KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
OBJEKTIF KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH
● Ketetapan Kurikulum ini menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
● Memantapkan pengurusan kurikulum di peringkat sekolah.
● Memenuhi keperluan Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPMg2) dan Pekeliling
Ikhtisas
1. PERNYATAAN KETETAPAN KURIKULUM
1.1 Menyediakan program pendidikan termasuk kurikulum dan kegiatan kokurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang murid dengan sepenuhnya dari segi jasmani, rohani,
mental dan emosi serta menanam dan mempertingkat nilai moral yang diingini dan untuk
menyampaikan pengetahuan.
1.2 Ketetapan Kurikulum Sekolah (KKS) yang diwartakan mestilah selari dengan Dasar
Pendidikan Kebangsaan dan juga Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.
1.3 Kurikulum yang dilaksanakan mestilah memenuhi kehendak Kementerian Pendidikan
Malaysia.
1.4 Semua guru mestilah mendapat maklumat terkini tentang pendidikan dan kurikulum
semasa.
2 . JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
2.1 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat
kali setahun bagi membincangkan pengurusan dan pelaksanaan, masalah dan isu kurikulum di
sekolah.
2.2 Pengurusan mesyuarat mestilah mematuhi prosedur dan pekeliling yang ditetapkan.
2.3 Setiausaha Jawatankuasa dilantik dalam kalangan guru.
2.4 Agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat wajib dilaksanakan.
2.5 Semua perkara yang telah dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Jawatankuasa
Kurikulum mestilah dimaklumkan dan dibincangkan pelaksanaannya dalam mesyuarat panitia
dan maklum balas yang sewajarnya mestilah disampaikan kepada Setiausaha Jawatankuasa.
2.6 Jawatankuasa mestilah sentiasa membuat pemantauan dan penilaian impak terhadap
pelaksanaan kurikulum dalam semua mata pelajaran dan Guru Kanan Mata Pelajaran beserta
Ketua-Ketua Panitia dipertanggungjawabkan sepenuhnya.
SMK TAMAN EHSAN 1
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
3 . PENGURUSAN PANITIA MATA PELAJARAN
3.1 Pengurusan panitia mata pelajaran mestilah mematuhi Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4 /
1986.
3.2 Pengurusan Panitia mata-mata pelajaran juga mestilah mematuhi Sistem Pengurusan
Kualiti (SPSK).
3.3 Kejayaan murid dalam semua mata pelajaran, prestasi peperiksaan awam , motivasi dan
bakat adalah berkait rapat dengan keberkesanan pengajaran guru dalam kelas. Oleh itu semua
panitia mata pelajaran hendaklah berfungsi dan digunakan dengan optimum untuk saling
bekerjasama, saling membantu , berkongsi fikiran, pengalaman dan kepakaran untuk
memperbaiki kecekapan dan keberkesanan pengajaran.
3.4 Semua perancangan dan tindakan panitia mestilah sentiasa merujuk kepada TOV dan
GROW dalam pengurusan prestasi semua mata pelajaran dalam panitia-panitia.
3.5 Panitia-Panitia mestilah berusaha mendapatkan dan mengamalkan strategi-strategi
mengajar yang inovatif dan boleh mendorong serta menggerakkan kecenderungan para pelajar
terhadap pembelajaran.
3.6 Mesyuarat Panitia mestilah dilaksanakan sekurang-kurangnya empat kali setahun bagi
membincangkan pengurusan dan pelaksanaan , masalah dan isu kurikulum di sekolah. Semua
mesyuarat panitia akan dijalankan dalam tempoh dua minggu selepas mesyuarat kurikulum. Satu
salinan minit mesyuarat panitia hendaklah disampaikan kepada Penolong Kanan Pentadbiran
melalui Setiausaha Kurikulum.
3.7 Ketua Panitia dan setiausaha panitia hendaklah menyelenggara fail-fail panitia dan
semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod-rekod yang berkaitan dengan
panitia diselia oleh Guru Kanan Mata Pelajaran.
3.8 Guru Kanan Mata Pelajaran dan Ketua Panitia hendaklah merancang dan membuat
perbelanjaan Bantuan Persekolahan (PCG) mengikut Surat Pekeliling Kewangan bil 8/2010 yang
ditetapkan.
