1 SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU. Ahad • 25 Jun 2023 • 10.00 am • Bilik Mesyuarat SKST & Atas Talian (Google Meet) Dirasmikan oleh : Tuan Haji Mohd Ali Khan Bin Isa Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau
2 BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1. Pengenalan 3 2. Kata Menyulam Kesepaduan 4 3. Kata-kata Alu-aluan Guru Besar 5 4. Jawatankuasa Kerja Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38 6-8 5. Aturcara Majlis 9 6. Ahli Jawatankuasa PIBG Sesi 2022 - 2023 11 7. Agenda Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 12 8. Minit Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-38 13-18 9. Laporan Aktiviti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 19 10 Penyata Kewangan 20 11 Usul-Usul 21-27 12. Pencapaian Akademik 28-29 13. Pencapaian Kokurikulum 30-31 14. Berbudi Sepanjang Masa 32 15. Catatan 33 Isi Kandungan 2
3 3 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU NO PENDAFTARAN JPJ/PIBG/0751 AKTA PELAJARAN 1961 (KAEDAH-KAEDAH PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU 1973) Pengenalan 3
4 KATA MENYULAM KESEPADUAN Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera dan Salam Malaysia Madani. Alhamdulillah, kita panjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW, segala ruang dan peluang untuk mendekatkan diri kita ke arah takwa kepadaNya. Dikesempatan ini, saya mewakili ahli jawatankuasa ingin mengucapkan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak di atas kerjasama yang diberikan kepada PIBG dalam menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas kami. Sebagai YDP PIBG, saya mengakui bahawa guru-guru sudah pun melakukan yang terbaik ke atas pendidikan anak-anak. Pelbagai usaha telah dilakukan bagi memastikan anakanak tidak keciciran ekoran daripada pandemik Covid-19 sebelum ini. Sungguh pun begitu ibu bapa turut tidak ketinggalan dalam memainkan peranan besar ketika anak-anak tidak bersekolah. Semangat dan kerjasama ini sangat digalakkan bagi memastikan kecemerlangan anak-anak. Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih dan syabas kepada barisan guru dan PIBG kerana telah berjaya menaiktaraf Sk Sri Tebrau dalam pelbagai aspek tidak kira dari segi kemudahan, prasarana, kebajikan anak-anak dan sebagainya. Sebagai YDP, saya amat kagum dengan semangat para guru yang tidak putus-putus cuba meningkatkan prestasi sekolah dan anak-anak. Selain itu, niat murni barisan PIBG, guru-guru dan ibu bapa / penjaga yang sentiasa menjaga kebajikan dan keperluan anak-anak sewaktu pandemic covid19 amat dipuji. Sikap prihatin dan dan kerjasama ini akan kekal erat dan menjadi solusi terbaik dalam memangkin pendidikan anak-anak di SK Sri Tebrau. Akhir kata, sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan sebagai tanda ukhuwah kepada seluruh warga SK Sri Tebrau yang bertungkus lumus membantu dan menjayakan program PIBG dan pihak sekolah. Sekian, terima kasih TN. HJ MOHD ALI KHAN BIN ISA YDP PIBG, SK SRI TEBRAU
55 4 KATA-KATA ALU-ALUAN GURU BESAR Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh Salam sejahtera, Salam Malaysia Madani Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya, Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Kali Ke-38 bagi tahun 2023/2024 dapat dilaksanakan pada hari ini. Dikesempatan ini, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir kerana dapat meluangkan masa untuk turut serta menyempurnakan dan menjayakan Mesyuarat Agung Tahunan PIBG bagi tahun 2023/2024. Sekolah merupakan institusi yang memberi peluang kepada semua murid menimba pelbagai ilmu, memupuk bakat dan membentuk sahsiah terpuji. Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) pula merupakan tiang sokongan kepada pihak sekolah dalam menjayakan pelbagai program. Oleh yang demikian, saya sangat berharap agar barisan guru, ibu bapa/ penjaga muridmurid di sekolah ini sentiasa memberikan komitmen yang tinggi untuk meningkatkan kecemerlangan anak-anak dan kejayaan sekolah seiring dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Saya berharap lebih ramai ibu bapa tampil memberi sumbangan dari segi tenaga, sokongan serta idea yang realistik demi kemajuan anak-anak dan sekolah. Semoga Allah S.W.T memberkati kerjasama ini dalam menjalankan amanah untuk mendidik anak-anak menjadi insan yang berilmu dan cemerlang di dunia dan akhirat. Sekian, terima kasih ……………………………………… MD SHUKRI BIN SULTANI GURU BESAR, SK SRI TEBRAU
