The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by tuttt, 2022-05-18 03:10:29

Makroekonomi ( Penggal 2 )

Makroekonomi ( Penggal 2 )

Modul PdP Ekonomi P2

(b) J, W E4 S+T+M
E3
1200 S+T
700 I+G+X
0 I+G

– 100 3000 4000 Y

(c) Eksport bersih =X–M
= 500 – [100 + 0.2(3000)]
= 500 – (100+600)

= 500 – 700
= – RM200juta

(d) C = 260 + 0.8(Y-T)
= 260 + 0.8(3000-200)
= 260 + 0.8(2800)
= 260 + 2240
= RM2500juta

Peratus sumbangan penggunaan = 2500/3000 x 100
= 83.33%

Peratus sumbangan eksport = 500/3000 x 100
= 16.67%

Sektor yang memberikan sumbangan tertinggi ialah penggunaan isi rumah.

Makroekonomi 51

Modul PdP Ekonomi P2

SOALAN PENGAYAAN :

BAHAGIAN A (SOALAN OBJEKTIF) :

1. Antara yang berikut, yang manakah merupakan komponen perbelanjaan agregat?

A Eksport dan import
B Tabungan dan cukai
C Penggunaan dan tabungan
D Pelaburan dan perbelanjaan kerajaan

2. Yang manakah di antara pemboleh ubah berikut akan menambahkan saiz bocoran?
A Kenaikan Import
B Kenaikan Eksport
C Kenaikan pelaburan
D Kenaikan perbelanjaan kerajaan

3. Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara pendapatan dan penggunaan isi rumah bagi

sebuah ekonomi.

Pendapatan Penggunaan
(RM juta) (RM juta)

0 1500

2000 3000

4000 4500

6000 6000

Fungsi tabungan bagi ekonomi ini ialah
A S = – 1500 + 0.25 Y
B S = – 1500 + 0.75 Y

C S = 1500 + 0.25 Y

D S = 2000 + 0.75 Y

4. Penyataan yang manakah tidak benar tentang keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi
dua sektor?
A Pendapatan isi rumah akan dibelanjakan dan ditabung.
B Penawaran agregat terdiri daripada penggunaan dan pelaburan.
C Pelaburan merupakan suntikan dan tabungan merupakan bocoran.
D Keseimbangan berlaku apabila pendapatan sama dengan penggunaan dan pelaburan.

5. Pertambahan perbelanjaan kerajaan akan memberi kesan kepada pertambahan pendapatan negara
jika
A nilai kecenderungan mengguna sut semakin kecil
B nilai kecenderungan menabung sut semakin kecil
C nilai kecenderungan mengguna purata semakin kecil
D nilai kecenderungan menabung purata semakin kecil

6. Andaikan dalam sebuah ekonomi tertutup fungsi tabungan ialah S = –150  0.25Y dan pelabuaran
ialah RM100 juta. Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?
A RM500 juta
B RM1000 juta
C RM1500 juta
D RM2500 juta

Makroekonomi 52

Modul PdP Ekonomi P2

7. Dalam ekonomi tiga sektor, jika nilai kecenderungan menabung sut ialah 0.2 dan perbelanjaan
kerajaan meningkat sebanyak RM100 juta maka pendapatan negara akan meningkat sebanyak
A RM12.5 juta
B RM80 juta
C RM125 juta
D RM500 juta

8. Nilai pendapatan negara pada tingkat keseimbangan ekonomi terbuka adalah lebih kecil daripada
tingkat pendapatan ekonomi tiga sektor jika
A import melebihi eksport
B pelaburan melebihi tabungan
C tabungan melebihi pengguna
D perbelanjaan kerajaan melebihi cukai

9. Gambar rajah di bawah menunjukkan ekonomi mencapai tingkat guna tenaga penuh pada Yf.

AE
Y = AE

AE
E

200

450 Y Y
0 Yf

Jika Yf ialah RM600 juta dan kecenderungan menabung sut ialah 0.25, berapakah jumlah
pelaburan yang perlu dikurangkan untuk mencapai guna tenaga penuh?
A RM50 juta
B RM200 juta
C RM266.67 juta
D RM800 juta

10. Dalam sebuah ekonomi tanpa kerajaan, diberi pelaburan ialah RM 300. Jika pendapatan negara
pada keseimbangan ialah RM 3000, yang manakah fungsi penggunaan dalam ekonomi tersebut?
A 10 + 0.75Y
B 300 + 0.8Y
C 450 + 0.75Y
D 500 + 0.8Y

11. Yang manakah merupakan ciri perbelanjaan kerajaan?
A Jumlahnya ditentukan oleh jumlah hasil cukai yang diterima
B Jumlahnya tiada mempunyai kaitan dengan tingkat pendapatan negara
C Semakin tinggi pendapatan negara semakin besar perbelanjaan kerajaan
D Semakin kurang pendapatan negara semakin besar perbelanjaan kerajaan

12. Yang manakah akan mengalihkan keluk permintaan aggregat (AD) ke kanan?
A Kadar cukai pendapatan semakin meningkat
B Harga input pengeluaran semakin meningkat
C Penduduk tempatan banyak melancong ke luar negara
D Negara asing mengalami pertumbuhan ekonomi yang cepat

Makroekonomi 53

Modul PdP Ekonomi P2

13. Komponen perbelanjaan agregat (dalam RM juta) bagi sebuah ekonomi terbuka adalah seperti
berikut :
C = 100 + 0.75 Yd
I = 150
G = 100
T = 40
X = 120
M = 0.1Y

Dengan C = perbelanjaan penggunaan, I = pelaburan, G = perbelanjaan kerajaan, X = eksport,
M = import.

Berapakah pendapatan negara pada tingkat keseimbangan?
A RM676.92 juta
B RM1257.14 juta
C RM1342.85 juta
D RM1428.57 juta

14. Dalam gambar rajah di bawah, AD ialah keluk permintaan agregat dan AS ialah keluk
penawaran agregat sebuah negara.

P AS1

AS0

P1 E1

E0
P0

AD

0 Y1 Y0 0 Y benar

Perubahan pendapatan negara benar dari Y0 ke Y1 disebabkan oleh

A pelaburan asing berkurang

B harga petroleum meningkat

C tingkat teknologi meningkat

D berlaku pertumbuhan ekonomi

15. Jika keluk penawaran agregat adalah tetap manakala keluk permintaan agregat meningkat,
keadaan ini akan menyebabkan
A tingkat harga dan pendapatan negara jatuh
B tingkat harga dan pendapatan negara akan meningkat
C tingkat harga meningkat dan pendapatan negara jatuh
D tingkat harga jatuh dan pendapatan negara meningkat

Makroekonomi 54

Modul PdP Ekonomi P2

BAHAGIAN B (SOALAN ESEI) :

1. (a) Dengan memberikan contoh berangka, terangkan bagaimana proses pengganda pelaburan

berlaku. [6]

(b) Terangkan faktor yang mempengaruhi saiz pengganda bagi sebuah ekonomi dua sektor. [4]

2. (a) Apakah maksud bocoran dan suntikan dalam teori penentuan pendapatan negara? [4]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat–pendapatan, huraikan kesan

pertambahan bocoran terhadap keseimbangan pendapatan negara dalam ekonomi tiga sektor.

[6]

3. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan cukai sekaligus? Terangkan bagaimana cukai sekaligus

mempengaruhi perbelanjaan penggunaan. [4]

(b) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan cukai sekaligus ke atas

i. perbelanjaan agregat

ii. keseimbangan pendapatan negara [6]

4. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat–pendapatan (AE–Y), terangkan [5]
bagaimana, [5]
(a) perubahan perbelanjaan kerajaan dapat mengatasi pengangguran.
(b) perubahan cukai sekaligus dapat mengatasi inflasi.

5. (a) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan–bocoran, bagaimanakah tingkat keseimbangan

pendapatan negara dalam ekonomi terbuka ditentukan. [6]

(b) Apakah yang akan terjadi kepada tingkat keseimbangan ekonomi terbuka jika eksport

bertambah? Tunjukkan dengan menggunakan gambar rajah suntikan – bocoran. [4]

6. Dengan menggunakan gambar rajah perbelanjaan agregat–pendapatan (AE–Y), jelaskan [5]
bagaimana perkara yang berikut mempengaruhi tingkat kegiatan ekonomi sesebuah negara. [5]
(a) Kerajaan meningkatkan kadar cukai keuntungan syarikat.
(b) Syarat kemudahan sewa beli dan kredit dilonggarkan.

7. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat–penawaran agregat (AD–AS), terangkan

kesan perkara berikut terhadap pendapatan negara dan tingkat harga:

(a) Pengurangan cukai pendapatan [5]

(b) Kenaikan upah sebagai hasil tuntutan kesatuan sekerja [5]

8. (a) Jelaskan dua faktor yang mempengaruhi import sebuah negara. [4]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah suntikan-bocoran, jelaskan kesan peningkatan [6]
kecenderungan mengimport sut terhadap keseimbangan pendapatan negara.

9. (a) Terangkan tiga faktor yang menyebabkan peningkatan penawaran agregat. [6]
(b) Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), [4]
huraikan kesan peningkatan penawaran agregat terhadap ekonomi.

10. Dengan menggunakan gambar rajah permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS), huraikan

kesan perubahan berikut terhadap tingkat keseimbangan pendapatan negara,

(a) Kenaikan kadar bunga [5]

(b) Peningkatan teknologi [5]

Makroekonomi 55

Modul PdP Ekonomi P2

BAHAGIAN C (SOALAN KUANTITATIF) :

1. Jadual di bawah menunjukkan hubungan di antara tabungan dengan pendapatan negara dalam
sebuah ekonomi.

Pendapatan Negara (RM juta) 800 1600 2400 3200
Tabungan (RM Juta) – 200 0 200 400

(a) Hitung nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) dan kecenderungan menabung sut (MPS).

[2]

(b) Nyatakan fungsi penggunaan dan tabungan dalam sebutan pendapatan negara. [2]

(c) Jika diandaikan pelabuaran, perbelanjaan kerajaan dan cukai masing-masing sebanyak RM250

juta, RM200 juta dan RM100, hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2]

(d) Apabila kerajaan menurunkan cukai sebanyak RM50 juta, hitung tingkat keseimbangan

pendapatan negara yang baru. [2]
(e) Lakarkan gambar rajah perbelanjaan agregat-pendapatan (AE–Y) bagi menunjukkan

keseimbangan pendapatan negara sebelum dan selepas cukai. [2]

2. Berikut ialah data komponen perbelanjaan dalam ekonomi tertutup (RM juta).
Fungsi penggunaan (C) = 500 + 0.75Y dan pelaburan (I) = 250,

(a) Apakah maksud keseimbangan pendapatan negara? [1]

(b) (i) Hitung keseimbangan pendapatan negara tersebut [2]

(ii) Hitung nilai tabungan pada tingkat keseimbangan. [1]

(c) Jika ekonomi tersebut mencapai tingkat guna tenaga penuh pada pendapatan negara RM5 000

juta, berapakah pelaburan yang perlu ditambah untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh?

[3]

(d) Jika kerajaan membelanjakan perbelanjaan kerajaan (G) sebanyak RM150 juta dan

mengenakan cukai (T) sebanyak RM100 juta, hitung tingkat keseimbangan pendapatan

negara yang baharu. [3]

3. Berikut ialah maklumat tentang pendapatan negara (dalam RM juta) bagi sebuah ekonomi tiga

sektor.

Fungsi penggunaan C : C = 100 + 0.8Yd

Fungsi pelaburan I : I = 150

Fungsi perbelanjaan kerajaan G : G = 500

Fungsi cukai T : T = 30

(a) Apakah maksud pendapatan boleh guna? [1]

(b) Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara ekonomi ini. [2]

(c) Jika ekonomi ini dibuka kepada perdagangan antarabangsa dan fungsi eksport dan import

adalah seperti berikut:

Fungsi eksport : X = 200
Fungsi import : M = 10 + 0.1Y

(i) Hitung fungsi suntikan dan bocoran dalam ekonomi ini. [2]

(ii) Hitung tingkat keseimbangan pendapatan negara. [2]

(iii) Hitung eksport bersih pada tingkat keseimbangan. Apakah kesannya kepada pendapatan

negara? [3]

Makroekonomi 56

Modul PdP Ekonomi P2

BAB 4 : WANG, BANK DAN DASAR KEWANGAN

NOTA PADAT:

4.1 Wang
(a) Takrif wang

 Satu benda atau alat yang diterima umum sebagai alat pertukaran dan perantaraan.
 Ia mudah di bawa, tahan lama, bentuk wang adalah seragam, nilai wang adalah stabil dan ia

diterima umum oleh semua masyarakat.

(b) Fungsi wang
1. Sebagai alat perantaraan pertukaran.
 Untuk membeli barang dan perkhidmatan.
 Dapat mengatasi masalah kehendak serentak.

2. Sebagai alat pengukur nilai
 Berdasarkan harga barang tersebut.
 Semakin tinggi harga, semakin tinggi nilai barang tersebut.
 Menyelesaikan masalah penentuan nilai.

3. Sebagai alat penyimpan nilai
 Wang boleh disimpan kerana nilainya stabil dan tahan lama.
 Boleh menyelesaikan masalah kerosakan barang kerana tak tahan lama.

4. Sebagai alat bayaran tertunda
 Membolehkan urusniaga secara kredit dijalankan.
 Fungsi ini tidak dapat dilaksanakan dalam sistem barter.

(c) Hubungan antara indeks harga pengguna dengan nilai wang

 Nilai wang dapat diukur melalui formula di bawah :

IHP tahun asas × 100
IHP tahun semasa

 Jika indeks nilai wang melebihi 100 maka nilai wang merosot kerana harga meningkat.

 Jika indeks nilai wang kurang 100 maka nilai wang meningkat. Semakin banyak barang dapat

dibeli.

