HELANG YANG SETIA
Al-kisah terdapat seorang pemburu mempunyai
seekor burung helang yang sangat bijak.
Setiap kali dia pergi berburu, pemburu itu mesti
membawa burung itu bersama.
Pada suatu hari, pemburu itu masuk ke dalam hutan
untuk memburu dengan helang kesayangannya.
Sebaik tiba di dalam hutan, burung helang pun
terbang sambil melihat ke bawah mencari binatang
yang diburu oleh tuannya.
Tiba-tiba burung helang terbang dengan pantas ke
satu tempat.
Melihat reaksi helangnya, pemburu tahulah bahawa
burung helang nampak binatang yang diburu.
Apabila tiba ke tempat itu, pemburu nampak seekor
kancil yang sedang enak memakan buah-buahan
hutan di situ.
Tanpa disangka pemburu, si kancil sedar akan
kedatangan pemburu itu lalu melarikan dirinya.
Pemburu dan helangnya pun mengejar kancil itu.
Selepas penat mengejar, pemburu rasa sangat
dahaga dan dia pergi ke tepi sungai untuk
mencedok air sungai itu dengan tangan.
Apabila pemburu itu hendak meminum air sungai itu
dengan tangan, tiba helangnya menepis tangannya.
Pemburu itu mencedok air sungai sekali lagi, burung
helang menepis tangannya sekali lagi.
Akibatnya pemburu itu sangat marah lalu memanah
ke arah burung helang yang sedang terbang itu.
Burung helang itu pun jatuh menyembah bumi.
Tidak jauh dari tempat burung helang itu jatuh,
pemburu itu ternampak seekor ular berbisa yang
telah mati di dalam sungai.
Maka pemburu itu sedar mengapa helangnya itu
menepis tangannya setiap kali dia hendak
mencedok air sungai tersebut.
Rasa kesal memanah helangnya pun membuak
dalam hati pemburu itu.
“Sungguh setia helang aku, maafkan aku helang”
kata pemburu itu pada helangnya yang mati itu.