Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 1 BIODATA MURID Nama : No. Kad Pengenalan : Warganegara : Bangsa : Tarikh Lahir : Jantina : Agama : Tempat Lahir : No. Daftar : Tarikh Masuk Sekolah : Alamat rumah : No. Tel Rumah : No. Tel Bimbit : Tahun Tingkatan Nama Guru Tingkatan Peralihan 1 2 3 4 5
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 2 SENARAI KANDUNGAN Bil. Perkara Muka Surat 1. Lencana dan Lagu Sekolah 3 2. Ikrar Murid 5 3. Peraturan Persekolahan 6 4. Tatatertib Kekemasan 8 5. Tatatertib Perhimpunan 12 6. Tatatertib Dalam Kelas 13 7. Tatatertib Penjagaan Kebersihan Dan Kecerian Kelas 13 8. Tatatertib Semasa Rehat 14 9. Tatatertib Penggunaan Tandas 14 10. Tatatertib Penggunaan Papan Kenyataan Sekolah 15 11. Tatatertib Keselamatan 15 12. Tatatertib Penjagaan Hak Milik dan Harta Benda Sekolah 16 13. Pelanggaran Disiplin dan Senarai Salahlaku 16 14. Jenis Hukuman Dan Tindakan 18 15. Barang-barang Larangan yang Ditetapkan Oleh Pihak Sekolah 19 16. Peraturan Penggunaan Makmal Sains/Bengkel dan Bilik-bilik Khas 19 17. Peraturan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah 21 18. Peraturan Kegiatan Kokurikulum 21 19. Perakuan Undang-undang dan Peraturan Sekolah 22 20. Lampiran 23
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 3 1. LENCANA DAN LAGU SEKOLAH Lencana Sekolah WAWASAN 3 pepenjuru yang melambangkan masyarakat yang berbilang kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India. GARISAN LENGKUNG Masyarakat negara ini menuju ke wawasan 2020. SAYAP KIRI DAN SAYAP KANAN Membimbing masyarakat bagi mencapai wawasan. LILIN Segala ilmu yang kita pelajari akan membawa sinar kebahagiaan. IJAZAH Ijazah adalah tanda seseorang itu telah mencapai kejayaan dengan mempelajari ilmu pengetahuan. BULAN SABIT, BUKU DAN CAHAYA Agama Islam menyeru setiap umat manusia menuntut ilmu sebagai bekalan masa depan.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 4 Lagu Sekolah Sekolah yang kubanggai, Teguh diri atas bumi, Pelindung cerah masa depan, Generasi kita jadi harapan, Ilmu pelajaran satu keutamaan, Menuju pintu gerbang kejayaan, Didikan disiplin diutamakan, Di satu bumbung guru berkepimpinan, Berilmu kami mendukung cita-cita, Beserta semangat terus berusaha Dengan kecekalan satu impian, Matlamat mencapai sahutan wawasan.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 5 2. IKRAR MURID Bahawasanya kami murid-murid SMK Alam Megah berikrar dengan penuh keazaman untuk menjadi insan cemerlang berdasarkan prinsip-prinsip yang berikut; - • Mencapai keputusan cemerlang dalam semua ujian dan peperiksaan serta kegiatan kokurikulum • Mendisiplinkan diri dan menghormati para guru serta mematuhi undang-undang sekolah • Mengamalkan akhlak dan sahsiah diri yang mulia • Menguasai ilmu pengetahuan kemahiran dan nilai-nilai murni • Kami juga patuh dan taat kepada prinsip-prinsip rukun negara
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 6 3. PERATURAN PERSEKOLAHAN 3.1 Waktu Persekolahan Menengah Rendah dan Menengah Atas tertakluk kepada jumlah matapelajaran Kelas Peralihan: Isnin hingga Jumaat : 7.30 pagi hingga 12.30 petang Menengah Rendah: Isnin hingga Rabu : 7.30 pagi - 1:30 petang Khamis : 7.30 pagi - 1:00 petang Jumaat : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari Menengah Atas (Kelas Amanah, Luhur dan Adil) Isnin hingga Rabu : 7:30 pagi - 2:00 petang Khamis : 7:30 pagi - 1:00 petang Jumaat : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari Menengah Atas (Kelas Maju, Mahir,Harmoni, Efisien, Azam dan Gigih) Isnin hingga Rabu : 7:30 pagi - 1:30 petang Khamis : 7:30 pagi - 1:00 petang Jumaat : 7:30 pagi - 12:30 tengah hari 3.2 Waktu Permulaan Sesi 3.2.1 Semua murid mesti berada di sekolah 10 minit sebelum masa permulaan sekolah (7.20 pagi). 3.2.2 Murid yang sampai ke sekolah selepas 7.25 pagi dianggap lewat dan tindakan disiplin akan dikenakan. 3.2.3 Murid dikehendaki berada di kawasan yang ditetapkan sehingga arahan masuk ke kelas dibuat oleh guru bertugas. 3.2.3 Murid yang datang awal ke sekolah sebelum 6.45 pagi, perlu berada di pondok wakaf (depan pondok Pengawal keselamatan) 3.3 Waktu Perhimpunan 3.3.1 Perhimpunan rasmi akan diadakan pada setiap hari Isnin jam 7.30-8.00 pagi. 3.3.2 Semua murid diwajibkan berada di perhimpunan. 3.3.3 Murid dikehendaki menyanyi Lagu Kebangsaan, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah dengan penuh hormat dan bersemangat. Bendera Malaysia, Negeri dan Sekolah dinaikkan semasa nyanyian itu. 3.3.4 Murid tidak dibenarkan bising ketika berada di dalam perhimpunan. 3.3.5 Selepas perhimpunan, murid hendaklah berjalan masuk ke kelas masing-masing secara teratur dan dalam keadaan senyap. 3.3.6 Murid yang tidak menghadiri perhimpunan atau tidak mematuhi tatatertib perhimpunan boleh dikenakan tindakan disiplin.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 7 3.4 Waktu Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) 3.4.1 Murid tidak dibenar meninggalkan kelas ketika waktu pembelajaran kecuali jika mendapat kebenaran guru atau menggunakan pas kebenaran keluar. 3.4.2 Murid yang keluar kelas tanpa Kad Keluar Murid/Slip Kebenaran Keluar dianggap sebagai keluar kelas tanpa kebenaran dan boleh dikenakan tindakan disiplin. 3.4.3 Murid TIDAK dibenarkan pergi ke tandas pada waktu pertama, waktu sebelum dan selepas rehat dan waktu akhir pembelajaran kecuali benar-benar dalam kecemasan. 