The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by atirahkhalid12, 2022-11-16 11:58:56

Slide Kampung Santubong

Slide Kampung Santubong

Sejarah Pembukaan dan
Perkembangan Pembangunan
Kampung Santubong dari Tahun

2000 hingga Tahun 2015

SITI ATIRAH BINTI KHALID
U6C

KAMPUNG SANTUBONG

OBJEKTIF KAJIAN

• Untuk mengetahui asal-usul pembukaan Kampung Santubong
dan kawasan sekitar dari tahun 2000 hingga tahun 2015.

• Untuk menilai sejauh mana perkembangan pembangunan di
kawasan Kampung Santubong dari tahun 2000 sehingga tahun
2015.

• Untuk menjelaskan kepada masyarakat khususnya penduduk
Sarawak tentang latar belakang dan perkembangan
pembangunan yang tercatat di kawasan berkenaan.

PENGENALAN PEMBUKAAN KAMPUNG

SEJARAH Istilah ‘Kampung’ pula
‘pembukaan’ ditakrifkan
Kamus Dewan
Edisi Keempat dicatatkan sebagai kawasan
menyatakan sebagai memulai kediaman yang
bahawa istilah atau memulakan terdiri daripada

‘sejarah’ sesuatu. sekumpulan
bermaksud rumah di
peristiwa yang
benar-benar kawasan luar
berlaku pada bandar, desa, dan
masa lampau.
dusun.

SEJARAH PEMBUKAAN
KAMPUNG SANTUBONG

• Salah sebuah kawasan di dalam wilayah • Pada tahun 1949, di bawah pimpinan
kebudayaan Sarawak yang terbukti Tom Harrisson, telah berhasil
pernah menjadi negeri ialah di Kuala mengumpulkan ribuan pecahan
Sungai Sarawak yang besar dikenali tembikar China di Santubong.
sebagai Santubong.
• Hasil dari kajian yang dilakukan ke atas
• Malah di sini merupakan kawasan tembikar ini serta artifak-artifak
pertama dilakukan kerja-kerja arkeologi keagamaan Hindu mereka berpendapat
bukan saja dalam konteks Sarawak baru bahawa Santubong sebagai politi sudah
dan lama tetapi juga dalam konteks wujud sejak abad ke-7 lagi dan terus
keseluruhan pulau Borneo. kekal hingga abad ke-10 atau abad ke-
14.
• Tanda-tanda tentang peri pentingnya
kawasan Santubong sebenar dicetuskan • Penemuan bahan-bahan arkeologi di
oleh penemuan Nandi dan Yoni oleh kawasan Santubong ini mencetuskan
James Brooke tidak lama setelah menjadi pelbagai tafsiran dan pendapat.
"raja" Sarawak.

• Kampung Santubong, Kuching, Sarawak • Bukan itu sahaja, perkampungan
merupakan sebuah perkampungan yang Melayu itu turut menyimpan banyak
terletak kira-kira 33 kilometer dari nukilan sejarah penting yang wajar
Bandaraya Kuching dengan melalui Jalan dikunjungi jika berada di sekitar
Sultan Tengah. bandaraya Kuching.

• Wujud sebagai sebuah perkampungan • Selain itu, kawasan ini turut
nelayan asalnya, Kampung Santubong mempunyai kemudahan yang amat baik
kini sudah jauh bergerak ke hadapan dan dan lengkap dengan kemudahan
kampung itu kini adalah salah satu pendidikan dan kemudahan lain untuk
destinasi pelancongan yang amat dikenali penduduk sekitarnya.
dan berpotensi.

• Di sini juga terpahatnya bukti sejarah
awal pentadbiran di negeri ini dengan
tersergamnya Makam Sultan Tengah.

Perkembangan Pembangunan
Infrastruktur Kampung Santubong

dari Tahun 2000 sehingga Tahun
2015

MASJID NURIR RAHMANI

• Mulai dibina pada tahun 2013 dan siap sepenuhnya
untuk kegunaan orang ramai pada tahun berikutnya.

• Selepas beroperasi lebih setahun, Masjid Nurir
Rahmani Kampung Santubong akhirnya
dirasmikan oleh Bekas Perdana Menteri Malaysia
yang ke-6 iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2
Mei 2015.

• Masjid ini bernilai RM3 juta dan dapat memuatkan
seramai 1,500 jemaah.

