Tempat bersejarah di negeri saya:
KOMPLEKS BATU CAVES
Disediakan oleh: Saffiya Hana Bt Mohd Zairul Effendy
Tingkatan: 1 Edinburgh
No Matrik: CP211160
1
1.2 JADUAL KERJA
Bil Perkara Halaman Tarikh Tandatangan
1.1 Tajuk kajian 1 26/7
1.2 Jadual kerja
1.3 Objektif kajian 2 2/8
1.4 Kaedah kajian
2.1 Mengumpul maklumat 3 4/8
2.2 Kerangka kasar penulisan
4 6/8
5-7 8/8
8 10/8
3.1 Pengenalan 9-11 12/8
3.2 Latar belakang bangunan 12-14 14/8
3.3 Struktur bangunan 15-20 14/8
3.4 Tujuan / sebab binaan 21 16/8
3.5 Fungsi bangunan masa kini 21 16/8
3.6 Langkah-langkah pemerliharaan 22-23 18/8
3.7 Rumusan 24 20/8
3.8 Rujukan 25 22/8
4. Penilaian umum 26 25/8
2
1.3 OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian Kerja Kursus Sejarah ini untuk mengkaji
mengenai Kompleks Batu Caves yang sangat terkenal di negeri Selangor
dengan lebih dekat lagi. Melalui kajian ini saya dapat memenuhi objektif
yang berikut:
a) Kajian ini dapat memupuk semangat patriotisme bukan saja dalam diri
saya malah juga dalam kalangan generasi muda.
b) Kajian ini dapat menambahkan pengetahuan saya tentang kawasan
bersejarah yang ada di Malaysia. Melaluinya, perasaan bangga terhadap
negara dapat dipupuk dan menyedarkan saya, sebagai rakyat Malaysia
untuk menjaga dan mempertahankan bangsa.
c) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang tepat dan benar. Malah,
secara tidak langsung ini akan dapat memberi pemahaman dan melatih
diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat ilmiah.
d) Mengukuhkan kemahiran seperti mencari, mengumpul, mengelas,
menganalisis dan merumus fakta sejarah yang dapat dinilai.
3
1.4 KAEDAH KAJIAN
Saya menggunakan beberapa kaedah kajian dalam menjalankan projek
penyelidikan ini. Antaranya ialah:
i. Kaedah analisis buku rujukan dan kertas kajian
Sumber utama rujukan saya bagi kajian ini ialah buku rujukan dan
kertas kajian penyelidikan berkenaan sejarah dan pembinaan Kompleks
Batu Caves bagi mendapatkan maklumat yang tepat dan sahih.
ii. Kaedah muat turun internet
Saya juga menggunakan kemudahan internet dengan melayari laman
sesawang produk yang dikaji. Saya juga telah memuat turun bahan
sebagai rujukan.
iii Kaedah temu bual
Salah satu lagi cara mengumpulan maklumat yang telah saya jalankan
ialah melalui kaedah lisan iaitu menemubual seorang pakar sejarah, iaitu
En. Rama Chendra Govindasamy. Beliau merupakan guru sejarah yang
pernah melakukan penyelidikan ke atas Batu Caves.
iv. Bimbingan ibu bapa
Saya mendapatkan bimbingan ibu saya, Dr Mazlina binti Mohd Said di
dalam penyediaan format laporan Kerja Kursus Sejarah ini.
4
2.1 MENGUMPUL MAKLUMAT
a) Buku ilmiah
Nama Pengarang: Ruth Kiew, Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad,
Ros Fatihah Haji Muhammad, Surin Suksuwan,
Tahun Terbit : Nur Atiqah Abd Rahman, Teck Wyn Lim.
Tajuk Buku :
2020
Tempat Terbit :
Penerbit : Batu Caves Malaysia's Majestic
Limestone Icon
Kuala Lumpur, Malaysia.
Malaysian Cave and Karst Conservancy
b) Kertas penyelidikan
Nama Pengarang: Parameswari Krishnan.
Tahun Terbit : 2020
Tajuk penyelidikan: Sejarah Perkembangan Awal Kuil Batu Caves
(kertas tesis)
Tempat Terbit : UNISEL, Selangor, Malaysia.