6 MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-38 SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU, JOHOR BAHRU Pesihat Bersama Cikgu Md Shukri bin Sultani Guru Besar, Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru Tuan Haji Mohd Ali Khan bin Isa Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru Pengerusi Encik Nizam Bin Isnin Guru Penolong Kanan Pentadbiran Encik Nik Shahjaril Bin Nik Mustafa Naib Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru Timbalan Pengerusi I Cikgu Shanmugapriya a/p Balakrishnan Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Naib Pengerusi 2 Puan Shariza Azrina Binti Sa’ari Guru Penolong Kanan Kokurikulum Naib Pengerusi 3 Encik Muhammad Zuraimy bin Ja’affar Guru Penolong Kanan Pendidikan Khas Setiausaha Cikgu Noraisah Binti Abdul Rahim Bendahari Cikgu Nurwahidah binti Baharom Jawatankuasa Kerja
77 6 Jemputan Cikgu Noraisah Binti Abdul Rahim Cikgu Habibah Binti Yusoff Tugasan: 1. Menghantar kad jemputan ke AJK PIBG Buku Program Cikgu Normasitah Binti Mohd Mohidin (K) Cikgu Nur Fareeha Aishah Binti Aziz Cikgu Izzah Syafiqah Bt Mohamad Nazib Cikgu Shobha a/p Vijaya Kumar Cikgu Rajeswari a/p Ravenderan T Tugasan: 1. Menyediakan bahan-bahan buku program. 2. Menyusun dan menyediakan buku program untuk ibu bapa dan guru. Sambutan dan Protokol Cikgu Shariza Azrina Binti Sa’ari Cikgu Shanmugapriya a/p Balakrishnan Tugasan: 1. Mengiringi tetamu kehormat ke Bilik Mesyuarat. Pendaftaran Cikgu Anis Fuaddila Bin Mohd Mahmud (K) Cikgu Nur Lydia Marlia Binti Mohd Hafiz James Cikgu Nor Asiah Binti Razali Tugasan: 1. Menyerahkan jumlah kehadiran kepada SU PIBG setelah selesai proses pendaftaran. Bacaan Doa Cikgu Mohd Sahril Bin Marsam Tugasan: 1. Membaca doa pembuka majlis. Juruacara Cikgu Zamira Binti Rajab Tugasan: 1. Menyediakan teks pengacaraan mengikut protokol dan tentatif majlis. Pencatat Ucapan Mesyuarat Agung Cikgu Siti Khatijah Binti Yusof Cikgu Kamaliah Binti Md. Suhud Tugasan : 1. Mencatat minit mesyuarat Agung PIBG kali ke-38
8 P.A. Sistem Cikgu Sahril Bin Marsam Cikgu Syafiq Bin Suliman Tugasan: 1. Memastikan P.A. Sistem berfungsi dengan baik. Jamuan Ibu Bapa dan Guru Cikgu Raudhah Binti Ismail (K) Cikgu Faridah Hawa Binti Lokman Cikgu Latchimi a/p Ayasamy Cikgu Rosmawati Binti Mohd Yasin Tugasan: 1. Memesan makanan untuk ibu bapa dan guru. 2. Memastikan makanan mencukupi untuk ibu bapa dan guru. Jamuan Protokol dan VIP Cikgu Cikgu Bahiyah Binti Salleh(K) Cikgu Ramlah Binti Harun Tugasan: 1. Mengurus makanan dan minuman untuk tetamu kehormat. 2. Memastikan makanan dan minuman mencukupi. Dokumentasi Cikgu Ahmad Zikri Bin Zaimani (K) Tugasan: 1. Mengambil gambar semasa mesyuarat agung dan mesyuarat PIBG
99 10.00 pagi Pendaftaran ibu bapa / penjaga 10.30 pagi 11.00 pagi 1.00 petang Ucapan Alu-aluan Pengacara Majlis Bacaan Doa Ucapan Alu-aluan Guru Besar Ucapan YDP Tuan Hj. Mohd Ali Khan Bin Isa Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sk Sri Tebrau seterusnya mempengerusikan majlis. Mesyuarat Agung PIBG kali ke -38 Bersurai Aturcara Majlis
10 MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-TIGA PULUH LAPAN (2023) SK SRI TEBRAU JOHOR BHARU 10
1111 SK SRI TEBRAU 2022 / 2023 Ex-Officio : Encik Md. Shukri Bin Sultani YDP : Tuan Haji Mohd Ali Khan bin Isa Naib YDP : Encik Nik Shahjaril Bin Nik Mustafa Setiausaha : Puan Noraisah Binti Abdul Rahim Naib Setiausaha : Puan Raudhah Binti Ismail Bendahari : Puan Nurwahidah Binti Baharom AJK Ibu bapa : Encik Muhammad Radhibillah Bin Idris AJK Ibu bapa : Encik Munisswaran a/l Munian AJK Ibu bapa : Encik Wan Mohd Noradha Bin Md@Wan Moh AJK Ibu bapa (Juru Audit) : Encik Mohd Hanafi Bin Nuroddin AJK Ibu bapa : Encik Jagjit Singh AJK Ibu bapa : Puan Tan Jier June AJK Ibu bapa : Puan Mastura Binti Abu Bakar AJK Ibu bapa : Puan Suhaila Binti Abdullah AJK Guru : Puan Rosmawati Binti Mohd Yasin AJK Guru : Puan Azura Binti Alias AJK Guru : Puan Bahiyah Binti Salleh AJK Guru : Cik Ramlah Binti Harun AJK Guru (Juru Audit) : Encik Ahmad Zikri Bin Zaimani Ahli Jawatankuasa PIBG
