The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

2 FEB 2021 (DONE) SEMAKAN KE ATAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL KE ARAH ‘CLEANER GREENER PENANG’

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by ctain90je, 2022-09-22 04:03:00

2 FEB 2021 (DONE) SEMAKAN KE ATAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL KE ARAH ‘CLEANER GREENER PENANG’

2 FEB 2021 (DONE) SEMAKAN KE ATAS PENGURUSAN SISA PEPEJAL KE ARAH ‘CLEANER GREENER PENANG’

SEMAKAN KE ATAS PENGURUSAN SISI PEPEJAL KE ARAH
“CLEANER GREENER PENANG”

KAJIAN KES: JABATAN PERKHIDMATAN PERBANDARAN
PERBANDARAN

1. LATAR BELAKANG

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah ditubuhkan pada 15 Disember 1976 di
bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 untuk menyediakan perkhidmatan Pihak
Berkuasa Tempatan di bahagian pulau di Pulau Pinang. Kawasan pentadbiran Majlis
terdiri daripada penduduk berbilang bangsa seramai 732,800 orang dengan keluasan
299.65 km persegi. Bagi memastikan kebersihan awam dan kesempurnaan
pengurusan sisa pepejal di seluruh pulau Majlis telah menubuhkan Bahagian
Perkhidmatan Perbandaran (BPP) di bawah Jabatan Perkhidmatan Perbandaran,
Kesihatan Awam dan Pelesenan Majlis yang berfungsi menguruskan perkhidmatan
memungut, mengangkut dan melupuskan sisa pepejal.

Bahagian Perkhidmatan Perbandaran telah ditubuhkan pada 16 Januari 1992 di bawah
usaha Majlis Bandaraya Pulau Pinang untuk menyusun semula organisasinya bagi
mewujudkan pengkhususan fungsi, khasnya Pengurusan Sisa Pepejal seperti yang
diperakukan kewujudan di bawah kajian Japan International Cooperation Agency
(JICA).

Berdasarkan kepada hasrat untuk “Mengembali dan Mengekalkan Sinar Pulau
Mutiara”, Bahagian Perkhidmatan Perbandaran telah menetapkan strategi-strategi
seperti mempertingkatkan mutu perkhidmatan bagi mewujudkan persekitaran yang
bersih melalui budaya kerja cemerlang, memupuk kesedaran orang awam ke arah
kebersihan melalui pendidikan awam dan mempertingkatkan penglibatan masyarakat
setempat dalam program-program kebersihan melalui pelbagai kempen.

Majlis telah membahagikan kawasan operasi pungutan kepada 8 zon di mana 7 zon
telah dikontrakkan dan 1 zon sahaja dilaksanakan sendiri oleh Majlis. Majlis juga telah
menetapkan pungutan sisa pepejal domestik yang dikontrakkan dilaksanakan pada
waktu malam. Berdasarkan Piagam Pelanggan Majlis semua sisa pepejal dipungut
mengikut jadual iaitu setiap hari bagi premis komersial dan 3 kali seminggu untuk
premis kediaman. Manakala bagi bangunan high rise pungutan dilakukan setiap hari
kecuali hari Ahad dan cuti umum.

Bagi melaksanakan kerja pemindahan sisa pepejal, Majlis telah melantik Syarikat
Eurasia Express Sdn. Bhd. (Eurasia) untuk memindahkan sisa pepejal dari Stesen
Pemindahan Batu Maung ke Tapak Pelupusan Pulau Burung mulai bulan Ogos 2001.
Pada bulan Julai tahun 2011, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah mengarahkan
Stesen Pemindahan Batu Maung ditutup sementara waktu bagi tujuan pembinaan
Jambatan Kedua Pulau Pinang. Oleh itu, bagi memastikan pengurusan pemindahan
sisa pepejal di bahagian pulau dapat dijalankan seperti biasa operasi pemindahan sisa
pepejal telah dipindahkan ke Stesen Pemindahan Ampang Jajar (SPAJ). Selain itu,
waktu operasi pemindahan juga telah diubah ke waktu malam bagi mengelakkan
berlakunya kesesakan di SPAJ yang turut digunakan oleh Majlis Perbandaran
Seberang Perai. Pada 16 Julai 2012 Majlis telah melantik Syarikat PLB Terang Sdn.
Bhd. melalui tender secara Request For Proposal bagi menggantikan Syarikat Idaman
Bersih Sdn. Bhd. (IBSB) untuk melaksanakan kerja pelupusan sisa pepejal di Tapak
Pelupusan Pulau Burung bagi tempoh 20 tahun.

Sisa Pepejal ditafsirkan sebagai :-

i. Apa-apa bahan sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki atau
keluaran yang ditolak yang timbul daripada penggunaan apa-apa proses;

ii. Apa-apa benda yang dikehendaki dilupuskan kerana sudah pecah, lusuh,
tercemar atau selainnya rosak; atau

iii. Apa-apa bahan lain yang mengikut Akta ini atau mana-mana undang-undang
bertulis lain dikehendaki oleh pihak berkuasa supaya dilupuskan, tetapi tidaklah
termasuk buangan terjadual sebagaimana yang diperihalkan di bawah Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974 [Akta 127], kumbahan sebagaimana yang
ditakrifkan dalam Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 [Akta 655] atau sisa
radioaktif sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Pelesenan Tenaga Atom
1984 [Akta 304].

