The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by momocute520, 2021-05-16 05:32:27

CERPEN KADUK, AYAM & RAJA

SENI BAHASA

1

CERPEN KADUK, AYAM DAN RAJA
(Zurinah Hassan)

A. Sinopsis

Cerpen ini mengisahkan seorang pemuda bernama Hakim yang berusaha untuk
mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai disebabkan datuknya kalah dalam
pertandingan ayam suatu ketika dahulu. Berdasarkan sejarah keluarganya, datuknya ialah
Pak Kaduk, iaitu suatu nama yang sangat popular dalam cerita tradisional Melayu. Datuknya
telah kalah dalam pertandingan sabung ayam dengan raja. Sebenarnya Pak Kaduk tidak
kalah, tetapi disebabkan kebodohannya menyebabkan raja telah merampas tanah miliknya.
Anak Pak Kaduk bernama Hassan. Hakim ialah anak Hassan.

Hakim yang mempunyai pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah
datuknya semula yang tergadai dengan bantuan rakannya, Azam yang juga merupakan
seorang peguam. Dengan hujah dan bukti yang baik Akhirnya Hakim berjaya mendapatkan
tanah tersebut semula. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan untuk menternak
ayam secara kontrak dengan Syarikat RAJA. Hakim memilih bidang penternakan ayam
kerana dia selalu mendengar pemimpin negara berkata bahawa negara terpaksa
mengimport bahan makanan dari luar negara sedangkan negara memiliki tanah terbiar yang
sangat banyak. Kata-kata itu telah membakar semangat Hakim untuk membantu negara
bagi menyediakan bahan makanan kepada rakyat.

Dengan pinjaman daripada pelbagai pihak, akhirnya Hakim berjaya memulakan
penternakan ayam sebanyak 10 000 ekor. Setelah hampir setahun, Hakim berbincang
dengan azam tentang pendapatan hasil ternakan ayamnya. Hakim menjelaskan kepada
Azam bahawa pendapatannya yang banyak telah dipotong untuk membayar hutang kepada
pihak RAJA dan juga hutang bank. Walaupun Hakim sendiri yang menternak ayam, tetapi
hasilnya telah diekspoitasi oleh pihak lain. Bagi Hakim, keadaan ini tidak ubah seperti kisah
datuknya yang diekspoitasi oleh raja untuk merampas tanahnya. Hakim perlu meneruskan
ternakan ayam kerana tanahnya juga akan dirampas jika dia gagal membayar hutang bank
atau hutang RAJA.

B.Tema
Cerpen ini bertemakan kesungguhan dan kegigihan seorang anak muda yang menceburi
bidang keusahawanandan cabaran yang dihadapi olehnya, Hakim yang mempunyai
pendidikan tinggi berusaha untuk mendapatkan tanah datuknya semula yang tergadai
dengan bantuan rakannya, Azam. Dengan hujah dan bukti yang baik, akhirnya Hakim
berjaya mendapatkan semula tanah tersebut. Tanah seluas empat ekar itu telah digunakan
untuk menternak ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.

2

C. Persoalan

1. Pemberian nama yang baik kepada anak Pak Kaduk dan Hassan telah memberikan
nama yang baik kepada anak masing-masing . Kaduk menamakan anaknya Hassan. Hassan
juga telah memilih nama yang baik untuk anaknya… (hal.46)

2. Sikap cakna seseorang tentang sejarah keluarga Hakim menyedari kedudukan
sebenar Pak Kaduk dianiaya oleh raja. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan
terutama dalam kes tanah datuknya… (hal. 46)

3. Perjuangan bagi mengembalikan maruah keluarga yang tercemar Hakim telah
berusaha untuk menuntut hak atas tanah datuknya yang telah dirampas. … Hakim
memfailkan saman menuntut hak milik Kaduk. (hal.46)

4. Kegigihan pemuda bagi menjayakan sesuatu perancangan Hakim sangat gigih dengan
cara berbincang dan mendapat nasihat daripada pelbagai pihak bagi menjayakan ternakan
ayamnya. “Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan…” (hal.48)

