The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by g-14026543, 2022-06-16 00:40:02

BUKU PROGRAM MESYUARAT PIBG KALI KE 49 TAHUN 2022

MESYUARAT PIBG KALI KE 49
SMKSA
TAHUN 2022

ISI MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

KANDUNGAN

M/S PERKARA

11 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG

2 KATA ALU- ALUAN TUAN PENGETUA
3 NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 49

4-7 JAWATANKUASA PENGELOLA
8 TENTATIF PROGRAM

9 AGENDA MESYUARAT AGUNG KALI KE-49

10 JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

11-18 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48

19-20 LAPORAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2021/2022

21-28 LAPORAN KEWANGAN

29 PENGHARGAAN

KATA MESYUARAT AGUNG PERSATUAN

I
B U B A P A D A N G U R U K A L I K E 4 9

TAHUN 2022





A L U - A L
U A N Y D P P I B G



Tuan / puanAhli-ahli Persatuan Ibu bapa dan guru
sekalian,Bersyukur saya kehadrat Allah Taala kerana dengan
izinNydapat kita mengadakan Mesyuarat Agung ke 49 pada hari
ini. Dengan ini juga saya mengalukan dan mengucapkan terima
kasih di atas kehadiran sekalian ahli Persatuan Ibu bapa dan
guru SMK Sultan Alauddin.

Sepanjang saya menerajui PIBG sekolah ini pelbagai pengalaman dapat dirasai.
Kita sebagai ibu bapa perlu berperanan lebih aktif membantu pihak sekolah untuk
memacu kecemerlangan pendidikan demi kemajuan pelajar sekolah ini yang juga anak-
anak kita sendiri. Bantuan itu perlu dalam pelbagai aspek sama ada dari aspek perhatian,
tenaga mahupun wang ringgit demi memastikan segala usaha murni tersebut dapat
diteruskan. Kehadiran ibu bapa ke sekolah ini adalah juga usaha dan komitmen yang telah
anda tunjukkan. Justeru itu, ambillah peluang yang datang Cuma setahun sekali ini untuk
sama-sama kita memperbaiki dan meningkatkan mutu pendidikan anak-anak dan
menggerakkan lagi Persatuan Ibu bapa dan Guru ini.

Mudah-mudahan kita dapat membincangkan perkara-perkara yang menyentuh
aspek kepentingan anak-anak kita di sini dan membuat keputusan-keputusan bersama.
Persatuan yang kita dokong bersama ini akan lebih efisyen serta mampu memberikan
impak yang besar kepada kecemerlangan sekolah sekiranya mendapat sokongan dan
kerjasama sepenuhnya dari pihak ibu bapa semua.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua ahli persatuan yang
telah memberikan kerjasama bagi menjayakan apa jua aktiviti yang telah dijalankan oleh
Jawatankuasa PIBG sesi 2021/2022.

Sekian, terima kasih.

PIBG PEMANGKIN KEGEMILANGAN SEKOLAH

(TN.HJ MOHD SIDEK BIN SARMAN) 1
Yang Dipertua
Persatuan Ibu bapa dan Guru
SMK Sultan Alauddin

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

KATA ALU-ALUAN PENGETUA

Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana dengan izin dan
kurniaNya dapat kita berkumpul dalam Mesyuarat Agung PIBG kali
ke-49. Saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua ibu
bapa dan guru-guru kerana telah hadir pada hari yang sungguh
berbahagia ini.

Terima kasih diucapkan kepada Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) kerana telah
memberikan sokongan dan juga komitmen yang cukup mantap dalam melaksanakan pelbagai
program sekolah ke arah kecemerlangan anak-anak pelajar bukan sahajadari segi akademik
malahan kokurikulum dan sahsiah. Sesungguhnya penentu kejayaan pelajar-pelajar ini adalah
bergantung kepada kesungguhan dan komitmen guru-guru, ibu bapa dan usaha serta keazaman
pelajar-pelajar ini.

Saya yakin bahawa pelajar SEMESTA mempunyai potensi dan berkebolehan dalam pelbagai
bidang. Kami selaku pendidik akan terus mengasah dan menggilap bakat anak-anak ini. Mereka
merupakan aset yang tidak ternilai dalam pembangunan negara. Harapan saya pelajar SEMESTA
akan bangkit dan berjaya seterusnya menjadi peribadi yang seimbang dari segi emosi, rohani,
jasmani dan intelek sejajar dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara. Guru adalah
fasilitataor terbaik dalam dunia pendidikan, namun para ibu bapa seharusnya bersama-sama
memainkan peranan dalam membangunkan peribadi mulia anak-anak demi menjamin
kecemerlangan yang kita harapkan.