• Selain digunakan untuk beribadah, masjid tersebut
turut menjadi pusat kelas agama, ceramah,
program perayaan Islam dan kelas tuisyen.

PUSAT PETANQUE SARAWAK

• Dengan keluasan sebesar 2.2 ekar yang terletak di Kampung
Santubong ia boleh memuatkan sebanyak 200 orang penonton.
Pusat ini terdiri daripada 8 gelanggang di mana 4 daripadanya
adalah gelanggang berganda.

• Siap dibina pada September 2015, Kampung Santubong bakal
menjadi pusat kecemerlangan sukan petanque.

• Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Dr Abdul
Rahman Junaidi berkata kerajaan negeri telah meluluskan
peruntukan sejumlah RM5 juta bagi membina kompleks tersebut.

• Kelulusan juga sudah diberikan kepada Persatuan Petanque
Sarawak (PPS) untuk menjadikan Kampung Santubong sebagai
pusat latihan atlet-atlet Sarawak.

• Kompleks Sukan Petanque ini turut menjadi tempat bagi acara
petanque Sukan Malaysia (SUKMA ) 2016 berlangsung.

THE VILLAGE HOUSE

● The Village House by Singgahsana terletak di
Kampung Santubong, 31 kilometer dari Kuching, ibu
kota negeri Sarawak, pintu masuk yang sempurna ke
pulau Borneo.

● The Village House, yang terletak di Kampung
Santubong telah memenangi Anugerah Pilihan Pakar
2019 dari TripExpert.

● Reka bentuk Village House diilhamkan oleh senibina
vernakular Melayu, Cina, dan Dayak tempatan.

● Makanan dan minuman yang dihidangkan merangkumi
pelbagai hidangan khas Sarawak.

● Rumah inap desa tersebut telah dibuka sejak 2007 dan
memerlukan hanya sembilan bulan untuk disiapkan.

PROJEK KAWALAN HAKISAN PANTAI

• Sejumlah RM39.5 juta telah diluluskan untuk Projek Pengawalan Hakisan Pantai di Sarawak di bawah
RMK-11.

• Setengah juta ringgit turut diluluskan untuk menyambung semula projek tembok penahan untuk
melindungi Kampung Santubong dari ombak laut yang terhempas.

• Difahamkan, projek yang akan dilaksanakan oleh Atica Construction, telah selesai pada 2 Ogos 2014.

• Pekerjaan meliputi pembangunan revetment batuan 150m serta peningkatan dinding penahan konkrit
350m yang akan menggabungkan jalan setapak.

• Selain Kampung Santubong, tembok penahan juga dibina di Kampung Buntal yang berdekatan untuk
melindungi kampung dari air pasang serta mengatasi masalah hakisan tanah di sana.

• Dengan tembok-tembok ini dan tanah yang ditambak, kedua-dua desa siap memiliki tepi laut sendiri.

• Tepi pantai ini akan mempunyai jalan untuk orang-orang menikmati jalan-jalan santai di tepi pantai
dan juga gerai makanan yang akan meningkatkan keuntungan ekonomi penduduk kampung.

PROJEK TEMBOK PENAHAN

● Projek tembok penahan dibina untuk menghalang ● Laluan pejalan kaki dan tembok penahan
hakisan dan banjir yang sering kali menimpa sepanjang 400 meter juga akan dibangunkan untuk
penduduk kampung setiap kali musim tengkujuh. meningkatkan struktur dan menyediakan kawasan
rekreasi untuk masyarakat setempat.
● Pembinaan tembok penahan di sepanjang pantai
Kampung Santubong, Klinik Kesihatan dan Pantai ● Projek tersebut mengambil masa kira-kira 18
Puteri bertujuan untuk mengatasi masalah hakisan bulan untuk disiapkan sepenuhnya sebelum dibuka
pantai serta melindungi kampung, penduduknya dan kepada orang ramai.
kemudahan awam dalam jangka masa panjang.
● Bantuan RM1 juta dari Kementerian Pelancongan
● Skop projek ini melibatkan pembinaan tembok dan Kebudayaan Sarawak turut diberikan untuk
penahan sepanjang 1.138 meter di hadapan memasang lampu jalan di sepanjang jalan dan
Kampung Santubong, Klinik Kesihatan dan Pantai memperindah kawasan itu pada malam hari.
Puteri untuk mencegah hakisan pantai dan kerosakan
harta benda.

SEKIAN, TERIMA KASIH.


Click to View FlipBook Version