The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nota Pengurusan Jenazah antara Tuntutan Syariat dan Keperluan Adat

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Ahmad Sabri, 2022-09-17 09:34:28

Pengurusan Jenazah

Nota Pengurusan Jenazah antara Tuntutan Syariat dan Keperluan Adat

PENGURUSAN JENAZAH DAN KAFIATNYA
Antara Tuntutan Syariat dan Keperluan Adat

OLEH :
AHMAD SABRI BIN ZAINOL

DALIL KEMATIAN

APAKAH HUKUM MENGURUSKAN JENAZAH – FARDU KIFAYAH

Fardu kifayah kepada orang yang hidup di dalam sesuatu kawasan . Jika ada orang yang
menguruskannya maka terlepaslah orang lain daripada kewajipan itu. Sebaliknya jika tiada orang
yang menguruskannya maka berdosalah semua orang yang tinggal di kawasan itu.

KEWAJIPAN TERHADAP JENAZAH (4M)
1.00 Memandikan ms. 6
2.00 Mengkafankan ms. 12
3.00 Mensolatkan ms. 15
4.00 Mengkebumikan ms. 20

TANDA-TANDA HAMPIR MATI :

TIP KEADAAN JENAZAH TINDAKAN KITA

1 Nafas turun naik @ timbal balik Ajarlah kalimah tauhid.

2 Kaki mulai sejuk Tidurkan secara sunnah.

3 Kaki mulai melunjur Ajar ditelinga kirinya,

4 Tidak kenal saudara mara Jika teruk/nazak, kata Allah sahaja...sampai bila...sampai mati.

5 Dahaga Guna kapas, titiskan dibibirnya.

6 Bola mata naik ke atas Walaupun lidah dia dah kelu, tapi hatinya masih boleh

mendengar.

7 Sendi mulai renggang – 360 sendi Iring pesakit ke arah kiblat.

8 Belakang badan jadi rapat Jika tak boleh iring sebab sakit, unjurkan kaki ke arah kiblat.

9 Hidung jatuh Baca surah Yasin/Al Quran (amalan sunnah), ada saka baca 2

surah iaitu surah yasin & ar ruddu. Banyakkan berdoa.

Bila dia meninggal semua sihir & saka akan hilang.

Jika tak boleh juga kena cari mengamal perubatan Islam.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 1

SETELAH MENINGGAL DUNIA CARA PENYELESAIAN
Tukarkan dengan pakaian yang bersih.
TIPS MASALAH Ambil air dan lap jenazah.
1 Salin pakaian. Kain sarung panjang.
2 Bersihkan mayat. Letak atas katil.
3 Kain penutup yang bersih. Jika mata terbuka, pastikan ditutup, takut
4 Letakkan mayat ditempat yg sesuai. menimbulkan fitnah.
5 Pejamkan mata mayat jika terbuka. Baca doa ini untuk tutup mata:

6 Mulut tenganga. Tutupkan mulut @ guna perca kain(jika perlu
sahaja). Baca doa ini untuk tutup mulut:

7 Sapu minyak wangi-wangian – sunat Guna minyak wangi yang halal.

8 Urut sendi-sendi jari, penggelangan tangan, kanan Guna minyak zaitun.

dulu baru kiri. Mayat tak keras - anugerah Allah.

9 Ikat – tangan, dagu, ibu jari kaki. Ikat menggunakan kain.

10 Letakkan pemberat diperut mayat Seperti garam, gula.

11 Bakar kemenyan / setanggi / pewangi automatik Boleh guna perfume.

sunat.

12 Buat laporan kepada polis. * Umur 59 tahun ke bawah kena bawa

ke hospital,

* Umur 60 ke atas tak perlu.

* Dapatkan permit kubor.

13 Laporkan kepada. AJK masjid, surau, khariat kematian(jika ada)

14 Hebahan kepada. Adik beradik, kawan, jiran, masyarakat.

15 Menangis boleh ke tidak? Yang haram – meraung, meronta, memukul-

mukul badan, menjerit-jerit (seperti arab

jahiliah).

MAYAT KERAS : siram dengan air daun bidara dulu. 2

BADI MAYAT
1. Suci hadas.
2. Bersih pakaian.
3. Solat sunat mutlak – solat dhuha, tahyatull masjid.