Nama Pengarang: Max Moseley
Tahun Terbit :
Tajuk penyelidikan: 2009
Penerbit : Estimating diversity and ecological status of
cave invertebrates: Some lessons and
recommendations from Dark Cave (Batu Caves,
Malaysia)
Journal of Cave and Karst Science. Volume 35.
Pages 47-52.
5
c) Internet
• Jom Jalan-Jalan: Batu Caves,
http://supermengmalaya.blogspot.com/2013/03/jom-jalan-jalan-batu-
caves.html#.YS36ZOgzbIU
• Batu Caves Description and Facts
https://www.britannica.com/place/Batu-Caves
• Batu Caves
https://selangor.travel/listing/batu-caves/
d) Orang sumber
Nama: Encik Rama Chandra Govindasamy
Umur: 55 tahun
Alamat: No.29, Jalan KP 8, Taman Krubong Perdana, 75260 Melaka
6
LAPORAN TEMUBUAL BERSAMA ORANG SUMBER
Saya telah menemubual seorang pakar sejarah yang sanagt berpengalaman
dalam bidang ini. Nama beliau ialah Encik Rama Chandra Govindasamy. Beliau
tinggal di No.29, Jalan KP 8, Taman Krubong Perdana, 75260 Melaka. Beliau
merupakan seorang guru sejarah kegemaran ibu saya dan pernah juga mengajar
saya dalam matapelajaran sejarah secara atas talian.
Cikgu Rama telah menceritakan serba sedikit tentang perkembangan
Kompleks Batu Caves melalui pemerhatian beliau yang sering mengunjungi
tempat ini beberapa kali setiap tahun. Beliau juga pernah melakukan kajian
mengenai sejarah awal kompleks ini semasa beliau sedang menuntut ilmu.
Menurut Cikgu Rama, Kuil Batu Caves merupakan gua batu kapur yang
berusia 113 tahun dan terletak kira-kira 400 kaki di atas aras tanah. Ia adalah gua
utama di dalam sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Batu atau ‘Rocky Hill’.
Nama ini diambil daripada nama sungai berhampiran yang dikenali sebagai
Sungai Batu yang mengalir di dalam gua Batu Caves.
Menurutnya lagi, adalah sangat penting untuk mengetahui bahawa Batu
Caves merupakan suatu tempat budaya dan agama, bukan hanya tarikan
pelancong semata-mata. Setiap hari beratus-ratus penduduk tempatan akan
mengunjungi Batu Caves untuk memberi penghormatan dan membuat
persembahan kepada Dewa Hindu dengan berpakaian pakaian tradisional. Tradisi
ini telah berlarutan selama bertahun-tahun. Selain itu, terdapat tatacara tertentu
dalam berpakaian dan tingkah laku yang perlu dipatuhi sewaktu mengunjungi
kompleks ini.
Setakat ini sahajalah yang saya dapat saya peroleh hasil daripada
temubual saya bersama responden.
7
2.2 KERANGKA KASAR PENULISAN
Bil. Tugasan Butir
1. Pengenalan
- Memperkenalkan kompleks tersebut.
2. Latar belakang - Menceritakan keunikan kompleks tersebut.
bangunan - Lokasi kompleks.
- Menceritakan asal-usul kompleks tersebut.
- Pengasas kompleks
- Kos pembinaan kompleks
3. Stuktur kompleks - Reka bentuk pelan kompleks
- Haisan dalaman
- Kawasan persekitaran
4. Tujuan - Menyatakan tujuan asal kompleks dibina
pembinaan - Kegunaan dahulu kompleks
5. Fungsi dan - Menyatakan kegunaan kompleks sekarang
keadaan bangunan - Keadaan kompleks sekarang
pada masa kini
6. Cadangan langkah- - Menyatakan peranan kerajaan
langkah - Merupakan tanggungjawab rakyat
memelihara - Agensi-agensi kerajaan
bangunan
7. Rumusan - Memberi pengetahuan
- Memupuk unsur-unsur patriotisme
- Menyatakan harapan yang relevan.
8. Rujukan - Berdasarkan buku dan kertas penyelidikan
- Internet
- Temubual
9. Penilaian umum - Memupuk semangat patriotik dan memahami
budaya, agama dan resam masyarakat.