PIBG merupakan saluran terbaik untuk komunikasi antara guru dan ibu bapa. Oleh itu,
jadikanlah pertemuan di mesyuarat ini sebagai medan perbincangan untuk membaiki serta
meningkatkan mutu pendidikan dan sahsiah anak-anak kita. Saya berharap semua pihak akan
terus memberikan sumbangan sama ada dari segi kewangan, komitmen dan tenaga untuk
melonjakkan prestasi sekolah ke tahap yang dicita-citakan.

Akhir kata, saya mengucapkan terima kasih kepada semua, semoga segala usaha murni
kita diberkati Allah dan perjumpaan hari ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara pihak
sekolah dan ibu bapa. Kejayaan anak anda, kegembiraan bagi kami seluruh warga pendidik
SEMESTA.
Sekian, terima kasih.

ANIM BINTI MOHAMED JAIB 2
Pengetua SEMESTA
SMK Sultan Alauddin, Bukit Besar.

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG KALI KE 49

SMK SULTAN ALAUDDIN, FELDA BUKIT BESAR, KULAI, JOHOR.
JAWATANKUASA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-49 TAHUN 2022

TARIKH : 19 JUN 2022

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN SMK SULTAN ALAUDDIN

PENASIHAT : CIKGU ANIM BINTI MOHAMED JAIB

PENGERUSI : TN.HJ. MOHD SIDEK BIN SARMAN

NAIB PENGERUSI : CIKGU ZURAINI BINTI KASIM (GPK PENTADBIRAN)

CIKGU HJ HAMZAH BIN HJ DIN (GPK HEM)

CIKGU MOHD FUAD BIN SAHAR (GPK KOKURIKULUM)

EN. MOHD SIDEK BIN HJ. MAHADI (YDP PIBG)

SETIAUSAHA : CIKGU NORADILA BINTI ABD WAHAB

BENDAHARI : CIKGU JULIA ROZIATY BT SAMSUDIN

4

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG KALI KE 49

5

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG KALI KE 49

6

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

JAWATANKUASA PELAKSANA
MESYUARAT AGUNG KALI KE 49

7

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

TENTATIF PROGRAM

2.00 pm : Pendaftaran
2.15 pm : Tayangan Multimedia
2.30 pm : Bacaan doa
Ucapan YDP PIBG
3.30 pm Ucapan Pengetua
: Mesyuarat Agung PIBG
5.30 pm
bermula
- Cabutan nombor
bertuah
: Bersurai

8

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

AGENDA
MESYUARAT AGUNG

Ucapan Pengetua

Ucapan Pengerusi
Membentangkan dan Mengesahkan Minit Mesyuarat
Agung PIBG kali ke- 48 bertarikh 24 Julai 2021
Membentang dan Menerima Laporan Jawatankuasa
PIBG Sesi 2021/2022
Membentangkan, Menerima, Meluluskan Penyata
Kira-kira
Membahaskan dan Memutuskan Usul-usul dan
cadangan yang telah diterima secara bertulis
Hal-hal lain

Ucapan penangguhan

9

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

AJK PIBG

SESI 2021/2022

YDP PIBG : Tn Hj Mohd Sidek bin Sarman

Naib Pengerusi PIBG : En. Mohd Sidek bin Hj Mahadi

AJK GURU : 1. Cikgu Siti Aishah bt Mohd Zali
2. Cikgu Fadhlika b. Ahmad
3. Cikgu Ahmad Jamil b. Haron
4. Cikgu Rusnah binti Jemadi

AJK IBU BAPA : 1. Pn Azila Binti Othman (Bukit Besar)
2. Pn Suhaily Binti Hamzah (Bukit Besar)
3. Tn. Hj Azhar Bin Abd Manaf (Bukit Besar)
4. Pn. Rahmah Binti Zaidon (Sungai Sayong)
5. En. Mohd Ali Bin Tahir (Sungai Sayong)
6. En. Shahdan Bin Ali (Pasir Raja)
7. Hj. Yahya Bin Rejab (Pasir Raja)
8. Pn. Rohana Binti Abd Wahab (Bukit Ramun)