CHEKS LIST DULU ADA @ TIDAK :
1. Kuku warna
2. Rambut warna
3. Tatoo
4. Khatan

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza

ALATAN

TIPS ALATAN KEGUNAAN
1 Kain kapan Lelaki 3 meter, perempuan 5 meter. Beza – aurat. Paling aula kain dan kapas
sahaja. Sunnah – kain warna putih.
2 Kapas 4 gulung kapas - 400 gm.
3 Serbuk cendana Tujuan ;
Untuk bagi wangi jenazah.
4 Kapur barus Tujuan ;
* Untuk hilang bau.
5 Air sintok * Untuk tutup liang-liang terbuka, bulu ruma, dubur.
* Untuk bagi wangi jenazah.
6 Air daun bidara Tujuan ;
* Untuk hilangkan kotoran.
7 Kain meruang * Untuk berfungsi macam sabun.
8 Sarung tangan Tujuan ;
9 Kapas bulat * Untuk lembut anggota badan.
10 Sabun mandi * Untuk hilangkan sihir.
11 Putik kapas * Jumlah 21 helai daun.
12 Kain sugi Untuk cuci qubul & dubur.
13 Topeng muka Untuk menjaga aurat jenazah apabila mandian.
14 Sikat rambut Untuk bersih telinga, hidung dan dubur (elak najis keluar).
15 Pita pengukur Pastikan yang halal.
16 Tali ikatan mayat Untuk sugi, cuci kuku.
17 Bakul sampah Untuk sugi, cuci kuku.
18 Kasut but Untuk elak bau.
19 Apron plastik Sunat.
20 Getah paip 8 kaki = 244 cm = 2.5m (lebihan 30 cm).
21 Tempat mandi 5 helai tali ikat mayat (ambil drpd tepi kain kapan).
22 Minyak wangi Untuk tempat buangan bahan yang kotor.
Untuk kebersihan kaki.
Untuk kebersihan pakaian.
Untuk memudahkan mandian khususnya bila meruang.
Pengusung @ ribaan manusia.
Untuk mewangikan jenazah

PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIURUSKAN OLEH WARISNYA 3

1. Waris yang tertua hendaklah berpakat/berbincang berhubung dengan kematian.
2. Urusan di Balai Polis bagi melapurkan kematian.

Nota : Sekiranya jenazah itu meninggal di Hospital cukup dengan surat kebenaran atau
pengesahan dari doktor.
3. Membeli keperluan untuk urusan memandi dan mengkafankan mayat.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza

4. Menentukan bila untuk memandikan mayat.
5. Urusan menggali kubur.
6. Menentukan siapa imam untuk sembahyang mayat.
7. Menguruskan kenderaan untuk jenazah.
8. Ucapan takziah.

SIFAT-SIFAT YANG MESTI ADA PADA SESEORANG YANG HENDAK MENGURUSKAN JENAZAH

1. Sabar.

2. Amanah. S A BR I
3. Berani.

4. Mempunyai kemahiran dan ilmu yang cukup.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 4

KAIFIAT / LANGKAH-LANGKAH MANDIAN JENAZAH

LANGKAH TUGASAN SUNAT/
WAJIB

√ 1 MEMBERSIHKAN ANGGOTA BADAN JENAZAH

√ 2 MENGISTINJA QUBUL DAN DUBUR JENAZAH SUNAT
WAJIB
√ 3 BERSUGI DAN BERSUCI
MEMANDIKAN JENAZAH

√ 4 (BAHAGIAN HADAPAN)
MEMANDIKAN JENAZAH

√ 5 (BAHAGIAN BELAKANG)
√ 6 MEWUDUKKAN ANGGOTA WUDUK JENAZAH

√ 7 MANDIAN AKHIR + AIR MUTLAK

√ 8 MANDIAN AKHIR + AIR DAUN BIDARA SUNAT
√ 9 MANDIAN AKHIR + AIR KAPUR BARUS

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 5

1.00 MEMANDIKAN JENAZAH

LANGKAH 1/9 : Membersihkan jenazah.

MASALAH CARA PENYELESAIAN
1. Najis * Jenazah dibersihkan terlebih dahulu.
2. Kotoran * Sebelum memandikan jenazah.
3. Darah beku * Menggunakan kain lap yang dibasahkan.
4. Kesan tampalan
5. Plaster * Kesan tampalan ini boleh mengakibatkan tebatan air.
* Daripada mengenai kawasan anggota tersebut.
6. Kuku jari * Peluntur yang terbaik adalah minyak zaitun, air sabun dll.
7. Kotoran celah jari * Ijma’ ulama sepakat TIDAK membenarkan kuku jari jenazah dipotong.
* Walaupun hitam ataupun diwarnakan.
8. Gigi palsu * Cara membersihkannya : celahan kuku tersebut dibersihkan dengan
9. Gigi emas
menggunakan pencukil gigi.
* Bagi kotoran celahan jari, guna kapas yang dibasahkan dengan air sabun.
* Sekiranya boleh ditanggalkan, perlu ditanggalkan.
* Sekiranya tidak mampu & boleh mendatangkan kemudharatan, dimaafkan.

LANGKAH 2/9 : Mengistinja’ jenazah. menghilangkan najis dari anggota badan.

Takrif istinja’ : - Proses menghilangkan,
- najis yang keluar,
- dari qubul & dubur,
- dengan air @ batu @ benda keras
- yang kesat.

