2 Perkara yang perlu dibincangkan:- 1. Semua presentation Mahjong/Manila Kad dah ready ye ikut masing-masing punya bahagian? 2. Ada dua pilihan untuk presentation (boleh pilih mana yang sesuai) A. Iman sorang akan baca semua dan Ain akan point mahjong/manila kad dan Firas/Adriena/Dhiya akan berlakon sahaja ikut point B. Babak 1 (Latar Belakang) dan Babak 2 (Kronologi) sahaja ada lakonan Babak 3 (Asal Usul Melaka – gilir2 baca) , Babak 4 (Kepimpinan Firas baca) , Babak 5 – (Kesan Adriena baca) dan Babak 6 (Menghargai Pemimpin – Dhiya baca) 3. Skript tak perlu hafal, baca sahaja point yang ada dalam slide ini. 4. Semua ok dan dah ready ke? ☺
Dikenali sebagai Sultan Iskandar Syah (setelah memeluk Islam) • Seorang berketurunan raja kerajaan Melayu dari Palembang. • Baginda telah cuba melepaskan kerajaannya daripada penguasaan Majapahit tetapi gagal. • Baginda memeluk agama Islam apabila berkahwin dengan Puteri Ratna. • Baginda mangkat ketika berumur 70 tahun dan telah dikebumikan di Tanjung Tuan (1344 – 1414). Prepared by : Ain
• Setelah gagal melawan Majapahit, Parameswara telah melarikan diri ke Temasik, iaitu nama lama Singapura bersama keluarga dan pengikutnya. • Gabenor Melayu dari Patani yang dilantik oleh raja Siam iaitu Temagi menyambut baik kedatangan Parameswara ke Temasik. • Parameswara telah membunuh Temagi kerana baginda ingin menjadi pemerintah di situ kerana Temasik berkembang maju. • Parameswara berjaya menjadi pemerintah Temasik selama 10 tahun (1389 – 1398). • Kerajaan Siam berasa marah dengan peristiwa tersebut lalu ingin menyerang Parameswara lantas baginda berundur ke Muar. Prepared by : Iman
• Parameswara menetap di Muar. Namun begitu, baginda mendapati Muar tidak begitu sesuai dijadikan kerajaan. • Parameswara bersama pengikutnya meneruskan perjalanan ke utara sehingga sampai ke Sening Ujung. • Parameswara meletakkan seorang menteri di situ dan meneruskan perjalanannya ke arah utara. • Parameswara dan pengikutnya tiba di Sungai Bertam. • Terdapat perkampungan Orang Laut atau nelayan daripada puak kaum Seletar. Prepared by : Iman
• Di Sungai Bertam, Parameswara berburu bersama-sama para pembesarnya. • Baginda kemudian berhenti berehat dan bersandar pada sepohon pokok yang rendang. • Tiba-tiba muncul seekor pelanduk putih yang dikejar oleh anjing perburuan baginda. • Baginda amat terkejut melihat pelanduk tersebut menendang anjing perburuannya sehingga jatuh ke dalam sungai. • Parameswara percaya bahawa tempat tersebut amat bertuah dan ingin menjadikannya sebagai sebuah negeri. Prepared by : Iman
Lakonan : Firas, Dhiya, dan Adriena
• Menurut Sejarah Melayu, Melaka diberi sempena nama pokok Melaka dimana Parameswara bersandar. • Menurut Bahasa Sanskrit, Melaka mendapat nama daripada sejenis pokok iaitu Amalaka yang bermaksud buah yang masam. • Pedagang Arab memanggil Melaka sebagai Malakat iaitu perhimpunan segala dagang. • Menurut Suma Oriental, nama Melaka berasal daripada perkataan Malaqa yang bermaksud tempat perlindungan. Prepared by : Ain
Baginda menjadikan Melaka sebagai bandar pelabuhan yang terkenal. • Bermuafakat: Sentiasa berbincang dengan para pembesar sebelum mengambil sesuatu keputusan. • Berpandangan jauh: Mengadakan hubungan diplomatik dengan kerajaan Siam dan China. • Gigih: Parameswara gigih membangunkan Melaka melalui aktiviti perdagangan Prepared by : Firas
• Gelaran Sultan – Pemerintah Melaka ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran Sultan. • Sistem Pentadbiran Istana – Parameswara mewujudkan jawatan pembesar, bentara, dan biduanda • Sistem Pentadbiran Kerajaan – Pentadbiran bermula dengan kerajaan, negeri, jajahan, mukim dan kampung. • Agama Islam – Merupakan agama rasmi semasa Kesultanan Melayu Melaka. • Hubungan Diplomatik – Kesultanan Melayu Melaka menjalinkan hubungan diplomatik dengan Kepulauan Melayu, Kalinga, China dan Siam. Prepared by : Adriena
• Kita wajib mengenang jasa tokohtokoh terdahulu. • Mereka telah berkorban masa dan tenaga demi tanah air. • Dengan menghargai sumbangan pemimpin, kita dapat memupuk semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat. • Ia juga dapat mendidik masyarakat mempunyai perasaan rela berkorban demi negara. • Kita juga seharusnya mencontohi sifat-sifat terpuji yang dimiliki oleh tokoh-tokoh terbilang. Prepared by : Dhiya