INSTITUT PENDIDKIAN GURU KAMPUS TENGKU AMPUAN AFZAN
KM 10, JALAN PADANG TENGKU 27200 KUALA LIPIS
PAHANG DARUL MAKMUR
BIODATA
NAMA : BRITNEY BALANG
NO. KAD PENGENALAN : 000402 – 12 - 0540
EMAIL : [email protected]
ALAMAT : LOT 2, BLOK B, TAMAN JUTA TENOM SABAH.
STATUS : BUJANG
NOMBOR TELEFON : 011 – 1638 - 0204
NAMA BAPA : MATUSSIN @ HENRY BALANG
NAMA IBU : LIIS @ LISS TUKI
UNIT : PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK 2
AMBILAN : JUN 2020
Lambang/Logo Pengakap Sedunia
• Pecahan tiga kelopak-melambangkan Persetiaan
Pengakap yang tiga
• Dua buah bintang pecah lima warna ungu pada kelopak
kiri dan kelopak kanan-melambangkan Undang-undang
Pengakap yang sepuluh itu.
• Ikatan putih-menunjukkan ikatan persaudaraan
Pengakap.
• Lingkaran tali berwarna putih-melambangkan
persaudaraan Pengakap Sedunia.
• Warna ungu-warna Biro Pengakap Sedunia.
• Warna putih-kesucian dan kebersihan.
Lambang/Logo Persekutuan Pengakap Malaysia
• Terdapat 3 kelopak pada lambang yang membawa maksud 3
Persetiaan Pengakap iaitu:
- Taat kepada Tuhan,Raja dan Negara, Menolong orang setiap
masa, Menurut undang-undang Pengakap.
• Bintang pecah lima (berwarna hijau) menandakan undang-
undang Pengakap yang sepuluh.
• Ikatan hijau yang mengikat kelopak melambangkan
"Persaudaraan Pengakap"
• Bintang pecah 14 melambangkan "Kesemua negeri-negeri dalam
Malaysia"
• Bulan Sabit menandakan "Agama rasmi Negara iaitu Agama
Islam".
• Lingkaran Tali melambangkan "Perpaduan Rakyat Malaysia dan
Persaudaraan Pengakap Sedunia".
Warna kuning pada bulan sabit dan bintang juga melambangkan
warna diraja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
Warna kuning,hijau,merah yang terdapat pada lambang
menandakan unit-unit pengakap.
HORMAT PENGAKAP DAN COGAN KATA PENGAKAP
MUDA
HORMAT PENGAKAP
Salam Pengakap menggunakan tiga jari iaitu jari
hantu, jari telunjuk dan jari manis diluruskan
sementara ibu jari membengkokkan jari
kelingking. Tiga jari digunakan adalah membawa
tiga pengertian:
SALAM PENGHORMATAN
Kepada ketua
Kepada bendera yang dinaikkan
Kaedah memberi persetiaanKepada lagu
kebangsaan dimainkan
Kepada jenazah
SALAM BIASA
Kepada pembesar-pembesar negeri atau
NegaraKepada pemimpinKepada saudara
Pengakap
LAGU RASMI PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Kami Pengakap Malaysia
Harapan nusa dan bangsa
Berikrar setia
Pada pertiwi tercinta
Melatih generasi muda
Menjadi insan yang berguna
Persetiaan pengakap
Teras dipegang bersama
Menolong orang setia masa
Menabur bakti di mana sahaja
Demi Tuhan, Raja dan negara
Berbudi, bersaudara
Taat, menurut perintah
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap Malaysia
Kami bangga junjung cita-cita
Pengakap, Pengakap Malaysia
______________________________
UNDANG PENGAKAP
Dipercayai taat berguna
Bersaudara berbudi
kasihkan binatang
Menurut perintah
Tabah hati, berjima
Suci fikiran
Suci perkataan
Suci perbuatan
_______________________________
LAGU PENGAKAP
Yip pi ye~ ye~ ye~ (2×)
Kami pilih pengakap saja
Siang jadi kenangan
Malam jadi impian
Cintaku semakin mendalam
_____________________________
Tepi Gunung
tepi gunung air terjun
tempat orang bermain
tempat tinggal tukang kebun