4.2 Penawaran Wang / Bekalan Wang
(a) Kompenan wang terbahagi dua :
1. M1
 Wang dalam edaran (wang syilling dan wang kertas) dan deposit permintaan.
 Deposit permintaan adalah simpanan semasa dalam bank perdagangan yang
membolehkan pelanggan menggunakan cek.

2. M2
 Meliputi M1 ditambah dengan separa wang/wang hampir.
 Meliputi akaun simpanan tabungan dan akaun simpanan tetap.

Makroekonomi 57

(b) Bank Perdagangan Dan Penciptaan Kredit Modul PdP Ekonomi P2

Proses penciptaan Kredit Ringkasan
- Andaian
Andaian - Akaun 1
 Urusniaga menggunakan cek - Akaun 2
 Nisbah rizab tunai ialah 20% - Huraian
 Semua Lebihan Rizab dipinjamkan - Jadual
 Tiada bocoran tunai - Formula
 Andaikan deposit asal RM10 000

 Andaikan individu A menyimpan wang dalam bank X sebanyak RM10 000.
 Kunci kira-kira bank X seperti di bawah

Tunai KKK Bank X 10 000
10 000 Deposit semasa 10 000
10 000

 Pihak Bank X akan menyimpan rizab tunai sebanyak 20%

 Iaitu 20 × RM10 000 = RM2 000.
100

 Baki rizab 80% iaitu sebanyak RM8 000 akan diberi pinjam kepada individu B.

Rizab KKK Bank X 10 000
Pinjaman 2 000 Deposit semasa 10 000
8 000
10 000

 Individu B yang meminjam RM8 000 akan menyimpan semua wang tersebut ke dalam
akaun semasa Bank Y.

 Kunci kira kira Bank Y seperti si bawah

Tunai KKK Bank Y 8 000
8 000 Deposit semasa 8 000
8 000

 Pihak Bank Y akan menyimpan rizab tunai sebanyak 20%.

 20

Iaitu 100 x RM8 000 = RM1 600.

 Baki rizab 80% iaitu sebanyak RM6 400 akan diberi pinjam kepada individu Z.

Rizab KKK Bank Y 8 000
Pinjaman 1 600 Deposit 8 000
6 400
8 000

 Proses ini berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh dipinjamkan.

Makroekonomi 58

Modul PdP Ekonomi P2

 Rumusan daripada proses di atas, dapat digambarkan melalui jadual di bawah

Peringkat Deposit Baru Pinjaman Nisbah Rizab
I 10 000 8 000 2 000
II 8 000 6 400 1 500
III 6 400 5 120 1 280
IV 5 120 4 096 1 024
. . . .
. . . .
. . . .
50 000 40 000 10 000
Jumlah

 Penawaran wang akan bertambah beberapa kali ganda daripada deposit awal iaitu 10,000.
1
 Deposit Baru = NR × deposit awal

= 1 × 10 000
20%

= RM50 000

 1

Jumlah pinjaman = 20% × pinjaman
1
= 20% × 8 000

= RM40 000

 Jumlah rizab = 1 × rizab awal
NR
1
= 20% × 2 000

= RM10 000

 Jumlah penawaran wang bertambah sebanyak RM50 000 – RM10 000 = RM40 000.

 Pengganda wang = 1 = 5
20%

 Ini bermakna deposit baru, jumlah pinjaman dan jumlah rizab bertambah 5 kali ganda.

(c) Faktor Mempengaruhi Penciptaan Kredit
1. Nisbah Rizab

 Semakin tinggi nisbah rizab, semakin banyak rizab yang pelu disimpan, semakin sedikit
pinjaman boleh dilakukan, penciptaan kredit semakin kecil.

 Semakin rendah nisbah rizab, semakin sedikit rizab yang perlu disimpan, semakin banyak
pinjaman yang boleh dilakukan, penciptaan kredit semakin besar.

2. Kadar bank
 Semakin tinggi kadar bank, semakin tinggi kadar bunga pinjaman, menyebabkan kos
meminjam tinggi pinjaman akan menurun. Proses penciptaan kredit semakin kurang.
 Semakin rendah kadar bank, semakin rendah kadar bunga, menyebabkan kos meminjam
rendah, pinjaman akan bertambah. Proses penciptaan kredit semakin bertambah.

3. Keperluan cagaran bank
 Bank perdagangan menghadapi risiko jika peminjam tidak membayar pinjaman.
 Oleh itu bank perlukan cagaran daripada peminjam seperti harta tetap.
 Ini menyukarkan pinjaman dan pinjaman akan dikurangkan. Proses penciptaan kredit
semakin kurang.

Makroekonomi 59

Modul PdP Ekonomi P2

4. Kurang minat meminjam
 Bergantung pada keadaan ekonomi.
 Jika ekonomi meleset dan kadar harga tinggi menyebabkan masyarakat kurang minat
meminjam.
 Keadaan ini menghadkan proses penciptaan kredit.

5. Memegang Lebihan Rizab
 Andaian semua lebihan rizab disimpan dan dipinjam oleh bank dan tidak diberi pinjam.
Maka menghadkan penciptaan kredit.

(d) Teori Kuantiti Wang
Persamaan pertukaran Fisher:
MV = PT
M – merupakan bekalan wang M1
V – Halaju pusingan wang
P – Tingkat harga umum
T – Jumlah urusniaga dalam ekonomi

 V merupakan berapa kali wang bertukar tangan.
 Ia bergantung kepada sistem pembayaran gaji.
 Dalam teori klasik diandaikan sistem pembayaran gaji adalah tetap.
 Maka V diandaikan tetap.
 T adalah tetap.
 Dalam teori klasik diandaikan ekonomi sentiasa mencapai guna tenaga penuh.
 Ini bermakna penawaran barang tidak boleh ditambah.
 Maka jumlah urus niaga (T) juga akan tetap.

Huraian
 Dengan andaian V dan T adalah tetap, bila M bertambah, maka P akan bertambah dengan

kadar yang sama.
 Contoh, apabila M meningkat 10% maka P akan meningkat 10%.
 Jika M turun 10% maka P juga akan turun 10%.

4.3 Permintaan Wang
Teori Keutamaan Kecairan Keynes
(a) Tujuan permintaan wang:
1. Untuk urusniaga
2. Untuk awasan
3. Untuk spekulasi

1. Untuk Urusniaga
 Untuk membeli barang-barang dan perkhidmatan.
 Dipengaruhi pendapatan.
 Bila pendapatan meningkat, permintaan wang untuk urusniaga meningkat.
 Bila pendapatan berkurang permintaan wang untuk urusniaga akan berkurang.

Makroekonomi 60

Modul PdP Ekonomi P2

Pendapatan DD Urusniaga

Y1
Y0

0 Kuantiti wang

W0 W1

 Bila pendapatan meningkat dari Y0 ke Y1 maka DD wang untuk urusniaga akan naik

dari W0 kepada W1.

2. Untuk Tujuan Awasan
 Untuk digunakan semasa kecemasan seperti bayaran perubatan dan lain-lain.
 Dipengaruhi oleh pendapatan.
 Jika pendapatan meningkat maka DD wang untuk awasan meningkat,
 Jika pendapatan berkurang maka DD wang untuk awasan akan menurun.

Pendapatan

DD Awasan

Y1
Y0

0 Kuantiti wang

W0 W1

 Jika pendapatan meningkat dari Y0 ke Y1, maka DD wang untuk awasan meningkat

dari W0 ke W1.

3. Untuk Tujuan Spekulasi
 Tujuan mendapatkan keuntungan dengan membeli bon pada harga rendah dan
menjual pada harga tinggi.
 Harga bon dipengaruhi oleh kadar bunga(r).
 Bila r meningkat, harga bon turun. Orang ramai akan membeli bon.
 Bila r menurun, harga bon naik dan orang ramai menjual bon.
 Pada r paling rendah berlaku perangkap kecairan iaitu orng ramai menjual semua bon
dan memegang wang tunai.

Kadar bunga

r2 DD spekulasi
r1 W2 W3 Kuantiti wang
r0

0 W0 W1

Makroekonomi 61

Modul PdP Ekonomi P2

 Apabila r turun dari r2 kepada r1 maka DD wang untuk spekulasi meningkat dari W0
ke W1.

 Jika r turun dari r1 kepada r0, maka DD wang untuk spekulasi meningkat dari W1 ke
W2.

 Pada r paling rendah r0, harga bon paling tinggi, orang ramai akan menjual semua bon
dan memegang tunai untuk mendapatkan keuntungan.

 Apabila berlaku perangkap kecairan, keluk DD wang untuk spekulasi anjal sempurna
iaitu selari dengan paksi X.

Keluk Permintaan Wang

Kadar bunga

r1

r0
Md

0 W1 W0 Kuantiti wang

 Keluk DD wang meliputi DD wang untuk urusniaga, awasan dan spekulasi.

Keluk Penawaran Wang

Kadar bunga

MS

r1
r0

0 Kuantiti wang
W0

 SS wang ditawarkan oleh bank pusat dan tidak dipengaruhi kadar bunga.
 Keluk SS wang berbentuk tak anjal sempurna iaitu tegak selari dengan paksi Y.

4.4 Keseimbangan Pasaran Wang Dan Aktiviti Ekonomi
(a) Proses penentuan kadar bunga
 kadar bunga ditentukan melalui persilangan keluk permintaan wang dengan keluk
penawaran wang dipasaran.

Makroekonomi 62

Modul PdP Ekonomi P2

Kadar bunga MS d Md
ab
r1
r0 E0
r2
c

0 W0 Kuantiti wang

 Keseimbangan berlaku apabila keluk DD wang bersilang dengan keluk SS wang
(Md=MS) di titik E0 pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang W0.

 Pada kadar bunga r1, berlaku lebihan SS wang sebanyak ab.
 Lebihan SS wang menyebabkan orang ramai membeli bon, harga bon naik dan kadar

bunga turun ke r0.
 Pada kadar bunga r2, berlaku lebihan DD wang sebanyak cd.
 Lebihan DD wang menyebabkan orang ramai menjual bon, harga bon turun dan kadar

bunga meningkat ke r0.

(b) Kesan Perubahan Penawaran Wang Dan Permintaan Wang Terhadap Kadar Bunga

1. Penawaran wang meningkat Huraian

Kadar bunga Md  Keseimbangan kadar bunga Md
MS0 MS1 Kuantiti wang bersilang dengan MS0 di titik E0 pada
kadar bunga r0 dan kuantiti wang W0.
r0 E0 a
r1 E1  SS wang bertambah menyebabkan
keluk MS0 beralih ke kanan ke MS1.
0 W0 W1
 Pada kadar bunga r0 berlaku lebihan

SS wang sebanyak E0a.

 Orang ramai membeli bon, harga bon

naik dan kadar bunga turun.

 Keseimbangan baru berlaku apabila
Md bersilang dengan MS1 di titik E1.

 kadar bunga menurun dari r0 ke r1 dan
kuantiti wang meningkat dari W0 ke
W1.

Makroekonomi 63

Modul PdP Ekonomi P2

2. Penawaran wang berkurang  Keseimbangan kadar bunga Md
bersilang dengan MS0 di titik E0 pada
Kadar bunga kadar bunga r0 dan kuantiti wang
MS1 MS0 W0.

r1 E1  SS wang berkurang menyebabkan
keluk MS0 beralih ke kiri ke MS1
r0 E0 Md
b  Pada kadar bunga r0 berlaku lebihan
DD wang sebanyak bE0.
0 W1 W0 Kuantiti wang
 Orang ramai menjual bon, harga bon
3. Permintaan wang berkurang turun dan kadar bunga naik.

Kadar bunga  Keseimbangan baru berlaku apabila
MS0 Md bersilang dengan MS1 di titik E1.

r0 a E0 Md0  kadar bunga meningkat dari r0 ke r1
r1 E1 Md1 dan kuantiti wang berkurang dari W0
0 W0 ke W1.
Kuantiti wang
 Keseimbangan kadar bunga Md0
4. Penawaran wang bertambah bersilang dengan MS di titik E0 pada
kadar bunga r0 dan kuantiti wang
Kadar bunga W0.
MS
 DD wang berkurang menyebabkan
0 keluk Md0 beralih ke bawah ke Md1.

r1 E1  Pada kadar bunga r0 berlaku lebihan
SS wang sebanyak aE0.
E0 b Md1
r0  Orang ramai membeli bon, harga
bon naik dan kadar bunga turun.
Md0
 Keseimbangan baru berlaku apabila
0 W0 Kuantiti wang Md1 bersilang dengan MS di titik E1.

 Kadar bunga menurun dari r0 ke r1
dan kuantiti wang tetap pada W0.

 Keseimbangan kadar bunga Md0
bersilang dengan Ms di titik E0 pada
kadar bunga r0 dan kuantiti wang
W0.

 DD wang bertambah menyebabkan
keluk Md0 beralih ke atas ke Md1.

 Pada kadar bunga r0 berlaku lebihan
DD wang sebanyak E0b.

 Orang ramai menjual bon, harga bon
turun dan kadar bunga meningkat.

 Keseimbangan baru berlaku apabila
Md1 bersilang dengan MS di titik E1.

 kadar bunga meningkat dari r0 ke r1
dan kuantiti wang tetap pada W0.

Makroekonomi 64

Modul PdP Ekonomi P2

Perubahan Penawaran Wang Dan Permintaan Wang Terhadap Keseimbangan Ekonomi mengikut
pendekatan AE–Y dan AD–AS.

