SLIDESMANIA.COM PENGENALAN LATAR BELAKANG TEORI PELUASAN MAKNA KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Makna leksikal air dalam peribahasa
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM HAK CIPTA E-buku ini ialah Hak Cipta Terpelihara dan merupakan karya asli Ibnor Rahim Ibrahim, Siti Nur Izzati Sazali, Muhammad Hafiz Asyraf Wahib, Nuraini Hassan dan juga Nur Farazila Mohd Rafli. Hak Cipta tidak membenarkan mengeluar ulang atau mengedar mana-mana bahagian daripada penerbitan ini untuk diterbitkan semula dalam apa jua bentuk dan apa cara sama ada secara elektronik, fotokopi, rakaman, mekanik dan sebagainya sebelum mendapat keizinan bertulis daripada para penulis. HAK CIPTA PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN i
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PENAFIAN Penulis juga tidak menjamin bahawa kandungannya sesuai untuk semua pembaca tetapi semua kandungan ini adalah melalui pengalaman, kefahaman dan kepakaran penulis sendiri. PENAFIAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN ii
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PRAKATA الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على رسول المصطفى أشرف األنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه وسلم. أما بعد Segala puji kepada Allah S.W.T atas kurniaanNya memudahkan penerbitan buku ini untuk dijadikan panduan dan rujukan kepada individu di luar sana baik dalam kalangan guru mahupun pelajar berkaitan pengajaran dan pembelajaran aspek seni bahasa iaitu peribahasa. Tujuan penulisan buku ini dilaksanakan adalah untuk mendedahkan makna peribahasa tersebut berdasarkan Teori Semantik Kognitif. Sehubungan dengan itu, penulis juga menulis buku ini adalah untuk menunjukkan penganalisisan peluasan makna bagi leksikal air dalam peribahasa Melayu yang telah dipilih dengan lebih jelas dan terperinci. PRAKATA PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN iii
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM Memandangkan penulis memfokuskan peribahasa tersebut kepada leksikal air iaitu merupakan salah satu daripada sumber alam semula jadi yang dianugerahkan oleh Allah S.W.T, maka teori semantik kognitif telah diaplikasikan oleh para penulis dalam usaha menganalisis makna peribahasa tersebut berdasarkan teori atau pendekatan. Hal ini demikian kerana, teori tersebut merupakan sebuah pendekatan yang bertunjangkan pengalaman iaitu mengambil kira pengalaman lampau dan alam sekeliling. Penghuraian secara berperingkat berserta contoh juga turut diberikan. Secara tidak langsung, perkara ini dapat membantu memudahkan para pembaca untuk memahami dengan lebih jelas berkaitan peribahasa. PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN iv
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ISI KANDUNGAN PENGENALAN LATAR BELAKANG BAB 1 TEORI SEMANTIK KOGNITIF ISI KANDUNGAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENULIS PENGHARGAAN BAB 2 PELUASAN MAKNA LEKSIKAL AIR KESIMPULAN RUJUKAN PENGENALAN RUJUKAN HAK CIPTA PENAFIAN PRAKATA ISI KANDUNGAN v
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PENGHARGAAN Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga dan sahabat baginda. Alhamdulilah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana telah memberikan kami taufik dan hidayah yang berterusan dalam menyumbang ilmu di jalanMu. Sekalung penghargaan diucapkan kepada Dr. Husna Faredza Mohamed Redzwan selaku pensyarah kami bagi kursus BML3083 Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu kerana telah membuka ruang dan peluang kepada kami untuk menceburi bidang penulisan ini serta membenarkan kami untuk menghasilkan karya berbentuk e-buku sebagai salah satu tugasan yang membolehkan kami memperoleh markah yang baik dan cemerlang dalam kursus ini. Dedikasi ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa kami yang sentiasa mendoakan kejayaan kami di dunia dan di akhirat serta menjadi penyuntik semangat untuk kami terus berjaya dalam kehidupan ini. Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan di Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam penulisan e-buku ini. Semoga usaha ini turut menyumbang amal jariah untuk kita bersama dalam perkongsian ilmu berkaitan bidang semantik. PENGHARGAAN PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN vi
