NOVEL JEJAK MONPUS
WATAK & SINOPSIS UMUM
AMIRATUL ULYA BINTI NURI BAKHTIAR SHAH
2 AL-BIRUNI
- Anak tunggal dalam keluarga dan berumur 22 tahun.
- Ayahnya meninggalkan keluarga sewaktu dia berumur 10 tahun.
- Mempunyai minat yang mendalam terhadap serangga sejak kecil lagi.
- Mengambil jurusan Biologi di Fakulti Sains Hayat, Universiti Teknologi Malaysia.
- Tinggal Bersama-sama ibunya, Puan Qistina di Kampung Maju Jaya.
- Seorang yang menghargai masa.
- Seorang yang bertanggungjawab.
- Zahar tekun belajar demi menggembirakan ibu yang telah membesarkannya
seorang diri Sejak dia berumur 10 tahun lagi.
- Ibu kepada Zahar.
- Bekerja sebagai seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Sri Yasin.
- Seorang yang cantik dan bergaya walaupun umurnya dalam lingkungan 40-an.
- Seorang guru yang berdedikasi, rajin dan komited terhadap kerjanya.
- Seorang yang tegas
- Seorang yang penyayang
- Seorang kutu kampung yang terlibat dalam aktiviti menghidu gam.
- Ditangkap dan dibelasah oleh Zahar sewaktu cuba mencuri tong gas di rumah Zahar.
- Dia menuduh Zahar sebagai punca ulat bulu berintik hitam menyerang Kampung Maju
Jaya.
- Dia seorang yang kuat cemburu. Dia cemburu akan kejayaan Zahar yang sering mendapat
anugerah dan pingat
- Merupakan anak sulung daripada lima beradik.
- Rakan sekuliah dan sekampung dengan Zahar.
- Seorang gadis yang cantik, lemah lembut, tertib dan sopan.
- Seorang yang mengambil berat akan diri Zahar. Sewaktu Zahar ditikam oleh Ripin, dia
sangat sedih dan memberi semangat kepada Zahar untuk pulih.
- Sahabat baik Zahar dan Fikri serta rakan sekuliah Zahar.
- Mempunyai hubungan baik dengan keluarga Zahar.
- Bersama-sama dengan Fikti menemani Zahar semasa di Pulau Pisang.
- Sahabat baik dan rakan sekuliah Zahar.
- Menjadi teman Zahar sewaktu mereka mencari spesies Pus Pus di Pulau Pisang.
- Membantu Zahar membuat penyiasatan hingga tertangkapnya Ripin dan rakannya.
- Menjadi tempat Zahar mengadu apabila ditimpa masalah.
SINOPSIS UMUM :
Zahar seorang penuntut jurusan Biologi, Fakulti Sains Hayat di Universiti Teknologi Mayaysia
(UTM). Dia begitu obsess dengan dunia serangga Sejak kecil lagi. Minat Zahar terhadap dunia
serangga terutamanya ulat bulu dan rama-rama semakin mendalam sehingga dia membina
sebuah makmak kecil di sebelah rumahnya. Puan Qistina, iaitu ibu Zahar merupakan seorang
guru di Sekolah Menengah Sri Yasin. Beliau sentiasa memberikan galakan kepada Zahar untuk
mengembangkan minatnya. Zahar seorang penuntut yang sangat berdedikasi. Zahar telah
menerima banyak anugerah atas penyelidikan dan inovasi yang dijalankan bersama-sama
dengan pihak universiti. Terdapat pelbagai spesies ulat bulu yang dikumpulkan oleh Zahar
di dalam makmalnya. Namun begitu, terdapat satu spesies yang paling disayangi oleh Zahar
yang dinamakannya Pus Pus. Keadaan fizikal Pus Pus yang lemah membuatkan Zahar risau.
Zahar mengambil keputusan untuk ke Pulau Pisang bersama-sama Fikri dan Malcom. Zahar
mahu mencari spesies baharu untuk diklonkan dengan Pus Pus.
