LAPORAN PROJEK SAINTIS MUDA KATEGORI SEKOLAH MENENGAH
Nama Guru Penyelaras 1) PUAN NOR AZIRA BINTI NASIR
Nama Ahli Kumpulan Pelajar 2) ENCIK MOHD SHAFIK BIN YAHYA
1. TUSHAN A/L SUBRAMANIAM (Tingkatan 1)
Sekolah 2.BOSCO NG KAI MING (Tingkatan 1)
Email 3.LUQMAN NAFIS BIN KHAIRUL HAFIZ (Tingkatan 2)
4.MOHAMAD NABIL HAZIQ BIN LASMIN
Tajuk (Tingkatan 2)
SMK Taman Bukit Indah
1. [email protected]
2. [email protected]
3. [email protected]
Kempen “PELUPUSAN UBAT CARA BETUL,ELAK
PENCEMARAN”
Tema Pendidikan dan Kesedaran Awam (SDG 4)
Nombor Telefon Guru Penyelaras Pn Zira : 012-5033987
En.Shafik:017-4371561
Isu pelupusan ubat dengan cara yang betul adalah isu penting yang jarang diambil berat oleh
masyarakat Malaysia. Bahan kimia dan bungkusan ubat yang digunakan untuk mengisi ubat
boleh menjadi penyebab kepada pencemaran alam sekitar sekiranya tidak dilupuskan dengan
cara betul. Pelbagai garis panduan melupuskan ubat dikeluarkan pihak berkaitan antaranya
cara menguruskan sisa farmaseutikal pada 2009,garis panduan pengendalian dan pengurusan
sisa klinikal pada 2014 dan program pemulangan ubat pada 2010. Namun kesedaran masih
rendah dalam kalangan masyarakat.
Justeru, kami memilih Tema Pendidikan dan Kesedaran Awam (SDG 4) pada kali ini
dalam pertandingan Johor SDGs School Challenge 2022 Peringkat Menengah Saintis Muda
(SMK) dan membuat kolaborasi dengan Unit Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Indah.
Matlamat utama Projek Mini yang kami laksanakan ialah usaha menerapkan kesedaran
kepada komuniti masyarakat setempat amnya dan kepada rakan pelajar khususnya bagi
pelupusan ubat cara yang betul untuk menggelakkan pencemaran.
Projek Mini yang dilaksanakan ini adalah dalam bentuk kempen kesedaran dan kami
turut membuat pengumpulan bungkusan/botol-botol ubat yang terpakai samada sudah luput
tarikh atau yang sudah tidak digunakan lagi. Projek ini bermula pada 5 November 2022 dan
kami merancang gerak kerja yang tersusun dan teliti bagi memastikan pelaksanaannya
berjalan lancar dan matlamat tercapai. Pelbagai medium digunakan untuk berinteraksi seperti
bersemuka bersama rakan saintis muda dan guru-guru pembimbing. Selain itu, group
Telegram khas dicipta bagi memudahkan kami membuat pengumpulan maklumat-maklumat
berkaitan dalam menjayakan projek ini.
Poster dibuat dan diedarkan dan Saintis Muda berkempen dan menerangkan kepada
pelajar berkaitan Pelupusan Ubat Cara Betul Elak Pencemaran dengan bergerak ke setiap
kelas dan tururt menjalankan kempen semasa perhimpunan harian. Bagi tujuan
menyebarluaskan lagi ,kami mengedarkan poster digital ke dalam Group Telegram kelas dan
group PIBK(ibu bapa). Pada 10 November pengumpulan ubat-ubat tersebut dibuat. Kami
mendapat maklum balas yang positif dan menggalakkan daripada komuniti setempat iaitu ibu
bapa dan ,guru-guru dan pelajar SMK Taman Bukit Indah. Mereka membawa banyak
barangan tersebut dan dikumpulkan dalam satu bekas yang sudah dibuat pengasingan dan
diserahkan kepada Unit Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Indah(KK Bukit Indah). Pada 16
November, Pegawai Farmasi UF52 daripada KK Bukit Indah datang memberikan ceramah
bagi memenuhi jemputan kami dalam menyempurnakan kempen ini. Borang soal selidik
secara Google Form diedarkan dalam group ibu bapa dan disebarkan kepada komuniti,
kaedah temu bual bersemuka dan temu bual rakaman video dilaksanakan bagi mendapat
maklum balas impak daripada pelaksanaan projek ini.
Kesimpulannya,projek mini ini membuka mata warga sekolah dan komuniti bahawa
kesan pelupusan ubat dengan cara yang tidak betul boleh menyebabkan pencemaran dan
kempen yang diadakan ini memberi impak besar dalam kehidupan mereka. Diharapkan kita
dapat mengubah cara hidup dan mengamalkan kaedah pelupusan ubat yang betul bagi
menggelakkan pencemaran.
LAPORAN BERGAMBAR PROJEK MINI
Perbincangan untuk merancang,Menyusun
strategi pelaksanaan projek mini
Perbincangan untuk merancang,Menyusun
strategi pelaksanaan projek mini
Penyediaan Poster Kempen Team Saintis Muda dan Guru Pembimbing
En Shafik
Berkempen dihadapan umum semasa
perhimpunan
Berkempen dihadapan umum semasa Proses pengumpulan dan pengasingan
perhimpunan botol-botol ubat/bungkusan ubat/ubat
terpakai/luput tarikh
Proses pengumpulan dan pengasingan
botol-botol ubat/bungkusan ubat/ubat
terpakai/luput tarikh
Berkempen dihadapan umum semasa
perhimpunan
Pegawai Farmasi UF52 dari Unit Farmasi
Klinik Kesihatan Bukit Indah memberikan
ceramah
Unit Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Indah
Mengisi buku pelawat di pejabat sekolah
Team Unit Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Simbolik penyerahan ubat-ubat terpakai/tidak
Indah bersama Saintis Muda dan Guru digunakan lagi/luput tarikh kepada Unit
Pembimbing Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Indah
Team Unit Farmasi Klinik Kesihatan Bukit Indah
bersama warga sekolah,Saintis Muda dan Guru
Pembimbing En Shafik dan Pn Azira