- Menghargai dan berbangga dengan sejarah negara
- Melahirkan rakyat berdisiplin
8
3.1 PENGENALAN
9
1. Nama Tempat Bersejarah
Kompleks Batu Caves merupakan salah satu tempat bersejarah yang
terkemuka di Daerah Gombak, Selangor. Ia merupakan bukit batu kapur yang
mempunyai satu siri gua dan kuil gua serta mengandungi banyak jenis flora dan
fauna. Gua utama di Batu Caves adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular
di Malaysia dan merupakan tumpuan kaum Hindu semasa perayaan Thaipusam.
Kuil Batu Caves berusia 113 tahun dan terletak kira-kira 400 kaki di atas
aras tanah. Ia adalah gua utama di dalam sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit
Batu atau ‘Rocky Hill’. Nama ini diambil daripada nama sungai berhampiran
yang dikenali sebagai Sungai Batu yang mengalir di dalam gua Batu Caves.
2. Keunikan Tempat Bersejarah
Batu Caves merupakan gua batu kapur yang telah wujud lebih seratus
tahun dahulu dimana didalamnya terbentuk stalaktait dan stalakmait yang begitu
indah dengan ketinggian 100 meter. Binaan ini popular di kalangan penganut
agama Hindu yang mengadakan sambutan Thaipusam di situ pada setiap tahun
dimana hampir sejuta orang penganut agama Hindu akan datang ke Batu Caves.
Untuk sampai ke puncak pintu gua Batu Caves, seseorang perlu mendaki
sejumlah 272 anak tangga. Disamping itu keindahan pemandangan dari puncak
tangga dan keindahan kawasan dalam gua telah berjaya menarik ramai pelancong
dari dalam dan luar negara. Batu Caves bukan sahaja dikunjungi penganut Hindu,
tetapi juga kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa daripada berbilang
bangsa dan agama.
3. Lokasi Tempat Bersejarah
Kompleks Batu Caves terletak di Daerah Gombak, Selangor iaitu kira-kira
13 km dari Bandaraya Kuala Lumpur. Terdapat empat gua utama yang menjadi
10
tumpuan di Kompleks Batu Caves ini iaitu Gua Kuil (Temple Cave), Gua Gelap
(Dark Cave), Gua Vila yang dahulunya dikenali sebagai Gua Muzium dan Gua
Balai Seni (Cave Villa) and Gua Ramayana (Ramayana Cave).
Gambar 1: Peta lokasi Batu Caves
Gambar 2: Peta Batu Caves menunjukkan kompleks Kuil Batu Caves (Temple Cave), Gua
Gelap (Dark Cave), Gua Muzium (Museum Cave) dan beberapa gua kecil serta kawasan
persekitarannya.
11
3.2 LATAR BELAKANG KOMPLEKS BATU CAVES
• Tarikh penemuan.
Batu kapur yang membentuk di Batu Caves dikatakan terhasil sekitar 400
juta tahun dahulu. Sumber-sumber menyatakan gua ini dahulunya menjadi
kawasan beristirehat bagi orang-orang Asli setelah penat memburu. Sekitar
tahun 1860-an golongan kaum Cina turut menggunakan tempat ini untuk
mengutip najis-najis kelawar bagi menghasilkan baja. Walau bagaimanapun,
kawasan ini menjadi terkenal hanya selepas kawasan bukit batu kapur
direkodkan oleh pihak berkuasa penjajah pada tahun 1878.
• Asal usul
Batu Caves telah diketahui umum sejak tahun 1879 apabila seorang
Inggeris Mr.H.C.Syers menjelajah dan menemui gua batu kapur ini. Pihak
yang mengiringi Mr.Syers tidak muncul selepas melawati gua ini. Percubaan
pertama untuk mengkaji fauna gua batu telah dibuat pada tahun 1898 oleh
H.N.Ridley, Pengarah Taman, Straits Settlements.
Dalam “Report of the British Association for the Advancement of Science”
pada tahun 1898, Ridley menunjukkan ciri-ciri gua secara umum dan fauna.
Walau bagaimanapu, tidak dapat dinafikan bahawa kepentingan Batu caves
mula diketahui dunia selepas Ridley melakukan usaha sepenuhnya itu.
