➢ Nama : NUR AIN LIYANA BINTI JOHAN ➢ Kelas : T2S1.08 ➢ Link Google Sites : https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/edup3133-teknologi-pb?usp=sharing RANCANGAN PEMBINAAN PENGHASILAN PRODUK (PERSEKITARAN PEMBELAJARAN MULTIMEDIA INTERAKTIF Matapelajaran : : Bahasa Melayu Kelas : 4 Pintar Tahun : 4 Topik/Tajuk : Kata Adjektif Pengetahuan sedia ada : Murid memiliki pengalaman menyambut Hari Raya Aidilfitri dan mengetahui perasaan-perasaan menyambut hari raya. Standard Kandungan : 5.1 Memahami dan menggunakan golongan kata mengikut konteks Standard Pembelajaran : 5.1.3 Memahami dan menggunakan kata adjektif perasaan dan waktu mengikut konteks Objektif Pembelajaran : i) Menganalisis dan mengkategorikan kata adjektif perasaan dan waktu berdasarkan bahan ii) Membina ayat menggunakan kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu sekurang-kurangnya betul tiga daripada lima ayat Aplikasi Interaktif : Youtube, Jamboard, Quizlet, Wordwall, Padlet, Google Slides, Canva, LiveWorksheets & Google Forms Penerapan Nilai : Berkomunikasi, Mengingat, Berfikiran Kritis dan kreatif, Menganalisis, Berusaha Pentaksiran Bilik Darjah : Penilaian (Google Forms & LiveWorksheets) PAPAN CERITA GOOGLE SITES :
MUKASURAT ISI PELAJARAN & AKTIVITI/LATIHAN PdP&APLIKASI INTERAKTIF (Kandungan dan Huraian serta ScreenShot Aplikasi yang digunakan) ARAHAN (Arahan yang digunakan dalam menjalankan aktiviti interaktif) ELEMEN KPPB (6C/MPP/MRP/ 3E/3R) Muka Depan -Biodata -RPH -Papan Cerita - Mengandungi maklumat biodata diri. - Mengandungi RPH dan papan cerita Pencetus Idea Set Induksi Arahan/Nota Aktiviti/Latihan/Aplikasi Interaktif (Sekurang-kurangnya 2 aktiviti dan aplikasi yang berbeza) Set Induksi: - Tayangan video iklan Hari Raya yang bertajuk ‘Ready ke Raya’. - Memberi peluang kepada murid untuk mengaitkan tajuk dan tema pembelajaran yang akan dipelajari Arahan: 1. Murid-murid dikehendaki menonton video iklan Hari Raya yang ditayangkan. 2. Murid-murid perlu menyatakan aktiviti-aktiviti yang dilakukan serta perasaan semasa menyambut hari raya aidilfitri pada aplkasi Jamboard C1- Pemikiran kritis -Murid dapat berfikir secara kritis berdasarkan video yang ditayangkan dengan tajuk pembelajaran 3R – Relationship -Merangkumi interaksi positif
antara murid dengan murid di mana mereka dapat berkongsi dan melihat jawapan antara satu sama lain dalam aplikasi Jamboard Langkah 1 Arahan/Nota Aktiviti/Latihan/Aplikasi Interaktif (Sekurang-kurangnya 2 aktiviti dan aplikasi yang berbeza) Tayangan Kad Imbas Quizlet: - Menerangkan mengenai kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu. - Memberi contoh-contoh kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu dengan lebih jelas mengikut kategori. Arahan: 1. Murid diminta untuk melihat serta membaca kad imbas mengenai penerangan kata adjektif waktu dan kata adjektif perasaan berserta contoh-contohnya. 2. Setelah selesai membaca kad imbas, murid diminta untuk bermain permainan teka silang pada aplikasi Wordwall yang disediakan. 3. Murid perlu mencari perkataanperkataan yang berkaitan dengan kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu. MPP- Belajar cara belajar -Merupakan proses ataupun teknik pembelajaran sama ada bersama guru ataupun tidak. Aplikasi Kad Imbas Quizlet merupakan salah satu teknik pembelajaran untuk mengingati sesuatu pembelajaran. Cara belajar menggunakan kad imbas ini merupakan kemahiran
Wordwall: - Murid bermain permainan teka silang kata berkaitan dengan tajuk pembelajaran iaitu kata adjektif waktu dan kata adjektif perasaan. - Permainan teka silang kata dimain dalam aplikasi Wordwall mengingat dalam kemahiran belajar. 3E- Engagement -Teknologi permainan digital dalam pembelajaran ini mampu meningkatkan motivasi pelajar untuk memulakan proses pembelajaran. Langkah 2 Arahan/Nota Aktiviti/Latihan/Aplikasi Interaktif (Sekurang-kurangnya 2 aktiviti dan aplikasi yang berbeza) Tayangan Muzik Video: - Murid mendengar lagu dan muzik video Suasana Hari Raya yang dinyanyikan oleh Upin dan Ipin. - Murid menyanyi lagu ‘Suasana Hari Raya’ sambil mendengar bait-bait lagu tersebut dengan teliti. Arahan: 1. Murid diminta untuk mendengar serta menonton muzik video Suasana Hari Raya daripada Upin dan Ipin. 2. Murid-murid perlu mendengar lirik lagu ‘Suasana HarI Raya’ dengan teliti. 3E – Engagement -Teknologi digital seperti tayangan muzik video membantu dalam memotivasikan pelajar untuk memulakan proses pembelajaran.
