E-MAJALAH
SESI 1: 2022/2023
MPU21032
JABTAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
JABATAN KEJURUTERAAN MEKANIKAL
PENGHAYATAN
ETIKA DAN
PERADABAN
TOPIK 5;
PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK
DI MALAYSIA
5.1 SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN
DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
ENCIK THOHIR BIN BAHADOR
1
ISI KANDUNGAN
PENGENALAN
2
PERADABAN PRIBUMI ALAM MELAYU
4
PERADABAN ASIA
6
PERADABAN BARAT
9
PERADABAN GLOBALISASI
11
PEMBENTUKAN PERADABAN MAJMUK
14
PERADABAN BERIDENTITKAN MALAYSIA
24
PERKEMBANGAN SEJARAH ALAM MELAYU
29
KESIMPULAN
30
RUJUKAN
31
2
AHLI
KUMPULAN
FATIN NABIHA BINTI MOHAMAD NIZAM
18DKM201032
NURUL SYAFIQAH SYARAFANA BINTI SHAHRUDIN
18DKM20F1038
NURUL A’IN ADILLA BINTI AZIZAN
18DKM20F1017
NURIN WIRDANI BINTI BASHARUDIN
18DKM20F1005
MUHAMMAD DANISH BIN KHAIRUL NIZAM
18DKM20F1095
3
PENGENALAN
Latar belakang pembinaan peradaban majmuk di
Malaysia tidak wujud tanpa sejarah atau titik permulaan.
Ianya adalah hasil gabungan daripada beberapa peradaban
besar dunia yang terjalin melalui perjalanan sejarah di alam
Melayu. Selama ribuan tahun peradaban ini didahului oleh
peradaban Pribumi Alam Melayu, kemudiannya muncul
peradaban Asia yang terdiri daripada peradaban India, Cina
serta Timur Tengah dan seterusnya peradaban dari Barat.
Peradaban ini akhirnya terus berkembang dengan pengaruh
oleh ‘peradaban Globalisasi’ yang merupakan kacukan
pelbagai punca peradaban tanpa sempadan melalui jaringan
digital yang kompleks.
Pembinaan peradaban yang beridentitikan Malaysia
bermula dengan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
pada tahun 1957 melalui usaha mewujudkan Negara-Bangsa
yang didahului oleh pembinaan Negara bercirikan satu
wilayah, satu perlembagaan dan satu kewarganegaraan.
Negara mewujudkan beberapa institusi utama seperti sistem
birokrasi negara, Pelan Pembangunan Lima Tahun dan
sebagainya. Pembangunan ekonomi mendahului pembinaan
Bangsa. Oleh itu, pembinaan bangsa menyusul, antaranya
melalui institusi sistem politik kepartian dan pilihan raya.
Dalam konteks ini telah wujud beberapa "Bangsa Idaman"
yang menguasai wacana politik di Malaysia. Usaha membina
peradaban beridentitikan Malaysia sangat mencabar dan
perlu dikupas dan didebatkan. 4
SEJARAH SOSIAL
5
KESAN PERADABAN
PRIBUMI ALAM MELAYU
Kesan daripada pertembungan dan kemasukan
pengaruh asing, masyarakat dan budaya Melayu telah
mengalami perubahan khususnya terhadap
pengembangan bahasa Melayu. Selain itu, fenomena
yang disebut sebagai imperialisme budaya ini turut
berlaku di Alam Melayu yang terkenal sebagai
kawasan strategik antara Timur dan Barat, pusat
perdagangan entrepot dan aktiviti keagamaan. Walau
bagaimanapun, interaksi yang berlakukan adalah
sesuatu yang positif apabila hasil daripada
pertembungan ini memperlihatkan kecenderungan
dalam memperkayakan bahasa dan kebudayaan.
Maka berlakulah penyerapan kosa kata pinjaman
daripada pelbagai bahasa dan budaya. Antaranya
bahasa Inggeris, Arab, India, Cina, Portugis, Belanda
dan lain-lain.
6
PERADABAN
ASIA
(India, China, Timur Tengah)
• Sejarah Asia dapat dilihat sebagai
kolektif dari tiga kawasan pesisir benua
Asia iaitu Asia Timur (Cina) , Asia TEMBOK BESAR
Selatan(India) , dan Timur Tengah yang CINA
dihubungkan oleh ,bentangan stepa
yang luas di pedalaman Eurasia.