3.4.4 Murid tidak dibenarkan keluar kelas sekiranya guru tiada di dalam kelas atau semasa pertukaran kelas. 3.4.5 Murid menengah rendah tidak dibenarkan ke tandas semasa waktu rehat ke dua. 3.4.6 Murid menengah atas tidak dibenarkan ke tandas pada waktu rehat pertama. 3.4.7 Murid tidak dibenarkan ke kantin semasa waktu pengajaran dan pemudahcaraan. 3.5 Waktu Balik 3.5.1 AJK Kebersihan Kelas akan memastikan kelas mula dibersihkan 5 minit sebelum waktu terakhir tamat. 3.5.2 Murid akan bersurai dan turun tangga yang ditetapkan. Patuhi arahan Pengawas Sekolah yang bertugas di tangga dan laluan koridor. 3.5.3 Murid hendaklah terus balik ke rumah dan dilarang merayaurayau atau melakukan sesuatu yang melanggar peraturan sekolah (semasa memakai pakaian seragam sekolah). 3.5.4 Murid yang berbasikal dan bermotosikal mesti mengheret basikal atau motorsikal hingga ke pintu masuk kawasan sekolah setelah murid berjalan kaki keluar dengan diawasi oleh pengawas sekolah. 3.5.5 Murid dilarang meletak sebarang kenderaan di dalam kawasan sekolah kecuali basikal dan motosikal yang mendaftar dengan pihak sekolah. 3.5.6 Murid tidak dibenarkan berada dalam bangunan atau kawasan sekolah tanpa pemantauan guru selepas waktu persekolahan. 3.6 Kebenaran Keluar Dari Kawasan Sekolah 3.6.1 Murid yang sampai ke sekolah tidak dibenarkan keluar dari kawasan sekolah tanpa kebenaran bertulis daripada Pengetua/Penolong Kanan dan Guru Bertugas Mingguan. 3.6.2 Murid hanya dibenarkan balik awal jika ibu bapa/penjaga datang sendiri untuk menjemput mereka. Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa/penjaga wajib melengkapkan dan menandatangani Buku Keluar Masuk dan Slip Kebenaran Keluar. 3.6.3 Slip kebenaran keluar perlu diserah kepada Pegawal Keselamatan di Pos Keselamatan sebelum meninggalkan sekolah.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 8 3.7 Ketidakhadiran Sekolah 3.7.1 Murid yang tidak hadir ke sekolah hendaklah membawa surat dari ibu bapa/penjaga atau surat pengesahan doktor dan diserahkan kepada guru tingkatan pada keesokan hari. 3.7.2 Murid yang tidak mematuhi perkara 3.7.1 akan dianggap ponteng sekolah dan ketidakhadiran ditanda O dalam ekehadiran. 3.7.3 Tindakan disiplin akan dikenakan kepada murid yang ponteng sekolah. 4 TATATERTIB KEKEMASAN 4.1 Pakaian Seragam Sekolah (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1983, Bil 8/1985, Bil 3/1992 dan Bil 2/1996) 4.2 Pakaian Seragam Murid Lelaki 4.2.1 Baju a) Baju kemeja berwarna putih dan berlengan pendek. b) Bilangan butang mestilah lengkap dan mesti dikancing sehingga butang kedua dari atas. c) Singlet atau kemeja T (t-shirt) yang dipakai di dalam kemeja sekolah hendaklah serba putih tanpa corak. d) Bahagian bawah baju perlulah sentiasa dimasukkan ke dalam seluar sepanjang berada di dalam kawasan sekolah. e) Segala bentuk peralatan perhiasan tidak boleh dilekatkan pada pakaian sekolah. f) Murid lelaki Islam digalakkan memakai baju Melayu yang lengkap bersongkok pada hari Jumaat. g) Baju Melayu yang berleher cekak musang sahaja dibenarkan. h) Butang baju Melayu perlulah dikancing sekurang-kurangnya dua biji. i) Baju Melayu perlulah mempunyai satu poket yang terletak disebelah kiri dada dan lengkap berlencana dan tanda nama. j) Baju Melayu perlulah dimasukkan ke dalam sampin. Sampin sekolah yang dipakai di luar baju Melayu mestilah tidak melebihi paras lutut. 4.2.2 Seluar a) Seluar panjang berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive.) b) Seluar potongan jeans dan berfesyen tidak dibenarkan. c) Seluar yang singkat, ketat, sempit, terlalu longgar, berkaki lebar dan plit tidak melebihi empat (dua di kiri, dua di kanan) d) Bukaan kaki seluar ialah 18 inci. e) Labuh seluar tidak menutup tumit kasut dan paling singkat ialah tidak ke atas daripada buku lali. Kaki seluar mestilah berjahit dan tidak boleh dilipatkan. f) Poket seluar tidak boleh melebihi empat (dua di bahagian sisi pinggang dan dua poket lagi di bahagian belakang). g) Sebarang pelekat atau tampalan, hiasan pada seluar adalah dilarang.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 9 4.2.3 Tali Pinggang Seluar a) Berwarna hijau kehitam-hitaman (dark olive). b) Lebar tali pinggang dan kepalanya antara 1.5 cm hingga 3 cm, berwarna hitam tanpa fesyen. c) Kepala tali pinggang tidak melebihi besar tali pinggang, tidak berhias dan tidak membahayakan. 4.2.4 Songkok a) Songkok mestilah berwarna hitam. b) Murid lelaki Islam adalah digalakkan memakai songkok pada hari Jumaat. 4.3 Pakaian Seragam Murid Perempuan 4.3.1 Pinafore Tunic dan Blaus a) Pinafore perlu berwarna biru ‘turquoise’ dan labuhnya hendaklah sampai atau ke bawah paras lutut. b) Blaus mestilah berwarna putih dan berlengan pendek. c) Butang blaus perlu dikancing sehingga butang kedua dari atas, d) Memakai tali leher. 