The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by NIRMALA A/P VASU KPM-Guru, 2024-02-14 07:42:03

Lampiran B Inovasi

LAMPIRAN B

LAMPIRAN B KERTAS PROJEK INOVASI


NAMA :NIRMALA A/P VASU NAMA SEKOLAH SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL LADANG BIDOR TAHAN. TAJUK INOVASI EASY LEARNING AND TEACHING MAGIC PROJECTOR . ( EASY L&T MAGIC PROJECTOR ) OBJEKTIF INOVASI • Murid dapat menghayati isi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih jelas dan mudah . • Pdpc dapat dijalankan dengan lebih efektif dan jelas mengikut keperluan topiktopik yang diajar. • Daya ingatan murid mengenai topik yang dipelajari dapat ditingkatkan lagi dengan memperbanyakkan visual mereka. • Interaksi dua hala dapat diterapkan didalam aktiviti Ppdc.


SINOPSIS INOVASI Pengajaran dan pembelajaran prasekolah memerlukan bahan bantu mengajar yang menarik perhatian dan bersesuaian mengikut tahap penguasaan murid. Sejak mula pengajaran dan pembelajaran norma baru ini, murid menghadapi masalah untuk mengikuti dan memahami pengajaran dan pembelajaran didalam kelas yang disampaikan oleh guru dihadapan kelas. Guru juga menghadapi masalah untuk memastikan murid mencapai objektif yang ditetapkan. Ini disebabkan murid tidak dapat melibatkan diri didalam sebarang aktiviti secara berkumpulan atau berdiri secara berkumpul dihadapan kelas kerana Pdpc norma baru menekankan penjarakan social. Untuk mengatasi masalah ini guru memerlukan bahan bantu mengajar yang besar dan menarik supaya murid dapat melihat dan menghayati apa yang diajar oleh guru didepan kelas dengan lebih jelas dan mudah. Inovasi ` Magic Projector yang dihasilkan ini adalah bahan bantu mengajar yang akan membantu murid untuk melihat dan memahami apa yang disampaikan oleh guru dihadapan kelas. Metodologi Kajian yang digunakan adalah melalui temubual bersama guru dan hasil kerja murid. Setelah mengaplikasikan penggunaan Inovasi `Mini Projector’ ini, tahap kefahaman murid dapat ditingkatkan . Murid kelihatan seronok dan berminat apabila menggunakan Mini Projektor dalam proses pembelajaran. Manakala guru pula lebih mudah untuk menyampaikan isi kandungan mengikut tajuk yang diajarkan. Seterusnya saya juga telah membuat penambahbaikan didalam bahan inovasi saya iaitu `Mini Projector ‘ ini sebagai ` Magic Projector’. `Magic Projector ‘ini mengandungi elemen baru iaitu membantu muri menerangkan hasil kerja atau hasil aktiviti mereka didepan kelas dengan lebih yakin dan seronok. Dengan elemen yang baru ini guru juga dapat membincangkan kesalahan murid didepan kelas supaya murid dapat memahami dan membetulkan kesalahan mereka.Setelah projek inovasi saya ini dapat pengiktirafan ( myHipoh) dan telah sebar luaskan permintaanya meningkat dikalangan sekolah dan guru . Oleh sedemikian itu saya telah membuat pengembangan sebagai replikasi untuk pengkomersialan . Kini bahan inovasi saya ini lebih berkualiti dan mudah digunakan oleh guru-guru disekolah. KUMPULAN SASAR