Pertambahan penawaran wang Penurangan pemintaan wang
 Pertambahan SS wang menyebabkan kadar  Pengurangan SS wang menyebabkan
bunga turun dari r0 ke r1 kadar bunga meningkat r0 ke r2
 Pelaburan meningkat dari I0 ke I1  Pelaburan berkurang dari I0 ke I1

Kadar bunga Kesan pada pelaburan
r2  r menurun dari r0 ke r1, I meningkat
r0 dari I0 ke I1.
 r meningkat dari r0 ke r2, I berkurang
dari I0 ke I2.

r1
MEI

0 I2 I0 I1 Pelaburan

Pendekatan AE–Y AE = Y Pendekatan AD–AS
AE1=C+I1 +G
Perbelanjaan AE0=C+I0 +G Harga
agregat AE2=C+I2 +G
AS
0 Y2 Y0 Y1 Pendapatan
negara E1

P1 E0
P0 E2
P2

AD1
AD0
AD2
0 Y2 Y0 Y1 Pendapatan

negara

Kesan peningkatan pelaburan Kesan peningkatan pelaburan
 Bila I meningkat, AE meningkat dari AE0  Bila I meningkat, AE meningkat, Y
ke AE1. meningkat dan keluk AD beralih ke kanan
 Keluk AE beralih ke atas dari C + I0 + G dari AD0 ke AD1.
kepada C + I1 + G.  Keseimbangan berubah daripada AD0=AS
 Y meningkat dari Y0 ke Y1. di titik E0 kepada AD1 =AS di titik E1.
 Y meningkat dari Y0 ke Y1.
Kesan penurunan pelaburan  P naik dari P0 ke P1.
 Bila I turun, AE turun dari AE0 ke AE2.
 Keluk AE beralih ke bawah dari C + I0 + G Kesan penurunan pelaburan
kepada C + I2 + G.  Bila I turun, AE turun, Y turun dan keluk
 Y meningkat dari Y0 ke Y2. AD beralih ke kiri dari AD0 ke AD2.
 Keseimbangan berubah daripada AD0=AS
di titik E0 kepada AD2=AS di titik E2.
 Y berkurang dari Y0 ke Y2.
 P turun dari P0 ke P2.

Makroekonomi 65

Modul PdP Ekonomi P2

ANALISIS KES PERANGKAP KECAIRAN

Kadar bunga  Keseimbangan kadar bunga berlaku
apabila keluk Md = MS1 di titik E1 pada
MS1 MS2 kadar bunga r0 dan kuantiti wang W1.
Apabila penawaran wang bertambah
 keluk MS1 beralih ke kanan ke MS2.
Keseimbangan baru berlaku apabila
 keluk Md = MS2 di titik E2, kadar bunga
tetap pada r0 dan kuantiti wang
r0 E0 E0 Md meningkat ke W2.
Pertambahan penawaran wang semasa
0 W1 W2  Md berada dalam perangkap kecairan
tidak akan mengubah kadar bunga.
Kuantiti wang

4.5 Bank Pusat Dan Dasar Kewangan
(a) Fungsi Bank Pusat
1. Mengeluarkan mata wang
 Mencetak wang syiling dan wang kertas bagi memenuhi keperluan ekonomi.
 Jumlah wang dicetak bergantung pada keadaan ekonomi.

2. Juru bank kepada kerajaan
 Mentadbir akaun kewangan kerajaan. Merekod segala hasil dan perbelanjaan
kerajaan.
 Sumber kewangan kepada kerajaan. Memberi pendahuluan atau pinjaman sementara.
 Mengurus hutang kerajaan. Melalui jualan bon dan sebagainya.
 Memberi nasihat kewangan. Melalui kadar tukaran asing, pelaburan awam, hal-hal
kewangan / perbelanjaan.

3. Juru bank kepada Bank Perdagangan
 Bertujuan menjamin kestabilan, keutuhan dan kemantapan sistem dan struktur
kewangan negara.
 Pelesenan dan pemeriksaan bank dan bukan bank.
 Mengawal aktiviti bank perdagangan melalui dasar kewangan
 Menyediakan akaun penjelasan. Penjelasan cek dari bank lain.
 Sumber pinjaman terakhir

(b) Dasar Kewangan
 Iaitu dasar bank pusat mengawal penawaran wang atau kadar bunga untuk mengatasi
masalah pengganguran atau kemelesetaan ekonomi dan inflasi.
 Alat Dasar Kewangan Kuantitatif:
(i) Operasi pasaran terbuka.
(ii) Nisbah rizab berkanun.
(iii) Nisbah rizab tunai.
(iv) Kadar diskaun (kadar bank).
(v) Kadar bunga semalaman.

Makroekonomi 66

Modul PdP Ekonomi P2

 Alat Dasar Kewangan Kualitatif
(i) Kawalan kredit terpilih.
(ii) Pujukan moral.

(c) Menjalankan Dasar Kewangan dengan mempengaruhi penawaran wang, kadar

bunga, mengurangkan kadar inflasi, pengangguran dan meningkatkan output.

Alat Dasar Kewangan Semasa Inflasi Semasa Deflasi/Pengangguran

1. Operasi pasaran  Bank pusat akan menjual  Bank pusat akan membeli
sekuriti kerajaan.
terbuka – melibatkan sekuriti kerajaan.

penjualan dan  Penawaran wang dipasaran  Penawaran wang akan

pembelian sekuriti akan berkurangan. bertambah.

kerajaan dalam  Kadar bunga meningkat.  Kadar bunga menurun.

pasaran kewangan.  Pelaburan menurun.  pelaburan meningkat.

 AE dan AD menurun.  AE dan AD meningkat.

 Pendapatan negara menurun.  Pendapatan negara meningkat.

 Inflasi menurun.  Pengangguran menurun.

2. Nisbah rizab  Bank pusat akan menaikkan  Bank Pusat akan menurunkan
nisbah rizab berkanun.
berkanun – ialah rizab nisbah rizab berkanun.

tunai yang mesti  Jumlah kecairan bank  Jumlah kecairan bank

disimpan oleh bank perdagangan akan perdagangan akan bertambah.

perdagangan dan berkurangan.  Ini meningkatkan keupayaan
syarikat kewangan di  Ini menghadkan keupayaan bank perdagangan berkenaan
bank pusat. untuk memberi pinjaman.
bank perdagangan berkenaan

untuk memberi pinjaman.  Penawaran wang dipasaran

 Penawaran wang dipasaran akan bertambah

akan berkurangan.  Kadar bunga menurun.

 Kadar bunga meningkat.  Pelaburan meningkat.

 Pelaburan menurun.  AE dan AD meningkat.

 AE dan AD menurun.  Pendapatan negara meningkat.

 Pendapatan negara turun.  Pengangguran menurun.

 Inflasi menurun.

3. Nisbah rizab tunai –  Bank pusat akan menaikkan  Bank pusat akan menurunkan

sejumlah rizab yang nisbah rizab tunai. nisbah rizab tunai.

perlu disimpan oleh  Jumlah kecairan bank  Jumlah kecairan bank

bank perdagangan perdagangan akan perdagangan akan bertambah.

samada di bank itu berkurangan.  Ini meningkatkan keupayaan
sendiri, bank  Ini menghadkan keupayaan bank perdagangan berkenaan

perdagangan lain, bank perdagangan berkenaan untuk memberi pinjaman.

atau di bank pusat untuk memberi pinjaman.  Penawaran wang dipasaran
bagi mengawal  Penawaran wang dipasaran akan bertambah.
keupayaan bank
mencipta kredit. akan berkurangan.  Kadar bunga menurun.
 Kadar bunga meningkat.  Pelaburan meningkat.

 Pelaburan menurun.  AE dan AD meningkat.

 AE dan AD menurun.  Pendapatan negara meningkat.

 Pendapatan negara menurun.  Pengangguran menurun.

 Inflasi menurun.

Makroekonomi 67

Modul PdP Ekonomi P2

4. Kadar diskaun –  Bank pusat akan menaikkan  Bank pusat akan menurunkan
iaitu kadar bunga kadar diskaun. kadar diskaun.
yang dikenakan oleh
bank pusat kepada  Ini menyebabkan kos untuk  Ini menyebabkan kos untuk
bank perdagangan meminjam menjadi mahal. meminjam menjadi rendah.
apabila membuat
pinjaman daripada  Bank perdagangan akan  Bank perdagangan akan
bank pusat dalam memindahkan beban kos tadi menurunkan kadar bunga atas
keadaan bank dengan menaikkan kadar pinjaman kepada
perdagangan bunga atas pinjaman kepada pelanggannya.
menghadapi pelanggannya.
kekurangan rizab.  Kegiatan pinjaman akan
 Kegiatan pinjaman akan meningkat.
5. Kadar bunga berkurangan.
semalaman – kadar  Penawaran wang dipasaran
bunga yang dirujuk  Penawaran wang dipasaran akan bertambah.
oleh bank pusat akan berkurangan.
untuk menentukan  Kadar bunga menurun.
kadar bunga  Kadar bunga meningkat.  Pelaburan meningkat.
dipasaran.  Pelaburan menurun.  AE dan AD meningkat.
 AE dan AD menurun.  Pendapatan negara meningkat.
 Pendapatan negara turun.  Pengangguran menurun.
 Inflasi menurun.
 Bank pusat akan menaikkan  Bank pusat akan menurunkan
kadar bunga semalaman.
kadar bunga semalaman.
 Kos pinjaman yang tinggi akan  Kos pinjaman yang rendah
akan meningkatkan kegiatan
mengurangkan kegiatan pinjaman dalam ekonomi.
pinjaman dalam ekonomi.
 Penawaran wang akan  Penawaran wang akan
berkurangan. bertambah.
 Kadar bunga meningkat.
 Pelaburan menurun.  Kadar bunga menurun.
 AE dan AD menurun.  Pelaburan meningkat.
 Pendapatan negara turun.  AE dan AD meningkat.
 Inflasi menurun.  Pendapatan negara meningkat.
 Pengangguran menurun.

Alat dasar kewangan kualitatif: Semasa Deflasi/Pengangguran
Kawalan kredit terpilih – Semasa Inflasi
 Syarat margin akan diturunkan.
Penentuan jenis kredit  Pembelian saham dalam tunai

yang perlu diberi rendah dan pinjaman untuk
membeli saham tinggi (20:80).
keutamaan.  Penawaran wang bertambah.
i. Syarat margin – untuk  Syarat margin akan dinaikkan.  Kadar bunga turun.
 Pelaburan naik.
kawal spekulasi  Pembelian saham dalam tunai  AE dan AD meningkat.
 Pendapatan negara meningkat.
tinggi dan pinjaman untuk  Pengangguran menurun.

membeli saham rendah (80:20).

 Penawaran wang berkurangan.

 kadar bunga naik.

 Pelaburan turun.

 AE dan AD menurun.

 Pendapatan negara turun.

 Inflasi menurun.

Makroekonomi 68

Modul PdP Ekonomi P2

ii. Kredit ansuran –  Bayaran pendahuluan minimum  Bayaran pendahuluan minimum
kemudahan orang dinaikkan. diturunkan.
ramai membeli
barang tahan lama  Tempoh bayaran balik  Tempoh bayaran balik
secara kredit. pinjaman dipendekkan. pinjaman dipanjangkan.

iii. Kawalan keatas gadai  Penawaran wang akan  Penawaran wang akan
janji – Peminjam berkurangan. bertambah.
membuat gadai janji
atas pinjaman yang  Kadar bunga meningkat.  Kadar bunga menurun.
dibuat  Pelaburan menurun.  Pelaburan meningkat.
 AE dan AD menurun.  AE dan AD meningkat.
Pujukan Moral –  Pendapatan negara turun.  Pendapatan negara meningkat.
perbincangan bank  Inflasi menurun.  Pengangguran menurun.
pusat dengan bank  Mengetatkan syarat gadai janji  Melonggarkan syarat gadai
perdagangan.
untuk menyukarkan orang janji untuk mengalakkan orang
ramai membeli aset tetap. ramai membeli aset tetap.
 Penawaran wang akan  Penawaran wang akan
berkurangan. bertambah.
 Kadar bunga meningkat.  Kadar bunga menurun.
 Pelaburan menurun.  Pelaburan meningkat.
 AE dan AD menurun.  AE dan AD meningkat.
 Pendapatan negara turun.  Pendapatan negara meningkat.
 Inflasi menurun.  Pengangguran menurun.
 Bank pusat memujuk bank  Bank pusat memujuk bank
perdagangan mengurangkan perdagangan meningkatkan
memberi pinjaman tidak pinjaman.
produktif.  Penawaran wang akan
 Penawaran wang akan bertambah.
berkurangan.  Kadar bunga menurun.
 Kadar bunga meningkat.  Pelaburan meningkat.
 Pelaburan menurun.  AE dan AD meningkat.
 AE dan AD menurun.  Pendapatan negara meningkat.
 Pendapatan negara turun.  Pengangguran menurun.
 Inflasi menurun.

Makroekonomi 69

Modul PdP Ekonomi P2

PANDUAN MENJAWAB:

BAHAGIAN B (SOALAN ESEI) : [2]

1 (a) Berikan maksud wang. [4]
(b) Terangkan fungsi wang yang berikut, dan huraikan bagaimana inflasi menjejaskan [4]
fungsi tersebut.
(i) Alat perantaraan pertukaran
(ii) Alat penyimpanan nilai

CADANGAN JAWAPAN :
1 (a) Wang ialah satu alat atau benda yang diterima umum sebagai alat perantaraan atau alat

pertukatan.

(b) (i) Alat perantaraan pertukaran
 Wang digunakan untuk membeli barang dan perkhidmatan. Inflasi akan menyebabkan
nilai mata wang menurun. Kuasa beli pengguna menurun. Masyarakat akan lebih suka
menukarkan barang dengan barang.

(ii) Alat penyimpan nilai
 Wang sebagai alat penyimpan kekayaan. Inflasi akan menyebabkan nilai wang akan

berkurangan. Nilai aset tetap akan meningkat. Ini akan mendorong orang ramai
menyimpan harta dalam bentuk aset seperti bangunan, rumah dan tanah.

2 Andaikan bahawa nisbah rizab berkanun dalam suatu ekonomi ialah 10%. Mengapakah [10]
penciptaan kredit tidak meningkat sebanyak 10 kali ganda daripada pertambahan deposit
semasa?

CADANGAN JAWAPAN :
(i) Kebocoran wang tunai
 Terdapat penyimpan yang menggunakan wang tunai berbanding dengan cek untuk
tujuan urus niaga. Ini akan mengurangkan jumlah deposit semasa di bank dan
mengurangkan proses penciptaan kredit

(ii) Dasar bank untuk menjaga keteguhan bank
 Bank mencatu kredit, lebihan rizab bank bertambah dan mengurangkan proses
penciptaan kredit.

