The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jehan35821, 2022-10-02 12:15:24

FOLIO HURUL AIN AMIRA (SM SAINS HULU SELANGOR))

NILAM NEGERI (HURUL) 1

TOKOH NILAM

RESENSI BUKU

KEKOK

Memetik kata-kata penulis,

“It takes a whole village to raise a child but it takes the whole country to help the child if he grow up
with mental health difficulties”Pada permulaan resensi buku ini, saya ingin menyatakan beberapa
persoalan atau indikator yang mengukur penilaian saya pada hari ini.

Persoalan pertama , apakah peranan ataupun posisi kita sebenarnya sebagai seorang pendengar

Persoalan kedua, apakah realiti sebenarnya peranan sebagai pendengar ?

Persoalan ketiga, realiti dan siber, apakah persediaan kita?

Maka, dalam resensi saya pada kali ini akan saya jawab secara konseptual berdasarkan pemahaman
dan pengetahuan daripada buku ini.

Hari ini, saya duduk di hadapan tuan/puan sebagai pelajar sekolah menengah, apabila saya keluar
dari bilik penilaian ini, saya merupakan seorang rakan sebaya, dan akhir sekali apabila saya pulang ke
rumah saya merupakan seorang anak. Maka, posisi saya serta peranan saya juga berbeza di lain masa
dan lain tempat.

Kita perlu faham

Faktor pendengar dan situasi sebelum seseorang itu meluah sangat penting dalam komunikasi yang
berkesan. Soalan-soalan tertutup juga boleh diajukan kerana memerlukan maklumat spesifik yang
tidak didapati dalam jawapan si peluah ketika menjawab soalan terbuka.

Persoalan kedua pula adalah realiti sebagai seorang pendengar. Tangguhkan nasihat dan dengar
dahulu cerita si peluah. Ini kerana proses memahami seseorang mengambil masa yang lama sehingga
kita memahami seluruh konteks hidupnya. Mungkin yang kita dengar itu baru 10% daripada seluruh
kisahnya. Sebelum menamatkan perbualan, ucapkan terima kasih kepada si peluah serta beri jaminan
bahawa segala yang diceritakan akan kekal rahsia. Kita juga boleh beri jaminan bahawa dia masih
boleh menghubungi kita apabila memerlukan.

Proses menjadi pendengar yang baik itu ialah proses pembelajaran yang berpanjangan dan dalam
tempoh itu, kita pasti berbuat silap. Kita berhak mendahulukan diri sendiri. Ini kerana kita sendiri
perlu berada dalam satu tahap emosi yang stabil dan akal yang waras ketika hendak membantu
orang lain.

Persoalan ketiga, apabila seseorang meluahkan masalah kepada kita di alam maya, kita perlu ingat
supaya tidak terus memberi nasihat atau penyelesaian. Hal ini kerana sebenarnya kita masih belum
faham konteks permasalahan itu secara meluas dan mendalam. Respons yang paling adil dan selamat
ialah ucapan terima kasih dan saranan supaya mendapatkan bantuan yang betul.

Perkara yang menarik berkenaan buku ini ialah pada komponen “ghosting” yang juga merupakan
salah satu cara penghindaran iaitu apabila seseorang yang rapat dengan kita menghentikan semua
bentuk komunikasi dengan kita serta merta secara tiba-tiba, terutamanya di alam maya

TOKOH NILAM

RESENSI BUKU

PERTUMBUHAN PENDUDUK

Pertumbuhan penduduk dipengaruhi oleh pelbagai faktor yang memberi kesan kepada dunia.
Mungkin negara besar tidak merasa kesannya, namun negara yang kecil amat terkesan contohnya
pertambahan penduduk secara drastik akan ambil kira faktor luaran seperti kekurangan sumber
makanan, kadar jenayah yang tinggi serta pengangguran dan kemiskinan.

Pertambahan yang menggalakkan ini seakan-akan memberi tenaga kerja di lapangan pekerjaan,
sektor pembuatan telah menunjukkan prestasi yang membanggakan sejak pelancaran Rancangan
Malaysia yang kelima. Sektor pertanian adalah sektor yang terpenting sejak dahulu lagi, sektor ini
telah menaikkan negara Malaysia sehingga menjadi negara membangun yang terbaik. Malaysia
merupakan salah sebuah negara yang membangun yang paling lantang bersuara untuk menegakkan
keadilan. Dengan jumlah penduduk yang ramai dan besar sudah pasti pertahanan menjadi lebih
kukuh. Pada masa yang sama juga penggunaan lebih banyak bahan turut memberi kesan kepada
ekonomi negara. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang kaya dengan bahan mentah. Amat
jarang sekali Malaysia mengimport bahan-bahan mentah dari negara luar.

Sebelum sektor perindustrian digiatkan Malaysia merupakan salah sebuah negara pertanian. Sektor
pertanian meningkat dengan cukup drastik meninggalkan sektor pertanian yang hanya berkembang
secara perlahan dan tidak seimbang dengan pertumbuhan penduduk.

