Tajuk: Tokoh Negara Malaysia
Nama Murid: Nathanael Eshan
Yadev
Kelas: 6 Mercury
Nama Guru Sejarah: Cikgu
Noorazmiza Binti Ahmad Khariry
❖Pendahuluan……………………………….……3
❖Biodata Tokoh………………………………..…4
❖Pendidikan Tokoh……………………………..6
❖Kerjaya Tokoh ……………………………...7-8
❖Sumbangan Tokoh………………………….…9
❖Nilai Kepimpinan Yang Boleh Dicontohi
Oleh Generasi Sekarang………………….10
❖Penutup/Kesimpulan………………………11
❖Sumber Rujukan……………………………..12
2
Sebut angkasawan saja, kita akan selalu menyebut nama Neil Armstrong dan
Edwin Aldrin. Yalah, mana tidaknya. Kedua-duanya merupakan orang pertama
dan kedua yang menjejakkan kaki di bulan pada tahun 1969.
Bagi warga Rusia pula, siapa tidak kenal Yuri Gagarin di mana beliau
merupakan orang pertama di angkasa lepas selepas kapal angkasa Vostoknya
berjaya mengelilingi bumi pada 12 April 1961. Malaysia juga harus berbangga
kerana mempunyai angkasawan pertama bernama Datuk Dr Sheikh
Muszaphar Shukor.
Dato' Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh
Mustapha ialah seorang doktor bedah ortopedik, yang telah
dilantik sebagai angkasawan Malaysia yang pertama ke
angkasa. Beliau merupakan salah seorang anak kapal angkasa
lepas Soyuz TMA-11, yang merupakan misi penerbangan
angkasa lepas manusia semasa menggunakan kapal angkasa
lepas Soyuz-TMA untuk mengangkut kakitangan ke dan
dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).
Misi ini bermula pada 13:22 UTC pada 10 Oktober 2007 apabila kapal
angkasa lepas ini dilancarkan dari Kosmodrom Baikonur oleh kenderaan
pelancar Soyuz FG. Soyuz TMA-11 membawa dua anak kapal sebagai
ahli Ekspedisi 16 ISS, dan seorang peserta penerbangan angkasa lepas.
3
NAMA PENUH : DATUK DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR AL MASRIE BIN SHEIKH MUSTAPHA.
TARIKH LAHIR : 27 JULAI 1972
TEMPAT LAHIR : KUALA LUMPUR, MALAYSIA.
KELUARGA : BELIAU MERUPAKAN ANAK KE TIGA DARIPADA LIMA ORANG ADIK-BERADIK.
PENDIDIKAN : MENAMATKAN PENDIDIKAN SEKOLAH TINGGI DI MAKTAB RENDAH SAINS MARA MUAR.
BELIAU KEMUDIAN MELANJUTKAN PELAJARANNYA MELALUI IJAZAH PERUBATAN MBBS DI KOLEJ
PERUBATAN KASTURBA, MANIPAL, INDIA
KEHIDUPAN PERIBADI : BERKAHWIN DENGAN DATIN DR. HALINA MOHD YUNOS PADA 10/10/2010.
BELIAU BERTEMU DENGAN DR. HALINA SEJAK 2001
SEWAKTU BELIAU MERUPAKAN PENSYARAH DI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA, MANAKALA DR.
HALINA ADALAH PELAJARNYA WAKTU ITU. MEREKA
DIKURNIAKAN 2 CAHAYA MATA PEREMPUAN IAITU
SOPHEA ISABELLA DAN SOPHEA NATASHA
.
4
Bapa : Datuk Sheikh Mustapha Sheikh
Abdul Shukor (Kembali ke
rahmatullah pada 7 September 2012
di Hospital Universiti Kebangsaan
Malaysia)
Ibu : Datin Zuraidah Sheikh Ahmad
Adik-beradik :
Sheikh Ahmad Shukor Al-
Masrie (Abang)
Sheikh Taufik Shukor Al-
Masrie (Opik)
Dr Sheikh Muszaphar Shukor
Al-Masrie (Amus)
Sheikh Mustapha Shukor Al-Masrie (Ajil) – Penulis buku
“REACHING FOR THE STARS” (Kembali ke rahmatullah pada 27
Oktober 2007 berumur 32 tahun)
Sheikh Arwiz Shukor Al-Masrie (Arwiz)
5
.
Menamatkan pendidikan
sekolah tinggi di Maktab
Rendah Sains MARA Muar.
