UHMS 1182 SEKSYEN 15
(PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN)
SEMESTER 1, 2021/2022
TUGASAN BERKUMPULAN
TAJUK TUGASAN: NO. MATRIK
ISU PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA A21EB0045
A21EB0066
AHLI KUMPULAN: A21EB0084
A21EB0014
NAMA A21EB0029
1. MUHAMMAD IRFANNULLAH BIN MOHD ISMAIL
2. NURDAYANA SAFFIYAH BT MOHD NAZRI
3. TAN KE XIN
4. CHIA SHAROL
5. JOHANNA JEAN JOHN
DISERAHKAN KEPADA:
DR. MOHD RIZAL BIN ABU BAKAR
SKEMA PEMARKAHAN (DIISI OLEH PENSYARAH)
KRITERIA MARKAH
PENDAHULUAN /5
/15
ISI /5
KESIMPULAN /5
/30
RUJUKAN
JUMLAH
ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
2-3
KANDUNGAN 3
1.0 PENDAHULUAN 4
2.0 OBJEKTIF KAJIAN 4
3.0 PERSOALAN KAJIAN 4-5
4.0 KEPENTINGAN KAJIAN 5
5.0 KAJIAN LEPAS
6.0 METODOLOGI KAJIAN
7.0 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN
8.0 KESIMPULAN
9.0 RUJUKAN
LAMPIRAN
1.0 PENDAHULUAN
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia, istilah “pornography” berasal dari “porneia”, perkataan
Greek untuk pelacur. Istilah ini membawa makna “penulisan tentang pelacur’’. Pornografi bermaksud
bahan bertulis atau visual yang merangsang keinginan seksual seperti mendedahkan atau menunjukkan
aurat secara keterlaluan dan bertujuan untuk memberahikan pemerhati atau pembaca. Dapat dilihat bahawa
pornografi merupakan satu perbuatan yang tidak baik dan tidak diterima dalam kehidupan seharian kerana
perbuatan tersebut bukan sahaja dilarang dari sudut etika dan moral, tetapi juga dilarang di sisi agama.
Sejak akhir-akhir ini, isu pornografi telah menjadi manduk utama yang dapat dipetik daripada buletin
siaran media elektronik, dan juga buletin yang terpampang dalam media cetak. Topik ini juga menimbulkan
polemik dan spekulasi yang hangat dalam masyara kat sama ada di warung-warung kopi hinggalah ke
parlimen. Tambahan pula, statistik pada tahun 2020 juga menunjukkan rakyat Malaysia paling ramai di
Asia yang melayari laman web lucah sepanjang tempoh kawalan pergerakan. Pelbagai inisiatif turut
dilaksanakan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) seperti menyekat
sejumlah 4068 laman pornografi untuk membendung adegan seksual dan kandungan berkaitan lesbian, gay,
biseksual dan transgender (LGBT) di negara kita.
Tidak dapat dinafikan bahawa remaja merupakan salah satu orang yang banyak mengakses
bahan-bahan pornografi di media sosial. Pada zaman remaja, seseorang remaja akan mengalami pelbagai
perubahan yang drastik, termasuklah perubahan emosi, sosial, jasmani dan bahasa. Oleh itu, seseorang
remaja mudah tertarik dengan perkara yang baharu disebabkan perasaan ingin tahu yang tinggi. Misalnya,
remaja yang mempunyai rasa ingin tahu yang tinggi tetapi kurang mendapat informasi dan pengetahuan
yang mencukupi tentang kesihatan reproduktif akan mencari maklumat-maklumat tersebut sendiri,
antaranya adalah melalui laman web pornografi. Selain itu, mereka yang belum matang mudah dipengaruhi
oleh rakan sebaya yang negatif dan didedahkan bahan-bahan yang tidak sihat seperti bahan lucah dan
sebagainya.
Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat wabak COVID-19 yang telah berlangsung
sejak 18 Mac 2020 yang lalu telah menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah
dilaksanakan secara dalam talian menggunakan medium Internet. Keadaan ini telah memberi peluang yang
besar kepada remaja untuk mengakses sebarang maklumat dengan mudah termasuk laman sesawang yang
lucah. Sekiranya tanpa kawalan diri dan pemantauan daripada ibu bapa, anak-anak remaja mempunyai
keberangkalian yang tinggi untuk terjerumus dalam gejala yang tidak sihat seperti aktiviti pornografi dan
lain-lain.
Kajian kepustakaan mendapati pornografi boleh menyebabkan masyarakat terdedah kepada ancaman
keselamatan yang berpunca daripada jenayah seksual seperti cabul, rogol, pedofilia, parafilia dan
sebagainya. Isu jenayah seksual yang sering dilaporkan di dada akhbar yang melibatkan kes rogol, cabul
dan pedofilia perlu diambil perhatian oleh rakyat. Lebih-lebih lagi pelaku jenayah seksual ini boleh
terdorong kepada tahap membunuh mangsanya. Impak daripada aktiviti pornografi juga mampu
mendorong seseorang individu melakukan perlakuan seksual seperti zina, masturbasi dan sumbang
mahram. Terdapat beberapa implikasi negatif daripada salah laku ini iaitu menyebabkan kehamilan luar
nikah, pembuangan bayi serta penularan penyakit kelamin seperti HIV, AIDS dan sebagainya. Oleh hal
yang demikian, pelbagai usaha yang efektif haruslah dijalankan untuk mengekang isu pornografi yang
semakin berleluasa dalam kalangan remaja.
Dalam kajian ini, kumpulan kami akan memfokuskan kepada kepekaan masyarakat Malaysia
terutamanya remaja mengenai isu pornografi dalam kalangan remaja yang melibatkan faktor dan kesan
berlakunya pendedahan pornografi dalam kalangan remaja serta langkah untuk mengatasi isu ini. Penulisan
ini mempunyai beberapa pembahagian subtopik iaitu objektif kajian, persoalan kajian, kepentingan kajian,
kajian lepas, metodologi kajian, dapatan kajian dan perbincangan, kesimpulan dan rujukan. Dalam kajian
dan perbincangan terdapat subtopik iaitu profil responden, kepekaan terhadap isu kajian, faktor berlakunya
pendedahan pornografi dalam kalangan remaja, kesan pornografi dalam kalangan remaja dan langkah
mengatasi isu pornografi dalam kalangan remaja. Kesemua bab-bab dan subtopik yang dijalankan
memainkan peranan yang berbeza dan perbincangan kajian berdasarkan tajuk yang dipilih iaitu pornografi
dalam kalangan remaja.
2.0 OBJEKTF KAJIAN
Ojektif utama kajian ini adalah untuk membincangkan tentang isu pornografi dalam kalangan remaja pada
hari ini. Manakala sub objektif kajian ini adalah:
1. Kepekaan masyarakat Malaysia terutamanya remaja tentang isu pornografi dalam kalangan
remaja pada hari ini.