(iii) Syarat cagaran / syarat pinjaman yang ketat
 Jika individu tidak mampu menyediakan cagaran, jumlah pinjaman akan berkurangan
seterusnya mengekang penciptaan kredit.

(iv) Kekurangan minat meminjam oleh masyarakat
 Mengurangkan jumlah pinjaman, lebihan rizab bank bertambah dan mengurangkan
proses penciptaan kredit.

(v) Keadaan ekonomi dan politik yang tak stabil
 Mengurangkan jumlah pinjaman, lebihan rizab bank bertambah dan mengurangkan
proses penciptaan kredit.

3 (a) Huraikan maksud permintaan wang untuk tujuan spekulasi dan jelaskan mengapa [4]
keluk permintaan bercerun negatif. [6]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah, jelaskan kesan peningkatan permintaan wang
untuk tujuan urus niaga terhadap kadar bunga.

Makroekonomi 70

Modul PdP Ekonomi P2

CADANGAN JAWAPAN :
(a) Maksud permintaan wang untuk tujuan spekulasi :
 Permintaan wang untuk memperoleh keuntungan modal dengan cara membeli aset
kewangan seperti bon semasa harga rendah (kadar bunga tinggi) dan menjual bon pada
harga tinggi (kadar bunga rendah).
 Permintaan wang untuk tujuan spekulasi bergantung pada kadar bunga secara negatif.
Semasa kadar bunga tinggi (harga bon rendah), permintaan wang untuk spekulasi
adalah rendah kerana banyak wang telah digunakan untuk membeli bon.
 Semasa kadar bunga rendah (harga bon tinggi), permintaan wang untuk spekulasi
adalah tinggi kerana orang ramai telah menjual bon dan memegang wang tunai.

(b) Kesan peningkatan permintaan wang terhadap kadar bunga

Kadar bunga MS0

r1
Md1

r0 Md0

0 W0 Kuantiti wang

 Keseimbangan asal – Apabila MS0 = Md0 di titik persilangan pada kadar bunga r0.
 Permintaan terhadap wang terdiri daripada permintaan wang untuk urus niaga yang

akan menambahkan permintaan wang keseluruhannya. Ini akan menyebabkan
peralihan keluk Md0 beralih dari keluk Md0 ke Md1.
 Pada kadar bunga r0, permintaan wang melebihi penawaran wang, orang ramai jual
bon, harga bon turun bererti kadar bunga naik.
 Proses ini berterusan hingga keseimbangan baru tercapai pada kuantiti wang Md1 = MS0
dan r0 meningkat ke r1.

4 Jelaskan bagaimana lima alat dasar kewangan kuantitatif boleh dilaksanakan oleh bank [10]
pusat untuk mengurangkan bekalan wang dalam negara.

CADANGAN JAWAPAN :
Langkah mengawal bekalan wang :
(i) Menjual bon melalui operasi pasaran terbuka
 Rizab bank perdagangan berkurangan, keupayaan bank perdagangan memberi
pinjaman berkurangan atau penciptan kredit berkurangan, deposit berkurangan, bekalan
wang berkurangan.

(ii) Meningkatkan nisbah rizab berkanun
 Rizab bank perdagangan berkurangan, keupayaan bank perdagangan memberi
pinjaman berkurangan atau penciptaan kredit berkurangan, deposit semasa
berkurangan, bekalan wang berkurangan.

(iii) Meningkatkan kadar bank/kadar diskaun
 Kadar bunga pinjaman bank perdagangan kepada orang ramai meningkatkan kos
pinjaman orang ramai atau jumlah pinjaman orang ramai berkurangan atau penciptaan
kredit berkurangan, deposit berkurangan, bekalan wang berkurangan.

Makroekonomi 71

Modul PdP Ekonomi P2

(iv) Meningkatkan nisbah rizab tunai minimum
 Rizab bank perdagangan berkurangan, keupayaan bank perdagangan memberi
pinjaman berkurangan atau penciptaan kredit berkurangan, deposit berkurangan,
bekalan wang berkurangan.

(v) Funding
 Memanjangkan tempoh matang surat jaminan kerajaan, keupayaan bank perdagangan
memberi pinjaman berkurangan, penciptaan kredit berkurangan, pinjaman
berkurangan.

BAHAGIAN C (SOALAN KUANTITATIF) :
1. Jadual di bawah menunjukkan bekalan wang M1, Keluaran Dalam Negara Kasar pada harga
tetap dan Indeks Harga Pengguna di Malaysia dari tahun 2008 hingga tahun 2011

Tahun Bekalan Wang KDNK benar Indeks Harga
M1 (RM juta)
2008 (RM juta) Pengguna
2009 78 216.4
2010 80 728.2 209 538 133.7
2011 89 071.5
92 628.3 210 480 137.8

219 342 140.3

226 201 148.2

(Ubahsuai dari sumber : Jabatan Perangkaan Malaysia)

Berdasarkan jadual di atas, jawab soalan-soalan berikut. [1]
(a) Apakah yang di maksudkan dengan indeks harga? [2]
(b) Apakah maksud bekalan wang M1? Jelaskan kompenan bekalan wang M1?
(c) Hitung : [4]
[3]
i. Kadar pertumbuhan bekalan wang M1 pada tahun 2009,2010 dan 2011.
ii. Kadar inflasi pada tahun 2009,2010 dan 2011
(d) Berdasarkan jawapan anda di atas, adakah ianya bersesuaian dengan rumusan Teori
Kuantiti Wang Fisher? Jelaskan sebabnya.

CADANGAN JAWAPAN :
(a) Indeks harga ialah data yang menunjukkan kadar perubahan purata harga sekumpulan
barang yang dapat mengambarkan perubahan harga berbanding harga tahun asas.

(b) Bekalan wang M1 ialah wang dalam edaran dan deposit semasa.
Kompenan meliputi wang syiling, wang kertas dan deposit semasa.

(c) (i) Kadar pertumbuhan bekalan wang M1.
M1 tahun semasa −M1 tahun sebelumnya
× 100
M1 tahun sebelumnya

2009 = 3.21%

2010 = 10.33%

2011 = 3.99%

(ii) Kadar inflasi
IHP tahun semas − IHP tahun sebelumnya
IHP tahun sebelumnya × 100

2009 = 3.07%

2010 = 1.81%

2011 = 5.63%

Makroekonomi 72

Modul PdP Ekonomi P2

(d) Tidak sesuai dengan Teori Kuantiti Wang Fisher.
Sebab : Teori Kuantiti Wang Fisher menyatakan peratus pertambahan bekalan wang adalah
sama kadarnya dengan peratus perubahan harga. Berdasarkan pengiraan yang diperolehi
ianya tidak menepati dengan rumusan teori tersebut.

SOALAN PENGAYAAN :

BAHAGIAN A (SOALAN ANEKA PILIHAN) :
“Wang dapat mengatasi masalah memiliki barang mudah rosak”

1. Berdasarkan pernyataan di atas,apakah fungsi wang.
A wang sebagai alat pengukur nilai
B wang sebagai alat penyimpan nilai
C wang sebagai alat bayaran tertunda
D wang sebagai alat perantaraan pertukaran

2. Apakah yang dimaksudkan dengan nilai wang?
A Kadar pertukaran antara satu mata wang dengan mata wang yang lain
B Unit mata wang lain yang sama nilainya dengan mata wang tersebut
C Jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dibeli dengan wang tersebut
D Nilai emas yang digunakan sebagai sandaran semasa mencetak wang tersebut

3. Urus niaga kredit berkembang pesat kerana wang befungsi sebagai alat
A pengukur unit
B penyimpan nilai
C pembayaran tertunda
D perantaraan pertukaran

4. Komponen utama bekalan wang M2 di Malaysia terdiri daripada
A mata wang dalam edaran dan wang hampir
B mata wang dalam edaran dan deposit semasa
C mata wang dalam edaran, deposit semasa dan wang hampir
D wang syiling, wang kertas, deposit semasa dan deposit tetap

5. Jadual berikut menunjukkan indeks harga pengguna pada pelbagai tahun bagi sebuah ekonomi.

Tahun Indeks harga pengguna
2006 100
2007 98

Berdasarkan jadual, hitung peratus perubahan nilai wang pada tahun 2007.
A nilai wang bertambah sebanyak 2.00%
B nilai wang bertambah sebanyak 2.04%
C nilai wang merosot sebanyak 5.00%
D nilai wang merosot sebanyak 5.26%

6. Sebuah bank perdagangan memperoleh tambahan simpanan semasa sebanyak RM50 000 dan
kadar cadangan minimum adalah 10%. Sekiranya semua lebihan cadangan dipinjamkan oleh bank
berkenaan, berapakah pertambahan wang yang akan diwujudkan setelah tiga peringkat?
A RM 40 500
B RM 135 000
C RM 400 000
D RM 500 000

Makroekonomi 73

Modul PdP Ekonomi P2

7. Jadual berikut menunjukkan aset dan liabiliti sebuah bank perdagangan

Aset RM Liabiliti RM
Wang tunai 250 Deposit semasa 1 500
Bil-bil jangka pendek 150 Modal
Pinjaman jangka panjang 800 500
Pelaburan 800

2000 2000

Berapakah nisbah kecairan tersebut?
A 12.50%
B 16.67%
C 20.00%
D 26.67%

8. Jika nisbah rizab ialah 10%, berapakah jumlah tambahan kredit yang dapat dicipta oleh satu
sistem bank daripada satu deposit baru sebanyak RM100 juta?
A RM100 juta
B RM450 juta
C RM500 juta
D RM900 juta

9. Berikut merupakan maklumat tentang wang sesebuah ekonomi
Penawaran wang (M) = RM300 juta
Jumlah urusniaga (T) = RM 400 juta
Halaju edaran wang (V) = 5

Dengan menggunakan Teori Kuantiti wang, berapakah pertambahan harga apabila penawaran
wang bertambah sebanyak 20% ?
A RM0.75
B RM3.75
C RM4.50
D RM5.55

10. Mengikut Teori Kuantiti Wang Fisher, jika jumlah urusniaga, T = 400 unit, halaju wang, V = 5,
dan bekalan wang, M = RM320. Apabila bekalan wang berkurang sebanyak 25%, maka tingkat
harga akan berubah daripada
A RM4 kepada RM3
B RM3 kepada RM4
C RM5 kepada RM4
D RM4 kepada RM5

11. Yang manakah antara berikut bukan merupakan tujuan memegang wang menurut Keynes?
A Untuk awasan
B Untuk tabungan
C Untuk spekulasi
D Untuk urus niaga

12. Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, manakah antara berikut akan menyebabkan
kenaikan kadar bunga?
A Harga bon meningkat
B Halaju wang menurun
C Penawaran wang berkurangan
D Tingkat harga umum meningkat

Makroekonomi 74

Modul PdP Ekonomi P2

13. Dalam sebuah ekonomi tertutup, harga purata setiap jenis barang ialah RM10, jumlah urus niaga
250 unit, dan halaju pusingan wang ialah 2.
Jumlah bekalan wang dalam ekonomi tersebut ialah
A RM500
B RM1000
C RM1250
D RM5000

14. Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, sejauh mana bekalan wang akan meningkatkan
keluaran negara bergantung pada
A kecerunan keluk kecekapan modal sut sahaja
B kecerunan keluk permintaan wang, pelaburan dan fungsi perbelanjaan agregat
C kecerunan fungsi perbelanjaan agregat sahaja.
D ciri-ciri pilihan kecairan masyarakat

15. Masyarakat lebih mengutamakan pilihan memegang bon daripada memegang wang sekiranya
mereka menjangka
A Indeks harga pengguna naik
B Indeks harga pengguna tidak berubah
C kadar bunga akan naik
D kadar bunga akan turun

16. Mengikut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, penambahan penawaran wang boleh meningkatkan
pendapatan negara melalui proses
A menurunkan kadar bunga, meningkatkan pelaburan dan seterusnya meningkatkan pendapatan
negara.
B menurunkan kadar bunga, menurunkan pelaburan dan seterusnya meningkatkan pendapatan
negara.
C menaikkan kadar bunga, menambahkan tabungan, meningkatkan modal pelaburan dan
seterusnya meningkatkan pendapatan negara.
D menaikkan harga, menambahkan pengeluaran dan seterusnya meningkatkan pendapatan
negara.

17. Antara yang berikut, yang manakah yang menunjukkan fungsi bank pusat sebagai bank kepada
bank-bank perdagangan?
A Pengurus hutang negara
B Pemberi pinjaman terakhir
C Pelaksana Dasar Kewangan
D Pengeluar mata wang negara

18. Tujuan Bank Negara Malaysia menjual surat jaminan kerajaan di pasaran terbuka adalah untuk
A mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga
B menurunkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga
C menaikkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga
D menaikkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga

19. Antara yang berikut, manakah langkah yang dapat melonggarkan dasar kewangan?
A Menaikkan kadar bunga
B Menurunkan kadar bunga
C Menaikkan nisbah cadangan tunai
D Menggalakkan individu membeli sijil-sijil simpanan premium

20. Tujuan Bank Negara Malaysia menjual surat jaminan kerajaan di pasaran terbuka adalah untuk
A mengurangkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga
B mengurangkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga

Makroekonomi 75

Modul PdP Ekonomi P2

C menambahkan penawaran wang dan menaikkan kadar bunga
D menambahkan penawaran wang dan menurunkan kadar bunga

21. Jadual di bawah ini menunjukkan bekalan wang sesebuah negara pada tahun 2011.

Mata Wang Dalam Edaran Deposit Semasa Wang Hampir

(RM juta) (RM juta) (RM juta)

25 000 50 000 180 000

Berapakah sumbangan M1 kepada M2 pada tahun 2011?