Beliau kemudian
melanjutkan
pelajarannya melalui
ijazah perubatan MBBS
di Kolej Perubatan
Kasturba, Manipal,
India
6
Beliau menjadi doktor ortopedik, dan menjadi
pensyarah perubatan pelatih di Pusat Perubatan
Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Sebelum itu, beliau berkhidmat di Hospital
Seremban (1998), Hospital Besar Kuala Lumpur
(1999) dan Hospital Selayang (2000-2001).
Beliau juga merupakan angkasawan Malaysia
yang pertama ke angkasa lepas setelah
diumumkan oleh Dato' Seri Abdullah bin Haji
Ahmad Badawi pada 25 September 2007
(Selasa) tepat jam 12.00 tengah hari.
Selain itu, beliau juga merupakan penceramah
dan model di kebanyakan iklan komersial seperti
Ikea, HSBC, Fair & Lovely, Febreeze, Indocafe &
Dettol.
7
Program Angkasawan diumumkan
secara rasmi oleh Perdana
Menteri ke 4 iaitu Tun Dr
Mahathir Mohamad sebagai
sebahagian daripada program
bersama dengan Rusia.
Projek ini adalah projek
pemerintah ke kerajaan atau dipanggil G2G yang dihasilkan
melalui pembelian jet pejuang Sukhoi Su-30MK untuk
digunakan oleh Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Melalui perjanjian ini, Moscow bersedia menanggung kos
melatih dua orang rakyat Malaysia untuk perjalanan ke
angkasa dan calon yang dipilih akan dihantar ke Stesen
Angkasa Antarabangsa (ISS) pada bulan Oktober 2007 selepas
itu.
Pemilihan angkasawan ini menyaksikan ramai yang
mendaftar dalam program ini dan peserta adalah dari
pelbagai latar belakang. Tetapi setelah melalui pelbagai
peringkat saringan yang ketat, hanya empat peserta sahaja
yang terpilih. Keempat-empat finalis itu terpilih untuk
merebut dua slot individu yang akan berlatih di Star City
selama 18 bulan.
8
Mencipta Sejarah: Dipilih Sebagai Angkasawan Negara Muslim
Pertama
Selain Dr Sheikh Muszaphar Shukor, senarai itu juga merangkumi Dr
Faiz Khaleed, Mohammad Faiz Kamaluddin dan Siva Vanajah. Setelah
berbincang oleh pihak jawatankuasa, dua nama dipilih, iaitu Dr
Sheikh Muszaphar dan Dr Faiz.
Star City menjadi rumah kedua mereka selama 18 bulan untuk memperkuat persiapan
mereka sebagai angkasawan ke angkasa lepas.
Pada 10 Oktober 2007, Dr Sheikh Muszaphar Shukor bersama Yuri Malenchenko
(Rusia), Peggy Whitson (AS) dan Yi So-yeon (Korea Selatan) berlepas ke angkasa lepas
dalam misi Soyuz TMA-11.
9
❖ Beliau sentiasa berusaha
mengharumkan nama Malaysia
❖ Dan menjadi inspirasi untuk anak
anak muda
❖ Kita tidak patut mengalah dalam
apa jua keadaan dan sentiasa
mengharungi hidup ini dalam
mencapai cita-cita kita.
10
Beliau telah dijemput banyak kali untuk memberi kuliah
dan berkongsi pengalamannya semasa berada di angkasa
bukan sahaja di dalam negeri tetapi juga di luar negara
seperti Amerika Syarikat, Belanda dan Brunei.
Minatnya terhadap dunia angkasa masih membara
walaupun sudah 12 tahun
misi ke ISS berlalu. Dr.
Sheikh Muszaphar Shukor
juga menyeru kepada
pemerintah untuk
meneruskan program
angkasawan kedua negara.
.
Sejak pulang dari angkasa, Dr Sheikh Muszaphar Shukor dianggap sebagai
selebriti. Bagi beliau, status itu sama sekali tidak mempengaruhi dirinya.
Ini kerana menurutnya, perginya beliau ke angkasa
lepas bertujuan untuk memberi inspirasi kepada
rakyat Malaysia, terutama dalam bidang angkasa
lepas.
11
1. https://brilliantcrewlegacy.blogspot.com/2017/02/tokoh_26.html
2. https://www.astroawani.com/topic/sheikh-muszaphar-shukor
3. https://www.angkasawan.org.my/2008/07/830/
4. https://www.ukm.my/news/archive/year-2010/may-2010/malaysian-astronaut-reveals-secret-
to-be-successful-in-any-field/
5. https://www.mstar.com.my/lokal/viral/2019/02/18/dr-sheikh-muszaphar
6. https://www.angkasawan.org.my/2008/07/830/
12