SMK TAMAN EHSAN 2
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
4. DOKUMEN RASMI KURIKULUM
4.1 Dokumen rasmi KSSM terdiri daripada DSKP (merangkumi Standard Kandungan,
Standard Pembelajaran dan Standard Prestasi), RPT/TO (Teaching Organiser) dan RPH. DSKP
menggantikan Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran yang digunakan dalam KBSM.
4.2 Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) /TO hendaklah disediakan oleh setiap panitia
pada setiap akhir tahun untuk kegunaan pada tahun berikutnya. RPT yang disediakan hendaklah
mengikut aras kemampuan murid dan perlu mengikut takwim semasa sekolah.
4.3 Salinan dokumen-dokumen rasmi ini yang telah disahkan oleh Pengetua mestilah
dilampirkan Bersama-sama di dalam Buku Rekod Mengajar atau diletakkan di dalam fail khas
supaya senang dirujuk.
4.4 Penulisan E Rancangan Pengajaran Harian (eRPH) di dalam Google Classroom
hendaklah mengikut format yang telah ditetapkan.
4.5 Semua guru mestilah menyediakan E Rancangan Pengajaran (Erph) berdasarkan RPT di
dalam Google Classroom sebelum masuk ke dalam kelas .
4.6 Berikut adalah tarikh-tarikh melengkapkan DSKP :
Tingkatan Tiga - sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos.
Tingkatan Lima – sukatan dilengkapkan pada Bulan Ogos.
Tingkatan Peralihan, Satu, Dua, dan Empat – sukatan dilengkapkan pada Bulan September.
5. PAKEJ MATA PELAJARAN
5.1 Bagi mata pelajaran Menengah Rendah seorang murid akan mengambil semua mata
pelajaran kecuali bukan Melayu akan mengambil Pendidikan Moral dan yang beragama Islam
akan mengambil Pendidikan Islam secara Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan
Pentaksiran Pusat. Berikut adalah mata pelajaran Teknik & Vokasional Menengah Rendah :
SMK TAMAN EHSAN 3
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
MATA PELAJARAN BIDANG TEKNIK & VOKASIONAL
TINGKATAN 1 , 2 DAN 3 2021 (KSSM)
ASK – ASAS SAINS KOMPUTER
RBT - REKA BENTUK & TEKNOLOGI
BIL TINGKATAN M/P TINGKATAN M/P TINGKATAN M/P
SATU DUA TIGA L + P ASK
L + P ASK
1 1 AMANAH L + P ASK 2 AMANAH L + P ASK 3 AMANAH L + P ASK
L + P RBT
2 1 BESTARI L + P ASK 2 BESTARI L + P ASK 3 BESTARI L + P RBT
L + P RBT
3 1 CEMERLANG L + P RBT 2 CEMERLANG L + P RBT 3 CEMERLANG L + P RBT
L + P RBT
4 1 DEDIKASI L + P RBT 2 DEDIKASI L + P RBT 3 DEDIKASI L + P RBT
5 1 EHSAN L + P RBT 2 EHSAN L + P RBT 3 EHSAN
6 1 FITRAH L + P RBT 2 FITRAH L + P RBT 3 FITRAH
7 1 GIGIH L + P RBT 2 GIGIH L + P RBT 3 GIGIH
8 1 HORMAT L + P RBT 2 HORMAT L + P RBT 3 HORMAT
9 1 IKHLAS L + P RBT 2 IKHLAS L + P RBT 3 IKHLAS
5.2 Bagi mata pelajaran Menengah Atas ( Tingkatan 4 dan 5 ), selain daripada mata pelajaran
teras seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Pendidikan Islam (murid
Islam) dan Pendikan Moral (murid bukan Islam), elektif mata pelajaran adalah seperti berikut:
TINGKATAN MATA ELEKTIF
EMPAT
PELAJARAN
ALFA BIOLOGI FIZIK KIMIA MATEMATIK
TAMBAHAN
BETA -
FIZIK KIMIA MATEMATIK SAINS
GAMMA - TAMBAHAN KOMPUTER
DANA PRINSIP FIZIK KIMIA MATEMATIK PRINSIP
PERAKAUNAN EKONOMI TAMBAHAN PERAKAUNAN
OPTIMA MATEMATIK
PVMA PRINSIP TAMBAHAN
ATLAS PERAKAUNAN