Seramai 25 orang murid dari Prasekolah Ikhlas dari SK Toh Tandewa Sakti telah dipilih untuk menggunakan bahan inovasi ini. Murid ini terdiri daripada kelompok pelbagai aras. Saya telah memilih semua murid dikelas saya .Ini disebabkan masalah yang saya hadapi adalah murid-murid kurang memberi tumpuan semasa saya mengajar didepan kelas kerana terpaksa mengikut penjarakan sosial yang ditetapkan . LATAR BELAKANG Saya telah membuat pemerhatian sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku di dalam kelas selama empat minggu. Kaedah penggunaan carta dan kad imbahsan telah dijalankan untuk memperknalkan abjad huruf besar dan kecil. Selepas pengajaran dan pembelajaran seminggu saya telah menjalankan pentaksiran. BIL Nama Murid UJIAN M MINGGU 1 UJIAN M MINGGU 2 UJIAN MINGGU 3 UJIAN M MINGGU 4 1 AISH MIKAEL 3/10 5/10 8/10 10/10 2 AQIL ZIYAD 4/10 4/10 9/10 10/10 3 FARAH IRDINA 2/10 5/10 8/10 10/10 4 HADIF HARITH 0/10 3/10 7/10 9/10 5 MUHAMMAD YUSUF 2/10 5/10 8/10 10/10 6 MUHAMMAD ADAM 1/10 4/10 9/10 10/10 7 MUHAMMAD AIMAN 0/10 3/10 6/10 9/10 8 AISY KASHFIY 4/10 710 9/10 10/10 9 AAQEEF AMSYAR 3/10 5/10 8/10 10/10 10 ARFAN PUTRA 4/10 4/10 9/10 10/10 11 FATHURRAHMAN 2/10 5/10 8/10 10/10 12 MUHAMMAD IMAN 0/10 3/10 7/10 9/10 13 RAYYAN NAUFAL 2/10 5/10 8/10 10/10 14 MUHAMMAD ZIYAD 1/10 4/10 9/10 10/10 15 NUR ADRIANA 0/10 3/10 6/10 9/10 16 NUR AIN QALESYA 4/10 710 9/10 10/10 17 NUR HUMAIRA 3/10 5/10 8/10 10/10 18 NUR KAYSA 4/10 4/10 9/10 10/10 19 NUR RAISYA 2/10 5/10 8/10 10/10 20 SHIRLEY REYMIA 0/10 3/10 7/10 9/10 21 SYAFIQAH ALIA 2/10 5/10 8/10 10/10 22 MUHAMMAD ARFAN 1/10 4/10 9/10 10/10


Didapati selepas penggunaan bahan inovasi ini selama empat minggu murid-murid dari Pra Ikhlas iaitu serai 24 orang murid dapat mengenalpasti dan menulis abjad huruf besar. Pada peringkat ini, penghasilan inovasi belum berlaku untuk dijadikan bahan bantu mengajar. Pengetahuan murid hanya bergantung kepada kaedah pengajaran dengan menggunakan kad imbasan dan carta oleh guru. 23 NUR IZZARAH 0/10 3/10 6/10 9/10 24 SAIDATUL AMANI 4/10 710 9/10 10/10 fAf25 MUHAMMAD FAIZAL 2/10 5/10 8/10 10/10


Jadual 1: Kronologi Penghasilan Inovasi Peringkat Tarikh Kumpulan Sasaran Kaedah Tindakan Pertama March 2021 Murid Prasekolah - Ikhlas 24 orang murid Pentaksiaran 1 Menjalankan pentaksiran kepada .(Soalan berkaitan abjad ) Kedua March 2021 Murid Prasekolah - Ikhlas 24 orang murid Analisis Mengumpul data dari tinjauan yang dibuat. Ketiga AprilJun 2021 Murid Prasekolah - Ikhlas 24 orang murid Penghasilan Inovasi Guru menghasilkan inovasi (Mini Projektor) Keempat Jun- 2021 - Jan 2022 Murid Prasekolah - Ikhlas 24 orang murid Pentaksiran kelas Guru menggunakan inovasi di dalam PdPc dan menjalankan pentaksiran kelas untuk menguji keberkesanan inovasi. Kelima March – Mei 2022 Murid Prasekolah - Ikhlas 24 orang murid Membuat revolution. Guru memperbaharukan bahan inovasi yang dihasilkan dengan menambah elemen yang baharu yang sesuai unutk aktiviti pembelajaran murid. Keenam Jun - Disember 2022 Murid Prasekolah, - Ikhlas - Iman - 50 orang murid. Pentaksiran kelas Guru menggunakan bahan inovasi yang telah membuat penambahbaikan di dalam PdPc dan menjalankan pentaksiran kelas untuk menguji keberkesanan bahan inovasi yang telah membuat penambahbaikan.