Pemeriksa kira – kira : 1.Cikgu Norliza binti Ahmad
2. Pn Faridah Binti Abd Gani (Pasir Raja)

Pemegang amanah : 1. Cikgu Norazizah binti Abd Razak
2. Pn. Salfarina Binti Samsudin

10

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG

KALI KE-48 TAHUN 2021

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ALAUDDIN

MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-48 TAHUN 2021

Tarikh : 24 Julai 2021
Masa : 10.00 pagi – 12.00 tengah hari
Tempat : Microsoft Teams
Pengerusi : Tuan Haji Sidek Bin Sarman

1.0 UCAPAN

1.1 UCAPAN ENCIK KAMALULLAIL BIN TOHA (WAKIL TUAN PENGETUA SMK SULTAN
ALAUDDIN)
1.1.1 Encik Kamalullail Bin Toha, Guru Penolong Kanan Pentadbiran sebagai wakil Puan Anim
Binti Mohamed Jaib, Tuan Pengetua yang tidak dapat hadir mesyuarat Agong PIBG mengalu-
alukan kehadiran Tuan Haji Sidek Bin Sarman selaku YDP PIBG, guru-guru dan semua ibu bapa ke
mesyuarat PIBG kali ke 48 dalam norma baharu secara atas talian pada tahun 2021.

1.1.2 Encik Kamalullail Bin Toha menjelaskan tujuan mesyuarat diadakan untuk
membincangkan keperluan dan kebajikan anak-anak di sekolah. Manakala, PIBG sekolah
ditubuhkan untuk mewujudkan permuafakatan antara ibu bapa dan guru.

1.1.3 Encik Kamalullail Bin Toha memberitahu kepada para tetamu yang hadir berkenaan
bilangan murid di SMK Sultan Alauddin seramai 629 orang murid, bilangan guru seramai 49 orang,
staf sokongan seramai 8 orang dan 6 orang pekerja kebersihan.

1.1.4 Encik Kamalullail Bin Toha juga menyampaikan pesanan daripada Tuan Pengetua bahawa
beliau dan guru-guru sentiasa memikirkan kaedah terbaik merangka perancangan strategi jangka
pendek dan jangka panjang bagi mencapai kecemerlangan dari segi akademik dan sahsiah pelajar.

1.1.5 Meskipun kita masih berhadapan dengan Pandemik Covid19, namun PdPC dijalankan secara
PdPR demi memastikan tiada murid yang tercicir. Pihak sekolah sentiasa memastikan murid
menghadiri kelas PdPR dan Tuisyen YPJ seperti yang dijadualkan terutamanya bagi murid
Tingkatan 5.

11

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

1.1.6 Encik Kamalullail Bin Toha memberitahu berkenaan pembangunan fizikal di sekolah yang
terdapat 23 buah kelas, 1 blok Program Pendidikan Khas Integrasi, 6 buah Makmal Sains, sebuah
Pusat Sumber, Makmal Komputer, bilik Unit Bimbingan Kaunseling, surau, kantin dan gelanggang
serbaguna. Pihak sekolah juga telah memindahkan dan menaiktaraf koperasi sekolah dan bilik
kesihatan.

1.1.7 Encik Kamalullail Bin Toha menayangkan beberapa gambar kemudahan, kelengkapan dan
persekitaran yang kondusif di persekitaran sekolah seperti Bilik Nafas, Bilik PA21, Bengkel RBT,
Studio PSV, Studio Reka Cipta, Felda Smart Classroom serta taman-taman persekitaran sekolah
dihiasi dengan pelbagai flora.

1.1.8 Encik Kamalullail Bin Toha memaklumkan keputusan SPM 2020 iaitu kelulusan sebanyak
92.37%, seramai 102 orang daripada 110 orang calon layak mendapat sijil. Namun, penurunan GPS
SPM 2020 iaitu 6.29. Terdapat juga 2 orang pelajar terbaik SPM iaitu Nurul Syahira Binti Mat Ali
dan Annur Suhana binti Md Yazid dan telah mendapat tawaran matrikulasi.

1.1.9 Encik Kamalullail Bin Toha menyatakan visi sekolah iaitu Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera. Manakala, misi sekolah ialah melestarikan sistem pendidikan yang
berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

1.1.10 Encik Kamalullail Bin Toha juga memaklumkan bahawa Unit Hal Ehwal Murid telah berjaya
mendapatkan sumbangan kewangan daripada pihak Kejora, MAIJ, KYPJ dan kerjasama PIBG dan
tabung kebajikan sekolah serta keprihatinan guru-guru untuk melaksanakan program “Bakul
Makanan” kepada murid yang tidak berkemampuan semasa PKP 1 tahun lepas.