dan anaknya mahani
sungguh cantik paras ani
hidung mancung seludang
betis bagai beting padi
tak jemu mata memandang
tidur malam mimpi-mimpi
ani datang ke rumah
tapi sayang ani pergi
hati ani berubah
______________________________
Senaman monyet
satu ekor monyet (2x)
gayut atas pokok (2x)
garu2 pinggang
goyang2 pinggul
______________________________
Tarian Gajah
bila bunga kembang berseri
seekor gajah keluar menari
lenggok ke kanan
lenggok kekiri
lalu menjemput seekor gajah lagi
______________________________
Mandolo
Mandolo mandolo de pa pa le
Mandolo mandolo de pa pa le
Ala tendang, Ala tendang, Ala tendang,
_________________________________
DI SINI BERKUMPUL
Di sini di sini, kita berkumpul
Di sini di sini, kita berkumpul
Salam, salam, salam, salam, salam, ooi
Here we are, here we are, here we are again
Here we are, here we are, here we are again
Hello, hello, hello, hello, hello, ooi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Cai celi, cai celi, woh meh cai celi
Huan si, huan si, huan si, huan si, huan si, ooi
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Porengeh, porengeh, engeh porengeh
Aneh, aneh, aneh, aneh, aneh, ooi
__________________________________
DI SINI SENANG DI SANA SENANG
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Di sini senang di sana senang
Di mana-mana hatiku senang
Lai. lai, lai, lai, lai, lai .
_______________________________
Yei ipoi
Yei poi itai-tai (3X)
Eii yakkk
Yei poi itai-tai (2X)
Yei poi itu-itu
Eii yakkk
_______________________________
APA GUNA KELUH KESAH
Apa guna KELUH KESAH* (2X)
pengakap tak pernah KELUH KESAH*
apa guna KELUH KESAH*
__________________________________________________
KE UNGGUN API
(lelaki)
Ke manakah sayang tujuan kita pergi
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
Bergembira ya, ya, ya, ya, malam ini
(perempuan)
Terserah padamu ke mana engaku mahu
Bilang dulu sama ibu
Bilang dulu sama ibu
(lelaki)
Bagaimana kalau kita ke unggun api
Ramai pengakap berkumpul di sana
(perempuan)
Dengan hati rela kupergi bersama
Tapi jangan lupa kembali segera
(bersama)
Marilah bersama kita ke ungun api
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
Bergembira, ya, ya, ya, ya malam ini
_______________________________
APA GUNA KELUH KESAH
Apa guna keluh kesah
Apa guna keluh kesah
Pengakap tak pernah bersusah
Apa guna keluh kesah
There is no reason to be sad
There is no reason to be sad
We are always happy together
There is no reason to be sad
_____________________________
Lagu KFC
Oh pizza hut Oh pizza hut
Kentaki Fried Chicken Pizza Hut
Oh McDonald Oh Mcdonald
Kentaki Fried Chicken Pizza Hut
Char kuetiaw Char kuetiaw
Roti canai char kuewtiaw
teh tarik teh tarik
Roti canai char kuewtiaw
_____________________________
Mentari dan Bulan
Ho hoi mentari maharaja siang
Hoi hoi rembulan permaisuri malam
Di waktu siang mentari menjelang
Di waktu malam bulan pun mengambang
Di kala itu pengakap berdendang
Demi cita-cita sampai ke bintan
______________________________
Opek-opek
Opek opek opek opekkkkk
Buat sehabis baik
Opek opek opek opekkkkk
kami buat sehabis baik
Anak ayam turunlah lima (opek-opek)
mati seekor tinggallah empat
....