4.3.2 Baju Kurung dan Kain Sarung a) Baju kurung mestilah berwarna putih dan kain sarung berwarna ‘turquoise’. b) Potongan baju kurung hendaklah jenis Baju Kurung Johor. Labuh baju mesti ke paras lutut. c) Baju kurung yang berkain jarang, nipis, berjalur atau berkilat tidak dibenarkan. d) Baju kurung perlulah sentiasa dikancing kemas dengan butang. e) Lengan baju kurung tidak boleh dilipat kecuali di makmal dan bengkel. f) Camisole dan anak baju perlulah berwarna putih atau berwarna kulit (skin colour) yang labuh sampai ke pinggang dan mesti dipakai sepanjang masa persekolahan. g) Kain sarung perlulah dipakai kemas, bersusun di sebelah tepi dan labuhnya tidak melebihi paras buku lali. 4.3.3 Tudung/Mini Telekung a) Tudung/Mini telekung dan anak tudung mestilah berwarna putih. b) Labuhnya mesti melebihi paras dada dan bahu dan sesuai dengan ketinggian murid yang memakainya. c) Tudung/Mini telekung yang bersulam atau berenda tidak dibenarkan. d) Jenis kain mestilah tidak jarang atau nipis. e) Sebarang bentuk pin tudung tidak dibenarkan. Lencana Sekolah 4.4.1 Lencana mesti dilekatkan di sebelah kiri baju kurung/pinafore untuk murid perempuan.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 10 4.4.2 Murid perempuan yang memakai tudung/mini telekung, lencana mesti dilekatkan di sebelah kiri tudung/mini telekung. 4.4.3 Murid lelaki mesti melekatkan lencana sekolah lebih kurang 2 cm di atas poket baju. 4.4.4 Lencana wajib dipakai semasa memakai pakaian seragam sekolah walau di mana juga berada. 4.4.5 Lencana yang telah pudar warna, tertanggal atau hilang hendaklah diganti dengan yang baharu. 4.4 Tanda nama 4.4.1 Tanda nama wajib dipakai pada setiap masa di sekolah. 4.4.2 Tanda nama mesti dijahit/dilekatkan di sebelah kiri kemeja (poket), pinafore, baju kurung dan tudung sekolah. (≈ 2cm di bawah lencana sekolah) 4.4.3 Nama timangan atau nama singkatan tidak dibenarkan. 4.4.4 Nama mestilah mengikut ejaan nama dalam kad pengenalan. 4.4.5 Dilarang keras memakai tanda nama murid lain. 4.4.6 Tanda nama yang rosak perlu diganti segera. 4.4.7 Warna tag nama ditentukan oleh pihak sekolah mengikut kohort tingkatan. 4.6 Tali Leher 4.6.1 Tali leher wajib dipakai pada setiap hari hari kecuali muridmurid perempuan yang memakai baju kurung. 4.6.2 Tali leher mesti dipakai sebaik sahaja masuk ke kawasan sekolah sehingga tamat sesi persekolahan. 4.6.3 Tali leher mesti diikat kemas dan panjangnya hingga ke paras pusat. 4.6.4 Murid-murid tidak dibenarkan membuat sebarang contengan atau melekatkan sebarang bentuk perhiasan pada tali leher. 4.7.1 Kasut 4.7.2 Murid wajib memakai kasut kanvas berwarna hitam atau putih dari bahan sintetik lainnya seperti nylon dan polyester yang mempunyai daya serap dan penyaluran udara dengan mengambil kira faktor keselesaan, keselamatan dan kesihatan (3S) (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2020). 4.7.2 Tali kasut mesti sama dengan warna kasut dan diikat dengan cara biasa dan tidak boleh diikat ke belakang 4.7.3 Kasut tidak boleh dihias atau diwarnakan. 4.7.4 Murid yang memakai selipar mesti membuat laporan di Bilik Disiplin dan mesti mempunyai sebab yang munasabah. 4.8 Stoking 4.8.1 Murid mesti memakai stoking hendaklah sama dengan warna kasut (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.4/2020) dan tidak boleh berfesyen. 4.8.2 Panjang stoking tidak kurang daripada 10 cm menutup buku lali dan tidak melebihi 25 cm. 4.8.3 Sekiranya perlu, stoking tangan/handsock berwarna putih bagi pelajar perempuan yang memakai t-shirt berlengan pendek.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 11 4.9 Rambut (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/1976) 4.9.1 Rambut murid lelaki mesti pendek, kemas dan tidak mencecah kolar baju. 4.9.2 Rambut murid lelaki tidak boleh diwarnakan dan dikerinting. 4.9.3 Tidak dibenarkan membotakkan rambut atau menyimpan gaya rambut jenis ‘skin cut’ atau ‘skin head’. 4.9.4 Rambut murid lelaki di bahagian hadapan tidak boleh menutup bulu kening. 4.9.5 Potongan rambut mengikut fesyen (seperti punk, berekor, dan qoza’) tidak dibenarkan. 4.9.6 Membuat line (cukur) di kepala dan kening adalah tidak dibenarkan. 4.9.6 Penggunaan krim rambut/gel yang dapat mengubah fesyen rambut adalah tidak dibenarkan. 4.9.7 Murid lelaki tidak boleh bermisai, berjanggut atau berjambang. 4.9.8 Murid perempuan yang berambut panjang perlulah mengikatnya sebagai tocang (plait) atau ‘pony tail’ dengan menggunakan reben berwarna hitam sahaja. 4.9.9 Rambut panjang murid perempuan di bahagian hadapan tidak boleh menutup kening. 4.9.10 Potongan rambut murid perempuan tidak boleh mengikut fesyen semasa. 4.9.11 Murid perempuan tidak dibenarkan mewarnakan rambut walaupun menggunakan inai. 4.9.12 Murid perempuan tidak dibenarkan mencukur atau mencabut bulu kening. 4.9.13 Klip dan getah rambut yang berwarna hitam sahaja dibenarkan. 4.10 Kuku 4.10.1 Kuku murid hendaklah pendek dan bersih. 4.10.2 Murid tidak dibenarkan mewarnakan kuku atau berinai. 4.10.3 Murid dilarang mengilatkan kuku. 4.11 Persolekan dan Pemakaian Barang Kemas 4.11.1 Murid tidak dibenarkan memakai atau membawa alat solek. 4.11.2 Murid tidak dibenarkan mencabut, mencukur atau tatu bulu kening. 4.11.3 Murid tidak dibenarkan membawa atau memakai barang kemas dan perhiasan di sekolah. 4.11.4 Subang hanya dibenarkan kepada murid perempuan sahaja. (Ukuran tidak melebihi diameter 0.5cm, berwarna hitam/emas. Batu permata dan lain hiasan tidak dibenarkan) 4.11.5 Hanya satu subang sahaja dibenarkan pada setiap telinga dan perlulah dipakai di bahagian bawah cuping telinga. 4.11.6 Subang berfesyen adalah tidak dibenarkan. 4.11.7 Pemakaian subang dihidung adalah dilarang. 4.11.8 Pemakaian barang kemas keagamaan perlu mendapat kebenaran daripada pihak pentadbir atau pengetua sekolah. 4.12 Pakaian Pendidikan Jasmani/ Sukan 4.12.1 Seluar panjang jenis ‘track-bottom’ berwarna hitam/biru
