POLITEKNIK BALIK PULAU
Pengajian Islam MPU23032
E-folio
Salah Faham Terhadap Islam :
Pandangan Serong Masyarakat Non-Muslim Terhadap Muslim di Malaysia
Nama ahli kumpulan: NO. PENDAFTARAN
21DDT19F2018
NAMA 21DDT19F1117
MUHAMMAD NAQIB FARHAN BIN MAKHTAR 21DDT19F2016
MUHAMMAD NUR HISYAM BIN ABDUL MANAN 21DDT19F1180
NUR MUHAMMAD AMIRUL BIN SAIFULRIZZAL 21DDT19F2046
MUHAMMAD DANIAL BIN MOHD BAHAR
MUHAMMAD JAZLI FAHMI BIN JAMA'A
SENARAI BIL Isi Kandungan Muka Surat
KANDUNGAN 1. Penghargaan. 1
2. Objektif kajian 2
3. Pengenalan. 3
4. 1. Salah faham masyarakat non muslim terhadap islam
1. menuduh islam menyembah berhala. 5-7
2. Melabelkan islam melakukan diskriminasi dalam pengenaan Jizyah.
3. Menganggap islam agama yang kolot 8
4. menuduh islam menjatuhkan taraf dan kehormatan wanita.
9- 10
5. 2. Punca -punca salah faham terhadap islam 11
1. kejahilam masyarakat itu sendiri 11
2. pengaruh media massa.
3. kurangnya pendedahan ilmu pengetahuan islam.
4. serangan ideologi barat.
6. 3. Cabaran dalam mendekati masyarakat bukan islam.
1. Kefahaman rendah masyarakat bukan islam terhadap islam.
2. Sikap etenosentirsme
3. Tanggapan buruk terhadap Islam.
4. Masyarakat bukan islam terpengaruh dengan agenda barat.
7. Kesimpulan
8. Sumber rujukan
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih serta selawat dan salam
buat junjungan maha Nabi Muhammad SAW. Setinggi - tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan
izin dan limpah kurniaNya, maka tugasan yang diberikan telahpun selesai .
Setinggi – tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada pensyarah Pengajian Islam
kami yang telah banyak membimbing dan memberi tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini
. Begitu juga dengan rakan seperjuangan saya yang banyak berkongsi maklumat dan motivasi untuk
menyiapkan hasil tugasan ini.
Terima kasih banyak - banyak kepada rakan kumpulan saya yang gigih mencari pelbagai maklumat siang
dan malam dalam melengkapkan tugasan yang diberi ini. Mereka juga telah banyak mencurahan idea
yang bernas untuk mnyiapkan tugasan ini.
Akhir sekali, terima kasih diucapkan kepada pihak – pihak yang terlibat secara langsung dan tdak
langsung . Semoga segala kerjasama yang diberikan ini akan diberkati Allah SWT. Semoga hasil tugasan
kami ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar sana untuk dijadikan sebagai pengajaran.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif E-folio ini adalah untuk menyelidik tentang punca berlakunya salah
faham yang berlaku sekarang. Melalui kerja kursus ini kami mengenalpasti punca
berlakunya islamfobia dan cara mengatasinya. Selain itu,kami juga dapat mencari dan
menghuraikan tanggapan masyarakat non muslim terhadap Islam. Secara khususnya,
penyelidikan ini adalah seperti berikut :
Kami dapat mengenali lebih mendalam tentang pemikiran masyarakat bukan Islam.
Dapat mengenali lebih lagi tentang Islamfobia. Sebab berlakunya Islamfobia.
Kami juga dapat mengetahui cabaran – cabaran yang dilalui oleh masyarakat Islam
untuk mendekati masyarakat bukan Islam.
Kami dapat mengenal pasti punca berlakunya salah faham masyarakat bukan Islam
terhadap agama Islam.
Kami juga dapat mengetahui salah faham masyarakat non muslim terhadap agama
Islam.
PENGENALAN
Islam merupakan agama yang sering disalahfami oleh masyarakat terutamanya yang
bukan Islam ( non muslim ) . Salah faham terhadap Islam bukan sahaja berlaku dalam
kalangan bukan Islam malah ia sering juga berlaku dalam kalangan masyarakat Islam
sendiri. Pelabagai tuduhan, tohmahan, salah anggapan dan kata – kata keji dibuat terhadap
Islam yang menggambarkan kesalahfahaman masyarakat terhadap Islam. Ini menyebabkan
keunggulan Islam tidak terserlah dan indah dari segi ilmiah dan amaliahnya. Ini menjadi
punca orang bukan Islam tidak tertarik untuk mendekati bahkan memusuhi Islam dan lebih
malang ada di kalangan umat Islam meragui dan keliru terhadap Islam. Justeru , umat Islam
perlu ada kesedaran dan bangkit untuk mempertulkan keadaan.