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PENULIS PENULIS OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN IBNOR RAHIM BIN IBRAHIM D20201093316 ISMP BAHASA MELAYU SITI NUR IZZATI BINTI SAZALI D20201093321 ISMP BAHASA MELAYU MUHAMMAD HAFIZ ASYRAF BIN WAHIB D20201093333 ISMP BAHASA MELAYU NURAINI BINTI HASSAN D20201093334 ISMP BAHASA MELAYU NUR FARAZILA BINTI MOHD RAFLI D20201093343 ISMP BAHASA MELAYU PENGENALAN vii
SLIDESMANIA.COM PENGENALAN OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN 1
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM PENGENALAN Menurut Za'ba (1934), peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Menurutnya juga peribahasa boleh dimaksudkan sebagai segala susunan cakap pendek yang melekat di mulut orang ramai sejak beberapa lama oleh sebab bijak dan sedap didengar. Peribahasa boleh dibentuk dengan satu ikatan bahasa yang indah dan padat. Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim dan Mohd Ra’in (2009) pula menyatakan bahawa peribahasa merupakan bahasa halus yang mengandungi katakata sindiran tajam yang lekas berkesan ke dalam jiwa. OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN 2
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM Selanjutnya, menurut Drs. Abdul Chaer (1995) disebabkan oleh peribahasa itu bersifat membandingkan atau mengumpamakan, maka lazimnya peribahasa juga disebut sebagai perumpamaan. Contohnya, penggunaan kata-kata seperti bak, bagai, laksana dan umpama. Mohd Tajuddin Bin Haji Abdul Rahman (1984), turut memberi pendapat bahawa sesuatu peribahasa terhasil daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang teliti oleh masyarakat melayu lama. OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN 3
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM Akhir sekali, sekiranya, kita meneliti setiap peribahasa yang dihasilkan oleh masyarakat dahulu, sudah pastinya akan terdapat unsur-unsur alam sekeliling seperti alam sekitar, perkara yang dilakukan seharian, haiwan-haiwan mahupun setiap yang difikirkan sesuai hasil setiap perkara yang mereka lihat dan amati. Oleh itu, peribahasa bolehlah difahami sebagai susunan perkataan yang indah dengan maksud yang benar dan logik hasil daripada kecekapan berbahasa masyarakat melayu. Objektif penulisan e-buku ini adalah untuk melihat makna peribahasa berdasarkan Teori Semantik Kognitif dan meneliti peluasan makna bagi leksikal air dalam peribahasa Melayu yang dipilih. OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN PENGENALAN 4
SLIDESMANIA.COM LATAR BELAKANG LATAR BELAKANG OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 5
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM LATAR BELAKANG LATAR BELAKANG OBJEKTIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Peribahasa ialah susunan kata-kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Peribahasa tradisional merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan seharian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Manakala peribahasa moden pula merujuk kepada peribahasa yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. Keindahan peribahasa merupakan sebahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu. 6
SLIDESMANIA.COM BAB 1 TEORI SEMANTIK KOGNITIF TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 7