2. OBJEKTIF PENGAUDITAN

Tujuan pengauditan adalah bagi memastikan semua proses pengurusan sisa pepejal
ke arah Cleaner Greener Penang yang dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan
Perbandaran dilaksanakan dengan cekap, cepat dan teratur.

Pengauditan juga bertujuan untuk memerhatikan sama ada segala dokumen yang
berkaitan dengan proses pengurusan sisa pepejal ke arah Cleaner Greener Penang
yang dilaksanakan dikemaskini dan disimpan dengan teratur.

3. SKOP DAN KAEDAH PENGAUDITAN

Menyemak secara lengkap proses pengurusan sisa pepejal ke arah Cleaner Greener
Penang yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dari tahun Jun
2017 hingga Jun 2020.

Menyemak dan meneliti rekod-rekod pengurusan sisa pepejal ke arah Cleaner Greener
Penang yang dilaksanakan oleh Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dari tahun Jun
2017 hingga Jun 2020 serta dokumen yang berkaitan dengannya.

Kaedah pengauditan dijalankan dengan menyemak secara rambang pengurusan
Majlis Bandaraya Pulau Pinang ke atas Sisa Pepejal di Bandar George Town. Selain
itu, semakan dibuat untuk memastikan pihak kontraktor yang dipilih melakukan kerja-
kerja pungutan mengikut tetapan Majlis Bandaraya Pulau Pinang mengikut akta 672
pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam.

4. PEMERHATIAN AUDIT

Hasil pemerhatian adalah seperti berikut :-

4.1. Prestasi Kewangan

Perbelanjaan perlu dibuat selaras dengan kehendak Arahan Perbendaharaan
Bab A Tatacara Kewangan dan Bab B Tatacara Perakaunan. Tatacara ini
mengenai pemberian kuasa bagi perbelanjaan mengurus dan pembangunan
serta bagaimana perbelanjaan tersebut diuruskan.

Petikan daripada Arahan Perbendaharaan Bab A Tatacara Kewangan II
Anggaran (i) Anggaran Hasil dan Perbelanjaan

Anggaran Perbelanjaan

34. Anggaran Perbelanjaan hendaklah disediakan supaya menunjukkan seberapa tepat
yang boleh, amaun sebenarnya yang dijangka akan dibelanjakan pada tahun kewangan
berkenaan.

Jadual 1

Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

Tahun Peruntukan (RM) Perbelanjaan %
25,958,803.87 Sebenar(RM)
2017 99.07
2018 25,716,172.00 96.50
2019 99.99
2020 26,727,880.70 25,790,422.00 83.33

21,572,472.00 21,571,222.00

21,570,972.00 17,975,810.00

(Sumber : Sistem Perakaunan, Majlis Bandaraya Pulau Pinang)

a) Merujuk kepada Jadual 1 di atas, pada tahun 2017 jumlah perbelanjaan
bagi Jabatan Perkhidmatan Perbandaran adalah RM25,716,172.00
bersamaan 99.07% daripada peruntukan yang telah diluluskan iaitu
RM25,958,803.87. Manakala pada tahun 2018 peruntukan telah
bertambah menjadi RM26,727,880.70 dan perbelanjaan sebanyak
RM25,790,422.00 berbanding tahun 2017.

b) Pada tahun 2019, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran mencatat
perbelanjaan sebanyak RM21,571,222.00 bersamaan 99.99% daripada
peruntukan RM21,572,472.00.

c) Pada tahun 2020, peruntukan Jabatan adalah sebanyak
RM21,570,972.00, manakala jumlah perbelanjaan adalah
RM17,975,810.00 bersamaan 83.33%.

d) Secara keseluruhannya, semakan pihak Audit mendapati Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran berjaya menggunakan peruntukan yang
diluluskan oleh Majlis dengan efektif.

4.2. “Standard Operating Procedure” (SOP)

Standard Operating Procedure (SOP) adalah satu set perintah kerja atau
langkah-langkah yang harus diikuti untuk menjalankan suatu pekerjaan dengan
jelas dan lancar. Antara manfaat SOP adalah seperti berikut:

i. Mewujudkan bahan latihan yang dapat membantu kakitangan baru
untuk cepat menjalankan tugasnya.

ii. Menunjukkan organisasi cekap dan dikelola dengan baik.
iii. Menyediakan garis panduan untuk setiap kakitangan melaksanakan

tugas seharian.
iv. Membantu mengesan kesilapan prosedur dalam proses kerja.
v. Meningkatkan akauntabiliti dengan mendokumenkan prosedur khusus

dalam melaksanakan tugas.

4.2.1.Proses Kerja

a. Berikut merupakan carta alir kerja bagi aktiviti perkhidmatan
pemungutandan pelupusan sampah oleh kontraktor.

Penyelia kontraktor memastikan logistik
kenderaan dan tenaga kerja serta
kelengkapan yang mencukupi.

Pemandu & PA memulakan operasi
pungutan sampah mengikut jadual
operasi kawasan dan trip pungutan.

Pemandu mengangkut & melupuskan
sampah di tapak pemindahan sisa pepejal
serta dapatkan slip beratan.