Penghasilan inovasi `Magic Projector ’ ini melalui beberapa peringkat pelaksanaan dalam tempoh masa yang tertentu. Secara umumnya penghasilan inovasi ini adalah mengikut kronologi seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1. ISU / MASALAH YANG DITANGANI OLEH INOVASI. Setelah mendapati analisis pentaksiran pertama yang dijalankan guru -guru prasekolah berbincang mengenai isu yang timbul semasa pengajaran dan pembelajaran tajuk abjad huruf besar dan huruf kecil. Selepas perbincangan guru dapat mengenalpasti isu yang timbul iaitu murid tidak dapat menguasai topik yang diajar oleh guru kerana bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru iaitu kad imbasan dan carta abjad huruf besar dan huruf kecil itu tidak sesuai mengikut situasi norma baru yang diikuti didalam kelas. Kedudukan murid-murid didalam kelas yang mengikut penjarakan sosial yang ditetapkan itu menyebabkan murid tidak dapat melihat dan menerima apa yang diajar oleh guru didepan kelas. Pada masa yang sama guru juga tidak dapat memanggil mereka berkumpul didepan kelas atau sebagainya kerana peraturan norma baru yang diamalkan . Keadaan ini menyebabkan guru – guru menghadapi masalah untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. ( 1 ) MEREFLEK ( 2) MERANCANG ( 3) BERTINDAK ( 4 ) MEMERHATI KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN


HURAIAN INOVASI Bagi mengukuhkan pemahaman murid terhadap topik-topik yang berkaitan bahasa melayu satu bahan inovasi telah dicipta dan dinamakan ‘Mini Projector”.Bahan inovasi ini mengandungi dua bahagian iaitu bahagian pemancar dan filem .Bahan inovasi ` Mini Projector ‘ ini adalah bahan inovasi saya yang dihasilkan daripada konsep sains iaitu pergerakan cahaya. Bahan inovasi ini dibina supaya murid-murid dapat melihat dan menghayati topik yang diajar oleh guru dengan lebih jelas dan mudah. Bahan inovasi ini juga sesuai digunakan untuk semua mata pelajaran . Kini hasil inovai saya iaitu ` Mini Projector telah dibuat penambahbaikan sebagai ` Magic Projector ‘ dengan elemen yang baru. Iaitu elemen untuk aktiviti pembelajaran murid seperti pembentangan murid dan perbincangan hasil kerja murid didepan kelas . Elemen baru didalam ` Magic Projctor’ ini akan membantu murid memancarkan hasil kerja atau aktivit mereka supaya dapat berkongsi dengan orang lain dan juga dapat mewujudkan interaksi dua hala didalam kelas. Kini `Magic Projector’ ini telah diubahsuaikan sebagai ` Easy Learning and Teaching projector’ iaitu penggunaan lampu sulung sebagai pemancar ditukarkan kepada lampu telifon bimbit . Ini akan memudahkan penggunaanya. REVOLUTION ( INOVASI ) ` MINI PROJECTOR ’ ` EASY LEARNING FASA 1 AND TEACHING (L&T) MAGIC PROJECTOR ’ FASA 3 ` MAGIC PROJECTOR ’ FASA 2


FILEM DARIPADA PEMBALUT BUKU BAHAN PENGHASILAN INOVASI Pada permulanya bahan inovasi ` Magic Projector ’ ini diperbuat daripada bahan kitar semula iaitu kotak A4 , kadbod gulungan tisu , drum plastik , plastik pembalut buku dan juga botol air plastik. Bahan inovasi ini mudah dihasilkan dan juga merangkumi didalam elemen 3R ( Reuse- Guna semula ) . = FASA 1 ( MINI PROJECTOR ) = FASA 2 ( MAGIC PROJECTOR ) = FASA 3 ( EASY LEARNING & TEACHING ( L&T )MAGIC PROJECTOR )


Kini Magic Projector ini telah diperbaharui dengan bahan yang lebih kualiti sebagai replikasi supaya bahan inovasi yang dihasilkan ini sesuai untuk pengkomersialan. ` Easy L&T Magic Projector ’ yang ini juga dibuat pengembangan iaitu guru-guru tidak memerlukan lampu sulung untuk pancar dan boleh menggunakan lampu flesh telifon bimbit sendiri . CARA INOVASI DIGUNAKAN Guru dapat menggunaan ` Magic Projector ’ ini untuk menunjukkan imej yang besar supaya murid dapat melihat dengan terang dan jelas. Sebagai langkah pertama guru perlu menyediakan filem isi pelajaran yang hendak diterangkan atau disampaikan sebelum mula pengajaran dan pembelajaran . Sebagi langkah kedua guru perlu memasang filem yang dihasilkan mengikut topic yang diajar didalam ruang pemancar.