A 9.80%

B 27.78%

C 29.41%

D 33.33%

22. Perambahan dalam penawaran wang akan menyebabkan
A Kadar bunga naik dan keseimbangan pendapatan negara turun
B Kadar bunga turun dan keseimbangan pendapatan negara naik
C Kadar bunga naik dan keseimbangan pendapatan negara turut naik
D Kadar bunga turun dan keseimbangan pendapatan negara turut turun

23. Menurut Teori Keutamaan Kecairan Keynes, kesan perubahan penawaran wang terhadap
ekonomi bermula dengan perubahan
A Pelaburan
B Nilai wang
C Kadar bunga
D Tingkat harga

BAHAGIAN B (SOALAN ESEI) :

1 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan bekalan wang M1 dan M2 ? [2]

(b) Dengan menggunakan gambar rajah yang sesuai, terangkan kesan pertambahan bekalan wang

ke atas kadar bunga, pelaburan, perbelanjaan agregat dan pendapatan negara? [8]

2 (a) Dengan bantuan gambar rajah, terangkan bagaimana permintaan wang dalam ekonomi

diterbitkan? [6]

(b) Tunjukkan kesan peningkatan permintaan wang ke atas kadar bunga keseimbangan di

pasaran? [4]

3 Terangkan proses penciptaan wang yang berlaku apabila seorang pelabur memasukkan wang tunai

sebanyak RM10 000 sebagai simpanan semasa di sebuah bank perdagangan. [10]

4 (a) Huraikan bagaimana faktor berikut menghadkan preses penciptan kredit

(i) Keperluan cagaran.

(ii) Keinginan orang ramai memegang wang tunai [4]

(b) Jelaskan bagaimana kenaikan nisbah rizab berkanun dapat mempengaruhi kegiatan ekonomi?

[6]

Makroekonomi 76

Modul PdP Ekonomi P2

5 Jadual di bawah menunjukkan kunci kira-kira sebuah bank perdagangan di Malaysia.

Aset RM juta Liabiliti RM juta
Rizab 15 000 Deposit semasa 60 000
Pinjaman 40 000 Modal 5 000
Hartanah 2 000
Pelaburan 8 000 65 000
Jumlah 65 000

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan nisbah rizab tunai dan nisbah rizab berkanun. [2]

(b) (i) Jika nisbah rizab ialah 20%, berapakah lebihan rizab bank tersebut. [2]

(ii) Tunjukkan perubahan kunci kira-kira bank tersebut jika semua lebihan rizab itu dipinjamkan.

[2]

(iii) Hitung jumlah pinjaman dan jumlah tambahan bekalan bekalan wang dalam ekonomi selepas

proses penciptaan kredit berlaku. [4]

Makroekonomi 77

Modul PdP Ekonomi P2

BAB 5 : PERDAGANGAN DAN KEWANGAN ANTARABANGSA

NOTA PADAT :

5.1 Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa

(a) Takrif Perdagangan Antarabangsa
 Perdagangan yang melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan antara sebuah
negara dengan negara lain.

(b) Sebab Wujud Perdagangan Antarabangsa
1. Perbezaan Anugerah Faktor Pengeluaran
 Berbeza bagi setiap negara seperti tanah, iklim dan penduduk.
 Contoh : di Malaysia, iklim dan tanahnya sesuai untuk tanaman kelapa sawit,
manakala Amerika Syarikat iklim dan tanahnya sesuai untuk tanaman gandum.
 Perdagangan antarabangsa membolehkan sesebuah negara mengeksport keluaran
mereka dan mengimport barang yang tidak dapat dikeluarkan.

2. Perbezaan Cita Rasa
 Cita rasa meningkat jika taraf hidup meningkat.
 Ini menyebabkan permintaan barang dan perkhidmatan import meningkat.

3. Perbezaan Teknologi
 Negara yang mempunyai kepakaran teknologi yang tinggi akan mengkhusus dalam
pengeluaran barang yang berintensifkan modal.
 Contoh : Amerika Syarikat mengeluarkan kapal terbang. Jadi Amerika Syarikat dapat
mengeksportnya ke negara yang tiada kepakaran teknologi tersebut.

4. Perbezaan Kemahiran Buruh
 Perbezaan kemahiran buruh mempengaruhi corak kegiatan ekonomi dan jenis barang
yang dikeluarkan.
 Contoh : buruh Malaysia mahir dalam sektor pertanian dan mengeluarkan hasil
pertanian. Sebaliknya buruh Jepun mahir dalam sektor pembuatan, maka
mengeluarkan barang siap.

(c) Faedah Yang Diperoleh Daripada Perdagangan Antarabangsa
 Mendapat barang yang tidak dikeluarkan dalam negara
 Meluaskan pasaran
 Menikmati faedah pengkhususan
 Mempelbagaikan pilihan pengguna
 Pemindahan teknologi dan teknik pengeluaran

5.2 Faedah Pengkhususan
 Faedah pengkhususan yang boleh diperoleh dalam perdagangan antarabangsa ialah faedah
mutlak dan faedah berbanding.
 Faedah mutlak dan faedah berbanding yang dinikmati adalah berdasarkan andaian :
(i) Hanya dua buah negara yang berdagang
(ii) Hanya dua jenis barang dikeluarkan
(iii) Hanya dua unit faktor pengeluaran bagi setiap negara
(iv) Harga relatif atau kos lepas kedua-dua barang adalah malar
(v) Kedua-dua negara telah mencapai tingkat guna tenaga penuh
(vi) Kedua-dua negara menjalankan perdagangan bebas tanpa sekatan
(vii) Tiada kos pengangkutan dalam menjalankan perdagangan

Makroekonomi 78

Modul PdP Ekonomi P2

(a) Faedah Mutlak
 Merupakan keuntungan yang diperoleh sesebuah negara kerana mengkhusus dalam

pengeluaran yang lebih cekap berbanding negara lain.

Jadual 5.1 Pengeluaran sebelum pengkhususan

Negara Beras (kg) Getah (kg)

Malaysia 20 50

Vietnam 50 20

Jumlah 70 70

 Seorang buruh di Malaysia boleh mengeluarkan 20 kg beras dan seorang buruh lagi boleh
mengeluarkan 50 kg getah, manakala seorang buruh di Vietnam boleh mengeluarkan 50 kg
beras dan seorang buruh lagi boleh mengeluarkan 20 kg getah dengan jumlah pengeluaran
dunia sebanyak 70 kg beras dan 70 kg getah.

 Malaysia mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran getah kerana seorang buruh di
Malaysia boleh mengeluarkan lebih banyak getah (50 kg) berbanding seorang buruh di
Vietnam (20 kg)

 Vietnam mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran beras kerana seorang buruh di
Vietnam boleh mengeluarkan lebih banyak beras (50 kg) berbanding seorang buruh di
Malaysia (20kg)

 Selepas pengkhususan, kedua-dua faktor pengeluaran (buruh) di Malaysia akan mengeluarkan
getah sebanyak 100 kg (50 kg X 2) manakala Vietnam akan mengeluarkan beras sebanyak
100 kg (50kg X 2). Pengeluaran dunia meningkat kepada 100 kg beras dan 100 kg getah
seperti dalam Jadual 5.2.

Jadual 5.2 Pengeluaran selepas pengkhususan

Negara Beras (kg) Getah (kg)

Malaysia 0 100

Vietnam 100 0

Jumlah 100 100

 Harga relatif atau kos lepas beras dan getah di Malaysia dan Vietnam boleh dikira seperti
berikut:

Jadual 5.3 Pengiraan harga relatif atau kos lepas

Negara Beras (B) (kg) Getah (G) (kg)

Malaysia 20 kg B : 50 kg G 50 kg G : 20 kg B

50 20

1 kg B : 20 1 kg G : 50
1 kg B : 2.5 kg G 1 kg G : 0.4 kg B

Vietnam 50 kg B : 20 kg G 20 kg G : 50 kg B

20 50

1 kg B : 50 1 kg G : 20
1 kg B : 0.4 kg G 1 kg G : 2.5 kg B

 Oleh itu, perdagangan kedua-dua negara boleh berlaku pada kadar pertukaran seperti berikut
1 kg beras = 0.4 kg getah hingga 2.5 kg getah

 Andaikan kedua-dua negara bersetuju pada kadar pertukaran
1 kg beras = 1 kg getah

 Kedua-dua negara bersetuju untuk mengeksport separuh daripada keluaran mereka seperti
dalam Jadual 5.4.

Makroekonomi 79

Modul PdP Ekonomi P2

Jadual 5.4 Penggunaan selepas perdagangan

Negara Beras (kg) Getah (kg)

Malaysia 50 50

Vietnam 50 50

Jumlah 100 100

(Kadar pertukaran : 1 kg beras = 1 kg getah)

 Dengan kadar pertukaran 1:1, Malaysia akan mengeksport sebanyak 50 kg getah ke Vietnam,

manakala baki 50 kg akan digunakan di dalam negeri. Jumlah pengeluaran getah dunia ialah

100 kg.

 Dengan mengimport 50 kg getah, Vietnam akan mengeksport sebanyak 50 kg beras ke

Malaysia manakala baki 50 kg akan digunakan dalam negeri. Jumlah pengeluaran beras dunia

ialah 100 kg.

 Selepas perdagangan, kedua-dua negara memperoleh keuntungan kerana mendapat tambahan

30 kg beras dan 30 kg getah jika berbanding sebelum pengkhusus dalam Jadual 5.1. Jumlah

pengeluaran dunia bagi beras dan getah juga bertambah daripada 70 kg kepada 100 kg.

(b) Faedah Berbanding
 Merupakan keuntungan yang diperoleh oleh sesebuah negara kerana mengkhusus dalam

pengeluaran yang harga relatif atau kos lepasnya lebih rendah berbanding dengan negara
lain.

Kaedah Jadual
 Jadual 5.5 menunjukkan pengeluaran kereta dan televisyen di negara Jepun dan Perancis.
 Perancis mempunyai faedah mutlak dalam pengeluaran kereta dan televisyen kerana buruh di

Perancis boleh mengeluarkan kereta dan televisyen yang lebih banyak, iaitu 40 unit kereta
dan 300 unit televisyen berbanding buruh di Jepun hanya boleh mengeluarkan 20 unit kereta
dan 250 unit televisyen.

Jadual 5.5 Pengeluaran sebelum pengkhususan

Negara Kereta (unit) Televisyen (unit)

Jepun 20 250

Perancis 40 300

Jumlah 60 550

 Untuk menjalankan perdagangan antara bangsa, kedua-dua negara perlu mengira harga relatif
atau kos lepas kereta dan televisyen seperti berikut:

Jadual 5.6 Pengiraan harga relatif atau kos lepas

Negara Kereta (K) (unit) Televisyen (T) (unit)
Jepun
20 unit K = 250 unit T 250 unit T = 20 unit K
Perancis
250 20

1 unit K = 20 1 unit T = 250
1 unit K = 12.5 T 1 unit T = 0.08 K

40 unit K = 300 unit T 300 unit K = 40 unit T

300 40

1 unit K = 40 1 unit K = 300
1 unit K = 7.5 T 1 unit T = 1.33 K

 Ini bermakna televisyen lebih murah di Jepun kerana lebih banyak televisyen dikeluarkan di
Jepun (12.5 unit) berbanding Perancis (7.5 unit) bagi setiap unit kereta.

 Oleh itu, Jepun mengkhusus dalam pengeluaran televisyen dan Perancis mengkhusus dalam
pengeluaran kereta seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 5.7.

Makroekonomi 80

Modul PdP Ekonomi P2

Jadual 5.7 Pengeluaran selepas pengkhususan

Negara Kereta (unit) Televisyen (unit)

Jepun 0 500

Perancis 80 0

Jumlah 80 500

 Selepas pengkhususan, kedua-dua faktor pengeluaran (buruh) di Jepun akan digunakan untuk

mengeluarkan televisyen sebanyak 500 unit (250 unit x 2), manakala Perancis akan

mengeluarkan kereta sebanyak 80 unit (40 unit x 2). Pengeluaran dunia menjadi 80 unit kereta

dan 500 unit televisyen seperti ditunjukkan Jadual 5.7.

 Kedua-dua negara boleh menjalankan perdagangan pada kadar pertukaran 1 unit kereta = 7.5

unit televisyen hingga 12.5 unit televisyen.

 Andaikan kedua-dua negara bersetuju pada kadar pertukaran 1 unit kereta = 10 unit

televisyen.

 Andaikan Perancis mengeksport sebanyak 30 unit kereta ke Jepun dan menggunakan baki 50

unit kereta dalam negeri.

 Dengan kadar pertukaran 1:10, Jepun akan mengeksport sebanyak 300 unit televisyen ke

Perancis (30 unit kereta x 10) manakala baki 200 unit televisyen akan digunakan di dalam

negeri seperti dalam Jadual 5.8.

Jadual 5.8 Pengeluaran selepas pengkhususan

Negara Kereta (unit) Televisyen (unit)
Jepun 30 200
Perancis 50 300
Jumlah 80 500

 Jika dibandingkan Jadual 5.5 (pengeluaran sebelum pengkhususan) dengan Jadual 5.8
(penggunaan selepas perdagangan), perdagangan antarabangsa telah menguntungkan Perancis
kerana penggunaan kereta telah bertambah sebanyak 10 unit selepas perdagangan, iaitu
daripada 40 unit kepada 50 unit kereta, manakala penggunaan televisyen tidak berubah, iaitu
tetap 300 unit.

 Manakala Jepun mendapat tambahan 10 unit kereta, iaitu dari 20 unit kepada 30 unit, tetapi
pengurangan dalam penggunaan televisyen sebanyak 50 unit, iaitu dari 250 unit kepada 200
unit.

 Walaupun Jepun kurang 50 unit televisyen, tetapi tambahan 10 unit kereta sama nilainya
dengan 100 unit televisyen di Jepun (10 unit kereta x 10). Ini bermakna Jepun juga mendapat
keuntungan dalam kedua-dua keluaran.