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 12 tua/ seluar yang dijual di kedai koperasi sekolah atau material yang sama dengan satu jalur kecil atau tanpa jalur. 4.12.2 Baju T PJK berwarna maroon berlengan pendek (L) atau berlengan panjang (P). 4.12.3 Baju T rumah sukan dipakai semasa aktiviti rumah sukan sahaja di luar waktu PdP. 4.12.4 Stoking berwarna hitam. 4.12.5 Kasut kanvas berwarna hitam. 4.12.6 Tudung berwarna putih. 4.12.7 Pakaian yang tidak sopan dan mencolok mata seperti terlalu ketat, singkat dan mendedahkan bahagian badan tertentu adalah dilarang keras. 4.12.8 Pemakaian pakaian bersenam dan bersukan di luar masa Pendidikan Jasmani/Sukan/aktiviti kokurikulum adalah tidak dibenarkan. 4.12.9 Murid dilarang menjalani aktiviti Pendidikan Jasmani/sukan sekiranya tidak berpakaian lengkap PJ/sukan. 4.12.10 Murid dilarang memakai pakaian Pendidikan Jasmani/Sukan semasa minggu ujian / peperiksaan. 4.13 Pakaian Pasukan Beruniform 4.13.1 Murid yang menyertai kegiatan unit beruniform di sekolah seperti pasukan Kor Kadet Polis, Kadet Remaja Sekolah, Bomba dan Penyelamat, Pengakap, Pandu Puteri, Pergerakan Puteri Islam, Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya perlulah memakai pakaian lengkap unit beruniform berkenaan. 4.13.2 Murid digalakkan memakai pakaian unit beruniform lengkap pada setiap hari Rabu sepanjang tahun. 4.14 Pakaian Seragam Khas 4.14.1 Pakaian yang melambangkan identiti khas seseorang murid seperti Pengawas Sekolah dan Pengawas Pusat Sumber Sekolah perlulah berpakaian kemas dan lengkap, dan mendapat kelulusan Pengarah Pendidikan Negeri. 4.14.2 Murid perlulah mematuhi peraturan sekolah dalam pemakaian pakaian seragam khas ini. 5 TATATERTIB PERHIMPUNAN (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984) 5.1 Waktu Perhimpunan 5.1.1 Perhimpunan ringkas dibuat pada 7.15 pagi di Tapak Perhimpunan setiap hari. Perhimpunan rasmi sekolah diadakan pada hari Isnin. 5.2 Tatacara Perhimpunan 5.2.1 Murid yang tidak beratur di Tapak Perhimpunan untuk tujuan perhimpunan dianggap sebagai ponteng perhimpunan. 5.2.2 Semua murid mesti berpakaian seragam sekolah yang lengkap ketika perhimpunan rasmi dan berbaris lurus mengikut kelas.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 13 5.2.3 Semua murid mesti senyap dan memberi perhatian ketika pengumuman dibaca oleh Guru Bertugas Mingguan. 5.2.4 Ketika Perhimpunan Rasmi Sekolah, semua murid dikehendaki berdiri tegak dan mengikut tatatertib perhimpunan rasmi. 5.2.5 Semua murid akan balik ke kelas mengikut barisan dan giliran kelas. 6 TATATERTIB DALAM KELAS 6.1 Semua murid mesti beratur di koridor kelas (selepas perhimpunan dan selepas waktu rehat) dan hanya dibenarkan masuk kelas dengan kehadiran guru mata pelajaran. 6.2 Murid tidak dibenarkan keluar kelas tanpa Pas Kebenaran Keluar Kelas 6.3 Murid tidak dibenarkan melawat, menumpang atau menceroboh kelas lain sewaktu pertukaran guru dan waktu pengajaran dan pembelajaran. 6.4 Penggunaan Pas Kebenaran Keluar Kelas hanya untuk kegunaan kecemasan dan hanya seorang murid (L) atau dua orang murid (P) sahaja dibenarkan keluar setiap kali pengunaannya. 6.5 Ketua Tingkatan atau Penolong Ketua Tingkatan akan mengambil dan menyerahkan Fail Kawalan Kelas di Bilik Disiplin. 6.6 Ketua Tingkatan dan Penolong Ketua Tingkatan dikehendaki memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap di dalam Fail Kawalan Kelas. 6.7 Ketua Tingkatan, Penolong Ketua Tingkatan dan Pengawas-Pengawas Sekolah bertanggungjawab untuk menjaga disiplin kelas, mencari guru ganti (jika tiada) di pejabat/bilik kurikulum, memberi kedatangan harian kepada guru tingkatan pada waktu pertama dan memastikan semua murid beratur dan bergerak dalam barisan lurus ke bilik-bilik khas. 6.8 Murid tidak dibenarkan berada di dalam kelas, sewaktu Pendidikan Jasmani, rehat dan semasa seluruh kelas berada di tempat lain. 6.9 Murid tidak dibenarkan makan di dalam kelas. 7 TATATERTIB PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KELAS 7.1 Semua tingkatan dikehendaki menubuhkan AJK Kebersihan dan Keceriaan Kelas. 7.2 Jadual Tugas mesti disediakan dan ditampal pada papan kenyataan kelas. 7.3 Semua murid mesti bertanggungjawab membersihkan kelas mengikut Jadual Tugas. Guru mata pelajaran waktu terakhir setiap hari mesti menghentikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran 5 minit sebelum loceng bunyi tamat waktu persekolahan, supaya murid bertugas boleh membersihkan kelas. 7.4 Buku tulis dan buku teks murid tidak dibenarkan disimpan di dalam laci meja. 7.5 Laci murid mesti dikosongkan pada setiap hari. 7.6 Semua perabot di dalam kelas mempunyai nombor inventori. Kerusi dan meja tidak boleh dialihkan ke kelas lain. Sebarang kerosakan perabot dan kelengkapan kelas perlu dilaporkan kepada guru tingkatan dan Pegawai Aset Sekolah. 7.7 Papan kenyataan kelas mesti dipaparkan dengan maklumat dan bahan bacaan bermanfaat. Maklumat tentang kelas mestilah dilekatkan (Jadual