2. Faktor yang menyebabkan berlakunya isu pornografi dalam kalangan remaja pada hari ini.
3. Kesan yang diperolehi oleh remaja apabila berlakunya isu pornografi dalam kalangan remaja.
4. Langkah yang perlu diambil untuk mengatasi isu pornografi dalam kalangan remaja.
3.0 PERSOALAN KAJIAN
Untuk mencapai matlamat objektif kajian ini, persoalan kajian telah diselaraskan seperti berikut:
1. Adakah masyarakat Malaysia terutamanya remaja peka tentang isu pornografi dalam kalangan
remaja pada hari ini?
2. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya isu pornografi dalam kalangan remaja pada hari
ini?
3. Apakah kesan yang diperolehi oleh remaja apabila berlakunya isu pornografi dalam kalangan
remaja?
4. Apakah langkah yang perlu diambil untuk mengatasi isu pornografi dalam kalangan remaja?
4.0 KEPENTINGAN KAJIAN
Pornografi dapat didefinisikan sebagai suatu penggambaran tubuh manusia atau perilaku seksual
manusia secara terbuka dengan tujuan membangkitkan sifat seks. Isu pornografi di Malaysia amatlah
membimbangkan, didapati sebanyak 35.3 peratus daripada golongan remaja mudah terpengaruh dan
terdedah dengan bahan-bahan lucah. Oleh yang demikian, kajian ini bertujuan untuk memperoleh impak
terhadap perolehan maklumat daripada responden, serta penambaikan bagi mengurangkan isu ini di
Malaysia. Kajian ini juga dapat digunakan sebagai sumber rujukan untuk penyelidikan akademik.
Dapatan kajian juga dapat meringankan beban pihak kerajaan dan NGO untuk mengenal pasti
punca berlakunya isu pornografi ini. Secara tidak langsung, kajian ini dapat memberi persiapan secukupnya
untuk mengambil langkah yang maxime agar kurang penularan bahan-bahan lucah terutamanya di media
sosial.
Kajian ini turut dapat memberi kesedaran kepada masyarakat dan remaja akan isu pornografi yang
semakin meresahkan ini agar mereka dapat melihat betapa penting dan membimbangkan isu ini. Bukan itu
sahaja, kajian ini juga dapat digunakan sebagai garis panduan untuk memberi bantuan atau idea bantuan
untuk mengatasi isu pornografi ini.
5.0 KAJIAN LEPAS
Satu kajian yang dilaksanakan oleh Amirul Ashraaf Norman dan Nooraini Othman(2020), yang
bertajuk Ketagihan Pornografi dalam Kalangan Remaja: Faktor dan Implikasi terhadap Sahsiah Diri
Remaja telah menjelaskan faktor dan implikasi negetif pendedahan pornografi dalam kalangan remaja serta
cara-cara untuk mengatasi masalah tersebut. Kajian ini dijalankan secara meneliti kajian-kajian lepas
seperti buku akademik, jurnal-jurnal ilmiah dan akhbar dari sumber yang boleh dipercayai. Dalam kajian
ini, penulis telah mengemukakan teknologi adalah salah satu faktor pendedahan pornografi dalam kalangan
remaja. Teknologi telah membawa banyak kesan buruk dan telah menjejaskan perkembangan mental dan
fizikal remaja. Selain faktor dan implikasi negatif, kajian ini juga tertumpu kepada cara-cara mengatasi
masalah pendedahan pornografi dalam kalangan remaja. Sebagai contoh, pemantauan ibu bapa, didikan
agama yang kukuh dan sebagainya telah dikemukakan dalam kajian tersebut.
Dalam buku yang bertajuk Remaja Hebat Siri 4: Batasan dan Halangan Kecemerlangan, ditulis
oleh Kamarul Azmi Jasmi (2017) telah mengajukan masalah seksual dalam kalangan remaja dan
penyelesaiannya. Penulis telah meneliti statistik dari pelbagai pihak berkuasa seperti Kementerian
Kesihatan Malaysia, jurnal-jurnal, teks-teks al-Quran dan sebagainya. Buku ini telah mengemukakan
pornografi adalah salah satu punca untuk masalah seksual dalam kalangan remaja. Ini telah menunjukkan
pendedahan pornografi dalam kalangan remaja mendatangkan impak yang negatif terhadap masyarakat.
Buku ini tertumpu kepada perbincangan kesan buruk dan penyelesaiannya dari aspek agama Islam.
Penyelesaian yang diusul dalam buku ini telah mengimplementasikan perintah Allah SWT.
Kajian yang dijalankan oleh Universiti Teknologi MARA (2021), yang bertajuk Pornografi
Dalam Kalangan Remaja Generasi Z Menurut Perspektif Islam adalah untuk mengkaji gejala pornografi
dalam kalangan generasi Z menurut pandangan Islam. Kajian ini dijalankan berbentuk kualitatif.
Kesimpulan kajian ini didapati melalui menganalisis data-data yang dikumpul. Kajian ini telah
membuktikan remaja generasi Z yang dilingkungi oleh teknologi digital banyak dipengaruhi oleh
pornografi dan telah memberi ancaman kepada sosial. Di samping itu, kajian ini telah menjelaskan
pendedahan pornografi merupakan salah satu punca kes-kes jenayah. Penyelesaian terhadap isu ini juga
dibincangkan dari aspek agama Islam.
Kajian yang dilaksanakan oleh British Board of Film Classification (2020), yang bertajuk
Young people, Pornography & Age-verification. Kajian ini dilaksanakan dalam bentuk kualitatif dan
kuantitatif. Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji pendedahan pornografi dalam kalangan remaja dan
pelaksanaan pengesahan umur untuk akses laman web pornografi. Kajian ini telah menjelaskan
kanak-kanak muda mulai mengakses laman web pornografi sejak muda dan telah membawa impak negatif
kepada perkembangan mental dan fizikal individu. Selain itu, pendedahan pornografi yang terlalu awal
kepada remaja telah menjejaskan sikap dan tingkah laku seksual remaja.
6.0 METODOLOGI KAJIAN
Metodologi kajian adalah penting supaya kajian yang dijalankan mempunyai kaedah yang
paling sesuai dan berkesan dalam menjawab permasalahan kajian. Oleh itu, kaedah kajian yang dirangka
adalah melibatkan reka bentuk kajian, subjek atau sampel kajian, prosedur kajian, prosedur pengambilan
data serta prosedur penganalisisan data.Kajian yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk mengenali lebih
lanjut mengenai isu pornografi dalam kalangan remaja. Sehubungan itu, pengumpulan data dibuat melalui
kaedah kuantitatif. Pendekatan kuantitatif diguna pakai dalam kajian ini dengan mengumpul data primer
melalui soal selidik. Kajian ini melibatkan responden berumur 18 tahun ke atas bagi mendapatkan
pandangan mereka tentang isu pornografi ini. Data-data yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis
diskriptif melibatkan jadual, carta pai dan graf bar. Pemilihan analisis deskriptif ini bersesuaian dengan
objektif penulisan.