1.1.11 Encik Kamalullail Bin Toha menyampaikan pesanan daripada Tuan Pengetua bahawa
kecemerlangan anak-anak sebenarnya bermula di rumah dan menyeru ibu bapa bersama-sama
menyumbang ke arah kecemerlangan anak-anak dan pembangunan sekolah.

1.1.12 Encik Kamalullail Bin Toha selaku wakil Tuan Pengetua mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua ibu bapa, terutamanya jawatankuasa PIBG dan berharap Mesyuarat Agung PIBG
kali ke-48 berjalan dengan lancar.

1.2 UCAPAN ALU-ALUAN YDP PIBG TN. HJ. MOHD SIDEK BIN SARMAN
1.2.1 Tuan Pengerusi mengucapkan rasa syukur kerana dapat berkumpul bersama-sama sempena
Mesyuarat Agung kali ke-48 secara norma baharu.

12

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

1.2.2 Tuan pengerusi juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua ibu bapa atas
kehadiran di alam maya dan kepada pentadbiran sekolah serta ahli jawatankuasa PIBG kerana
berjaya melaksanakan mesyuarat ini.

1.2.3 YDP juga menyatakan bahawa mesyuarat norma baharu ini perlu dilaksanakan untuk
meneruskan aktiviti tahunan sekolah demi kejayaan murid-murid meskipun kita berhadapan
dengan pandemik Covid-19 yang membimbangkan.

1.2.4 YDP mengingatkan bahawa peranan ibu bapa sangat penting untuk memastikan murid
melaksanakan PdPR dengan memberikan sokongan dan dorongan agar mereka lebih bersemangat.

1.2.5 YDP juga menyeru agar hubungan antara murid, guru dan staf sokongan serta komuniti
sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab bersama, saling memerlukan dan
sentiasa menyokong antara satu sama lain.

1.2.6 YDP mengucapkan syabas dan tahniah kepada ibu bapa dan guru-guru yang sentiasa
memberikan komitmen untuk melahirkan anak-anak yang cemerlang di sekolah ini.

2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE-47
2.1 Pn. Noradila binti Abd Wahab selaku setiausaha PIBG 2020/2021 membentangkan minit
mesyuarat agung yang lalu.

2.2 Mengesahkan minit mesyuarat
Pencadang : Hj Azhar Bin Abd Manap
Penyokong : Pn Samsiah Binti Ismail

Tindakan: Makluman

.

13

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

3.0 PEMBENTANGAN DAN MEMBINA LAPORAN JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
3.1 Pn. Noradila binti Abd Wahab membentangkan jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 adalah
seperti berikut :

YDP PIBG : Tn Hj Mohd Sidek bin Sarman

Naib Pengerusi PIBG : En. Mohd Sidek bin Hj Mahadi

Setiausaha : Cikgu Noradila binti Abd Wahab

Bendahari : Cikgu Julia Roziati Binti Abd Wahab

AJK Guru : 1. Cikgu Siti Aishah Binti Mohd Zali
2. Cikgu Fadhlika Binti Ahmad
3. Cikgu Nor Amira Binti Mohd Tokiran
4. Cikgu Nor Azizah Binti Abd Razak

AJK Ibu Bapa : 1. Pn Azila Binti Othman (Bukit Besar)
2. Pn Suhaily Binti Hamzah (Bukit Besar)
3. Tn. Hj Azhar Bin Abd Manaf (Bukit Besar)
4. Pn. Rahmah Binti Zaidon (Sungai Sayong)
5. En. Mohd Ali Bin Tahir (Sungai Sayong)
6. En. Shahdan Bin Ali (Pasir Raja)
7. Hj. Yahya Bin Rejab (Pasir Raja)
8. Pn. Rohana Binti Abd Wahab (Bukit Ramun)

Pemeriksa kira – kira : 1. Cikgu Norliza binti Ahmad
2. Pn Faridah binti Abd Gani (Pasir Raja)

Pemegang amanah : 1. Cikgu Rusnah binti Jemadi
2. Pn. Salfarina binti Samsudin

Keanggotaan Ahli : Semua ibu bapa/penjaga dan guru

3.2 Mesyuarat Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 telah diadakan sebanyak 3 kali.
3.2.1 Mesyuarat Pertama : 29 November 2020
3.2.2 Mesyuarat Kedua : 10 Januari 2021
3.2.3 Mesyuarat Ketiga : 11 Julai 2021

14

.