Dahulunya, kawasan batu kapur ini diliputi banyak ladang seperti ladang
Batu Caves, Sungai Tuah, Vardipan, Ken, Batu Village, Kepong, Batu dan
ladang Segambut. Para penyelidik mengatakan bahawa golongan masyarakat
India yang bekerja di ladang-ladang itu pergi ke gua untuk menangkap
kelawar dan ikan di sekitar sungai dan takungan air. Gua batu kapur ini yang
pada awalnya menjadi kawasan pemancingan ikan dan kawasan beristirehat
12
berubah menjadi tempat suci (kuil) yang melaksanakan pemujaan tuhan
‘Murugan’.
• Pengasas bangunan
En.Tambusami Pillai merupakan individu penting yang menyumbang
tenaga dalam pembinaan kuil di Batu Caves. Tanggungjawab ini dipikul
setelah bapanya En. Kayaroganam Pillai jatuh sakit. Kesinambungan daripada
itu, En.Tambusami Pillai dan rakannya En.Kantappa Tevar bertindak
meletakkan lembing (peralatan suci dewa Murugan) di dalam gua itu pada
1888. Seterusnya, En.Tambusami Pillai meminta bantuan rakan-rakannya
En.Tiruvengkadam Pillai dan En.Kantappa Tevar untuk mengkaji dan
menyelidik kawasan Batu Caves.
• Pengurusan batu caves
Sebelum pemerintahan atau pengurusan rakyat diaplikasikan, sistem
Majlis Keadilan telah dipraktikkan dalam struktur pengurusan kuil ini.
En.Tambusami Pillai memikul tanggungjawab pengurusan kuil bagi tempoh
tahun 1872 sehingga 1876. Selepas itu, anak sulungnya Parimanam Pillai
menggantikan kedudukan bapanya selama beberapa tahun. Anak bongsu
En.Tambusami Pillai iaitu Kaṇapathi Pillai pula mengawal pengurusan kuil
tersebut sekitar tahun 1930-an.
Selepas itu, pilihanraya telah diadakan oleh Lembaga Pemegang Amanah
untuk memilih baris pengurusan bagi mengurus kuil ini. Kesemua upacara
keagamaan dan pemujaan yang dirancang diuruskan oleh Lembaga
Pengurusan untuk tindakan seterusnya. Lembaga ini diletakkan di bawah
penyeliaan Kuil Sri Maha Mariamman.
Setelah kuil ini menjadi hakmilik masyarakat India, pada tahun 1930, kuil
ini dipengerusikan oleh Kumarasami Pillai dan diikuti oleh Ramacanthira
13
Naidu sebagai pengurus dari tahun 1939 sehingga tahun 1942. Dari tahun
1942 sehigga kini, pucuk kepimpinan kuil ini silih bertukar ganti dan
menyumbang kepada kemajuan kuil ini. Sejak tahun 1991 sehingga kini
(2021) Tan Sri R.Nadaraja mempengerusikan Pengurusan Kuil Batu Caves
yang bertanggungjawab keatas kuil ini.
• Kos pembinaan
Pada tahun 1920 pihak pengurusan Kuil Sri Maha Mariamman dengan
bantuan orang ramai berjaya membina anak tangga sehala untuk sampai ke
puncak kuil. Pada tahun 1939, sebanyak 272 buah anak tangga simen yang
meliputi dua hala iaitu tangga untuk naik dan turun berjaya dibina dengan
bantuan daripada pelbagai persatuan dan pertubuhan kaum India.
Pada tahun 1940, empat harta pusaka kuil ini telah dijual untuk membeli
lebih kurang 7 hektar tanah di kawasan kaki bukit ini. Beberapa lama
kemudian, 7 hektar tanah turut dibeli dan kini sebanyak 14 ½ hektar tanah
telah dimiliki oleh kuil Sri Maha Mariamman.
Sekitar tahun 1952, lampu-lampu telah dipasang diikuti dengan
kemudahan saliran air paip di gerbang masuk dan manara-menara kuil dengan
sejumlah kos RM52,000. Pada tahun 1975, baris anak tangga yang ketiga telah
dibina dengan kos pembinaan sebanyak RM1020 000. Pada tahun 1985,
lampu-lampu sodium telah dipasang disepanjang anak tangga dari kaki bukit
hingga ke puncak masuk ke dalam gua ini.
Pada tahun 2006, Patung Dewa Murugan dibina di kaki bukit Batu Caves.