Tugas umat Islam bukan sahaja untuk memulihkan imej Islam pada pandangan bukan
Islam
( non muslim ) , tetapi juga mengembalikan keyakinan di dalam diri umat Islam sendiri.
Sterusnya, Islam adalah agama yang indah dari segi teori dan praktikal ( amali ) dalam
kehidupan. Tetapi realitinya, keunggulan Islam tidak berlaku secara ilmiah dan amali,
Kerohanian dan material – menghadapi krisis seperti gejala sosial, rasuah, jenayah,
ditindas dan diserang dari pelbagai sudut – budaya, ekonomi dan ketenteraan.
Masyarakat kini lebih mempercayai media sosial berbanding dengan ulama’ . Dengan
itu, banyak slah faham berlaku apabila ada pendapat terpesong daripada akidah Islam.
Apabila berlakunya perkara tersebut, masyarakat lebih memihak kepada kata-kata yang
dilontarkan di media sosial. Mereka tidak sedikitpun tergerak hati untuk menyelidik lebih
dalam tentang sesuaTu isu.
Salah faham masyarakat non muslim terhadap Islam
1.1 Menuduh Islam menyembah berhala
Pada zaman serba moden ini pelbagai perkara yang boleh berlaku. Antaranya orang barat yang
menuduh umat Islam menyembah berhala seperti agama mereka. Dengan kata lain,
merekamneganggap Islam ada Tuhan lain melainkan Allah. Tuduhan ini berdasarkan Kaabah di
Makkah. Sedangkan Kaabah itu adalah sebagai satu simbolik dalam Islam. Hal ini dapat dibuktikan
kerana manusia pernah naik di atas Kaabah itu. Berbeza pula dengan agama mereka kerana berhala
yang mereka sembah itu tidak boleh dipijak. Jelas menunjukkan Islam bukan seperti mereka sangkakan
itu.
1.2 Melabelkan Islam melakukan diskriminasi dalam pengenaan jiyziah
Jiyziah ialah cukai yang dikenakan ke atas orang-orang kafir yang menetap di negara Islam dan mentaati
undang-undang negara Islam. Contohnya kafir harbi, mengikut buku Muhammad Qutb yang dikarang
oleh Yusoff Zaky Yacob, Jiyziah itu hanya dikenakan ke atas setiap orag lelaki yang berkuasa membayar
perkhidmatan dan juga kelompok orang-orang kristian adalah dibebaskan dari bayaran jiyziah apabila
mereka massuk ke dalam perkhidmatan tentera.
Berdasarkan dari kenyataan ini jelaslah bahawa persoalan jiyziah bukanlah persoalan diskriminasi
terhadap orang-orang yang bukan Islam, malah menjadi persoalan di sini ialah perkhidmatan tentera.
Sesiapa yang menunaikan perkhidmatan ini akan dibebaskan daripada membayar jiyziah atau
disebaliknya iatu tanpa diperhitungkan agama mereka anuti.
Firman Allah berbunyi, “ perangilah mereka yang tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat dan
tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya dan tidak menganuti agama
yang benar hingga mereka membayar jiyziah dengan patuh dan tunduk.” ( Surah al-Taubat, ayat 29 )
Sila scan qr code untuk maklumat yang lebih lanjut.
1.3 Anggap Islam agama kolot
Pada saat ini, gejala-gejala baru yang dinyatakan di atas iaitu orang-
orang barat menganggap Islam agama yang kolot. Dalam erti kata lain,
mereka menuduh Islam tidak lagi dapat diterima di zaman ini. Tambah lagi
mereka mengatakan Islam tidak lagi relevan dengan logik akal kehidupan
moden hari ini. Setrusnya, mereka menuduh cara hidup Islam itu akan
menjadikan manusia berfikiran sempit mengenai perkemabngan terkini dan
mengahalang kemajuan sesebuah negara. Contohnya perkembangan dalam
bidang Sains dan teknologi, sedangkan Islam adalah gama yang syumul
(lengkap). Syumul ini berkait rapat dengan Al-Quran danAl-Sunnah serta
merangkumi semua aspek ini tidak mengira umat Islam atau sebaliknya dari
sudut ekonomi pula melalui riba, mereka megatakan bahawa riba itu penting
daam sistem ekonomi . Oleh itu, mereka anggap Ilmu agama kolot kerana
tidak mengamalkan sistem riba.