Anak ayam turun lah satu
lari-lari terlanggar batu.....habis
_______________________________
BURUNG BERBUNYI
Dengarlah itu burung berbunyi
Bagai suara orang menyanyi
Riang gembira bercampur sayu
Sambil terbang ke hilir ke hulu
Terbang kerana mencari makan
Selagi ada nyawa di badan
Di waktu petang mencari pokok
Untuk tidur menantikan esok
____________________________
TANYA SAMA POKOK
Tanya sama pokok
Apa sebab goyang
Nanti jawab pokok
Angin yang goncang
Apa sebab goncang
Nanti jawab angin
Langit nak hujan
Tanya sama langit
Apa sebab hujan?
Nanti jawab langit
Tanyalah awan
Awan nanti kata
Aku kandung air
Sampai tempat sejuk
Aku pun cair
Tengok dalam air
Nampak bayang-bayang
Campak satubatu
Bayangpun hilang
______________________________
BERTEMU DAN BERPISAH
Bertemua dan berpisah
Adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tidak lupa
Berdoalah kita gar aman dan sentosa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Semoga dapat kita berjumpa di lain masa
Sejarah Pengakap Dunia & Malaysia
Pengakap telah diasaskan oleh seorang bangsa lnggeris bernama Robert
Stephenson Smyth Baden-Powell yang terkenal dengan nama Lord Baden-Powell
atau BP. Baden-Powell dilahirkan di bandar London, England pada 22 Februari
1857, dan meninggal dunia pada 8 Januari, 1941. Bapa Baden-Powell bernama
Reverend H.G. Baden-Powell adalah seorang mahaguru di Universiti Oxford,
London, England. Ibunya ialah anak kepada Laksamana British bernama W.T.
Smyth.
Sewaktu Baden-Powell berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia dan tinggallah
beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Pada zaman persekolahan
Baden-Powell banyak menceburkan diri dalam kegiatan sekolahnya seperti berlakon,
menyanyi dan menembak. Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama
tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan
berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan
sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan
dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong
Setiausaha Tentera.
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk
menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Di situ beliau digelar KANTANKYE
yang bermaksud Topi Besar. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati
terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud
Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi
Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah
memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik
dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau).
Dalam tahun 1899 Baden-Powell pulang ke England membawa sebuah buku yang
dikarangnya semasa di Kashmir berjodol Aids To Scouting. Buku itu mengandungi
kisah peninjauan di India. Tidak lama kemudian, Baden-Powell telah dihantar ke
Afrika Selatan untuk menambahkan dua rejimen askar berkuda untuk
mempertahankan sempadan British dari serangan orang Boer iaitu puak keturunan
pendatang Belanda. Orang-orang British telah mengepung bandar Mafeking, iaitu
sebuah bandar jajahan British, dengan itu mencetuskan satu peperangan besar yang
dinamakan Peperangan Boer. Dalam peperangan itu, Baden-Powell hanya
mempunyai seramai 1,000 orang askar berbanding dengan 9,000 orang Boer.
Dengan tipu helah, beliau meletakkan periuk api pasir dan papan tanda BAHAYA
sehingga beliau telah berjaya memperdayakan orang-orang Boer.
Beliau telah menggunakan budak-budak untuk mengintip rahsia musuh. Akhirnya
Baden-Powell berjaya memenangi peperangan itu. Di atas kemenangan itu, beliau
telah dinaikkan pangkat Mejar Jeneral ketika berumur 43 tahun, pegawai yang
termuda menerima pangkat itu. Selepas perang Boer, Baden-Powell diarahkan
menubuhkan pasukan polis Afrika Selatan dan dilantik sebagai Jeneral Tentera
Berkuda. Beliau menjadi Jeneral pasukan tentera Simpanan ketika berumur 50
tahun.