PERALATAN ISTINJA’ SYARAT ISTINJA’
1. Sepasang sarung tangan plastik.
2. Perca kain yang boleh menutupi pergelangan tangan. + Menghilangkan RASA najis.
3. Plastik sampah/tong sampah. + Menghilangkan BAU najis
4. Sumber air bersih. + Menghilangkan WARNA najis.

RUKUN ISTINJA’
1. Muslim (seorang yang beragama Islam).
2. Alat untuk istinja’, seperti air, batu, kertas atau seumpamanya.
3. Tempat yang diistinja’ iaitu qubul dan dubur.
4. Membersihkan sesuatu yang keluar daripada dua jalan iaitu qubul dan dubur.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 6

LANGKAH 3/9 : Bersugi dan bersuci

Takrif bersugi :

Menurut Imam Asy Syafie dalam kitabnya Al Umm Fi al Fiqh :

“Basuhlah dibawah kukunya tanpa membuang kuku yang berlebihan tersebut dan lakukan dengan
puris @ gores yang lembut supaya tiada luka”.

Alatan bersugi dan bersuci.

ALATAN KEGUNAAN
1. Kayu sugi Boleh digunakan untuk menggosok gigi jenazah.
2. Putik kapas Boleh digunakan utuk membasuh hidung, telinga & pusat.
3. Pencukil gigi Boleh digunakan untuk membersih dan mencungkil kotoran dicelahan kuku jari.

LANGKAH 4/9 : Memandikan jenazah bahagian hadapan

Tips mandian :
TIPS TINDAKAN KITA

1 Niat : Lelaki – “Sahaja aku memandikan jenazah lelaki ini keranan Allah Taala”.
: Perempuan –“Sahaja aku memandikan jenazah perempuan ini keranan Allah Taala”.

(Lafaz niat boleh dibaca ketika mula meratakan air kebahagian muka dan kepala jenazah).
2 Mandian jenazah bermula dengan mandian air mutlak.
3 Meratakan air keseluruh anggota badan jenazah.
4 Selepas meratakan air, disunatkan oleh syarak untuk mewangikan jenazah dengan

menggunakan pewangi seperti sabun yang diperbuat daripada campuran yang HALAL.
5 Bermula dengan bahagian kepala, badan dan diakhiri dengan bahagian kaki.
6 Sunat dimulakan bahagian kanan dan didahului dengan anggota wudhu’.

TIPS TINDAKAN KITA
1 Mulakan niat mandian jenazah semasa mula-mula membasahi kepala jenazah.
Setelah meratakan air dibahagian muka dan kepala, basuh bahagian muka dengan air
wangian atau sabun HALAL.
Melakukan pencucian dibahagian kepala jenazah.
Dibenarkan untuk menggunakan cecair pewangi seperti syampo ke atas rambut jenazah.
Bilas kepala sehingga bersih.
Pastikan tiada kesan sabun yang masih tertinggal dibahagian kepala.
2 Siram atau membasahi badan jenazah dari atas hingga kehujung kaki.
Basuh sebelah kanan sahaja.
Membasuh sekali dan disunatkan mengulangi hingga tiga kali.
Basahkan dengan air bersih.
Sabunkan.
dan bilas dengan air mutlak.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 7

3 Angkat tangan kanan jenazah. 8
Basahkan diseluruh kawasan tangan yang tetutup.
Gosok bahagian pelipat
dan celah ketiak jenazah.
Termasuk celah jari jemari tangan jenazah
sekiranya ada tompokkan najis dan darah.
Pastikan dibasuh hingga hilang warnanya.

4 Basahkan dengan air bersih.
Sabunkan dan bilas dengan air mutlak.
Sehingga bahagian kaki
dan celahan jari jenazah.

5 Siram atau membasahi badan jenazah.
Dari atas hingga kehujung kaki.
Basuh sebelah kiri sahaja.
Membasuh sekali dan disunatkan mengulangi hingga 3 kali.
Basahkan dengan air bersih.
Sabunkan.
Dan bilas dengan air mutlak.

6 Angkat tangan kiri jenazah.
Basahkan diseluruh kawasan tangan yang tetutup.
Gosok bahagian pelipat
dan celah ketiak jenazah.
Termasuk celah jari jemari tangan jenazah.
Sekiranya ada tompokkan najis dan darah
pastikan dibasuh hingga hilang warnanya.