Ia merupakan patung yang tertinggi didunia, dihasilkan dari 1,550-meter cubic
konkrit, 250 tan batang besi dan 300 liter cat berwarna keemasan yang dibeli
dari Thailand. Ia diukir oleh 15 pengukir India yang mengambil masa lebih
tiga tahun untuk disiapkan. Patung setinggi 140 kaki itu bernilai RM2.5 juta
itu dicatatkan dalam Malaysian Book of Records sebagai patung tertinggi
dewa Hindu dalam negara.
14
3.3 STRUKTUR KOMPLEKS BATU CAVES
Kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada tiga gua utama dan beberapa
gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Gua Kuil (Temple Cave).
Didalamnya tedapat sebuah kuil Hindu. Untuk sampai ke gua ini pengunjung
perlu menaiki 272 anak tangga.
Pada kaki bukit adalah dua lagi gua kuil, iaitu Gua Galeri Seni (Art Gallery
Cave) dan Gua Muzium (Museum Cave), kedua-duanya penuh denga arca-arca
dan lukisan Hindu. Kompleks ini telah diubahsuai dan dibuka sebagai Cave Villa
pada tahun 2008. Arca-arca dan lukisan di gua ini menggambarkan kisah
kemenangan kemenangan Dewa Murugan ke atas Soorapadam.
Gua Ramayana terletak ke kiri kompleks kuil Batu Caves. Dalam
perjalanan ke Gua Ramayana, terdapat Tugu Dewa Hanuman yang setinggi 50
kaki serta sebuah kuil yang didedikasikan untuk Dewa Hanuman. Gua Ramayana
menggambarkan cerita Rama dalam cara kronik sepanjang dinding dan tidak
teratur.
Di pertengahan 272 anak tangga ke arah Gua Kuil, terdapat satu laluan
kecik pada anak tangga ke- 204, yang akan menghala ke Gua Gelap (Dark Cave).
Gua Gelap ini merupakan monumen semula jadi dan diuruskan secara berasingan
daripada kuil-kuil lain yang berada di Kompleks Batu Caves ini. Gua Gelap ini
mempunyai laluan sepanjang 2 km. Walau bagaimanapun, hanya 450 meter
dibuka secara berkala kepada orang ramai dan satu kilometer boleh diakses di
atas permintaan untuk lawatan pengembaraan. Zon pemuliharaan (akses terhad)
hanya dibuka bagi penyelidikan saintifik yang dibenarkan. Dark Cave telah
menarik ramai penyelidik saintifik dalam pelbagai bidang sejak tahun 1880-an
lagi.
Di kaki bukit Batu Caves, sebuah patung Dewa Muruga berwarna
keemasan setinggi 42.7 meter (140 kaki) telah siap dibina pada tahun 2009.
15
Gambar 3: Dua ratus tujuh puluh dua (272) anak tangga menuju ke Gua Kuil (Temple Cave).
Gambar 4: Bahagian dalam kawasan utama Gua Kuil (Temple Cave) (kredit: Supermeng
Malaya)
16
Gambar 5: Hiasan dalaman Gua Vila (Villa Cave)
Gambar 6: Hiasan dalaman Gua Galeri Seni (Gallery Cave) dan Gua Muzium (Museum
Cave) yang kini dikelani sebagai Gua Vila (Villa Cave)
17
Gambar 7: Laluan masuk ke Gua Ramayana
Gambar 8: Hiasan dalaman Kuil Ramayana
18
Gambar 9: Laluan masuk ke Gua Gelap (Dark Cave)
Gambar 10: Keadaan di dalam Gua Gelap yang dipenuhi dengan stalagmit dan stalaktit.
19
Gambar 11: Dataran kaki bukit Batu Caves di mana patung Dewa Murugan telah dibina.
Gambar 12: Pandangan atas bukit Batu Caves dan kawasan persekitaran.