Setelah bersara dari tentera, Baden-Powell pulang ke England dan telah
menganjurkan satu perkhemahan di Pulau Browsea selama 10 hari pada tahun
1907. Seramai 21 orang budak-budak turut serta dalam perkhemahan itu. Baden-
Powell menggunakan idea berpandukan kepada pengalamannya dalam peperangan
Mafeking dan buku "Aids To Scouting". Budak-budak itu dibahagikan kepada empat
patrol. Mereka belajar dan berlatih cara berkhemah, memasak, memerhati,
mengembara, berperahu, menyelamat nyawa dan mengesan jejak. Pada malamnya
diadakan unggun api. Perkhemahan di Pulau Browsea berjaya dan amat diminati
oleh budak-budak yang menyertainya.
Selepas itu dalam tahun 1908, Baden-Powell pula mengarang sebuah buku berjudul
"Scouting For Boys". Kandungannya berdasarkan kepada pengalaman beliau
semasa menjadi askar di India dan Afrika serta perkhemahan budak-budak di Pulau
Browsea. Buku itu telah memikat hati budak-budak. Dengan itu wujudlah Pergerakan
Pengakap. Dalam tempoh setahun sahaja Pergerakan Pengakap berkembang di
England dan merebak ke Australia, Canada, New Zealand dan Afrika Selatan.
Berikutnya pada tahun 1909, Pergerakan Pengakap ditubuhkan di Chile, Amerika
Syarikat, Ghana, India dan selepas itu di seluruh dunia.
Sejarah Pergerakan Pengakap Malaysia
Pengakap di MALAYSIA Pergerakan Pengakap mula berkembang di Malaysia
(Malaya) apabila F.C.Sands menubuhkan pasukan Pengkap Kanak-Kanak (cubs) di
Singapura pada tahun 1910 ( Dua tahun setelah BP mengasaskan Pergerakan ini di
England).
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak
Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff,juga di
Singapura. Negeri Melayu yang pertama memulakan Pergerakan Pengakap ialah
Pahang (Pekan) oleh G.M.Laidlow.Namun begitu, pergerakan ini terus terkubur
setelah G.M.Laidlow meninggal.
Pada tahun 1927, pergerakan Pengakap dihidupkan semula oleh H.P.Hertslet,
Frisby dan Wheeler dari Jabatan Pelajaran Pahang memajukan pergerakan ini. H.R.
Cheesman (seorang ahli pendidikan yang terkenal) telah menubuhkan pergerakan
Pengakap di Pulau Pinang iatu di Penang Free School pada tahun 1915.
Mendiang juga menjawat jawatan sebagai Penolong Pesuruhjaya Pengakap
Malaya selama 13 tahun lamanya. Di Perak pula, pergerakan pengakap ditubuhkan
di Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1926 oleh I.R.Wheeler.Pada
tahun 1922, pergerakan Pengakap bermula di Kedah. Manakala di Johor pula,
pergerakan ini bermula pada tahun 1928 dengan kumpulan pertamanya di Maktab
Sultan Abu.Bakar.
Melaka dan Negeri Sembilan memulakan pergerakan Pengakap pada tahun
1926 oleh Brunstone. Selangor menubuhkan pergerakan Pengakap pada tahun 1926
oleh Ameen Akbar. Terengganu dan Kelantan memulakan pergerakan ini pada tahun
1927. Pengasas di Terengganu ialah A.J.Gracle,dan di Kelantan pula ialah YM
Tengku Ahmad Temenggong.
Perlis pula ialah pada tahun 1931. Sarawak menubuh pergerakan pengakap
pada tahun 1913 dan Sabah pada tahun 1915. Setelah merdeka pada tahun 1957,
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu, menjadi ahli dalam
Persidangan Pengakap Sedunia. Pada tahun 1963 (penubuhan Malaysia),
Persekutuan Budak-Budak Pengakap Tanah Melayu ditukar kepada Persekutuan
Pengakap Malaysia.