ILUSI PERNIAGAAN
SIMETRI PVMA
PEND.SENI GEOGRAFI
PEND.SENI
PEND. SENI
SMK TAMAN EHSAN 4
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
TINGKATAN BIOLOGI MATA ELEKTIF MATEMATIK SAINS
LIMA PELAJARAN KIMIA TAMBAHAN KOMPUTER
-
ALFA FIZIK KIMIA MATEMATIK
- TAMBAHAN
BETA FIZIK
PRINSIP
GAMMA PERAKAUNAN FIZIK KIMIA MATEMATIK PRINSIP
EKONOMI TAMBAHAN PERAKAUNAN
DANA PRINSIP MATEMATIK
PERAKAUNAN TAMBAHAN
OPTIMA
PEND.SENI EKONOMI PERNIAGAAN
ATLAS
ILUSI GEOGRAFI
SIMETRI
ABSTRAK PEND.SENI
PEND. SENI
PEND. SENI
6 . WAKTU PERSEKOLAHAN
6 .1 Sesi Pagi- Murid
- Waktu persekolahan adalah seperti jadual berikut :
7.20-12.30 Isnin - Khamis
7.20-1.00 Tingkatan 3
7.20- 2.20 Tingkatan 4 dan 5
(Kelas aliran Sains dan Akaun)
7:20 - 12:30
7.20- 1.30 Jumaat
Tingkatan 3,4 dan 5
(Kelas Pendidikan Moral Tingkatan 3)
SMK TAMAN EHSAN 5
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
6 .2 Sesi Pagi - Guru
Waktu persekolahan Arus Perdana & PPKI :
Isnin 07:25 – 13:50
Selasa 07:25 – 13.50
Rabu 07:25 – 13.50
Khamis 07:25 – 13.50 @ Mesyuarat/Refleksi mengikut takwim dan keperluan
Jumaat 07:25 - 12:30
Waktu persekolahan Tingkatan 6 :
Isnin 07:25 – 15.25
Selasa 07:25 – 15.25
Rabu 07:25 – 14:50
Khamis 07:25 – 14.50 @ Mesyuarat/Refleksi mengikut takwim dan keperluan
Jumaat 07:25 - 12:35
6 .3 Sesi petang (Murid)
- Waktu persekolahan hari Isnin hingga Khamis adalah seperti berikut :
TINGKATAN MASA
PERALIHAN 13.05 - 18.35
13:05 - 18.35
1&2
- Waktu persekolahan hari Jumaat adalah seperti berikut:
TINGKATAN PERALIHAN 14:20 - 18:35
TINGKATAN 1 13:30 - 18:35
(MURID-MURID BUKAN ISLAM) 14:20 - 18:35
TINGKATAN 1 14:20 - 18:35
(MURID-MURID ISLAM)
SEMUA MURID TINGKATAN 2
SMK TAMAN EHSAN 6
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
6.4 Sesi Petang (Guru)
Waktu persekolahan :
Isnin 12:20 – 18:35
Selasa 12:20 – 18:35
Rabu 12:20 – 18:35
Khamis 11.30 - 18.35 @ Mesyuarat/Refleksi mengikut takwim dan keperluan
Jumaat 14:20 - 18:35
7 . PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
7.1 Pengajaran dan Pembelajaran berkesan hendaklah dilaksanakan oleh guru untuk
mengoptimumkan kecemerlangan murid.
7.2 Menyediakan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang cukup dan berkualiti selaras
dengan perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi ( TMK ).
7.3 Menekankan kemahiran mengaplikasi ICT bagi menghasilkan murid yang berkemahiran
dalam ICT . Oleh itu penggunaan peralatan ICT menjadi keutamaan dalam menyokong
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.
7.4 Pembelajaran berasaskan e-learning dengan menggunakan teknologi multimedia
interaktif dan pembelajaran berasaskan laman web seperti Google Classroom digalakkan dan
akan diperluaskan.
7.5 Pembelajaran Abad 21 perlu dilaksanakan dalam aspek pedagogi oleh semua guru dalam
PdPc. guru-guru juga perlu menguasai subjek dan kandungan kurikulum serta mahir dalam
Pedagogi Abad-21 supaya dapat merancang strategi PdPc yang sesuai dan berkesan untuk
kumpulan murid yang berlainan sejajar dengan kognitif murid-murid. Penyusunan meja dan
kerusi murid mengikut konsep Bilik Darjah Abad-21.