Kawasan-kawasan pesisiran adalah
tempat lahirnya peradaban-peradaban
terawal di dunia.
• Di setiap kawasan pesisir peradaban
umat manusia tumbuh dan berkembang
di sekitar lembah-lembah sungai yang
subur. Tanah dilembah-lembah sungai
yang subur ini kaya dengan unsur hara
(sumbernutrisi) sehingga dapat ditanami
dengan pelbagai jenis umbi-umbian.
PUSAT PERADABAN
• Peradaban-peradaban yang tumbuh
di Mesopotamia, Lembah Sungai Indus INDIA
dan Tiongkok memiliki banyak
persamaan dan agaknya saling bertukar
teknologi serta gagasan misalnya
matematik dan roda. Hasil budaya lain
seperti tulisan berkembang secara
tersendiri dikawasan masing-masing.
Kota-kota, negara-negara dan empayar-
empayar berkembang di lembah-lembah
sungai yang subur di kawasan persisiran
tanah ini.
7
PETA ASIA
4 PENEMUAN BESAR DI TIONGKOK
Kawasan pedalaman dan kawasan persisiran
dipisahkan oleh gunung-gunung dan gurun-gurun,
Pergunungan Kaukasus, Pergunungan Himalaya, Gurun
Karakum dan Gurun Gobi merupakan rintangan alam
yang hanya dapat dilanggar oleh para pengembara dari
stepa dengan bersusah-payah. Walaupun sudah jauh
lebih maju di bidang teknologi dan budaya, penduduk
bandar tidak mampu berbuat banyak untuk
mempertahankan diri terhadap serangan gerombolan
berkuda dari stepa. Tetapi, kawasan persisiran tidak
memiliki bentangan rumput yang cukup luas untuk
menampung pasukan berkuda dalam jumlah yang besar.
Setelah menakluki negeri-negeri di Timur Tengah , para
pengembara berkuda terpaksa menyesuaikan diri dengan
cara hidup masyarakat setempat.
Penemuan serbuk mesiu (serbuk letupan) di
Tiongkok pada abad Pertengahan menjadi perintis
kemajuan dalam cara-cara berperang melalui
penggunaan senjata api.
8
PERKEMBANGAN PERADABAN ASIA
(India, China, Timur Tengah)
Perkembangan peradaban Asia turut mempengaruhi
pembinaan bangsa dan negara di Malaysia. Kedatangan
masyarakat India, Cina dan pedagang Arab dari Timur
Tengah telah membawa kepelbagaian adat dan budaya dan
pegangan agama. Kepelbagaian ini merupakan satu
keistimewaan yang ada pada negara in namun perlu
diuruskan dengan baikagar keharmonian bangsa dapat
dikukuhkan setiap masa.
Kedatangan orang India dan Cina ke Malaysia adalah
hasil usaha pihak penjajah yang membawa mask pekerja
asing bagi memenuhi keperluan ekonomi. Peradaban
mereka merupakan waris peradaban asal mereka dinegara
asal. Apabila tiba di Malaysia, mereka bertembung dengan
peradaban tempatan termasuk peradaban barat dan
Melayu.
9
PERADABAN
BARAT
10
Peradaban Barat hasil penjajahan kolonial Barat yang dilalui
oleh negara ini tidaklah ketara berlaku memandangkan tempoh
kependudukan British dalam negara khususnya dalam rangka
sejarah kebudayaan di Nusantara ini tidak lama, namun pengaruh
corak masyarakat kolonial itu meninggalkan satu kesan walaupun
mungkin tidak mendalam. Kedatangan orang Eropah kealam
Melayu ini telah bermula selepas tumbuhnya peradaban Islam di
rantau ini, tetapi masyarakat kolonial tidak tumbuh serentak di
alam Melayu ini.
Semasa pemerintahan kolonial Barat khususnya
pemerintahan British, penyebaran agama Kristian di Tanah
Melayu pada zaman tersebut tidaklah begitu ketara. Beberapa
kawasan penempatan awal British dapat dilihat melalui
peninggalan bangunan bersejarah seperti di Pulau Pinang,
Melaka dan Singapura. Peradaban Barat mulai memberi
pengaruh kepada penduduk tempatan selepas mencapai
kedudukan di Alam Melayu ini.