20
3.4 TUJUAN BINAAN
Batu Caves merupakan tempat ibadat suci bagi kaum India beragama
Hindu yang tinggal di Malaysia. Seperti tempat-tempat ibadat Hindu yang lain,
persekitaran semula jadi seperti bukit, lokasi terpencil, hutan dan sungai, telah
lama menjadi lokasi pilihan untuk ibadat dewa. Batu Caves memenuhi semua
keperluan ini. Khususnya, pintu masuk berbentuk vel (tombak) ke gua-gua
memberi inspirasi kepada penganutnya untuk mewujudkan tempat ibadat yang
mana mitos budaya dan agama telah digantikan. Ia merupakan tempat yang
sangat popular untuk pengunjung dari dalam mahupun luar negara. Lokasi ini
menjadi tarikan pelbagai pihak terutamanya bagi festival Hindu iaitu, Thaipusam.
3.5 FUNGSI DAN KEADAAN KOMPLEKS BATU CAVES
KINI
Disamping menjadi tempat beribat bagi kaum Hindu, Kompleks Batu
Caves kini merupakan satu tarikan pelancong yang paling utama di Malaysia.
Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan telah
menyediakan peruntukan untuk bagi melakukan promosi untuk Batu Caves ini
agar menjadi destinasi ikonik kepada pelancong dari serata dunia.
Pelbagai aktiviti-aktiviti di kawasan tersebut seperti program/acara khas
yang telah menjadi kebiasaan setiap tahun seperti Festival Pongal dan Batu Caves
Tanggathon selain daripada sambutan Thaipusam telah dirancang bagi menarik
dan menambah kedatangan pengunjung dan pelancong bahkan ia sekali gus akan
meningkatkan pendapatan peniaga di kawasansekitar.
Selain itu, kerajaan dan pihak pengurusan Komplek Batu Caves juga
menyediakan kemudahan infrastruktur dan prasarana yang lebih baik, sempurna
dan berkualiti untuk kepuasan para pengunjung dan pelancong.
21
Disamping tarikan agama sebagai pemacu utama pelancongan, Batu Caves
juga menjadi pusat pelancongan pengembaraan. Kemudahan untuk menjalankan
aktiviti seperti ‘rock climbing’ atau melakukan pengembaraan boleh juga
dilakukan di sini. Walaubagaimanapun aktiviti ini bukanlah dikelolakan oleh
pihak jawatankuasa kuil-kuil batu Caves tetapi diuruskan oleh pihak swasta.
3.6 LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN
Sejajar dengan perkembangan Batu Caves sebagai sebuah pusat pelancongan,
terdapat juga beberapa kesan negatif ekoran daripada penerokaan gua batu kapur
di sekeliling kawasan kompleks ini. Oleh itu, terdapat beberapa langkah
pemeliharaan yang perlu diambil bagi memastikan Kompleks Batu Caves ini
terus dikunjungi pelancong dan dapat mengekalkan persekitaran yang baik.
Contohnya:
• Pihak kerajaan
1. Batu Caves perlu dipelihara sebagai warisan negara dan potensi
pelancongannya harus dimanfaatkan sebaiknya.
2. Batu Caves perlu diiktiraf sebagai tapak yang mempunyai kepentingan
saintifik yang istimewa atas sumbangannya terhadap ilmu saintifik di negara
ini.
3. Penyumberan ini perlu dilindungi bagi memastikan keunikan gua batu
kapur dan flora dan fauna yang hanya terdapat di Batu Caves dipelihara.
• Pihak masyarakat
1. Ibu bapa perlulah membawa anak-anak pergi bercuti ke tempat-
tempat bersejarah bagi menarik minat dan memupuk sifat cintakan sejarah
negara. Secara tidak langsung, ia dapat menambah bilangan pengunjung
22
dan pendapatan syarikat yang menguruskan bangunan bersejarah dan
meningkatkan industry pelancongan
2. Pihak sekolah dan universiti perlu memberi galakan kepada pelajar
untuk terlibat dalam usaha untuk memulihara bangunan bersejarah.sebagai
contoh, menyertai aktiviti sukarelawan untuk membersihkan dan menaik
taraf landskap boleh dilakukan.
• Media Massa (Majalah / Akhbar / TV)
1. Pihak media perlu memperbanyakkan dokumantari, rancangan lawatan
dan penulisan berkaitan Kompleks Batu Caves bagi menarik perhatian
masyarakat untuk berkunjung ke tempat ini.
Semua pihak perlu memainkan peranan bagi mengekalkan warisan sejarah kita
agar ianya terus lestari demi generasi akan datang.
