The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by F1052 Zarrin Aimi, 2023-11-26 23:40:46

MPU20132-SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

MUHAMMAD AKHMAL HAZIM
AHMAD DANISH
ZARRIN AIMI

MPU20132- PENGHAYATAAN ETIKA DAN PERADABAN PUAN RIBHAN BINTI IBRAHIM E-FOLIO SISTEM PENTADBIRAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA


MUHAMMAD AKHMAL HAZIM BIN ZAKARIAH 06DEM21F1039 ZARRIN AIMI BIN AZMAN 06DEM21F1052 AHMAD DANISH BIN AZMAN 06DEM21F1073


Isi Kandungan 01 2.0 03 04 Pengenalan Kesimpulan Rujukan Pengasas Melaka Perkembangan politik Melaka Hukum kanun Melaka dan Undang-undang laut Melaka Pemerintahan kerajaan Melaka Faktor-faktor kegemilangan 2.1 2.2 2.3 2.4


Pengenalan Sistem pentadbiran zaman Kesultanan Melayu Melaka adalah berdasarkan kepada struktur kerajaan yang berpusat di sekitar Sultan Melaka. Kesultanan Melaka diperintah oleh sultan yang merupakan ketua tertinggi, dan beliau dianggap sebagai pemerintah yang mendapat kedaulatan daripada Allah. Sistem ini menggunakan kerajaan absolut di mana kuasa tertinggi berada di tangan sultan. Baginda dibantu oleh pegawai-pegawai penting seperti bendahara, temenggung, dan laksamana untuk membantu mentadbir kerajaan dan tugas pentadbiran yang berbeza. Adat istiadat Melayu juga turut mempengaruhi struktur dan kestabilan pentadbiran dalam kesultanan tersebut. Sistem ini telah memberi kesan yang besar dalam sejarah politik, ekonomi, dan sosial di rantau Asia Tenggara.


2.0 Pengasas Melaka -Melaka diasaskan pada awal abad ke-15. Pada tahun 1391, kerajaan Sriwijaya telah diserang oleh kerajaan Majapahit. Ini menyebabkan Putera Raja Palembang yang bernama Parameswara dan para pengikutnya mengundurkan diri hingga ke temasik. -Setelah menewaskan penguasa pulau tersebut iaitu Sang Aji Singapura yang merupakan menantu kepada Raja Siam,Parameswara telah bertakhta di Singapura. Namun, pada tahun 1398, Ayudhya telah -Ketika Parameswara sampai di Melaka di situ telah pun wujud sebuah perkampungan nelayan. Parameswara menamakan kawasan tersebut "MELAKA" iaitu bersempena dengan nama sebatang pohon yang bernama MALAKA. membuat serangan balas ke atas Singapura dan membuat kan Parameswara serta pengikutnya mengundurkan diri ke semenanjung Tanah Melayu


Parameswara membuka petempatan di Melaka,dengan menyediakan kelengkapan perahu dan pelabuhan yang membolehkan melaka muncul sebagai sebuah tapak perdagangan antarabangsa. Pada tahun 1403,seorang duta telah tiba dari negara China,iaitu Yin Ching yang membawa hadiah untuk Parameswara sebagai bukti pengiktirafan.Maharaja Yung Lo iaitu maharaja negara China dari dinasti Ming pada waktu itu mengetahui tentang kedudukan Melaka daripada utusan dan saudagar saudagar yang datang dari timur tengah seperti Arab dan Parsi. Pada tahun 1405,utusan dari Melaka mengiringi Yin Ching kembali ke negara China.Kedaulatan Melaka diiktiraf secara rasmi dan Parameswara ditabalkan sebagai raja. Pada tahun 1409,Laksamana Cheng Ho dari negara China telah menghadiahkan alat2 kebesaran diraja di samping sebuah prasasti kepada Parameswara. Perkembangan politik Melaka