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

3.3 Pn. Noradila binti Abd Wahab membentangkan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang sesi
2020/2021 adalah seperti berikut :
3.1.1 Gotong-royong Pembukaan Sekolah
3.1.2 Sumbangan Kursus Kepimpinan
3.1.3 Sumbangan membaik pulih Makmal Komputer
3.1.4 Sumbangan membaik pulih pembesar suara (speaker) dewan
3.1.5 Sumbangan Kursus Kepimpinan Pengawas Pusat Sumber Sekolah
3.1.6 Sumbangan memanah MSSD
3.1.7 Sumbangan kepada pelajar sakit dan pembelian kerusi roda
3.1.8 Sumbangan penyelenggaraan pendawaian makmal komputer
3.1.9 Sumbangan Program Jom Sekolah dan Sekolah Selamat
3.1.10 Sumbangan pembelian pelitup muka
3.1.11 Sumbangan pembelian 2 set Digital Head Thermometer
3.1.12 Sumbangan pembelian Alatan Memanah
3.1.13 Sumbangan Program SPM

3.4 Mengesahkan Laporan Jawatankuasa PIBG Tindakan: Makluman
Pencadang : Pn. Intan Ilyana Binti Roslan
Penyokong : Pn. Roslina Binti Ramli

4.0 PEMBENTANGAN PENYATA KEWANGAN PIBG SESI 2020/2021.

4.1 Pn. Julia Roziaty Binti Samsudin selaku bendahari PIBG bagi sesi 2020/2021 membentangkan
laporan kewangan dan penyata kira-kira dengan merujuk kepada lampiran kewangan.

4.2 Pn. Julia Roziaty Binti Samsudin memaklumkan pembayaran yuran pada tahun 2021 dikutip
melalui pembayaran secara online dan offline.

4.3 Mengesahkan Laporan kira-kira PIBG
Pencadang : Pn Hairul Yani Bte Satar
Penyokong : Pn Norazizah Bt Tugiman

Tindakan: Makluman

5.0 MEMBAHAS DAN MEMUTUSKAN USUL-USUL DAN CADANGAN YANG TELAH DITERIMA
SECARA BERTULIS DAN LISAN
5.1 Encik Shahnizam Bin Yusof mencadangkan agar guru dapat memberikan cara – cara yang
lebih efisyen untuk menambah baik PDPR secara online.

15

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

5.1.1 Encik Kamalullail Bin Toha sebagai PK Pentadbiran SMKSA menerangkan
bahawa pihak sekolah memahami masalah murid yang tidak dapat belajar melalui aplikasi google
meet. Dengan itu, guru-guru telah menyediakan modul PDPR 1, 2 dan 3 secara offline.
5.1.2 Untuk pengetahuan semua ibu bapa, Ujian Home Based Learning Assessment (HBLA) juga
akan diadakan pada 27 Julai - 2 Ogos 2021.
5.1.3 Encik Kamalullail Bin Toha juga menjelaskan bahawa sesi PDPR terbahagi kepada 2 sesi
iaitu sesi 1 (7.40 pagi – 10.10 pagi) dan sesi 2 (10.40 pagi – 1.10 petang)
5.2 Pn Junaidah Bt Safie mengusulkan agar pihak sekolah membaik pulih tandas murid yang
rosak terutama pintu yang tidak berkunci dan tiada baldi disediakan.
5.2.1 Tn Hj Hamzah Bin Hj Din selaku PK Hal Ehwal Murid memaklumkan bahawa tandas sekolah
sentiasa dibaiki dari semasa ke semasa.
5.2.2 Pihak sekolah akan membaik pulih tandas sebelum pembukaan sekolah pada bulan
September.

