The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by amsyarmcr, 2021-08-22 16:35:39

esei pdb 2

esei pdb 2

2

Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu
59990 Lembah Pantai, Kuala Lumpur.

Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan
(Ambilan Jun 2020)

PENGURUSAN BILIK DARJAH DAN TINGKAH LAKU
EDUP3043

Disediakan oleh:

Nama: AHMAD AMIRUN AMSYAR BIN AHMAD AMIR
000929061049
No. Kad Pengenalan: 2020192340145
Angka Giliran: PISMP F8
Kumpulan/ Unit
PUAN ZAHANIN BINTI ISMAIL
Nama Pensyarah:
PENULISAN AKADEMIK
Tajuk Tugasan : 21 OGOS 2021

Tarikh Penyerahan:
Tarikh Menerima Maklum

Balas Daripada
Pensyarah

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
1.0 PENDAHULUAN 1
2.0 ANALISIS TINGKAH LAKU BERMASALAH 1
1
2.1 TINGKAH LAKU BERMASALAH NEGATIF 2
2.2 TINGKAH LAKU BERMASALAH POSITIF 3
3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN 4
4.0 KESIMPULAN 5
RUJUKAN 6
LAMPIRAN

i

1.0 PENGENALAN

Tingkah laku adalah apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang individu. Tingkah
laku merupakan semua tindakan manusia yang boleh diperhati, diukur, dinilai dan sebarang
perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.
Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.
Menurut Lewis M.Beaker (2001), sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada secara terus
atau tidak, secara sedar atau separa sedar. Menurut Al-Ghazali pula dari perspektif Islam,
tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan.Tingkah laku normal dan
tidak normal adalah berdasarkan kepada kekerapan dan berlaku sepanjang masa dan
mempunyai masalah psikologi.

Masalah tingkah laku atau gangguan emosi yang serius merujuk kepada keadaan di mana
ciri-ciri yang berikut berlaku pada tempoh yang lama, pada darjat yang ketara dan keadaan
ini menjejaskan prestasi pembelajaran. Tingkah laku bermasalah ialah merujuk kepada
sebarang tingkah laku sama ada positif ataupun negatif yang menjejaskan keberkesanan
proses pengajaran dan pembelajaran. Tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu tingkah laku
positif dan tingkah laku negatif. Tingkah laku positif terbahagi kepada empat iaitu sikap ingin
tahu, cepat belajar, proaktif dan pintar cerdas. Manakala tingkah laku negatif pula terbahagi
kepada tiga iaitu tingkah laku distruktif, distruptif dan sikap bergantung.

2.0 ANALISIS TINGKAH LAKU BERMASALAH

Dalam konteks pendidikan, tingkah laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku
pelajar yang boleh menjejaskan kelicinan atau keberkesanan pengajaran dan pengajaran
khasnya di dalam bilik darjah. Tingkah laku bermasalah boleh berupa negatif atau positif.
Yang pastinya tingkah laku bermasalah ini boleh membawa kesan yang tidak baik atau
memudaratkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Oleh yang
demikian, adalah menjadi tanggungjawab seorang guru mengenalpasti murid-murid yang
bertingkah laku bermasalah di dalam kelasnya agar strategi atau teknik tertentu dapat
digunapakai bagi memastikan keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam
bilik darjah dapat berjalan dengan lancar serta berkesan.

2.1 Tingkah laku bermasalah negatif

Tingkah laku bermasalah negatif sering terjadi apabila murid menjalankan aktiviti pdp
di bilik darjah. Hal ini demikian, apabila mereka bersama rakan-rakan mereka secara
bersemuka, mereka akan melakukan pelbagai perkara negatif berasama misalnya
vandelisme, iaitu merosakkan kerusi, meja, pintu tandas dan sebagainya. Tindakan ini

1

didefinisikan sebagai tingkah laku distruktif yang mana tingkah laku negetif yang sering
terjadi dalam kalangan murid yang berumur 10 hingga 14 tahun. Terdapat juga
masalah tingkah laku distuktif menyebabkan murid untuk membuat bising dan agresif.
Kanak-kanak yang mempunyai tingkah laku distruptif merupakan kanak-kanak yang
suka bergerak, suka ketawa dengan kuat dan sering menunjukkan tingkah laku agresif
kepada rakan-rakan yang lain.

