The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Merungkai Permasalahan Antara Tuntutan Syariat dan Keperluan Adat Dalam Proses Pengurusan Jenazah Islam Berpandukan Al Quran, As Sunnah, ,Ijma' dan Qias.

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Sabri, 2019-04-07 08:54:09

RISALAH PENGURUSAN JENAZAH

Merungkai Permasalahan Antara Tuntutan Syariat dan Keperluan Adat Dalam Proses Pengurusan Jenazah Islam Berpandukan Al Quran, As Sunnah, ,Ijma' dan Qias.

Keywords: ahsabiza

PENGURUSAN JENAZAH DAN KAFIATNYA

OLEH :
AHMAD SABRI BIN ZAINOL

DALIL KEMATIAN

Maksudnya:
Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami
(untuk menerima balasan).

APAKAH HUKUM MENGURUSKAN JENAZAH – FARDU KIFAYAH
Fardu kifayah kepada orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan . Jika ada orang yang
menguruskannya maka terlepaslah org lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang yang
menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu.

KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH (4M)
1. Memandikan
2. Mengkafankan
3. Mensolatkan
4. Mengkebumikan

TANDA-TANDA HAMPIR MATI :

TIP KEADAAN JENAZAH TINDAKAN KITA

1 Nafas turun naik @ timbal balik Ajarlah kalimah tauhid – laillah.

2 Kaki mulai sejuk Tidurkan secara sunnah.

3 Kaki mulai melunjur Ajar ditelinga kirinya, .

4 Tidak kenal saudara mara Jika teruk/nazak, kata Allah sahaja...sampai bila...sampai mati.

5 Dahaga guna kapas, titiskan dibibirnya

6 Bola mata naik ke atas Walaupun lidah dia dah kelu, tapi hatinya masih boleh

mendengar

7 Sendi mulai renggang – 360 sendi Iring pesakit ke arah kiblat.

8 Belakang badan jadi rapat Jika tak boleh iring sebab sakit, unjurkan kaki ke arah kiblat.

9 Hidung jatuh Baca surah Yasin/Al Quran (amalan sunnah), ada saka baca 2
surah iaitu surah yasin (‫ & ) سورة ي ا س ين‬ar ruddu (‫روددو ار‬
‫) سورة‬. Banyakkan berdoa.

Bila dia meninggal semua sihir & saka akan hilang.

Jika tak boleh juga kena cari mengamal perubatan Islam.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 1

SETELAH MENINGGAL DUNIA

TIPS MASALAH CARA PENYELESAIAN
1 Salin pakaian. Tukarkan dengan pakaian yang bersih.
2 Bersihkan mayat. Ambil air dan lap jenazah.
3 Kain penutup yang bersih. Kain sarung panjang.
4 Letakkan mayat ditempat yg sesuai. Letak atas katil.
5 Pejamkan mata mayat jika terbuka. Jika mata terbuka, pastikan ditutup, takut
menimbulkan fitnah.
6 Mulut tenganga. Baca doa ini untuk tutup mata:
‫ب سم الله ر سول الله اک بر‬
7 Sapu minyak wangi-wangian – sunat Tutupkan mulut @ guna perca kain.
8 Urut sendi-sendi jari, penggelangan tangan, kanan Baca doa ini untuk tutup mulut:
‫ب سم الله ر سول الله اک بر‬
dulu baru kiri. Mayat tak keras - anugerah Allah. Guna minyak wangi yang halal.
9 Ikat – tangan, dagu, ibu jari kaki, Guna minyak zaitun.
10 Letakan pemberat diperut mayat
11 Bakar kemenyan / setanggi / pewangi automatik Ikat menggunakan kain.
Seperti garam, gula.
sunat. Boleh guna perfume.
12 Buat laporan kepada polis.
Umur 59 tahun ke bawah kena bawa ke
13 Laporkan kepada. hospital,
14 Hebahan kepada Umur 60 ke atas tak perlu.
15 Menangis boleh ke tidak? Dapatkan permit kubor.
AJK masjid, surau, khariat kematian.
Adik beradik, kawan, jiran, masyarakat
Yang haram – meraung, meronta, memukul-
mukul badan, menjerit-jerit (seperti arab
jahiliah).