7 Basahkan dengan air bersih.
Sabunkan dan bilas dengan air mutlak.
Sehingga bahagian kaki.
Dan celahan jari jenazah.

LANGKAH 5/9 : Memandikan jenazah bahagian belakang (Kiri dan kanan)

8 Baring dan iringkan jenazah di atas lambung kanan.
Ratakan air keseluruh bahagian kanan jenazah sahaja.
Basahkan dengan air bersih.
Sabunkan.
Dan bilas dengan air mutlak.
Bahagian belakang jenazah sebelah kanan.
Pastikan bahagian belakang
telah dibilas sempurna
dan tempat pembaringan
tiada lagi kesan air sabun
untuk elakkan sabun melekat

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza

pada badan jenazah.
9 Baring dan iringkan jenazah di atas lambung kiri.

Ratakan air keseluruh bahagian kiri jenazah sahaja.
Basahkan dengan air bersih.
Sabunkan.
Dan bilas dengan air mutlak.
Bahagian belakang jenazah sebelah kiri.
Pastikan bahagian belakang.
telah dibilas sempurna
dan tempat pembaringan
tiada lagi kesan air sabun
untuk elakkan sabun melekat.

LANGKAH 6/9 : Mewudukkan jenazah

TIP TINDAKAN KITA
1 Niat wuduk bagi jenazah.
2 Membasuh muka.
3 Membasuh kedua belah tangan hingga siku.
4 Menyapu air dibahagian kepala.
5 Membasuh kedua belah kaki hingga kebuku lali.
6 Tertib (Berturut-turut mengikut urutan).

LANGKAH 7/9 : Mandian akhir – air mutlak

Hadis Rasulullah SAW

Mafhumnya :

“Rasulullah SAW masuk menemui kami dalam keadaan kami sedang memandikan mayat anak
perempuan Baginda SAW, lalu Baginda SAW bersabda: Mandikanlah dia sebanyak 3 atau 5 kali atau
lebih daripada itu jika kamu melihat ia perlu dilakukan sebanyak itu, dengan air dan air bidara dan
jadikan mandi yang akhir itu dengan (air campuran) kapur atau sedikit daripada kapur. Dan
mulakan dengan bahagian kanannya dan tempat-tempat wuduk daripadanya”.

Baginda Rasulullah SAW meninggalkan SUNNAHNYA dalam urusan mandian jenazah dengan 3
perkara yang terakhir iaitu mandian air murlak, air daun bidara serta air campuran kapur barus.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 9

LANGKAH 8/9 : Mandian akhir – air daun bidara.

“DAUN BIDARA” diambil dari Pokok Bidara.

TIP HURAIAN
1 Pokok bidara merupakan pokok yang malar hijau.
2 Yang tumbuh diselatan Asia.
3 Nama saintifiknya Z.Mauritiana.
4 Merupakan sejenis pokok renek malar hijau @ pokok kecil berduri.
5 Ketinggian 15 meter & batang 40 cm.
6 Rimbunan daunnya merebak.
7 Duri stipular.
8 Dan banyak dahan yang rending.
9 Daunnya mempunyai pelbagai khasiat.

1 Kedudukan Pohon Dan Daun Bidara Dalam Islam.
1.1 Pohon bidara disebut dalam Al-Quran.
1.2 Daun bidara disebut dalam Hadits.

2 Manfaat Daun Bidara
2.1 Memandikan jenazah.
2.2 Mengubati gangguan jin dan sihir.
2.2.1 Gangguan akut/timbul secara mendadak & cepat membusuk.
2.2.2 Membersihkan rumah dari gangguan jin.
2.3 Mandi setelah haid.
2.4 Mengatasi haid tidak lancar.
2.5 Kecantikan.
2.6 Mengatasi jerawat.
2.7 Menyembuhkan luka.
2.8 Mencegah diabetes.
2.9 Mengatasi demam.
2.10 Mencegah kanser dan tumor.
2.11 Menyehatkan lambung.
2.12 Memperkuat rambut.
2.13 Menghilangkan dahaga.
2.14 Meningkatkan nafsu makan.

Didalam Al-Quran, pohon bidara disebutkan beberapa kali. Salah satunya adalah:

‫ِ حيص لمي لْو بص حَ صَْ َوأ صمَ ِ حيص لمي لوْ صُبص حَ صَْ َوأ‬. ‫صم حد َُُ ِرو لٍ حر ِدو ليف‬

Artinya: Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu. Berada diantara POHON
BIDARA yang tidak berduri. (Q.S. Al Waqiah: 27-28)

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 10

TIP TINDAKAN KITA
1 Ambil sembilan (9) helai @ sebelas (11) helaian daun bidara.

(Ada hadis Baginda SAW menggunakan daun bidara dalam bilangan yang ganjil)

2 Boleh ditambahkan bilangan daun bidara yang digunakan.
3 Sekiranya bekas yang digunakan bersaiz besar.
4 Cuma sunat ditambahkan bilangan daun bidara dalam angka yang ganjil.
5 Ramas daun bidara.
6 Hancurkan hingga menjadi cebisan.
7 Campurkan dalam bekas yang berisi air mutlak.
8 Campuran akan menyebabkan air bertukar warna.
9 Boleh digunakan terus.
10 Atau ditapis terlebih dahulu.
11 Sebaiknya air bidara disediakan awal untuk menghasilkan bau yang harum.