PKA menjalankan pemantauan dan
melengkapkan laporan ronda selia
perkhidmatan pungutan sampah, borang
laporan pemantauan berjadual dan
dikemukakan kepada PKAK.

ADA

TIADA Masalah

PKAK & PPKP mengumpul dan PKA menyediakan Pemberitahuan
menyemak laporan Pelanggaran Syarat Kontrak serta
laporan pelanggaran syarat oleh
PPKP meneliti sistem dan menyemak kontraktor.
laporan
PKAK & PPKP mengumpul dan

menyemak laporan. Mengambil

tindakan pemulihan.Mengeluarkan

Pemberitahuan Pelanggaran Syarat

Menyerahkan laporan pelanggaran

syarat pada hari yang sama dengan

bukti bergambar melalui fax.

PPKPK/KIKO menyemak laporan serta
perakuan

PKP membuat penganalisaan

Ketua Jabatan menentukan
penambahbaikan sistem.

Selesai

b. Berikut adalah carta alir kerja bagi aktiviti perkhidmatan pemungutan
dan pelupusan sampah oleh Majlis

PKA memastikan logistik kenderaan
dan tenaga kerja serta kelengkapan
yang mencukupi.

Pemandu & PA mulakan operasi
pungutan sampah mengikut jadual
operasi kawasan dan trip pungutan.

Pemandu mengangkut & melupuskan
sampah di tapak pemindahan sisa
pepejal serta dapatkan slip beratan

ADA PKA menjalankan pemantauan dan
Masalah melengkapkan laporan ronda selia
laporan pemantauan berjadual.
PKAK & PPKP Kemukakan kepada PKAK.

Tentukan tindakan TIADA

susulan atau PKAK & PPKP mengumpul dan
menyemak laporan
hubungi pegawai

untuk tindakan

PKAK & PPKP PKAK & PPKP mengemukakan laporan
Mengambil tindakan pemulihan dan meneliti sistem
pemulihan
PPKPK/KIKO menyemak laporan dan
membuat perakuan.

PKP membuat penganalisaan

Ketua Jabatan menentukan penambahbaikan sistem.

Selesai

4.3. Semakan Dokumen dan Lawat Periksa

4.3.1.Pemeriksaan Kontraktor Dan Kawasan Majlis

Majlis Bandaraya Pulau Pinang telah melantik tujuh kontraktor secara
terbuka bagi Perkhidmatan Pungutan, Mengangkut dan Pelupusan
Sampah. Ketujuh-tujuh kontraktor tersebut telah dipecahkan
mengikut Zon A sehingga Zon G seperti di bawah:

ZON A – TANJONG TOKONG

Jalan Pantai Molek (sempadan City Limit) Kampung Mesjid, kawasan
Jalan Choong Lye Hock, sebahagian Mount Erskine, sempadan City
Limit belakang Cangkat Halia Satu, Kawasan Lebuh Raya Halia
(hingga ke kaki Bukit). Kawasan Ladang Lada, kedua-dua belah jalan
Jalan Fettes (kecuali Guiellmard Reservoir) kedua-dua belah Jalan
Lembah Permai termasuk keseluruhan kawasan Lembah Permai
(Penang Reality) dan di sebelah kiri Jalan Lembah Permai hingga ke
Sekolah Menengah Pendidikan Khas hingga ke Bukit sepanjang
Sungai Kecil hingga ke laut, keseluruhan kawasan Pekan Tanjung
Bungah termasuk seluruh Taman Chee Seng, kedua-dua belah Jalan
Batu Feringghi, keseluruhan kawasan Mount Pleasure. Kawasan
perumahan tingkat Pantai Miami. Kedua-dua belah Batu Feringghi
termasuk kawasan Kampung Hai Lam, Kampung Ceti, Kampung
Raya Sayang, Kampung Mutiara, Kampung Din Bamboo,
keseluruhan kawasan Chin Farm ke atas kedua-dua Jalan Teluk
Bahang dan Jalan Balik Pulau hingga ke kawasan Taman Rimba
termasuk keseluruhan kawasan Kampung Belakang Pekan Teluk
Bahang Kampong Rawai, Kampung Tai Choon, Quarters Jabatan
Perhutanan Taman Kupu-kupu, Taman Rimba, Quarters PBA
Kampung Masjid termasuk empangan Teluk Bahang, Kedua-dua
belah Jalan Hassan Abbas, Jalan Teluk Awak dan kawasan
pertengahan dan persekitaran Kampong Nelayan, kawasan Kampung
Rumah 12 dan Jalan Balai kawasan persisiran Pantai Penang
Mutiara Beach Resort, Kawasan Persisiran Pantai The Bayview
Pacific Beach Resort, Kawasan Persisiran Pantai Casuarina Beach
Hotel, kawasan Kampung Belacan, kawasan Bayu Senja, kawasan
Persisiran Pantai Penang Park Royal, Persisiran Pantai Holiday Inn,
Kawasan persisiran Pantai Golden Sands Hotel, Perumahan Sungai
Mas dan semua hotel hotel di sepanjang Jln Batu Feringghi hingga ke
Sg Kecil.