7.6 Bagi kelas-kelas yang bilangan murid ramai, bilik darjah Abad-21 tidak dapat disediakan.
Namun demikian, guru-guru juga perlu menguasai subjek dan kandungan kurikulum serta mahir
dalam Pedagogi Abad-21 supaya dapat merancang strategi PdPc yang sesuai dan berkesan untuk
kumpulan murid yang berlainan sejajar dengan kognitif murid-murid.
7.7 Memperluaskan program peningkatan penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
seperti yang terdapat dalam MBMMBI.
7.8 Memastikan penguasaan ’basic fact and information’ dalam setiap topik dikuasai oleh
murid dengan menggunakan teknik-teknik mengingat yang kreatif supaya tidak membebankan
dan membosankan murid untuk belajar sebelum menyambung topik selanjutnya.
SMK TAMAN EHSAN 7
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
7.9 Meningkatkan penguasaan dan penekanan kepada kemahiran generik , kemahiran berfikir
kritis dan kreatif agar murid menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KBAT ) semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.
7.10 Menggunakan pelbagai pendekatan, kaedah, strategi dan teknik dalam proses pengajaran
dan pembelajaran bagi meningkatkan ketrampilan guru dan seterusnya ketrampilan murid dan
pada masa yang sama meningkatkan prestasi pencapaian peperiksaan awam . Hal ini demikian
kerana pengajaran yang berkualiti akan menghasilkan pembelajaran yang berkualiti.
7.11 Menggalakkan penggunaan kaedah peta pemikiran ‘i-Think’ untuk mencungkil bakat
dan kemahiran berfikir dalam kalangan murid.
7.12 Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah dinilai oleh guru mata
pelajaran , murid dan barisan pentadbir pada akhir sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran
berdasarkan penguasaan pengetahuan, kemahiran , penglibatan dan daya tumpuan murid di
dalam kelas.
7.13 Proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan mestilah menggabungkan content
skill, language skill, ICT skill & pedagogy skill’ . Oleh itu setiap guru mestilah berusaha
meningkatkan keterampilan diri dengan meningkatkan kemahiran-kemahiran yang tersebut
secara berterusan.
7.14 Guru mata pelajaran , Ketua Panitia dan Guru Kanan Mata Pelajaran mestilah sentiasa
memantau prestasi pencapaian mata pelajaran setiap murid seperti yang telah ditetapkan oleh
sekolah dan berusaha membuat tindakan susulan untuk mencapai sasaran tersebut . Oleh itu
pengurusan ’Headcount Mata pelajaran’ dan kaedah GROW mestilah menjadi amalan dan
kelaziman bagi setiap orang guru.
7.15 Pengajaran dan pembelajaran menggunakan stesen-stesen pengajaran dan pembelajaran
di luar bilik darjah digalakkan dan akan dikembangkan secara berterusan dengan kaedah PBD
yang pelbagai aras agar PdPc lebih menarik dan berkesan.
7.16 Proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas juga mesti memantapkan budaya
membaca, belajar cara belajar, penggunaan pelbagai sumber pendidikan dan penerapan budaya
cinta akan ilmu.
7.17 Guru juga mestilah mendedahkan murid-murid dengan soalan bercapah ataupun HOTS
– Higher Order Thinking Skills Questions atau KBAT.
SMK TAMAN EHSAN 8
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
8 . BUKU TEKS, BUKU KERJA , BUKU REKOD AMALI & BUKU LATIHAN
8.1 Buku teks mestilah sentiasa digunakan oleh guru dan murid bagi mendedahkan konsep-
konsep dalam mata pelajaran . Maklumat dan pengetahuan asas dalam topik-topik hendaklah
ditegaskan kepada murid.
8.2 Buku Kerja dibenarkan penggunaannya dengan syarat TIDAK MENGGANTIKAN
BUKU TEKS dan mematuhi SPI Bil 10 /1991 bertarikh 02 Oktober 1991.
8.3 Buku Rekod Amali mestilah digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran Sains selaras
dengan SPI Bil 7/1989 bertarikh 31 Mei 1989 . Buku Rekod Amali ini mengandungi halaman
yang bergaris dan halaman yang kosong yang digunakan untuk merekod sebarang data,
maklumat, pemerhatian, kesimpulan apabila murid menjalankan kajian atau eksperimen.
Halaman yang kosong boleh digunakan untuk melukis gambar rajah , graf dan sebagainya.