Di Tanah Melayu khususnya, pengaruh peradaban Barat
lebih kepada pengaruh bidang material, dan kesannya luaran
sahaja. la banyak mempengaruhi kebudayaan dan institusi-
institusi sosial sahaja. Namun begitu ajaran Islam tetap menjadi
pegangan masyarakat tempatan. Antara pengaruh peradaban
Barat di Tanah Melayu dapat dilihat melalui sistem pendidikan,
kewujudan masyarakat majmuk, perubahan dari segi budaya,
kemunculan bandar-bandar mode dan keperluan-keperluan asas
infrastruktur di bandar seperti jalanraya, keretapi, telefon,
telegraf, eletrik dan bekalan air bersih. Ini semuanya dinikmati
ole masyarakat bukan melayu yang tinggal di bandar-bandar
terutamanya para pegawai British dan peniaga Cina.
11
PERADABAN
GLOBALISASI
Globalisali menurut Kamus
Dewan ialah fenomena yang
menjadikan dunia kelihatan kecil
dari segi perhubungan manusia
disebabkan pantasnya
perkembangan teknologi
maklumat. la juga merupakan
era dunia tanpa sempadan yang
berlaku hasil interaksi dan
jaringan peradaban yang
merentasi benua dan sempadan
negara.
Globalisasi berlaku melalui
pemodenan dalam pelbagai
bidang kehidupan,
perkembangan teknologi
maklumat dan informasi seperti
komputer dan telefon pintar
yang mempunyai talian internet
serta penggunaan media sosial
yang berleluasa seperti
Facebook, WhatsApp dan lain-
lain.
12
Peradaban globalisasi membawa pengaruh yang besar dalam pelbagai
aspek kehidupan merentasi bidang politik, ekonomi, sosio-budaya
termasuklah perkembangan bidang ilmu dan pemikiran Perkembangan
peradaban global in turut menjadi penyumbang kepada pembentukan
peradaban majmuk di Malaysia. Chandra Muzaffar (1998) telah
menyenaraikan lapan kebaikan dan lima keburukan globalisasi iaitu:
PENGARUH GLOBALISASI TERHADAP PERADABAN
KEBAIKAN
GLOBALISASI
KEBURUKAN
GLOBALISASI
13
KATA-KATA TOKOH TERHADAP
PERADABAN GLOBALISASI
Sama ada sesatu kumpulan manusia itu
beragama Hindu, Buddha, Kristian atau Islam,
sama ada dari Barat, Timur, Utara atau Selatan,
sama ada berkulit hitam, putih, coklat atau
kuning, jelaslah bahawa dalam zaman
teknologi maklumat ini, sesiapa pun tidak
boleh menafikan keperluan "peradaban" oleh
dunia. Peradaban harus diiktiraf sebagai
idealisme matlamat dan objektif kebahagiaan
hidup masyarakat dunia dan tidak ada pihak
yang boleh menafikan sumbangan peradaban
yangmembina kemajuan dan kesejahteraan
umat manusia keseluruhan”.
Tan Sri Dato’ Musa Hitam
14
PEMBENTUKAN
PERADABAN MAJMUK
Pembentukan peradaban majmuk ialah gabungan
atau campuran beberapa peradaban yang membentuk
peradaban beridentitikan Malaysia.Peradaban Melayu
menjadi teras kepada peradabanmajmuk Malaysia.
Setelah kemasukan para pedagang dari India, China dan
Timur Tengah telahmembuka ruang interaksi dan jaringan
peradabanyang lebih luas di Tanah Melayu. Kemudian,
iadisusuli dengan kemasukan kuasa penjajah Baratseperti
Portugis, Belanda dan Inggeris yang telahmembawa
kepada berlakunya interaksi dan jaringanperadaban yang
lebih rencam. Episod penjajahanInggeris telah membawa
lebih ramai pekerja asing dari India dan China telah
memungkinkanberlakunya pengukuhan peradaban India
dan China.
Hari ini, di era globalisasi, peradaban majmuk
telahmembawa berlakunya kacukan pelbagai punca
peradaban tanpa sempadan melalui jaringan digitalyang
kompleks. Kesemua pengaruh peradaban luar ini telah
membentuk peradaban majmuk di Malaysiahari ini.