Zon Nama Kawasan Jenis Berat Jumlah Jumlah Pemandu Pekerja
Syarikat Kenderaan Dengan Kenderaan Kenderaan
Muatan Sedia Ada
Standby

Rear

Loader 5000 kg 6 1 6 18
Compactor

High Side 3000 kg 5 1 5 15
Tipper 3 1 36
Cahaya
A Delima Zon Tg.
Sdn Bhd Tokong
High Side 1000 kg
Tipper

Arm Roll 5000 kg 1 1 11

Nama No Hp Bayaran Bulanan
Pengarah Pengarah
Zon Nama No.Tel/Fax Alamat Perkhidmatan Kos
Syarikat Urusan Urusan 042299702 Syarikat (RM) Tambahan
Tg.
Tokong 0164497040 56C (RM)
Tingkat 3
Cahaya Shaik 252,000.00 40,800.00
Delima Muhammad Perak
Sdn Bhd Bin Amir Aziz Plaza
10150
Jalan
Perak
Pulau
Pinang

Foto 1

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

Pemerhatian : Kenderaan Cahaya Delima Sdn Bhd di bawah Zon

A (Tanjung Tokong).

Foto 2

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

Pemerhatian : Sempadan kawasan Perkhidmatan Pungutan Zon

A Tanjung Tokong.

ZON B – PULAU TIKUS

Kawasan melingkungi sebelah kiri Jalan Perak ke Jalan Pangkor, Persiaran
Gurney kedua-dua belah Jalan Tanjong Tokong sehingga Shell Tanjung
Tokong, Jalan Mount Erskine kedua-dua belah mengikut Sempadan City
Limit. Jalan Gottlieb termasuk Taman Gottlieb, Jalan Kebun Bunga
mengikut sempadan City Limit termasuk Tanah Perkuburan hingga ke
Jalan Sempadan, Jalan Air Itam ke Jalan Thean Teik mengikut outer ring
road hingga ke Jalan Yeap Chor Ee sebelah kiri ke persimpangan Jalan
Masjid Negeri sehingga persimpangan Jalan Free School, Jalan Perak ke
Jalan Macalister sebelah kanan dan Jalan Pangkor.

Nama Jenis Berat Jumlah Jumlah
Syarikat Kenderaan Dengan
Zon Kawasan Muatan Kenderaan Kenderaan Pemandu Pekerja

5000 kg Sedia Ada Standby 24
15
Rear 3000 kg 8 18 2
Loader 1000 kg 1
Paper Zon Compactor 5 15
B Plane Pulau High Side 5000 kg 1 11
Tikus Tipper
Sdn Bhd High Side
Tipper

Arm Roll 1 11

Nama No Hp Bayaran Bulanan
Pengarah Pengarah
Zon Nama No.Tel/Fax Alamat Perkhidmatan Kos
Syarikat Urusan Urusan Syarikat (RM) Tambahan
Pulau
Tikus 3 Ground (RM)
Floor
Paper Sherif 017575810 042824500 Lebuh 264,000.00 50,400.00
Plane Ibrahim Bin 0 042822500 Sungai
Sdn Bhd
Abdul Pinang 5
Karim Bandar
Sungai
Pinang
10300
Jelutong
Pulau
Pinang.

Foto 3

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Kenderaan Paper Plane Sdn Bhd di bawah Zon B

(Pulau Tikus).

Foto 4

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Sempadan kawasan Perkhidmatan Pungutan Zon

B Pulau Tikus.

ZON C – PADANG KOTA

Kawasan melingkungi kiri Jalan Sungai Pinang dari persimpangan Jalan
Perak ke Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu kiri dan kanan menuju ke Jalan
Pengkalan Weld, Jalan Merdeka, Lebuhraya Merdeka termasuk kawasan
perumahan atas laut (Pengkalan Jeti). Pesara King Edward, Jalan Tun
Syed Sheh Barakbah ke Lebuh Farquhar termasuk kawasan Jalan Green
Hall, Gat Lebuh Leith, Jalan Sultan Ahmad Shah kiri dan kanan sehingga
laut, Jalan Pangkor sebelah kiri menuju ke persimpangan Jalan Perak
sebelah kiri hingga Jalan Sungai Pinang.

Zon Nama Kawasan Jenis Berat Jumlah Jumlah Pemandu Pekerja
Syarikat Kenderaan Dengan Kenderaan Kenderaan
Muatan Sedia Ada
Standby

Rear

Loader 5000 kg 8 1 7 21
Compactor

Rear

Loader 3000 kg 1 0 24

C Hayara Zon Compactor
Sdn Bhd Padang
High Side 3000 kg 3 1 39
Kota Tipper

Arm Roll 5000 kg 2 1 22

Nama No Hp Bayaran Bulanan
Pengarah Pengarah
Zon Nama No.Tel/Fax Alamat Perkhidmatan Kos
Syarikat Urusan Urusan Syarikat (RM) Tambahan

(RM)

Padang Hayara Rabiani Bt 0134833888 042101201 56C Tingkat 1 254,000.00 71,400.00
Kota Sdn Bhd Shaikh 042101202 Perak Plaza
042101200 10150 Jalan
Mohamed Perak Pulau

Pinang

Foto 5

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Kenderaan Hayara Sdn Bhd di bawah Zon C

(Padang Kota).

Foto 6

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Sempadan kawasan Perkhidmatan Pungutan Zon

C Padang Kota.