Ringkasan Tahun Negeri Yang menubuhkan pergerakan Pengakap 1910
Singapura F.C. Sands 1913 Sarawak (tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Sabah
(tidak aktif sehingga tahun 1930) . 1915 Pulau Pinang H.R.Cheesman 1919
Singapura (pengakap Melayu) Kepten NM Hashim/En.AZ Alsagoff 1922 Kedah EC
Hicks / EAG Stuart / RPS Walker 1926 Perak I.R. Wheeler 1926 Melaka & Negeri
Sembilan Brunstone 1926 Selangor Ameen Akbar 1928 Johor 1927 Terengganu A.J.
Gracle 1927 Kelantan YM Tengku Ahmad Temenggong 1931 Perlis.
Secara Ringkasnya:
1. F.C Sands di Singapura ( 1910 )
2. H.R Cheesman di Pulau Pinang ( 1915 ) dan Johor ( 1928 )
3. I.R Wheeler di Perak ( 1926 )
4. E.C Hicks, A.G Stuart, R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah (1922)
5. R. Brunnston di Melaka ( 1925 )
6. Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan ( 1925 )
7. Ameen Akhbar di Selangor ( 1926 )
8. A.J Cracle di Terengganu ( 1926 )
9. Y.M Tengku Ahmad Temenggung di Kelantan ( 1927 )
10. Perlis dibawah naungan Kedah ( 1931 )
11. Rev Canon Thomas Cecil Alexender di Sabah ( 1913 )
12. Sarawak ( 1915 )
Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah ditubuhkan selepas Perang
Dunia Ke-2. Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu telah menjadi ahli penuh
Persidangan Pengakap Sedunia pada 1 Sepetember 1957. Persekutuan Budak
Pengakap Tanah Melayu telah bertukar nama kepada Persekutuan Budak Pengakap
Malaysia dimana dianggotai Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak pada
tahun 1964. Pada tahun Ogos 1965, Singapura telah keluar daripada Persekutuan
Budak Pengakap Malaysia sejajar dengan Singapura keluar dari gagasan Malaysia.
Pengenalan
Perkara paling asas dalam rekreasi luar ini ialah perkhemahan. Khemah atau juga
dengan maksud lain adalah tempat perlindungan sementara yang selamat, selesa
dan mempunyai kemudahan asas.
Jenis-Jenis Khemah iaitu :
• A Shape
• Doom
• Igloo
Perkara-perkara yang perlu dihindarkan semasa Perkhemahan untuk
keselamatan :
1. Jangan mendirikan khemah di puncak gunung atau bukit. (untuk
elakkan dari sambar petir, seeloknya jauh dari puncak 4 ke 6 meter
atau lebih)
2. Jarak mestilah 3meter & mempunyai laluan diantara khemah-khemah.
3. Mestilah dipagar dengan tali menunjukkan kawasan sempadan.
4. Pastikan Khemah :
• Tidak didirikan di bawah pokok ataupun dahan yang besar
( jika tiada pilihan mestilah mengelak daripada mendirikan
khemah pada pokok yang condong, sebalik nye dirilah khemah
pada berlawanan arah condong ).
• Tidak didirikan di kawasan yang curam, semak, kotor, &
berbatu.
• Tidak didirikan dilaluan air, binatang(denai), ataupun manusia.
5. Pastikan pintu khemah menghala pada laluan agar memudahkan
perjalanan keluar dari khemah.
6. Jangan ampai baju diatas khemah sebaliknya buatlah ampaian baju di
belakang khemah. (supaya tidak merosakkan khemah dan juga dapat
menjaga jangkamasa khemah)
7. Khemah perempuan dan lelaki mestilah dipisahkan.
8. Menyediakan ruang lapang untuk menjadi tempat berkumpul dan
bersolat.
9. Tempat masak mestilah 5meter jauh dari khemah (supaya percikkan
api tidak sampai pada khemah dengan kata lain jangan masukkan api
dalam khemah).
10. Punca air adalah dari sungai, perigi dan tasek.
11. Tandas mestilah dikorek pada jarak sejauh 100meter dari kawasan
perkhemahan.