7.0 DAPATAN KAJIAN & PERBINCANGAN
Isu masalah pornografi dalam kalangan remaja pada hari ini dilihat semakin membimbangkan.
Menurut kajian Malaysian Against Pornography (MAP), pada 2018 telah menunjukkan data yang
mengejutkan apabila kira-kira sebanyak 80 peratus kank-kanak dan remaja berumur antara 10 ke 17 tahun
telah terdedah kepada bahan pornografi dan ada sebahagian dari mereka menonton pornografi secara
sengaja.
Isu ini sudah tentunya memberi impak negatif kepada semua pihak tidak kira tua mahupun muda.
Hal ini kerana, isu ini bukan sahaja salah dari segi undang-undang malah turut salah dari segi moral kerana
tidak memberikan apa-apa kebaikan kepada mana-mana pihak.
Melalui borang soal selidik ini, responden diberi pilihan untuk mengundi mengikut tahap
persetujuan dan pandangan mereka pada setiap bahagian iaitu faktor berlakunya isu pornogarfi dalam
kalangan remaja, kesan apabila berlakunya isu pornografi dalam kalangan remaja serta langkah yang perlu
diambil untuk mengatasi isu ini. Data-data yang diperolehi akan dibincangkan dalam sub topik ini.
7.1 PROFIL RESPONDEN
Seramai 93 orang responden yang terdiri daripada remaja telah mengisi google form ini. Huraian analisis
latar belakang responden merangkumi aspek nama, umur dan kepekaan mereka terhadap isu pornografi di
Malaysia.
RAJAH 1
Rajah 1 di atas menunjukan profil responden ke atas remaja berdasarkan 3 kategori umur. Daripada
jumlah 93 responden yang terlibat, seramai 6 responden (6.5%) berumur 18 tahun ke bawah. Manakala,
seramai 84 responden iaitu 90.3% berumur lingkungan 18 tahun hingga 24 tahun. Akhir sekali, bagi
katogori umur 25 tahun ke atas pula, seramai 3 responden (3.2%) yang terlibat.
Peratusan di atas menunjukkan bahawa golongan dari umur 18 tahun hingga 24 tahun adalah majoriti
yang terlibat. Manakala golongan berumur 18 tahun ke bawah merupakan golongan kedua tertinggi.
Kesimpulannya, kedua-dua golongan ini adalah golongan yang paling peka akan isu pornografi yang
semakin tersebar di sosial media serta berkemahiran dalam menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
secara atas talian berbanding golongan umur lain.
GRAF 1
Graf 1 menunjukkan kepekaan responden terhadap isu pornografi yang semakin meresahkan di
Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa seramai 61 responden (65.6%) yang peka dengan isu pornografi
semasa. Seterusnya, seramai 18 responden (19.4%) yang tidak pasti sama ada mereka peka atau tidak akan
isu pornografi ini. Hal ini dapat dikatakan bahawa, mereka tidak memberi perhatian sepenuhnya dalam isu
ini. Akhir sekali, 14 responden (15.1) yang tidak peka akan isu pornografi ini.
Berdasarkan graf di atas dapat disimpulkan bahawa golongan remaja ini sangat peka akan isu
pornografi yang sedang berlaku di Malaysia. Hal ini demikian kerana isu pornografi ini sering melibatkan
remaja, sebagai perilaku dan mangsa. Namun demikian, masih terdapat juga golongan remaja yang tidak
mengambil berat akan isu pornografi ini. Ini kerana bagi mereka, menonton pornografi adalah perkara yang
normal bagi seseorang remaja dalam proses tumbesaran mereka. Tanpa disedari sebenarnya, mereka sedang
merosakkan diri sendiri serta akan memberi kesan kepada orang di sekelilingnya. Akhir sekali, terdapat
juga remaja yang kurang pasti sama ada mereka mengikuti perkembangan isu pornografi ini. Hal ini
bermaksud mereka masih mengambil tahu akan berlakunya isu ini, akan tetapi mereka hanya mengetahui
isu-isu pornografi yang ditularkan secara besar-besaran.
7.2 FAKTOR BERLAKUNYA ISU PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA
7.2.1 PENGGUNAAN GAJET YANG TIDAK TERKAWAL
RAJAH 2
Menurut data yang diperolehi daripada borang soal selidik, sebanyak 64 responden daripada 93
responden telah mengundi “sangat setuju” untuk penggunaan gajet yang tidak terkawal sebagai faktor
berlakunya pornografi dalam kalangan remaja pada hari ini. Manakala 24 responden mengundi“setuju”, 4
responden mengundi “neutral, 1 responden mengundi “tidak setuju” dan 0 untuk “paling tidak setuju”.
Penggunaan gajet adalah perkara yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita. Aktiviti ini
ibarat menjadi rutin harian seseorang individu. Lebih-lebih lagi, sejak pandemik Covid-19, kanak-kanak
dan juga remaja telah didedahkan dengan gajet. Penggunaan gajet bagi tujuan yang baik misalnya untuk
mencari maklumat bagi menyiapkan tugasan mahupun untuk belajar adalah perkara yang amat digalakkan.
Namun, apabila membiarkan remaja menggunakan gajet dan internet secara tidak terkawal, ianya akan
mengundang kearah yang negatif. Hal ini kerana, pada usia remaja seperti ini, mereka berada dalam fasa
ingin tahu dan menerokai pelbagai perkara. Misalnya, perasaan ingin tahu itu mendorong diri mereka untuk
melayari laman web dan video pornografi apabila bersendirian tanpa sebarang pantauan oleh yang lebih
tua. Oleh itu, adalah penting untuk setiap remaja ini menggunakan gajet dengan lebih terkawal dan
menggunakannya kearah yang lebih bermanfaat kepada diri mereka.
7.2.2 KEMUDAHAN MENGAKSES LAMAN WEB TERLARANG (HARAM)
RAJAH 3
Antara punca utama bagi isu pornografi dalam kalangan remaja adalah kemudahan mengakses
laman web terlarang. Berdasarkan keputusan kajian pada Rajah 3 yang telah dilakukan dijawab oleh 93
responden 6 responden memilih neutral dan seramai 22 responden setuju serta sebanyak 70% responden
iaitu 65 orang menjawab sangat setuju bahawa kemudahan mengakses laman web terlarang merupakan
punca isu pornografi dalam kalangan remaja.Mari,kita melihat bagaimana perkara tersebut menjadi salah
sebuah punca utama isu ini.Pada masa ini yang dipenuhi teknologi moden yang makin meninggi dari
semasa ke semasa,tidak dinafikan bahawa hampir semua yang di kalangan remaja memiliki telefon pintar
masing-masing. Walaupun mereka sudah memiliki telefon mereka sendiri tetapi perkara ini masih boleh
dikawal jika sistem 'firewall' atau dalam kata lain sistem pengawalan bagi setiap laman web adalah lebih
kukuh.Di sebaliknya,pada realiti mengakses laman terlarang adalah amat mudah bagi pengguna dari semua
umur. Para remaja boleh mengakses laman-laman terlarang bila-bila sahaja mereka ingin. Hal ini,
semestinya menanam fikiran bahawa mengakses laman terlarang adalah sesuatu yang mudah dan juga tidak
salah.Fikiran inilah yang mendorong mereka untuk melihat pornografi secara lebih kerap berdasarkan
berapa banyak kali mereka telah mengakses laman web tersebut.Beberapa langkah boleh diambil untuk
mengawal perkara ini. Sebagai contoh,ibu bapa boleh mengawasi aktiviti remaja pada telefon mereka.