Parameswara / Iskandar Syah 1400-1414 Sultan Megat / Mahkota Iskandar Syah 1414-1424 Sultan Abu Syahid 1444-1445 Sultan Muhammad Syah 1424-1444 Sultan Muzaffar Syah 1445-1456 Sultan Mansur Syah 1456-1477 Sultan Alauddin Riayat Syah 1477-1488 Sultan Ahmad Syah 1510-1513 Sultan Mahmud Syah 1488-1510 & 1513-1528 Pemerintahan Kerajaan Melaka


▶Kesultanan Melayu Melaka dikenali sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai sistem pentadbiran yang tersusun.Sultan merupakan pemerintah tertinggi dan dibantu oleh sistem pembesar. ▶Sistem pembesar utama yang membantu sultan dalam mentadbir Melaka ialah sistem pembesar empat lipatan yang terdiri daripada bendahara , penghulu bendahari , temenggung dan laksamana.


▶Selain pembesar utama, sistem pemerintahan Melaka dibantu oleh pembesar 8,16 dan 32. Pembesar empat dibantu oleh pembesar lapan manakala pembesar 8 dibantu oleh pembesar 16 dan 32.Pembesar 8 adalah golongan pentadbir yang penting dalam sistem pemerintahan kesultanan melayu Melaka iaitu syahbandar dan hulu balang besar. ▶Syahbandar merupakan pegawai pelabuhan. Hulu balang besar pula menjalankan tugas sebagai panglima perang, ulama, mandulika, tentera, mantera, seri Bija Diraja,bentara,chetria,orang kaya dan bangsawan.


Undang-Undang Fasal/Bab Isi Kandungan Hukum Kanun Melaka 44 Fasal -Tanggungjawab Raja dan pembesar -Pantang larang dalam kalangan anggota masyarakat. -Permasalahan ibadah, ekonomi (Muamalah), dan Undangundang keluarga (Munakahat) -Hukuman terhadap kesalahan jenayah mengikut syariah islam Undang-Undang Laut Melaka 24 Fasal -Hal yang berkaitan dengan maritim dan perdagangan. -Tugas-tugas nahkoda yang diumpamakan sebagai iman dan anak buah kapal sebagai makmum. Hukum Kanun Melaka Dan Undang-Undang Laut Melaka


Faktor-Faktor kegemilangan Melayu Melaka (i) Faktor Semula jadi atau Geografi (ii) Faktor Ekonomi (iii) Faktor Politik & Pentadbiran


Faktor SemulaJadi & Geografi 01 02 Kedudukan geografinya yang terletak di tengah-tengah jalan laut perdagangan antarabangsadan berperanan sebagai penyambung pasaran perdagangan utama, di benua India dan benua China. Memiliki kelebihan dari segi kedudukan 'di pertemuan angin monsun ' iaitu Angin Monsun Timur Laut dan Angin Monsun Barat Daya. 03 04 Kedudukan Melaka di Selat Melaka kerana selat ini ialah sebuah lorong sempit yang mesti dilalui oleh semua pedagang luar untuk kemana-mana destinasi . Orang Melayu Pesisir memainkan peranan penting sebagai penjual dan pengedar hasil hutan .


Peta empayar Kesultanan Melayu Melaka


Faktor Ekonomi Melaka dilimpahi kemewahan barang-barang dagangan dari negara luar. Selain itu, kekayaan hasil serantau seperti rempah, hasil rotan, kayu dan damar sebagai barang dagangan yang penting ketika itu . Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan perdagangan utama dengan peranan sebagai pelabuhan entrepot yang maju .


rotan rempah ratus Sumber Ekonomi Di Melaka


Faktor Politik & Pentadbiran Hubungan rapat antara Melaka dengan China memberi peluang kepada Melaka memperoleh perlindungan politik. Hal ini dapat mengelakkan Melaka dari ancaman Siam yang kuat ketika itu. Melaka mempunyai ciri keselamatan dan keentaraan yang lengkap, terutama dengan penglibatan Orang Laut dan tokoh-tokh kerajaan . Penggunaan bahasa melayu sebagai bahasa perantaraan ( lingua franca ) membolehkan komunikasi di Melaka berjalan dengan lancar .


Click to View FlipBook Version