The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 566-22-ericca, 2023-03-21 20:00:54

Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu

Kerja Kursus Kesusasteraan Melayu

KESUSASTERAAN MELAYU Ericca Arluia Bong 2022032310014 BMMB1104 Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu


FUNGSI SASTERA MANIFESTASI AKAL BUDI MASYARAKAT MELAYU DALAM PANTUN PANTUN NASIHAT ASPEK PEMIKIRAN & GAYA HIDUP KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU KANDUNGAN


KONSEP KESUSASTERAAN MELAYU


Konsep kesusasteraan Melayu Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama erti dengan perkataan 'literature' dalam bahasa Inggeris yang berasal daripada litera yang bermaksud huruf atau abjad. Perkataan 'literature' digunakan untuk tatabahasa dan puisi. Terdapat empat unsur dalam sastera, iaitu bentuk, isi kandungan, ekspresi dan bahasa. Secara umumnya, sastera dapat dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat dan keyakinan dalam suatu gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pengantara bahasa.


FUNGSI SASTERA


Fungsi sastera Fungsi lain karya saster adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada masyarakat. Karya sastera sebagai suatu bahan yang mempu membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Pendidikan Keperluan untuk menghiburkan, melahirkan karya sastera yang membawa keronokan yang indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata uang diungkapkan, irama atau rentak yang tersusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar, unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan digilai masyarakat pada suatu ketika dahulu. Hiburan


Fungsi sastera Dakwah sebagai proses penyampaian pesan suci Tuhan kepada manusia tentu sahaja disampaikan melalui medium atau saranan yang difahami sebagai objek dakwah (Mad'u). Medium atau saranan dakwah tentulah melalui bahasa. Bahasa sebagai saranan komunikasi dakwah ternyata efektif atau keberkesanannya. Dakwah Sastera adalah rakaman kehidupan yang mengali dan menyelongkar kehiduan manusia daripada pelbagai dimensi dan sudut pandang yang berbeza-beza. Berdasarkan pertimbangan bahawa karya sastera berfokuskan masyarakat, kehidupan dan manusia-hubungan dan pertalian antara ketiga-tiga entiti ini saling berkaitan. Dalam konteks masyarakat yang pelbagai susun lapis dan kehidupan yang melatari menjadikan wujudnya jurang dalam kalangan mereka. Hal ini akan mempengaruhi tindakan dan susila adab sama ada untuk tujuan menegur, mengkritik mahupun menyampaikan mesej. Kritikan sosial


MANIFESTASI AKAL BUDI


Manifestasi akal budi dalam pantun Pantun merupakan manifestasi terbaik seni sastera orang Melayu. Pantun digunakan untuk menyampaikan pemikiran dan perasaan. Penciptaan pantun terkandung dalam dua rangkap, sepuluh rangkap, dua belas rangkap dan pantun berkait. Pantun merupakan pengungkapan yang mengandungi pembayang maksud dan maksud.


Pantun nasihat (Dalam pantun nasihat yang terdapat dalam buku Baik Budi Indah Bahasa, saya telah memetik beberapa rangkap pantun untuk dikaji.) Hangus bertih berwarna merah, Mari dituang ke dalam kain, Suami yang letih usah dimarah, Kelak terbang ke bunga lain. Anak Cina membawa surat, Dari Perak langsung ke Deli, Hidup di dunia biar beradat, Bahasa tidak dijual beli. Pisang kelat digonggong helang, Jatuh ke Lubuk Inderagiri, Jikalau berdagang ke rantau orang, Baik-baik membawa diri. Sumber: Puisi Melayu Tradisi, (penye.) Mohd. Yusof Md. Nor dan Dr. Abd. Rahman Kaeh, Penerbit Fajar Bakti, 1996


Rangkap pertama Penulis menggunakan sindiran untuk memberi nasihat kepada semua isteri di luar sana yang sering memarahi suami mereka sebelum mengambil tahu akan kesusahan yang mereka hadapi ketika bekerja. Penulis mengingat para pembaca agar sentiasa bertimbang rasa dan mengambil kira keadaan kedua-dua pihak terlebih dahulu sebelum memarahi seseorang yang kita sayang sebelum mereka pergi meninggalkan kita. Penulis menceritakan perangai seorang isteri yang memarahi suaminya yang baru pulang dari kerja tanpa mengambil kira keadaan suaminya yang sudah letih bekerja. Bertih yang sudah hangus dituang ke dalam kain pasti akan membuat kita berasa panas dan melecur. Hal ini dikaitkan dengan suami yang sudah letih bekerja tapi masih dimarahi oleh isteri apabila pulang dari kerja dan ini akan menyebabkan suami berasa panas. Pemikiran Pertuturan Perlakuan Gaya hidup


Rangkap kedua Penulis melambangkan pertuturan orang Melayu yang lemah lembut ke dalam penghasilan pantunnya menggunakan bahasa yang sopan untuk memberi nasihat. Anak Cina yang membawa surat dari Perak ke Deli dikaitkan dengan pemuda yang hidup di negara luar. Penulis mengingat para pembaca agar menjaga dan memelihara bahasa ibunda kita sendiri supaya tidak lenyap dari dunia ini. Penulis menceritakan amalan pemuda zaman sekarang yang hidup di negara luar lebih gemar menggunakan bahasa asing daripada bahasa ibunda. Pemikiran Pertuturan Perlakuan Gaya hidup


Rangkap ketiga Penulis melambangkan pertuturan orang Melayu yang lemah lembut ke dalam penghasilan pantunnya menggunakan bahasa yang sopan untuk memberi nasihat. Pisang kelat yang jatuh ke Lubuk Inderagiri dikaitkan dengan pedagang dari sesuatu tempat yang merantau ke tempat orang. Penulis mengingat para pembaca agar sentiasa menjaga maruah yang baik ketika berhijrah ke tempat yang asing bagi kita. Penulis menceritakan amalan orang Melayu yang gemar berdagang ke tempat orang lain dalam penulisannya. Pemikiran Pertuturan Perlakuan Gaya hidup


SEKIAN SAHAJA, TERIMA KASIH!


Click to View FlipBook Version