Tingkah laku bergantungan pula merupakan kanak-kanak yang sering mengalami
emosi kebimbangan, pergantungan berlebihan dan mempunyai nilai kendiri yang
rendah. Kanak-kanak ini biasanya sering bergantung pada orang lain dalam apa juga
aktiviti yang dijalankan. Kanak-kanak yang terlalu pemalu juga merupakan kanak-
kanak yang mempunyai tingkah laku pergantungan. Apabila murid mempunyai
masalah sebegini, pasti agak sukar bagi guru untuk mengatasinya kerana murid ini
cenderung untuk melakukan apa-apa tindakan mereka secara sendiri. Oleh itu,
mereka lebih memilih untuk bergantung kepada orang lain dan bukan diri mereka
sendiri.

Apabila negara kita mengalami masalah pendemik Covid-19 ini, para guru di
seluruh negara menghadapi kesukaran untuk melaksanakan pengajaran dan
pembelajaran di rumah. Berdasarkan pendapat pakar yang telah kami temu bual,
beliau menyatakan bahawa para guru sering menghadapi masalah ketidakhadiran
murid untuk sesi PdPr. Berkenaan kehadiran murid untuk sesi PdPr ini, guru-guru agak
sukar untuk mengatasinya kerana terdapat juga murid-murid yang mempunyai
kekangan dari segi internet dan perkakasan misalnya seperti computer riba dan
telefon pintar.

Masalah tingkah laku lain yang sering berlaku semasa aktiviti PdPr ialah murid
tidak menyiapkan tigasan yang diberikan oleh guru. Masalah tidak menyiapkan
tugasan ini bukan sesuatu yang baru kerana masalah ini sudah terjadi sebelum
adanya pendemik covid-19 ini. Oleh kerana masalah pendemik ini tidak selasai lagi,
guru-guru sukar untuk memastikan murid mereka faham atau tidak apabila aktiviti
PdPr dijalankan. Dengan menyiapkan tugasan yang diberikan, guru-guru boleh
memastikan yang mereka telah laksanakan PdPr dengan berkesan atau tidak.

2.2 Tingkah laku Positif

Tingkah laku ingin tahu merupakan salah satu tingkah laku bermasalah positif. Kanak-
kanak yang mempunyai masalah tingkah laku ini mempunyai sikap ingin tahu yang
tinggi terhadap sesuatu perkara yang dilihat. Walaupun secara umumnya perlakuan
tersebut dilihat adalah sangat baik dan positif dari segi pembelajaran seorang murid,

2

namun sebaliknya ia mengganggu kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran
yang sedang berlaku. Sebagai contoh kes yang berlaku di sekolah, murid A yang
berperilaku ingin tahu yang keterlaluan akan menyebabkan murid A itu suka bertanya
tidak putus-putus sehingga mengganggu proses penerangan sesuatu topik yang
dipelajari semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlaku. Murid lain yang
sedang cuba memahami atau memberi fokus terhadap sesuatu topik pembelajaran
dan memerlukan tumpuan serta suasana yang kondusif turut mengalami gangguan
dari murid A.

Tingkah laku cepat belajar merupakan tingkah laku positif yang membawa maksud
cepat menangkap atau ‘catch up’ sesuatu perkara yang baru dipelajari. Kanak-kanak
tingkah laku cepat belajar dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat.
Tingkah laku cepat belajar menyebabkan ketidakseimbangan dalam proses
pembelajaran yang sedang berlangsung. Apabila berlaku perlakuan murid seperti ini,
gangguan emosi akan berlaku dan bukan sahaja gangguan terhadap murid dalam
kelas itu sendiri, malah guru juga turut akan menerima kesannya. Perkara yang dapat
dilihat ialah, murid yang bermasalah ini akan cuba untuk memperkatakan perkara yang
mereka fahami dalam topik yang sedang diajar oleh guru. Hal ini menyebabkan murid-
murid lain yang sama kelas kehilangan minat untuk belajar kerana berasa rendah diri
melihat rakan sekelas telah mempunyai pengetahuan yang lebih dalam topik itu selain
lebih berminat bertanya murid tersebut berbanding guru yang sedang mengajar.