Seterusnya guru boleh memancarkan filem isi pelajaran yang dihasilkan di papan putih dengan menggunakan `Easy L&T Magic Projektor . Dengan ini isi pelajaran yang disediakan oleh guru dapat ditunjukkan kepada murid dengan imej yang lebih besar . Bahan inovasi ini tidak memerlukan kuasa elektrik dan mudah digunakan oleh guru dan juga murid. Apabila guru memutarkan gulung filem yang dipasang filem itu akan bergerak dan memancarkan imej yang seterusnya . Guru juga boleh memasukan kad plastik yang ditulis diruang atas pemancar . Eleman ini sangat sesuai untuk berkongsi dan membincangkan jawapan murid di depan kelas. Walaupun bahan inovasi ini dihasilkan untuk topik bahasa melayu prasekolah tetapi bahan ini juga sesuai digunakan untuk pelbagai topik yang releven dan juga didalam kelas –kelas yang lain seperti pemulihan, tahun 1, tahun 2 tahun 3 dan sebagainya..


Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Awal Sains Awal ELEMEN BAHARU DIDALAM MAGIC PROJECTOR : ( 2 eleman baharu ) a) Selain gunakan filem roller yang dihasilkan sendiri untuk pengajaran saya juga b) menggunakan `Easy L&T Magic projector’ ini untuk aktiviti pembelajaran murid.


CONTOH : Plastik muka depan yang telah digunting untuk aktiviti pembelajaran murid. Sebagai contoh guru minta murid melabelkan bahagian tubuh badan burung. Murid yang telah siap melabelkan bahagian burung akan memasukkan kad plastik yang ditulis di ruang depan ` Easy L&T Magic Projector’. Dipancarkan dengan lampu ` Flesh telifon bimbit ’dan murid boleh membuat pembentangan di hadapan kelas.


a) Guru juga boleh menggunakan ` Magic Projector ’ ini untuk membincangkan jawapan murid di hadapan kelas. Video pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan bahan inovasi. KOS PENGHASILAN INOVASI Selain kos menghasilkan bahan Inovasi ini Kos guru untuk menghasilkan Bahan bantu mengajar ( BBM) juga dapat dikurangkan . Ini kerana guru-guru tidak perlu mengeluarkan kos yang tinggi untuk membeli peralatan alat tulis seperti kad manila , kertas mahjung , kad imbasan dan sebagainya untuk aktiviti pembelajaran di dalam kelas. Selain daripada ini tenaga dan masa juga dapat dijimatkan . Guru tidak memerlukan masa yang lama atau tenaga yang banyak untuk menyediakan sesuatu BBM yang besar dan menarik . • Murid akan memasukkan kad plastik yang ditulis diruang hadapan dan membentang didepan kelas. • Guru juga boleh membincang dan bersoal jawab tentang jawapan murid dengan murid yang lain d idalam kelas.


JIMAT KOS Menghasilkan Bahan bantu mengajar. Filem yang dihasilkan boleh menggantikan kertas mahjong, kad manila dan sebagainya. JIMAT TENAGA & MASA Boleh menghasilkan bahan bantu mengajar dengan mudah & cepat . MUDAH DIURUSKAN Boleh mengendalikan `Easy L&T Magic Projector’ dengan mudah dan cepat tanpa elektrik atau internet.. TAHAN LAMA Bahan bantu mengajar yang dihasilkan dengan filem yang dihasilkan tahan lama dan sesuai digunakan semula untuk tahunn-tahun yang seterusnya.


PERBANDINGAN Kos penghasilan Easy Learning & Teaching Magic Projector ( Sekali untuk sepanjang tahun ) Kos penghasilan bahan bantu mengajar . ( Membeli Sepanjang tahun. ) Harga Easy L&T Magic Projector RM 55.00 (Hanya beli sekali ) Plastik pembalut buku RM 5.00 Pembalut buku RM 5.00 Marker warna (permanent) RM 20.00 ( Untuk penyediaan filem pengajaran dan pembelajaran setahun) JUMLAH RM 30.00 JUMLAH KESELURUHAN RM 85 . 00 Kad manila Kertas Mahjung Kertas warna Marker Warna krayon Warna air Kertas A4 JUMLAH Lebih RM 100.00 Masa penghasilan filem pengajaran dan pembelajaran adalah hanya 15minit. Masa penghasilan bahan bantu mengajar yang besar menggunakan kad manila atau kertas mahjung adalah lebih 1 jam . Cara simpanan yang mudah dan tahan lama. Filem yang dihasilkan adalah kecil dan boleh digunakan untuk tahun depan. Filem yang disediakan boleh padam dan guna semuala mengikut tajuk yang diajar. Cara simpanan memerlukan ruang yang besar dan tidak tahan lama.