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 2

ALATAN

TIPS ALATAN KEGUNAAN

1 Kain kapan lelaki 3 meter, perempuan 5 meter. Beza – aurat. Paling aula kain dan kapas

sahaja. Sunnah – kain warna putih.

2 Kapas 4 gulung kapas - 400 gm.

3 Serbuk cendana Tujuan ;

Untuk bagi wangi jenazah

4 Kapur barus Tujuan ;

Untuk hilang bau

Untuk tutup liang-liang terbuka, bulu ruma, dubur

Untuk bagi wangi jenazah.

5 Air sintok Tujuan ;

Untuk hilangkan kotoran

Untuk berfungsi macam sabun.

6 Air daun bidara Tujuan ;

Untuk lembut anggota badan

Untuk hilangkan sihir

Jumlai 21 helai.

7 Kain meruang Untuk cuci qubul & dubur

8 Sarung tangan Untuk menjaga aurat jenazah apabila mandian.

9 Kapas bulat Untuk bersih telinga, hidong dan dubur (elak najis keluar)

10 Sabun mandi Pastikan yang halal

11 Putik kapas Untuk sugi, cuci kuku

12 Kain sugi Untuk sugi, cuci kuku

13 Topeng muka Untuk elak bau

14 Sikat rambut Sunat

15 Pita pengukur 8 kaki = 244 cm = 2.5m (lebihan 30 cm)

16 Tali ikatan mayat. 5 helai tali ikat mayat (ambil drpd tepi kain kapan)

17 Bakul sampah Untuk tempat buangan bahan yang kotor.

18 Kasut but Untuk kebersihan kaki.

19 Apron plastik Untuk kebersihan pakaian.

20 Getah paip Untuk memudahkan mandian khususnya bila meruang.

21 Tempat mandi Pengusung @ ribaan manusia.

22 Minyak wangi Untuk mewangikan jenazah

MAYAT KERAS : siram dengan air daun bidara dulu. 3

BADI MAYAT
1. Suci hadas
2. Bersih pakaian
3. Solat sunat mutlak – solat dhuha, tahyatull masjid

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza

CHEKS LIST DULU :
1. Kuku warna
2. Rambut warna
3. Tatoo
4. Khatan

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIURUSKAN OLEH WARISNYA

1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau
pengesahan dari doktor.
3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.
4. Menentukan bilal untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan Imam untuk sembahyang mayat.
7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
8. Ucapan takziah.

SIFAT-SIFAT YANG MESTI ADA PADA SESEORANG YANG HENDAK MENGURUSKAN JENAZAH

1. Sabar.

2. Amanah. S A BR I
3. Berani.

4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 4

1.0 MEMANDIKAN JENAZAH

LANGKAH 1 : Membersihkan jenazah.

MASALAH CARA PENYELESAIAN
1. Najis * Jenazah dibersihkan terlebih dahulu.
2. Kotoran * Sebelum memandikan jenazah.
3. Darah beku * Menggunakan kain lap yang dibasahkan.
4. Kesan tampalan
5. Plaster * Kesan tampalan ini boleh mengakibatkan tebatan air.
* Daripada mengenai kawasan anggota tersebut.
6. Kuku jari * Peluntur yang terbaik adalah minyak zaitun, air sabun dll.
7. Kotoran celah jari * Ijma’ ulama sepakat TIDAK membenarkan kuku jari jenazah dipotong.
* Walaupun hitam ataupun diwarnakan.
8. Gigi palsu * Cara membersihkannya : celahan kuku tersebut dibersihkan dengan
9. Gigi emas
menggunakan pencukil gigi.
* Bagi kotoran celahan jari, guna kapas yang dibasahkan dengan air sabun.
* Sekiranya boleh ditanggalkan, perlu ditanggalkan.
* Sekiranya tidak mampu & boleh mendatangkan kemudharatan, dimaafkan.