5. Penganiayaan dalam perniagaan Hakim berasa teraniaya kerana kebanyakan hasil
jualan ayamnya masuk ke kantung pihak lain. “Syarikat besar seperti RAJA itu akan untung
berlipat ganda…”(hal.51)

D. Plot
a) Permulaan Pak Kaduk berkaga ayam dengan raja. Walaupun ayamnya menang tetapi
tanahnya dirampas oleh raja. Sejak itu, Pak Kaduk menjadi semakin miskin dan susah. Pak
Kaduk mempunyai seorang anak bernama Hassan. Hassan pula mempunyai seorang anak
bernama Hakim.
b) Perkembangan Hakim merupakan seorang pemuda lulusan universiti yang telah
berusaha untuk menebus tanah pusaka yang tergadai disebabkan peristiwa lampau itu.
Hakim telah meminta bantuan Azam, iaitu rakannya yang berkelulusan undang-undang.
Hakim berjaya mendapatkan tanah itu semula.
c) Konflik Hakim menggunakan tanah itu untuk menternak ayam secara komersial. Hakim
terpaksa berhutang dengan pelbagai pihak untuk memulakan penternakan ayam.
d) Klimaks Hakim hanya mendapat keuntungan yang sedikit kerana hasil ternakan ayam
terpaksa dibayar kepada Syarikat RAJA dan menjelaskan hutang bank. Hakim berasaskan
bahawa keadaan ini merupakan penganiayaan terhadap dirinya.
e) Peleraian Akhirnya, Hakim sedar bahawa penganiayaan berlaku sejak zaman dahulu
sehingga sekarang. Pihak yang memegang kuasa ekonomi sentiasa menindas rakyat yang
miskin.

3

E. Teknik
i. Teknik Penceritaan Pemeriaan Dia dan isteri serta seorang anak lelaki, hidup
merempat dan menumpang di atas tanah yang sebenarnya tanahnya sendiri. Dari miskin
menjadi bertambah miskin. Dari susah menjadi lebih susah. (hal.45)

ii. Dialog “Dah berapa kali kau menjual ayam?” tanya Azam. “Sudah enam kali. Ayam-
ayam kecil yang lihat di dalam reban tadi ialah pusingan yang ketujuh.” (hal.50)

iii. Imbas kembali Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan- tuan dan puan-
puan…” (hal. 48)

iv. Imbas Muka “Apa gunanya membina… mana ada pelancong yang nak datang…” (hal.66)

F. Watak Perwatakan
Watak Utama :-
Hakim Cucu Kaduk Hakim ialah anak Hassan dan cucu Kaduk. Kaduk menamakan anaknya
Hassan… Hassan juga telah memilih nama … iaitu Hakim yang bererti “bijaksana”. (hal.46)
Peka akan perkara yang berlaku di sekeliling Hakim peka akan penganiayaan yang telah
berlaku terhadap datuknya Kaduk. Pengajiannya telah memberikan dia pencerahan
terutama dalam kes tanah datuknya… (hal.46).
Bijaksana dalam tindakan Hakim sangat bijaksana ketika membuat perancangan untuk
mendapatkan tanah datuknya semula. Mereka mengatur langkah dengan tekun dan teliti
mencari segala bahan bukti… (hal.46)
Sangat gigih melakukan sesuatu Hakim sangat gigih berusaha untuk menjayakan ternakan
ayamnya. Hakim telah beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang… (hal.49).
Watak Sampingan:-
Azam. Azam ialah sahabat baik Hakim yang berkelulusan undang-undang. … seorang
mahasiswa jurusan undang-undang. (hal.46)
Peguam yang bijak Azam merupakan seorang peguam yang bijak. Azam dengan lidah yang
fasih telah berhujah di mahkamah. (hal.47).
Suka memberikan nasihat kepada Hakim Azam seuka memberikan nasihat kepada Hakim
jika didapati Hakim membuat keputusan yang kurang bijaksana. “ Kau nak buat tugu Pak
Kaduk ke? … Mana ada pelancong yang nak datang melawat ?” tanya Azam. (hal.48)
Pandai memujuk Azam ialah seorang yang pandai memujuk Hakim ketika menghadapai
konflik. Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya …”(hal.52)