KEBERKESANAN INOVASI KEPADA PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN • Pemerhatian dan refleksi pengajaran dan pembelajaran. • Maklum balas murid . • Pentaksiran mengikut topik. • Perbincangan dengan guru-guru prasekolah , pemulihan dan juga tahun 1,2 & 3. 1.0 Hasil kajian Kumpulan murid Bilangan murid (24) Pentaksiran pertama (IPPK FASA 1) Tp 1 - Lemah Tp 2- Sederhana Tp3- Cemerlang Bahasa Melayu 9 10 5 Bahasa Inggeris 12 9 3 Sains Awal 11 9 4 Matematik Awal 10 8 6 TAHAP PENGUASAAN (TP ) IPPK FASA1 ( MEMBACA, MENULIS & MENGIRA ) PENTAKSIRAN ( PRA ) (KELAS PRAIMAN & PRAIKHLAS) 0 2 4 6 8 10 12 14 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Awal Sains Aal Tp1 Tp2 Tp3


Kumpulan murid Bilangan murid (50) Pentaksiran Akhir Tahun 2023 (IPPK) Tp 1 - Lemah Tp 2-Sederhana Tp3-Cemerlang Bahasa Melayu 0 6 18 Bahasa Inggeris 2 9 13 Sains Awal 3 6 15 Matematik Awal 2 5 17 0 2 4 6 8 10 12 14 16 18 20 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik Awal Sains Aal Tp1 Tp2 Tp3 TAHAP PENGUASAAN (TP ) IPPK FASA2 ( MEMBACA, MENULIS & MENGIRA ) PENTAKSIRAN ( PRA ) (KELAS PRAIMAN & PRAIKHLAS) 0 5 10 15 20 B.MELAYU B.INGGERIS SAINS AWAL MATEMATIK AWAL 5 3 4 6 18 13 15 17 DATA PERBANDINGAN UJIAN PRA DAN POS (Tp3) . PRA POS


Perbincangan dan keputusan Hasil perbandingan keputusan pentaksiran yang telah dijalankan, menunjukkan selepas penggunaan bahan inovasi ``Easy L&T Magic Projector’ berlaku peningkatan di kelas Pra Ikhlas dan juga di Pra Iman . Bilangan murid yang menguasai meningkat dan ini membuktikan hasil inovasi ini dapat mencapai objektif yang ditetapkan. Guru juga dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang seronok yang boleh mengekalkan perhatian murid -murid supaya mereka mendapati isi pelajaran yang hendak disampaikan dengan mematuhi peraturan pengajaran dan pembelajaran norma baru. Elemen baharu yang diwujudkan didalam `Easy L&T Magic projector ’ ini memotivasikan murid untuk berinteraksi dan membentang hasil kerja atau jawapan murid didepan kelas. Murid sangat aktif dan berfokus sepanjang pdp didalam kelas. Penggunaan untuk aktiviti Pengajaran . ( Guru) Penggunaan untuk aktiviti pembelajaran. ( Murid ) – Revolusi inovasi


Penggunaan `Magic Projector ’ di dalam kelas. Penggunaan `Magic Projector ’ didalam kelas rakan prasekolah .


Penggunaan ` Magic projector ’ oleh di kelas pemulihan . Penggunaan ` Magic Projector ’ di sekolah lain. Prasekolah SJKT TAPAH , TAPAH


SJKT LADANG BIKAM, SUNGKAI. SJKT LADANG KELAPA BALI , SLIM RIVER


SEBAR LUAS


SEBAR LUAS DI PERINGKAT SEKOLAH Mengadakan ladap untuk guru-guru di sekolah . ( SK TOH TANDEWA SAKTI ) Mengadakan ladap untuk guru-guru di sekolah terkini. ( SJKT LADANG BIDOR TAHAN ) .


