The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by izhani10, 2021-09-08 13:57:52

KOMPILASI PERIBAHASA

KOMPILASI PERIBAHASA

KOMPILASI PERIBAHASA

NAMA: NUR AINA IZHANI BINTI SHARIFFUDDIN
KURSUS: PISMP BAHASA MELAYU
SEMESTER: 1

BAGAI KUCING DIBAWAKAN LIDI
Maksud: berlari kerana ketakutan.

HABIS KUMAN DISEMBELIH HENDAK MEMBERI MAKAN
GAJAH

Maksud: susahkan orang kecil kerana ingin menyenangkan
orang yang hebat.

JANGAN BAGAI BABI MERASA GULAI

Maksud: orang yang hina tidak boleh berkahwin dengan orang
bangsawan.

NAGA DITELAN LIDI

Maksud: orang yang ada darjat tinggi berkahwin dengan orang
biasa.

PACAT INGIN MENJADI ULAR
Maksud: orang yang miskin berlagak jadi orang yang kaya.

RUMAH BURUK DISAPU CAT
Maksud: orang tua yang gemar bersolek.

MACAM ULAR KEKENYANGAN

Maksud: orang yang buncit perutnya sampai jalan pun sudah
tidak betul lagi.

MAKAN BUBUR PANAS-PANAS

Maksud: kelakuan dengan tergesa-gesa, akhirnya
mengecewakan.

JIKA KEPALANYA ULAR, TAKKAN EKORNYA BELUT
Maksud: yang jahat itu masih jahat.

BAGAI KATAK DISIMBAH AIR
Maksud: seseorang yang tidak dapat menjawab soalan.

ADAT GAJAH TERDORONG
Maksud: orang berkuasa menyalahgunakan kuasa.

AKAL LABAH-LABAH, DI GUA BURUK SUKA MERAKUT
Maksud: orang jahat yang suka menipu orang.

AIR KERUH, IKAN LIMBAT KELUAR

Maksud: apabila keadaan huru-hara, orang yang jahat akan
mengaut keuntungan.

BAGAI JAWI BELANG PUNTUNG; DIDAHULUKAN DIA
MENYEPAK, DIKEMUDIANKAN DIA MENANDUK

Maksud: orang yang bodoh tidak dapat berunding.

YANG PANJANG TUMPUL, YANG BISA TAWAR

Maksud: persengketaan boleh diselesaikan dengan kata-kata
lemah lembut.

YANG PEKAK PELEPAS BEDIL, YANG BUTA PENGEMBUS
LESUNG, YANG BISU PENGGERA AYAM, YANG LUMPUH

PENGHUNI RUMAH

Maksud: setiap orang ada fungsi tersendiri.

YANG BERBARIS, YANG BERPAHAT;
YANG BERTAKUK, YANG BERTEBANG

Maksud: kerja ikut peraturan.

YANG BERPURU SELALU HENDAK MENGGARU
Maksud: orang yang bersalah selalu tidak tenang.

USIR ASAP, MENINGGALKAN API

Maksud: meninggalkan keuntungan yang kecil untuk mengejar
keuntungan besar yang tidak pasti.

KEPALA KE BAWAH, KAKI KE ATAS
Maksud: orang yang buat kerja tidak henti-henti.

TAK DAHAGA SI PENUNGGU TELAGA
Maksud: berkawan dengan orang pandai tidak akan susah.


Click to View FlipBook Version