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 14 Tugas, Jadual Waktu Kelas, senarai AJK Kelas, Pelan Kedudukan Murid, Pelan Laluan Kecemasan dan sebagainya). 8 TATATERTIB SEMASA REHAT 8.1 Murid hanya dibenarkan membeli makanan dan minuman di kantin/kiosk usahawan/kiosk koperasi ketika waktu rehat, waktu sebelum sesi persekolahan bermula pada 7.25 pagi dan waktu selepas tamat persekolahan. 8.1 Murid tidak dibenarkan makan atau minum di luar kawasan selain tempat yang disediakan di kantin/kiosk usahawan/kiosk koperasi pada bila-bila masa. 8.2 Murid-murid mesti beratur ketika membeli makanan dan minuman. 8.3 Murid-murid tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan jualan gerai/kiosk dan dapur kantin. Kawasan rehat guru-guru juga merupakan tempat larangan murid-murid pada bila-bila masa. 8.4 Semua pinggan mangkuk, gelas, sudu dan garpu mesti diletakkan ke dalam bekas khas yang disediakan selepas makan dan minum. 8.5 Plastik, kertas tisu, pembalut makanan, kotak minuman dan sisa-sisa makanan hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 8.6 Menjaga kebersihan adalah tanggungjawab semua murid. 8.7 Murid-murid dilarang merosakkan atau memusnahkan perabot atau peralatan kantin. 8.8 Meja dan bangku kantin tidak boleh dibawa keluar tanpa keizinan pengetua dan pentadbir sekolah. 8.9 Semua jenis gula-gula, makanan ringan yang tidak berkhasiat dan makanan tidak halal dilarang dibawa atau dimakan di kantin/kiosk sekolah. 8.10 Murid-murid tidak dibenarkan membeli makanan dan minuman daripada penjaja di luar kawasan sekolah pada bila-bila masa. 8.11 Semua murid mesti mematuhi arahan pengawas-pengawas yang bertugas di kantin sekolah. 8.12 Murid-murid mesti berhenti membeli, makan dan beredar secepat mungkin sebaik sahaja loceng tamat rehat terbunyi. 8.13 Murid dilarang keluar dari kawasan sekolah sewaktu rehat. 9 TATATERTIB PENGGUNAAN TANDAS 9.1 Murid-murid dilarang membuat bising, makan, bermain dan melakukan sebarang salah laku di dalam tandas. 9.2 Murid-murid hanya dibenarkan ke tandas sebelum waktu persekolahan bermula, pada waktu rehat dan selepas tamat sesi persekolahan. 9.3 Semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran, murid-murid tidak dibenarkan ke tandas kecuali dalam keadaan terdesak. 9.4 Murid-murid mesti mendapat Pas Keluar guru untuk ke tandas (dalam keadaan terdesak). Pas Keluar Guru hanya membenarkan seorang murid keluar setiap kali digunakan (kecuali bagi murid perempuan, dua orang dibenarkan). 9.5 Murid-murid tidak dibenarkan ke tandas pada waktu-waktu berikut iaitu pada waktu pertama, waktu sebelum dan selepas rehat dan satu waktu sebelum tamat persekolahan.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 15 9.6 Murid-murid dilarang berlengah-lengah semasa menggunakan kemudahan tandas. 9.7 Semua murid mesti menjaga kebersihan tandas. Murid-murid tidak dibenarkan menulis, menconteng dan mengotorkan tandas. 9.8 Lampu tandas haruslah dipadam selepas menggunakan tandas, paip air hendak ditutup dengan ketat. Sebarang kerosakan hendaklah dilaporkan dengan segera kepada pengawas bertugas atau guru bertugas mingguan. 9.9 Semua murid dilarang membuang sebarang bentuk sampah ke dalam tandas. Semua jenis sampah hendaklah dibuang ke dalam tong sampah yang disediakan. 10 TATATERTIB PENGGUNAAN PAPAN KENYATAAN SEKOLAH 10.1 Semua artikel, kenyataan dan poster yang ditampal mesti mendapat kebenaran guru-guru yang bertanggungjawab. 10.2 Murid-murid tidak dibenarkan mengubah, menconteng, memadam atau menanggalkan sebarang kenyataan kecuali dengan arahan guru-guru yang berkenaan. 11 TATATERTIB KESELAMATAN 11.1 Murid-murid tidak dibenarkan berada di kawasan sekolah lain waktu PdPc kecuali ada aktiviti tertentu di bawah pengawasan guru. 11.2 Semua aktiviti waktu petang mesti tamat 6.00 petang dan murid-murid mesti beredar dari kawasan sekolah selewat-lewatnya jam 6.30 petang. 11.3 Semua kenderaan yang menghantar murid-murid tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah kecuali dengan kebenaran pengetua. 11.4 Basikal murid-murid pada waktu pagi dan petang (untuk menghadiri aktiviti kokurikulum) mesti diletak dengan teratur dan berkunci di palang basikal yang ada di Gelanggang Basikal. Pemilik basikal yang tidak mengunci basikal akan didenda dan risiko adalah tanggungjawab murid sendiri. 11.5 Semua murid tidak dibenarkan membawa masuk kenderaan lain kecuali dengan kebenaran pentadbir sekolah. 11.6 Semua jenis kenderaan yang menghantar dan membawa murid-murid tidak dibenarkan menghalang laluan keluar masuk pintu pagar sekolah. 11.7 Murid-murid tidak dibenarkan berhubung dan bercakap-cakap dengan orang luar yang berada di luar sekolah. Kehadiran orang luar yang disyaki di dalam dan di luar kawasan sekolah perlu dilaporkan kepada pentadbir sekolah dengan segera. 11.8 Semua murid dilarang membawa orang luar termasuk bekas murid dalam kawasan sekolah dan menggunakan kemudahan-kemudahan sekolah. 11.9 Pelawat-pelawat mesti mengisi Slip Masuk di Pos Keselamatan untuk mendapat Pas Pelawat. Segala urusan mesti dibuat di Pejabat Sekolah sahaja. Kenderaan pelawat mesti diletak di luar kawasan sekolah. Tempat letak kereta di dalam kawasan sekolah khas untuk Pengetua, semua Penolong Kanan, guru-guru dan kakitangan sokongan sekolah sahaja. 11.10 Semua murid mesti melapor sebarang kemalangan yang berlaku di luar dan di dalam kawasan sekolah dan perkara-perkara yang menimbulkan syak wasangka dengan segera kepada pengawas, guru bertugas atau guru