1.4 Menuduh Islam menjatuhkan taraf dan kehormatan wanita
Menuduh Islam menjatuhkan taraf dan kehormatan ini adalah kerana
dikaitkan wanita itu sebagai alat pemuas nafsu bagi lelaki dan sebagai alat
untuk melahirkan keturunan tidak melebihi dari itu. Dengan kata lain, taraf
wanita tidak lebih dari taraf hamba kepada lelaki, dimana lelaki menguasai
wanita di dalam segala hal. Kedua-duanya masing-masing tidak memahami
hakikat Islam yang sebenar.
Punca-punca salah faham terhadap Islam.
Kejahilan mayarakat Islam itu sendiri
Kejahilan masyarakat Islam ini boleh ditakrifkan sebagai pemberontakkan umat Islam terhadap agamanya sendiri. Sebagaimana
yang dijelaskan di atas ajaran sesat atau ekstrimis pada pandangan Islam itu adalah salah satu daripada kejahilan masyarakat
Islam. Hal ini kerana individu muslim tidak mengenali dengan tepat berkenaan ajaran-ajaran dan nilai-nilai syariat dalam semua
aspek kehidupan melalui kehidupan amaliah. Jika tidak Islam hanya menjadi ‘intelektual Islam’ dan bukan sesuatu yang realiti hidup
dalam masyarakat.
Pengaruh media massa
Pengaruh media massa terhadap masyarakat begitu kuat sekali. Media massa ini meliputi media cetak dan juga media elektronik.
Kedua-duanya memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan hari ini. Media massa ini banyak mempengaruhi salah faham
kerana pengaruh media massa ini boleh mencorakkan gaya hidup sesebuah masyarakat.
Peranan media massa pada hari ini, banyak berunsurkan ke arah kepada keburukkan daripada kebaikan terutama sekali kepada
golongan remaja.Segala bentuk budaya luar sama ada dari barat atau timur dibawa masuk ke negara islam melalui media massa
ini. Media cetak lebih cenderung kepada hiburan yang banyak memaparkan gaya hidup artis sehingga menyebabkan golongan
remaja mahupun dewasa lebih mengenali artis daripada tokoh-tokoh Islam. Hal ini berlaku kerana didunia fana ini yang
menyebabkan unsur-unsur islam semakin lemah ditelan zaman.
Kurangnya pendedahan ilmu pengetahuan Islam
Punca yang ketiga adalah berkaitan dengan pengetahuan agama dalam diri individu itu sendiri. Sejak akhir-akhir ini pendedahan
tentang ilmu agama amat merunsingkan kita. Menurut Mohd Kamal Hassan, pendidikan moden hari ini lebih bersifat liberal dan
sekular tidak memberikan perhatian sewajarnya kepada aspek akhlak. Akhlak juga adalah salah satu faktor yang menyebabkan
salah faham terhadap islam disamping akidah.
Serangan idiologi barat
Idiologi merupakan fahaman falsafah yang berbentuk teori dan andaian dihasilkan dari usaha pengamatan atau pengalaman
manusia sebagai pegangan dalam pelaksanaan sesuatu sistem. Ideologi ini adalah bercanggah dengan Islam. Serangan idelogi
telah berjaya melemahkan akidah dan pemikiran umat islam terhadap agama Islam.
3. Cabaran dalam mendekati masyarakat bukan Islam
3.1 Kefahaman rendah masyarakat bukan Islam terhadap Islam
Kefahaman yang rendah oleh masyarakat bukan Islam terhadap ajaran Islam
menimbulkan salh faham. Di dalam Abdull Rahman el at (2009), Professor Emeterius Tan Sri
Khoo Kay Kim berpandangan ajaran Islam tidak banyak diberikan kepada orang bukan
Islam. Ajaran Islam yang sampai kepada mereka hanyalah secara umum seperti tidak boleh
minum arak, tidak boleh makan babi, sehingga pertanyaan babi pun takut untuk digunakan
dan gantikan dengan perkataan khinzir. Apabila ini berlaku, maka orang bukan islam akan
memandang serong kepada agama islam kerana mereka tidak memahami mengapa dan
kenapa suatu perkara itu dilarang kerana tidak mendapat penjelasan yang terperinci.