7.2.3 PENGARUH RAKAN SEBAYA
RAJAH 4
Berdasarkan Rajah 4 di atas menunjukkan daripada 93 responden, didapati seramai 62 orang
responden (66.7%) mempunyai pendapat sangat setuju bahawa pengaruh rakan sebaya merupakan salah
satu faktor bagi pornografi dalam kalangan remaja. Seramai 22 orang responden (23.7%) berpendapat
setuju. Hanya 1 orang responden (1.1%) berpendapat tidak setuju dan 1 orang responden (1.1%)
berpendapat sangat tidak setuju. Ini telah menunjukkan pengaruh rakan sebaya telah menjadi penyumbang
dominan bagi pendedahan pornografi dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana usia remaja masih
mentah dan darah baru setampuk pinang senang dipengaruhi. Selain itu, rakan ialah tempat luahan perasaan
dan isi hati bagi remaja. Oleh itu, remaja bergaul dengan rakan fiilnya nagatif akan membawa impak
negatif yang cukup mendalam dengan mengikut dan meniru kelakuan rakannya. Hal ini demikian kerana
remaja akan rasa ketinggalan apabila tidak pernah buat apa yang pernah dilakukan oleh rakan. Di samping
itu, rakan yang mempunyai tabiat menonton video yang berunsur pornografi akan mengajak remaja untuk
menonton sekali. Selain itu, remaja yang dilingkungi dengan gajet dan media sosial akan berkenalan
dengan rakan yang tidak tahu latar belakang dan identiti sebenarnya. Menyedari hakikat betapa pentingnya
pengaruh rakan sebaya kepada remaja, maka memilih rakan yang berunsur positif memainkan peranan
dominan dalam membentuk sahsiah remaja.
7.2.4 KURANG PEMANTAUAN DARI IBU BAPA/ORANG DEWASA
RAJAH 5
Menurut rajah di atas, terdapat 49 orang responden (52.7%) berpendapat mereka sangat setuju
bahawa kurang pemantauan dari ibu bapa atau orang dewasa merupakan salah satu faktor berlakunya
pendedahan pornografi dalam kalangan remaja, diikuti oleh 37 responden (39.8%) yang setuju, 5
responden (5.4%) yang neutral, 2 responden (2.2%) yang tidak setuju dan tiada responden yang
menunjukkan sangat tidak setuju terhadap faktor ini.
Ramai responden yang berpendapat kurang pemantauan daripada ibu bapa atau orang dewasa
boleh menyebabkan pendedahan pornografi dalam kalangan remaja. Hal ini demikian kerana pada era
globalisasi ini, ibu bapa sibuk mencari nafkah untuk menampung kos kehidupan yang melonjak tinggi.
Keadaan ini menyebabkan mereka kurang membimbing anak-anak tentang perkara yang betul dan salah
dalam proses perkembangan seksualnya. Di samping itu, ibu bapa yang sibuk juga mungkin mengabaikan
tempoh masa anak-anak mereka melayari internet sehingga mereka mudah terjebak dalam dunia Internet
termasuk ketagihan menonton laman sesawang lucah yang tidak sihat.
Selain itu, ada juga ibu bapa yang tidak menyangka anak-anak mereka berani membuka laman sesawang
porno. Hal ini kerana ibu bapa sendiri tidak peka terhadap ancaman pornografi serta tidak memahami
perkembangan seksual anak-anak mereka. Natijahnya, ibu bapa kurang memantau kandungan dan
informasi yang dilayari oleh anak-anak mereka membolehkan anak-anak mengambil peluang untuk
menonton dan melakukan aktiviti pornografi. Jelaslah bahawa peranan ibu bapa adalah amat signifikan
dalam memantau anak-anak semasa melayari Internet supaya anak-anak remaja tidak didedahkan
pornografi sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.
7.2.5 RASA INGIN TAHU
RAJAH 6
Menurut graf di atas, seramai 42 responden (45.2%) sangat setuju dengan pernyataan “rasa
ingin tahu” sebagai punce utama berlakunya isu pornografi. Seterusnya, seramai 33 responden yang setuju
dengan punca tersebut, diikuti dengan 7 responden (7.5%) yang neutral dan 7 lagi responden yang tidak
setuju.. Akhir sekali, seramai 4 responden yang sangat tidak setuju akan penyataaan di atas.
Perasaan ingin tahu seringkali menghantui kita, terutamanya remaja yang masih mencari hal
tuju kehidupan. Perasaan ini amatlah penting bagi memastikan tumbesaran remaja semakin meningkat,
namun sekiranya perasaan ini disalahgunakan seperti menonton bahan-bahan lucah, melakukan aktiviti
yang tidak sihat dan tidak mengawal keinginan tersebut maka kesan buruk akan berlaku. Selain itu,
perasaan ingin tahu ini akan mencabar remaja tersebut untuk melakukan aksi lucah bagi memuaskan rasa
ingin tahu mereka, tanpa menyedari akan memberi impak yang buruk mereka diri mereka sendiri.
Seterusnya, terdapat juga responden yang berpendapat bahawa perasaan “rasa ingin tahu”
bukanlah punca utama berlakunya isu pornografi ini. Hal ini demikian kerana bagi mereka seseorang
individu pasti dapat mengawal sifat rasa ingin tahu itu agar tidak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat.
Misalnya, mereka boleh mengawal diri mereka untuk tidak menonton akan aktiviti tidak sihat ini, kerana
tanpa pengawalan tersebut perasaan keinginan mereka akan semakin meningkat dan menyebabkan mereka
untuk ketagihan untuk menonton lebih banyak video-video lucah. Oleh hal yang demikian, perasaan ingin
tahu dapat menjadi salah satu punca berlakunya isu pornografi.
7.3 KESAN PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA
7.3.1 MENJEJAS PERKEMBANGAN MENTAL DAN FIZIKAL REMAJA
RAJAH 7
Berdasarkan Rajah 7 di atas dapat disimpulkan bahawa pendedahan pornografi dalam kalangan
remaja akan menjejaskan perkembangan mental dan fizikal remaja. Seramai 67 orang responden (72.0%)
daripada 93 orang responden sangat setuju dengan pernyataan tersebut. Sebanyak 19 orang responden
(20.4%) bersetuju dengan fakta tersebut. Hanya 1 orang (1.1%) tidak setuju dan tidak ada orang yang
sangat tidak bersetuju. Ini menjelaskan majoriti berpendapat pornografi akan membantu perkembangan
mental dan fizikal remaja. Berikut dengan pegawai Psikologi Kanan Bahagian Kaunseling Universiti Putra
Malaysia, Siti Fatimah Abdul Ghani, pernah berkata pornografi akan merosakkan saraf otak jangka panjang
dan menjejaskan ingatan seseorang. Lebih-lebih lagi, otak remaja masih dalam proses perkembangan.
