TOKOH KEMERDEKAAN
M A L A Y S I A
TUNKU ABDUL RAHMAN
PUTRA AL-HAJ
PENDAHULUAN
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Alhamdulillah saya bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurniaNya dapat
juga saya menyiapkan buku skrap saya digital Tokoh Kemerdekaan Malaysia iaitu
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada
individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan buku
skrap saya ini. Pertama sekali kepada Pn.Hafizah binti Abdullah kerana beliau telah
banyak memberikan bimbingan dan semangat sepanjang saya melaksanakan buku
skrap ini. Sekalung penghargaan untuk ibu bapa saya, kerana mereka memberikan
tunjuk ajar dan dari segi kewangan kepada saya sepanjang saya menyiapkan buku
skrap ini. Seterusnya, terima kasih juga kepada ahli keluarga saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang buku skrap ini
disiapkan. Terima kasih juga diucapkan kepada rakan yang sanggup meluangkan
masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan. Akhir sekali
terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau
tidak langsung sepanjang projek saya. Sekian terima kasih.
BIODATA MURID
NAMA : HUSNA HUMAIRA BINTI HASSAN
NO KAD PENGENALAN : 051030-01
UMUR : 16 TAHUN
NAMA KELAS : 4 IBNU SINA
NAMA SEKOLAH : SMK BENUT
Diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Tunku merupakan
putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-
24 dan isteri beliau iaitu bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama
Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche Menjalara.
Memulakan pendidikan pada usia enam tahun di sekolah Melayu di Alor
Star kemudian bersekolah di Government English School. Beliau
dimasukkan ke Sekolah Debsurin di Thailand. Kemudiannya Tunku pulang
ke Kedah dan menyambung pelajaran di sekolah Melayu pada tahun 1916,
sebelum memasuki Penang Free School. Semasa usia Tunku tujuh belas
tahun, beliau dihantar oleh keluarganya ke seberang laut untuk menuntut
pelajaran di St. Catherine’s College, Universiti Cambridge, England.
Pada tahun 1933, Tunku berkahwin dengan seorang gadis Cina yang
memeluk agama Islam dan mengambil nama Meriam dan dikurniakan dua
orang anak, Tunku Khadijah dan Tunku Nerang.
BIODATA TOKOH
Saya memilih Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj kerana
beliau merupakan pejuang kemerdekaan yang berjuang
dalam usianya yang muda dan berusaha untuk memberi
kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Tunku telah
menaikkan semangat nasionalisme dalam kalangan
penduduk tempatan untuk menuntut kemerdekaan
daripada penjajahan British. Beliau juga telah berjaya
menyatukan penduduk Tanah Melayu yang terdiri
daripada pelbagai kaum melalui permuafakatan
penggabungan parti politik sehingga membentuk Parti
Perikatan. Sebagai seorang pemimpin pula, beliau
memilih cara rundingan berbanding peperangan atau
radikal dalam menuntut kemerdekaan
RASIONALISASI PEMILIHAN TOKOH
KELEBIHAN TOKOH
Tunku Abdul Rahman seorang yang mempunyai idea
pemikiran yang jauh dalam menyelesaikan masalah. beliau
tidak menggunakan kekerasan dalam menghadapi
penjajahan Brotosh tetapi memilih cara perundingan dalam
pertemuannya dengan pihak penjajah.
tunku Abdul Rahman juga merupakan pemimpin yang
berjiwa rakyat. Beliau sentiasa mencari cara untuk
memjukan tahap ekonomi dan sosial penduduk Tanah
Melayu khususnya mereka yang duduk di kawasan
pedalaman
selain itu, Tunku Abdul Rahman ialah individu yang telah
berjuang demi kemerdekaan Tanah Melayu
BUKTI KREDIBILITI TOKOH
Sebagai seorang tokoh kemerdekaan, kredibiliti Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
sebagai Bapa Kemerrdekaan terbukti apabila beliau
Terlibat dalam rundingan kemerdekaan di London pada 1956 dalam usaha
membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British
Berjaya mewujudkan perpaduan dalam kalangan penduduk Tanah Melayu
dalam usaha menuntut kemerdekaan
Menubuhkan Parti Perikatan yang merangkumi UMNO, MIC dan MCA
Mengadakan rundingan dengan Parti Komunis Malaya yang dikenali sebagai
Rundingan Baling
Berjaya mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu
Menjalankan dasar Pro-Barat dan Anti-Komunis selepas Tanah Melayu
mencapai kemerdekaan dalam usaha membangunkan sosioekonomi
penduduk Tanah Melayu
Menubuhkan Perikatan UMNO-MCA
Pada tahun 1955 Perikatan ini disertai pula oleh MIC
Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri dan Menteri Dalam Negeri
mengetuai Rombongan London pada 1956
Beliau berusaha untuk menamatkan pengganasan komunis secara
damai. Pada 9 September 1955, beliau mengisytiharkan pengampunan
bagi pengganas-pengganas komunis yang menyerah diri
Mengadakan Rundingan Baling dengan pemimpin PKM iaitu Chin Peng
dan Rashid Maidin dengan mengemukakan cadangan supaya PKM
meletakkan senjata tetapi rundingan tersebut gagal mencari
perdamaian
1957, Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri yang pertama
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
Memperkenalkan Rancangan Malaya yang pertama bertujuan untuk
mengisikan kemerdekaan dengan pembangunan
Tunku Abdul Rahman menjalankan berbaik-baik dengan semua negara
tetapi menolak persahabatan dengan negara-negara Komunis
dari sehi hubungan luar, menganggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, Komanwel, menentang dasar Aparthied di Afrika Selatan dan
meyokong perjuangan rakyat Palestin
Tunku telah mengasaskan ASA atau Pertubuhan Asia Tenggara pada
tahun 1961 dengan dianggotai oleh Malaya, Filipina dan Thailand yang
menjadi perintis kepada menubuhan ASEAN pada tahun 1967
dalam bidang sukan, beliau adalah pengasas Pesta Bola Merdeka yang
begitu popular dan disambut baik oleh negara-negar lain di Asia
JASA DAN SUMBANGAN TOKOH
PENUTUP
Secara kesimpulannya, Tunku ialah seorang pemimpin yang
mempunyai kebolehan dan kredibiliti yang tinggi untuk memimpin
penduduk Malaysia. Beliau adalah pemimpin yang memiliki tahap
kesabaran yang tinggi sehingga dapat mengharungi canbaran dalam
memupuk perpaduan dalam masyarakat Malaysia ketika itu yang
penuh dengan isu perkauman. Tunku tidak mempunyai ilmu yang
banyak, tetapi peribadinya memupuk satu rasa keyakinan pada orang-
orang yang mendampinginya.
Tunku meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri pada 22
September 1970 dan sebagai Presiden UMNO diumumkan pada 24
Januari 1971 dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tunku Abdul Rahman
mangkat pada 6 Disember 1990.
TERIMA KASIH