GURU BERTUGAS:
PN. TIHANAZIAH BT HUSIN
PN. NOR FAZILAH BINTI HAMDZANI
PN. SARASWATHY A/P GENGAN
PN. ZARIFAH BT YUSOFF
PERATURAN DALAM
RAGBI SENTUH
PERATURAN 1 : (PADANG)
Adalah kawasan yang dikelilingi oleh garisan sentuh dan garisan gol.
PERATURAN 2 : (BOLA)
Bola yang digunakan dari jenis kulit atau sintetik dan bersaiz 3 bagi sekolah
rendah.
PERATURAN 3 : (BILANGAN PEMAIN)
Sebuah pasukan mengandungi 12 orang pemain, tetapi hanya 7 orang pemain
sahaja yang dibenarkan bermain atau berada di dalam padang pada satu
masa .Permainanan tidak boleh dimulakan jika terdapat kurang dari 5 orang
pemain.
.
PERATURAN 4 : (PAKAIAN PEMAIN)
Pasukan mestilah memakai memakai jersi yang tahan lasak dan tidak
membahayakan orang lain
serta bernombor 1 hingga 12 .
• Peralatan asas yang mesti dipakai ialah:
i. Jersi
ii. Seluar pendek
iii. Stoking
iv. Boots
• Tidak dibenarkan memakai benda-benda yang membahayakan seperti rantai,
cincin, jam tangan, tali pinggang.
.
PERATURAN 5 : (MASA PERMAINAN)
Masa permainan rasmi adalah 20 minit setiap separuh masa dengan masa
rehat maksimum 5 minit. Tetapi jika bermain secara karnival maka masa
permainan ialah 7 minit setiap separuh masa dengan 1 minit masa rehat.
PERATURAN 6 : (PEGAWAI PERLAWANAN)
Setiap perlawanan di bawah kawalan Pegawai Perlawanan terdiri dari seorang
Pengadil dan dua orang Penolong Pengadil. Pengadil mestilah bertauliah.
Pengadil merupakan individu yang menentukan masa perlawanan tamat. Jika
ia meragui masa, beliau boleh merujuk kepada pembantu pengadil. Keputusan
pengadil adalah muktamad.
Semoga dengan perkongsian ini
murid dapat mengetahui
peraturan ragbi sebelum
memulakan perlawanan.
SELAMAT MENJAWAB
SOALAN KUIZ…