LANGKAH 2 : Mengistinja’ jenazah. menghilangkan najis dari anggota badan.

Takrif istinja’ : - Proses menghilangkan,
- najis yang keluar,
- dari qubul & dubur,
- dengan air @ batu @ benda keras
- yang kesat

PERALATAN ISTINJA’ SYARAT ISTINJA’
1. Sepasang sarung tangan plastik.
2. Perca kain yang boleh menutupi pergelangan tangan. + Menghilangkan RASA najis.
3. Plastik sampah/tong sampah. + Menghilangkan BAU najis
4. Sumber air bersih. + Menghilangkan WARNA najis.

RUKUN ISTINJA’
1. Muslim (seorang yang beragama Islam).
2. Alat untuk istinja’, seperti air, batu, kertas atau seumpanyanya.
3. Tempat yang diistinja’ iaitu qubul dan dubur.
4. Membersihkan sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubul dan dubur.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 5

LANGKAH 3 : Bersugi dan bersuci

Takrif bersugi :

Menurut Imam Asy Syafie dalam kitabnya Al Umm fi al Fiqh :

“Basuhlah dibawah kukunya tanpa membuang kuku yang berlebihan tersebut dan lakukan dengan
puris @ gores yang lembut supaya tiada luka”.

Alatan bersugi dan bersuci.

ALATAN KEGUNAAN
1. Kayu sugi Boleh digunakan untuk menggosok gigi jenazah
2. Putik kapas Boleh digunakan utuk membasuh hidung, telingan & pusat
3. Pencukil gigi Boleh digunakan untuk membersih dan mencungkil kotoran dicelahan kuku jari.

LANGKAH 4 : Memandikan jenazah bahagian hadapan

Tips mandian :
TIPS TINDAKAN KITA

1 Niat : Lelaki – “Sahaja aku memandikan jenazah lelaki ini keranan Allah Taala”.
: Perempuan –“Sahaja aku memandikan jenazah perempuan ini keranan Allah Taala”.

(Lafaz niat boleh dibaca ketika mula meratakan air kebahagian muka dan kepala jenazah).
2 Mandian jenazah bermula dengan mandian air mutlak.
3 Meratakan air keseluruh anggota badan jenazah.
4 Selepas meratakan air, disunatkan oleh syarak untuk mewangikan jenazah dengan

menggunakan pewangi seperti sabun yang diperbuat daripada campuran yang HALAL.
5 Bermula dengan bahagian kepala, badan dan diakhiri dengan bahagian kaki.
6 Sunat dimulakan bahagian kanan dan didahului dengan anggota wudhu’.

TIPS TINDAKAN KITA 6
1 Mulakan niat mandian jenazah semasa mula-mula membasahi kepala jenazah
Setelah meratakan air dibahagian muka dan kepala, basuh bahagian muka dengan air
wangian atau sabun HALAL.
Melakukan pencucian dibahagian kepala jenazah.
Dibenarkan untuk menggunakan cecair pewangi seperti syampu ke atas rambut jenazah.
Bilas kepala sehingga bersih.
Pastikan tiada kesan sabun yang masih tertinggal dibahagian kepala.
2 Siram atau membasahi badan jenazah dari atas hingga kehujung kaki.
Basuh sebelah kanan sahaja.
Membasuh sekali dan disunatkan mengulangi hingga tiga kali.
Basahkan dengan air bersih.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza

Sabunkan. 7
dan bilas dengan air mutlak.
3 Angkat tangan kanan jenazah.
Basahkan diseluruh kawasan tangan yang tetutup.
Gosok bahagian pelipat
Dan celah ketiak jenazah
Termasuk celah jari jemari tangan jenazah.
Sekiranya ada tompokkan najis dan darah
Pastikan dibasuh hingga hilang warnanya.
4 Basahkan dengan air bersih
Sabunkan dan bilas dengan air mutlak
Sehingga bahagian kaki
Dan celahan jari jenazah.
5 Siram atau membasahi badan jenazah
Dari atas hingga kehujung kaki
Basuh sebelah kiri sahaja
Membasuh sekali dan disunatkan mengulangi hingga tiga kali.
Basahkan dengan air bersih
Sabunkan
Dan bilas dengan air mutlak.
6 Angkat tangan kiri jenazah
Basahkan diseluruh kawasan tangan yang tetutup.
Gosok bahagian pelipat
Dan celah ketiak jenazah
Termasuk celah jari jemari tangan jenazah.
Sekiranya ada tompokkan najis dan darah
Pastikan dibasuh hingga hilang warnanya.

7 Basahkan dengan air bersih
Sabunkan dan bilas dengan air mutlak
Sehingga bahagian kaki
Dan celahan jari jenazah.

LANGKAH 5 : Memandikan jenazah bahagian belakang (Kiri dan kanan)

8 Baring dan iringkan jenazah di atas lambung kanan
Ratakan air keseluruh bahagian kanan jenazah sahaja
Basahkan dengan air bersih
Sabunkan
Dan bilas dengan air mutlak
Bahagian belakang jenazah sebelah kanan
Pastikan bahagian belakang
Telah dibilas sempurna

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza

Dan tempat pembaringan
Tiada lagi kesan air sabun
Untuk elakkan sabun melekat
Pada badan jenazah.
9 Baring dan iringkan jenazah di atas lambung kiri
Ratakan air keseluruh bahagian kiri jenazah sahaja
Basahkan dengan air bersih
Sabunkan
Dan bilas dengan air mutlak
Bahagian belakang jenazah sebelah kiri
Pastikan bahagian belakang
Telah dibilas sempurna
Dan tempat pembaringan
Tiada lagi kesan air sabun
Untuk elakkan sabun melekat

LANGKAH 6 : Mewudukkan jenazah

TIP TINDAKAN KITA
1 Niat wuduk bagi jenazah
2 Membasuh muka
3 Membasuh kedua belah tangan hingga siku
4 Menyapu air dibahagian kepala
5 Membasuh kedua belah kaki hingga kebuku lali
6 Tertib (Berturut-turut mengikut urutan)

LANGKAH 7 : Mandian akhir – air mutlak

Hadis Rasulullah SAW

Mafhumnya :

“Rasulullah SAW mesuk menemui kami dalam keadaan kami sedang memandikan mayat anak
perempuan Baginda SAW, ,lalu Baginda SAW bersabda: Mandikanlah dia sebanyak 3 atau 5 kali
atau lebih daripa itu jika kamu melihat ia perlu dilakukan sebanyak itu, denagn air dan air bidara
dan jadikan mandi yang akhir itu dengan (air campuran) kapur atau sedikit daripada kapur. Dan
mulakan dengan bahagian kanannya dan tempat-tempat wuduk daripadanya”

Baginda Rasulullah SAW meninggalkan SUNNAHNYA dalam urusan mandian jenazah dengan 3
perkara yang terakhir iaitu mandian air murlak, air daun bidara serta air campuran kapur barus.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 8

LANGKAH 8 : Mandian akhir – air daun bidara.

“DAUN BIDARA” diambil dari Pokok Bidara.

TIP HURAIAN
1 Pokok bidara merupakan pokok yang malar hijau
2 Yang tumbuh diselatan Asia
3 Nama saintifiknya Z.Mauritiana
4 Merupakan sejenis pokok renek malar hijau @ pokok kecil berduri
5 Ketinggian 15 meter & batang 40cm
6 Rimbunan daunnya merebak
7 Duri stipular
8 Dan banyak dahan yang rendang
9 Daunnya mempunyai pelbagai khasiat.