Penggunaan buku ini dapat memperkembang kemahiran saintifik dan kemahiran komunikasi
dalam bentuk penulisan.
8.4 Guru mestilah memberikan latihan-latihan bertulis secara topikal di dalam kelas ataupun
sebagai kerja rumah untuk tujuan pengukuhan PdP dalam bilik darjah . Guru mata pelajaran
mestilah memastikan murid-murid membuat latihan ini dan disemak oleh guru mata pelajaran
mengikut perancangan yang telah ditetapkan.
8.5 Murid yang gagal membuat latihan merupakan satu perkara yang serius dan panitia
mestilah menangani perkara ini secara berhemah dengan mengenal pasti masalah yang
menyebabkan perkara tersebut berlaku. Murid yang melaksanakan tugasan dengan cemerlang
mestilah dihargai dengan apa-apa juga cara yang telah dibincangkan dalam panitia.
9 . LATIHAN MINIMUM
9.1 Latihan murid adalah penting bagi memastikan pengukuhan konsep dan proses
pengayaan dalam topik-topik yang diajar . Oleh itu latihan minimum yang disasarkan mestilah
dilaksanakan oleh semua murid dan disemak oleh semua guru mata pelajaran.
9.2 Jumlah latihan minimum mata pelajaran mengikut bidang akan diputuskan dan diterima
dalam Mesyuarat Bidang dan Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran.
9.3 Latihan minimum ini mestilah menepati aras kesukaran rendah, sederhana, tinggi pada
nisbah 5 : 3 : 2 bagi setiap konstruk mengikut tingkatan.
SMK TAMAN EHSAN 9
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
10 . PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN
10.1 Semua urusan peperiksaan yang dijalankan menepati prinsip ekuiti dalam pendidikan.
10.2 Pihak sekolah bertanggungjawab menyediakan semua murid bagi peperiksaan yang
ditetapkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
10.3 Sistem Peperiksaan Kebangsaan hendaklah dilaksanakan berlandaskan pentaksiran
berpusat serta penekanan kepada penilaian formatif.
10.4 Pentaksiran sekolah ataupun peperiksaan dalaman dilaksanakan berdasarkan prosedur
dan mekanisme yang telah ditetapkan di dalam Garis Panduan Penilaian dan Peperiksaan
(rujuk lampiran) yang memperincikan bilangan peperiksaan dan ujian seragam setahun , dasar
peratusan markah untuk semua tingkatan, format peperiksaan, jadual pengawasan , rekod
markah, syarat lulus, jadual spesifikasi ujian, ‘content skill’ dan post mortem peperiksaan.
10.5 Jawatankuasa ‘Headcount Sekolah’ dipertanggungjawabkan untuk menguruskan semua data
yang berkaitan dengan peperiksaan dengan mengkaji ‘Take Off Value’ dan meletakkan ‘ETR’
bagi peperiksaan awam dan dalam Peperiksaan Akhir Tahun. GROW juga digunakan untuk
membuat Reality Checking serta untuk membuat Goal Setting dari awal tahun. Guru mata
pelajaran mesti menyenaraikan nama murid yang dijangkakan keputusan peperiksaan mereka.
10.6 Penghantaran soalan , JSU dan skema soalan oleh Penggubal Soalan mestilah diserahkan
kepada setiausaha peperiksaan selewat-lewatnya 2 minggu daripada tarikh peperiksaan.
11. JADUAL WAKTU MENGAJAR DAN JADUAL WAKTU GANTI
11.1 Jumlah waktu pembelajaran bagi setiap mata pelajaran adalah mengikut ketetapan Akta
Pendidikan 1996 dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa.
11.2 Pelaksanaan KSSM melibatkan tambahan waktu PdP. Waktu persekolahan sesi pagi
dilanjutkan sehingga 2.20 petang pada hari-hari berkaitan.
11.3 Pengagihan mata pelajaran, keutamaan diberi kepada guru opsyen dan kepakaran guru
(pemeriksa kertas peperiksaan awam ).
11.4 Agihan kelas cemerlang, sederhana dan lemah adalah dibuat secara adil.
11.5 Kesinambungan tugas mengajar iaitu Tingkatan 1 ke Tingkatan 2 dan Tingkatan 4 ke
Tingkatan 5 menjadi syarat utama agar guru-guru sekolah ini mendapat peluang dan pengalaman
mengajar kelas peperiksaan.