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM TEORI SEMANTIK KOGNITIF Menurut Nor Hashimah Jalaluddin dan Rozaimah Rashidin (2008) menyatakan bahawa semantik kognitif merupakan pendekatan yang bertunjangkan pengalaman iaitu mengambil kira pengalaman lampau dan alam sekeliling. Masyarakat Melayu tradisional kaya dengan pelbagai karya kesusasteraan Melayu tradisional seperti gurindam, syair, pantun, cerita rakyat dan peribahasa. Karya sastera tradisional seperti peribahasa Melayu merupakan sebuah karya tradisional yang wujud dari dahulu lagi. Orang Melayu menggunakan karya tradisional ini sebagai salah satu pedoman dan panduan hidup. TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 8
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM Tambahan lagi, unsur-unsur alam sememangnya tidak dapat dipisahkan dengan orang Melayu. Hal ini kerana, berdasarkan unsur ini, masyarakat Melayu dapat belajar memahami segala isi alam dan mengaplikasikannya dalam kehidupan harian. Dengan itu, masyarakat terdahulu mencipta peribahasa ini berdasarkan pengalaman lampau dan alam sekeliling. Oleh hal yang demikian, setiap peribahasa mempunyai makna implisit yang sesuai dipadankan mengikut pengalaman dan alam sekeliling mereka. Oleh yang demikian, kajian kami ini adalah untuk mengkaji unsur air yang terdapat dalam peribahasa dengan menggunakan Teori Kognitif. TEORI ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 9
SLIDESMANIA.COM BAB 2 PELUASAN MAKNA LEKSIKAL AIR ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 10
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN AIR BERIAK TANDA TAK DALAM Maksud: Orang yang banyak bercakap (alasan) petanda tiada ilmu atau kemahiran. SUMBER (METAFORA) SASARAN Air beriak Banyak bercakap tanda Gambaran tak dalam Tidak berilmu Beriak air tanda tak dalam merupakan salah satu peribahasa yang sering digunakan untuk menggambarkan bahawa orang yang banyak bercakap biasanya cetek ilmunya. Penggunaan istilah ‘air beriak’ diibaratkan sebagai lambang orang yang berlebihan bercakap dalam sesuatu perkara. Selalunya peribahasa ini digunakan untuk menyindir secara halus atau memberi nasihat kepada seseorang agar berilmu sebelum bercakap banyak. 11
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN AIR DICINCANG TIDAK AKAN PUTUS Maksud: Ikatan persaudaraan yang mengalami perselisihan akhirnya akan berbaik jua SUMBER (METAFORA) SASARAN Air Ikatan persaudaraan dicincang Perbuatan peleraian tidak akan Unsur penidakkan putus Ikatan yang terpisah Berdasarkan jadual ini, elemen “air” digunakan kerana objek ini sangat sesuai untuk dikaitkan dengan hubungan persaudaraan yang tidak akan putus walaupun mengalami perselisihan yang teruk. Cecair terdiri daripada molekul halus yang bercantum dan sukar untuk dipisahkan walhal ia berbentuk gas sekalipun. Ini amat sesuai digunakan sebagai nasihat kepada masyarakat bahawa hubungan adik-beradik yang berantakan, akhirnya akan berbaik juga. 12
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN AIR YANG TENANG JANGAN DISANGKA TIADA BUAYA Maksud: Orang yang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut SUMBER (METAFORA) SASARAN Air yang tenang Orang yang pendiam jangan Perbuatan menidakkan disangka Perbuatan menganggap tiada buaya Tiada sifat takut Unsur “air” dalam peribahasa ini menggambarkan seseorang yang pendiam. Orang-orang terdahulu menghasilkan peribahasa ini dengan melihat situasi yang sering terjadi iaitu orang-orang sentiasa mengambil remeh terhadap air yang tenang tanpa memikirkan pemangsa yang ada di dalam air. Penghasilan peribahasa ini disamakan dengan orang yang tenang kerana ianya mempunyai persamaan dari segi sifat. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, meskipun seseorang itu pendiam namun kita tidak boleh mengambal kesempatan ke atasnya kerana kita tidak kelebihan yang dimiliki olehnya13.