LANGKAH 9/9 : Mandian akhir – air kapur barus

KAPUR BARUS

TIP HURAIAN
1 Kapur barus atau champor.
2 Zat padat berupa lilin berwarna putih.
3 Agak transparen.
4 Aroma yang khas dan kuat.
5 Zat ini adalah terpenoid dengan formulanya C10H16O
6 Zat ini diperolehi dalam kayu tanaman jenis pohon laurel kampor.
7 Pohon besar yang ada di Asia, khususnya di Sumetera, Kalimantan dan Taiwan.

TIP TINDAKAN KITA
1 Ambil beberapa genggam kapur barus (serbuk) @ beberapa biji kapur barus (ketulan).
2 Sukatan – 4 liter air = 20 gm serbuk kapur barus.
3 Bilangan @ kuantiti kapur barus diambil bersesuaian dengan jumlah air mutlak.
4 Campuran yang seimbang.
5 Cukup sekadar air tersebut bertukar bau menjadi bau kapur barus.
6 Boleh menapis sisa yang tidak hancur.
7 Air kapur barus disediakan awal untuk menghasilkan bau yang harum.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 11

2.00 MENGKAFANKAN JENAZAH

Takrif Mengkafankan Jenazah

TIP HURAIAN
1 Proses membaluti
2 seluruh anggota
3 badan jenazah
4 sehingga menutupi seluruhnya @
5 sehingga tidak akan kelihatan aurat dan
6 sulit badannya.

Tujuan pemakaian kain kafan untuk :

TIP HURAIAN
1 Menutupi aurat.
2 Menjaga aib.
3 Menjaga kehormatan jenazah.

Siapa selayaknya mengkafankan jenazah.

TIP HURAIAN
1 Mengkafankan jenazah hukumnya fardhu kifayah.
2 Perkara ini tidak boleh dipandang ringan
3 oleh tiap-tipa muslim.
4 Kerana ia merupakan penghormatan yang terakhir buat jenazah.
5 Sebaiknya diuruskan pemakaian kafan ini
6 oleh kaum kerabat
7 dan ahli keluarga simati.

Warna kain kafan.

TIP HURAIAN
1 Warna kain kafan tidak dikhususkan.
2 Secara mutlak oleh Baginda Rasulullah SAW
3 Warna putih.
4 Namun, Ijma’ Ulama berpendapat
5 sebaik-baiknya mengkafankan jenazah menggunakan kain yang terbaik disisi syarak
6 iaitu kain yang bewarna putih.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 12

Perbelanjaan menyediakan peralatan mengkafan jenazah.

TIP HURAIAN
1 Diambil daripada simpanan @ harta peninggalan si mati
2 semasa hayatnya samada dia miskin ataupun tidak.
3 Jika dia tidak ada harta
4 boleh ambil dariapada tabung @ sedekah orang ramai.
5 Jika tiada juga, rujuk Tabung Khairat Baitulmal @ pihak Lembaga Zakat.

Bilangan kain kafan digunakan untuk mengkafan jenazah.

Hadis Rasulullah SAW.

Mafhumnya :

Daripada Saidatina ‘Aisyah r.ha berkata ;

“Telah dikafankan Nabi Muhammad SAW dalam tiga helai kain putih Yamani, tiada padanya qamis

dan serban.”… (Riwayat Tirmizi)

TIP HURAIAN
1 Jenazah dikafani dengan 3 lapis kain putih.
2 Demikianlah kafan Nabi Muhammad SAW yang sampai kepada kami.
3 Kami tidak suka jenazah yang dipakaikan serban mahupun baju keatasnya.
4 Apa sahaja yang digunakan untuk mengkafankan jenazah, hal itu tetap tidak menyalahi

syarak dan sah disisi agama.
5 Jika serban & baju dipakaikan semasa mengkafani jenazah, maka hal itu boleh diterima.
6 Namun, elakkan dari mengkafankan jenazah melebihi 5 helai kain, sebab hal itu disebut

sebagai israf (berlebih-lebihan/perilaku tercela).
7 Memadai bagi lelaki 3 helai & perempuan 5 helai.
8 Jenazah lelaki ;

Jika dipakaikan gamis (baju kurung) @ baju, baki kain kapan = tinggal 2 helaian.
9 Helaian serban tidak dikira sehelai kain.
10 Jenazah perempuan ;

Pakai gamis & set telekung (kain sarung & telekung), baki kain kapan = tinggal 3 helai.
(sebab set telekung = dikira 1 helaian, kain & baju dikira = 1 helaian).
11 Elakkan pemakaian kain sutera @ kain yang mahal, kerana ianya bukan Sunnah &
diklafikasikan sebagai perbuatan yang membazir.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 13