Masalah sosial merupakan masalah global yang dihadapi oleh semua negara sama ada negara maju
atau negara miskin. Malaysia merupakan negara timur yang lebih mementingkan persefahaman
antara satu sama lain. Pada masa dahulu masalah keruntuhan akhlak lebih menjurus kepada
penagihan dadah sahaja. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk mendirikan pusat-pusat
serenti untuk memulihkan penagih-penagih supaya kembali normal.

Pertambahan penduduk yang meningkat bukan sahaja memberi kesan kepada masalah yang
berkaitan dengan penyakit sosial tetapi juga mengakibatkan lebih banyak jenis penyakit. Bagi
masyarakat yang tidak mempunyai kesedaran untuk menjaga kebersihan akan membuang sisa
makanan ke dalam longkang. Dari sini menunjukkan jumlah populasi yang banyak akan memberi
kesan yang tidak baik kepada tahap kesihatan.

TOKOH NILAM

RESENSI BUKU

PEMBANGUNAN SOSIOBUDAYA

Masyarakat majmuk sinonim dengan Malaysia sebagai sebuah negara yang mempunyai masyarakat
berbilang kaum serta identiti. Menurut Kamus Dewan, konsep masyarakat membawa maksud
kumpulan manusia yang menetap bersama-sama di suatu tempat dengan mengikut aturan dan cara-
cara tertentu dan masyarakat ini terdiri daripada beberapa kaum atau bangsa. Corak masyarakat
Malaysia seperti ini berlaku disebabkan oleh perubahan masa dan keadaan, seperti yang berlaku
terhadap perubahan struktur politiknya.

Hubungan etnik di Malaysia dicorakkan oleh proses interaksi yang telah berlaku sejak para pedagang
asing mula menjejakkan kaki ke wilayah Nusantara ini khususnya di Melaka.Sejarah mencatatkan
bahawa masyarakat Melayu memiliki semangat feudalisme yang agak tebal. Sifat ini merupakan
sesuatu yang sebati dalam penghidupan orang melayu.Hal ini mendorong orang Melayu (rakyat)
untuk sering mengikuti dan mencontohi apa jua yang dilakukan oleh raja atau sultan atas sifat
penghormatan yang sangat tinggi terhadap personaliti dan institusi tersebut.

Ekonomi dikatakan antara faktor penting yang perlu diberi perhatian dalam membicarakan hubungan
antara etnik di Malaysia. Faktor ini amat besar peranan dan pengaruhnya dalam menentukan
suasana hubungan itu sama ada berjalan elok atau tidak.Dengan merapatkan jurang ekonomi dan
memperbesar kelompok kelas menengah, maka adalah diharapkan integrasi antara kaum akan
menjadi lebih baik lagi.

Faktor bahasa dilihat sebagai antara faktor yang penting dibahaskan dalam wacana mengenai
hubungan antara kaum di Malaysia. Berdasarkan peruntukan Perlembagaan Persekutuan, bahasa
Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan yang perlu dimartabatkan bagi menjadikannya faktor
yang boleh menyatukan kaum-kaum yang berlainan budaya dan bahasa.

Sentimen ialah perasaan dalaman yang selalunya menyebabkan seseorang itu bersikap negatif, tidak
adil, diskriminasi, stereotaip dan seumpamanya. Keadaan ini sukar dikikis kerana merupakan sifat
dalaman yang menjadi milik manusia. Walaubagaimanapun, sentimen boleh dikekang sekiranya
seseorang itu cuba melihat sesuatu yang berlaku dihadapannya dengan pemikiran dan sikap yang
positif.

Anggota masyarakat perlu sedar bahawa, dalam masyarakat majmuk seperti Malaysia ini, tiada kaum
yang boleh mendabik dada dan hidup sendirian tanpa memerlukan kewujudan rakannya daripada
kaum yang lain.

Untuk meningkatkan keadaan sosioekonomi dan perpaduan melalui pembangunan ekonomi, maka
kita perlu ambil kira semua aspek pembangunan, baik dari segi fizikal, mental, moral dan spiritual
dalam satu dasar yang bersepadu.

TOKOH NILAM

RESENSI BUKU

TEKNOLOGI ANGKASA LEPAS

Teknologi angkasa lepas merupakan pilihan saya kerana saya berasa dekat dengan buku ini. Hal ini
juga kerana, saya mempunyai cita cita untuk menjadi seorang jurutera aeroangkasa pada masa akan
datang. Daripada pembacaan buku ini,kita tahu bahawa terdapat beberapa komponen di angkasa
lepas yang merangkumi bintang-bintang, sistem suria, hukum angkasa lepas dan lain lain.

Menariknya, beberapa eksperimen telah diletakkan sekali bagi meningkatkan pemahaman pembaca
kepada konteks pembacaan. Disini saya akan menyatakan beberapa komponen buku ini yang bagi
saya, amat menarik untuk dikongsi kepada pembaca.

