukis tanpa bantuan ibu bapa, guru atau sesiapa juga. 2.7 Penggunaan sebarang aplikasi computer atau media digital adalah Tidak Dibenarkan. 2.8 Peserta mestilah memastikan karya menghormati masyarakat majmuk, tidak menyentuh sensitivity agama, kaum dan politik serta tidak mengandungi unsur-unsur negatif seperti jarum suntikan, tengkorak, tali gantung dan seumpamanya. 2.9 Aktiviti melukis doodle akan diadakan secara bersemuka di sekolah. Murid dikehendaki membawa sendiri peralatan melukis dan mewarna, seperti kertas lukisan A3, pensel dan warna. 2.10 Keputusan hakim adalah muktamad.
3. PERMARKAHAN 3.1 Semua hasil pertandingan yang dihantar kepada penganjur adalah hak milik sepenuhnya pihak penganjur. 3.2 Keputusan panel hakim adalah muktamad. 3.3 Pemarkahan akan dinilaikan berdasarkan aspek berikut: KRITERIA MARKAH 1. Interpretasi/mesej 2. Gubahan/ Komposisi / Olahan 3. Kreativiti 4. Warna 5. Kekemasan 10 30 20 30 10 JUMLAH 100 markah