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN BAGAI AIR MENCARI JENISNYA Maksud: Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak berhentihenti, usaha dengan tidak mengenal jerih payah. SUMBER (METAFORA) SASARAN Bagai Perumpamaan kepada sesuatu air Tidak berhenti mencari jenisnya Berusaha menuntut ilmu Janganlah seseorang itu untuk berhenti menuntut ilmu. Itulah maksud yang disampaikan dalam peribahasa yang dinyatakan. Kegigihan seseorang dalam menuntut ilmu digambarkan melalui perkataan “air” yang terdapat dalam peribahasa ini. Fungsi “air” yang terdapat dalam peribahasa ini dilihat pada sifat air yang sentiasa mengalir ke suatu lokasi atau tempat akan mengubah jenis air tersebut. 14
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN BAGAI MENCURAH AIR KE DAUN KELADI Maksud: Melakukan sesuatu perkara yang sia-sia. SUMBER (METAFORA) SASARAN Bagai Perumpamaan kepada sesuatu mencurah air Perbuatan memberikan nasihat ke daun keladi Perbuatan yang sia-sia Berdasarkan jadual ini, elemen “air” yang diterangkan dalam peribahasa ini merujuk kepada nasihat yang diberikan oleh seseorang. Perbuatan mencurah air ke daun keladi merupakan perbuatan sia-sia kerana air tersebut tidak meresap ke daun tersebut sebaliknya akan jatuh ke tanah. Istilah tersebut sama seperti nasihat, yang mana apabila diberikan kepada orang yang tidak mendengarnya maka ia akan menjadi sia-sia. 15
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN BAGAI MINYAK DENGAN AIR Maksud: Orang yang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampur menjadi satu. SUMBER (METAFORA) SASARAN Bagai Perumpamaan kepada sesuatu Minyak dengan air Selalu berselisih Peribahasa ini membawa maksud orang yang berselisih. Dengan kata lain, orang yang bermusuhan atau tidak sependapat mustahil dapat disekalikan. Kata “air” dalam peribahasa ini dilihat pada sifat air itu sendiri. Sifat air dan minyak adalah berbeza yang mana molekul air dan molekul minyak tidak akan bercampur antara satu sama lain secara saintifiknya. Molekul air akan berada di bawah dan molekul minyak akan berada di atas yang membawa maksud sifat yang bertentangan. 16
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM CONTOH PERIBAHASA ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN BAGAI MENANGGUK DI AIR YANG KERUH Maksud: Orang yang cuba mengambil kesempatan daripada keadaan kesusahan, kekalutan orang lain demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri. SUMBER (METAFORA) SASARAN Menangguk Perbuatan mencari keuntungan di Keberadaan air keruh Orang yang dalam kesusahan Unsur “air” dalam peribahasa tersebut membawa maksud orang manakala keruh pula membawa maksud kesusahan. Secara keseluruhan, air keruh ini bermaksud orang yang berada dalam kesusahan. Perbuatan menangguk atau menangkap ikan di kawasan air keruh merupakan satu perkara yang negatif. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, meskipun ikan merupakan hidupan air namun ia tetap mengalami masalah penglihatan jika air tersebut bertukar menjadi keruh. Oleh itu, orang terdahulu melibatkan unsur pengalaman lampau iaitu perbuatan orangorang yang seringkali menjalankan aktiviti menangguk di air keruh dengan sikap orang-orang yang suka mengambil kesempatan di atas kesusahan 17orang lain.
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM RUMUSAN ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Masyarakat Melayu lama akrab dengan alam semula jadi seperti alam tumbuhan, haiwan, cakerawala dan sebagainya. Hal ini kerana, masyarakat pada masa tersebut sering berinteraksi dengan alam di sekeliling mereka sama ada di laut, hutan, bendang dan gunung. Oleh itu, peribahasa dikaitkan dengan alam semula jadi sebagai perbandingan dan perlambangan yang berfungsi sebagai sumber pengajaran dan nasihat. Penggunaan Unsur Air Dalam Peribahasa Melayu Pelbagai jenis unsur alam semula jadi telah digunakan dalam peribahasa Melayu, antaranya ialah unsur air. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), air bermaksud cecair yang terbentuk daripada dua bahagian hydrogen dan satu bahagian oksigen dalam keadaan yang murni tidak mempunyai warna, bau atau rasa. 18