Yang pertama, komet dan tahi bintang, komet merupakan cebisan ais dan debu lain yang berlegar
ada kalanya mempamerkan sesuatu yang menakjubkan dilangit malam. Manakala tahi bintang pula
merupakan cebisan batu-batan yang digosok atau digesek.

Yang kedua, fungsi pelbagai satelit seperti satelit komunikasi membawa panggilan telefon dan
rancangan televisyen diantara benua alam. Seterusnya satelit kaji cuaca yang membantu manusia
membuat ramalan cuaca. Akhir sekali, satelit peninjau bumi membantu manusia membuat peta yang
lebih baik,

Komponen angkasawan juga merupakan komponen yang saya gemari kerana pendedahan terhadap
skop pekerjaan angkasawan itu sendiri. Penceritaan daripada persediaan angkasawan itu sendiri
seperti tinggal di dalam pensimulasi dan pakaian angkasa lepas yang bagi saya sangat inovatif.

TOKOH NILAM

RESENSI BUKU

.

PEMBANGUNAN PENDIDIKAN

Pendidikan merangkumi proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi pengetahuan dan
kebijaksanaan. Pendidikan juga merupakan usaha terancang bagi mewujudkan suasana belajar dan
proses pembelajaran agar para pelajar secara aktif mengembangkan potensi diri. Matlamat
pendidikan itu sendiri adalah bagi membina sebuah kehidupan yang lebih berkualiti. Hasilnya akan
lahir pelajar yang memiliki kekuatan spiritual keagamaan, motivasi kendiri serta jati diri yang kukuh.

Percaya atau tidak pendidikan merupakan kunci utama ‘pengeluaran’ atau hasil kehidupan. Hal ini
kerana pendidikan mampu memperbaiki dan meningkatkan kualiti hidup seseorang.

Pendidikan zaman penjajahan merangkumi pendidikan bercirikan inggeris, sekolah pendidikan
melayu, sekolah berjurusan arab dan agama Islam, pendidikan cina serta pendidikan tamil, hasilnya
pendidikan diberikan bagi memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi, pendiidikan berterusan di
zaman Jepun yang menubuhkan Sekolah Nippon-Go yang merangkumi nyanyian lagu rakyat Jepun
dan cara hidup ditekankan didalam silibus sekolah rendah. Seterusnya, pendidikan zaman british
kedua berlakunya beberapa nasionalisme Melayu melihatkan tentang masalah kerumitan tentang
pendidikan. Beberapa laporan telah dibuat bertetapan arus pendidikan iaitu seperti Laporan Barness
serta Ordinan Pelajaran dan Penyata Razak.

Pendidikan selepas merdeka pula memilih bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan, mewujudkan
kelas peralihan, kenaikan automatik dan mata pelajaran akhlak dan berlakunya perubahan
pendidikan akibat zaman dasar ekonomi baru.

Perkara yang menarik yang saya peroleh daripada buku ini ialah sekolah bestari iaitu yang
menerapkan teknologi dan komputer dalam kaedah pembelajaran. Seterusnya, jenis-jenis sekolah
iaitu sekolah kluster yang cemerlang dari setiap aspeknya.

TOKOH NILAM

PENCAPAIAN

KHAS







TOKOH NILAM

PENCAPAIAN

KHAS

https://www.canva.com/design/DAE7kc0LuGM/t7K3cTJioJJPsXpL1MM55A/edit?utm_content
=DAE7kc0LuGM&utm_campaign= designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton

Menghasilkan Slide Presentation untuk Orientasi Pelajar Tingkatan 1 (2022)



















Menyediakan Slide untuk Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 2022
Menggunakan Aplikasi Canva

TOKOH NILAM

LAMPIRAN

International Perlis Engineering Research & Learning Innovation Symposium
(Iperlis )

Kem Kepimpinan YOSH Leadership Program Anjuran Unit Bimbingan &
Kaunseling

Resensi Buku bertajuk Kekok untuk pertandingan NILAM Peringkat Daerah
Berjaya mendapat Johan

MenyampaikanSyarahan di kantin sekolah ketika waktu rehat

Membaca Berita untuk PERIS FM

Pertandingan Mereka Poster Belia Tanpa Dadah
Anjuran Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Kelab Pemadam)

Universiti Malaysia Sarawak

Membaca Buku Atlas of the World

Persediaan untuk pertandingan
Debat Piala Perdana Menteri Kebangsaan 2022

Penyertaan
Bahas Piala Perdana Menteri Kebangsaan 2022

Pengawas Perpustakaan
AJK Tingkatan 4 Tahun 2022

Membaca & Membuat Proses Pengindeksan Surat Khabar di Pusat Sumber
Tahun 2022

Pentertaan Pertandingan Kriket Peringkat Kebangsaan


Click to View FlipBook Version