1 Kedudukan Pohon Dan Daun Bidara Dalam Islam
1.1 Pohon bidara disebut dalam Al-Quran
1.2 Daun bidara disebut dalam Hadits

2 Manfaat Daun Bidara
2.1 Memandikan jenazah
2.2 Mengobati gangguan jin dan sihir
2.2.1 Gangguan akut/timbul secara mendadak & cepat membusuk.
2.2.2 Membersihkan rumah dari gangguan jin.
2.3 Mandi setelah haid
2.4 Mengatasi haid tidak lancar
2.5 Kecantikan
2.6 Mengatasi jerawat
2.7 Menyembuhkan luka
2.8 Mencegah diabetes
2.9 Mengatasi demam
2.10 Mencegah kanser dan tumor
2.11 Menyehatkan lambung
2.14 Memperkuat rambut
2.15 Menghilangkan dahaga
2.16 Meningkatkan nafsu makan

Didalam Al-Quran, pohon bidara disebutkan beberapa kali. Salah satunya adalah:

‫ا ح صي لمي لون بص حَ صْا َوأ صما ا ح صي لمي لنو صوبص حَ صْا َوأ‬. ‫صم حد َُو ِدو لس حد ِرو يلف‬

Artinya: Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada diantara POHON
BIDARA yang tidak berduri. (Q.S. Al Waqiah: 27-28)

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 9

TIP TINDAKAN KITA
1 Ambil Sembilan(9) helai @ sebelas (11) helaian daun bidara.

(Ada hadis Baginda SAW menggunakan daun bidara dalam bilangan yang ganjil)

2 Boleh ditambahkan bilangan daun bidara yang digunakan.
3 Sekiranya bekas yang digunakan bersaiz besar
4 Cuma sunat ditambahkan bilangan daun bidara dalam angka yang ganjil.
5 Ramas daun bidara.
6 Hancurkan hingga menjadi cebisan.
7 Campurkan dalam bekas yang berisi air mutlak.
8 Campuran akan menyebabkan air bertukar warna.
9 Boleh digunakan terus.
10 Atau ditapis terlebih dahulu.
11 Sebaiknya air bidara disediakan awal untuk menghasilkan bau yang harum.

LANGKAH 9 : Mandian akhir – air kapur barus

KAPUR BARUS

TIP HURAIAN
1 Kapur barus atau champor
2 Zat padat berupa lilin berwarna putih
3 Agak transparen
4 Aroma yang khas dan kuat.
5 Zat ini adalah terpenoid dengan formulanya C10H16O
6 Zat ini diperolehi idalam kayu tanaman jenis pohon laurel kampor.
7 Pohon besar yang ada di Asia, khususnya di Sumetera, Kalimantan dan Taiwan.

TIP TINDAKAN KITA
1 Ambil beberapa genggam kapur barus (serbuk) @ beberapa biji kapur barus (ketulan).
2 Sukatan – 4 liter air = 20 gm serbuk kapur barus.
3 Bilangan @ kuantiti kapur barus diambil bersesuaian dengan jumlah air mutlak.
4 Campuran yang seimbang.
5 Cukup sekadar air tersebut bertukar bau menjadi bau kapur barus.
6 Boleh menapis sisa yang tidak hancur.
7 Air kapur barus disediakan awal untuk menghasilkan bau yang harum.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 10

2.0 MENGKAFANKAN JENAZAH

Takrif Mengkafankan Jenazah

TIP HURAIAN
1 Proses membaluti
2 Seluruh anggota
3 Badan jenazah
4 Sehingga menutupi seluruhnya @
5 Sehingga tidak akan kelihatan aurat dan
6 Kulit badannya.

Tujuan pemakaian kain kafan untuk :

TIP HURAIAN
1 Menutupi aurat
2 Menjaga aib
3 Menjaga kehormatan jenazah.

Siapa selayaknya mengkafankan jenazah.

TIP HURAIAN
1 Mengkafankan jenazah hukumnya fardhu kifayah.
2 Perkara ini tidak boleh dipandang ringan.
3 Oleh tiap-tipa muslim.
4 Kerana ia merupakan penghormatan yang terakhir buat jenazah.
5 Sebaiknya diuruskan pemakaian kafan ini.
6 Oleh kaum kerabat.
7 Dan ahli keluarga simati.