3.2 Sikap etenosentirsme
Seterusnya, apabila masyarakat malaysia keseluruhannya kebanyakkannya
mengamalkan sikap etenosentirsme. Menurut kamus dewan edisi ke 4, etenosentirsme
bermaksud pandangan atau sikap mempercayai bahawa golongan atau kebudayaan etnik
sendiri lebih unggul daripada golongan aau kebudayaan etnik lain. Di dalam Abdul Rauf el at
(2012) menyebutkan laporan surat khabar The Star yang menyatakan bahawa hanya 52%
golonga remaja Malaysia mempunyai kenalan atau rakan yang berlainan etnik. Hal ini
akhirnya menyebabkan sikap etenosentirsme semakin menjadi dalam kalangan etnik
tertentu.
3.3 Tanggapan buruk terhadap Islam
Masyarakat bukan Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia melihat akan perpecahan yang berlaku dalam
kalangan Islam. Hal ini berlaku adalaha kerana negara Islam sendiri telah berpecah kepada kumpulan-kumpulan tertentu. Akibat
daripada perpecahan ini, banyak masalah tidak dapat diselesaikan. Walaupun Islam sangat mengambil berat kepada perpaduan,
tetapi masyarakat Islam terus berpecah dan menjadi lemah. Diantara sebab umat Islam berpecah ialah kerana lahirnya pelbagai
parti politik dan pertubuhan dakwah dan sifat ketaksuban terhadap pemimpin. Hal ini menyebabkan, proses dakwah menghadapi
masalah kerana sesuatu kumpulan tidak akan senang untuk menerima buah fikiran dari bukan kumpulannya. Peristiwa sebegini
akhirnya menyebabkan masyarakat bukan Islam menjauhkan diri dengan masyarakat Islam.
3.4 Masyarakat bukan Islam terpengaruh dengan agenda Barat
Dari sini dapat kita semua lihat bagaimana pihak Barat menggunakan media massa bagi mengecam orang Islam dan negara-negara
Islam dengan pelbagai istilah. Mereka menggambarkan Islam sebagai penghalang kepada kemajuan dan kerana itulah masyarakat
Islam dilihat sebagai ortodoks, fundamental dan konservatif. Istilah-istilah tersebut kemudiannya menjadi lebih keras dan kasar
sehingga menampakkan setiap tindakan yang diambil oleh orang Islam sebagai menakutkan. Manakala, di atas dasar perasaan
takut, mereka kemudiannya mencipta pula persepsi Islamfobia dan mengaitkannya dengan keganasan, pembunuhan, rampasan
kuasa dan lain-lain tindakan jenayah.
Kesimpulan
Kejayaan membetulkan salah faham terhadap islam banyak bergantung kepada faktor umat islam
sendiri. Kitalah yang mesti memastikan islam tidak disalahfahamkan lagi, baik dari segi ilmiahnya
mahupun dai segi amaliahnya. Malah kita sendiri mesti menjadi bukti akan kesempurnaan dan kebenaran
islam didalam kehidupan sehari hari.
Islam tidak seharusnya dilihat dari perspektif yang terbatas- terhad cuma kepada bidangbidang yang
dilihat berwajah ´ agama´, sebaliknya mula menjangkau bidang-bidang lain selaras dengan konsep Islam
adalah ´way of life´. Dalam bidang pembangunan fizikal dan ekonomi misalnya, suara golongan agama
mestilah kedengaran bukan sahaja dalam menentukan halal dan haram, tetapi memantau prinsip,
pendekatan, perlaksanaan dan tujuan pembangunan itu selaras dengan kehendak tauhid, syariah dan
akhlak Islamiah.
Terdapat banyak faktor yang menyebabkan berlakunya salah faham tentag Islam. Terdapat dua bntuk
gambaran yang salah faham tentang Islam, iaitu bentuk tradisional dan semasa. Oleh itu, Barat
berhadapan dengan pengaruh Islam yang semakin meluas hingga ke benua eropah seperti pada era
Uthmaniyah dahulu..
Sumber rujukan Internet
https://prezi.com/xmz-dqj7xxom/salah-faham-terhadap-islam/
https://www.slideshare.net/muhammadridzuan5030/salah-fahamterhadap-agama-islam
https://pengajianislam.pressbooks.com/chapter/salah-faham-terhadapislam/