15
KESAN NILAI MASYARAKAT MAJMUK
DI MALAYSIA MENARIK PERHATIAN
WARGA ASING LUAR NEGARA
•Nilai masyarakat majmuk yang telah
ditunjukkan oleh rakyat Malaysia telah
memberi kesan kepada negara-negara
luar. Antaranya ialah hubungan harmoni
antara pelbagai kaum yang sangat rapat.
Lebih-lebih lagi dapat kita lihat pada
musim perayaan misalnya Hari Raya
Aidilfitri. Ramai di antara masyarakat
melayu menyambutnya dengan
melakukan rumha terbuka secara
besaran atau kecilan. Mereka juga akan
menjemput jiran tetangga mereka
walaupun berlainan kaum dan agama
untuk sama-sama memeriahkan lagi
aktiviti tersebut.
•Begitu juga apabila tibanya perayaan
Hari Raya Cina, Thaipusam, Deepavali
dan Krismas. Ia antara amalan yang
berjaya memupuk semangat muhibah
dan perpaduan. Jadi, dengan sikap
saling menghormati dan melengkapi,
rakyat Malaysia inilah memberi kesan
kepada warga asing luar negara bahawa
sesebuah megara itu boleh hidup
dengan aman damai walaupum
memiliki kepelbagaian kaum sekiranya
mereka menjalinkan hubungan yang
harmoni dan saling menghormati antara
satu sama lain.
•Selain itu, semangat perpaduan dan
patriotism yang tinggi dalam masyarakat
Malaysia sangat memberikan kesan
positif kepada hampir semua negara di
dunia. Sudah cukup untuk dilihat
semangat perpaduan rakyat tanpa
mengira kaum ketika menyambut Hari 16
Kemerdekaan.
• Satu video di media sosial telah
mendapat perhatian netizen dimana
video tersebut menunjukkan dua
orang mat salleh turut membantu
dalam misi membershikan rumah
mangsa banjir. Video itu dimuat naik
oleh beliau sendiri. Beliau berkongsi
tentang penglibatan dirinya dan • “Pada hari ketiga, kami ke Ulu
seorang lagi rakan dalam usaha Langat untuk membersihkan
membersihkan rumah mangsa banjir beberapa rumah dan ramai
selama tiga hari. daripada mereka terpaksa
membuang banyak perabot
• “Pada hari pertama, saya pergi ke mereka. Ia huru-hara tetapi
Kawasan Chow Kit untuk menderma sekurang-kurangnya kami
sedikit makanan dan air kerana dapat membantu mereka
mereka mengalami gangguan walaupun ketiadaan mereka
elektrik buat seketika. Pada hari di sana,” katanya dalam video.
kedua, saya ke Kota Kemuning, Shah
Alam. Saya melihat masih banyak
banjir di sekitar sana. Kami
membantu beberapa orang yang
terperangkap di situ.
17
Pada hari ini, masyarakat majmuk di Malaysia terajadi secara tidak
sengaja. Pada awal abad ke-19, lebih 90% penduduk Tanah melayu
adalah melayu. Namun pada pertengahan abad ke 19, penghujrahan
masuk kaum Cina dan India secara beramai-ramai ekoran daripada
Dasar Leberal Inggeris telah mengubah struktur kependudukan asal
Tanah melayu.
•ISKANDAR PUTERI: Masyarakat berbilang kaum di negara ini perlu
menjadikan perbezaan sebagai satu kelebihan dan keistimewaan
untuk merapatkan, bukan untuk memisahkan, kata Datuk Seri
Ismail Sabri Yaakob..
•"Kita dapat melakukan ini dan kita mampu untuk hidup aman dan
harmoni, sekali gus dapat menterjemahkan nilai keterangkuman,
kebersamaan dan kesyukuran hidup sebagai keluarga besar,
Keluarga Malaysia.” Beliau berkata demikian ketika berucap pada
Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2022, di Stadium Tertutup 18
Educity.