G. Latar
Latar tempat
Di mahkamah – tempat Azam berhujah untuk mendapatkan tanah datuk Hakim yang telah
dirampas oleh raja suatu masa dahulu. (hal.47)

Reban ayam – Hakim berbual-bual dengan Azam di reban ayam. (hal.56)

4

Latar masa
Dalam tempoh setahun – Azam sampai ke reban ayam Hakim setelah setahun usia ternakan
itu. (hal.50)

Latar Masyarakat
Masyarakat yang cinta akan salasilah keluarga. Hakim berjaya membersihkan nama baik
datuknya, Pak Kaduk (hal.47)

Masyarakat yang mempunyai semangat juang. Hakim telah berjuang di mahkamah untuk
mendapatkan tanah datuknya semula dan berjuang untuk menjayakan ternakan ayamnya.
(hal.47)
Masyarakat yang sentiasa membantu dan memberikan nasihat Azam sentiasa memberikan
nasihat dan membantu Hakim. (hal.52)
Masyrakat yang menindas pihak lain. Syarikat RAJA hanya untuk mementingkan
keuntungan dan tidak mempedulikan susah payah penternak ayam. (hal.51)

H. Gaya Bahasa

Sinkope
“… aku nak dirikan sebuah memorial.” (hal.47)

Repetisi
“Mereka menghantar anak-anak ayam, mereka menghantar dedak…” (hal.51)

Personifikasi
Hanya angin petang yang sesekali datang menyapa. (hal.51)

H. Nilai
i. Kegigihan - Hakim berusaha dengan gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali.
Mereka menghantar langkah dengan tekun dan teliti mencari segala bahan bukti… (hal.46)
ii. Kesabaran - Hakim tetap bersabar dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun
mendapat keuntungan yang sedikit. “Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-
kerja membela ayam…” (hal.52)
iii. Setia kawan - Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat
dan memujuk Hakim . Azam memujuk pula, “Menternak cara kontrak ini ada kelebihannya…”
(hal.52)
iv. Ketabahan - Hakim tabah apabila beberapa kali kertas kerjanya terpaksa dipinda
dan beberapa kali turun naik bank untuk berbincang. Hakim sudah beberapa kali turun naik
tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman… (hal.49)

5

Pengajaran
i. Kita hendaklah sentiasa bersabar ketika menghadapi dugaan. – Hakim tetap bersabar
dan meneruskan usaha ternakan ayam walaupun mendapat keuntungan yang sedikit.
“ Apalagi yang boleh aku buat selain meneruskan kerja-kerja membela ayam dan…”
(hal.55)
ii. Kita hendaklah berusaha dengan gigih jika inginkan kejayaan. – Hakim berusaha
dengan gigih untuk mendapatkan tanahnya kembali. Mereka mengatur langkah dengan
tekun dan teliti mencari segala bahan bukti…
iii. Kita hendaklah sentiasa bersama-sama rakan, sama ada ketika senang atau susah. –
Azam ialah sahabat baik Hakim yang sentiasa memberikan nasihat apabila diperlukan dan
memujuk Hakim apabila dia berada dalam kesusahan. Azam memujuk pula, “Menternak
cara kontrak ini ada kelebihannya, bagus juga…” (hal.52)
iv. Kita jangan mudah berputus asa dan kita mestilah terus berusaha hingga berjaya. –
Hakim tidak berputus asa semasa dia berusaha untuk mendapatkan pinjaman. Hakim sudah
beberapa kali turun naik tangga bank untuk berbincang tentang pinjaman…(hal.49)

6


Click to View FlipBook Version