12 Persatuan Ibu Bapa dan Guru Kali ke-38 1. Ucapan YDP dan seterusnya mempengerusikan mesyuarat. 2. Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-38. 3. Perkara-perkara berbangkit. 4. Membentangkan laporan Aktiviti Tahunan PIBG sesi 2022. 5. Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan PIBG. 6. Perbahasan usul-usul /sumbangan PIBG 7. Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG SKST sesi 2022/2023. 8. Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG SKST sesi 2023/2024. 9. Penangguhan mesyuarat. Agenda Mesyuarat Agung
1133 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SEKOLAH KEBANGSAAN SRI TEBRAU 80150 JOHOR BAHRU MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE 37 Tarikh : 28 MEI 2022 Masa : 8.30-11.30 Pagi Platform : Dewan Sri Sutera Kehadiran : 80 orang 1.0 Ucapan alu-aluan Guru Penolong Kanan Kukurikulum 1.1 GPK Pentadbiran mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran ibu bapa dan guru ke Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru yang ke 37. 1.2 GPK Pentadbiran menyatakan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) memainkan peranan penting dalam membantu pembangunan murid dan sekolah. Penglibatan KSIB sangat digalakkan dalam setiap aktiviti sekolah. 1.3 GPK Pentadbiran menyatakan sekolah ini tidak akan berjaya mencapai kecemerlangan seperti yang telah diraih pada hari ini sekiranya tiada kerjasama dan sokongan yang mampan daripada pihak PIBG. 1.4 Beliau memberitahu pembelajaran telah dilakukan secara bersemuka dan aktiviti sekolah boleh diteruskan seperti biasa. Walau bagaimanapun, semua warga SKST digalakkan untuk mengamalkan SOP yang mampu menghindarkan diri daripada dijangkiti Virus Covid 19 ini dengan penggunaan pelitup muka selama berada di kawasan sekolah. 1.5 Beliau juga merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak dalam usaha memberi sumbangan terbaik kepada pihak sekolah sama ada dalam bentuk kewangan, tenaga, kepakaran mahupun kebendaan. 2.0 Ucapan YDP PIBG 2.1 Tn. Hj. Mohamad Ali Khan Bin Isa mengucapkan terima kasih dan mengalu-alukan semua hadirin yang hadir kerana dapat sama-sama menunaikan tanggungjawab selaku anggota PIBG Sk Sri Tebrau sesi 22/23.
14 2.2 YDP PIBG menyatakan sekolah Sk Sri Tebrau menjadi antara sekolah pilihan utama oleh ibu bapa di sekitar daerah Johor Bahru. Ini disebabkan kemajuan dan prestasi yang baik dihasilkan oleh sekolah atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para guru dan murid-murid dengan bantuan para ibu bapa. 2.3 Beliau menyatakan ramai anak-anak di SKST mendapat pencapaian akademik yang cemerlang dan berkualiti dan berjaya melanjutkan pelajaran di sekolah berasrama penuh. Ramai ibu bapa ingin mendaftarkan anak mereka ke sekolah ini dan terpaksa membuat tapisan. 2.4 Namun YDP menyatakan Sk Sri Tebrau hanya mengambil murid sekitar 130 hingga 135 orang murid sahaja dengan purata 30 hingga 35 murid di dalam sebuah kelas. Ini bagi memudahkan dan melancarkan sesi PdPc serta memberi hasil yang terbaik dalam sesebuah kelas. 2.5 Beliau menyatakan sokongan ibu bapa daripada segi material dan kewangan dapat menampung kekurangan fasiliti sekolah yang tiada peruntukan daripada pihak Kementerian. 2.6 Beliau memaklumkan kebitaraan sekolah SK Sri Tebrau ialah Bahasa Inggeris, Robotik, Lompat Tali, Memanah dan banyak lagi. Sokongan daripada ibu bapa terhadap sekolah amat diperlukan. 2.7 YDP memaklumkan bahawa ibu bapa dan guru harus mempunyai hubungan akrab dan sehaluan serta bekerjasama bagi meningkatkan kualiti sekolah. 2.8 YDP menyatakan yuran PIBG tiada perubahan dan akan dikekalkan jumlahnya iaitu RM100 bagi setiap ibu bapa. Tiada bantahan dan pertikaian dari pihak ibu bapa dan hal ini disokong oleh Encik Muhammad Radhibillah bin Idris dan di sahkan oleh Puan Khoo. 3.0 Pembentangan Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36. 3.1 Setiausaha PIBG, Cikgu Noraisah Binti Abdul Rahim membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke 36.( Rujuk m/s 14-21 di dalam buku laporan). 4.0 Menerima dan Mengesahkan Minit Mesyuarat 4.1 Encik Anis Fuadillah mengesahkan minit mesyuarat dan disokong oleh Encik Abdul Razak bin Osman. 5.0 Perkara-Perkara Berbangkit 5.1 Tiada perkara berbangkit 6.0 Membentangkan Laporan Tahunan Sesi 21/22 6.1 Setiausaha PIBG, Cikgu Noraisah Binti Abdul Rahim membentangkan laporan tahunan PIBG kali ke 36. ( Rujuk m/s 22 di dalam buku laporan).