SINOPSIS UMUM :
Dia bernasib baik kerana telah menjumpai seekor ulat bulu yang cantik yang
dinamakan Monarch. Zahar telah mengklonkan Monarch dengan Pus Pus dan menghasilkan
Morgan. Sesuatu yang aneh telah berlaku. Morgan mengalami perubahan, iaitu ada sayap kecil
di kiri dan di kanan abdomennya. Selepas itu, berlaku sesuatu yang menggemparkan penduduk
Kampung Maju Jaya apabila beribu-ribu ulat bulu berintik hitam telah menyerang kampung
tersebut. Ripin dan beberapa orang pemuda kampung datang ke rumah Zahar dan menuduh
Zahar sebagai punca serangan ulat bulu tersebut. Puan Qistina berjanji akan memanggil pihak
Jabatan Kesihatan untuk menyiasat kejadian yang berlaku. Dua hari selepas itu, Unit Kawalan
Bawaan Vektor, beberapa orang pegawai kesihatan, dan pihak polis dari Unit Forensik telah
datang ke Kampung Maju Jaya. Mereka menggeledah makmal Zahar tetapi tidak menjumpai
apa-apa selain ulat bulu dan pelbagai jemis rama-rama.
Warung kopi Pak Mail kecoh. Berita tentang serangan ulat bulu di kampung mereka
tersiar dalam surat khabar. Pak Mail, Manaf, Jusoh, Ahmad, Usop dan Ripin menyalahkan
Zahar atas kejadian yang berlaku di kampung mereka. Perbualan mereka terhenti apabila
melihat Zahar dan ibunya tiba. Ripin meluru keluar dari warung itu dan bertekak dengan
Zahar. Qistina cuba meleraikan mereka. Kata-kata kesat Ripin terhadap Qistina membuatkan
Zahar berasa amat marah.
SINOPSIS UMUM:
Pergaduhan antara Zahar dan Ripin berlaku. Ripin telah melibaskan pisau lipat ke badan
Zahar. Pisau tersebut terkena pada bahu Zahar. Zahar terpaksa dirawat di Hospital Pontian.
Akhirnya, Zahar dibenarkan pulang dan diberi cuti sakit selama seminggu. Zahar melayari
Internet dan membaca buku tentang ulat bulu. Zahar menemui jawapan dan penyelesaian bagi
masalah yang melanda. Zahar mengajak Fikri menemaninya ke Pulau Pisang. Di Pulau Pisang,
mereka telah menjumpai beberapa ekor ulat bulu yang mirip dengan spesies Morgan. Ulat-ulat
bulu itu sedang makan daun hijau bersaiz lebar. Zahar yakin bahawa Morganlah penawar bagi
serangan ulat bulu di kampungnya. Pada suatu malam, Zahar terpaksa mengorbankan Morgan.
Keesokkannya, selepas kuliah tamat, Zahar panik apabila Akhirnya, melalui proses eksperimen
yang rumit maka terhasillah racun serangga khusus untuk membunuh ulat bulu berintik hitam
yang telah menyerang penduduk Kampung Maju Jaya.
Pada akhir cerita, Zahar telah berjaya menerima Anugerah Biasiswa Kerusi Canselor daripada
Universiti Oxford London. Majlis tersebut menjadi detik yang paling menggembirakan Zahar
kerana anugerah tersebut disampaikan oleh ayahnya sendiri, Doktor Baharuddin yang kini
menjadi tenaga pengajar di universiti tersebut. Kegembiraan Zahar semakin bertambah apabila
bapa yang sangat dirinduinya telah melamar ibunya semula.
SINOPSIS UMUM:
Serangan ulat bulu berintik hitam di Kampung Maju Jaya mempunyai hikmah yang
tersembunyi. MONPUS bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa tetapi telah menyambung
hubungan yang sekian lama terputus. bahan uji kajinya, botol beracun dan buku formulanya
hilang. Zahar dan Ripin melakukan siasatan dan mendapati Ripinlah yang bertanggungjawab.
Zahar dan Fikri ke balai polis untuk membuat laporan. Seminggu kemudian, Ripin telah
ditangkap polis untuk membantu siasatan berhubung dengan sindiket penjualan benih cambah
sawit secara haram dan pemalsuan dokumen urus niaga menggunakan logo Sime Darby
Plantation dan Felda Agriculture Services Sdn. Bhd. (FASSB). Kegiatan Ripin dan beberapa
orang anak muda kampung terbongkar. Mereka didapati mengusahakan tapak benih cambah
sawit secara haram. Semasa penggeledahan dibuat di stor Ripin, pihak polis menjumpai bahan
penting yang hilang seminggu yang lalu. Formula ciptaan Zahar akhirnya telah berjaya. Setelah
dipatenkan, formula Zahar menjadi produk yang dikomersialkan dan diberi nama MONPUS.
Nama MONPUS ialah gabungan antara ulat bulu Morgan dan Pus Pus yang telah dijejaki sekian
lama.