Kaedah Rajah (KKP)
 Rajah 5.1 Paksi X menunjukkan keluaran kereta dan paksi Y menunjukkan keluaran

televisyen.
 Rajah 5.1 (a) menunjukkan KKP Jepun dan Rajah 5.1 (b) menunjukkan KKP Perancis.
 Sekiranya Jepun menggunakan kedua-dua faktor pengeluaran untuk mengeluarkan kereta,

sebanyak 40 unit kereta dikeluarkan ditunjukkan oleh titik A.
 Sebaliknya, sekiranya Jepun menggunakan kedua-dua faktor pengeluaran untuk

mengeluarkan televisyen, sebanyak 500 unit televisyen dikeluarkan, ditunjukkan oleh titik B.
 Titik AB merupakan KKP Jepun untuk mengeluarkan kereta dan televisyen ditunjukkan

dalam Rajah 5.1 (a).
 Titik J0 menunjukkan pengeluaran Jepun sebelum pengkhususan, iaitu 20 unit kereta dan 250

unit televisyen.
 Sekiranya Perancis menggunakan kedua-dua faktor pengeluaran untuk mengeluarkan kereta,

sebanyak 80 unit kereta dikeluarkan ditunjukkan oleh titik C.

Makroekonomi 81

Modul PdP Ekonomi P2

 Sebaliknya, sekiranya Perancis menggunakan kedua-dua faktor pengeluaran untuk
mengeluarkan televisyen, sebanyak 600 unit televisyen dikeluarkan, ditunjukkan oleh titik D.

 Titik CD merupakan KKP Perancis untuk mengeluarkan kereta dan televisyen ditunjukkan
dalam Rajah 5.1 (b).

 Titik A0 menunjukkan pengeluaran Perancis sebelum pengkhususan, iaitu 40 unit kereta dan
300 unit televisyen.

Televisyen Rajah 5.1 : Keluk Kemungkinan Pengeluaran
(unit)
Televisyen
500B (unit)
800 D1

250 J0 600 D
200 J1 300 A0 A1

0 20 30 A A1 Kereta 0 C Kereta
40 50 (unit)
(unit)

(a)Jepun (b)Perancis

 Ini bermakna Perancis mempunyai faedah mutlak dalam kedua-dua pengeluaran, iaitu kereta
dan televisyen kerana seorang buruh di Perancis dapat mengeluarkan lebih banyak kereta (40
unit) berbanding seorang buruh di Jepun (30 unit).

 Manakala dalam pengeluaran televisyen, seorang buruh di Perancis dapat mengeluarkan lebih
banyak televisyen (300 unit) berbanding seorang buruh di Jepun (250 unit).

 Untuk menjalankan perdagangan, kedua-dua negara perlu mengira harga relatif atau kos lepas
kedua-dua barang. Di Jepun, 1 unit kereta = 12.5 unit televisyen, manakala di Perancis, 1 unit
kereta = 7.5 unit televisyen (Lihat pengiraan dalam kaedah jadual (Jadual 5.6).

 Ini bermakna televisyen lebih murah di Jepun manakala kereta lebih murah di Perancis.
 Oleh itu, Jepun akan mengkhusus dalam pengeluaran televisyen dan mengeluarkan sebanyak

500 unit televisyen ditunjukkan oleh titik B.
 Manakala Perancis akan mengkhusus dalam pengeluaran kereta dan mengeluarkan sebanyak

80 unit kereta ditunjukkan oleh titik C.
 Untuk menjalankan perdagangan, kedua-dua negara perlu melihat kadar perdagangan kedua-

dua negara, iaitu 1 unit kereta = 7.5 unit televisyen hingga 12.5 unit televisyen (Lihat
pengiraan dalam kaedah jadual).
 Andaikan kedua-dua negara bersetuju pada kadar pertukaran 1 unit kereta = 10 unit
televisyen.
 Andaikan Perancis mengeksport kereta sebanyak 30 unit ke Jepun dan baki 50 unit lagi
digunakan dalam negeri.
 Dengan kadar pertukaran 1:10, Jepun akan mengeksport sebanyak 300 unit televisyen ke
Perancis (30 kereta x 10), manakala baki 200 unit televisyen akan digunakan dalam negeri.
 Penggunaan Jepun selepas perdagangan ditunjukkan oleh titik J1 dalam Rajah 5.1 (a), iaitu 30
unit kereta yang diimport dari Perancis dan 200 unit televisyen yang digunakan dalam negeri.
 Penggunaan Perancis selepas perdagangan ditunjukkan oleh titik A1 dalam Rajah 5.1 (b), iaitu
50 unit kereta dan 300 unit televisyen.
 Kedua-dua negara memperoleh keuntungan ditunjukkan oleh peralihan KKP ke kanan.
 KKP Jepun beralih daripada AB ke A1 B, manakala KKP Perancis beralih dari CD ke CD1.

Makroekonomi 82

Modul PdP Ekonomi P2

5.3 Sekatan Perdagangan Antarabangsa
(a) Kesan negatif perdagangan antarabangsa terhadap ekonomi
 Persaingan kepada industri muda
 Imbangan pembayaran negatif
 Lambakan

(b) Tujuan sekatan perdagangan antarabangsa
1. Melindungi industri muda
 Industri muda tidak mampu bersaing dari segi kos, harga dan kualiti.
 Perlindungan dapat meningkatkan pengeluaran dan kecekapan firma.

2. Melindungi industri strategik / penting
 Industri ini penting untuk keselamatan negara seperti industri makanan dan
keselamatan.
 Perlindungan menyebabkan harga relatif barang import mahal dan kos pengeluaran
firma berkurangan dengan pemberian subsidi.

3. Mengatasi imbangan pembayaran defisit
 Alat sekatan seperti tarif menyebabkan harga import meningkat
 Kuantiti import berkurang, nilai import berkurang dan eksport bersih meningkat.
 Imbangan pembayaran bertambah baik.

4. Mempelbagaikan ekonomi negara
 Sekatan perdagangan menggalakkan pengeluaran pelbagai sektor ekonomi, dan
mengurangkan pergantungan import.

5. Menghindari dasar lambakan
 Merupakan dasar pengimport menjual barangannya di luar negeri pada harga yang
sangat rendah.
 Ini memberi persaingan hebat kepada pengeluar tempatan yang menjual barangan
yang sama.

6. Meningkatkan guna tenaga / mengurangkan pengangguran
 Perdagangan bebas menyebabkan permintaan terhadap keluaran tempatan berkurang.
 Sekatan menyebabkan import berkurang. Pengurangan import menyebabkan
permintaan terhadap keluaran industri penggantian import meningkat.
 Industri tempatan berkembang dan permintaan terhadap buruh meningkat.

7. Menyekat kemasukan barang yang berbahaya atau menjejaskan kesihatan
 Sekatan perdagangan terhadap kemasukan barang sedemikian akan menyebabkan
kenaikkan harga import dan seterusnya, permintaan terhadap import akan
berkurangan.
 Contoh barang yang berbahaya atau menjejaskan kesihatan ialah senjata api, rokok
dan minuman keras.

8. Menggalakkan penggunaan keluaran tempatan
 Sekatan perdagangan akan menyebabkan harga import meningkat, permintaan import
berkurang dan permintaan barang tempatan meningkat.

Makroekonomi 83

Modul PdP Ekonomi P2

(c) Alat Sekatan Perdagangan Antarabangsa

Alat Huraian

Tarif  cukai yang dikenakan terhadap barang import.

 harga barang import menjadi lebih mahal.

 permintaan terhadap import akan berkurangan.

Kuota  mengehadkan kuantiti maksimum yang boleh diimport

 Import yang dibawa masuk terhad kepada kuota yang dibenarkan

 Permintaan terhadap import akan berkurangan dan nilai import

menurun.

Embargo  Larangan kemasukan barang import dari sesebuah negara.

 Contoh : Malaysia tidak membenarkan sebarang import daripada

negara Israel.

 Nilai import akan menurun.

Kawalan pertukaran  Kerajaan mengehadkan pembelian mata wang asing untuk tujuan

asing import.

 Kuantiti import berkurang.

 Nilai import akan berkurangan.

Piawaian tertentu  Kerajaan menetapkan piawaian tertentu atas barang import bagi

atas barang import tujuan keselamatan dan kesihatan.

 barang yang tidak memenuhi piawaian dilarang masuk ke dalam

sesebuah negara.

 Permintaan terhadap import akan berkurangan.

 Nilai import turut berkurangan.

.

(d) Kesan Tarif

Rajah 5.2 Kesan Tarif

harga Sd

P0 E Sw + T
P2 aG
bc F Sw Kuantiti
↑T Dd
P1 Q2 Q0 Q3
Q4
0 Q1

Keluk Sd dan Dd ialah keluk permintaan dan penawaran domestik.
Keluk Sw ialah keluk penawaran selepas perdagangan antarabangsa.
Keluk Sw + T ialah keluk penawaran selepas tarif.

Sebelum Perdagangan Antarabangsa
 Keseimbangan dicapai apabila keluk Sd bersilang dengan keluk Dd di titik E pada harga 0P0
dan kuantiti 0Q0 .

Selepas Perdagangan Antarabangsa
 Keluk penawaran antarabangsa ialah Sw berbentuk mendatar.
 Keseimbangan dicapai apabila keluk Sw bersilang dengan keluk Dd di titik F, pada harga 0P1
dan kuantiti 0Q4.
 Pada harga 0P1 , penawaran domestik (Sd ) ialah 0Q1 , manakala permintaan domestik (Dd )
ialah 0Q4 . Maka kuantiti diimport ialah Q1 Q4 .

Makroekonomi 84

Modul PdP Ekonomi P2

Selepas tarif
 Andaikan kerajaan mengenakan tarif sebanyak P1 P2 seunit keluaran.
 Keluk penawaran beralih ke atas dari Sw ke Sw + T .
 Keseimbangan dicapai apabila keluk Sw + T bersilang dengan keluk Dd di titik G, pada harga
0P2 dan kuantiti Q3.
 Pada harga 0P2, Sd ialah 0Q2 dan Dd ialah 0Q3. Maka, kuantiti diimport ialah Q2 Q3.

Kesimpulan kesan tarif (Berdasarkan rajah) Kesan
Perkara Naik dari 0P1 ke 0P2 .
Harga Berkurangan daripada Q1Q4 kepada Q2 Q3.
Kuantiti import Pengenaan tarif mendatangkan hasil kepada
Hasil kerajaan kerajaan, iaitu : Hasil kerajaan
= tarif per unit x kuantiti import
Pengeluaran / penawaran domestik = P1P2 × Q2Q3
Penggunaan / permintaan domestik = abcG
Imbangan perdagangan Meningkat daripada 0Q1 kepada 0Q2.
(nilai eksport – nilai import) Berkurang daripada 0Q4 kepada 0Q3
Lebihan pengguna Bertambah baik sebab import berkurangan.

Berkurang sebanyak P1P2GF.

5.4 Kadar Pertukaran Asing
(a) Takrif
 Harga per unit mata wang asing dalam sebutan mata wang tempatan.
 Contoh : US$1.00 = RM4.00
 Juga merujuk kepada harga per unit mata wang tempatan dalam sebutan mata wang asing.
 Contoh : RM1.00 = US$0.25

(b) Menghitung pertukaran mata wang asing

 US$1.00 = RM4.00
RM 1.00

RM1.00 = US $4.00 = US$0.25

(c) Faktor yang mempengaruhi permintaan dan penawaran pertukaran asing
1. Perubahan cita rasa masyarakat
 Apabila cita rasa rakyat tempatan lebih menggemari barang import, menyebabkan
permintaan terhadap barang import bertambah.
 Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
 Sebaliknya jika rakyat lebih menggemari barang tempatan, permintaan untuk mata
wang asing akan merosot.

2. Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan
 Kadar bunga dan kadar pulangan dalam negara secara relatif lebih rendah berbanding
luar negara menyebabkan modal dalam negeri mengalir keluar ke negara.
 Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
 Sebaliknya jika kadar bunga dan kadar pulangan dalam negara secara relatif lebih
tinggi berbanding luar negara menyebabkan modal dalam negeri mengalir masuk ke
dalam negara.

Makroekonomi 85

Modul PdP Ekonomi P2

3. Perubahan tingkat harga umum
 Jika tingkat harga umum naik, iaitu wujud masalah inflasi dalam sesebuah negara,
harga eksport akan naik.
 Secara relatif, harga import menjadi lebih murah.
 Permintaan terhadap import akan bertambah.
 Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.

4. Dasar kerajaan
 Jika dasar kerajaan mengenakan tarif terhadap barang import, harga import akan naik
dan permintaan terhadap import akan berkurangan.
 Permintaan terhadap mata wang asing akan berkurangan.
 Jika dasar kerajaan memberi subsidi terhadap barang eksport, kos pengeluaran akan
menurun dan harga eksport akan turun.
 Permintaan terhadap eksport akan meningkat.
 Penawaran terhadap mata wang asing akan meningkat.

5. Pertumbuhan ekonomi
 Jika pertumbuhan ekonomi sesebuah negara diikuti oleh pertambahan eksport,
penawaran mata wang asing akan bertambah.

6. Perubahan pendapatan negara
 Pendapatan negara meningkat, firma akan meningkatkan keluaran. Oleh itu
permintaan input yang diimport akan meningkat.
 Import meningkat dan permintaan terhadap mata wang asing meningkat.
 Sebaliknya, jika pendapatan negara menurun, firma akan mengurangkan keluaran dan
seterusnya mengurangkan permintaan input diimport.
 Import berkurang dan permintaan terhadap mata wang asing berkurang.

7. Perubahan harga barang eksport dan import
 Jika harga barang import secara relatif lebih murah berbanding harga barang
tempatan, permintaan terhadap barang import meningkat.
 Permintaan terhadap mata wang asing akan bertambah.
 Sebaliknya jika harga barang import relatif lebih mahal berbanding harga barang
tempatan, permintaan terhadap barang import berkurang.
 Permintaan mata wang asing akan berkurang.