Warna kain kafan.

TIP HURAIAN
1 Warna kain kafan tidak dikhususkan
2 Secara mutlak oleh Baginda Rasulullah SAW
3 Warna putih
4 Namun, Ijma’ Ulama berpendapat
5 Sebaik-baiknya mengkafankan jenazah menggunakan kain yang terbaik disisi syara
6 Iaitu kain yang bewarna putih.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 11

Perbelanjaan menyediakan peralatan mengkafan jenazah.

TIP HURAIAN
1 Diambil daripada simpanan @ harta peninggalan si mati
2 semasa hayatnya samada dia miskin ataupun tidak.
3 Jika dia tidak ada harta
4 boleh ambil dariapada tabung @ sedekah orang ramai
5 Jika tiada juga, rujuk Tabung Khairat Baitulmal @ pihak Lembaga Zakat.

Bilangan kain kafan digunakan untuk mengkafan jenazah.

Hadis Rasulullah SAW.

Mafhumnya :

Daripada Saidatina ‘Aisyah r.ha berkata ;

“Telah dikafankan Nabi Muhammad SAW dalam tiga helai kain putih Yamani, tiada padanya qamis

dan serban.”… (Riwayat Tirmizi)

TIP HURAIAN
1 Jenazah dikafani dengan 3 lapis kain putih.
2 Demikianlah kafan Nabi Muhammad SAW yang sampai kepada kami.
3 Kami tidak suka jenazah yang dipakaikan serban mahupun baju keatanya.
4 Apa sahaja yang digunakan untuk mengkafankan jenazah, hal itu tetap tidak menyalahi

syarak dan sah disisi agama.
5 Jika serban & baju dipakaikan semasa mengkafani jenazah, maka hal itu boleh diterima.
6 Namun, elakkan dari mengkafankan jenazah melebihi 5 helai kain, sebab hal itu disebut

sebagai israf (berlebih-lebihan/perilakuu tercela).
7 Memadai bagi lelaki 3 helai & perempuan 5 helai.
8 Jenazah lelaki ;

Jika dipakaikan gamis (baju kurung) @ baju, baki kain kapan = tinggal 2 helaian.
9 Helaian serban tidak dikira sehelai kain.
10 Jenazah perempuan ;

Pakai gamis & set telekung (kain sarung & telekung), baki kain kapan = tinggal 3 helai.
(sebab set telekung = dikira 1 helaian, kain & baju dikira = 1 helaian).
11 Elakkan pemakaian kain sutera @ kain yang mahal, kerana ianya bukan Sunnah &
diklafikasikan sebagai perbuatan yang membazir.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 12

KAFAN LELAKI KAFAN PEREMPUAN

2 helai kain kafan 3 helai kain kafan
1 helai baju 1 helai baju
1 helai serban
1 set telekung
(tidak dikira sebagai lapisan) (termasuk tudung dan kain telekung)

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 13

3.0 MENSOLATKAN JENAZAH

Takrif Solat Jenazah

TIP HURAIAN
1 Solat khusus
2 dilakukan keatas jenazah Islam
3 yang meninggal dunia samaada lelaki, perempuan @ khunsa.
4 Disempurnakan dengan 4 kali takbir
5 tanpa rukuk dan sujud.
6 Penghormatan manusia yang masih hidup
7 kepada yang telah meninggal dunia.
8 Mendoakan kesejahteraan simati.

Hukum Solat Jenazah

TIP HURAIAN
1 Para fuqara’ dan Ijma’ Ulama
2 bersepakat hukumnya fardu kifayah.

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 14

4.0 MENGKEBUMIKAN JENAZAH

4. MENGKEBUMIKAN JENAZAH
MEMBUAT 3 KEPAL TANAH

Risalah Pengurusan Jenazah ahsabiza 15


Click to View FlipBook Version