ZON D – JELUTONG

Kawasan dilingkungi Jalan Tunku Kudin (kawasan city limit) ke Jalan
Masjid Negeri, Jalan Free School, Jalan Perak, Jalan Sungai Pinang, Jalan
Jelutong kiri kanan hingga ke laut termasuk kawasan Lebuh Bakau, Solok
Sungai Pinang 1 dan Halaman Bakau, Jalan Tengku, Jalan Madrasah,
Jalan Hajah Rehmah, Jalan Batu Gajah dan Jalan Faraday.

Zon Nama Kawasan Jenis Berat Jumlah Jumlah Pemandu Pekerja
Syarikat Kenderaan Dengan Kendera Kenderaan
Muatan an Sedia
Standby
Ada

Rear Loader 5000 kg 6 1 6 18
Compactor

RT Jaya Zon High Side 3000 kg 2 1 26
Tipper
D Sdn Bhd Jelutong
Arm Roll
5000 kg 1 1 11

Arm Roll 1000 kg 1 1 11

Nama No Hp Bayaran Bulanan
Pengarah Pengarah
Zon Nama No.Tel/Fax Alamat Perkhidmat Kos
Jelutong Syarikat Urusan Urusan Syarikat
an Tambahan
0124709149
(RM) (RM)

RT Jaya Wan 042835958 260-C 219,000.00 40,800.00
Sdn Bhd Ridzuan Bin 042835964 Jalan
Jelutong,
Razali Desa
Jelutong
11600
Jelutong
Pulau
Pinang

Foto 7

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Kenderaan RT Jaya Sdn Bhd di bawah Zon D

(Jelutong).

Foto 8

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Sempadan kawasan Perkhidmatan Pungutan Zon

D Jelutong.

ZON E – GELUGOR

Lebuhraya Sungai Nibong, Jalan Udini ke Jalan Masjid Negeri masuk ke
Jalan Yap Chor Ee, Jalan Bukit Gambir (termasuk keseluruhan Cangkat
Bukit Gambir), Lintang Bukit Jambul (termasuk kawasan Bukit Jambul),
Persiaran Bukit Jambul, Jalan Paya Terubong dari Tingkat Bukit Jambul
Satu dan kawasan sekitarnya, Jalan Tun Dr. Awang, Jalan Bayan (lampu
isyarat depan SJKC Chong Cheng Sungai Ara), Jalan Dato Ismail Hashim
hingga Persiaran Kelicap (bertentangan Kem Semboyan Sungai Ara)
termasuk Jalan Relau, Persiaran Relau, Taman Sungai Ara, kawasan
Taman Desa Ria (Jalan Sungai Ara 1, Jalan Kenari dan sebagainya),
Tingkat Kenari, Pintasan Kenari dan keseluruhan Taman Perumahan
Kedidi dan Taman Kenari.

Zon Nama Kawasan Jenis Berat Jumlah Jumlah Pemandu Pekerja
Syarikat Kenderaan Dengan Kenderaan Kenderaan
Muatan Sedia Ada
Standby

Rear

Loader 5000 kg 9 1 9 27
Compactor

High Side 3000 kg 5 1 5 15
Tipper 1 1 12

E Firwan Zon
Merican Gelugor
Sdn Bhd High Side 1000 kg
Tipper

Arm Roll 5000 kg 1 1 11

Nama No Hp Bayaran Bulanan
Pengarah Pengarah
Zon Nama No.Tel/ Alamat Perkhidmatan Kos
Syarikat Urusan Urusan Fax Syarikat (RM) Tambahan

0174981429 (RM)

Gelugor Firwan Noorsa 046433 62 Jalan 283,581.00 55,200.00
Merican Merican 941 Aziz Ibrahim
Sdn Bhd
Bin 11900
Ghouse Bayan
Lepas Pulau
Pinang

Foto 9

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Kenderaan Firwan Merican Sdn Bhd di bawah

Zon E (Gelugor).

Foto 10

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Sempadan kawasan Perkhidmatan Pungutan Zon

E Gelugor.

ZON F – AIR ITAM

Kawasan termasuk kedua-dua belah Jalan Paya Terubong dari Pangsapuri
Majestic Heights, Tingkat Paya Terubong 4, Tingkat Paya Terubong 2, Flat
SUK, Jalan Bukit Kukus termasuk Taman Oriental dan Taman Rambai,
Kawasan Lengkok dan Solok Paya Terubong. Farlim Bandar Baru, Lintang
Paya Terubong Satu termasuk Taman Lembah Ria, kawasan Jalan
Rambutan dan Kampung Pisang, Jalan Pasar Ayer Itam Village Area, Jalan
Balik Pulau kiri dan kanan termasuk kawasan Kampong Jalan Air Itam,
Jalan Stesyen Keretapi Bukit (Jalan Hill Railway), Jalan Air Itam kiri dan
kanan termasuk Reservoir Garden, Padang Tembak, Kawasan Zoo road,
Jalan Air Putih hingga ke Jalan Sempadan dan sebelah kanan hingga ke
Jalan Thean Teik.