5.3 Tn Hj Azhar Bin Abdul Manaf mencadangkan agar sekolah dapat dibuka secara bergilir
mengikut tingkatan dan hari. Proses sanitasi juga perlu dilakukan secara kerap dan kos sanitasi
ini perlu ditanggung oleh pihak PIBG sekolah. Beliau juga mencadangkan agar usul ini dibawa
kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.
5.3.1 Encik Kamalullail Bin Toha menerangkan bahawa sekolah mengikut arahan dan SOP yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, JPN Johor dan PPD Kulai.
5.3.2 Keberadaan yang dibenarkan di sekolah hanya 20% sahaja. Sekiranya ingkar pihak sekolah
akan disaman.
5.3.3 Pihak sekolah juga mencadangkan agar Tn Hj Azhar mencadangkan sendiri usul ini
mewakili pihak ibu bapa ke KPM melalui saluran yang disediakan oleh KPM.

5.4 Tn Hj Razib mencadangkan agar sekolah menyediakan ruang menunggu berbumbung untuk
ibu bapa.
5.4.1 Tn. Hj. Mohd Sidek Bin Sarman memaklumkan perkara ini akan dibincangkan kemudian
bersama ahli jawatankuasa PIBG dan pihak sekolah.

5.5 Pn Rohana Bt Abdul Wahab mencadangkan agar SAPS sekolah dibuka seperti tahun sebelum
ini. Beliau memaklumkan bahawa sistem tidak boleh dibuka pada tahun ini untuk melihat prestasi
anak masing-masing.
5.5.1 Encik Kamalullail Bin Toha memaklumkan bahawa seluruh sekolah di Malaysia belum
berkesempatan menjalankan peperiksaan atau ujian sepanjang pandemik covid-19 ini.
5.5.2 Sekolah akan melaksanakan Home Based Learning Assessment (HBLA) dan markah akan
direkodkan secara offline. Satu pautan khas markah murid akan diwujudkan untuk memudahkan
ibu bapa mengakses dan menyemak markah anak masing-masing.

16

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

5.6 Tn Hj Azhar juga mencadangkan agar guru-guru melaksanakan program ziarah murid dari
rumah ke rumah.
5.6.1 Encik Kamalullail Bin Toha memaklumkan bahawa program mentor mentee telah dijalankan
yang mana melibatkan murid Tingkatan 5. Selain itu, program ziarah cakna telah dijalankan tetapi
terhenti sepanjang penutupan sekolah sepanjang pandemik covid-19 ini.
5.6.2 Tn. Hj. Mohd Sidek Bin Sarman memaklumkan akan berbincang dengan pihak sekolah untuk
mencari cara ziarah yang terbaik termasuk mematuhi SOP yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

5.7 Pn Salasiah mengusulkan supaya guru dapat menghantar kehadiran murid di dalam group
kelas masing-masing agar mudah untuk ibu bapa yang bekerja mengetahui status kehadiran anak
mereka dalam PDPR yang dijalankan.
5.7.1 Encik Kamalullail Bin Toha memaklumkan bahawa semua guru telah menghantar senarai
kehadiran murid yang menghadiri PDPR di dalam group kelas masing-masing.
5.7.2 Ibu bapa juga telah diberikan pautan khas kehadiran murid. Ibu bapa boleh merujuk
kehadiran anak masing-masing di pautan tersebut.
5.7.3 Sekiranya ibu bapa menghadapi sebarang masalah boleh berhubung dengan guru tingkatan
kelas anak masing-masing.

5.8 Tn Hj Azhar juga menanyakan mengenai status Musolla SMKSA
5.8.1 Encik Kamalullail Bin Toha memaklumkan bahawa pembinaan Musolla masih dalam proses
pihak sekolah akan memaklumkan dari semasa ke semasa kepada pihak ibu bapa.
5.8.2 Untuk makluman, sebarang proses pembinaan Musolla dihentikan sepanjang pandemik
covid-19 ini dan tender akan dibuka semula selepas pandemik ini pulih.
Pencadang : Pn Zubaidah Bt Hussin
Penyokong : Pn Rohana Binti Abd Wahab
Tindakan: Makluman

6.0 PENGURUSAN SUMBANGAN PIBG

6.1 Semua ahli jawatankuasa PIBG bersetuju akan menguruskan kutipan sumbangan seperti
ketetapan berikut :

.

17

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

7.0 HAL-HAL LAIN

7.1 YDP menggalakkan agar ibu bapa memantau kehadiran PdPR anak-anak melalui pautan
kehadiran yang disediakan oleh pihak sekolah.