Pornografi juga mengubah bahan kimia neurotransmiter dan menjejaskan fungsi badan. Impak pornografi
ini akan menjejaskan individu dalam jangka masa yang panjang dan mengubah sikap seseorang secara
beransur-ansur. Di samping itu, pornografi juga mengakibatkan masalah disfungsi erektil atau mati pucuk.
Kajian yang dijalankan oleh Park et al., yang bertajuk Is Internet Pornography Causing Sexual
Dysfunctions? A Review with Clinical Report telah menjelaskan individu yang mempunyai tabiat menonton
pornografi akan mengalami disfungsi erektil dan semakin kehilangan ketertarikan terhadap isterinya. Selain
itu, sentiasa menonton video berunsur ponografi akan menyebabkan ketagihan. Ini juga merupakan salah
satu masalah mental. Tegasnya, pornografi akan menjejaskan perkembangan remaja dari aspek mental dan
fizikal. Remaja seharusnya menghindarkan diri daripada tabiat menonton pornografi.
7.3.2 PENGURANGAN FOKUS TERHADAP AKADEMIK
RAJAH 8
Antara kesan terpenting yang disenaraikan dalam kajian kami adalah isu pornografi dalam
kalangan remaja menyebabkan pengurangan fokus terhadap akademik.Berdasarkan keputusan kajian pada
Rajah 8 yang melibatkan 93 responden, terdapat 3 responden yang tidak setuju dengan kesan ini. Walau
Bagaimanapun,sebanyak,seramai 20 responden setuju dan 61 responden sangat setuju dengan kesan ini
menunjukkan majoriti daripada responden sangat setuju dengan kesan tersebut.Isu pornografi dalam
kalangan remaja telah meningkat ke tahap yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan ketagihan. Tetapi ia
bukan berhenti di situ ia memberikan kesan terhadap akademik mereka iaitu perkara yang sepatutnya
menjadi keutamaan mereka pada peringkat remaja. Walau Bagaimanapun,ketagihan pornografi mereka
mengambil alih peranan utama menggantikan akademik.Hal ini akan membawa kepada pengurangan fokus
terhadap akademik. Peruntukan masa yang lebih banyak kepada tontonan pornografi akan menyingkatkan
waktu pembelajaran para remaja. Perkara ini mungkin nampak sesuatu yang kecil pada fasa permulaan
tetapi semakin lama ia berterusan semakin banyak para remaja telah ketinggalan dalam pelajaran. Fikiran
mereka lebih menuju kepada pornografi berbanding dengan akademik mereka yang terpenting bagi masa
hadapan mereka. Mereka tidak sedar bahawa perkara yang dilakukan oleh mereka adalah salah sebelum
nasi sudah menjadi bubur kerana fahaman salah tentang keutamaan mereka pada fasa kehidupan sebagai
remaja.
7.3.3 PUNCA BERLAKUNYA JENAYAH
RAJAH 9
Menurut data yang diperolehi daripada borang soal selidik, sebanyak 63 responden daripada 93
responden telah mengundi “sangat setuju” untuk punca berlakunya jenayah sebagai kesan apabila
berlakunya pornografi dalam kalangan remaja pada hari ini. Manakala 21 responden mengundi “setuju”, 5
responden mengundi “neutral, 4 responden mengundi “tidak setuju” dan 0 untuk “paling tidak setuju”.
Kesan permasalahan isu pornografi dalam kalangan remaja pada hari ini ialah akan menyebabkan
punca berlakunya jenayah tidak kira jenayah seksual atau bukan seksual. Hal ini kerana, apabila mereka
melayari laman sesawang haram dan menonton video pornografi, mereka akan mula ketagih dan perasaan
tersebut akan mula membiak kearah yang lebih teruk iaitu perasaan ingin mencuba. Abalia seseorang itu
terdedah dengan bahan-bahan pornografi, otaknya akan terangsang dan akan menghasilkan hormone yang
membawa kepada tingkah laku berdasarkan keseronokan. Keseronokan yang tidak terkawal beserta
perasaan ingin tahu mendorong seseorang itu untuk melakukan perlakuan seksual sehingga berani untuk
melakukan jenayah seksual demi kepuasan diri. Contohnya jenayah rogol, cabul, dan seks luar nikah yang
kemudiannya membentuk jenayah lain seperti pembunuhan, pembuangan bayi dan banyak lagi. Menurut
laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (2019) hasil Kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) merekodkan
statistic kes pembuangan bayi yang agak tinggi iaitu sebanyak 577 kes sepanjang 2014 hingga 2018. Oleh
yang demikian, sudah terang lagi bersuluh bahawa permasalahan pornografi dalam kalangan remaja
menyumbang kepada berlakunya jenayah pada hari ini.
7.3.4 KETAGIHAN SEKSUAL
RAJAH 10
Hasil daripada dapatan kajian di atas menunjukkan sebahagian besar responden iaitu sebanyak 48
orang (51.6%) sangat setuju bahawa ketagihan seksual merupakan kesan pendedahan pornografi dalam
kalangan remaja dan diikuti oleh 29 orang responden (31.2%) yang setuju akan kesan ini. Manakala hanya
sebilangan kecil 11 responden (5.4%) yang berpendapat neutral dan sebanyak 5 orang responden (5.4%)
sahaja yang tidak setuju terhadap kesan ini. Hal ini menunjukkan orang ramai sedar bahawa pendedahan
pornografi kepada remaja boleh menyebabkan ketagihan seksual terhadap remaja.
Pendedahan pornografi boleh menyebabkan ketagihan yang negatif dan buruk terhadap remaja.
Sebagai contoh, remaja yang belum matang mudah menghadapi ketagihan pornografi dan seksual jika tiada
pengawalan diri yang baik dan pemantauan dari orang sekeliling. Hal ini begitu kerana pornografi mampu
memberi rangsangan yang kuat sehingga membangkitkan nafsu kepada mereka yang menonton untuk
melakukan hubungan seks bagi meniru aksi-aksi yang terdapat dalam video pornografi. Keadaan ini amat
berbahaya kerana berdasarkan kajian di Indonesia mendapati lebih 53% remaja yang ketagihan pornografi
berakhir dengan perlakuan seks luar nikah bersama pasangan mereka. Situasi yang berlaku ini adalah
bertentangan dengan nilai agama, budaya, adat masyarakat di negara kita secara keseluruhan yang
melarang seks sebelum berkahwin.