Zon Nama Kawasan Jenis Berat Jumlah Jumlah Pemandu Pekerja
Syarikat Kenderaan Dengan Kenderaan Kenderaan
Muatan Sedia Ada
Standby

Rear

Loader 5000 kg 9 1 9 27
Compactor

F SP Maju Zon Air High Side 3000 kg 3 1 39
Sdn Bhd Itam Tipper 1000 kg 3 1 36

High Side
Tipper

Arm Roll 5000 kg 2 1 22

Nama No Hp Bayaran Bulanan
Pengarah Pengarah
Zon Nama No.Tel/Fax Alamat Perkhidmatan Kos
Syarikat Urusan Urusan 046468630 Syarikat (RM) Tambahan

0124831530 Lot 9280 (RM)
Mukim
SP Ahmad 297,000.00 67,200.00
Air Maju Shafie Bin 13
Itam Sdn Daerah
Zain Barat
Bhd Daya
Relau
11900
Pulau
Pinang

Foto 11

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Kenderaan SP Maju Sdn Bhd di bawah Zon F (Air

Itam).

Foto 12

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Sempadan kawasan Perkhidmatan Pungutan Zon

F Air Itam.

ZON G – BATU MAUNG

Jalan Tun Dr Awang kiri sahaja bermula dari Bulatan Bayan Baru ke Jalan
Tun Dr Awang hingga Lampu Isyarat Jalan Bayan dengan Jalan Tengah
(Kiri Jalan Tun Dr Awang sahaja). Jalan Bayan – kiri jalan sahaja (dari
Lampu Isyarat antara Jalan Bayan dengan Jalan Tun Dr Awang). Jalan
Dato Ismail Hashim kiri sahaja (Dari Lampu isyarat Jalan Bayan dengan
Jalan Dato Ismail Hashim) hingga Parit Besar Tepi Kem Semboyan). Jalan
Dato Ismail Hashim (Dari Parit Besar Kem Semboyan) kiri kanan jalan
hingga Lampu Isyarat Jalan Kampung Bukit. Jalan Kampung Bukit kiri
kanan jalan. Jalan Bayan Lepas kiri kanan jalan (Dari Lampu Isyarat Jalan
Bayan Lepas dengan Jalan Kpg Bukit) hingga Tangki Air PBA. Jalan
Permatang Damar laut (Dari lampu Isyarat Jalan Permatang Damar laut
dengan Jalan Bayan Lepas) kiri kanan jalan termasuk Kampung Teluk
Tempoyak hingga Lampu Isyarat Jalan Batu Maung dengan Jalan
Permatang Damar laut.Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu (Dari lampu
Isyarat Permatang Damar laut dengan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu)
hingga Persimpangan dengan Jalan Tun Dr Awang. Jalan Tun Dr Awang
kiri sahaja dari Persimpangan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu dengan
Jalan Tun Dr Awang hingga Bulatan Bayan Baru

Nama Jenis Berat Jumlah Jumlah

Zon Syarikat Kawasan Kenderaan Dengan Kenderaan Kenderaan Pemandu Pekerja

Muatan Sedia Ada Standby

Rear

Loader 5000 kg 6 1 6 18
Compactor

G Era Zon Batu High Side 3000 kg 3 1 39
Bumiway Maung Tipper 1000 kg 3 1 36
Sdn Bhd
High Side
Tipper

Arm Roll 5000 kg 1 1 11

Nama No Hp Bayaran Bulanan
Pengarah Pengarah
Zon Nama No.Tel/Fax Alamat Perkhidmatan Kos
Syarikat Urusan Urusan Syarikat (RM) Tambahan
Batu 045760669
Maung 0194444441 046266441 18A Lorong (RM)
Bertam Jaya
Era Ramdzan 228,000.00 40,800.00
Bumiway Affendi Bin 1 Taman
Sdn Bhd Bertam Jaya
Abdul
Subahan 13200
Kepala
Batas Pulau
Pinang

Foto 13

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Kenderaan Era Bumiway Sdn Bhd di bawah Zon

G (Batu Maung).

Foto 14

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Sempadan kawasan Perkhidmatan Pungutan Zon

G Batu Maung.

4.3.2.Lawat Periksa Kawasan

i. Pihak Audit telah membuat semakan di kawasan lapangan
Pengurusan Sisa Pepejal Batu Maung dan mendapati kawasan
dalam keadaan yang selamat dan bersih. Stesen Pengurusan
Sisa Pepejal Batu Maung berfungsi sebagai pusat transit
pengumpulan sisa pepejal sebelum dihantar ke tapak pelupusan
sampah di Pulau Burung. Ia dibina dengan kos RM75 juta, kilang
ini menggunakan ‘top down compression system’ yang pertama
di Malaysia. Tempat ini juga dilengkapi dengan odourless spray
untuk mengurangkan bau busuk.

Foto 15

Sumber : Lawat Periksa
Tarikh
Masa : 11 Disember 2020
Pemerhatian
: 10.55 pagi
: Kawasan terminal „Penang Island Waste Transfer

Station’ (PIWTS) yang dilengkapi dengan sistem

alat semburan penyahbau.

ii. Foto 16 menunjukkan kenderaan Era Bumiway di lapangan setelah
mengeluarkan sisa pepejal.