KAFAN LELAKI KAFAN PEREMPUAN

2 helai kain kafan 3 helai kain kafan
1 helai baju 1 helai baju
1 helai serban
1 set telekung
(tidak dikira sebagai lapisan) (termasuk tudung dan kain telekung)

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 14

3.00 MENSOLATKAN JENAZAH

Takrif Solat Jenazah

TIP HURAIAN
1 Solat khusus
2 dilakukan keatas jenazah Islam
3 yang meninggal dunia samaada lelaki, perempuan @ khunsa.
4 Disempurnakan dengan 4 kali takbir
5 tanpa rukuk dan sujud.
6 Penghormatan manusia yang masih hidup
7 kepada yang telah meninggal dunia.
8 Mendoakan kesejahteraan simati.

Hukum Solat Jenazah

TIP HURAIAN
1 Para fuqara’ dan Ijma’ Ulama
2 bersepakat hukumnya fardu kifayah.

Hadis Rasullullah SAW

Mafhumnya :

Barangsiapa yang menyaksikan jenazah sehingga solat ke atas jenazahnya, maka mendapat pahala

satu qirath dan barangsiapa yang menyaksikannya sampai jenazah itu dikuburkan, makan dia

mendapat dua qirath. Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah maksud dua qirath itu? Nabi

menjawab: Ia sama dengan dua gunung besar uhud. (Riwayat Muslim)

Siapakah orang yang layak menjadi imam solat jenazah.

1. Golongan pertama (keutamaan)

Lelaki 1. Bapa kandung
Perempuan 2. Anak kandung
3. Datuk sebelah bapa
1. Suami
2. Bapa kandung
3. Anak kandung
4. Datuk sebelah bapa

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 15

1. Golongan kedua 1. Adik beradik
Lelaki 2. Bapa saudara/sepupu
3. Imam tempatan
Perempuan 1. Adik beradik lelaki
2. Bapa saudara (wali)
3. Bapa saudara (bapa)
3. Imam tempatan

TIP HURAIAN
1 Ajaran Islam
2 menuntut agar solat jenazah
3 diimamkan
4 oleh saudara kandung
5 mereka yang ada
6 pertalian darah dengan jenazah.

Menurut Imam Asy Syafie dalam kitabnya Al Umm fi al Fiqh:
“Sekiranya jenazah tidak mempunyai saudara, bolehlah melantik orang yang soleh dan baik
antara kamu untuk menjadi imam solat jenazah orang lain.”

Syarat sah solat jenazah.

TIP HURAIAN
1 Suci daripada hadas dan najis.
2 Mengadap kiblat.
3 Jenazah telah dimandikan.

Rukun solat jenazah.

TIP HURAIAN
1 Berdiri betul.
2 Niat.
3 Takbir empat kali.
4 Membaca surah Al Fatihah.
5 Membaca selawat.
6 Berdoa kepada simati.
7 Memberi salam.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 16

Kaifiat Solat Jenazah
1. Berdiri betul

TIP HURAIAN
1 Berdiri betul bagi yang berkuasa atasnya.
2 Sekiranya tidak mampu untuk berdiri
3 dibenarkan oleh syarak untuk duduk
4 atas kerusi atau lantai.

2. Niat

JENAZAH NIAT
Sahaja aku solat ke atas mayat lelaki ini fardu kifayah empat tadbir menjadi
Jenazah imam/makmum kerana allah Taala.
Dewasa Sahaja aku solat ke atas mayat perempuan ini fardu kifayah empat tadbir menjadi
imam/makmum kerana allah Taala.
Jenazah Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak lelaki ini fardu kifayah empat tadbir menjadi
Kanak- imam/makmum kerana allah Taala.
kanak Sahaja aku solat ke atas mayat kanak-kanak perempuan ini fardu kifayah empat tadbir
menjadi imam/makmum kerana allah Taala.

3. Takbir pertama

TIP HURAIAN
1 Tadbir pertama juga dipanggil takbiratul ihram.
2 Selepas mengangkat tadbir pertama
3 Diwajibkan membaca
4 Surah al Fatihah :

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 17

4. Takbir kedua
TIP HURAIAN
1 Apabila mengangkat takbir buat kali yang kedua
2 hendaklah membaca
3 Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
4 Lafas selawat (sekurang-kurangnya) :

5. Takbir ketiga
TIP HURAIAN
1 Mendoakan khusus kepada jenazah
2 untuk kebaikan dunia akhirat
3 serta menjauhkan dari fitnah kubur dan
4 azab api neraka.
5 Lafas doa jenazah lelaki (sekurang-kurangnya) :

Maksudnya : “Ya Allah, ampunilah dosa baginya, rahmatilah dia, afiatkan dan
ampunilah baginya segala dosa”.
Lafas doa jenazah perempuan (sekurang-kurangnya) :

Maksudnya : “Ya Allah, ampunilah dosa baginya, rahmatilah dia, afiatkan dan
ampunilah baginya segala dosa”.

