Perkembangan Intelektual Huraikan perkembangan ilmu naqli dan ilmu aqli zaman kerajaan Umayyah di Andalusia pada abad ke- 11 hingga 13 M • Ilmu dalam tamadun Islam terbahagi kepada dua cabang iaitu ilmu naqli dan ilmu aqli • Ilmu naqli merujuk kepada ilmu yang bersumberkan wahyu • Ilmu aqli merupakan ilmu yang diperoleh daripada pembelajaran berdasarkan akal dan pemikiran ilmu naqli • Ilmu aqli telah berkembang pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia pada abad ke-11 hingga ke-13
Isi 1 :Perkembangan dalam bidang Fiqah Antara perkembangan ilmu naqli pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia ialah dalam bidang fiqah. Ibn Hazm merupakan ulama terkenal yang arif dalam bidang fiqah dan giraat. Beliau juga mahir dalam ilmu-ilmu lain seperti ilmu berkenaan agama dan akidah selain Islam. Karya Ibn Hazm yang paling penting ialah al-fasl fi al milal wa l-ahwa wa l-nithal. Karya tersebut merupakan sebuah kajian lengkap tentang sejarah para nabi, perbincangan segala agama, pendapat ahli falsafah dan hujan yang menolak golongan anti Tuhan khasnya penentang Islam. Hal ini menjelaskan bahawa bidang fiqah merupakan antara perkembangan ilmu naqli pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia Isi 2: Perkembangan dalam bidang Hadis Bidang hadis juga merupakan salah satu daripada perkembangan ilmu naqli pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia. Dalam bidang hadis telah muncul tokoh terkemuka seperti Ibn Abd al-Barr dan Ibrahim al-Ansari. Ibn Abd al-Barr merupakan seorang ulama hadis yang terkenal di Sepanyol dan Afrika Utara. Beliau telah mendalami sejarah para sahabat Nabi Muhammad SAW dan ilmu Mustalah Hadis. Karya teragung beliau ialah al istiab liSahabah. Ibrahim al-Ansari puia menghasilkan Kitab alArbain, Hadithan al-Buldaniyyah dan kitab fi Tabyin al-Mushkilat al-Hadithah .Hal ini membukikan bahawa bidang hadis merupakan salah satu daripada perkembangan ilmu naqli pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia Nota: FIQAH: FIQAH DITAKRIFKAN OLEH ULAMAK SEBAGAI ILMU YANG BERKENAAN HUKUM-HAKAM SYARAK YANG BERSIFAT AMALI YANG DIPEROLEHI DARI DALIL-DALILNYA SECARA TERPERINCI QIRAAT: ILMU CARA MENYEBUT KALIMAH AL-QURAN DAN YG DIAMBIL ATAU BERSANDARKAN DARI ULAMA-ULAMA HADIS:SETIAP PERBUATAN ,PERKATAAN DAN PENGAKUAN YANG DISANDARKAN KEPADA RASULULLAH SAW. ILMU MUSTALAH HADIS: ILMU UNTUK MENGETAHUI ISTILAHISTILAH YANG DIGUNAKAN DALAM ILMU HADIS
Isi 3: Perkembangan dalam Bidang Tafsir Al-quran Ilmu naqli juga telah berkembang dalam bidang tafsir al-Quran pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia. Sarjana Islam digalakkan membuat tafsir alQuran bukan sahaja mengikut ayat tetapi juga membuat pelbagai ulasan dan pendapat tentang ayat yang dibaca. Mereka juga menghuraikan maksud sesetengah ayat secara lebih mendalam dan terperinci berbanding sebelumnya yang hanya memberi makna secara mendatar Antara tokoh dalam bidang tafsir al-Quran ialah Ibn Atiah, al-Qurtubi dan Abu Asim yang menulis kitab al-Tuhfah. Hal ini menunjukkan bahawa bidang tafsir alQuran merupakan antara perkembangan dalam ilmu naqli pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia. Isi 4 : Perkembangan Ilmu Aqli dalam Bidang Falfasah Bidang falsafah merupakan antara perkembangan dalam ilmu aqli pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia. Dalam bidang falsafah telah muncul beberapa ahli falsafah seperti Ibn Tufail. Ibn Tufail telah menulis buku yang berjudul Hayy Ibn Yaqzan. Karya beliau telah diterjemahkan dalam bahasa Latin, Belanda, Jerman, Inggeris dan Perancis, Buku tersebut telah memaparkan aliran-aliran pemikiran sezaman menerusi kisah. Selain itu, Ibn Bajjah yang juga dikenali sebagai Avempace dalam tamadun Barat merupakan komentator karya-karya Aristotle, ahli fizik dan ahli muzik. Karya utama beliau ialah Tadbir al-Mutawahhid. Hal ini menjelaskan bahawa bidang falsafah merupakan antara perkembangan dalam ilmu aqli pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia.
Isi 5: Ilmu Geografi Selain itu, Ilmu geografi juga turut berkembang. Ilmu geografi amat penting kerana keperluan keagamaan. ketenteraan dan pemerintahan. Abad ke-11 Masihi merupakan zaman kegemilangan Andalusia dalam bidang geografi. Al-Bakri, merupakan tokoh geografi terkenal Andalusia, Karyanya merupakan sebuah penulisan berkenaan jalan-jalan di setiap negeri dan maklumat tentang kerajaan yang memerintah. Beliau turut menghasilkan sebuah kamus goegrali yang menerangkan nama-nama tempat yang berkaitan dengan Semenanjung Arab. Al-Idrisi pula merupakan ahli goegrafi professional. Beliau merupakan pembuat ptla yang terpenting pada zaman pertengahan. Selama 350 tahun ahli geografi Barat hanya menyalin karya-karya yang dibuat oleh Al-Idris tanpa membuat sebarang perubahan Isi 6: Bidang Astronomi Bidang astronomi pula berkembang pesat di Andalusia apabila ahli astronomi Islam berjaya mencipta alat-alat astrolab. Sebuah sekolah astronomi di Andalusia telah dibangunkan oleh Abu al-Qasim Maslamah al-Majti Beliau turut menghasilkan karya tentang asrolab, arithmethic perdagangan dan daftar astronomi Khwarizmi. Abu Ishaq Ibrahim bin Yahya merupakan pencipta alat astrolab yang dikenali Safihah. Beliau mengemukakan teori tentang bintang dan pergerakan planet. Beliau membetulkan ukuran panjang Laut Mediterranean yang diberikan oleh Khwanzmi. Beliau merupakan ahli astronomi pertama yang mengetahui kedudukan matahari.
Kesimpulannya, walaupun pada abad ke-11 merupakan bermulanya era kemerosotan kerajaan Umayyah, namun perkembangan ilmu naqli dan ilmu aqli tetap berlaku. Perkembangan ilmu naqli dan ilmu aqli telah melahirkan ramai tokoh yang ternama pada zaman kerajaan Umayyah di Andalusia.