15 7.0 Menerima dan Mengesahkan Penyata Kewangan 7.1 Cikgu Nur Wahidah Binti Baharom membentangkan penyata kewangan PIBG sesi 2021/2022. ( Rujuk m/s 23 di dalam buku laporan). 7.2 Penyata kewangan disahkan oleh Encik Jarjit Singh dan disokong oleh Encik Muhammad Azraein. 8.0 Usul-Usul Ibu Bapa 8.1 Encik Mohd Asri bin Ishak mencadangkan mengadakan dan memfokuskan semula 3M dikelas dengan meletakkan kumpulan-kumpulan dalam kalangan murid-murid yang tidak menguasai 3M kepada murid-murid yang menguasai 3M dan dipantau oleh guruguru di dalam kelas. Beliau juga mencadangkan agar mengurangkan beban beg sekolah murid. GPK Pentadbiran menjelaskan hal ini telah dilakukan oleh pihak sekolah di mana murid yang lemah penguasaan membaca dan mengira akan dihantar ke kelas pemulihan. Guru kaunselor juga membuat inisiatif dengan mengadakan kelas bimbingan pagi murid-murid yang lemah membaca dengan dibantu oleh Pembimbing Rakan Sebaya. 8.2 Puan Liyana mencadangkan agar diadakan kelas tambahan seperti sebelum ini bagi murid kelas peperiksaan. GPK HaL Ehwal Murid menyatakan oleh kerana UPSR telah dimansuhkan, kelas tambahan ditunda sehingga wujudnya semula peperiksaan umum. 8.3 Puan Nur Hidayah bt Razali mencadangkan agar sekolah dapat meningkatkan lagi sistem pembelajaran disebabkan oleh kesan PDPR. GPK HaL Ehwal Murid memaklumkan, pihak sekolah akan meneruskan program pagi seawal jam 7 sebagai usaha bagi meningkatkan penguasaan pembelajaran dikalangan murid. 8.4 Puan Wong Ming Yaw memberi usul agar pengawal keselamatan menjaga laluan lalu lintas semasa murid datang dan balik dari sekolah. Pihak sekolah menerangkan bahawa skop pengawal keselamatan hanya terhad di dalam Kawasan sekolah sahaja. Sekiranya memerlukan pegawai lalu lintas, pihak sekolah harus mengeluarkan bayaran lebih bagi mendapatkan khidmat pegawai tersebut. 8.5 Encik Marwan bin Azizie mencadangkan agar sekolah membuat ‘Drive Thru’ pengambilan dan penghantaran anak ke sekolah bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Jawapan pihak sekolah sistem tersebut pernah dilaksanakan namun tidak sesuai memandangkan keadaan fizikal sekolah yang berhampiran jalan raya dan risau akan keselamatan murid dan kesesakan jalan raya.
16 8.6 Puan Norasfanizah bt Jasman mencadangkan agar pihak sekolah menyediakan khidmat bayaran ‘online’. Jawapan bagi usul tersebut ialah pihak sekolah telah melaksanakan pembayaran secara ‘online’ sejak dahulu lagi contohnya bayaran PIBG dan bayaran berkaitan urusan kelas. 8.7 Puan Wong Ming Yaw mencadangkan agar pengawal keselamatan menjaga laluan lalu lintas semasa murid datang dan balik dari sekolah. Pihak sekolah menyatakan skop pengawal keselamatan hanya dalam kawasan sekolah sahaja.Sekiranya memerlukan pengawal lalu lintas, pihak sekolah perlu mendapatkan pengawal berbayar. 8.8 Encik Muhammad Sallehuddin bin Abdul Samad mencadangkan memperbaiki mutu makanan di kantin dengan makanan yang berkhasiat dan bernutrisi. Setakat ini pihak kantin telah sedia maklum arahan daripada pihak kementerian untuk menyediakan makanan yang sepatutnya kepada murid. 8.9 Usul terakhir adalah daripada Encik Munisswaran Munian di mana beliau mencadangkan agar kerja rumah yang tidak sempat disalin oleh murid dihantar ke ‘Whatsapp group’. Cikgu Nizam mencadangkan agar para guru dapat berkongsi kerja sekolah di ‘Whatsapp group’ selain menyediakan lembaran kerja untuk murid bagi mengelakkan murid salin lambat di dalam kelas. Beliau juga bertanyakan tentang bagaimana guru menilai murid kerana peperiksaan telah dimansuhkan. Encik Nizam selaku guru menjawab peperiksaan telah dimansuhkan dan diganti dengan Pentaksiran Dalam Bilik Darjah (PBD). PBD akan dilaksanakan setiap masa di dalam kelas bagi menilai tahap kefahaman dan kemampuan murid terhadap setiap topik yang diajar. Guru akan fokus kepada murid tahap 1 dan 2 lebih berbanding tahap lain untuk memberi penekanan dan latih tubi. 9.0 Pembubaran dan perlantikan AJK PIBG sesi 2021/2022 9.1 Encik Nik Shahjaril bin Nik Mustafa mencadangkan Encik Mohd Ali Khan dikekalkan menjadi YDP PIBG atas kecemerlangan beliau menguruskan PIBG sekolah dan mendapat sokongan daripada Cikgu Zamira binti Rajab. 9.2 Cikgu Zamira binti Rajab mencadangkan Encik Nik Shahjaril bin Nik Mustafa kekal sebagai NYDP PIBG dan disokong oleh Cikgu Haslinda binti Md Amin. 9.3 Cikgu Anis Fuaddila bin Mohd Mahmud mencadangkan Encik Mohd Radhibillah bin Idris sebagai AJK PIBG dan di sokong Encik Wan Mohd Noradha bin Md. 9.4 Encik Nik Shahjaril bin Nik Mustafa telah mencadangkan Encik Wan Mohd Noradha bin Md sebagai AJK PIBG dan disokong oleh Cikgu Nurwahidah binti Baharom.
