TOKOH NILAM
RESENSI BUKU
Expectation merupakan karya Nurul Ezzati atau lebih dikenali sebagai TheBingkisanHati iaitu
seorang penulis yang baru menceburi bidang penulisan. Karya ini menceritakan mengenai hijrah
dari kefahaman beliau dan bagaimana cinta manusia dan cinta tuhan tidak boleh bersatu. Beliau
juga menceritakan kisah hidup beliau yang berhijrah daripada seorang yang jahat kepada seorang
yang lebih baik. Ianya merupakan karya yang mudah difahami dengan penggunaan bahasa yang
sesuai. Expectation telah menerangkan mengenai cinta manusia, cinta tuhan, hijrah, ujian dan
putus asa kerana sebenarnya semua itu adalah berkait antara satu sama lain. Setiap bab di dalam
Expectation telah disusun mengikut peringkat – peringkat jalan penghijrahan contohnya apa yang
akan dilalui dan dirasai. Pendedahan penghijrahan ini mampu untuk menarik pembaca untuk
berhijrah dan kembali ke pangkal jalan. Selain itu ia juga mampu untuk membantu dan menaikkan
semangat mereka yang sedang berjuang dalam jalan hjrah. Fahaman-fahaman dan ideologi Islam
dapat dipelajari juga melalui penceritaan-penceritaan dari pelbagai insan yang diselitkan di dalam
buku ini. Seterusnya, Expectation mengajar kita untuk tidak berputus asa dan terus berusaha
walaupun telah jatuh berkali-kali dalam jalan penghijrahan. Akhir kata, buku ini, merupakan karya
yang amat bermanfaat dalam menjana jati diri pembaca untuk meneruskan atau memulakan hijrah.
TOKOH NILAM
RESENSI BUKU
Karya yang ringkas dan padat tulisan Aniq Muhaimin ini mengajar pembaca untuk melihat dunia
dari sudut yang lebih cerah. Karya tulisan Aniq Muhaimin ini bertajuk Kerana Aku Sayang. Aniq
Muhaimin merupakan seorang penulis buku, penulis lirik, pensyarah politeknik, dan merupakan
bekas kumpulan nasyid The Faith. Kerana Aku saying mengajar dan menunjukkan kepada pembaca
bahawa sebenarnya ada orang lain dan tuhan yang lebih menyayangi kita berbanding dengan kasih
sayang yang kita terkejar-kejarkan. Jangan hanya melihat kepada orang yang membenci dan
kebencian yang dicurahkan kepada kita. Karya ini juga sebenarnya mengajak seluruh manusia
untuk melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara yang sia-sia semata-mata. Kerana Aku
Sayang mengandungi 22 bab yang menyentuh dan menceritakan mengenai pelbagai aspek tetapi
sebenarnya bertujuan hanya untuk memperbaiki diri sendiri. Buku ini akan mencerahkan
kecelaruan yang dipendam oleh para pembaca selama ini. Kerana Aku Sayang ini sesuai untuk
semua lapisan umur masyarakat.
TOKOH NILAM
RESENSI BUKU
Laskar Pelangi ialah sebuah novel fiksyen yang ditulis oleh Andrea Hirata. Beliau merupakan
seorang penulis yang telah banyak menulis novel, antaranya adalah Sang Pemimpi (2006), Padang
Bulan (2010) dan Ayah (2015). Laskar pelangi mengisahkan tentang kehidupan 10 kanak-kanak di
Pulau Belitung, Provinsi Bangka Belitung yang berkawan antara satu sama lain. Ibu bapa mereka
mempunyai perkejaan yang sama iaitu pelombong bijih timah. Walaupun hidup dalam serba
kekurangan, mereka tetap bersekolah untuk menimba ilmu. Keadaan sekolah mereka agak daif dan
tidak sesuai untuk didiami. Hal ini membuatkan kerajaan memberi amaran untuk menutup sekolah
tersebut kerana jumlah pelajar yang sedikit iaitu hanya seramai 10 orang. Pada masa itu, sekolah
hampir ditutup kerana pada waktu kemasukan hanya terdapat sembilan orang pelajar. Kemudian,
Harun datang supaya sekolah tidak ditutup. Cikgu Muslimah merupakan cikgu di sekolah itu adalah
seorang guru yang sabar dalam mendidik pelajar. Walaupun hanya lepasan sekolah rendah, dia
mempunyai keazaman yang kuat untuk berbakti kepada dunia pendidikan.
TOKOH NILAM
RESENSI BUKU
Buku yang ditulis oleh Shafie Abdul Rahman ini menceritakan mengenai seorang Ilmuwan Islam
yang bernama Ibn Zuhr. Ibn Zuhr adalah cerdik pandai Islam kelahiran Sevila atau Seville di
Sepanyol pada 1162. Beliau adalah generasi ketiga daripada keluarga Abul Marwan yang amat
terkenal dalam bidang perubatan selama lima generasi, termasuk melahirkan beberapa orang
doktor wainta. Beliau dianggap sebagai “Pengasa Ilmu Latihan Perubatan” kerana
bertanggungjawab menyusun sukatan pelajaran untuk membolehkan seseorang itu layak menjadi
doktor dan mengamalkan ilmu kedoktoran secara praktikal. Selain daripada itu, beliau juga
dianggap antara pakar jantung terkemuka di samping bertanggungjawab mengasaskan pusat
latihan kedoktoran atau sekolah perubatan pertama di Sepanyol.
TOKOH NILAM
RESENSI BUKU
Hikayat Hang Tuah merupakan sebuah epik Melayu yang lahir pada zaman kegemilangan masyarakat
Melayu tradisional, mencakupi segala pesanan dan gagasan yang harus direnung dan dicerna oleh
bangsa Melayu pada zaman moden ini. Ia mencatat riwayat hidup bangsa ini sejak awal melewati
zaman pembangunannya, ke zaman kebesarannya, hingga ke saat kejatuhannya pada 24 Ogos 1511.
Hikayat Hang Tuah juga menggambarkan sistem sosiobudaya Melayu pada zaman feudalnya. Hang
Tuah dan Hang Jebat yang mewakili masyarakatnya memperlihatkan nilai-nilai kewiraan yang
didukung oleh masyarakat itu. Inilah determinisme atau takdir sosial dan sejarah. Prinsip ketaatan
mutlak kepada raja itu merupakan prinsip feudal yang mungkin bercanggah dengan cita-cita keadilan
yang terpendam dalam jiwa manusia. Justeru, inilah yang membuat Hang Jebat memberontak
terhadap rajanya, sedangkan prinsip ketaatan kepada raja membuat Hang Tuah menerima hukuman
mati yang dikenakan oleh Raja terhadapnya dan kemudian menghalalkannya membunuh Hang Jebat
sebagai penderhaka.
TOKOH NILAM
PENCAPAIAN
KHAS
TOKOH NILAM
PENCAPAIAN
KHAS
TOKOH NILAM
LAMPIRAN
NAIB JOHAN
KEJOHANAN BOLA TAMPAR MSSD
HULU SELANGOR 2022
SILVER AWARD
PERTANDINGAN BAHAS PIALA
PERDANA MENTERI 2022
MENGETUI LAFAZ IKRAR SEMPENA
PROGRAM HARI BELIA NEGARA
WATIKAH PELANTIKAN
PENGAWAS
( TIMBALAN KETUA PENGAWAS II )
TERIMA KASIH
MUHAMMAD AMIR FARISH
BIN MOHD.AZHAR
SM SAINS HULU SELANGOR
PPD HULU SELANGOR