• Cara nak melabuh ialah korek - melabuh - bubuh pancang
sebagai tanda. (untuk mengelakkan daripada ahli lain terkorek tempat
yang telah dilabuh)
• Kedalaman korek mestilah 2kaki.
12. Tempat sampah
• Mesti bawa balik semua sampah yang digunakan dikawasan
perkhemahan.
13. Adakah senaman sebelum memulakan aktiviti.
14. Rehat & tidur mestilah cukup.
Etika Perkhemahan :
1. Jangan buat kekotoran.
2. Jangan rosakkan alam semulajadi.
3. Menghormati adat resam orang tempatan.
4. Awasi penggunaan api.
5. Elak daripada bercakap besar.
Peralatan Yang Perlu Bawa Semasa Perkhemahan :
1. Bag
• Bag 60L atau 90L
• Khemah
• Porch Bag
2. Pakaian
• Pakaian Bersih 1 atau 2
• Baju
• Seluar
• Slipper
• Tuala
• Selimut
• Pakaian Aktiviti 1 (yang dipakai semasa perjalanan dari awal
hingga akhir aktiviti)
• Baju T-shirt
• Seluar Banyak Poket untuk mudah menyimpan barang.
• Topi
• Stoken
• Stoken Pacat
• Kasut (kasut mestilah boots yang menutupi buku lali
kaki, ini bertujuan menyelakkan serangan binatang pada bahagian kaki)
• Glove
3. Memasak
• Gas
• Mess Tin
• Mancis (ia juga boleh menjadi penawar bisa sementara
dengan cara menyalakan mancis pada kawasan bisa)
• Solid Fuel
• Biji kelapa Sawit (jika melalui kawasan kelapa sawit, boleh jadi
minyak untuk memasak)
• Water Container
4. Makanan
• Biskut Kering
• Beras (setiap plastik mesti telah disukat untuk 1hari, kalau
3hari berkhemah maka 3plastik perlu disukar awal-awal)
• Makanan Bertin (Laici, Nenas, Sardin, Kari Ayam, dan Lain-
lain)
5. Peralatan Rescue
• Tool Box First Aids
• Torchlight
• Lilin
• Masking Tape
• Black Tape
• Pisau
• Whistle
• Tali 5meter keatas
CONTOH KRAF PERKHEMAHAN
SIMPULAN BUKU SILA
Untuk sambung dua utas tali yang sama besar.Suatu simpulan yang tegap dan tidak mudah
lucut.Ia digunakan untuk mengikat benda -benda kecil seperti mengikat layar kapal,
bungkusan, mematikan simpulan pada anduh, dan mengikat khemah yang dilipat.
_______________________________________
TINDIH KASIH
Digunakan untuk membuat tanjul yang tidak boleh mencerut.Ia juga digunakan untuk kerja-
kerja menyelamat,iaitu dengan cara mengikatkan tali pada pinggang.
Sebenarnya,terdapat pelbagai jenis tindih kasih yang terdapat dalam silibus ikatan 7 simpulan
tali, tetapi adalah di antaranya yang paling asas, dan biasa dipelajari dalam krs.
___________________________________________________________
SIMPULAN BUNGA KETI
Untuk sambung dua utas tali yang tidak sama besar atau tali yang berlainan
jenisnya.Digunakan untuk sambung tali penarik bendera ke tali di penghujung bendera dalam
flag break.
__________________________________________________
SIMPULAN PENGAIL
Untuk sambung dua utas tali yang halus, licin, dan sama besar seperti tali pancing.Ia
digunakan oleh nelayan untuk mengikat tali pukat dan jala.
______________________________________________________________
SIMPUL MANUK
Ikatan ini digunakan untuk mengikat tali pada kayu balak, tiang atau pancang.Ia berfungsi
sebagai permulaan dan penamat atau untuk mematikan ikatan seraya, ikatan silang gunting,
ikatan lantai, ikatan silang nombor lapan.Ikatan ini juga digunakan untuk membuat
gejet(permulaan bagi ikatan-ikatan yang telah disebutkan diatas tadi).