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 16 displin. Ibu bapa tidak dibenarkan berjumpa dengan anak-anak/ guruguru tanpa kebenaran dari pihak pejabat sekolah. 12 TATATERTIB PENJAGAAN HAK MILIK DAN HARTA BENDA SEKOLAH 12.1 Semua murid tidak dibenarkan membawa wang yang banyak ke sekolah. Jika perlu untuk membuat apa-apa pembayaran, buatlah pembayaran kepada guru tingkatan / guru berkenaan dengan segera. 12.2 Semua murid tidak dibenarkan memegang kutipan wang (yuran kelas, yuran kelab dan sebarang bentuk kutipan). Segala kutipan yang dibuat oleh murid perlu diserahkan kepada guru berkenaan. 12.3 Pihak sekolah tidak bertanggungjawab ke atas segala kehilangan yang berlaku disebabkan kecuaian murid. 12.4 Semua murid mesti menjaga dan menggunakan kemudahan sekolah dengan cermat. 12.5 Murid-murid yang terbabit dalam kesalahan merosak, menyalahgunakan dan sebarang bentuk vandalisme ke atas harta benda sekolah akan dikenakan denda yang setimpal termasuk membayar ganti rugi kepada Unit Penyelarasan Bangunan dan PengurusanAset. 13 PELANGGARAN DISIPLIN DAN SENARAI SALAH LAKU YANG BOLEH DIAMBIL TINDAKAN DISIPLIN (Rujuk Peraturan Disiplin Kementerian Pelajaran) 13.1 TINGKAHLAKU BERAT DAN JENAYAH 13.1.1 Berjudi 13.1.2 Mencuri. 13.1.3 Memecah masuk kawasan larangan sekolah/ menceroboh pejabat/ bilik khas/ kedai buku/ kantin/ makmal/ bengkel. 13.1.4 Melawan/ mengancam/ memukul/ mencederakan guru dan pengawas serta murid lain. 13.1.5 Memeras ugut dan membuli. 13.1.6 Menganggotai kumpulan haram dan kongsi gelap. 13.1.7 Menyalahgunakan dan mengedar dadah. 13.1.8 Membawa senjata berbahaya dan bahan letupan. 13.1.9 Menunjuk perasaan/ berpiket atau mengganggu ketenteraman sekolah. 13.1.10 Membawa masuk orang luar ke kawasan sekolah. 13.1.11 Membakar sekolah. 13.1.12 Mencabul kehormatan. 13.1.13 Menyimpan, memiliki dan menghisap rokok. 13.1.14 Menyimpan, memiliki dan menggunakan pemetik api/ mancis. 13.1.15 Menyimpan, memiliki, mengedar dan menggunakan minuman keras/ minuman yang memabukkan. 13.1.16 Memiliki bahan letupan (mercun dan sebagainya) 13.1.17 Membawa handphone
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 17 13.2 TINGKAHLAKU KEKEMASAN DIRI (Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 2/ 1996, Bil 8/1985 dan Bil 3/ 1992) 13.2.1 Memakai pakaian tidak mengikut peraturan sekolah 13.2.1.1 Tidak memakai lencana/ lencana tidak dilekatkan pada baju. 13.2.1.2 Tidak memakai stoking atau tidak memakai stoking putih. 13.2.1.3 Memakai kasut sekolah yang berbelang dan berwarna. Sealain hitam dan putih. 13.2.1.4 Tidak memakai tanda nama. 13.2.1.5 Tidak memakai tali leher. 13.2.1.6 Memakai pakaian lain dalam pakaian seragam sekolah. 13.2.1.7 Tidak memakai baju PJK sekolah semasa waktu Pendidikan Jasmani 13.2.1.8 Memakai pakaian selain daripada pakaian sekolah/ pakaian kokurikulum semasa menghadiri aktiviti di dalam kawasan sekolah. 13.2.1.9 Seluar berfesyen dan seluar londeh. 13.2.2 Memakai barang perhiasan ke sekolah. 13.2.3 Membawa barang-barang yang tidak dibenarkan ke sekolah. 13.2.4 Memakai selipar/ sandal (kecuali dengan kebenaran) 13.2.5 Berambut panjang untuk lelaki/ fesyen rambut yang menyalahi peraturan sekolah. 13.2.6 Mewarnakan rambut dan menggunakan gel. 13.2.7 Bermisai, berjanggut dan berjambang. 13.2.8 Kuku diwarnakan / diinai 13.2.9 Mencabut/ Mencukur bulu kening. 13.2.10 Bersolek. 13.2.11 Memakai ‘ear-stud ‘/ menindik untuk semua murid lelaki. 13.3 PONTENG 13.3.1 Ponteng kelas, sekolah dan perhimpunan. 13.3.2 Ponteng aktiviti kokurikulum. 13.3.3 Ponteng ujian / peperiksaan. 13.4 TINGKAH LAKU LUCAH 13.4.1 Bercumbu-cumbu/ berkhalwat. 13.4.2 Membawa bahan lucah ke sekolah. 13.4.3 Mengganggu murid perempuan. 13.4.4 Sentuhan fizikal. 13.4.5 Menggunakan kata-kata/isyarat lucah dan mengamalkan perbuatan lucah. 13.4.6 Melukis gambar dan menulis kata-kata lucah. 13.5 TINGKAH LAKU YANG TIDAK MEMENTINGKAN MASA. 13.5.1 Berkeliaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah. 13.5.2 Lewat bergerak ke bengkel, surau, makmal, padang dan perhimpunan.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 18 13.5.3 Makan/ berada di kantin/kiosk di luar waktu rehat. 13.5.4 Tidur di dalam kelas. 13.5.5 Bermain-main di dalam kelas atau kaki lima. 13.5.6 Keluar kelas tanpa pas dan kebenaran. 13.5.7 Masuk ke kawasan sekolah selepas waktu sekolah tanpa urusan dan kebenaran. 13.6 TINGKAH LAKU YANG KURANG SOPAN DAN BIADAP 13.6.1 Berkelakuan kasar terhadap guru/ pengawas/ murid lain. 13.6.2 Berbahasa kesat/ kasar. 13.6.3 Mengganggu pengajaran dan pembelajaran. 13.6.4 Tidak menghormati dan ingkar arahan guru. 13.6.5 Tidak menghormati pengawas. 13.6.6 Terlibat dalam aktiviti yang mencemarkan nama baik sekolah. 13.6.7 Melanggar peraturan trafik. 13.6.8 Makan dalam kelas. 13.6.9 Bising di dalam kelas 13.7 TINGKAHLAKU MUSNAH 13.7.1 Merosakkan harta benda sekolah/ kantin/ milik persendirian pengetua/ guru. 13.7.2 Membazirkan elektrik dan air. 13.7.3 Menyalahgunakan peralatan elektrik. 13.7.4 Mengotorkan kawasan/ bangunan sekolah. 13.7.5 Mengotorkan kelas. 13.7.6 Mencemarkan kawasan sekolah. 13.8 TINGKAH LAKU TIDAK JUJUR/ MENIPU 13.8.1 Menipu yang melibatkan wang/ kepercayaan. 13.8.2 Meniru semasa ujian/ peperiksaan. 13.8.3 Memalsukan keterangan atau rekod rasmi. 13.8.4 Meminjam wang daripada murid-murid lain dengan niat untuk menipu. 14. JENIS HUKUMAN DAN TINDAKAN Tertakluk kepada kesalahan yang dilakukan: 14.1 Memaklumkan / mewartakan peraturan dan tindakan yang akan dikuatkuasakan. 14.2 Penguatkuasaan peraturan. 14.2.1 Menasihati / memberi amaran bertulis. 14.2.2 Memanggil ibu bapa / penjaga murid. 14.2.3 Membayar ganti rugi. 14.2.4 Tidak dapat mewakili sekolah dalam pelbagai pertandingan. 14.2.5 Tidak boleh menggunakan kemudahan-kemudahan sekolah. 14.2.6 Rotan. 14.2.7 Menarik balik biasiswa yang diberi. 14.2.8 Khidmat kaunseling. 14.2.9 Menandatangani surat perjanjian. 14.2.10 Gantung persekolahan 14.2.11 Buang sekolah