8.0 UCAPAN PENANGGUHAN

8.1 YDP PIBG mengucapkan terima kasih kepada semua ibu bapa dan guru-guru yang hadir dalam
menjayakan mesyuarat agung kali ini. Beliau mengharapkan sokongan daripada semua agar
segala program yang dirancang sepanjang pandemik ini dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Sumbangan tenaga dan kewangan amat diperlukan bagi melancarkan lagi setiap aktiviti yang
akan dijalankan terutamanya program Musolla. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.03 tengah
hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

(NORADILA BINTI ABD WAHAB) (TN.HJ MOHD SIDEK BIN SARMAN)
Setiausaha Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru Persatuan Ibu Bapa dan Guru
SMK Sultan Alauddin SMK Sultan Alauddin
Kulai Kulai

.

18

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

LAPORAN JAWATANKUASA PIBG

SESI 2021/2022

YDP PIBG : Tn Hj Mohd Sidek bin Sarman


Naib Pengerusi PIBG : En. Mohd Sidek bin Hj Mahadi

Setiausaha : Cikgu Noradila binti Abd Wahab

Bendahari : Cikgu Julia Roziati Binti Abd Wahab

AJK Guru : 1. Cikgu Siti Aishah Binti Mohd Zali
2. Cikgu Fadhlika Binti Ahmad
3. Cikgu Nor Amira Binti Mohd Tokiran
4. Cikgu Nor Azizah Binti Abd Razak

AJK Ibu Bapa : 1. Pn Azila Binti Othman (Bukit Besar)
2. Pn Suhaily Binti Hamzah (Bukit Besar)
3. Tn. Hj Azhar Bin Abd Manaf (Bukit Besar)
4. Pn. Rahmah Binti Zaidon (Sungai Sayong)
5. En. Mohd Ali Bin Tahir (Sungai Sayong)
6. En. Shahdan Bin Ali (Pasir Raja)
7. Hj. Yahya Bin Rejab (Pasir Raja)
8. Pn. Rohana Binti Abd Wahab (Bukit Ramun)

Pemeriksa kira – kira : 1. Cikgu Norliza binti Ahmad
2. Pn Faridah binti Abd Gani (Pasir Raja)

Pemegang amanah : 1. Cikgu Rusnah binti Jemadi
2. Pn. Salfarina binti Samsudin

Keanggotaan Ahli : Semua ibu bapa/penjaga dan guru

19

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

LAPORAN JAWATANKUASA PIBG

SESI 2021/2022

MESYUARAT AGUNG DAN MESYUARAT JAWATANKUASA PIBG


Mesyuarat Agung PIBG diadakan pada 24 Julai 2021 pada hari Ahad.

Mesyuarat Jawatankuasa PIBG sesi 2020/2021 telah diadakan sebanyak 2 kali:

Mesyuarat Pertama : 16.1.2022
Mesyuarat Kedua : 25.5.2022

KEGIATAN AKTIVITI PERSATUAN DAN SUMBANGANPIBG BAGI TAHUN
2021/2022

1. Sumbangan pembelian printer bilik PAK21
2. Sumbangan baik pulih bilik-bilik Khas sekolah
3. Sumbangan makanan murid SPM
4. Sumbangan Program teknik menjawab murid SPM
5. Sumbangan pembelian papan putih kelas tingakatan 5
6. Sumbangan pembelian alat pemadam api
7. Sumbangan hadiah guru bersara dan pindah
8. Sumbangan pembelian IBoard

20

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

7

. LAPORAN
KEWANGAN

AKAUN PIBG SMK
SULTAN

ALAUDDIN
JAN 2021

-
MAC 2022




21

MESYUARAT AGUNG PERSATUAN
IBU BAPA DAN GURU KALI KE 49
TAHUN 2022

7 SEKALUNG
PENGHARGAAN

WargaSEMESTA mengucapkan
jutaanterimakasihkepada:

.

Tuan Pengetua,

Yang DiPertuaPIBG,
IbuBapa,
Guru-guru,

AhliJawatankuasaPIBG,
JawatankuasaPengelola,
Para penderma yang budiman
semuapihakyang terlibat

dalammenjayakan
MesyuaratAgungPIBG SMK Sultan

Alauddinkali ke-49.

Thank You

29

SMK SULTAN ALAUDDIN

FELDA BUKIT BESAR, GUGUSAN TAIB ANDAK,
81540 KULAI, JOHOR

MESYUARAT
AGUNG PIBG
KALI KE- 49

TEMPAT | TARIKH

DEWAN SMKSA | 19 JUN 2022

MASA

2.00 PETANG


Click to View FlipBook Version