__________________________________________________
IKATAN BALAK
Ia digunakan untuk mengikat kayu balak, tiang kapal, atau bungkusan yang besar supaya
mudah ditarik.Permulaan kepada ikatan serong.(ikatan balak juga boleh digunakan dalam
ikatan untuk membuat gejet selain ikatan manuk)
__________________________________________________
SIMPULAN ANGKA NOMBOR LAPAN
Merupakan satu simpul pengunci yang tidak mudah dilepaskan.Simpul angka no.8 ini juga
merupakan salah satu daripada stopper knots.
_________________________________________________
SIMPUL BELIT / LILIT DUA SIMPUL
Digunakan untuk mengikat tali pada tiang untuk mematikan ikatan ke pokok/pancang kerana
cara begini mudah dibuka semula serta tidak mudah tertanggal
Asas Perbarisan
Setiap pengakap boleh melakukan pergerakan asas perbarisan dengan betul dan
serentak. Mereka seharusnya dapat memberi hukuman atau sebagai ketua
perbarisan dalam patrolnya sendiri. Mereka perlu sentiasa berlatoh melakukan
pergerakan asas perbarisan. Di bawah ini, terdapat beberapa pergerakan dalam
asas perbarisan.
Masuk Baris
Biasanya, arahan akan diberikan oleh ketua perbarisan atau lebih dikenali
sebagai jurukawat. Kedudukan ahli pengakap bergantung pada arahan yang
diberikan oleh jurukawat. Pada kebiasaannya, semasa latihan perbarisan,
pengakap berada dalam tiga barisan. Apabila masuk baris, ahli pengakap
dikehendaki berada dalam ’sedia’.
Sedia
Berdiri dengan kedua-dua tumit dirapatkan dan hujung kaki dibuka lebih kurang
12 cm hingga 15 cm. Kedua-dua paha hendaklah dirapatkan, genggaman tangan
diletakkan ke penjahit seluar, buka dada, dagu didongakkan ke atas supaya
dapat memandang ke hadapan.
Senang Diri
Keadaan dada dan kepala pengakap semasa kedudukan ’senang diri’ adalah
sama seperti kedudukan ’sedia’. Letakkan tangan kanan di atas tangan kiri, ibu
jari bersilang dan pastikan jari-jari rapat dan lurus. Tangan diletakkan ke paras
punggung dan pastikan lengan rapat ke tubuh.
Rehatkan Diri
Kedudukannya sama seperti ’senang diri’. Perbezaannya adalah tangan
diletakkan di paras pinggang dan pastikan siku tidak bersentuh dengan tubuh.
Ke Kanan Lurus dan Pandang Hadapan
Penanda barisan, iaitu pengakap yang berada di barisan hadapan kanan sekali
tidak perlu melakukan pergerakan. Apabila arahan diberikan, semua pengakap
yang berada di barisan hadapan, kecuali ’penanda’ keluarkan kaki kiri ke
hadapan, angkat sedikit ke atas dan hentak kaki ke tanah. Diikuti kaki kanan
diangkat ke hadapan dan dihentak ke tanah di sebelah kaki kiri. Pastikan kedua-
dua kaki rapat. Pandang muka ke kanan, dan dalam masa yang sama angkat
genggaman tangan kanan supaya menyentuh bahu orang di sebelah kanan.
Betulkan barisan dengan cara menggerakkan kaki sehingga barisan menjadi
lurus. Pada masa yang sama, pengakap yang berada di barisan tengah dan
barisan belakang perlu mengikut menggerakkan kaki supaya kedudukannya
yang selari dengan pengakap yang berada di sebelah kanan dan hadapan
masing-masing sambil muka ditolehkan ke kanan. Apabila barisan sudah menjadi
lurus, hentikan pergerakan kaki dan berada dalam keadaan diam. Apabila
mendengar arahan ’pandang depan’, jatuhkan tangan kanan dan dengan
serentak palingkan muka ke hadapan. Kedudukan ini mesti dalam keadaan
’sedia’.