1717 9.5 Encik Muhammad Zuraimy bin Ja’afar telah mencadangkan Puan Suhaila binti Abdullah sebagai AJK PIBG dan disokong oleh Puan Salina binti Salleh . 9.6 Puan Tan Jier Jun berminat menjadi AJK PIBG dan disokong oleh Encik Muniswaran Munian. 9.7 YDP telah mencadangkan Encik Muniswaran Munian sebagai AJK PIBG dan disokong oleh Puan Chan . 9.8 YDP juga ingin mencadangkan Encik Jarjit Singh sebagai AJK PIBG dan disokong oleh Puan Shamela a/p S. Raniah. 9.9 Puan Shanmugapriya mencadangkan Puan Mastura binti Abu Bakar sebagai AJK PIBG dan disokong oleh Cikgu Habibah Yusof . Perlantikan AJK PIBG Ibu Bapa sesi 2022/2023 adalah seperti berikut : YDP : Encik Mohd Ali Khan bin Isa Naib YDP : Encik Nik Shahjaril bin Nik Mustafa AJK : 1) Encik Muhammad Radhibillah bin Idris 2) Encik Muniswaran Munian 3) Encik Wan Mohd Noradha bin Md @ Wan Mohd 4) Puan Tan Jier Jun 5) Puan Mastura bt Abu Bakar 6) Encik Jarjit Singh 7) Puan Suhaila bt Abu Bakar 8) Encik Mohd Hanafi bin Noruddin ( Juru audit ibu bapa) 10.0 Hal- hal lain. 10.1 10.2 10.3 10.4 Wakil ibu bapa iaitu Encik Taufiq bertanya apakah tindakan sekolah bagi murid yang datang lewat ke sekolah. GPK Pentadbiran menyatakan murid yang yang datang lewat akan diberi amaran berulang kali dan diberi nasihat kepada murid tersebut untuk tidak mengulangi kebiasaan tersebut. Tiada sebarang hukuman dikenakan buat masa ini kerana tindakan sekolah lebih kepada mendidik. Guru Kaunselor iaitu Cikgu Zamira mengharapkan kerjasama para ibu bapa agar dapat menghantar anak awal ke sekolah bagi mengikuti Program Permata Gemilang dan kelas bimbingan pagi. Beliau juga berharap agar ibu bapa dapat mengelakkan ponteng di kalangan anak – anak mereka dan tidak hadir ke sekolah tanpa sebab. 11.0 Ucapan Penangguhan. 11.1 YDP merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak khasnya kepada ahli KSIB dan para guru kerana sanggup bersama dengan pihak sekolah untuk menjayakan program sekolah.
18 11.2 YDP mengucapkan terima kasih atas kelancaran perjalanan mesyuarat dan berterima kasih kepada ibu bapa yang hadir sejak dari awal mesyuarat. 11.3 Beliau berharap agar semua ibu bapa dapat bekerjasama dan memberi sokongan penuh kepada para guru khasnya dan pihak sekolah amnya agar Sk Sri Tebrau terus maju dan dapat mengekalkan kecemerlangan di peringkat daerah Johor Bahru. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi. Disediakan Oleh, Disemak Oleh, ………………………………………………… ……………………………………… (NORAISAH BINTI ABDUL RAHIM) (MOHD. ALI KHAN BIN ISA) Setiausaha Kehormat, Yang Dipertua PIBG, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru. Johor Bahru.
1919 Aktiviti-aktiviti Yang Dijalankan: 1. Mesyuarat Ahli Jawatankuasa PIBG telah diadakan sebanyak 2 kali. 1.1 Mesyuarat AJK PIBG kali pertama 1.2 Mesyuarat PIBG kali ke-2 2. Kegiatan lain / Aktiviti PIBG 2.1 Mengadakan mesyuarat Agung PIBG kali ke-37 2.2 Penyediaan prasarana keceriaan kelas 2.3 Meraikan Sambutan Hari Guru 2.4 Sambutan Maulidur Rasul 2.5 Ziarah santuni murid 2.6 Temasya Sukan Sekolah Laporan Aktiviti TahunanPIBG Sesi 2022/2023
20 Penyata Kewangan
2211 Bil. Usul Pembawa Usul Tindakan 1. Pembawa Usul : Aweena Binti Anwar Mohon yuran PIBG dapat dikurangkan/dikecualikan kerana kos hidup yang terlalu tinggi terutamanya kepada golongan B40 & ke bawah. Akan diterangkan semasa mesyuarat PIBG kali ke-38 2. Pembawa Usul : Nor Ayshah binti Mohamed Mohon Pengawal Keselamatan hanya membenarkan kenderaan untuk turunkan pelajar sahaja di laluan jalan raya ke-2. Manakala laluan pertama bagi kenderaan untuk parking & laluan ke-3 untuk kenderaan jalan. Ini bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas setiap pagi. Jawapan: Skop kerja pengawal keselamatan tidak meliputi kawasan luar sekolah. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 3. Pembawa Usul : Ahmad Harteem Harris bin Hamidy Minta pihak sekolah pertimbangkan penambahan bilangan kelas supaya anak murid lebih diberi perhatian di dalam kelas. Dan juga, pantau jualan di ‘bookshop’ supaya tidak menjual selain alat tulis dan perlatan persekolahan. Pantau juga harga makanan dan minuman di kantin sekolah. Jawapan: 1. Bilangan kelas tertakluk pada waran yang diluluskan oleh pihak KPM. 2. Isu kedai buku dan kantin sekolah adalah dalam makluman dan akan diambil tindakan serta pemantauan. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 4. Pembawa Usul :Abd Halim Bin Yusof Menggunakan Google classroom sedia ada untuk guru ‘share homework’ yang diberikan mengikut subjek setiap hari bagi memudahkan ibubapa menyemak sama ada telah selesai atau tidak. Ianya juga memudahkan jika ada anak-anak yang tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit dan sebagainya untuk menyiapkan ‘homework’. Jawapan: Pada masa kini pihak sekolah menggunakan platform ‘whatsapp’ masing-masing. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru Usul -usul