Makroekonomi 86

Modul PdP Ekonomi P2

(d) Penentuan Kadar Pertukaran Asing

Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah Sistem Kadar Pertukaran Tetap

 Kadar pertukaran asing ditentukan oleh  Kadar pertukaran asing ditentukan oleh pihak

permintaan dan penawaran mata wang asing di kerajaan sesebuah negara melalui bank pusat.

pasaran.

 Keluk DD dan keluk SS terhadap dollar US  Keluk DD dan keluk SS terhadap dollar US

oleh rakyat Malaysia oleh rakyat Malaysia

RM Lebihan S RM US$ dibeli oleh S
penawaran US$ bank pusat
US$ D US$ D Terkurang
nilai RM
3.50 3.50

3.00 e0 3.00 e0

2.50 Lebihan D 2.50 US$ dijual oleh Terlebih
permintaan US$ bank pusat nilai RM
S Kuantiti S D
0 Q1 Q0 Q2 US$ 0 Q1 Q0 Q2
Kuantiti
US$

 Kesimbangan pasaran mata wang asing dicapai  Kesimbangan pasaran mata wang asing

apabila keluk DD bersilang dengan keluk SS di dicapai apabila keluk DD bersilang dengan

titik e0 pada kadar pertukaran keluk SS di titik e0 pada kadar pertukaran
US$1.00=RM3.00 dan kuantiti dollar US US$1.00 = RM3.00 dan kuantiti dollar US

sebanyak 0Q0. sebanyak 0Q0.

 Pada kadar pertukaran asing US$1.00=RM3.50  Jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran

 RM mengalami susut nilai. pada tingkat yang lebih tinggi, iaitu

 Wujud lebihan penawaran dollar US sebanyak US$1.00=RM3.50, nilai RM menurun

Q1Q2 . manakala nilai US$ meningkat.

 Kadar pertukaran asing cenderung menurun  Keadaan ini dinamakan terkurang nilai RM.

sehingga mencapai keseimbangan semula pada  Tindakan ini mewujudkan lebihan penawaran

kadar pertukaran US$1.00 = RM3.00. dollar US sebanyak Q1Q2
 Bank pusat akan membeli semua lebihan

dollar US.

 Kadar pertukaran kekal pada

US$1.00=RM3.50.

 Pada kadar pertukaran asing US$1.00=RM2.50  Jika kerajaan menetapkan kadar pertukaran

 RM mengalami naik nilai. asing pada tingkat yang lebih rendah, iaitu

 Wujud lebihan permintaan dollar US sebanyak US$1.00 = RM2.50, nilai RM meningkat

Q1Q2. manakala nilai US$ menurun.

 Kadar pertukaran asing cenderung meningkat  Keadaan ini dinamakan terlebih nilai RM.

sehingga mencapai keseimbangan semula pada  Tindakan ini mewujudkan lebihan permintaan

kadar pertukaran US$1.00 = RM3.00. dollar US sebanyak Q1Q2.
 Bank pusat akan menjual semua lebihan dollar

US.

 Kadar pertukaran kekal pada US$1.00=RM3.50

 Perubahan kadar pertukaran asing disebabkan  Perubahan kadar pertukaran asing disebabkan

perubahan dalam permintaan mata wang asing tindakan kerajaan melalui bank pusat.

dan penawaran mata wang asing.  Peningkatan nilai mata wang dinamakan

 Peningkatan nilai mata wang dinamakan naik revaluasi.

nilai.  Penurunan nilai mata wang dinamakan

 Penurunan nilai mata wang dinamakan susut devaluasi.

nilai.

Makroekonomi 87

Modul PdP Ekonomi P2

(e) Faktor Yang Mempengaruhi Perubahan Kadar Pertukaran Asing
(i) Perubahan pendapatan negara
(ii) Perubahan cita rasa masyarakat
(iii) Perubahan harga eksport dan import
(iv) Inflasi
(v) Peningkatan pelancongan
(vi) Peningkatan bilangan pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar negeri
(vii) Perubahan kadar bunga dan kadar pulangan pelaburan
(viii) Pertumbuhan ekonomi

(g) Konsep Devaluasi
 Devaluasi ialah tindakan kerajaan menurunkan nilai mata wang negara berbanding mata
wang asing.
 Contoh,
Kadar pertukaran asing asal  USD1 = RM2.50
Kadar pertukaran asing baharu  USD1 = RM3.00
 Kesan devaluasi, nilai RM turun berbanding dengan USD.
 Harga eksport menjadi relatif lebih murah.
 Eksport bertambah.
 Harga import menjadi lebih relatif mahal.
 Import berkurang.
 Pertambahan eksport dan pengurangan import menyebabkan imbangan pembayaran
semakin baik.

5.5 Imbangan Pembayaran
(a) Takrif
 Catatan sistematik yang merekodkan aliran masuk dan aliran keluar wang kesan
daripada urus niaga ekonomi yang berlaku antara penduduk sesebuah negara dengan
penduduk negara lain dalam tempoh setahun.
 Imbangan pembayaran Malaysia terdiri daripada akaun semasa, akaun modal, akaun
kewangan dan kesilapan dan ketinggalan.

Butiran Huraian Contoh
Imbangan  Perbezaan antara nilai eksport barang  Barang pertanian
perdagangan  Barang perkilangan
Imbangan dengan nilai import barang.  Pengangkutan
perkhidmatan  Perjalanan
 Perbezaan antara nilai eksport perkhidmatan  Urus niaga
Pendapatan dengan nilai import perkhidmatan.
kerajaan
Pindahan bersih  Merekodkan nilai bersih semua butiran  Untung
perkhidmatan.  Dividen
 Bunga
 Perbezaan antara keuntungan pelaburan
tempatan di luar negara dengan keuntungan  Pindahan rasmi
pelaburan asing di dalam negara.  Pindahan swasta
 Derma bencana
 Merekodkan nilai bersih pendapatan
pelaburan. banjir dari US dan
Jepun.
 Nilai bersih daripada bayaran pindahan yang
tidak melibatkan sebarang urus niaga.

Makroekonomi 88

Modul PdP Ekonomi P2

Imbangan akaun  imbangan perdagangan + imbangan –
semasa perkhidmatan + pendapatan + pindahan

semasa

Akaun modal  Merekodkan nilai bersih aliran wang bagi  Pindahan modal

pindahan modal dan aset bukan kewangan  Aset bukan

bukan pengeluaran. kewangan bukan

pengeluaran

Akaun kewangan  Merekodkan nilai bersih aliran wang bagi  Pelaburan langsung

pelaburan langsung, pelaburan porfolio,  Pelaburan portfolio

derivatif kewangan dan pelaburan lain /  Derivatif

pinjaman. kewangan

 Pelaburan lain /

pinjaman

Kesilapan dan  Menyelaraskan penghitungan aliran masuk

ketinggalan dan keluar wang sesebuah negara.

 Wujud apabila aliran wang tidak dapat –

direkodkan dengan tepat

 contohnya : aliran wang secara haram.

Imbangan  imbangan akaun semasa + akaun modal + –
keseluruhan akaun kewangan + kesilapan dan

ketinggalan.

Akaun penyelesaian  Mengimbangi sebarang ketidakseimbangan –

rasmi atau rizab dalam imbangan keseluruhan.

antarabangsa

(b) Penghitungan Imbangan Pembayaran

Struktur imbangan pembayaran dapat diterangkan berdasarkan jadual berikut:

Butiran RM juta RM juta

A. Barang dan perkhidmatan 600

1. Barangan

1.1 Eksport 300

1.2 Import 150

2. Perkhidmatan

2.1 Pengangkutan 100

2.2 Perjalanan 200

2.3 Urusniaga kerajaan 100

2.4 Perkhidmatan lain 50

B. Pendapatan 200

C. Pindahan semasa 100

D. Imbangan akaun semasa (A+B+C) 900

E. Akaun Modal 200 350
1. Pindahan modal 150 50
2. Aset bukan kewangan bukan pengeluaran
50 50
F. Akaun Kewangan 1350
1. Pelaburan langsung -1350
2. Pelaburan portfolio
3. Derivatif kewangan
4. Pelaburan lain

G. Kesilapan dan ketinggalan

H. Imbangan keseluruhan (D+E+F+G)
I. Aset rizab

Perubahan bersih dalam rizab luar BNM

Makroekonomi 89

Modul PdP Ekonomi P2

**Imbangan keseluruhan yang bernilai positif akan diimbangi dengan perubahan bersih rizab
antarabangsa Bank Negara Malaysia yang bernilai negatif, dan sebaliknya.

(c) Imbangan Pembayaran Defisit dan Lebihan
 Imbangan pembayaran lebihan wujud apabila jumlah penerimaan dari luar negara lebih
daripada jumlah pembayaran ke luar negara.
 Keadaan ini menambahkan rizab mata wang asing dalam bank pusat.
 Imbangan pembayaran defisit wujud apabila jumlah penerimaan dari luar negara kurang
daripada jumlah pembayaran ke luar negaara.
 Keadaan ini mengurangkan rizab mata wang asing dalam bank pusat.

(d) Cara mengatasi imbangan pembayaran defisit

Butiran Imbangan pembayaran defisit Akaun semasa defisit
(i) Meningkatkan  Memberi galakan fiskal dan  Meningkatkan eksport barang
Eksport kewangan  Memberi subsidi eksport
 Mewujudkan kestabilan upah
(ii) Mengurangkan dan harga  Mengenakan tarif
Import dan  Melaksanakan devaluasi  Pengenaan kuota import
meningkatkan  Mengenakan tarif  Kawalan pertukaran mata
penggunaan tempatan  Pengenaan kuota import
 kawalan pertukaran mata wang wang asing
asing  Menjalankan devaluasi
 Menjalankan devaluasi  Embargo
 Embargo  Menggalakkan penggunaan

buruh tempatan
 Menggalakkan perkhidmatan

pendidikan dalam negara
 Menggalakkan pelancongan

dalam negeri
 Menggalakkan penggunaan

pengangkutan tempatan
 Mengurangkan import barang
 Meningkat keluaran industri

penggantian import

Makroekonomi 90

Modul PdP Ekonomi P2

PANDUAN MENJAWAB :

BAHAGIAN B (SOALAN ESEI) :

SOALAN :

1. (a)Berbantukan gambar rajah, terangkan bagaimana perdagangan bebas menyebabkan imbangan

perdagangan sesebuah negara mengalami defisit. [7]

(b) Bagaimanakah tarif dapat mengurangkan defisit imbangan perdagangan negara tersebut? [3]

CADANGAN JAWAPAN :

(a) Sd

Harga

P0 E0

P1 Sw

Dd

0 Q1 Q0 Q2 Kuantiti

 Keseimbangan dicapai pada titik E0 apabila Dd Dd = Sd Sd menghasilkan tingkat harga
keseimbangan P0 dan kuantiti keseimbangan Q0 .

 Andaikan perdagangan antarabangsa secara bebas telah berlaku, maka keluk penawaran akan

beralih menjadi Sw yang berbentuk mendatar.
 Keseimbangan baru dicapai dan tingkat harga berubah dari P0 ke P1 .
 Kuantiti penggunaan domestik telah meningkat dari Q0 ke Q2 .
 Kuantiti penawaran domestik berkurang dari Q0 ke Q1 .
 Pengimportan barang telah berlaku dan kuantiti yang diimport adalah sebanyak Q1 Q2 .
 Dengan andaian eksport tidak berubah, imbangan perdagangan menjadi defisit.

(b) Dengan mengenakan tarif, harga barang import akan menjadi lebih mahal. Pemintaan
 domestik akan berkurangan dan penawaran domestik akan meningkat. Kuantiti import akan
berkurang, defisit imbangan perdagangan negara tersebut dapat dikurangkan.

Makroekonomi 91

Modul PdP Ekonomi P2

BAHAGIAN C (SOALAN KUANTITATIF) :

SOALAN :
Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing dan haluan perdagangan antara Malaysia
dengan Kesatuan Eropah dan Thailand dari tahun 2007 hingga tahun 2009.

Malaysia – Kesatuan Malaysia – Thailand

Tahun RM/€1 Eropah RM/TB100

2007 Eksport Import Eksport Import
2008
2009 (RM juta) (RM juta) (RM juta) (RM juta)

4.8756 77 708 59 842 9.8159 29 576 26 977

4.8759 74 805 61 611 9.9398 31625 29 152

4.9191 59 968 50 761 10.2714 29853 26 308

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2010/2011)

(a) Jelaskan kedudukan nilai RM berbanding matawang Euro dan Baht dari tahun 2007 sehingga

tahun 2009. [2]

(b) Berdasarkan jawapan pada (a), jelaskan secara teori kesan yang mungkin berlaku ke atas eksport

bersih antara Malaysia dngan Kesatuan Eropah dan Thailand. [2]

(c) Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Kesatuan Eropah dan Thailand pada tahun 2008 dan

tahun 2009. [2]

(d) Berdasarkan jawapan pada (b) dan (c), adakah perubahan nilai RM selaras dengan perubahan

eksport bersih secara teori? Jelaskan. [2]

(e) Hitung kadar pertukaran seunit Euro berbanding dengan Baht pada tahun 2009. [2]

CADANGAN JAWAPAN :

(a) RM mengalami susut nilai berbanding matawang Euro dan Baht kerana semakin banyak RM
diperlukan untuk mendapatkan €1 atau TB100.

(b) Susut nilai RM menyebabkan eksport secara relatif lebih murah maka nilai eksport meningkat dan
import secara relatif lebih mahal. Eksport bersih meningkat.

(c) Eksport bersih = Eksport – Import

Tahun Eksport bersih Kesatuan Eropah Eksport bersih Thailand
(RM juta) (RM juta)
2008 2473
2009 74 805 – 61 611 = 13 194 3545

9207

(d) Susut nilai RM menyebabkan eksport bersih semakin berkurang ke negara Kesatuan Eropah. Ia
tidak selaras dengan teori.
Susut nilai RM menyebabkan eksport bersih semakin meningkat ke Thailand. Ia selaras dengan
teori.