PEMBENTUKAN
PERADABAN MAJMUK
Terbahagi kepada 8:
PERADABAN MELAYU (teras)
PERADABAN INDIA
PERADABAN ACUAN MALAYSIA
PERADABAN INGGERIS
PERADABAN BELANDA
PERADABAN PORTUGIS
PERADABAN GLOBAL (terkini)
PERADABAN TIMUR TENGAH
PERADABAN CINA
19
MASYARAKAT MAJMUK
Masyarakat majmuk bermaksud masyarakat pelbagaai kaum yang
merujuk kepada suasana kepelbagaian bangsa yang sama-sama atau
berkongsi hidup dan tinggal dalam sesebuah negara seperti Malaysia
pada kebiasaannya terdiri daripada beberapa majoriti, disusuli oleh sub-
sub etnik yang lain yang lebih kecil dan kurang pengaruh.
CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK:
1. Terdapat pelbagai jenis manusia (bangsa, etnik) seperti
Eropah, Cina ,India dan penduduk asli (bumiputera).
2. Mereka bercampur tetapi tidak bercantum atau Bersatu.
3. Hidup berdekatan tetapi tidak terpisah dalam system
unit politik yang sama.
4. Setiap kumpulan bangsa berpegang kepada agama,
kebudayaan, Bahasa, idea dan kaedah sendiri.
5. Bertemu di pasar ketika membeli-belah dan kemudian
balik ke tempat masing-masing.
6. Sektor pekerjaan terdapat pembahagian tenaga buruh
yang ketara mengikut kaum.
20
TRANSFORMASI SOSIAL KE ARAH
PERADABAN ACUAN MALYSIA
1970-an • KEMISKINAN &
KETIDAKSAMARATAAN
• PEMBANGUNAN
1980-90-an • INDUSTRI
• PENGHIJRAHAN
2000s • PEMBADARAN
• KELAS MENENGAH
2000s • KE ARAH NEGARA
MAJU
21
PEMBANGUNAN,
MIGRASI &
TEKNOLOGI
A.Kemajuan melahirkan
Perubahan Sosial
i. Dari pertanian sara hidup
ke komersial industri.
ii. Dari miskin ke kelas
menengah.
iii. Dari perdesaan ke
kosmopolitan.
B. Transformasi Sosial
melahirkan Kerencaman
Sosial Perpaksikan Budaya
Moderniti & Kepelbagaian
i. Perkongsian nilai sejagat.
SEBELUM PERUBAHAN
ii. Persamaan pendapat
awam.
iii. Batas etnik nipis.
iv. Tingkah laku horizontal
bukan vertical: Hubungan
social rentas etnik &
agama.
22
SELEPAS PERUBAHAN
IMPAK KERENCAMAN
SOSIAL NORMA SEJAGAT
• Budaya Politik Baru
i. kebebasan bersuara
ii. Berpersatuan
iii. Akses Maklumat
iv. Demokrasi
v. Penglibatan
• Nilai Politik
i. Amanah
ii. Keadilan
iii. Akauntabiliti
iv. Transparensi
v. Keterangkuman
• Isu
i. Rasuah
ii. Salah guna kuasa
iii. Keterangkuman Jentera
& Dasar Awam
i. Tadbir Urus Baik
ii. Federalisme
23
24
PERADABAN BERIDENTITIKAN MALAYSIA
Kemerdekaan 1795
Pemasyhuran Kemerdekaan Tanah Bendera Persekutuan Tanah Melayu
Melayu telah dinaikkan oleh anggota Tentera
Luat Diraja Malaysia (TLDM) sambal
Pengisytiharan kemerdekaan Tanah disaksikan sendiri oleh Tunku Abdul
Melayu merupakan peristiwa Rahman.
pengumuman kemerdekaan Tanah
Melayup ada 31 Ogos 1957. Tarikh ini
Upacara Pengisytiharan
pilih dalam mesyuarat antara Ketua
Pemuda UMNO Tun Sardon Jubir dan
Pada 31 Ogos 1957 bertempat di
timbalannya Haji Ahmad Badawi
stadium yang baru-dirasmikan iaitu
(bapa Perdana Menteri Malaysia ke-5)
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur telah
di Kepala Batas, Pulau Pinang pada
menyaksikan peristiwa bersejarah bagi
1956. Mufti Pulau Pinang Haji
Tanah Melayu iaitu secara rasminya
Abdullah Fahim (bapa HajiAhmad
penyerahan pemerintahan British
Badawi) turut ikut serta dalam
kepada warganegaraTanah Melayu.
perbincangan tersebut.