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 19 15. BARANG-BARANG LARANGAN YANG DITETAPKAN OLEH PIHAK SEKOLAH 15.1 Barang-barang larangan yang tidak dipulangkan - Pemadam cecair/ ‘liquid paper’ - Pen marker - CD, VCD, DVD, MP3/ MP4, kaset - Gold Dust, Silver Dust, tepung, telur dan sebarang bentuk dan bahan yang dijadikan sebagai alat permainan - Gunting bermata tajam, pisau lipat/ pemotong, pembaris besi, senjata, cukur - Gambar lucah, buku komik dan majalah hiburan - Minuman keras, dadah, pil khayal, rokok, mancis, vape dan pemetik api - Cermin muka, minyak wangi - Pen / Laser pointer - Barang-barang hiasan (bukan emas dan perak) seperti cincin, rantai, gelang dan anting-anting - Permainan yang menggunakan kad 15.2 Barang-barang larangan yang dipulangkan melalui Penolong Kanan Hal Ehwal Murid - Bola permainan - Sebarang bentuk permainan `board games’ - Topi, kopiah dan sapu tangan besar - Pakaian `T’ selain daripada pakaian `T’ sekolah - Stoking belang dan berwarna - `Hair band’ dan klip rambut yang berwarna (selain warna hitam) - Tali pinggang berkepala besar melebihi 3 cm 15.3 Barang-barang larangan yang dipulangkan melalui ibu bapa / penjaga (barang larangan akan dipulangkan melalui ibu bapa selepas 3 hari bekerja barang dirampas). - Radio, Walkman, Discman, Perakam Video, Kamera, dan telefon bimbit. - Alat-alat permainan elektronik - Barang-barang kemas 16. PERATURAN PENGGUNAAN MAKMAL SAINS / BENGKEL DAN BILIK-BILIK KHAS 16.1 Kebenaran Guru 16.1.1 Semua murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal / bengkel dan bilik-bilik khas tanpa kebenaran guru. 16.1.2 Bahan kimia dan alat radas tidak boleh diubah dan dibawa keluar dari makmal tanpa kebenaran guru. 16.1.3 Eksperimen tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran dan pengawasan guru. 16.2 Tatatertib Keselamatan. 16.2.1 Jangan bermain, bergurau atau berlari di dalam makmal.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 20 16.2.2 Jangan membazirkan gas, air dan elektrik. 16.2.3 Jangan minum air paip dalam makmal kerana air ini tidak selamat untuk diminum. 16.2.4 Jangan makan dan minum di dalam makmal. 16.2.5 Semua bahan kimia adalah beracun dan berbahaya. Oleh itu, jangan rasa atau hidu sebarang bahan kimia. 16.2.6 Jangan gunakan jari untuk mengambil bahan-bahan kimia. Gunakan spatula untuk mengambil bahan-bahan kimia yang berbentuk pepejal dan penitis untuk mengambil bahan kimia berbentuk cecair atau larutan. 16.2.7 Jangan membazirkan bahan-bahan kimia. Ambil bahan kimia dalam kuantiti yang ditetapkan oleh guru anda. Jangan masukkan semula bahan kimia yang berlebihan ke dalam botol asalnya. 16.2.8 Baca label bahan-bahan sebelum digunakan. 16.2.9 Jangan gunakan kepingan kertas untuk menyalakan penunu bunsen. Sebaliknya gunakan batang mancis atau pemetik api. Setelah digunakan, kayu mancis mesti dipadam sebelum dibuang ke dalam bakul sampah. Padamkan penunu Bunsen setelah digunakan. 16.2.10 Semasa memanaskan bahan-bahan kimia dalam tabung uji, jangan halakan tabung uji ke arah diri anda atau rakan-rakan anda. 16.3 Kecemasan 16.3.1 Jika baju anda terbakar, jangan cemas. Cuba gulingkan badan anda di atas lantai sementara menunggu guru anda memadamkan api dengan menggunakan gebar. 16.3.2 Jika berlaku kebakaran di sekolah, anda mesti mematuhi semua peraturan kebakaran sekolah anda. 16.3.3 Jika asid atau alkali terkena kulit atau mata, basuh dengan air yang banyak. 16.3.4 Jika asid atau alkali termasuk ke dalam mulut, ludahkan dengan serta-merta dan basuh mulut dengan air yang banyak. 16.3.5 Laporkan semua kemalangan kepada guru anda dengan sertamerta. 16.4 Kebersihan 16.4.1 Basuh dan bersihkan alat radas anda selepas digunakan. 16.4.2 Letak balik semua alat radas dan bahan kimia ke tempat asalnya selepas menggunakannya. 16.4.3 Jangan buang bahan-bahan pepejal ke dalam sinki. Bahanbahan pepejal mesti dibuang ke dalam bakul sampah. 16.4.4 Lapkan meja anda dengan kain buruk sekiranya meja anda basah setelah menjalankan eksperimen. 16.4.5 Bersihkan tempat anda setelah menjalankan eksperimen. Semua kertas conteng, kertas tisu dan sampah hendaklah dibuang ke dalam bakul sampah. 16.4.6 Pastikan makmal berada dalam keadaan yang bersih dan kemas sebelum anda meninggalkan makmal. 16.4.7 Jangan menconteng meja makmal.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 21 17. PERATURAN PENGGUNAAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 17.1 Pelajar dikehendaki beratur semasa masuk dan keluar dari Pusat Sumber dan elakkan daripada berebut-rebut. 17.2 Pusat Sumber dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat. 17.3 Murid dilarang melakukan perkara-perkara seperti berikut: 17.3.1 Membawa masuk beg, bungkusan makanan dan minuman ke dalam Pusat Sumber. 