Foto 16

Sumber : Lawat Periksa
Tarikh : 11 Disember 2020
Masa : 10.55 pagi
Pemerhatian : Kenderaan Era Bumiway Sdn Bhd dari Zon G

(Batu Maung) beredar keluar dari kawasan
terminal „Penang Island Waste Transfer Station’
(PIWTS) selepas mengeluarkan kesemua sisa
pepejal dari kenderaan tersebut.

iii. Foto 17 menunjukkan jumlah berat bersih sisa pepejal yang dibuang
di lapangan PIWTS.

Foto 17

Sumber : Lawat Periksa

Tarikh : 11 Disember 2020

Masa : 11.00 pagi

Pemerhatian : Jumlah berat bersih Sisa Pepejal Domestik pada

salah satu kenderaan di PIWTS untuk tujuan

perekodan.

iv. Semakan pihak Audit juga mendapati Kawasan terminal „Penang
Island Waste Transfer Station’ (PIWTS) dilengkapi dengan kamera
Litar Tertutup (CCTV) seperti di Foto 18.

Foto 18

Sumber : Lawat Periksa
Tarikh : 11 Disember 2020
Masa : 11.00 pagi
Pemerhatian : Kamera Litar Tertutup (CCTV) di PIWTS

berfungsi dengan baik.

v. Pihak Audit juga mendapati sisa pepejal yang dihantar ke Penang
Island Waste Transfer Station (PIWTS) akan diangkut ke Pulau
Burung untuk pelupusan terakhir dengan kenderaan „Prime Mover‟.
Kenderaan „Prime Mover‟ ini mampu membawa sebanyak 2 silo iaitu
30 tan sisa pepejal.

Foto 19

Sumber : Lawat Periksa
Tarikh : 11 Disember 2020
Masa : 11.10 pagi
Pemerhatian : Kenderaan yang digunakan untuk membawa

semua sisa pepejal ke tempat pelupusan akhir
dari Batu Maung ke Pulau Burung.

vi. Foto 20 menunjukkan kaunter penimbang yang menimbang berat
kenderaan masuk dan keluar. Selepas penimbangan dijalankan, satu
tiket akan diberikan kepada pemandu sebagai rekod beratan sisa
pepejal di kawasan perkhidmatan seperti di Foto 21.

Foto 20

Sumber : Lawat Periksa
Tarikh : 11 Disember 2020
Masa : 11.15 pagi
Pemerhatian : Kaunter menimbang berat kenderaan yang

membawa masuk dan keluar sisa pepejal.

Foto 21

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran
Pemerhatian : Tiket menimbang sisa pepejal yang dikeluarkan

oleh Eurasia Express Sdn Bhd kepada pihak
Kontraktor. Ditulis masa dan berat bersih
kenderaan keluar dan masuk untuk tujuan
perekodan.

vii. Selain menjadi pusat pengurusan sisa pepejal, lapangan ini juga
memiliki kemudahan kitar semula dan kemudahan rawatan air seperti
di Foto 22

Foto 22

Sumber : Lawat Periksa

Tarikh : 11 Disember 2020

Masa : 11.20 pagi

Pemerhatian : Pusat rawatan air yang disalurkan hasil daripada

sisa pepejal.

viii. Air yang dirawat ini akan melalui proses Back Wash Tank, Secondary
Clarifier Tank, dan akan ke Final Discharge Point. Semakan pihak
Audit mendapati air tersebut akan digunakan untuk membersihkan
kenderaan-kenderaan yang terlibat dengan perkhidmatan kontrak
pembersihan dan lori-lori kontraktor.

ix. Walau bagaimanapun, semasa lawat periksa dijalankan, pihak Audit
mendapati pengurus Eurasia Express Sdn Bhd sedang mencuci
kereta milik persendirian di Final Discharge Point lapangan sisa
pepejal.

Foto 23

Sumber : Lawat Periksa

Tarikh : 11 Disember 2020

Masa : 11.25 pagi

Pemerhatian : Kereta pengurus Syarikat Eurasia Sdn Bhd

bernombor JEU 7833 menggunakan lapangan

PIWTS untuk mencuci kenderaan milik

persendirian.

x. Semakan pihak audit juga mendapati Pembantu Kesihatan Awam
ada menjalankan pemantauan dengan laporan ronda selia seperti di
Foto 24.

Foto 24

Sumber : Jabatan Perkhidmatan Perbandaran

Pemerhatian : Laporan Pemantauan Berjadual Indikator

Penyampaian Perkhidmatan.

xi. Semakan pihak Audit terhadap pembayaran kepada kontraktor
mendapati bayaran kepada kontraktor bukan mengikut beratan.
Bayaran dibuat atas perkhidmatan semasa kontrak tender diberikan
dengan mengambil kira jumlah kenderaan yang digunakan dan
bilangan kos minima dua trip sehari.

xii. Semakan pihak Audit mendapati perkhidmatan pemungutan dan
pelupusan sampah serta pengurusan sisa pepejal oleh Majlis
dilaksanakan secara menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan
mampan.

xiii. Jadual 2 menunjukkan komposisi statistik bagi pengurusan sisa
pepejal. Merujuk kepada jadual 2, sisa makanan adalah sisa pepejal
paling banyak yang dikumpul disusuli dengan plastik, kertas, metal,
kaca dan bahan-bahan lain.