6. Takbir keempat 18

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza

TIP HURAIAN
1 Membaca doa
2 selepas takbir keempat
3 sebelum memberi salam
4 adalah perkara yang sangat baik.
5 Lafas doa akhir jenazah lelaki.

7. Memberi salam.

TIP HURAIAN
1 Memberi salam yang pertama
2 adalah rukun dalam solat jenazah.
3 Tidak sah solat jenazah tanpa salam.
4 Waktu memberi salam
5 selepas takbir keempat
6 Memberi salam sebanyak 2 kali.
7 Ucapan salam seperti solat biasa
8 Dengan lafas :

Maksudnya : Salam (sejahtera) ke atas kamu dan semoga memperolehi rahmat
Allah.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 19

4.00 MENGKEBUMIKAN JENAZAH

4. MENGKEBUMIKAN JENAZAH

Baginda Rasulsullah SAW bersabda yang bermaksud :

Dari Abdullah ibn Abbas r.a katanya, Baginda Rasullullah SAW bersabda : “ Kubur yang berliang

lahad lebih afdal bagi kita umat Islam dan kubur yang digali seperti parit adalah pilihan bagi

umat yang lain”. (Riwayat Tirmizi)

Takrif Kebumi Jenazah

TIP HURAIAN
1 Proses memasukkan jenazah
2 orang Islam
3 yang sudah dimandikan
4 dikafan
5 disembahyangkan
6 keatasnya
7 kedalam tanah yang digali (liang lahad)
8 mengikut kedalaman dan ukuran
9 yang bersesuaian
10 berdasarkan syariat.

Syarat-syarat kebumi jenazah

TIP HURAIAN
1 Jenazah muslim (orang Islam)

tidak boleh dikebumikan
bersama mayat orang kafir @ sebaliknya.
Perkuburan Islam hanya
untuk orang Islam sahaja.
2 Disunatkan menguburkan jenazah
ditempat yang dikhaskan,
tapi, dibenarkan oleh syarak tanam
di tanah persendirian.
3 Jenazah para syuhada
ditanam & disemadikan di medan peperangan
iaitu tempat mereka syahid
dan tidak sesekali boleh dipindahkan (alih) ketempat lain.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 20

Apakah hukum kebumi jenazah.

Hukumnya fardu kifayah.

Takrif dan ciri-ciri tanah perkuburan.

TIP HURAIAN
1 Kubur @ makam
2 perlu diselaraskan kearah kiblat.
3 Jenazah dibaringkan
4 ke arah kiblat (di Kota Makkah).
5 Kedalaman liang kubur 7 kaki tinggi dan 3 kaki lebar.
6 Selepas ditimbus tanah dinaikkan maksimum 12 inci
7 untuk mengelak mendapan tanah
8 jika hujan turun.

Jenis-jenis liang lahad.

TIP HURAIAN
1 Liang lahad tepi – tanah lembut, seperti tanah liat tidak berbatu.
2 Liang lahat tengah – buat parit ditengah-tengah.
3 Liang biasa – meggunakan keranda.

Sebaik-baik pengkebumian jenazah.

TIP HURAIAN
1 Sebaik-baik menguburkan jenazah ialah
2 ke dalam tanah yang digali.
3 Tapi, jika berada di atas kapal
4 pelayaran yang panjang/lama
5 dibenarkan oleh syarak
6 untuk tenggelamkan jenazah.
7 Caranya, mengikat jenazah
8 dengan batu yang besar dan berat
9 supaya terus jatuh ke dasar laut.

Apakah tujuan kebumi jenazah.

TIP HURAIAN
1 Mengelakkan bau.
2 Jaga dan menghormati jenazah, tidak dimamah oleh binatang buas.
3 Mengikut arahan Allah SWT seperti yang disyariatkan, manusia kembali kepada kejadian asal.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 21

Mengusung jenazah ke tanah perkuburan

TIP HURAIAN
1 Mazhab Syafie bersepakat sunat dihantar jenazah

ketanah perkuburan dengan berjalan kaki.
2 Tapi dibolehkan bawa dengan kenderaan sekiranya jauh tempatnya.

Adab memasukkan jenazah ke liang lahad.

Hadis Rasulullah SAW

Mafhumnya :
Daripada Ibnu Abi Syaibah dan Bayhaqi daripada keterangan Abdullah bin Aid, bahawa memasukkan
mayat dalam kubur daripada arah kedua-dua kakinya, katanya: Ini adalah SUNNAH.

(Riwayat Abu Daud)

Adab menurunkan jenazah ke dalam liang lahad.