Tambahan pula, menurut statistik kajian di Malaysia mendapati seawal usia 13 hingga 18 tahun,
remaja di Malaysia telah mula terlibat dengan ketagihan pornografi sehingga mereka berkelakuan tidak
sopan atau mengabaikan dan melampaui batas-batas pergaulan tanpa nikah.. Contohnya sesetengah remaja
yang berpegangan tangan antara lelaki dan perempuan, bercium, meraba, mendedahkan tubuh di khalayak
dan seterusnya terjebak dalam hubungan seks. Oleh itu, tidak dapat dinafikan bahawa pendedahan
pornografi boleh menyebabkan seseorang remaja menjadi ketagih terhadap pornografi dan seksual yang
akhirnya mendatangkan kesan yang buruk terhadap diri sendiri dan masyarakat seperti kelahiran anak luar
nikah dan jenayah seksual.
7.3.5 TINGKAH LAKU BERUBAH
RAJAH 11
Merujuk kepada rajah di atas, seramai 38 (40.9%) responden yang memilih “sangat setuju”
manakala 29 (31.2%) responden yang memilih “setuju” sahaja. Seterusnya, 16 responden iaitu 17.2% yang
memilih neutral untuk pernyataan kesan tingkah laku akan berubah. Selanjutnya, seramai 6 responden
(6.5%) memilih “tidak setuju” dan 4 responden lain (4.3%) memilih “sangat tidak setuju” dengan kesan di
atas.
Kesan isu pronografi yang terakhir adalah tingkah laku seseorang individu yang ketagih dengan
video-video pornografi akan berubah. Hal ini demikian kerana sifat ketagihan yang melampau sebagai
punca utama tingkah laku berubah. Seperti yang dinyatakan dalam sebuah magazine online, ketagihan
pornografi secara tidak langsung telah menyahaktifkan tingkah laku berubah. Hal ini disebabkan otak
individu tersebut telah menghasilkan bahan kimia yang menyenangkan, membuatkan individu tersebut
menganggap bahawa itulah ketenangan untuk lari dari masalah-masalah yang sedang dihadapi. Bukan itu
sahaja, jadual harian individu tersebut turut terganggu akibat penambahan aktiviti yang tidak sihat ini.
Misalnya, sebelum ini individu tersebut kebiasaannya tidur awal namun akibat ketagih dengan pornografi,
individu itu sanggup tidur lewat atau lebih parah lagi tidak tidur langsung.
Seterusnya, individu yang ketagih dengan pornografi akan lebih cenderung mempunyai pemikiran
yang kotor disebabkan asyik dengan fantasi mengenai seks, dan secara tidak langsung akan hilang fokus
dalam melaksanakan pekerjaan mereka. Selain itu, mereka yang ketagih akan mempunyai keyakinan yang
rendah, yang akan menyebabkan prestasi dalam pekerjaan juga menjadi semakin tidak produktif. Hal ini
juga disebabkan tabiat atau masa terluang untuk menonton video pornografi terlalu lama, yang
mengakibatkan mereka jarang untuk bersosial. Tambahan pula, mereka mempunyai perasaan takut dengan
pandangan orang lain apabila mereka tahu dengan tabiat menonton pronografi yang diamalkan.
7.4 LANGKAH MENGATASI PORNOGRAFI DALAM KALANGAN REMAJA
7.4.1 MEMBERI PENDEDAHAN AWAL DI SEKOLAH/RUMAH
RAJAH 12
Berdasarkan rajah di atas dapat disimpulkan bahawa majoriti orang setuju dengan memberikan
pendedahan awal di sekolah atau di rumah merupakan langkah yang dapat mengatasi isu pornografi dalam
kalangan remaja. Hasil kajian mendapati seramai 67 daripada 93 responden (72%) sangat setuju dengan
langkah ini diikuti oleh 21 responden (22.6%) yang setuju dan seterusnya hanya 5 responden (5.4%) yang
berpendapat bahawa mereka neutral terhadap langkah ini. Hal ini menunjukkan pendedahan awal di rumah
dan di sekolah amat penting untuk membendung isu pornografi dalam kalangan remaja.
Di rumah, didikan ibu bapa memainkan peranan yang utama dalam membentuk peribadi mahupun
tingkah laku anak-anak. Ketika anak-anak menjalani perkembangan seksual, mereka tidak berfikir perkara
ini dengan normal seperti orang dewasa. Pada fasa ini, pemikiran anak-anak tentang perkembangan seksual
adalah melibatkan aspek emosi, sosial, budaya dan fizikal. Dalam pada itu, ibu bapa haruslah membimbing
anak-anak dengan menjelaskan kepada mereka perkara yang betul dan salah dalam proses pertumbuhan
dan perkembangan seksualnya. Di samping itu, ibu bapa sendiri juga hendaklah menjadi suri teladan yang
baik kepada anak-anak dengan mengelakkan daripada menunjukkan keperibadian yang tidak baik seperti
menggunakan kata-kata dan menunjukkan isyarat yang lucah. Hal ini demikian kerana setiap tindakan yang
positif atau negatif ibu bapa akan dicontohi oleh anak-anak mereka. Jelaslah bahawa ibu bapa mempunyai
obligasi mereka untuk memberi pendedahan awal tentang perkembangan seksual kepada anak mereka sejak
kecil lagi kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Di sekolah pula, pihak sekolah memainkan peranan yang penting untuk mendidik murid-murid
tentang kesihatan reproduktif dan sosial. Pihak sekolah sepatutnya mementingkan subjek ini dan bukannya
sekadar mengajar dengan sambil lewa sahaja. Hal ini kerana remaja mempunyai tanggungjawab untuk
mendapatkan maklumat dan pendidikan yang tepat mengenai kesihatan seksual dan reproduktif mereka.
Sekiranya remaja boleh mendapat informasi yang mencukupi tentang pendidikan kesihatan reproduktif di
sekolah, maka remaja dapat membezakan perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Usaha ini dapat
mengelakkan remaja daripada mendapat maklumat berkaitan pendidikan seksual melalui saluran yang
haram seperti laman web pornografi. Jelaslah bahawa pendedahan awal pendidikan kesihatan reproduktif
yang mencukupi kepada remaja di sekolah amat penting untuk mengatasi masalah pornografi dalam
kalangan remaja.
7.4.2 MENGAWAL PENGGUNAAN GAJET
RAJAH 13
Seramai 61 orang responden (65.6%) daripada 93 orang responden sangat bersetuju bahawa
pengawalan penggunaan gajet membawa impact yang positif dalam mengatasi pornografi dalam kalangan
remaja. Terdapat 26 orang responden (28.0%) bersetuju dengan cara ini. Remaja yang asyik melayari
internet dan menggunakan gajet tanpa kawalan dan pemantauan ibu bapa akan mudah terdedah kepada
pornografi. Jadi, ibu bapa seharusnya memikul tanggungjawab untuk memastikan anak-anak yang
mempunyai gajet tidak terbabit dalam isu pornografi. Hasil tinjaun yang dilaksanakan oleh wartawan
Harian Metro dengan ibu bapa mendapati ramai remaja sekarang mempunyai gajet sendiri dan kebanyakan
ibu bapa bersetuju untuk mengawal penggunaan gajet anaknya dengan menggunakan aplikasi seperti
Parental Control, Kid Mode dan Kid YouTube. Selain itu, ibu bapa seharusnya mengehadkan masa
penggunaan peranti teknologi anaknya dan memeriksa laman web yang dikunjungi. Sebagai contoh, ibu
bapa boleh menyusun dan menetapkan tempoh masa yang sesuai untuk anak menggunakan gajet dan
memperkenalkan peraturan dalam penggunaan gajet seperti tidak melayari laman terlarang, mengikut
jadual yang ditetapkan dan sebagainya. Apabila diperhatikan, tidak ada responden yang memilih pilihan
“Tidak setuju” dan “Sangat tidak setuju”. Ini telah menunjukkan pengawalan penggunaan gajet merupakan
strategi yang baik untuk menangani isu pornografi.