Canva: - Menulis jawapan kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu yang telah dianalisis daripada lirik lagu Suasana Hari Raya. - Murid mencatat jawapan pada slide masing-masing yang telah disediakan. 3. Murid-murid diminta untuk masuk ke dalam aplikasi Canva 4. Murid-murid dikehendaki untuk menganalisis kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu yang terdapat dalam lirik lagu ‘Suasana Hari Raya’. 5. Setelah menganalisis, murid-murid diminta untuk menulis kata adjektif yang dijumpai dan mengkategorikannya mengikut jenis ke dalam slide Canva. 3R- Relationship -Mewujudkan hubungan guru dengan murid di mana guru boleh menyemak secara langsung tugasan yang dilaksanakan oleh pelajar dalam aplikasi Canva. Guru juga boleh melihat proses ketika pelajar menyiapkan tugasan.
Langkah 3 Arahan/Nota Aktiviti/Latihan/Aplikasi Interaktif (Sekurang-kurangnya 2 aktiviti dan aplikasi yang berbeza) Tayangan Google Slides: - Murid membaca ataupun mendengar nota daripada Google Slides mengenai teknik membina ayat menggunakan kata adjektif daripada bahan multimedia. - Murid perlu mendengar ataupun membaca setiap teknik dengan baik. Padlet: - Satu gambar berkaitan sambutan Hari Raya Aidilfitri dilampirkan kepada murid Arahan: 1. Murid perlu membaca ataupun mendengar nota mengenai teknikteknik membina ayat menggunakan kata adjektif daripada bahan multimedia. 2. Murid diberikan satu gambar berkaitan dengan Sambutan Perayaan sempena Hari Raya Aidilfitri. 3. Murid boleh mencatat isi-isi pening terlebih dahulu. 4. Murid-murid diminta untuk masuk ke dalam aplikasi Canva 5. Murid dikehendaki untuk membina 5 ayat menggunakan kata adjektif perasaan ataupun kata 3R- Relationship -Mewujudkan hubungan guru dengan murid iaitu murid mendengar penerangan guru daripada slides ataupun nota mengenai tugasan yang perlu dilakukan. -Mewujudkan hubungan murid dengan murid iaitu mereka dapat berkongsi dan melihat jawapan mahupun idea antara satu sama lain ketika membina ayat
- Membina ayat menggunakan kata adjektif berdasarkan gambar yang diberi - Murid membina ayat pada bahagian masing-masing yang telah disediakan dalam aplikasi padlet adjektif waktu berdasarkan gambar sambutan Hrai Raya yang diberikan. dalam aplikasi padlet. Pentaksiran Google Forms : Kuiz (Berkaiatan topik yang diplih) Google Forms: - Satu set soalan objektif mengenai kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu dicipta bagi menilai kefahaman pelajar tentang tajuk pembelajaran. Arahan: 1. Murid dikehendaki menjawab kesemua soalan objektif mengenai kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu dalam Google Forms. 3R- Relationship -Mewujudkan hubungan guru dengan murid di mana guru dapat menilai tahap perkembangan pelajar daripada pentaksiran atas talian ini. Guru dapat membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya sekiranya sudah
mengetahui tahap pembelajaran mereka. Penutup: LiveWorksheets: - Soalan-soalan pengukuhan berkaitan kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu. Arahan: 1. Murid perlu menjawab latihan pengukuhan berkaitan dengan tajuk pembelajaran iaitu kata adjektif perasaan dan kata adjektif waktu. 3E– Enhancement -Teknologi digital telah mengubah kaedah tradisional yang sedia ada dan membantu pelajar dalam mengembangkan lagi pemahaman mereka mengenai tajuk pembelajaran. -Misalnya aplikasi LiveWorksheets telah mengubah kaedah latihan secara tradisional iaitu memberi latihan yang dicetak kepada latihan secara dalam talian. Latihan dalam talian membolehkan pelajar mencari maklumat sendiri
dengan lebih lanjut untuk meningkatkan pemahaman kandungan yang dipelajari. Refleksi (Refleksi anda menyiapkan Tugasan) Sepanjang menyiapkan tugasan, saya dapati bahawa pelbagai aplikasi digital yang dapat membantu guru dan pelajar dalam proses pembelajaran. Perkara ini dapat membantu guru dalam mencipta dan menjalankan pelbagai aktiviti yang menarik kepada pelajar. Walau bagaimanapun, masih terdapat kekurangan iaitu tidak kesemua aplikasi pembelajaran digital dapat mencapai objektif pembelajaran serta berkesan kepada para pelajar. Oleh itu, guru perlu memilih aplikasi ataupun bahan digital yang bersesuaian dengan tahap pelajar.