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Masyarakat Melayu memilih unsur air untuk diterapkan dalam peribahasa kerana mereka menganggap air penting untuk kehidupan di muka bumi dan sebagai satu khazanah alam yang tidak ternilai harganya. Jika dilihat dari aspek pekerjaaan masyarakat Melayu dahulu, kebanyakkan mereka merupakan seorang petani, penternak dan nelayan. Bagi memperoleh hasil tanaman yang subur petani, malah penternak juga memerlukan air untuk memelihara ternakan mereka. Selain itu, air juga dianggap penting untuk kegunaan seharian masyarakat Melayu. Oleh sebab itu, dalam peribahasa Melayu mereka kerap menggunakan unsur air sebagai salah satu unsur alam yang sangat dekat dengan diri mereka. Peribahasa juga digunakan secara meluas dalam masyarakat Melayu terutamanya dari zaman nenek moyang terdahulu. 19
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Tujuan utama masyarakat Melayu mencipta peribahasa adalah untuk memberikan pengajaran kepada masyarakat. Penggunaaan peribahasa dalam masyarakat Melayu menggambarkan bahawa mereka turut menjaga kesantunan berbahasa dalam memberikan nasihat atau sindiran kepada orang lain. Dalam e-buku peribahasa ini, pengkaji akan merungkaikan sebanyak 7 peribahasa yang berkaitan air secara jelas dan lebih terperinci. Antara peribahasa yang dipilih ialah: 1) Air beriak tanda tak dalam 2) Air dicincang tidak akan putus 3) Air yang tenang jangan disangka tiada buaya 4) Bagai air mencari jenisnya 5) Bagai mencurah air ke daun keladi 6) Bagai minyak dengan air 7) Menangguk di air yang keruh 20
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Peribahasa Melayu kebanyakkannya menggambarkan pelbagai aspek pemikiran dan kehidupan orang Melayu. Melalui perluasan makna air dalam peribahasa ini dapat dilihat bahawa air mempunyai makna dari segi leksikal. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021), makna leksikal ialah makna sesuatu perkataan itu sendiri tanpa melihat penggunaannya dalam ayat. Dalam erti kata lain, leksikal merujuk makna teras sesuatu perkataan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2021) juga makna air mempunyai pelbagai makna tidak tertumpu kepada makna air semata-mata. Perkara ini dapat dilihat melalui peribahasa air yang dipilih di mana setiap peribahasa tersebut mempunyai maksud yang berbeza walaupun menggunakan kata nama “air”. Perluasan makna air dalam peribahasa 21
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM ANALISIS KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN Perluasan makna air di dalam peribahasa Rajah 1.1 22
SLIDESMANIA.COM KESIMPULAN KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 23
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM KESIMPULAN Secara keseluruhannya, masyarakat Melayu sememangnya mempunyai daya kreativiti yang tinggi dalam mewujudkan sesuatu peribahasa. Misalnya, dengan mengaitkan unsur alam semula jadi dengan sikap manusia. Penulis dapat menyimpulkan bahawa masyarakat Melayu telah menjadikan air sebagai objek utama untuk menyampaikan maksud peribahasa secara tersirat. Hal ini dapat dibuktikan melalui Teori Kognitif yang menekankan penggunaan unsur-unsur alam untuk dikaitkan dengan pengalaman hidup manusia. Memandangkan peribahasa mempunyai makna implisit, maka setiap perkataan yang terkandung di dalamnya perlu difahami dengan teliti. Akhir sekali, penggunaan unsur alam dalam pembentukan mana-mana peribahasa dilihat memberi kesan kepada masyarakat terutama untuk tujuan mendidik dan memberi nasihat secara tersirat. KESIMPULAN RUJUKAN LAMPIRAN 24
SLIDESMANIA.COM RUJUKAN RUJUKAN LAMPIRAN 25
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM RUJUKAN Abdullah Yusof, Alias Mohd Yatim, Mohd Ra’in Shaari. (2009). Semantik dan Pragmatik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Pustaka Salam Sdn. Bhd. Chaer, Abdul. 1995. Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta: PT. Rineka Cipta. Mohd. Tajuddin Hj. Abdul Rahman. (1984). Peribahasa Dalam Penggunaan: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Nor Hashimah Jalaluddin & Rozaimah Rashidin. (2008). Rasuah dalam karya sastera Melayu klasik: Satu analisis semantik kognitif. Jurnal e-Bangi, 3(3), 1-32 Zainal Abidin Ahmad. (1934). Ilmu Mengarang Melayu: Pejabat Karang Mengarang. RUJUKAN LAMPIRAN 26
SLIDESMANIA.COM LAMPIRAN LAMPIRAN 27
SLIDESMANIA.COM SLIDESMANIA.COM LAMPIRAN LAMPIRAN
SLIDESMANIA.COM Notebook Made by SlidesMania