7.4.3 MENGGUNAKAN "SAFE SEARCH" DALAM ENJIN CARIAN YANG DIGUNAKAN
RAJAH 14
Rajah di atas menunjukkan bahawa terdapat seramai 64 responden yang sangat setuju bahawa
penggunaan “safa search” dalam enjin carian iaitu google, sebagai langkah untuk membendung isu
pornografi dalam kalangan remaja. Seterusnya, seramai 21 responden yang memilih “setuju” manakala 8
responden yang lain memilih “neutral”. Akhirnya, tiada responden yang memilih “tidak setuju” dan
“sangat tidak setuju”.
Ciri “safe search” yang mensasarkan kandungan foto dan video seksual dalam talian dapat
mengelakkan remaja terlibat dengan isu pornografi ini. Tindakan mengaktifkan “safe search” di google
adalah wajar dilakukan sebagai langkah pertama untuk mengelakkan kanak-kanak terdedah, bak kata
pepatah “melentur buluh biarlah dari rebung”. Dengan penjagaan awal, sudah pasti kanak-kanak tidak akan
menjadi generasi yang terpengaruh dengan isu pornografi ini.
“Safe search” ini dapat diaktifkan di komputer, telefon pintar dan juga Google Play Store, hal ini
memudahkan orang tua atau individu sendiri untuk menjauhkan diri dengan aktiviti kurang sihat ini. Bukan
itu sahaja, pemasang “safe search” ini amatlah mudah dan boleh dilakukan pada waktu yang singkat.
Contohnya, pengaktifan di telefon pintar, dengan hanya membuka google lalu tekan “settings”, selanjutnya,
memilih “general” kemudian aktifkan “safe search”. Mudah dan sangat berbaloi. Oleh itu, sebagai orang
tua seharusnya mengaktifkan “safe search” ini ke dalam telefon pintar kanak-kanak sebelum
memberikannya. Tambahan, ibubapa dapat memantau penggunaan telepon pintar agar mereka tidak
terjerumus ke alam pornografi tersebut.
7.4.4 MEMBERI DIDIKAN AGAMA SECUKUPNYA
RAJAH 15
Menurut data yang diperolehi daripada borang soal selidik, sebanyak 64 responden daripada 93
responden telah mengundi “sangat setuju” untuk punca berlakunya jenayah sebagai kesan apabila
berlakunya pornografi dalam kalangan remaja pada hari ini. Manakala 17 responden mengundi “setuju”, 11
responden mengundi “neutral, 1 responden mengundi “tidak setuju” dan 0 untuk “paling tidak setuju”.
Seterusnya, langkah yang boleh diambil untuk mengatasi permasalahan isu pornografi dalam
kalangan remaja ialah dengan memberikan didikan agama yang secukupnya di sekolah mahupun di rumah.
Hal ini kerana, setiap agama tidak kira Islam, Hindu, Kristian dan banyak lagi, telah menyeru agar
pengikutnya sentiasa berakhlak mulia serta menjaga maruah diri dan keluarga. Isu pornografi sangat
bertentangan dengan apa yang perlu dilakukan oleh setiap mereka yang beragama kerana mereka yang
melakukan perkara buruk ini bukan sahaja telah menjatuhkan maruah diri dan keluarga malah akan
melahirkan masyarakat yang tidak bermoral dan beretika. Setiap agama mempunyai kepercayaan terhadap
Tuhan masing-masing. Jadi akan wujudnya perasaan takut kepada Tuhan dan balasan yang perlu mereka
tanggung atas perlakuan jahat mereka. Misalnya, mengikut konteks Islam, melakukan perkara yang
berkaitan dengan pornografi adalah dosa besar yang akan mendapat kemurkaan Allah S.W.T dan akan
dibalas di akhirat kelak. Dengan didikan agama juga, boleh membentuk individu yang sentiasa menjaga
hatinya dan perilakunya. Menurut Al Ghazali Darussalam, jika manusia menyedari hatinya, maka dia akan
menjalani kehidupan yang bagus sepanjang masa. Oleh itu, dengan memberi didikan agama yang
secukupnya, kita dapat mengatasi isu pornografi dalam kalangan remaja malah dapat melahirkan remaja
yang cemerlang dalam pelbagai aspek.
7.4.5 MELAKUKAN AKTIVITI YANG PRODUKTF PADA MASA LAPANG
RAJAH 16
Antara langkah mengatasi isu pornografi yang tersenarai dalam kajian kami adalah melakukan
aktiviti yang produktif pada masa lapang.Berdasarkan keputusan kajian pada Rajah 17 yang melibatkan 93
responden terdapat 2 responden yang tidak setuju dengan langkah tersebut tetapi seramai 26 responden
setuju bersama majoriti iaitu 62 responden sangat setuju dengan langkah tersebut sebagai langkah
mengatasi isu pornografi ini.Jika menghadapi suatu masalah,maka mestilah wujud penyelesaiannya.Frasa
tersebut juga boleh diaplikasikan pada isu pornografi yang berleluasa dalam kalangan remaja.Antara
langkah mengatasi isu ini adalah melakukan aktiviti yang produktif pada masa lapang.Hal ini dikatakan
demikian kerana dalam kebanyakan situasi tontonan pornografi berlaku pada waktu lapang di mana para
remaja tidak pasti dengan aktiviti yang mereka ingin lakukan dalam masa yang mereka ada.Oleh itu,jika
para remaja melibatkan diri dalam aktiviti yang lebih sihat kepada mental dan fizikal mereka maka mereka
dapat mengelakkan diri daripada terjebak dalam ketagihan pornografi ini.Sebagai contoh,melibatkan diri
dalam aktiviti sukan seperti badminton atau futsal pada waktu lapang mereka dapat memberikan keaktifan
fizikal dan minda sekaligus meningkatkan kesihatan para remaja.Para remaja harus mengisi masa lapang
mereka dengan aktiviti-aktiviti yang dapat menumpukan fokus mereka pada perkara tersebut seperti
membuat latihan Matematik pada waktu lapang atau main badminton. Kedua-dua perkara di atas
meningkatkan tumpuan terhadapnya,jika badminton para remaja ingin mempelajari teknik-teknik pukulan
bulu tangkis yang baru dan efektif.Situasi yang sama juga kepada latihan Matematik yang meningkatkan
rasa ingin tahu cara-cara lebih mudah untuk menyelesaikan masalah matematik serta meningkatkan
keterujaan untuk mencuba masalah matematik tahap lebih tinggi.Oleh kerana para remaja terlibat dengan
pelbagai aktiviti sepanjang hari seperti menghadiri kelas di sekolah iaitu sebahagian besar daripada masa
mereka,masa lapang mereka inilah yang dapat mendorong mereka untuk menonton pornografi dan
lama-kelamaan menyebabkan ketagihan.Para remaja harus menyusun waktu lapang mereka dengan
pelbagai aktiviti yang produktif atau amat berguna pada kehidupan mereka.
