The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

HAI KORANG,TERIMA KASIH KERANA MEMBELI DARI MIRA SET AINAA SKINCARE,KAT SINI MIRA BG FREE UNTUK KORANG BEBERAPA TIPS YANG MUNGKIN BERGUNA BUAT KORANG TAW.SELAMAT MENCUBAAA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hunnybumplussizes, 2020-09-24 01:36:42

TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA

HAI KORANG,TERIMA KASIH KERANA MEMBELI DARI MIRA SET AINAA SKINCARE,KAT SINI MIRA BG FREE UNTUK KORANG BEBERAPA TIPS YANG MUNGKIN BERGUNA BUAT KORANG TAW.SELAMAT MENCUBAAA

Wajib pakai moisturizer

Oily skin pun WAJIB pakai moisturizer.

Sebab?

Kulit kita ini keluarkan sebum bergantung pada keadaan kulit.
Kalau kulit berminyak, itu bermakna kulit itu tak cukup lembab,
dan ia bagi signal untuk keluarkan lagi banyak minyak utk
lembabkan kulit. Haaaa.. jadi, oily ke, normal ke, dry ke, memang
kena pakai pelembab! Untuk yang oily, boleh cari yg sesuai
untuk oily skin.

Untuk penjagaan kulit muka, perlu pilih cleanser yang
bagus

Cleanser yang bagus ini pH dia rendah skit. Antara pH 4-6 .
Maksudnya, ia bersifat acidic. Sebab? Kulit kita ada lapisan asid
yang ‘jaga’ kulit kita dari bakteria.

Bakteria P.acne yang sebabkan jerawat itu sangat cepat membiak
jika pH kulit terjejas, yakni melebihi pH 6. Kebanyakan cleansers,
tak kira jenama murah atau high end, pH tinggi sangat! Ada yang
sampai 9!

Haaa macam mana nak tahu? Ade satu spesies homosapiens ini dia
dah bina satu Google Doc untuk orang yang test pH cleanser
mereka, dan isi di situ untuk rujukan semua orang. Boleh tanya
pakcik Google.

Penjagaan kulit muka yang betul, perlu minum air
kosong banyak banyak

Kenapa perlu minum air kosong untuk penjagaan muka?
Air kosong ni boleh flush out toxin dalam badan. Kalau terlalu
banyak, kadang-kadang kulit akan tolong detoks dengan
keluarkan jerawat. Memang merana jawabnya.

Penjagaan kulit muka dengan kurangkan pengambilan
gula

Gula ini, memang sedap di mulut, tetapi masuk dalam perut sahaja
terus bertukar fitrah. Badan akan jadi asidik. Sepatutnya badan
kita ni beralkali (kecuali organ tertentu). Selepas itu, kesannya
pada muka.

Kurangkan makan ayam bandar

Yang cucuk sana, cucuk sini. Ada kawan pernah tanya doktor. Tahu
apa jawapan doktor? Doktor pun suruh pantang makan ayam
bandar. Alhamdulillah, makin okay kulit dia.

Makan sayur dan buah

Semasa kecil, mak selalu acah-acah kita, “Haaa..buangla sayur,
nanti kulit naik jerawat baru tau” . Percayalah semua itu memang
benar sama sekali. Kita kena jaga makan, makan sayur. Dan jangan
lupa, makan buah juga.

Buah-buahan ada banyak sangat vitamin dan segala nutrien yang
diperlukan untuk kulit. Kalau kita ini jenis overweight, itu
bermakna lemak dalam badan tinggi, dan toksin pun tinggi.

Sebab apa?

Sebab lemak pun akan simpankan toksin. Negativity attracts
negativity right?. So, eat right and eat healthy!

Check kalau ada masalah hormon

Ada kawan beritahu, nak tahu hormone imbalance ke tak,
check bulu-bulu halus di bahagian muka. Lagi-lagi di bahagian
dagu. Kalau nampak ada beberapa helai bulu-bulu yang tebal
seperti janggut, besar kemungkinan kita ada masalah hormon tak
stabil.

Kalau nak lagi tepat, buat check up di klinik. Pernah dengar dalam
TV, yang masalah hormon ni boleh diatasi melalui pemakanan. Tak
ingat pula hormon apa yg sepatutnya lebih dan sepatutnya kurang.
Ada hormon kena kurang dalam badan perempuan. Doktor dalam
TV itu juga ada beritahu, brokoli bagus untuk masalah ini.

Lagi satu, kalau ada masalah hormon ini, akan bersepah cystic
acne di muka. Ini ialah jerawat yang besar-besar, yang naik dalam
kulit.

Untuk penjagaan kulit muka, pakai sunblock

Dulu-dulu, dalam pukul 11 pagi pun boleh serap vitamin D lagi.

Sekarang ini, kita serap segala mak nenek UV sahajalah. Terlalu
bahaya di luar. Kulit nak pakai lama.

UV itu boleh trigger segala benda kejahatan seperti jerawat sampai
lah ke kanser. B

anyak dah sunblock yang dicipta untuk oily skin.
Jadi, rajin-rajin buat research. Tolong buat kajian, baca apa beza
SPF dengan PA. Lepas itu, kena rajin reapply.

Boleh?

Kena tabahkan hati masa nak invest duit

Yang ni paling penting.

Walalupun kita nak guna produk homemade sekalipun, barang
mestilah kena beli kan? Jadi, bertabahlah. Kena survey dulu
produk apa yang bagus.

Baca berpuluh-puluh review, especially dari orang yang duduk
dekat negara yang cuacanya macam negara kita, Malaysia.

Dah puas hati baru try. Tak dinafikan beratus juga duit habis untuk
cari holy grail product untuk diri sendiri. Tapi jangan risau,

setakat ini rasa jimat sebab sekali beli 4-5 bulan baru habis. Kira
balik modal juga.


Click to View FlipBook Version