Jadual 2

4.3.3.Kapasiti Tong Sisa Pepejal

i. Majlis membekalkan beberapa jenis tong sampah ke seluruh
kawasan operasi bagi kemudahan orang awam membuang sampah.
Di antara jenis tong sampah yang dibekalkan adalah seperti tong Roll
On Roll Off (RORO) tong Compact Loader (CL) dan sebagainya.
Penempatan tong dibuat berdasarkan keperluan dan permintaan
orang awam di kawasan taman perumahan, pasar, taman permainan
dan rekreasi.

ii. Lawatan Audit mendapati jenis tong sampah yang diletakkan di
beberapa lokasi kurang sesuai kerana tidak dapat menampung
kapasiti sisa pepejal. Kapasiti dan saiz tong sampah yang kurang
bersesuaian menyebabkan berlakunya pembuangan sampah di luar
tong sampah seperti di Foto 25.

Foto 25

Sumber : Lawat Periksa

Lokasi : Jalan Lenggong

Tarikh : 25 Januari 2021

Masa : 8.45 malam

Pemerhatian : Tong sampah tidak dapat menampung kapasiti

sampah yang dibuang.

iii. Lawatan pihak Audit juga mendapati terdapat tong sampah yang
berlubang dan air sampah mengalir keluar daripada tong sampah
seperti di Foto 26.

Foto 26

Sumber : Lawat Periksa
Lokasi : Jalan Lenggong
Tarikh : 25 Januari 2021
Masa : 9.00 malam
Pemerhatian : Tong sampah berlubang dan air sampah mengalir

keluar.

4.3.4.Pungutan Sisa Pepejal

i. Bagi memastikan kerja pungutan sisa pepejal dilaksanakan dengan
sempurna, Majlis dan kontraktor bertanggungjawab memastikan tidak
ada sisa pepejal yang tercicir, bocor, tumpah, tiris dan sebagainya di
mana-mana jalan dan jalan raya awam yang dilaluinya serta tidak
berlaku tumpahan air kurasan semasa proses mampatan sisa pepejal
dilakukan. Majlis dan komntraktor juga bertanggungjawab melakukan
penyemburan bahan kimia bagi tujuan menghapuskan kuman serta
menyahkan bau air kurasan di lokasi berlakunya tumpahan semasa
pungutan dijalankan.

ii. Lawatan Audit di kawasan pungutan kontraktor mendapati tiada
berlaku sebarang tumpahan air kurasan dari lori yang digunakan dan
lori dilengkapi dengan tangki takungan air kurasan. Secara
keseluruhannya proses pungutan adalah memuaskan.

Foto 27

Sumber : Lawat Periksa
Lokasi : Jalan Jelutong dan Cangkat Minden.
Tarikh : 26 Januari 2021
Masa : 11.20 pagi
Pemerhatian : Kontraktor sedang memungut sampah dan memakai

PPE (Personal Protective Equipment) yang lengkap
semasa bekerja.

Foto 28

Sumber : Lawat Periksa
Lokasi : Jalan Jelutong dan Cangkat Minden
Tarikh : 26 Januari 2021
Masa : 11.20 pagi
Pemerhatian : Kontraktor sedang memungut sampah dan

memakai PPE (Personal Protective Equipment)
yang lengkap semasa bekerja di kawasan PKPB
yang berisiko tinggi.

4.4. PENGURUSAN FAIL

“Surat dan dokumen lampiran yang diterima dan diwujudkan oleh jabatan dan
agensi Kerajaan dalam menjalankan urusan rasminya hendaklah dikandungkan
dalam satu fail yang didaftar menggunakan kulit fail yang ditetapkan. Penggunaan
fail ini membolehkan maklumat yang terkandung di dalamnya dikawal dan dicapai
dengan cepat dan tepat apabila diperlukan. Fail mesti diuruskan dengan sistematik
mengikut piawaian dan prosedur pengurusan rekod yang ditetapkan oleh Jabatan
Arkib Negara.”

(Perintah-Perintah Am Dan Arahan Pentadbiran, Panduan Pengurusan Pejabat,
Bahagian VII,Pengurusan Fail)

Pihak Audit mendapati pengurusan fail untuk Sisa Pepejal bagi Jabatan
Perkhidmatan Perbandaran adalah teratur dan sistematik.

5. RUMUSAN DAN SYOR AUDIT

Secara keseluruhannya, pengurusan sisa pepejal adalah memuaskan namun masih
ada ruang untuk penambahbaikkan seperti berikut:

5.1. Pemantauan terhadap kontraktor perlu dijalankan dari semasa ke semasa

untuk memastikan logistik kenderaan dan tenaga kerja serta

kelengkapan mencukupi dari masa ke semasa.

5.2. Pihak Audit berpendapat Lapangan PIWTS tidak patut digunakan untuk
kegunaan peribadi. Pegawai yang memantau perlu memastikan kontraktor
tidak mengambil kesempatan untuk menggunakan kemudahan Majlis untuk
tujuan peribadi seperti mencuci kenderaan persendirian di lapangan.

5.3. Pihak Jabatan perlu mengkaji semula kapasiti tong sampah bagi kawasan-
kawasan yang memerlukan kapasiti tong yang lebih besar agar tiada
pembuangan sampah di luar tong yang disediakan.

5.4. Semua dokumen dan memo perlu sentiasa disimpan dan didokumenkan
dengan baik ke dalam fail supaya senang dicapai.


Click to View FlipBook Version