3.0 MODEL PENGURUSAN DISIPLIN

Dalam menguruskan masalah disiplin murid yang menganggu sesi PdP di dalam kelas, guru
boleh menggunakan Model Disiplin Asertif Canter. Hal ini kerana, model ini mampu melatih
murid untuk berfikir terhadap perkara yang bakal berlaku berdasarkan tindakan mereka.
Model Displin Asertif ini diasaskan oleh Lee dan Marlene Canter pada tahun 1976. Apabila
guru ingin menggunakan model disiplin ini, mereka perlulah memberikann pengukuhan pada
tindakan yang wajar yang mana guru perlu kekal dengan penderian mereka ketika mengajar.
Yang kedua, guru harus sentiasa bertanggungjawab dan bersifat asertif ketika megawal kelas.
Guru juga boleh merangka sistem ganjaran dan dendaanyang sesuai untuk dijadikan rujukan
kepada murid terhadap tingkah laku yang baik dan buruk. Dalam model ini, jika guru ingin
mengawal kelas tersebut dan mengajar dengan berkesan, maka guru hendaklah sentiasa
bersifat tegas. Perbuatan mereka ini mungkin memberi rasa tidak selesa kepada murid-murid
di dalam kelas yang diajar oleh mereka tetapi masalah tingkah laku akan dapat diselesaikan.

3

Terdapat juga model disiplin lain yang boleh digunakan oleh guru untuk mengatasi
masalah disiplin murid. Model Disiplin Skinner juga sesuai digunakan oleh guru kerana model
ini menggunakan prinsip peneguhan yang menjurus kepada elemen-elemen luaran bagi
mempengaruhi tingkah laku murid iaitu peneguhan yang menjadi rangsangan untuk
meningkatkan tingkah laku yang diingini. Model disiplin ini terdiri daripada dua jenis
peneguhan iaitu peneguhan positif dan peneguhan negatif. Untuk peneguhan positif, guru
boleh memberikan ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang baik seperti
tidak berbuat bising, melakukan kerja rumah dengan baik dan menyiapkan tugasan tepat
masanya. Untuk peneguhan negatif pula, guru memberikan hukuman atau dendaan jika
murid-murid melanggar peraturan seperti bermain dengan rakan mereka semasa guru sedang
mengajar dan guru memisahkan mereka dengan harapan mereka dapat menumpukan
perhatian kepada pengajaran guru. Permisahan yang guru lakukan bertindak sebagai
rangsangan yang tidak diingini. Apabila rangsangan dikeluarkan, guru dapat meningkatkan
kembali tingkah laku murid yang diingini, iaitu memberikan perhatian semasa guru sedang
mengajar.

4.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, guru-guru dan pihak sekolah perlulah memainkan peranan mereka dalam
menangani masalah tingkah laku murid ini. Hal ini demikian, murid-murid menghadapi
pelbagai situasi yang kita sendiri tidak tahu mengapa dan bagaimana boleh berlaku. Untuk
masalah tingkah laku yang boleh ditangani, guru-guru dan pihak sekolah perlulah
menggunakan pendekatan yang betul dan diyakini berkesan agar murid mampu berubah ke
arah yang lebih baik demi masa depan mereka. Oleh itu, segala bentuk tingkah laku
bermasalah perlulah yang berlaku perlu guru atasinya agar murid akan menjadi insan yang
baik dari segi tingkah laku dan berpengetahuan tinggi pada masa akan datang.

4

RUJUKAN
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel. (2016). Siri Pendidikan Guru Pengurusan Bilik

Darjah dan Tingkah Laku Edisi Kedua. Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Mok Soon Sang. (2011). Pengurusan Bilik Darjah dan Tingkah Laku. Penerbitan Multimedia.
Muhammed Sharif Mustaffa & Suria Abd Jamil (2012). Mengenal Pasti Punca-Punca Masalah

Ponteng di Kalangan Pelajar Sekolah Rendah: Satu Kajian Kes. Journal of Educational
Psychology & Counseling 6, 50-73.
Nooraisah Katmun, Siti Rafizah Zakaria & Mohd Abdullah Jusoh. (2014). Faktor Penentu
Masalah Disiplin Dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Di Wilayah
Persekutuan. Management Research Journal, 141-144.
Wong Kiet Wah, Khairuddin Mohamad, Maridah Alias, Rashinawati Abd. Rashid & Azlina
Ahmad. (2013). Perkembangan Kanak-Kanak. Oxford Fajar Sdn. Bhd,

5

LAMPIRAN
6

7

8


Click to View FlipBook Version