SMK TAMAN EHSAN 10
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
11.6 Jumlah waktu pengajaran maksimum guru adalah antara 25 hingga 30 waktu seminggu.
11.7 Jadual waktu mengajar yang tidak dipenuhi kerana guru bercuti sakit dan bercuti rehat
ataupun menjalankan tugas rasmi di luar kawasan akan diisi dengan Jadual Waktu Ganti. Guru
yang bercuti ini mestilah menyediakan Modul Kelas Ganti yang akan digunakan oleh murid
semasa pelaksanaan Jadual Waktu Ganti tersebut . Tugasan dalam Modul Kelas Ganti ini akan
disemak dan pencapaian dimaklumkan kepada murid untuk tindakan susulan kedua-dua pihak.
11.8 Jadual waktu mengajar, Jadual waktu ganti dan Jadual Waktu Blok akan diurus dan
disediakan oleh Jawatankuasa Jadual Waktu Sekolah.
11.9 Jadual waktu penggunaan bilik-bilik khas mestilah disediakan oleh guru penyelaras bilik-
bilik khas tersebut apabila Jadual Waktu Induk Guru telah siap dan satu salinan mestilah
disampaikan kepada pentadbir sekolah . Bilik-bilik khas yang terlibat untuk proses pengajaran
dan pembelajaran adalah Pusat Sumber, Makmal Sains, Bengkel RBT , Surau, Bilik Pusat
Pembelajaran, Dewan Sekolah , Bilik PSV , Bilik APD dan Makmal Komputer.
11.10 Pusat Sumber Sekolah merupakan nadi yang akan menyokong proses pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas dan juga budaya pembelajaran kendiri murid dalam meningkatkan
keterampilan mereka. Oleh itu matlamat perancangan strategik Pusat Sumber mestilah
mempunyai hala tuju ke arah itu dan semua guru, GKMP dan ketua panitia adalah tertakluk
kepada perancangan tersebut dan perlu memainkan peranan mereka masing-masing. Guru
Perpustakaan dan Media adalah orang penting yang berperanan menggerakkan peranan dan
fungsi PSS.
12. PROGRAM KECEMERLANGAN AKADEMIK
12.1 Semua program utama yang berlangsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran
yang dibuat berdasarkan keperluan panitia dan oleh itu Dasar Kurikulum Sekolah menyokong
penuh semua program peningkatan akademik ini yang berfokus ke arah kecemerlangan dan
keterampilan pelajar.
12.2 Jawatankuasa Kecemerlangan Akademik menjadi nadi yang membantu semua panitia
dalam merancang dan melaksanakan program akademik.
12.3 Skop program kecemerlangan akademik ini mestilah membantu murid mengingat dan
menguasai fakta dan maklumat asas dalam topik-topik di dalam mata pelajaran, menajamkan
kemahiran berfikir pelajar supaya item-item aras kognitif tinggi boleh dikuasai, meningkatkan
kemahiran berkomunikasi terutamanya melalui penulisan , meningkatkan penguasaan dan
pemerolehan ilmu pengetahuan, meningkatkan motivasi dan minat untuk terus belajar.
SMK TAMAN EHSAN 11
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
12.4 Program kecemerlangan akademik jangka panjang atau program utama adalah program
yang meningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dan pada masa yang sama
meningkatkan keterampilan murid dan dilaksanakan di dalam kelas sepanjang tahun dengan
bimbingan guru. Manakala program jangka pendek adalah program-program yang dirancang
dalam tempoh masa yang singkat bagi menyediakan murid untuk peperiksaan awam yang lebih
berfokus kepada latih tubi , pendedahan teknik dan ’practice make perfect ’ juga ’practice make
permanent ’.
12.5 Pelibatan HEM, guru kaunseling dan PK Kokurikulum adalah wajib bagi penyelarasan
program kecemerlangan akademik.
12.6 Jawatankuasa atau pengurus program dikehendaki menyediakan kertas cadangan yang
relevan dan membuat pelaporan pelaksanaan dan impak program kepada Jawatankuasa.
13 . PENYELIAAN DAN PEMANTAUAN
13.1 Proses pengajaran dan pembelajaran guru dan murid di dalam bilik darjah akan diselia
dan dipantau sebanyak dua kali setiap orang guru dan setiap kelas dalam setahun.
