SELANGOR DITAKLUK SELANGOR DITAKLUK KKUUAASA BRITISH SA BRITISH Nur Sumayyah Binti Mohd Yunus 3 Syafie Nama Guru: Puan Juliahati Binti Ladale Sekolah: SMKA TUN AHMADSHAH
JJAADDUAL KERJA UAL KERJA 1 25.05.2023 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 BIL. TARIKH PERKARA CATATAN 1.06.2023 1.06.2023 1.06.2023 2.06.2023 1.06.2023 1.06.2023 1.06.2023 1.06.2023 2.06.2023 3.06.2023 Menerima taklimat peringkat sekolah dari Puan Juliahati Binti Ladale Menentukankan pernyataan dan tajuk pilihan kajian ( Negeri Melayu Bersekutu) Membina PERNYATAAN MASALAH yang sesuai Menentukan KAEDAH KAJIAN yang digunakan sekurang-kurangnya 3 kaedah Menentukan OBJEKTIF KAJIAN yang sesuai mengikut tajuk sekurang-kurangnya 3 objektif Membuat PERSOALAN KAJIAN mengikut tajuk Melaksanakan LAPORAN KAJIAN dengan sumber yang betul Membuat SUMBER RUJUKAN sekurang-kurangnya 3sumber mengikut "Kaedah Kajian" Membuat KESIMPULAN dan CADANGAN Penghantaraan hasil kerja kepada guru mata pelajaran LAMPIRAN Telegram
Pelbagai strategi digunakan oleh British untuk meluaskan kuasa mereka di Selangor .Demi meluaskan kuasa, British sanggup melaksanakan pelbagai taktik untuk menakluk Selangor.Bincangkan. PPEERRNYATAAN MASALAH NYATAAN MASALAH
PPeerrssooaallaann KKaajjiiaann Huraikan strategi-strategi yang digunakan British? Bagaimanakah Sistem Residen dilaksanakan dan apakah peranannya? Apakah kesan baik dan buruk pelaksanaan Sistem Residen?
OObbjjeekkttiiff KKaajjiiaann Mengetahui cara Sistem Residen dilaksanakan dan peranannya. Menghuraikan strategi-strategi yang digunakan British untuk meluaskan kuasanya di Selangor. Menyatakan kebaikan dan keburukan Sistem Residen.
KKaaeeddaahh KKaajjiiaann Saya telah melayari internet untuk mendapat pelbagai maklumat tentang perluasan kuasa British di Selangor. Melayari internet Saya telah membaca buku teks sejarah tingkatan 3 untuk memahami sejarah perluasan kuasa British dengan lebih mendalam lagi. Membaca buku teks Audio Visual Saya telah menonton beberapa video dilaman web Youtube mengenai strategi-strategi yang digunakan British .
DDaappatan kajian atan kajian PENGENALAN Perubahan yang berlaku di Eropah terutama perkembangan perindustrian menyebabkan British memerlukanbahan mentah yang mencukupi untuk menjamin pengeluaran hasil industri di Eropah.Kemakmuran negeri-negeri Melayu yang kaya dengan biji timah mendorong British berusaha meluaskan kuasa ke Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang.
DDaappatan kajian atan kajian Huraikan strategi-strategi yang digunakan British? Antara strategi yang digunakan British ialah manipulasi,semasa pemerintahan Sultan Abdul Samad (1857-1898), tercetus pertelingkahan dalam kalangan kerabat diraja Selangor menyebabkan berlakunya Perang Klang.Hal ini menyebabkan British turut campur tangan dalam pertelingkahan tersebut untuk meluaskan pengaruhnya.British memanfaatkan kekacauan di Selangor untuk melaksanakan manipulasi politik.Setelah itu, British memihak kepada Raja dan pembesar Melayu yang boleh membawa keuntungan dari segi ekonomi terutama perdagangan biji timah.Oleh sebab itu, British memberikan bantuan ketenteraan kepada Tunku Kudin untuk menamatkan perang. Disamping itu, British turut menggunakan taktik mendesak pemerintah untuk menerima perlindungan mereka.Walaupun British memberikan bantuan menamatkan kekacauan di Selangor, namun British tidak berjaya memujuk Sultan Abdul Samad untuk menerima perlindungannya.Hal ini menyebabkan British terus mencari alasan untuk diterima.Oleh itu, British berjaya mendesak Sultan Selangor apabila berlaku peristiwa yang mengugat aktiviti perdagangan British di perairan Selangor. Selain daripada itu, British telah membuat perjanjian dengan Selangor pada tahun 1875. Antara isi kandungan perjanjian tersebut ialah British membantu Sultan memerintah negeri dan British menghantar J.G. Davidson menetap di Klang dan Frank Swettenham menetap di Langat untuk membantu pentadbiran Selangor.