TIP HURAIAN
1 Sunat meletakkan kepala usungan (keranda)

di hujung kaki kubur.
2 Sunat mengeluarkan jenazah

dari usungan(keranda)
dengan mendahului bahagian kepala
dan diturunkan ke dalam kubur
melalui kaki kubur
dengan didahului kepalanya
secara perlahan-lahan.

Siapa yang layak turun ke liang lahad.

TIP HURAIAN
1 Sunat dimasuki

oleh lelaki sahaja
dengan bilangan ganjil
3 atau 5 orang.
2 Jika tiada lelaki, perempuan diharuskan oleh syarak.
3 Orang yang hendak menyambut jenazah
terdiri daripada mereka yang ada pertalian darah dan
paling rapat dengan jenazah.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 22

Cara memasukkan jenazah ke liang lahad.

TIP HURAIAN
1 Mayat diletakkan atas lambung kanan.

Wajahnya mengadap arah kiblat, dengan membaca

Bismillahi Wa’ala Millati Rasulullah
(dengan menyebut nama Allah dan dengan atas Sunnah Rasullullah)
2 Jika jenazah TIDAK mengadap arah kiblat
kubur digali semula, untuk tukar arah dan kedudukan jenazah.
3 Meletakkan jenazah rapat ke dinding.
4 Pipinya menyentuh dinding liang lahad.
5 Kedua-dua belah kakinya
bersandar ke dinding liang lahad.
TIP HURAIAN
6 Meleraikan ikatan
yang mengikat balutan kain kafan
daripada kepala hingga kaki jenazah.
7 Membuat 3 gumpalan ketulan tanah
menjadikan benteng kepada
kepala, badan dan kaki jenazah, seperti di bawah.

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 23

MEMBUAT 3 KEPAL TANAH

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 24

BUKTI KEPALAN TANAH DIBUAT:
Di dalam hadis diterangkan sebagai berikut:

1. "Sesungguhnya Rasulullah saw menghadiri suatu jenazah. Setelah mayat itu dikubur,
beliau mengambil segenggam tanah lalu dilemparkannya ke kubur itu sambil
mengucapkan "minha khalaqnakum" (daripadanya Kami jadikan kamu), kemudian
mengambil lagi yang lain dan mengucapkan "fiha nu'idukum" (padanyalah Kami
kembalikan kamu), kemudian mengambil pula yang lain untuk ketiga kalinya dan
mengucapkan "minha nukhrijukum taratan ukhra" (dan daripadanya Kami keluarkan
kamu pada kali yang lain).
(Riwayat Ahmad dan al-hakim dari Abu Umamah)

2. Di dalam satu hadis yang lain diterangkan bahwa setelah jenazah Ummu Kulsum
binti Rasulullah saw diletakkan ke kuburnya, Rasulullah saw mengucapkan:

"Daripadanya (tanah) Kami jadikan kamu, dan kepadanya Kami kembalikan kamu,
serta daripadanya Kami keluarkan kamu sekali lagi dengan nama Allah, dan di jalan
Allah serta atas agama Rasulullah."
(Riwayat Ahmad dan al-hakim dari Abu Umamah)

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 25

Menutup liang lahad.

TIP HURAIAN
1 Setelah jenazah dibaringkan

disunatkan menutup liang lahad
dengan papan kayu dan seumpama dengannya.

Perkara sunat selepas mengkebumikan jenazah.

TIP HURAIAN
1 Menyiram air

+ Sunat mengikut Ijma Ulama.
+ Berdasarkan perbuatan Baginda Rasullullah SAW
+ yang menyiram air ke atas pusara (makam)
+ putera Baginda iaitu Saiyidina Ibrahim dan
+ sahabatnya Uthman bin Maz’un.
2 Berdoa bagi simati
+ Dalil diambil dari sebuah hadis daripada sahabat baginda, Saiyidina Uthman ibn Affan r.a.
Hadis Rasullullah SAW
Mafhumnya :
+ Daripada Saiyidina Uthman bin Affan r.a, (menjadi kelaziman Rasullullah SAW, apabila

selesai menanam mayat, Baginda berdiri ditepi kubur lalu bersabda) : “Mohonlah
keampunan bagi saudara kamu(simati). Semoga Allah mengampunkan dosa baginya.
Mintaklah juga agar hatinya tetap kerana sekarang dia sedang disoal”. (Riwayat Abu Daud)
3 Membaca talqin dan nasihat kepada yang hadir
+ Berdasarkan hadis di atas,
+ kita disunatkan untuk berdoa dan bertalqin
+ agar hati saudara kita tetap dengan pegangan agama Islam dan
+ teguh apbila disoal kelak.

TAMAT 26

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza

Buku Pengurusan Jenazah #ahsabiza 27


Click to View FlipBook Version