Cici Yang Nakal Cici Yang Nakal AINA NABILA
Di dalam hutan yang subur dan indah, terdapat sekumpulan anak kucing yang sedang bermain dengan gembira. Mereka tinggal bersama ibu mereka di sebuah pondok kecil di pinggir hutan. Terdapat seekor anak kucing yang nakal bernama Cici. Cici seekor anak kucing berbelang hitam dan putih. 1
2
Pada suatu hari, Cici mengikut ibunya mencari makan di dalam hutan. Sebelum itu, ibu Cici berpesan supaya tidak berjauhan dengan ibunya. “Cici, kamu jangan duduk jauh dengan ibu ya”. Cici hanya mendengar sahaja bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 3
4
Ketika ibunya sedang mencari makanan, Cici terlihat seekor rama-rama yang sedang terbang. Tanpa mendengar nasihat ibunya, Cici terus mengejar rama-rama itu untuk menangkapnya. 5
6
Tiba-tiba, Cici tersedar bahawa ibunya telah tiada. “Eh, di manakah jalan pulang? Di manakah ibu?”. Cici terus berjalan mencari ibunya yang hilang. Cici mula berasa takut dan sedih. 7
8
Setelah Cici berjalan dengan lama, akhirnya Cici bertemu dengan seekor burung hantu. “Wahai anak kucing yang comel, mengapakah kamu bersendirian di sini?” tanya burung hantu itu kepada Cici. “Aku ingin mencari ibuku”. Kata Cici sambil menangis. 9
10
Kemudian, burung hantu itu memberitahu Cici bahawa dia akan membantu Cici mencari ibunya. “Aku akan membantu kamu untuk pulang”. Kata burung hantu itu. Selepas itu, burung hantu terbang dan menyuruh Cici mengikutinya. “Ikutlah aku wahai anak kucing”. Kata burung hantu kepada Cici. 11
12
Dengan bantuan burung hantu itu, akhirnya Cici berjaya pulang ke pondok kecil. Ibu kucing dan adik-beradiknya sangat gembira melihat Cici pulang dengan selamat. “Terima kasih burung hantu”. Kata Cici kepada burung hantu. “Sama-sama”. Jawab burung hantu. Sejak itu, Cici tidak mahu lagi bersikap degil dan tidak mendengar nasihat ibunya. Akhirnya, Cici tidak nakal lagi. 13
14
PENGAJARAN Kita mestilah mendengar nasihat ibu dan bapa kita agar kita tidak akan menyesal di kemudian hari. 1. Kita mestilah menolong orang yang berada dalam kesusahan. 2. Kita mestilah mengucapkan terima kasih kepada orang yang telah menolong kita. 3. 15
GLOSARI bagai masuk telinga kanan keluar telinga kiri. 1. Maksudnya: Tidak mendengar dan mengingat nasihat. 16
B U R U N G H A N T U H C S Q U I R R E E J C I N A K A L M A R E K O S R Y A P W K B H A U R T E Z S K A A B A F C N J C L H I N H G R A I N A R A M A R A M A E N D C O P U H E D G E H G G K W B S R T U X S W Q Y E C H H U T A N T A D Z T SUDUT AKTIVITI CARI PERKATAAN DI BAWAH NAKAL HUTAN KUCING BURUNG HANTU TERBANG RAMA-RAMA 17
SINOPSIS Buku ini menceritakan tentang seekor anak kucing yang nakal dan tidak mendengar nasihat ibunya. Sikap nakal dan tidak mendengar nasihat itu telah menyebabkan anak kucing yang bernama CIci sesat di dalam hutan. Dengan bantuan burung hantu, akhirnya anak kucing itu berjaya pulang dan bertemu dengan ibunya.