Sistem Residen dilaksanakan dengan kedudukan sultan dan pembesar negeri dikekalkan.Seterusnya, nasihat yang dibuat British perlu diterima dan sultan tidak lagi boleh membuat undang-undang seperti sebelumnya. Oleh kerana itu, sultan dan pembesar kehilangan kuasa dalam pentadbiran dan pungutan cukai. Hal ini menyebabkan Residen mengambil alih pentadbiran di peringkat pembesar-pembesar dan negeri. Dengan ini peranan pembesar digantikan oleh pegawai-pegawai British. Kesimpulannya, kesan daripada pelaksanaan Sitem Residen ini, jabatan dan sistem bercorak Barat digunakan bagi menggantikan sistem pentadbiran tradisonal. Bagaimanakah Sistem Residen dilaksanakan ? DDaappatan kajian atan kajian
. Antara kesan baik sistem ini ialah dapat memperkembangkan sistem pengangkutan seperti landasan keretapi pertama Taiping-Port Weld pada tahun 1885. Seterusnya, pembinaan landasan keretapi ini bertujuan menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dengan pelabuhan eksport. Oleh itu, jalan raya turut dibina bagi menghubungkan pusat perlombongan bijih timah dengan bandar-bandar baru. Disamping itu, ia menyebabkan peningkatan hasil pendapatan negeri.Hal ini dapat memperkembangkan ekonomi dan meningkatkan hasil pendapatan Negeri-negeri Melayu kepada lebih $2.2 juta pada 1885. Manakala hasil eksport mencecah sehingga meningkat kepada $9.6 juta pada 1885.Seterusnya, antara kesan buruknya pula ialah sultan kehilangan kuasa dikeranakan Residen dilantik sebagai penasihat Sultan dalam urusan pentadbiran. Oleh itu, sultan terpaksa akur dengan arahan Residen dan kuasa sultan terbatas dalam hal agama Islam serta adat istiadat Melayu. Kemudian, jurang sosioekonomi antara kaum. British telah memberikan tumpuan ekonomi terhadap kawasan perlombongan biji timah dan telah mengabaikan kemajuan di kampung yang didiami orang Melayu. Oleh itu, orang Melayu juga tidak mendapat peluang dalam bidang pendidikan. Apakah kesan baik dan buruk pelaksanaan sistem tersebut? DDaappatan kajian atan kajian
RRUUMMUUSSAANN Melalui kajian ini, saya telah mengetahui lebih dalam lagi mengenai sejarah perluasan kuasa British di Selangor, kajian ini telah menunjukkan kebijaksanaan British dalam memperluaskan pengaruhnya dengan menggunakan pelbagai strategi yang berkesan untuk menakluk Selangor. Tambahan pula, iktibar yang boleh diambil ialah ketidak cekapan dalam memerintah negeri dapat mengakibatkan pihak lain mengambil kesempatan untuk kepentingan peribadi mereka. Oleh itu, Sebagai pemimpin kita perlu bijak dalam memimpin Negara dan menyelesaikan masalah tersebut dengan segera tanpa campur tangan pihak lain. Seterusnya, saya bercadang agar para pemimpin bermuafakat dan bekerjasama dengan pemimpin lain agar tidak berlaku perebutan kuasa, politik dan saling menggembleng tenaga untuk memajukan negara. Sebagai rakyat Malaysia, saya berharap agar kita sentiasa menjaga perpaduan dan mengelakan diri daripada berlaku kesalafahaman sesama masyarakat agar dapat menghindari masalah seperti pergaduhan dan peperangan yang berlaku baik yang melibatkan rakyat mahupun pemimpin. Kesimpulannya, perluasan kuasa ini telah membawa banyak kesan sama ada negatif atau positif terhadap masyarakat dan pentadbiran politik di negeri-negeri Melayu Bersekutu.
RRUUJJUUKKAANN Buku teksDr. Azharudin bin Mohamed Dali, Ridzuan bin Hassan, Muslimin bin Fadzil, 2018, Buku Teks Sejarah Tingkatan 3, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Internethttp://ahmadyaakobsmkjengka2.blogspot.com/2016/06/bincangkan-perluasankuasa-british-di.html http://lepaksejarah.blogspot.com/2010/08/bincangkan-kesan-kesanpelaksanaan.html Audio Visualhttps://youtu.be/D-pHjwGnPys https://youtu.be/5CjSF_03q2E
LLAAMMPPIIRRAANN Residen pertama di Selangor (1874-1875) Peta negeri Selangor menunjukkan daerah Klang yang kaya dengan biji timah pada abad ke-19 Buku teks Sejarah tingkatan 3