Ke Kanan Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apabila mendengar hukuman ke
kanan pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 90° ke
kanan. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di sebelah kaki kanan supaya dalam
kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kanan
dan hujung kaki kiri.
Ke Kiri Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke kiri
pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kiri sebanyak 90° ke kiri. Angkat
kaki kanan dan hentak kaki kanan di sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan
sedia. Pergerakan dilakukan dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung
kaki kanan.
Ke Belakang Pusing
Pengakap berada dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman ke
belakang pusing, pengakap dikehendaki pusingkan kaki kanan sebanyak 180° ke
belakang mengikut arah pusingan jam. Angkat kaki kiri dan hentak kaki kiri di
sebelah kaki kanan supaya dalam kedudukan sedia. Pergerakan dilakukan
dengan menggunakan tumit kaki kanan dan hujung kaki kiri.
Buka Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap yang berada dalam barisan hadapan
dan barisan belakang sahaja. Pengakap dalam barisan tengah tidak melakukan
sebarang pergerakkan. Pengakap berada dalam keadaan sedia. Apabila
mendengar hukuman, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
hadapan dan pengakap di barisan belakang bergerak dua langkah ke belakang.
Seterusnya hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki kanan
supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Tutup Barisan
Pergerakan ini dilakukan oleh Pengakap dalam barisan hadapan dan belakang.
Pengakap yang berada di barisan tengah tidak melakukan sebarang
pergerakkan. Pengakap berada dalam kedudukan ’sedia’. Apibila mendengar
hukuman tutup barisan, Pengakap di barisan hadapan bergerak dua langkah ke
belakang manakala di barisan belakang bergerak dua langkah ke hadapan.
Seterusnya, hentak kaki kiri disebelah kaki kanan dan akhirnya hentak kaki
kanan supaya berada dalam keadaan sedia semula.
Langkah Ke Sebelah
Hukuman langkah ke sebelah boleh diberikan dalam dua pergerakkan, iaitu
langkah ke sebelah kanan dan langkah ke sebelah kiri. Pengakap berada dalam
kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke sebelah kanan,
Pengakap dikehendaki mengangkat dan meletakkan kaki kanan di sebelah
kanan kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kiri dan hentak di sebelah kaki
kanan supaya dalam kedudukan sedia. Apabila mendengar hukuman langkah ke
sebelah kiri, Pengakap dikehandaki mengangkat dan meletakkan kaki kiri
disebelah kiri kira-kira 20 inci. Seterusnya, angkat kaki kanan dan hentak di
sebelah kaki kiri supaya dalam kedudukan sedia.
Paras
Tujuan arahan paras diberikan supaya barisan dibentuk adalah menarik dan
senang membuat pergerakkan. Bentuk paras bergantung kepada jurukawat dan
jenis pertandingan yang ingin dilaksanakan. Empat jenis paras yang boleh
diberikan iaitu:-
Paras ahli tinggi di tengah;
Paras ahli rendah ditengah;
Paras ahli tinggi di kiri; dan
Paras ahli rendah di kiri.
Keluar Baris
Arahan ini diberikan bertujuan untuk memberi masa rehat untuk melakukan
aktiviti seterusnya. Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing
ke kanan, bergerak 3 langkah ke hadapan dengan kaki kiri bergerak dahulu dan
akhirnya berpecah.
Bersurai
Arahan ini diberikan apabila semua aktiviti hari tersebut selesai atau tamat.
Apabila hukuman diberikan, Pengakap hendaklah berpusing ke kanan, memberi
hormat pengakap, bergerak 3 langkah ke hadapan denga kaki kiri bergerak
dahulu dan akhirnya berpecah.