13.2 Jawatankuasan Penyeliaan dan Pemantauan dipertanggungjawabkan untuk menyusun
jadual dan mengatur barisan pentadbir, ketua-ketua panitia dan guru cemerlang untuk menyelia
dan memantau bagi memastikan pelaksanaan dan keberkesanan program-program sekolah.
13.3 Penyeliaan proses pengajaran dan pembelajaran mestilah bertujuan untuk meningkatkan
kualiti proses pengajaran dan pembelajaran dan bukan mencari kesalahan . Oleh itu adalah
penting guru tidak membuat ‘judgement statement’ tetapi mestilah membuat ‘statement
berdasarkan observation’ supaya penambahbaikan dapat dilakukan.
13.4 Pengurusan panitia dan program-program panitia juga akan dipantau dan diselia dua kali
setahun oleh guru-guru kanan dan penolong – penolong kanan.
13.5 Buku latihan dan penggunaan buku kerja juga dipantau dua kali setahun bagi
memastikan Dasar Latihan Minimum dipatuhi dan penggunaan buku kerja dioptimumkan.
13.6 Mekanisme dan proses kerja penyeliaan buku kerja, buku latihan dan hasil kerja murid
ditetapkan oleh jawatankuasa dan satu rekod penyeliaan mestilah diurus dengan baik.
13.7 Jawatankuasa Penyeliaan dan Pemantauan mestilah membuat pelaporan lengkap
pertengahan dan akhir tahun tentang skop kerja yang telah dipertanggungjawabkan oleh
Pengetua untuk dimaklumkan dalam mesyuarat kurikulum sekolah seterusnya dibincangkan
dalam mesyuarat panitia bagi tujuan penambahbaikan.
SMK TAMAN EHSAN 12
KETETAPAN KURIKULUM SEKOLAH 2021
14 . LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN ( LDP ) / DIALOG PRESTASI
14.1 Berdasarkan Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam melalui Pekeliling
Perkhidmatan Bil 6/2005, adalah menjadi tanggungjawab Ketua Jabatan untuk memastikan
anggota masing-masing pada semua peringkat mengikuti kursus sekurang-kurangnya tujuh hari
setahun.
14.2 Setiap kakitangan sama ada guru ataupun staf sokongan mestilah sentiasa memajukan
dan meningkatkan profesionalisme masing-masing bagi memupuk budaya kerja cemerlang.
14.3 Pihak pengurusan sekolah telah menyediakan pelbagai platform untuk warga sekolah
meningkatkan profesionalisme ini melalui Hari Profesionalisme, Perbincangan Profesional, dan
Lawatan Penanda Aras sebagai nilai tambah.
14.4 Semua guru yang menghadiri kursus-kursus yang dianjurkan oleh bahagian-bahagian
KPM perlulah melaporkan secara bertulis melalui minit curai kepada Pengetua untuk tindakan
seterusnya . Jika perlu, guru yang pergi berkursus ini hendaklah mengendalikan kursus dalaman
ataupun sekurang-kurangnya memberikan taklimat berkaitan kursus yang dihadiri .
14.5 Skop pengisian perkembangan staf ini mestilah berdasarkan keperluan-keperluan
profesional guru dan juga keperluan sebagai seorang penjawat awam . Oleh sebab itu keutamaan
akan diberikan kepada kursus yang berkaitan pedagogi , pengurusan panitia yang efesien dan
PdPc menggunakan Google Classroom..
14.6 Guru-guru yang dikehendaki mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya adalah
menjadi tanggungjawab Guru Kanan dan Ketua Panitia untuk melatih guru tersebut bagi
mengajar mata pelajaran yang bukan opsyennya . Satu rekod latihan dan pemantauan
perkembangan kemahiran mengajar mestilah diurus dengan baik oleh Ketua Panitia mata
pelajaran tersebut.
14.7 Semua program perkembangan staf yang dilaksanakan sama ada peringkat panitia atau
peringkat sekolah mestilah dilaporkan sebaik sahaja sesi tersebut selesai dan pelaporan mestilah
lengkap dari segi matlamat, objektif, tempat , masa, sasaran , tajuk dan pengisian, profil
penceramah dan kajian impak kursus berserta gambar.
14.8 Semua Panitia perlu menjalankan Dialog Prestasi bersama-sama ahli panitia sekurang-
kurangnya 12 kali setahun
Ketetapan Kurikulum Sekolah Disediakan
Oleh Unit Kurikulum Sekolah
SMK TAMAN EHSAN 13