8.0 KESIMPULAN
Kesimpulannya, isu pornografi dalam kalangan remaja bukanlah isu yang harus dipandang enteng
oleh mana-mana pihak. Isu ini ibarat parasit yang menumpang dalam masyarakat dan jika dibiarkan
membiak, maka akan membawa kemudaratan kepada masyarakat dan juga negara.
Permasalahan isu pornografi dalam kalangan remaja pada hari berkait rapat dengan kemajuan
teknologi dan internet yang semakin canggih dan mudah untuk diakses. Namun begitu, ianya tidak akan
menjadi sebab dan punca terbesar jika setiap remaja menggunakan kemudahan ini kearah yang baik untuk
kemajuan diri sendiri. Jangan salahkan teknologi, namun salahkan diri sendiri jika terjebak dengan
pornografi,kerana setiap individu diberi amanah dan tanggungjawab untuk mengurus keinginan
masing-masing. Bak kata pepatah, hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.
Hasil daripada perbincangan kajian, didapati bahawa kesan yang diperolehi lebih kearah keburukan
dan ini membuktikan bahawa isu ini perlu diambil serius dan perlu dibanteras dengan segera oleh semua
pihak. Oleh itu, setiap remaja perlu menjauhi perkara yang melibatkan pornografi kerana ianya membawa
keburukan kepada diri. Malah, remaja kinilah yang akan memegang tampuk pemerintahan negara yang
seterusnya, dan untuk menjadi pemimpin yang baik, perlulah daripada generasi yang cemerlang sahsiah
dan akhlaknya agar negara akan lebih maju.
9.0 RUJUKAN
Amirul Ashraaf Norman dan Nooraini Othman. (2020). Ketagihan Pornografi dalam
Kalangan Remaja: Faktor dan Implikasi terhadap Sahsiah Diri Remaja. Jurnal
Melayu, 2020, 19(2), 205-215.
Jasmi, Kamarul Azmi. (2017). Masalah Seksual dalam Kalangan Remaja dan
Penyelesaiannya in Remaja Hebat Siri 4: Batasan dan Halangan Kecemerlangan, p. 35-60,
ISBN: 978-983-52-1273-.
Razak, T. M. T. A., Alim, N. N. A. A., Kamaruddin, N. K., Lateh, N., & Hashim, N. (2021).
Pornografi Dalam Kalangan Remaja Generasi Z Menurut Perspektif Islam: Pornography Among
Z Generation Adolescents From The Islamic Perspective. Online Journal of Research in Islamic
Studies, 8(2), 67-78.
British Board of Film Classification (BBFC). (2020). Young people, Pornography & Age-verification.
Diambil pada Disember 28, 2021, daripada
https://www.revealingreality.co.uk/wp-content/uploads/2020/01/BBFC-Young-people-and-pornography-Fi
nal-report-2401.pdf.
Haidar, G., & Apsari, N. C. (2020). Pornografi pada kalangan remaja. Prosiding Penelitian
Dan Pengabdian Kepada Masyarakat, 7(1), 136-143.
Abdul Kuthoos, Haja Mydin & Endut, Noraida & Azwan, Azman & Hashim, Intan &
Selamat, Nor Hafizah. (2016). Penerokaan Awal Terhadap Jenayah Seksual Dalam Kalangan Remaja
Lelaki Di Malaysia: Satu Kajian Kes Terhadap Remaja Di Sebuah Pusat Pemulihan.
Muhammad Adnan Pitchan & Nurani Mohd. (2018). Seks Siber Dalam Kalangan Remaja:
Kajian Terhadap Pemahaman, Persepsi, Penerimaan & Faktor. Diambil pada
Disember 28, 2021, daripada
http://conference.kuis.edu.my/pasak3/images/eprosiding1/PASAK3_1103.pdf.
Norizuan Shamsuddin. (2018). Kawal akses Internet. Harian Metro Online. Diambil pada
Disember 28, 2021, daripada
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/07/363030/kawal-akses-internet-metrotv.
Siti Jamiaah Abdul Jalil, Nurfarahain Abu Bakar & Juwairiah Hassan. (2020). Pengawalan
Ibu Bapa Berkerjaya Terhadap Penggunaan Gajet Dalam Kalangan Kanak-kanak: Satu Kajian Kes.
Diambil pada Disember 28, 2021, daripada
https://www.ukm.my/bicaradakwah/wp-content/uploads/2020/11/BD21-6.pdf.
Fatin Hafizah Mohd Shahar. (2018). Ketagihan Pornografi Rosakkan Otak. Berita Harian
Online. Diambil pada Disember 28, 2021, daripada
https://www.bharian.com.my/wanita/keluarga/2018/04/406081/ketagihan-pornografi-rosakkan-otak.
Suganthi Suparmaniam. (2016). Kerap Tonton Video Lucah Antara Penyebab Mati Pucuk.
Astro Awani Online. Diambil pada Disember 28, 2021, daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/kerap-tonton-video-lucah-antara-penyebab-mati-pucuk-pakar-
sakit-tuan-113411.
Park, B. Y., Wilson, G., Berger, J., Christman, M., Reina, B., Bishop, F., ... & Doan, A. P.
(2016). Is Internet Pornography Causing Sexual Sysfunctions? A review with clinical reports.
Behavioral Sciences, 6(3), 17.
Nor Azah Abdul Aziz & Che Zarrina Saari. (2011). Menangani Permasalahan Laman Web
Pornografi: Antara Perisian Penapis, Penguatkuasaan Undang-Undang dan Amalan Spiritual.
Diambil pada Disember 26, 2021, daripada http://journalarticle.ukm.my/2205/1/23.pdf.
Fifi Harteeny Marzuki. (2018). Pendedahan remaja kepada pornografi membimbangkan.
Diambil pada Disember 26, 2021 daripada
https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pendedahan-remaja-kepada-pornografi-membimbanGkan-wa
n-azizah-181092.
Wan Fadhilah Wan Ismail. (2011). Pornografi - PORTAL MyHEALTH. Portal MyHEALTH. Diambil pada
December 29, 2021, daripada http://www.myhealth.gov.my/pornografi/.
LAMPIRAN
Borang kajian selidik yang disebarkan dalam talian untuk mengumpulkan data-data dan pendapat
masyarakat.