23
3.7 RUMUSAN
Melalui kerja kursus ini, banyak pengetahuan, nilai dan pengajaran yang telah
dapat dipelajari. Antaranya ialah kajian ini dapat memupuk semangat patriotism
dan saling memahami agama, budaya dan resam masyarakat berbilang kaum di
Malaysia.
Kajian ini juga telah memberikan pengetahuan yang lebih mendalam tentang
bangunan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memberi kesedaran
kepada masyarakat untuk menjaga dan menghormati tapak bersejarah ini.
Selain itu, saya telah belajar untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah
yang tepat dan benar. Malah, secara tidak langsung ini akan dapat memberi
pemahaman dan melatih diri saya dalam membuatkan satu kajian yang bersifat
ilmiah.
Saya juga telah dapat mengukuhkan kemahiran seperti mencari, mengumpul,
mengelas, menganalisis dan merumus fakta sejarah yang dapat dinilai.
24
3.8 RUJUKAN
• Buku ilmiah
Ruth Kiew, Zubaid Akbar Mukhtar Ahmad, Ros Fatihah Haji Muhammad,
Surin Suksuwan, Nur Atiqah Abd Rahman, Teck Wyn Lim, 2020, Batu
Caves Malaysia's Majestic Limestone Icon, Kuala Lumpur, Malaysia:
Malaysian Cave and Karst Conservancy
• Kertas penyelidikan
Parameswari Krishnan, 2020, Sejarah Perkembangan Awal Kuil Batu
Caves (kertas tesis), UNISEL, Selangor, Malaysia.
Max Moseley, 2009, Estimating diversity and ecological status of cave
invertebrates: Some lessons and recommendations from Dark Cave (Batu
Caves, Malaysia), Journal of Cave and Karst Science, 35, 47-52.
• Orang sumber
Encik Rama Chendra Govindasamy (temubual dalam talian), 15 Ogos
2021.
• Internet
Jom Jalan-Jalan: Batu Caves,
http://supermengmalaya.blogspot.com/2013/03/jom-jalan-jalan-batu-
caves.html#.YS36ZOgzbIU
Batu Caves Description and Facts,
https://www.britannica.com/place/Batu-Caves
Batu Caves, https://selangor.travel/listing/batu-caves/
25
4. PENILAIAN UMUM
Kawasan- Kawasan bersejarah merupakan antara bahan sejarah yang
begitu penting. Monumen bersejarah ini lazimnya mempunyai signifikan dan ciri-
ciri yang unik sehingga mampu dikagumi dan dilestarikan. Selain itu, setiap
kawasan bersejarah ini mempamerkan nilai- nilai estika dan keunikan seni
binanya yang tersendiri. Selain itu, monument bersejarah lazimnya mempunyai
gaya seni bina masing- masing, sama ada menerima pengaruh luar atau
berdasarkan pengaruh tempatan.
Kompleks Batu Caves merupakan kawasan bersejarah yang sangat unik
berdasarkan lokasi dan tujuan tempat ini. Kawasan ini Berjaya menonjolkan
identiti masyarakat Hindu dan menonjolkan keunikan kaum ini melalui seni bina.
Tarikan Kompleks Batu Caves ini bukan sahaja kepada jutaan masyarakat Hindu,
malahan menjadi tarikan pelancong serata dunia. Keberadaan monument ini
secara tidak langsung dapat memupuk semangat patriotism dan saling memahami
agama, budaya dan resam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
Walaubagaimanapun, penerokaan Kompleks Batu Caves secara terus
menerus membawa kebimbangan kepada kesan ekosistem gua batu kapur,
kehidupan flora dan fauna dan kepesatan Kawasan persekitaran diluar kawalan.
Sehubungan itu, kerajaan dan organisasi- organisasi terbabit bertanggungjawab
untuk memelihara dan memulihara kompleks bersejarah ini dan persekitarannya.
Masyarakat juga turut perlu memainkan peranan untuk bersama-sama
menjalankan tanggungjawab ini agar generasi akan datang berpeluang menikmati
dan menghayati kepentingan kawasan bersejarah.
Kesimpulannya, bangunan bersejarah sememangnya membawa
kepentingan kepada negara dan mesyarakat seluruhnya. Oleh itu, semua pihak
perlu sedar akan peranan masing-masing dalam usaha mengekalkan nilai dan
kepentingan kawasan bersejarah ini.
26
27