(e) Kadar pertukaran seunit Euro berbanding Baht pada tahun 2009.
€1 = RM4.9191
RM1 = TB9.7357
€1 = RM4.9191 × TB9.7357
= TB47.9119

Makroekonomi 92

Modul PdP Ekonomi P2

SOALAN PENGAYAAN :

BAHAGIAN A (SOALAN ANEKA PILIHAN)
1. Yang manakah yang bukan alasan perlunya perdagangan antarabangsa?

A Cita rasa yang berbeza
B Mata wang yang berbeza
C Pilihan barang yang bertambah
D Sumber semula jadi yang berbeza

2. Jadual di bawah menunjukkan jumlah keluaran getah dan beras oleh Negara M dan Negara T

yang menggunakan jumlah buruh yang sama.

Jenis barang Jumlah Keluaran (tan)

Negara M Negara T

Getah 10 20

Beras 5 10

Berdasarkan jadual di atas, yang manakah penyataan yang benar?

A Negara M akan mengkhusus dalam pengeluaran getah

B Negara T akan mengkhusus dalam pengeluaran getah

C Negara T akan mengkhusus dalam pengeluaran getah dan beras

D Kedua-dua negara tidak akan menjalankan perniagaan

3. Keluk permintaan terhadap Dolar Singapura beralih ke kanan disebabkan oleh faktor yang berikut
kecuali
A kesan inflasi yang wujud di Malaysia
B kenaikan tingkat harga barangan yang dieksport ke Singapura
C peningkatan jumlah import barangan oleh penduduk Malaysia dari Singapura
D peningkatan cita rasa penduduk Malaysia terhadap barangan yang diimport dari Singapura

4. Dalam sistem kadar pertukaran tetap, imbangan perdagangan yang negatif akan berlaku apabila
A kerajaan manjalankan devaluasi
B eksport ke luar negeri meningkat
C kadar pertukaran yang ditetapkan terlebih nilai
D kadar pertukaran yang ditetapkan terkurang nilai

5. Jadual di bawah ini menunjukkan imbangan akaun semasa Malaysia bagi tahun 2010 dan tahun

2011.

Butiran 2010 (RM juta) 2011 (RM juta)

Barangan eksport 640 043 696 614

Barangan import 505 317 548 543
Perkhidmatan – 8 013
Pendapatan 1 698 – 21 971
Pindahan semasa – 26 514 – 20 979
– 21 831

Yang manakah penyataan yang benar tentang imbangan akaun semasa di atas?

A Imbangan dagangan mengalami pengurangan

B Imbangan perkhidmatan mengalami peningkatan

C Imbangan pindahan semasa mengalami defisit yang semakin besar

D Imbangan akaun semasa mengalami lebihan yang semakin bertambah

Makroekonomi 93

Modul PdP Ekonomi P2

6. Sesebuah negara melakukan perdagangan antarabangsa disebabkan perbezaan dalam
A saiz penduduk
B amalan sistem politik
C mata wang sesebuah negara
D anugerah faktor pengeluaran

7. Jadual di bawah menunjukkan imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2010.

Butiran Nilai (RM juta)

Barangan 134726

Perkhidmatan 1698
Pendapatan – 26 514
Pindahan semasa – 21 831
Akaun modal
Akaun kewangan – 165
Kesilapan dan ketinggalan – 19 827
– 70 713

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2011/2012)

Berapakah aset rizab antarabangsa Malaysia pada tahun 2010?

A Merosot sebanyak RM2461 juta

B Merosot sebanyak RM2626 juta

C Meningkat sebanyak RM68 087 juta

D Meningkat sebanyak RM88 079 juta

8. Menurut Teori Faedah Berbanding, sesebuah negara akan mengkhusus dan mengeksport suatu
barang jika negara tersebut mempunyai
A modal yang banyak
B kos lepas yang tinggi
C buruh mahir yang ramai
D harga relatif yang rendah

9. Yang berikut ialah tujuan pengenaan kuota ke atas barang import, kecuali
A membaiki imbangan pembayaran
B meningkatkan produktiviti buruh tempatan
C mengurangkan persaingan ke atas keluaran tempatan
D mengelakkan lambakan barang asing di pasaran tempatan

10. Susut nilai mata wang sesebuah negara menyebabkan berlakunya inflasi diimport kerana
A pengguna akan menggantikan barangan tempatan dengan barang import
B barangan eksport menjadi kurang kompetitif dan eksport menurun
C harga input yang diimport menjadi lebih mahal
D kos pengeluaran menjadi lebih murah

11. Kadar pertukaran asing ialah
A Nilai barang yang dikeluarkan dalam sebuah negara berdasarkan nilai mata wang asing.
B Nilai import berbanding dengan nilai eksport
C Nilai pertukaran mata wang sebuah negara
D Nilai mata wang sebuah negara berdasarkan nilai mata wang asing

Makroekonomi 94

Modul PdP Ekonomi P2

BAHAGIAN B (SOALAN ESEI) :

1. Dengan menggunakan jadual, bincangkan bagaimana teori faedah berbanding memberi

keuntungan kepada negara yang menjalankan perdagangan antarabangsa. [10]

2. (a) Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap kuantiti import,

pengeluaran domestik dan imbangan perdagangan bagi negara yang mengenakan tarif. [6]

(b) Jelaskan dua alasan mengapa sekatan perdagangan dilakukan. [4]

3. Jelaskan lima langkah yang perlu diambil oleh kerajaan untuk mengurangkan defisit akaun

semasa. [10]

4. Dengan menggunakan analisis permintaan agregat-penawaran agregat (AD–AS), bagaimanakah
dasar kewangan melalui operasi pasaran terbuka dapat mengatasi kemelesetan ekonomi? [10]

5. Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan kesan tarif terhadap ekonomi sesebuah negara.
[10]

6. Huraikan lima alat kawalan import yang dapat membaiki defisit imbangan pembayaran. [10]

7. “Peningkatan permintaan terhadap Dolar Singapura menyebabkan peningkatan penawaran

Ringgit Malaysia.” Berbantukan lima contoh urus niaga antarabangsa, jelaskan pernyataan

tersebut. [10]

BAHAGIAN C (SOALAN KUANTITATIF) :

Soalan 1

(a) Berikan definisi Sistem Kadar Pertukaran Boleh Ubah. [1]

(b) Jadual di bawah menunjukkan data kadar pertukaran asing Malaysia terhadap 100 unit Dolar

Singapura (S$) dan seunit Pound Sterling (£), eksport dan import Malaysia dengan United

Kingdom (UK) pada tahun 1999 hingga tahun 2002.

Tahun 100 unit Dolar 1 unit Pound Eksport Malaysia ke Import Malaysia dari
Singapura (S$) Sterling (£) UK (RM bilion) UK (RM bilion)
1999 12.061 5.626
2000 228.09 6.14 11.566 6.080
2001 219.46 5.67 8.779 6.872
2002 216.86 5.52 8.244 6.128
212.45 5.48

(i) Hitung nilai RM1 dalam nilai Pound Sterling (£) pada tahun 1999 hingga tahun 2002. [3]

(ii) Adakah Ringgit Malaysia (RM) mengalami susut nilai atau naik nilai berbanding dengan Pound

Sterling (£)? Mengapa? [2]

(iii) Adakah hubungan antara kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) dengan Pound Sterling (£)

selaras dengan teori ekonomi tentang aliran eksport dan import? Terangkan. [2]

(iv) Hitung nilai 1 unit Pound Sterling (£) dalam sebutan Dolar Singapura (S$) pada tahun 2002. [2]

Makroekonomi 95

Modul PdP Ekonomi P2

Soalan 2
Jadual di bawah menunjukkan kadar pertukaran Ringgit Malaysia (RM) terhadap 100 unit Dolar
Singapura dan Peso Filipina serta eksport bersih Malaysia ke Singapura dan Filipina dari tahun 2001
hingga tahun 2004.

Tahun Dolar Singapura Peso Filipina Eksport bersih Malaysia (RM juta)

2001 (100 unit) (100 unit) Ke Singapura Ke Filipina
2002
2003 216.86 7.36 21 291 – 2095
2004
218.87 7.15 24 284 – 4794

223.42 6.84 25 503 – 6376

232.58 6.77 27 699 – 3348

(Sumber : Laporan Ekonomi, 2005/2006 : Kementerian Kewangan Malaysia)

(a) (i) Apakah yang dimaksudkan dengan eksport bersih? [1]

(ii) Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Filipina dalam nilai Peso Filipina pada tahun 2003

dan tahun 2004. [1]

(iii) Hitung nilai eksport bersih Malaysia ke Singapura dalam nilai Dolar Singapura pada

tahun 2003 dan tahun 2004. [1]

(b) Jelaskan kedudukan nilai Ringgit Malaysia berbanding dengan Dolar Singapura dan Peso

Filipina dari tahun 2001 hingga tahun 2004. [2]

(c) Jelaskan hubungan antara eksport bersih dengan kadar pertukaran Ringgit Malaysia terhadap

(i) Peso Filipino

(ii) Dolar Singapura

Adakah hubungan ini selaras dengan teori ekonomi? [3]

(d) Hitung kadar perubahan nilai satu Ringgit Malaysia dalam nilai Pesa Filipina pada tahun

2004. [2]

Soalan 3

(a) Apakah maksud imbangan pembayaran? [1]

(b) Jadual di bawah menunjukkan perangkaan imbangan pembayaran pada tahun 2004 dan tahun

2005.

Butiran 2004 (RM juta) 2005 (RM juta)

Eksport 481 240 536 955

Import 376 766 411 393
Pengangkutan – 17 783 – 16 433

Perjalanan 19 398 19 449
Urus niaga kerajaan – 721 – 350
Perkhidmatan lain – 9 675 – 11 676
Pendapatan pelaburan – 24 549 – 23 908
Pindahan semasa – 14 633 – 16 963

Pelaburan langsung 9 739 3 771
Pelaburan portfolio 31 965 – 14 156
Pelaburan lain – 24 913 – 26 633
Kesilapan dan ketinggalan – 25 019
10 482

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi, 2005-2006)

Makroekonomi 96

Modul PdP Ekonomi P2

Berdasarkan jadual di atas,

(i) Hitung imbangan akaun perkhidmatan pada tahun 2004 dan tahun 2005. [2]

(ii) Terangkan mengapa wujud defisit dalam pendapatan pelaburan manakala lebihan dalam

butiran perjalanan. [2]

(iii) Hitung imbangan akaun semasa pada tahun 2004 dan tahun 2005. [2]

(iv) Hitung imbangan pembayaran keseluruhan pada tahun 2004 dan tahun 2005. Terangkan

kesan arah aliran imbangan pembayaran tersebut terhadap rizab mata wang asing. [3]

Soalan 4

Jadual di bawah menunjukkan data eksport, import, dan keluaran dalam negeri kasar (KDNK)

Malaysia (RM juta).

Tahun Eksport Import KDNK

2004 511.77 436.91 426.51

2005 552.09 475.66 447.82

2006 592.90 516.41 474.39

2007 617.35 548.21 503.60

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2007/2008)

(a) Apakah maksud imbangan perdagangan? Apakah kesan imbangan perdagangan terhadap

keluaran negara secara teori? [2]

(b) (i) Hitung imbangan perdagangan Malaysia dari tahun 2004 hingga tahun 2007. [2]

(ii) Huraikan arah aliran imbangan perdagangan Malaysia dan kesannya terhadap KDNK

Malaysia. [2]

(c) (i) Hitung nisbah nilai eksport kepada nilai import Malaysia. [2]

(ii) Apakah kesan nisbah nilai eksport kepada nilai import terhadap imbangan perdagangan

dan nilai mata wang Malaysia? [2]

Soalan 5

Jadual di bawah menunjukkan data eksport dan import Malaysia pada tahun 2006 dan 2007 dengan

beberapa negara Asean terpilih.

Negara Eksport (RM juta) Import (RM juta)

2006 2007 2006 2007

Singapura 90 751 88 508 56 188 57 955

Thailand 31 177 29 984 26 276 27 006

Indonesia 14 916 17 749 18 166 21 379

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2008/2009)

(a) Apakah yang dimaksudkan dengan eksport bersih? [1]

(b) Hitung eksport bersih Malaysia ke Singapura, Thailand dan Indonesia pada tahun 2007 dan

terangkan nilai eksport bersih tersebut. [3]

(c) Pada tahun 2006 dan 2007, keluaran dalam negeri kasar (KDNK) Malaysia masing-masing

ialah RM475 192 juta dan RM505 353 juta.

(i) Hitung peratusan eksport Malaysia ke Singapura, Thailand dan Indonesia terhadap

KDNK pada tahun 2006 dan 2007.

(ii) Berdasarkan kepada jawapan (c) (i), jelaskan arah alirannya. [4]

(d) Nyatakan dua jenis barang eksport Malaysia ke negara Asean dan dua jenis barang import

Malaysia dari negara Asean. [2]

Makroekonomi 97

Modul PdP Ekonomi P2

Soalan 6
Jadual di bawah menunjukkan butiran utama dalam imbangan pembayaran Malaysia pada tahun 2008
dan 2009 (dalam RM juta).

Butiran 2008 2009

Eksport 664 325 554 067

Import 493 773 412 322

Perkhidmatan 163 4664
Pendapatan – 23 707 – 14 639
Pindahan Semasa – 17495 – 19 631
Akaun modal dan kewangan – 117909 – 80 369
Kesilapan dan ketinggalan – 29 854 – 17 939

(Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Ekonomi 2010/2011)

(a) (i) Apakah maksud pendapatan dalam butiran di atas? [1]
(ii) Mengapakah nilainya negatif? [1]
[2]
(b) Hitung imbangan akaun semasa pada tahun 2008 dan 2009. [2]
(c) (i) Hitung imbangan pembayaran pada thun 2008 dan 2009. [2]
[1]
(ii) Huraikan arah aliran imbangan pembayaran tersebut. [1]
(iii) Berapakah perubahan rizab asing pada tahun 2008 dan 2009?
(iv) Apakah kesanya terhadap kadar pertukaran Ringgit Malaysia?

Makroekonomi 98


Click to View FlipBook Version