Malam Merdeka
Sebelum pemasyhuran kemerdekaan
Tanah Melayu dibuat, pada 30 Ogos
1957 pukul12 tengah malam di Padang
Kelab Selangor, Kuala Lumpur,telah
diadakan upacara menurunkan bendera
Union Jack bagi menandakan
berakhirnya penjajahan British di Tanah
Melayu dan lahirnya sebuah negara
baru yang berdaulat, setaraf dan
setimpal dengan semua negara-negara
yang berdaulat di dunia. 31- AUGUST
1957
25
SUASANA KEMERDEKAAN 1957
26
Kandungan Pemasyhuran
Kemerdekaan
Versi Rumi Bahasa Melayu
Dengan nama Allah yang Maha Murah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang
Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.
Bahawasanya oleh kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah
Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimbal
kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.
Dan bahawasanya oleh kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian
Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat di antara Duli Yang Maha Mulia
Baginda Queen dengan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja Negeri Melayu maka
telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu iaitu Johor, Pahang, Negeri
Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri
yang dahulunya dinamakan Negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang mulai 31
hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi
negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.
Dan bahawasanya oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak
dalam perjanjian yang tersebut iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada
tarikh yang tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk
Baginda Queen dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak
menjalankan apa-apa jua kedaulatan Baginda di atas kedua-dua buah negeri yang
tersebut itu.
Dan bahawasanya oleh kerana telah bersetuju pula di antara kedua-dua pihak yang
tersebut iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala
perjanjian yang lain yang ada sekarang di antara Duli Yang Maha Mulia Baginda
Queen dengan Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja ataupun salah seorang daripada
Baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh
itu, dan semua kuatkuasa-kuatkuasa dan hak-hak Duli Yang Maha Mulia Baginda
Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-negeri Selat yang
tersebut itu ataupun yang berhubung dengannya atau Negeri-negeri Melayu ataupun
Persekutuan Tanah Melayu seluruhnya adalah tamat dengan sendirinya.
27
Dan bahawasanya oleh kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-duli Yang
Maha Mulia Raja-raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-majlis
Undangan Persekutuan dan Negeri-negeri Melayu telah meluluskan Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.
Dan bahawasanya oleh kerana sebuah perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah
Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu maka ada
disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-duli Yang
Maha Mulia Raja-raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk
memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai
sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan
demokrasi cara Parlimen.
Dan bahawasanya oleh kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu telah
diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan
serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan
ketetapan-ketetapan di dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang,
dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan
Ogos tahun 1957.
Maka, dengan nama Allah yang Maha Murah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul
Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri
bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-duli Yang
Maha Mulia Raja-raja Negeri-negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan
meisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai daripada Tiga
Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh maka
Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi di dalamnya Negeri-negeri Johor,
Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak,
Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal
menjadi sebuah negara demokrasi yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan
kepada kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan
kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan di antara segala
bangsa.
28
Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan
(Pemasyhuran) Kemerdekaan
29
Perkembangan Sejarah
Alam Melayu
i) Zaman Paleotik
Zaman prasejarah secara harfiah
bermaksud "sebelum seiarah.“
Prasejarah manusia adalah
tempoh dari masa tingkah laku
dan anatomi manusia moden
pertama kali muncul sehingga
kemunculan sejarah bertulis
berikutan ciptaan sistem tulisan.
Memandangkan kedua-dua masa ii) Zaman Mesolitik
penempatan manusia moden dan
evolusi tamadun manusia
berbeza dari kawasan ke
kawasan, bermula dan berakhir
prasejarah pada detik-detik yang
berbeza dalam alur masa,
bergantung kepada kawasan
berkenaan.
iii) Zaman Neolitik iv) Zaman Gangsa logam/
besi
30
31
RUJUKAN
i. https://online.anyflip.com/ueasa/kpzw/mobil
e/
ii. https://issuu.com/thiyashini/docs/etika_dan_
peradaban
iii. https://anyflip.com/ueasa/kpzw/basic
iv. http://myscholar.umk.edu.my/handle/123456
789/2245
v. https://fliphtml5.com/krbac/hvjz/basic
32