17.3.2 Membuat bising, makan, minum dan tidur di dalam Pusat Sumber. 17.4 Pinjaman dan pemulangan bahan / buku mesti dibuat mengikut peraturan yang telah ditetapkan. 17.5 Semua pinjaman dan pemulangan bahan hendaklah direkodkan. 17.6 Tempahan untuk menggunakan Pusat Sumber boleh dibuat sehari sebelum tarikh yang diperlukan. 17.7 Pastikan semua suis alatan elektrik ditutup sebelum meninggalkan Pusat Sumber Sekolah. 17.8 Laporkan dengan segera jika terdapat sebarang kerosakan kepada Penyelaras Pusat Sumber atau guru yang bertugas. 17.9 Utamakan kebersihan dan keselamatan di Pusat Sumber Sekolah. 17.10 Guru Pusat Sumber dan Pengawas Pusat Sumber berhak menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya kepada pengguna yang melanggar peraturan. 18. PERATURAN KEGIATAN KOKURIKULUM 18.1 Semua murid dikehendaki mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti kokurikulum yang diawasi oleh guru-guru penasihat. 18.2 Setiap murid hendaklah melibatkan diri dalam tiga kumpulan iaitu persatuan / kelab, sukan / permainan dan unit berunifom. 18.3 Semua mesyuarat / perjumpaan / aktiviti tidak dibenarkan dijalankan tanpa guru penasihat masing-masing. 18.4 Semua murid diwajibkan memakai baju `T’ berlogo sekolah dan seluar sukan sekolah ketika menghadiri kegiatan kokurikulum sebelah petang / pagi. 18.5 Murid-murid yang mewakili sekolah untuk pertandingan di luar sekolah mesti memakai pakaian seragam sekolah atau baju `T’ dan seluar sukan sekolah. 18.6 Murid-murid yang mengikut rombongan atau mewakili sekolah untuk kegiatan-kegiatan di luar sekolah mesti mendapat kebenaran secara bertulis daripada ibu bapa / penjaga terlebih dahulu. 18.7 Murid yang mewakili sekolah mesti bebas daripada sebarang tindakan disiplin.
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 22 PERAKUAN UNDANG-UNDANG DAN PERATURAN SEKOLAH Daripada (Alamat murid) _______________________________ _______________________________ _______________________________ _______________________________ Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, 40400 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Saya _________________________________________________________________________ No. Kad Pengenalan _________________________________________________________________ telah meneliti undang-undang dan peraturan sekolah ini dan berjanji akan mematuhinya sepanjang saya berada di sekolah ini. Jika saya melanggar undang-undang dan peraturan ini, saya bersedia menerima tindakan disiplin yang telah ditetapkan. ________________ Tanda tangan murid Tarikh: _________________ No. Tel (Rumah): ___________________ No. Tel (Bimbit): ___________________ Bahawasanya saya, ________________________________________________ ibu /bapa/penjaga pelajar yang bernama _______________________________________________ yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah telah membaca dan memahami segala Peraturan dan Undang-Undang sekolah. Saya sedia bekerjasama dengan pihak sekolah untuk menentukan supaya anak jagaan saya mematuhi Peraturan dan Undang-Undang Sekolah ini. ___________________________ Tandatangan Ibu Bapa/ Penjaga Nama Penuh Ibu/Bapa/Penjaga: _________________________________________ No. Kad pengenalan: _________________________________________ No. Telefon Bimbit (Ibu): _________________________________________ No. Telefon Bimbit (Bapa): _________________________________________ No. Telefon Penjaga: _________________________________________ Tarikh: _________________________________________
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 23 LAMPIRAN
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 24 Kemeja putih tidak berfesyen Lencana dan tanda nama Seluar hijau kehitaman Kemeja putih tidak berfesyen Kasut hitam dan stokin hitam atau kasut putih dan stoking putih *Stoking mesti sewarna dengan kasut PAKAIAN SERAGAM MURID LELAKI
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 25 PAKAIAN MURID LELAKI YANG DILARANG Kaki seluar yang senteng dan ketat Stokin belang Poket yang dilarang Plit yang banyak Seluar terlalu kembang Poket lebih Butang berwarna
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 26 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN: MEMAKAI SKIRT DAN BLAUS Skirt paras lutut
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 27 Kain warna “turquoise” Baju kurung putih PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN: BERBAJU KURUNG DAN BERKAIN SARUNG Kasut hitam dan stokin hitam atau kasut putih dan stoking putih *Stoking mesti sewarna dengan kasut
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 28 PAKAIAN SERAGAM MURID PEREMPUAN: BERBAJU KURUNG DAN BERKAIN SARUNG SERTA BERMINI TELEKUNG Baju kurung putih Kain warna “turquoise” Mini telekung putih Kasut hitam dan stokin hitam atau kasut putih dan stoking putih *Stoking mesti sewarna dengan kasut
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 29 Pandangan Depan Pandangan Belakang Pandangan Depan Pandangan Tepi Pandangan Depan A B C POTONGAN RAMBUT MURID LELAKI
Buku Panduan & Peraturan SMK Alam Megah 30 Mesti dibutang sepanjang masa Tidak sampai paras alis mata Reben menutup getah pengikat Reben hitam Tidak mencecah kolar baju Sepit dengan kemas Tidak ada anak rambut ditepi Kemas CONTOH RAMBUT MURID PEREMPUAN