SEBAR LUAS DI SEKOLAH LAIN : Bengkel Perkongsian Hasil Inovasi didalam PDP. SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) TAPAH, JALAN DATO’ PONNUSAMY PILLAI ANJURAN : Bidang Kurikulum SJKT TAPAH. NAMA PROGRAM : Bengkel perkongsian inovasi didalam PDP. OBJEKTIF PROGRAM : Berkongsi hasil inovasi dengan guru-guru supaya dapat memahami kaedah dan fungsi penggunaan bahan inovasi ` Magic Projektor . TARIKH PELAKSANAAN (hari) : 26 Mac 2022. ( Sabtu ) SASARAN : Guru-guru SJK(T) Tapah, Perak. BILANGAN KEHADIRAN GURU : 17 orang. IMPAK : Bengkel ini dapat membantu memperkenalkan bahan inovasi ` Magic Projector’ kepada guru-guru SJKT Tapah . Guru-guru dapat memahami kaedah dan fungsi penggunaan ` Magic Projector ‘ didalam Pdpc . Guru-guru juga berminat dan berhasrat untuk menggunakan ` Magic projector ‘ ini untuk menjalankan aktiviti PDPC yang lebih menarik dan bermanfaat . ONE PAGE REPORT


Surat panggilan


Siik Penghargaan ( Penceramah )


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG BIKAM , SUNGKAI, PERAK ANJURAN : Bidang Kurikulum SJKT Ladang Bikam. NAMA PROGRAM : Bengkel perkongsian inovasi didalam PDP. OBJEKTIF PROGRAM : Berkongsi hasil inovasi dengan guru-guru supaya dapat memahami kaedah dan fungsi penggunaan bahan inovasi ` Magic Projektor . TARIKH PELAKSANAAN (hari) : 5 Februari 2022. ( Sabtu ) SASARAN : Guru-guru SJK(T) Ladang Bikam, Perak. BILANGAN KEHADIRAN GURU : 7 orang. IMPAK : Bengkel ini dapat membantu memperkenalkan bahan inovasi ` Magic Projector’ kepada guru-guru SJKT Ladang Bikam . Guru-guru dapat memahami kaedah dan fungsi penggunaan ` Mini Projector ‘ didalam Pdpc . Guru-guru juga berminat dan berhasrat untuk menggunakan ` Magic projector ‘ ini untuk menjalankan aktiviti PDPC yang lebih menarik dan bermanfaat . ONE PAGE REPORT


Surat panggilan


Siik Penghargaan ( Penceramah )


SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) LADANG KELAPA BALI , SLIM RIVER PERAK. ANJURAN : Bidang Kurikulum SJKT Ladang Kelapa Bali. NAMA PROGRAM : Bengkel perkongsian inovasi di dalam PDP. OBJEKTIF PROGRAM : Berkongsi hasil inovasi dengan guru-guru supaya dapat memahami kaedah dan fungsi penggunaan bahan inovasi ` Magic Projektor . TARIKH PELAKSANAAN (hari) : 26 Februari 2022. ( Sabtu ) SASARAN : Guru-guru SJK(T) Ladang Kelapa Bali, Perak. BILANGAN KEHADIRAN GURU : 8 orang. IMPAK : Bengkel ini dapat membantu memperkenalkan bahan inovasi ` Magic Projector’ kepada guru-guru SJKT Ladang Kelapa Bali . Guru-guru dapat memahami kaedah dan fungsi penggunaan ` Mini Projector ‘ didalam Pdpc . Guru-guru juga berminat dan berhasrat untuk menggunakan ` Magic projector ‘ ini untuk menjalankan aktiviti PDPC yang lebih menarik dan bermanfaat . ONE PAGE REPORT


Surat panggilan


Siik Penghargaan ( Penceramah )


SEBAR LUAS DI PERINGKAT DAERAH PAMERAN DI PEJABAT ENDIDIKAN DAERAH BATANG PADANG. PAMERAN DI SAMBUTAN HARI GURU PENGKAT DAERAH


PAMERAN DI KARNIVAL STEM PERINGKAT DAERAH. SEBAR LUAS DI PERINGKAT NEGERI PAMERAN DI KOLOKIUM PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK PERINGKAT NEGERI PERAK


Sebar luas secara online ( youtube ) Sebar luas dengan Video youtube …………


Sebar luas secara online ( instagram IGTV)


Click to View FlipBook Version