22 Bil. Usul Pembawa Usul Tindakan 5. Pembawa Usul :Rathika I noticed that during rainy day, the back gate was not opened. The small gate that lead to bus stop. I saw many students got wet when they get into school van and cars. There is no point of having the covered pedestrian walk when the small gate was not open for the students to get into their respective transports. Appreciate the security open up the gate access only on rainy days. Thanks Jawapan: Aspek kawalan murid, masuk dan keluar kawasan sekolah adalah dalam ketetapan pihak sekolah. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 6. Pembawa Usul : Roziee bte Ghazali 1) Makanan di kantin mahal dan mutu kebersihan tidak memuaskan. 2) keselamatan murid-murid semasa melintas jalan perlu dititikberatkan. Jawapan: Pihak sekolah akan mengambil tindakan dan pemantauan. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 7. Pembawa Usul : Intan Nor Farizza binti Abd Majid 1. Mohon pihak sekolah cakna tentang kemudahan tandas murid yang kotor dan berbau. Kadangkala murid terpaksa menahan buang air kerana masalah tandas yang kotor. 2. Cadangan agar pihak sekolah mengadakan Majlis Apresiasi Kecemerlangan Akademik bagi menghargai usaha murid yang berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Walaupun UPSR telah dimansuhkan, tidak bermakna usaha murid perlu dipandang sepi. Anugerah sebegini boleh dijadikan motivasi buat murid-murid lain juga. Jawapan: 1. Dalam makluman dan tindakan sekolah. Seterusnya dalam masa yang sama murid juga diminta menggunakan tandas dengan cara yang betul. 2. Pihak sekolah akan mengadakan Majlis Asperasi Kecemerlangan sesi 2024. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 8. Pembawa Usul : Maslamah Sirun Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan untuk membuat pusingan ‘U turn’ di depan kawasan sekolah. Jawapan: Pihak sekolah mohon ibu bapa memainkan peranan penting dalam kesedaran peraturan lalu lintas. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru
2323 Bil. Usul Pembawa Usul Tindakan 9. Pembawa Usul : Azriq bin Ramli Penyediaan loker untuk setiap murid darjah 3 ke atas. Akan diterangkan semasa mesyuarat PIBG kali ke-38 10. Pembawa Usul : Masita binti Abas Kurangkan hari latihan sukan dan memberi peluang murid membuat pilihan untuk badan beruniform. Jawapan: 1. Pihak sekolah memberi peluang kepada murid membuat pilihan untuk badan beruniform, namun tertakluk kepada jumlah yang dihadkan untuk setiap unit beruniform. 2. Latihan sukan bagi murid yang terpilih (wakil sekolah) hanya dilaksanakan pada jangka masa yang tertentu sahaja. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 11. Pembawa Usul : Norhashikin binti Esam Kepentingan kebersihan atau pengendalian makanan yang bersih di kantin sekolah agar anak-anak tidak keracunan makanan. Jawapan: Dalam makluman dan tindakan pihak sekolah. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 12. Pembawa Usul: Nurhidayah Binti Rahim Barangan di ‘bookshop’ dan harga makanan kantin dipantau. Terima Kasih. Jawapan: Dalam makluman dan tindakan pihak sekolah. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 13. Pembawa Usul: Salmiah binti Johari 1. Mohon pihak sekolah dapat meringankan beban anak ke sekolah, kerana beg terlalu berat dengan buku-buku yang dibawa ke sekolah. Cadangan, mungkin cikgu subjek boleh memegang buku tulis dan aktiviti murid sahaja. 2. Mohon pihak sekolah memaklumkan kepada pihak kantin supaya dapat mengembalikan duit kepada murid sekiranya murid-murid ada membuat pembelian dengan menggunakan duit seperti RM5 dan RM10. Jawapan: Dalam makluman dan tindakan pihak sekolah selanjutnya. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru
24 Bil. Usul Pembawa Usul Tindakan 14. Pembawa Usul: Norhasikin Binti Saad Saya berharap agar pihak sekolah dapat berbuat sesuatu berkenaan beg sekolah murid yang menjadi beban kepada murid-murid kerana berat. Keadaan beg sekolah juga cepat rosak atau putus talinya kerana berat. Saya harap usul ini dapat di ketengahkan. Jawapan: Dalam makluman dan tindakan pihak sekolah selanjutnya. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 15. Pembawa Usul: Syafiq bin Suliman Melakukan renovasi padang sekolah dan juga dewan sekolah Akan diterangkan semasa mesyuarat PIBG kli ke-38 16. Pembawa Usul: Liana binti Alias Saya harap ibu bapa murid tahun 1 terutamanya beri anak sedikit bekal duit saku bagi mengelakkan anak-anak meminta atau mengambil duit anak-anak lain untuk membeli apa yang mereka inginkan. Saya faham ada segelintir ibu bapa yang mahukan anak makan makanan sihat dari rumah tetapi kita juga perlu tahu keinginan anak yang masih kecil lebih suka membeli. Ini bagi mengelakkan budaya ambil hak anak yang lain. Sekadar berkongsi pandangan atau kita juga boleh saling memberi peringatan kepada anak-anak kecil ini dengan kekerapan yang mungkin supaya tidak meminta atau mengambil barang rakan-rakan. Maaf jika ada khilaf dari pihak saya. Jawapan: Pandangan peribadi. Mohon dalam makluman semua ibu bapa. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 17. Pembawa Usul: Nurfarzita Rohaizad Saya mencadangkan masa sukan sekolah nanti letakkan khemah lebih untuk ibu bapa berteduh. Jawapan: Pihak sekolah ambil maklum dan tindakan akan diambil. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 18. Pembawa Usul: Noor Lyani Binti Nor Azmi Penambahbaikan kemudahan dan aktiviti murid secara berkumpulan, memupuk semangat berkumpulan dan berpasukan. Jawapan: Pandangan diterima. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru
25 25 Bil. Usul Pembawa Usul Tindakan 19. Pembawa Usul: Nana Goh Kai Yen I hope there will be a guard to take care the kids to cross the road in the morning and going back time. Jawapan: Skop kerja pengawal keselamatan tidak termasuk kawalan lalu lintas. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 20. Pembawa Usul: Ahmad Harteem Harris bin Hamidy Diharap pihak sekolah dapat sediakan lebih ‘security guard’ yang menjaga di bahagian pintu pra sekolah pada waktu pulang dan di bahagian ‘parking’ guru sebelah belakang ‘bookshop’ dan seterusnya diharap agar pihak sekolah dapat memberikan keselesaan terutamanya tandas yang lebih bersih, menyediakan lebih banyak tempat duduk di kantin sekolah. Jawapan: 1. Pihak sekolah tertakluk pada waran KPM jumlah pengawal keselamatan. 2. Berkenaan dengan kebersihan tandas adalah dalam makluman dan tindakan pihak sekolah. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 21. Pembawa Usul: Radziah binti Ishak Saya mencadangkan supaya ada seorang petugas menjaga lalulintas untuk anak-anak melintas jalan semasa waktu masuk sekolah (pagi) dan pulang dari sekolah (tengahari). Ini adalah tentang keselamatan anak-anak sekolah SKST dimana telah terjadi satu kemalangan, sebuah kereta awam tidak berhenti dan memandu laju sehingga anak murid SKST jatuh ke lantai jalanraya dan hampir meragut nyawa. Ada juga beberapa kenderaan awam tidak mahu berhenti ketika isyarat lampu berwarna merah tanpa mempedulikan murid-murid dan ibu bapa yang ingin melintas jalanraya. Saya berharap pihak sekolah dan PIBG memandang serius tentang kejadian tersebut. Demi keselamatan anak-anak SKST saya mohon sangat usul saya diterima sebelum sebarang kejadian berlaku sehingga meragut nyawa. Semoga anak-anak SKST dilindungi oleh Allah swt . Akan diterangkan semasa mesyuarat PIBG kali ke-38 22. Pembawa Usul: Jamal ab Nasir Buku tulis sekolah dan baju sukan sekolah harap dimurahkan, beli dekat kedai luar murah sangat Jawapan: Tiada sebarang paksaan untuk membeli peralatan sekolah di kedai buku sekolah. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru
26 Bil. Usul Pembawa Usul Tindakan 23. Pembawa Usul: Nor Izwan bin Kamarudin Harga makanan yang dijual di kantin mahal dan tidak bersesuaian dengan Kuantiti. Harap guru-guru sedia maklum. Jawapan: Dalam makluman dan tindakan sekolah. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 24 Pembawa Usul: Muhammad Aidil Bin mustapa Pengawal yang menjaga lalu lintas di ‘trafitlight’ di hadapan lintasan sekolah. Jawapan: Usul berulang. Sila rujuk usul nombor 19. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 25. Pembawa Usul: Norfazlina binti Ibrahim Mohon pihak sekolah untuk adakan sekurang-kurangnya satu cctv berkualiti tinggi (melalui kementerian pendidikan / majlis) di bahagian "zebra crossing" bagi pemantauan serta menjadi bahan bukti rakaman sekiranya berlakunya kemalangan seperti yang pernah terjadi sebelum ini. Akan diterangkan semasa mesyuarat PIBG kali ke-38 26. Pembawa Usul: Nasliza Mohd Kasim Memperbaiki komunikasi dan kerjasama antara guru dan Ibu bapa dalam menyalurkan maklumat untuk menyiapkan kerja sekolah bagi murid yang tidak sempat menyalin atau tidak hadir, terutamanya kerje yang harus disalin di papan putih hendaklah diperbaiki bagi memudahkan Ibu bapa memantau kerja sekolah anak-anak. Memandangkan teknologi semakin canggih berbanding zaman kami bersekolah tiada telefon bimbit, tiada computer malah ada yang tiada telefon di rumah. Harap komunikasi semakin pantas. Tapi ada guru-guru yang sangat membantu Ibu bapa dan kami sangat-sangat berterima kasih. Jawapan: Penambahbaikan akan dilakukan namun kerjasama ibu bapa amat diharapkan untuk menangani isu ini. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 27. Pembawa Usul: Haziane binti Sabin Meletakkan kerusi/bangku dibahagian luar kelas pendidikan khas untuk memudahkan murid PPKI memakai kasut. Jawapan: Penambahbaikan akan dilakukan Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru
27 27 Bil. Usul Pembawa Usul Tindakan 28. Pembawa Usul: Ismail bin Md Tajudin 1. Penambahbaikan bilik darjah. Meja dan kerusi tidak berada dalam keadaan baik sempurna. Kutipan dana segera diperlukan. 2. Mengembalikan ujian bulanan bagi core subjects seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Jawapan: 1. Peranan PIBG dan KSIB kelas sangat dialu-alukan. 2. Pelaksanaan PBD adalah secara berterusan dan tidak berkala. Pihak sekolah menjalankan ujian mengikut penggal. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 29. Pembawa Usul: Nur Farhanah Ibu bapa perlu uruskan pengangkutan pulang anak-anak dengan baik. Terdapat murid yang menunggu di luar pagar kerana ibu bapa menyuruh mereka berada diluar pagar sekolah dimana ia membahayakan keselamatan murid. Ibu bapa juga perlu bertanggungjawab jika menghantar anak ke sekolah yang jauh daripada rumah. Tidak menyusahkan guru untuk mengatur/ menghantar/ mengambil murid ketika pergi dan pulang sekolah. Anak anda tanggungjawab anda. Jadilah ibubapa yang bertanggungjawab. Jawapan: Pihak sekolah mohon semua ibu bapa dapat memainkan peranan masing-masing. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru 30. Pembawa Usul: Mohd Khairul Na’im bin Mohd Sudin Mohon jasa baik pihak sekolah untuk baik pulih tandas terutamanya pintu tandas yang rosak untuk keselesaan dan keselamatan murid. Jawapan: Pihak sekolah ambil maklum dan tindakan akan diambil. Telah dibincangkan dalam Mesyuarat Guru
28 ANALISIS TAHAP PENGUASAAN UJIAN AKHIR SESI AKADEMIK SESI 2022/2023 SK SRI TEBRAU Pencapaian Akademik
29 29
30 Pencapaian Kokurikulum PERINGKAT ANTARABANGSA ASEAN JUMP ROPE CHAMPIONSHIP BANGKOK 9 GOLD 4 SILVER 7 BRONZE PERTANDINGAN STEM-HKIMO HEATS 2022 BRONZE PERINGKAT KEBANGSAAN PERTANDINGAN LOMPAT TALI KEBANGSAAN SEMPENA HARI SUKAN NEGARA 2 GOLD 2 BRONZE PERTANDINGAN VIRTUAL SUKAN LOMPAT TALI PRESTASI TINGGI PERINGKAT KEBANGSAAN 20 GOLD 5 SILVER 4 BRONZE PERTANDINGAN LOMPAT TALI TAIWAN EXCELLENCE 1 SILVER 2 BRONZE PERTANDINGAN STEM-TECHNOVATION TEMPAT KE-3 PERTANDINGAN STEM-TECHLYMPICS ANUGERAH PENYERTAAN TERBANYAK PERTANDINGAN STEM-CODE WAR GOLD PERTANDINGAN ROBOTIK-KOMPUTASI KANAK-KANAK TEMPAT KE-5
31 31 PERTANDINGAN STEM- ASIAN SCIENCE AND MATHS OLYMPIAD (ASMO) 2 SILVER 1 BRONZE PERTANDINGAN STEM- OLYMPIA MATHEMATIC COMPETITION (OMC) 1 GOLD 3 SILVER 1 BRONZE PERTANDINGAN STEM -DESIGN ROCKET TO SPACE TEMPAT KE-4 PERINGKAT NEGERI PERTANDINGAN STEM-CETAKAN 3D JOHAN PERTANDINGAN STEM-BRIDGE BUILDING TEMPAT KE-5 PERTANDINGAN STEM- ASIAN SCIENCE AND MATHS OLYMPIAD (ASMO) 1 SILVER 1 BRONZE
32 Guru Besar, Yang Dipertua PIBG dan Ahli Jawatankuasa PIBG Sekolah Kebangsaan Sri Tebrau, Johor Bahru Merakamkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada: Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru (PPDJB) Jabatan Pelajaran Negeri Johor (JPNJ) Ibu bapa dan penjaga murid-murid SKST Guru-guru dan kakitangan SKST Pengusaha kantin SKST serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan majlis ini. Berbudi Sepanjang Masa
33